soalan ptk tambahan

31
Perancangan Pengajaran Pembelajaran Dalam proses memilih kandungan pelajaran bagi sesuatu topik, seorang guru harus berpandukan kepada (A) objektif implisit (B) objektif eksplisit (C) kesimpulan pelajaran (D) set induksi yang menarik Jawapan: B Dalam persediaan mengajar, objektif pengajaran mestilah ditulis dalam bentuk tingkah laku yang eksplisit. Pernyataan manakah memenuhi kriteria-kriteria objektif eksplisit? (A) Pelajar dapat mengkaji lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku (B) Pelajar memahami factor-faktor yang membawa kepada pencemaran alam sekitar (C) Pelajar dapat menghayati keindahan alam sekitar yang tanpa pencemaran alam sekitar (D) Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku tanpa merujuk nota Jawapan : D Aspek-aspek utama yang harus diambil kira oleh seseorang guru semasa menyediakan rancangan pengajaran harian ialah I. hasil pembelajaran atau matlamat pengajaran II. pengetahuan sedia ada pelajar III. pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu topik IV. kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu topik V. kerjasama yang akan diperolehi daripada rakan guru

Upload: zabidah-awang

Post on 24-May-2015

615 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan ptk tambahan

Perancangan Pengajaran Pembelajaran

Dalam proses memilih kandungan pelajaran bagi sesuatu topik, seorang guru harus berpandukan kepada (A)     objektif implisit(B)     objektif eksplisit(C)     kesimpulan pelajaran(D)     set induksi yang menarik Jawapan: B

Dalam persediaan mengajar, objektif pengajaran mestilah ditulis dalam bentuk tingkah laku yang eksplisit.Pernyataan manakah memenuhi kriteria-kriteria objektif eksplisit?  (A)  Pelajar dapat mengkaji lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku (B) Pelajar memahami factor-faktor yang membawa kepada pencemaran alam sekitar (C) Pelajar dapat menghayati keindahan alam sekitar yang tanpa pencemaran alam sekitar(D) Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku tanpa merujuk notaJawapan : D

Aspek-aspek utama yang harus diambil kira oleh seseorang guru semasa menyediakan rancangan pengajaran harian ialah  I.    hasil pembelajaran atau matlamat pengajaran II.    pengetahuan sedia ada pelajar III.  pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu topik IV.    kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu topik V.     kerjasama yang akan diperolehi daripada rakan guru (A)    I, II dan III sahaja(B)    I, III dan IV sahaja(C)    III, IV dan V sahaja(D)    I, II, III dan IV sahaja Jawapan : A

Page 2: Soalan ptk tambahan

Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran

Cikgu Elizabeth telah mengadakan perbincangan tentang jenis tumbuhan. Dalam komponen penutup beliau mengatakan kepada murid-muridnya. “ Hari ini kita telah mempelajari tentang epifit, saprofit dan parasit.”  Cikgu Alyne telah menggunakan jenis penutup  (A)     afektif (B)     sosial (C)    kognitif (D)    penilaian Jawapan : C

Bagi menghasilkan satu perkembangan isi pelajaran yang baik, seorang guru seharusnya  (A) menyampaikan maklumat secara berasingan (B) menitikberatkan isi sukatan pelajaran (C) memastikan isi pelajaran disediakan mengikut urutan yang logikal (D) mengolah isi pelajaran dengan menumpukan kepada sekumpulan pelajar sahaja  Jawapan : C

Di dalam bilik darjah, Cikgu Z sering menggunakan set induksi dengan tujuan I. Menimbulkan minat terhadap pelajaran II. Menjelaskan konsep yang baru III. Menghubungkaitkan pelajaran baru dengan yang lampau IV. Memastikan semua murid memberi tumpuan kepadanya

(A) I dan II (B) I dan III (C) II dan III (D) III dan IV

Jawapan : B

Page 3: Soalan ptk tambahan

Guru boleh menggalakkan murid-murid meningkatkan pemikiran kreatif dengan

I. menggalakkan sumbang saranII. memberi ganjaran kepada hasil kerja muridIII. mendedahkan murid kepada pelbagai contoh dan pengalamanIV. mempelbagaikan soalan terutamanya berbentuk terbuka

V. mewujudkan suasana bilik darjah yang senyap dan terkawal

A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahajaC. II, III dan V sahajaD. III, IV dan V sahaja

Jawapan : B

Manakah pasangan yang tepat mengenai jenis-jenis pemikiran?

