stpm pa2 ans (sbh)

Upload: simpor

Post on 30-May-2018

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    1/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT*

    JABATAN PELAJARAN SABAH

    SKEMA JAWAPAN

    EXCEL 2

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    (STPM)

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

    900/2 STPM

    PENGAJIAN AM

    KERTAS 2

    ( Tiga jam)

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    2/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    2

    SKEMA JAWAPAN :

    BAHAGIAN A

    1. Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato SeriAbdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan

    intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistempendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan

    untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.

    Pendahuluan :

    Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilaimurni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.

    Isi :

    A) Kepentingan Pembangunan Modal Insan

    1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

    Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MajlisAmanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.

    Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah

    hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang

    berkualiti.

    Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumisemua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolahpedalaman.

    2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.

    Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi. Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara,

    Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi

    Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE)akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.

    Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaankepada rakyat.

    Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkanbudaya kerja yang tinggi.

    Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing bolehmenghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan

    produktiviti negara.

    Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    3/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    3

    3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.

    Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajarberkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

    Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpinyang telus.

    4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.

    Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakatyang tinggi nilai rohaninya.

    Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moralserta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai

    jati diri yang tinggi.

    Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

    Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin. Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan

    pelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat.

    B) Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :

    6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.

    Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP).

    Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuranpeperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberiansepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.

    60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkankecemerlangan pendidikan negara.

    7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.

    Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan. Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai

    projek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan

    Nasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.

    8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.

    Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing. Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    4/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    4

    RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.

    Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.

    Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untukmengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.

    10. Melaksanakan program sosial.

    PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga mudake arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.

    Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat. Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya

    dengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.

    11. Mempertingkatkan program kerohanian.

    Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspekketamadunan umat seimbang.

    Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah AgamaRakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.

    12. Mewujudkan program ekonomi.

    Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, WilayahEkonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor

    Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.

    Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaandan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.

    Penutup :

    Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.

    Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 22. Isi Pertama : wajib ( Penambahbaikan Sistem Pendidikan)

    3. Sekiranya tiada isi pertama : Skema diterima = 2 + 1

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    5/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    5

    2. Kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik akhir-akhir ini menuntut

    kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan

    perlu mengambil langkah yang berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara.Jelaskan.

    Pendahuluan :

    Sejak akhir-akhir ini, isu kenaikan harga barangan hangat diperkatakan.Isi :

    A ) Sikap Pengguna Bijak :

    1. Bijak berbelanja.

    Melaksanakan perbelanjaan berhemat. Pengguna yang berbelanja kepada barangan yang perlu sahaja. Pengguna sepatutnya menyenaraikan barangan yang diperlukan sebelum

    membeli.

    Mengutamakan pembelian semasa promosi jualan. Menyediakan belanjawan keluarga pada setiap bulan untuk mengelakkan

    pembaziran serta sebagai langkah berjimat cermat.

    2. Membandingkan harga.

    Pengguna perlu membandingkan harga antara kedai-kedai sebelum membelibarangan

    Membeli di kedai yang menawarkan harga berpatutan dan kualiti yang baik Menghindarkan anggapan bahawa harga yang tinggi melambangkan mutu yang

    tinggi

    3. Tidak terpedaya dengan iklan.

    Bijak dan tidak terpengaruh dengan iklan atau jurujual yang pandai memujukrayu.

    Langkah ini diambil untuk mengelakkan daripada terpedaya membeli baranganyang tidak diperlukan.

    Pengguna membuat penelitian saksama dan rasional sebelum membeli ataumenggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

    4. Membeli barangan yang diakui mutunya.

    Membeli barangan yang tidak berbahaya kepada manusia atau alam sekitar sepertibarangan permainan kanak-kanak.

    Merujuk kepada isi kandungan, label dan tarikh luput sebelum membuatkeputusan membeli barangan tersebut.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    6/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    6

    Mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak boleh digunakan agarpembaziran tidak akan berlaku.

    B) Langkah-langkah Kerajaan Untuk Melindungi Pengguna :

    5. Penguatkuasakan undang-undang. Undang-undang meliputi semua aspek sama ada dari peringkat pra pembelian,

    semasa pembelian dan selepas pembelian.

