15hidayatul nabila rosaidi bidang ekonomi

22
HIDAYATUL NABILA ROSAIDI

Upload: dania-azmy

Post on 11-Jul-2015

586 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

HIDAYATUL NABILA ROSAIDI

ASAS-ASAS EKONOMI

ISLAM

Allah s.w.t

Manusiasebagai hamba

dan khalifah

Kekayaan alamsemula jadi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendakmenjadikan khalifah di muka bumi”… (2:30)

• Manusia berperanan sebagai pemegang amanah danbertanggungjawab memakmurkan bumi Allah s.w.t

•Allah telah mempersiapkan Adam untuk memakmurkan bumidengan memberikannya ilmu pengetahuan

•Allah juga memberikan kemudahan kepada manusia denganmenyediakan segalanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kamiadakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamubersyukur. (7:10)

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, makajelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (67:15)

• Sumber-sumber alam merupakan anugerah Allah yang terdapat pada alam sekitar dan ia boleh diubah menjadihasil kekayaan

• Sumber pertanian, sumber perhutanan, sumber lautan, sumber perlombongan

• Galakan untuk mencari dan mengeksploitasi sumber alamsemula jadi yang telah disediakan Allah s.w.t

• Wajib bagi manusia untuk memanfaatkan segala yang diciptakan dengan baik dan terurus

BidangEkonomi

Islam

PERTANIAN

PERUSAHAANPERNIAGAAN

PERTANIAN

PERUSAHAANPERNIAGAAN

Pertanian• Bagi umat Islam, kegiatan pertanian ialah antara cara yang mudah bagimendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t di samping mendapat manfaatatau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

• Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan olehburung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala diatas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

•Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorangkepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelasdalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

•Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahamihakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaranuntuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah Allah

Pertanian adalah bidang yang paling afdhal

Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, (Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi) pekerjaan yang baik danafdhal ialah pertanian kerana bidang ini merupakan hasil tanganseseorang itu dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umatIslam dan kepada binatang.

Kepentingannya sebagai bidang yang membekalkan makanan kepadaumat. Sebagai contoh, Malaysia yang tanahnya subur untuk tanamanpadi di sebelah utara terutamanya manakala makanan ruji rakyatIreland ialah kentang.

Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalamsabda Baginda, bermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamuada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menanam Tanaman Haram dan Membahayakan

Islam melarang aktiviti pertanian yang dijalankan bagi tujuan yang meragukan atau tidak sah menurut Islam:

menanam anggur bagi tujuan membuat minuman keras

penjualan dan pengeluaran bahan-bahan yang memudaratkan

manusia seperti penanaman ganja

Dalam kitab al-Majmuk ada membincangkan kedudukan sama adaboleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepadaseseorang yang diketahui akan atau menggunakan anggur itu bagimembuat minuman keras, maka pendapat yang shahih adalah harambagi orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli tersebut.(Al-Majmuk: 9/334)

Perniagaan( Jual Beli)

Definisi:Al Qurtubi (Al Jami’ Li al Ahkam)- kegiatan jual beli antara dua

pihak iaitu penjual dengan pembeliSayid Sabiq (Fiqh al Sunnah)- pertukaran barang dengan barang,

harta dengan harta dan harta dengan barangan berserta persetujuankedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual yang diizinkan olehsyarak

Al Syaibani (al Iqna’) – pertukaran wang dengan barang ataubarang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan

Konsep perniagaan dalam Islam meliputi habluminallah danhabluminannas

Menjadi media penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Islam telah dibawa ke Asia melalui perdagangan.

Sabda Rasulullah: Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah

sembilan per sepuluh daripada rezeki (HR Bukhari)

ARAB SEBELUM ISLAM Sebelum Islam, bangsa Arab telah pun terkenal sebagai golongan

pedagang yang handal serta mampu menguasai jalan perdagangan dunia

KEDATANGAN ISLAMMekah muncul sebagai salah satu pusat perdagangan yang pentingFaktor-faktor Mekah muncul sebagai pusat perdagangan: sebagai pusat ibadat bagi orang yang mengerjakan haji- keamanandan keselamatan terjamin kedudukannya yang strategik yang berada di tengah-tengah dunia-pengimport dan pengedar barangan dari seluruh dunia pusat perdagangan bebas cukai- keuntungan yang terjamin danberlipat kali ganda

Walaupun tiada kerajaan yang menjaga keamanan Makkah, tetapikekuasaan kaum Quraisy berupaya menjamin keselamatan dari ancamankabilah Arab yang lain

Sejarah Perniagaan

PERNIAGAAN

PERATURAN

AKAD BAHAGIAN-BAHAGIAN

Rukun:1. Penjual2. Pembeli3. Barang yang dijual beli4. Harga5. Sighah (ijab kabul)

Syarat Penjual dan pembeli

BalighSempurna akal fikiran

BarangBernilai dan bermanfaatJelas sifatnya dan dilihat oleh pembeli ketika akad atau sebelum