A. kreatif : divergenB. kritis : konvergenC. kritis : induktifD. kreatif : deduktif

Jawapan : A

Semua ciri berfikir di atas dikategorikan sebagai pemikiran

A. kritisB. kreatifC. menegak (vertical)D. konvergen

Jawapan : A

Ciri-ciri berfikir: Pengamatan yang tajam Berfikiran terbuka Cekap menganalisis

Page 4: Soalan ptk tambahan

Pengurusan Kelas

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat (A) mengurangkan beban mengajar guru (B) mengenal pasti pelajar yang lemah dalam pembelajaran (C) mengawal pelajar yang berkelakuan kurang baik (D) mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan Jawapan : D

Dalam kelas KBSR, ruang-ruang pembelajaran diwujudkan untuk I. meletak bahan pengajaran-pembelajaran II. murid-murid berehat dan ulangkaji topik pengajaran III. menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan- bahan pengajaran IV. menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan(A) I dan II (C) I, II dan III (B) I,III dan IV (D) I,III dan IV

Suasana bilik darjah amat penting dalam meransangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang baik, guru perlu (A) memilih ketua kumpulan (B) mengekalkan keahlian kumpulan untuk semua aktiviti (C) menggalakkan aktiviti bercorak kerja kumpulan atau berpasangan (D) menyusun kerusi –meja secara berbaris agar kemas Jawapan : C

Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, anda boleh mengkaji taraf hubungan sosial pelajar anda dengan menggunakan (A) sosiometri (B) ujian personaliti (C) senarai semak (D) temubual dengan pelajar Jawapan : A

Page 5: Soalan ptk tambahan

Suasana bilik darjah yang paling menenangkan hati pelajar harus mempunyai guru yang bersifat (A) autoritarian (B) demokratik (C) laissez faire (D) pessimistik Jawapan : B

Strategi Pengajaran Pembelajaran

Pembelajaran ketara antara pengajaran masteri dengan pengajaran kelas biasa ialah (A)  pencapaian murid ialah berdasarkan kepada pengajaran guru (B) penggunaan jadual waktu anjal meningkatkan proses pengajaran pembelajaran (C)  pengajaran pembelajaran adalah satu proses interaksi sehala antara guru dan murid (D)   penguasaan kemahiran awal perlu ditentukan sebelum berpindah ke kemahiran lain JWP:D

Bagi menghasilkan satu perkembangan isi pelajaran yang baik, seorang guru seharusnya  (A)     menyampaikan maklumat secara berasingan (B)    menitikberatkan isi sukatan pelajaran (C)    memastikan isi pelajaran disediakan mengikut urutan yang logical (D)  mengolah isi pelajaran dengan menumpukan kepada sekumpulan pelajar sahaja  Jawapan: C

Ciri-ciri pembelajaran koperatif merangkumi  I.      kepentingan diri II.      kepimpinan berkongsi III.     kemahiran sosial dipupuk IV.    saling pergantungan positif V.     tiada peninjauan perkembangan kumpulan  (A)     I, II dan IV sahaja (B)     I, III dan V sahaja (C)     II, III dan IV sahaja (D)     III, IV dan V sahaja Jawapan :  C

Page 6: Soalan ptk tambahan

Teknik Pengajaran Pembelajaran

Semasa mengajar, Cikgu Manisah telah mewujudkan satu situasi yang menyerupai keadaan sebenar, dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah dikenali sebagai kaedah (A)     simulasi (B)     tunjuk cara (C)     sosiometrik (D)     sumbangsaran Jawapan : A

Dalam pengajarannya Cikgu Siti telah memandu pelajar belajar melalui proses mencari maklumat, membina hipotesis, menguji hipotesis, membuat penilaian dan membuat rumusan. Strategi pengajaran tersebut ialah  (A)           projek (B)           tunjuk cara (C)           penyelesaian masalah (D)           pengajaran berpasukan