    Peraturan juga meliputi berkaitan dengan kontrak, sewa beli, kredit dansebagainya seperti Akta Timbang dan Sukat, Akta Perihal Dagangan dan Akta

    Jualan Murah.

    Undang-undang yang digubal mestilah dilaksanakan dengan tegas dan konsistentanpa mengira latar belakang.

    Pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan dan juga parapeniaga.

    Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan.

    6. Mengawal bekalan barang. Kawalan meliputi penawaran beberapa jenis barangan keperluan harian dan

    harganya.

    Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna telah menetapkan beberapa jenis barangan keperluan harian seperti

    tepung, garam, beras dan minyak masak.

    Mengawal bekalan 21 jenis barangan seperti tepung gandum dan gula perlusepanjang tahun dan tambahan 25 jenis lagi (gula, daging dan ayam) semasa

    musim perayaan.

    7. Meningkatkan program pendidikan kepenggunaan. Program pendidikan kepenggunaan dijalankan agar para pengguna dan peniaga

    tahu akan hak dan tanggungjawab mereka.

    Langkah ini dijalankan oleh persatuan para pengguna seperti Persatuan GabunganPengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Persatuan Pulau Pinang (CAP) dan

    Persatuan Pengguna Sabah (CASH).

    Menyebarluaskan maklumat dari semasa ke semasa melalui media massa.

    Penekanan juga diberikan kepada para peniaga agar mereka mempunyai nilaimoral dalam menjalankan urusan perniagaan.

    8. Peletakan tanda harga. Pihak berkuasa mewajibkan para peniaga runcit meletakkan tanda harga pada

    barangan mereka

    Pengguna akan dapat membuat perbandingan harga

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    7/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    7

    9. Maklumat pada bungkusan barangan. Pihak berkuasa mewajibkan maklumat tertentu ditandakan pada bungkusan

    barang-barang seperti kuantiti, berat, butiran pengilang, isi kandungan dan tarikhluput.

    10.Memberi pengiktirafan. Syarikat atau organisasi tertentu diberi pengiktirafan ISO 9000 dan Standard

    Piawaian Makanan pada barangan dan perkhidmatan yang diakui bermutu.

    Memberi pengiktirafan kepada kedai harga patut

    Penutup :

    Halangan-halangan kepenggunaan semakin mencabar. Hal ini kerana situasiekonomi negara tidak dapat dielakkan daripada bertembung dengan pengaruh

    ekonomi global.

    Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    8/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    8

    BAHAGIAN B

    3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan diMalaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein.

    Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan

    sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.

    Pendahuluan :

    Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.

    Isi :

    A) Kepentingan Akuakultur :

    1. Membekalkan sumber protein.

    Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telahmenyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.

    Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi. Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara. Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan

    sepanjang tahun.

    Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

    Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negaramenerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-carapembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.

    Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di PulauPinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.

    3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

    Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengahhidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesiesmarin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau

    dan siakap.

    Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untukmengelakkan fenomena kepupusan.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    9/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    9

    4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.

    Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu danmemusnahkan habitat.

    Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.

    Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagaicontoh, penggunaan sangkar dan tong.

    B) Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :

    5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

    Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur. Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu

    tikus, siakap dan udang harimau.

    Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam. Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan

    menggunakan tong.

    Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakananberasaskan akuakultur.

    6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.

    Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan SekolahBiologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.

    Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang SainsPemakanan.

    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekananterhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.

    Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.7. Penggunaan teknologi terkini.

    Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur. Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk

    memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.

    Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkanbahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.

    Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yangtahan lama dan boleh dieksport.

    Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    10/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    10

    Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropokudang dan sos tiram.

    Penutup :

    Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan.Nota : 1. Pendekatan Menjawab : 2 + 2

    2. Isi satu wajib diberi, jika tiada = 1 + 2.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    11/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    11

    4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai

    pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya.

    Bincangan.

    Pendahuluan :

    Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.Isi :

    A) Kepentingan Biodiversiti :

    1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

    Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan danPembangunan (R&D).

    Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di

    Institusi Pengajian Tinggi.

    2. Membekalkan makanan.

    Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. Rantaian makanan akan terpelihara.