HargaDisebut ketika akadMata wang mesti dijelaskan

PERATURAN dalamPERNIAGAAN

Persetujuan antara dua belah pihak iaitu penjual dengan pembeli Asas akad/ kontrak jual beli: pertukaran (al mubadalah) dan saling

bertukar sebgai balasan (al I’wad) Contohnya, penjual menyerahkan barang dan menerima wang. Pembeli

menyerahkan wang dan menerima barang

Syarat akad:• Bertulis• Penulis yang adil• Jangka waktu yang tertentu• Jumlah yang tertentu• Ada saksi (dua lelaki atau lelaki dan perempuan)

AKAD PERNIAGAAN

BAHAGIAN-BAHAGIAN dalamPERNIAGAAN

Perniagaan berlangsung dalam 3 bentuk: barang dengan barang, barangdengan wang secara tunai dan pertukaran di dalam kedua bentukini tetapi secara hutangSecara lebih terperinci:1. Pertukaran barangIslam haruskan jual bentuk dalam bentuk ini dengan syarat ada denganpeniaga, kuantiti sama jika sama jenis dan kuantiti tidak mesti sama jikaberlainan jenis2. TunaiIni cara terbaik dari berlakunya riba3. HutangSyarat-syaratnya:-tempoh yang jelas dan tidak meragukan-pencatat dilantik untuk mencatat semua urusan hutang-piutang-orang yang berhutang mesti melafazkan syarat dan ketentuannya-wakil boleh dilantik-dua orang saksi

Perusahaan

Islam tidak hanya membataskan umatnya agar bergiat dalam satu bidangsahaja

Ianya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuandalam sektor- sektor ekonomi yang lain seperti perusahaan

Ilmu-ilmu ini kalau sesuatu negara itu kekosongan orang-orang yang memahami urusan tersebut, maka seluruh penduduk negeri tersebut berdosa. Tetapi kalau ada seorang yang bekerja untuk persoalan ini, sudah dianggap cukupdan gugurlah kewajiban itu dari yang lain.

Al-Quran telah mengisyaratkan supaya memperbanyak bidang-bidangperindustrian dengan disebutnya sebagai nikmat kurnia Allah.

Kisah Dalam Al-Quran

Dan sungguh, telah Kami berikan kepada Daud karunia dari Kami. (Kamiberfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung! Bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud,” dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Surah Saba’: 10)

Masalah yang dihadapi oleh kaumnya adalah, banyaknya peperangan di zamanmereka. Karena itu, pembuatan baju besi sangat penting. Baju besi yang dibuatoleh para ahli sangat berat sehingga seorang yang berperang tidak mudah bergerakdengan bebas ketika memakai baju besi itu.

Musuh-musuh Daud mengetahui bahawa pedang mereka tidak akan mampumenembus baju besi ini. Baju besi yang dipakai oleh para musuh itu sangat beratdan dapat ditembus oleh pedang. Baju besi yang mereka pakai tidak membuatmereka bergerak dengan bebas dan tidak dapat melindungi mereka saatberperang,

AMAL USAHA•Amal usaha merupakan satu konsep yang dipegang oleh seluruh umat Islam dalammenjalankan sesuatu urusan dalam ekonomi

•Setiap manusia akan mendapat hasil di atas apa yang dia usahakan dan dijelaskandalam surah an-Nisa, ayat 32:

…(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang merekausahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang merekausahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpahkurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Cara perlaksanaan amal usaha secara dasarnya boleh dibahagikan kepada dua:Secara langsungTidak langsung

• Secara LangsungSebagai contoh, hak pemilikan tanah:

• Sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanyaakan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaanberdasarkan pendapat kebanyakan uPerkara ini disebutkan dalamriwayat Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidakdimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

• Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atauundang-undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanahdengan sewenang-wenangnya melainkan terlebih dahulumendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

• Secara tidak langsung

AL MUDHARABAH

• Akad perkongsian antarapemodal dan pengusaha

• Modal- al qiradh

• Rasulullah dan Siti Khadijah

• Pengusaha mengendalkinasendiri urus niaga danpemodal tidak boleh campurtangan

• Pemodal tanggung rugi

• Hanya wang tunai sahajamenjadi modal

AL MUSYARAKAH

• Perkongsian modal antara duapihak atau lebih untuk urusanperniagaan atau perusahaanuntuk dapatkan untung

• Usaha boleh dijalankan olehahli dan berhak mendapatkankeuntungan lebih berdasarkantenaga dan modal

• Kerugian ditanggung mengikutkadar saham yang dipegang

• Segala yang bernilai bolehdijadikan modal seperti wangatau barang berharga

RUJUKAN

1. Dr. Yusuf Al Qardawi, Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam. Blue-T Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Cetakan pertama 1998.

2. Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah AlamSelangor, cetakan keempat 1998.

3. Mustafa Haji Daud, PERNIAGAAN MENURUT ISLAM. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, terbitan pertama 1994.

4. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic44_2002.htm

5. http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=vie

w&id=147&Itemid=45

6. http://tausyah.wordpress.com/2010/06/08/perusahaan-dan-mata-

pencarian/

7. http://quran.com/

8. http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-falsafah-perniagaan-islam

SEKIAN TERIMA KASIH