  Jawapan : C

Pelajar diminta simulasikan satu situasi disebuah pasar malam sebagai pengunjung, penjual dan pembeli. Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk         i.    melatih kemahiran bertutur        ii.   membiasakan pelajar dengan alam perniagaan iii.  mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan        iv.  membina pemikiran yang kritis   v.    mengurangkan kerumitan memahami sesuatu konsep  (A)      I, II dan III sahaja (B)      I, II dan IV sahaja (C)      I, III dan V sahaja (D)     II, IV dan V sahaja

Page 7: Soalan ptk tambahan

Dalam suatu perbincangan, setiap ahli kumpulan boleh memberi idea dan pandangan terhadap sesuatu topik tanpa dikritik. Perbincangan sedemikian merujuk kepada

(A) sesi buzz (B) sumbangsaran (C) perbahasan (D) perbincangan terbuka

Jawapan : B

Manakah antara teknik pengajaran yang mana murid-murid berpeluang memerhati dan mendengar idea dan konsep diillustrasikan oleh guru ?

(A) bercerita (B) inkuiri (C) ekspositori (D) tunjuk caraJawapan : D

Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Biru ditugaskan untuk mengkaji masalah pencemaran alam sekitar dengan menggunakan model pengajaran inkuiri. Susunkan langkah-langkah berikut berdasarkan model ini   I. Pelajar mendapatkan maklumat melalui internet  II. Cikgu membantu pelajar mengenal pasti masalah  III. Pelajar menguji hipotesis dan membuat rumusan  IV. Pelajar membina hipotesis A. I, II , IV , III B. II, IV , I , III C. IV ,II, I , III D. IV ,I , II , III

Page 8: Soalan ptk tambahan

Dalam mengendalikan sesuatu lawatan sambil belajar, perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah (A) tempat yang dilawati menarik (B) persediaan sebelum lawatan dan aktiviti susulan selepas lawatan (C) tumpuan kepada murid terhadap penerangan di tempat lawatan (D) jumlah murid yang menyertai lawatan mencukupi dan berminat Jawapan : B

1.   Guru memberi penerangan dengan memberi contoh- contoh yang menarik 2.  Pelajar-pelajar mendengar sambil mencatat nota 3.  Guru menyoal dari semasa ke semasa dan pelajar memberi respons

Aktiviti- aktiviti pengajaran pembelajaran di atas mencerminkan teknik pengajaran (A)    inkuiri (B)    kerja kumpulan (C)   penyelesaian masalah (D) ekspositori

Kemahiran Pengajaran

Cikgu A menggunakan anggukan kepala serta gerak isyarat semasa menerangkan sesuatu idea dan memberi respons kepada pelajar. Beliau sedang menggunakan kemahiran (A) pengukuhan (B) variasi rangsangan (C) penerangan (D) simulasi Jawapan : B

Page 9: Soalan ptk tambahan

Dalam sesuatu pengajaran, guru sentiasa menggunakan pengukuhan supaya dapat (A) menimbulkan minat murid terhadap pelajaran (B) merangsangkan sesi pengajaran agar menyeronokkan (C) mengekalkan suatu tingkah laku yang diingini (D) menimbulkan suasana pembelajaran yang menggalakkan Jawapan : C

Antara yang berikut, manakah merupakan tujuan teknik penyoalan? I. Mengawal minat pelajar II. Memusatkan perhatian pelajar kepada konsep yang diajar III. Melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran-pembelajaran IV. Mengesan murid yang kurang bersedia supaya dendaan boleh dikenakan

(A) I dan II (C) I dan III(B) II dan III (D) III dan IV

Jwp: B

Setiap guru perlu mempunyai kemahiran menggunakan papan tulis kerana (A) membantu murid memahami konsep yang disampaikan secara berperingkat (B) meningkatkan keberkesanan pengajaran guru (C) membolehkan penaakulan dan ramalan apa yang akan disampaikan (D) memperkembangkan daya pemikiran murid- murid Jawapan : A