    3. Sebagai sumber perubatan.

    Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan MisaiKucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.

    Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah

    tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

    4. Mengekalkan habitat.

    Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. Tempat perlindungan hidupan liar.

    Tempat pembiakan semulajadi.

    5. Sebagai penstabil cuaca.

    Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Menstabilkan kitaran hidrologi. Memberikan keseimbangan suhu. Mengurangkan kesan rumah hijau.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    12/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    12

    B) Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

    7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

    Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai

    contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

    8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

    Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala

    sisanya pula diproses menjadi kertas.

    9. Pembangunan lestari.

    Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada

    Jabatan Alam Sekitar (JAS)

    10. Pendidikan sains dan biologi

    Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikanpenekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.

    Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).11. Program kitar semula.

    Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

    12. Penggunaan teknologi mesra alam.

    Menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan

    biogas kelapa sawit.

    Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan airatau sisa kumbahan.Penutup :

    Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    13/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    13

    BAHAGIAN C

    5 (a) Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan portal khas jawatan kosonguntuk orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan golongan tersebut mencari

    pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka.Timbalan

    Menterinya, Datuk Noraini Ahmad menyeru pihak-pihak berkenaan khususnya sektor

    swasta tampil membantu kerajaan dalam memberikan peluang-peluang pekerjaan kepadagolongan ini.

    ( Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia 17 Mei 2008)

    i. Apakah kepentingan portal khas jawatan kosong Orang Kurang Upaya (OKU)diwujudkan?

    Kewujudan portal jawatan kosong Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untukmemudahkan golongan tersebut mencari pekerjaan.

    ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkahlangkah yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan

    sosioekonomi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

    1. Menyediakan peluang pendidikan.2. Memberikan pelbagai program kemahiran.3. Memberikan peluang atau kuota kepada OKU dalam sektor pekerjaan.4. Memberikan elaun kepada OKU.5. Penyediaan pelbagai kemudahan prasarana kepada golongan OKU.

    (b) Sambutan Citrawarna Malaysia 2007 selama sebulan yang berakhir pada 22 Jun 2007menawarkan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum-kaum di

    Malaysia. Di setiap negeri, pelbagai persembahan kebudayaan dijalankan untuk menarik

    kedatangan pelancong dan menimbulkan semangat kebanggaan dan patriotik dalamkalangan masyarakat tentang kekayaan budaya bangsa.

    (Dipetik daripada Berita Harian, 15 Jun 2007)

    i. Mengapakah sambutan Citrawarna Malaysia 2007 diadakan?

    Untuk menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

    ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan

    sambutan Citrawarna Malaysia kepada negara.

    1. Meningkatkan pendapatan negara melalui kedatangan para pelancong.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    14/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    14

    2. Mewujudkan semangat patriotik kepada rakyat.3. Mewujudkan perpaduan.4. Memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor perkhidmatan.5. Menaikkan imej negara di mata dunia.

    6 (a) Jualan makanan organik sedang mengalami peningkatan, terutama untuk memenuhi

    keperluan kumpulan pengguna yang mengutamakan makanan untuk kesihatan, cintakanalam sekitar dan kebajikan hidupan semulajadi. Insiden merebaknya penyakit berbahaya

    seperti penyakit kuku dan mulut dan mad cow, pencemaran di dalam penggunaan racun

    makhluk perosak serta penghasilan makanan menggunakan organisma terubahalih(GMO) menyebabkan pengguna memberi perhatian kepada makanan yang dihasilkan

    secara semulajadi.

    (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan FAMA 2006 )

    i. Mengapakah makanan organik semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat?

    Makanan organik semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat keranakesedaran pengguna tentang penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

    ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan

    makanan organik.

    1. Penjagaan kesihatan.2. Sebagai makanan tambahan (supleman).3. Bebas daripada bahan kimia.4. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

    (b) Biasanya, pengurangan sumber dan pengurusan persekitaran ialah pendekatan terbaikyang dapat menyelesaikan masalah nyamuk untuk jangka masa panjang. Untuk

    mengawal vektor demam denggi atau demam denggi berdarah, penghapusan bekas-bekas

    yang dapat membiakkan Aedes didapati berkesan. Walau bagaimanapun, kerjasama

    orang ramai pada peringkat bukan epidemik biasanya kurang memuaskan.

