usahawan yang berjaya

Upload: farah-hani

Post on 10-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

USAHAWAN YANG BERJAYAZuraidi tinggal di kampung damai bersama-sama dengan adik bongsunya, Aiman dan juga ibunya yang sudah tua dan uzur Zuraidi bekerja sebagai buruh kasar. Pendapatannya kecil dan tidak cukup untuk menanggung keluarganya. Walaupun demikian dia mempunyai azam dan semangat yang kuat dia bertekad untuk mengubah nasibnya sekeluarga. Dia menggunakan wang simpanannya yang tidak seberapa untuk dijadikan modal bagi menternak ayam telur dan ayam daging.Adiknya aiman selalu membantunya. Zuraidi sangat rajin bekerja. Seawal pagi, dia membersihkan reban-reban ayamnya dan memberi ayamnya makan dan minum. Setelah beberapa tahun berlalu kini kehidupan zuraidi dan keluarganya telah berubah. Dia kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Walaupun telah berjaya dalam hidup, tetapi Zuraidi tidak pernah meninggi diri Zuraidi juga disenangi oleh orang kampung kerana dia tidak kedekut ilmu. Dia juga tidak lupa menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung yang susah.