teaser selafaz kata rindu

3
TEASER SELAFAZ KATA RINDU Pertemuan dua hati... Perlukan pertolongan? Lelaki berkemeja putih itu menawarkan diri menghulurkan bantuan. Err terima kasih. Sapu tangan yang dihulurkan oleh lelaki berlesung pipit itu dicapainya perlahan- lahan lalu mengesat mukanya yang terkena tempias hujan yang turun renyai ketika dia terjengah-jengah mencari perteduhan tadi. Dierall Qalfee begitulah nama yang diperkenalkan. Cinta terlakar... Selain awak, saya tak tahu siapa lagi yang sanggup kirimkan hadiah-hadiah sebanyak tu. Suara Nia mula kedengaran runsing. Kenapa awak fikir saya yang bagi? Yalah... siapa lagi yang sanggup buat kerja gila ni kalau bukan awak?Sejarah silam menjadi racun... Zarul siapa along? Berulang kali pertanyaan itu meniti di bibir Nia. Jutaan memori datang dalam kesamaran waktu. Tangisannya semakin jelas kedengaran. Kenapa along diam? Bentak Nia bersama tangisan lalu pelukan Nizi ditepis. Jangan buat Nia macam ni. Kesian kat Nia, along... Dia lalu melutut ke lantai dapur bersama tangisan yang memilukan. Kaki Nizi dipeluk dan digoncang-goncang dengan

Upload: eqa-darnestra

Post on 25-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

eqa darnestra

TRANSCRIPT

Page 1: Teaser Selafaz Kata Rindu

TEASER SELAFAZ KATA RINDU

Pertemuan dua hati...“Perlukan pertolongan?” Lelaki berkemeja putih itu menawarkan diri menghulurkan bantuan.

“Err… terima kasih.” Sapu tangan yang dihulurkan oleh lelaki berlesung pipit itu dicapainya perlahan-lahan lalu mengesat mukanya yang terkena tempias hujan yang turun renyai ketika dia terjengah-jengah mencari perteduhan tadi. Dierall Qalfee… begitulah nama yang diperkenalkan.

Cinta terlakar...“Selain awak, saya tak tahu siapa lagi yang sanggup kirimkan hadiah-hadiah sebanyak tu.” Suara Nia mula kedengaran runsing.

“Kenapa awak fikir saya yang bagi?”

“Yalah... siapa lagi yang sanggup buat kerja gila ni kalau bukan awak?”

Sejarah silam menjadi racun...“Zarul siapa along?” Berulang kali pertanyaan itu meniti di bibir Nia. Jutaan memori datang dalam kesamaran waktu. Tangisannya semakin jelas kedengaran.

“Kenapa along diam?” Bentak Nia bersama tangisan lalu pelukan Nizi ditepis. “Jangan buat Nia macam

Page 2: Teaser Selafaz Kata Rindu

ni. Kesian kat Nia, along...” Dia lalu melutut ke lantai dapur bersama tangisan yang memilukan. Kaki Nizi dipeluk dan digoncang-goncang dengan kekuatan yang ada bagi meraih sekelumit simpati dari hati seorang abang.

Konflik melanda...“Kenapa along sanggup buat semua ni? Along sedar ke yang along dah menyakiti hati dan perasaan Nia? Along sanggup bersubahat dengan Aiman dan memperlekehkan kelemahan Nia. Sampai hati along tipu Nia!”

Nizi tidak bersuara. Dia terkesima tidak terkata. Bibirnya lesu untuk mengungkap sebarang penjelasan. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya dari mulut Nia sendiri. Kata-kata itu membuatkan hati Nizi luluh apabila mengenangkan perbuatan sendiri.

***

“Selepas banyak perkara yang kau lalui bersama Nia, mustahil kalau sedikitpun tak terjentik perasaan sayang kau pada dia.” Dierall cuba mengorek isi hati Idhwan yang sebenar.

Idhwan membisu. Dia telah hilang punca untuk beralasan. Ketika itu dia perasan yang Dierall sedang memandangnya.

Page 3: Teaser Selafaz Kata Rindu

“Memang aku pernah menyimpan perasaan terhadap Nia, tapi perasaan tu dah lama aku lupakan. Semua tu dah berlalu. Kau tak perlu risau.” Beritahu Idhwan dengan jujur.

“Kalau aku tak ada di antara kau dengan Nia, mesti perasaan tu masih kekal hingga sekarang.” Andaian Dierall itu membuatkan Idhwan berpaling. Mereka bertentang mata dengan satu pandangan yang hanya masing-masing dapat mentafsirkannya.

“Apa maksud kau?”

“Aku nak kau simpan perasaan tu dan tolong jaga Nia untuk aku.” Jawab Dierall dengan wajah tenang.

Di mana akhirnya...

“Saya rindukan awak...” Hanya selafaz kata rindu itu yang menjadi bukti kesetiaannya dalam sebuah penantian. Akhirnya, perlahan-lahan air mata hangat itu mencurah lagi, jatuh membelah pipi. Dibiarkan saja bagi mengubat selafaz rindu yang baru terluah. Dia benar-benar rindu.