    (http://www.penerbit.usm.my)

    i. Apakah kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pembiakan nyamuk

    Aedes?

    Kaedah untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes ialah melaluipengurusan persekitaran yang berkesan.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    15/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    15

    ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca-punca

    merebaknya penyakit demam denggi.

    1. Gigitan nyamuk Aedes2. Pembuangan sampah yang tidak sistematik.3. Sistem saliran yang tersumbat.4. Persekitaran rumah yang kotor (semak samun).5. Pendidikan kesihatan tidak didedahkan secara menyeluruh.

    Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja.

    2. Pilih mana-mana idea untuk menjawab soalan (ii).

    Skema pemarkahan :

    (i) = 2 m(ii) I = 2mH = 4m

    B = 2m_______

    10 M

    _______

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    16/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    16

    Jawapan Soalan 7

    Jadual persediaan :-

    Malaysia : Perbandingan Jumlah Guna Tenaga Mengikut Sektor Pada Tahun 2005 danAnggaran 2010.

    SEKTOR TAHUN 2005 TAHUN 2010 (ANGGARAN)

    Jumlah

    (ribu orang)

    % Sudut Jumlah

    (ribu orang)

    % Sudut

    Sektor pertanian,perhutanan, ternakan dan

    perikanan.

    1405.7 12.90 46 1323.8 8.84 32

    Sektor pembuatan 3132.1 28.75 104 3594.7 24 86

    Sektor pembinaan 759.8 6.97 25 1501.3 10.02 36

    Sektor perdagangan borongdan runcit, hotel dan

    restoran.

    1927.2 17.69 64 2171.0 14.50 52

    Sektor pengangkutan,

    penyimpanan dankomunikasi.

    631.2 5.80 21 701.5 4.68 17

    Sektor kewangan, insuran,

    hartanah dan perniagaan.

    732.3 6.72 24 826.8 5.25 20

    Sektor perkhidmatankerajaan.

    1052.8 9.66 35 1152.8 7.69 28

    Sektor-sektor lain 1253.7 11.50 41 3704.1 24.73 89

    Jumlah 10894.80 100 360 14 976.0 100 360

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada, RMK9 2006-2010,

    Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)

    Nisbah Jejari = 1 : 1.17 atau 1 : 1.2

    Nota :

    1. Jika tiada perkataan anggaran pada untuk tahun 2010 = 4,2,1,1 (08markah)

    2. Tiada jumlah besar, markah maksima = 1, 1,1,1 (06 markah)3.

    Kedudukan carta pai terbalik, markah maksima = 4,3,4,2 (13 markah)

    4. Carta pai bertindan = 3,3,3,2 (11 markah)5. Media lain salah media = 01 markah

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    17/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    17

    Jawapan Soalan 7 : Carta Pai

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    18/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    18

    Jawapan Soalan 8

    Jadual persediaan :-

    Malaysia : Perubahan Indeks-Indeks Utama di Papan Pertama Bursa Malaysiabagi Tempoh Tahun 1999 hingga 2004.

    Indeks

    Utama

    Tahun dan Mata

    1999 2000 2001 2002 2003 2004

    Indeks

    komposit

    900 970 1250 1297 956 890

    Indeks

    emas

    241 261 306 343 257 245

    Indeks

    perindustrian

    1216 1282 1401 1647 1482 1516

    Indekskewangan

    2100 2180 2545 2845 2700 2605

    Indeks

    harta

    1600 1945 2100 2640 2460 2550

    Indeks

    perladangan

    2200 2345 2670 3100 2965 2765

    (Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada

    Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005)

    Skala : 1 cm = 300 mata

    Nota:1. Tahun sebagai petunjuk = 1, 1, 1, 1 (04 markah)2. Graf garis komponen = 1, 1, 1, 1 (04 markah)3. Grafgraf lain salah media = 01 markah

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    19/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    19

    Jawapan Soalan 8 : Graf Garis Kompaun

    SULIT*

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    20/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    20

    Skema Soalan 9

    9. Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan keadaan KDNK Malaysia dari tahun 2004hingga 2007. Jelaskan mengapa wujudnya keadaan sedemikian.

    Bil Idea Huraian

    01. Semua sektor mempunyaipertumbuhan KDNK yang tidakkonsisten

    Contoh:Pertanian :

    2004 - 5.0%

    2005 - 2.6%2006 - -0.4%

    2007 - 1.6%

    Pembuatan:

    2004 - 3.9%

    2005 - 4.6%

    2006 - 4.5%2007 - 1.3%

    Perlombongan:2004 - 9.8%

    2005 - -5.4%2006 - 1.8%

    2007 5.2%

    Pembinaan:2004 - -1.5%

    2005 - -0.4%

    2006 - 3.6%2007 - 4.2%

    Perkhidmatan2004 6.8%2005- 5.7%

    2006- 3.8 %

    2007- 8.7 %

    Alasan:

    1. Harga bahan mentah tidak stabil dipasaran dunia memberi kesan kepadapertumbuhan KDNK negara.

    2. Kesan kegawatan ekonomi yangberlaku di negara kita.

    (Contoh : mana-mana sektor)02. Sektor yang mengalami

    pertumbuhan KDNK yang

    sentiasa positif

    Contoh:

    Pembuatan:

    2004 3.9%

    2005 4.6%

    2006 4.5%2007 1.3%

    Alasan:

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    21/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    21

    1. Peningkatan taraf hidupmenyebabkan permintaan terhadapbarangan pembuatan meningkat.

    2. Kejayaan kempen Belilah BaranganBuatan Malaysia.

    Perkhidmatan:2004 6.8%2005 5.7%

    2006 3.8%

    2007 8.7%

    Alasan:

    1. Peningkatan taraf hidupmenyebabkan permintaan

    perkhidmatan bertambah2. Kewujudan sektor perkhidmatan baru

    di pasaran.

    03. Sektor yang pernah mengalami

    pertumbuhan KDNK yangnegatif

    Contoh:

    Pertanian: 2006 ( -0.4%)

    Alasan:

    1. Harga komoditi yang tidak menentudi pasaran dunia.

    2. Ancaman penyakit3. Iklim yang tidak menentu4. Persaingan dengan negara pengeluar

    Perlombongan :2005 (-5.4%)

    Alasan:1. Stok penimbal harga menurun di

    pasaran dunia.

    2. langkah berjimat cermat untukmengelakkan kepupusan sumberalam.

    Pembinaan: 2004 (-1.5%)2005 (-0.4%)

    Alasan:

    1. Peningkatan harga bahan-bahanpembinaan

    2. Kegawatan ekonomi menyebabkanpermintaan hartanah menurun.

    04. Pertumbuhan KDNK antara

    sektor mengikut tahun

    Tahun 2004:

    Perlombongan tertinggi (9.8%)

    Alasan:

    1. Penggunaan teknologi terkini untuk

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    22/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    22

    mengesan lokasi galian.

    2. Pembukaan lombong/ telaga minyakbaru

    Pembinaan terendah (-1.5%)

    Alasan:

    1. Peningkatan kos bahan-bahanpembinaan.

    2. Projek tergendala kesukaranmemperoleh bahan mentah.

    Tahun 2005

    Perkhidmatan tertinggi (5.7%)

    Alasan:

    1. Kewujudan perkhidmatan baruberkaitan dengan ICT.

    Perlombongan terendah ( -5.4%)Alasan:

    1. Langkah penjimatan untukmengelakkan kehausan sumber.

    2. Penutupan lombong-lombong sepertitimah dan tembaga

    Tahun 2006

    Pembuatan tertinggi (4.5%)

    Alasan:

    1. Galakan kerajaan mengembangkandasar pembuatan.

    2. Kejayaan Pelan Induk PerindustrianPertanian terendah (-0.4%)

    Alasan:

    1. Kurang penekanan. Kerajaan lebihmenjurus kepada menjadi sebuah

    Negara Perindustrian Baru

    menjelang 2020.

    2. Kekurangan tenaga buruh dalamsektor pertanian

    Tahun 2007

    Perkhidmatan tertinggi ( 8.7%)

    Alasan:1. Taraf hidup meningkat permintaan

    terhadap perkhidmatan bertambah.

    Pembuatan terendah (1.3%)

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    23/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    23

    Alasan:

    1. Kegawatan ekonomi.2. kurang pelaburan asing

    NOTA : Huraian data MESTI sebut keempat-empat tahun.

    Pemarkahan:

    Idea : 4 ( 1X4)

    Huraian data : 4 (1 X4)

    Huraian sebab : 4 (1X4)

    Bahasa : 1

    Rumusan : 2

    _____

    Jumlah 15

    _____

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    24/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    24

    Skema Soalan 10

    Pengenalan :

    Buruh asing terbahagi kepada buruh yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan

    dokumen yang sah dan buruh asing yang datang ke negara ini tanpa izin iaitu tanpa

    dokumen yang sah.

    Faktor- Faktor HuraianA. Tarikan

    1. Kemakmuran ekonomi

    negara

    Kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang positif setiap

    tahun.

    Banyak pelabur asing membuat pelaburan dalam pelbagai

    bidang, misalnya perindustrian.

    Banyak peluang pekerjaan diwujudkan.

    Kadar upah yang tinggi berbanding negara asal.

    2. Keperluan buruh negara Tenaga buruh mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang

    seperti perladangan,pembinaan dan perkhidmatan.

    Mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang

    tersebut.

    Pekerja tempatan kurang berminat terutama dalam sektor

    perladangan.

    3. Persamaan budaya Latar belakang sejarah, budaya,agama dan bahasa yang hampir

    sama.

    Mereka berasa selesa kerana seolah-olah berada di negara

    sendiri.

    Bahasa yang hampir sama memudahkan proses komunikasi.

    4. Geografi Kedudukan perairan yang panjang sukar dikawal, memudahkan

    mereka lolos ke negara ini.

    Negara-negara bersempadan seperti Kalimantan dengan Sabah

    dan Sarawak mewujudkan jalan tikus.

    Jarak perjalanan yang dekat di antara Kepulauan Sumatera dan

    Pulau Tarakan dengan Tawau menggalakkan kedatangan

    mereka.

    B. Faktor Tolakan

    5. Masalah ekonomi Kekurangan peluang pekerjaan di negara asal,menyebabkanrakyat menganggur.

    Rakyat hidup dalam kemiskinan.

    Kadar upah yang rendah di negara asal berbanding Malaysia.

    6. Bencana alam Kemarau menyebabkan kemusnahan bahan makanan, rakyat

    mengalami kebuluran.

    Tsunami dan banjir menyebabkan kerosakan harta benda serta

    kehilangan nyawa.

    Bencana menyebabkan merebaknya penyakit.

    Menggalakkan mereka meninggalkan kampung halaman.

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    25/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

    25

    7. Keadaan Anarki Pertelingkahan di antara parti pemerintah dan parti

    pembangkang menyebabkan keadaan huru-hara, rusuhan,

    pengeboman menyebabkan kematian orang awam.

    Sebagai contoh krisis Selatan Thailand dan Mindanao Filipina.

    Kesimpulan :

    Masalah kedatangan buruh asing dapat diatasi jika masyarakat negara ini tidak memilih

    pekerjaan.

    NOTA: Carta aliran terikat.

    Pendekatan Menjawab : 2+2

    - Pelajar MESTI menulis faktor tarikan dan faktor tolakan dalam setiap faktor untuk

    mendapat markah penuh.

    - Jika tiada menulis faktor tarikan dan faktor tolakan markah maksima = 01 markah

    ( Markah Bahasa Sahaja)

    Pemarkahan :

    Idea = 4 ( 1X4)

    Huraian = 8 ( 2 X 4)

    Bahasa = 1

    Rumusan = 2

    _____

    15 M

    ______

  • 8/14/2019 Stpm Pa2 Ans (Sbh)

    26/26

    EXCEL 2 : 2008 SULIT *

    900/2 [Lihat sebelah

    26