Page 10: Soalan ptk tambahan

Penggunaan Sumber dalam P & P

Guru perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut semasa memilih bahan bantu mengajar kecuali (A) bahan menarik dan memudahkan pemahaman pelajar (B) bahan hendak sesuai dengan objektif pelajaran (C) bahan hendak beri fokus kepada satu deria sahaja (D) bahan dipelbagaikan untuk memudahkan pembinaan konsep Jawapan: C

Media dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana(A) Memastikan pengajaran-pembelajaran lebih teratur(B) Meringankan beban guru dalam menerangkan konsep(C) Menggalakkan pengajaran pembelajaran dilaksanakan di mana-mana

sahaja(D) Meningkatkan daya ingatan murid memandangkan pelbagai deria

digunakan Jawapan : D

Penggunaan TMK untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila TMK digunakan sebagai alat

(A) melaksanakan tugasan pembelajaran(B) melatih tubi murid sehingga menguasai pembelajaran(C) mencari dan mengakses maklumat daripada CD Rom, internet dan

gerbang maklumat(D)Membolehkan guru dan murid menghantar dan menerima maklumat dari

lokasi berbeza Jawapan : C

Page 11: Soalan ptk tambahan

KBSR/KBSM

Ciri Ciri KBSR yang dikekalkan dalam KBSM ialah I. Kesepaduan ilmu pengetahuan II. Pemupukan nilai-nilai murni III. Pemusatan kepada pelajar IV. Penekanan kepada kecemerlangan akademik V. penggunaan ujian sebagai pengukur prestasi akademik (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja Jawapan: A

Konsep kesinambungan peringkat –peringkat KBSR dan KBSM bertujuan untuk

(A) menghasilkan perubahan tingkah laku(B) memupuk minat pelajar dalam bidang pengkhususan(C) mengamal budaya ilmu dalam kalangan pelajar(D) membentuk insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani,emosi dan jasmani Jawapan : D

Pembentukan KBSR mengambil kira kehendak masyarakat kerana (A) meningkatkan taraf hidup (B) memilih kerjaya yang dinamis (C) berkomunikasi dengan orang lain (D) menguasai kemahiran teknologi

Jawapan : C

Page 12: Soalan ptk tambahan

KBSM adalah kesinambungan kepada KBSR yang menitikberatkan kesepaduan pendidikan.Langkah yang paling sesuai untuk dilaksanakan oleh guru adalah

(A) Menekankan penguasaan kemahiran asas dan penggabungjalinan kemahiran

(B) Pendekatan yang digunakan dalam KBSR diteruskan dalam pengajaran pembelajaran KBSM

(C)Memperkembangkan kemahiran asas meliputi kemahiran belajar dan berfikir secara kritis dan kreatif

(D)Pemusatan pelajar dan bahan dalam KBSR menjadi strategi pengajaran pembelajaran utama KBSM

Jawapan : D

Teori Pembelajaran

Rama putus asa kerana tidak dapat menghasilkan karangan yang baik walau pun dia mencuba berkali-kali. Cara yang paling berkesan boleh membantu Rama berlandaskan prinsip peneguhan Skinner ialah dengan (A) memberi latihan dalam penulisan karangan yang pelbagai (B) mengaitkan tajuk karangan dengan pengalaman Rama (C) menjelaskan langkah-langkah dalam penulisan karangan (D) memberi ganjaran bagi setiap langkah yang menuju kpd jawapan karangan yang betul Jawapan : D

Sekiranya seorang guru ingin membentuk tingkah laku yang diingini dalam kalangan pelajarnya, prinsip peneguhan Skinner boleh digunakan iaitu  (A) sentiasa memberi ganjaran kepada muridnya (B) sekali sekala memberi ganjaran kepada muridnya (C) memberi ganjaran kepada murid yang tertentu sahaja (D) memberi ganjaran untuk setiap langkah positif yang dilakukan oleh muridnya Jawapan: D

Page 13: Soalan ptk tambahan

Salah satu implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ialah  (A)    murid-murid dimotivasikan secara ekstrinsik. (B)    murid-murid digalakkan belajar dan bekerja secara individu. (C)  murid-murid belajar melalui kaedah main peranandalam kumpulan. (D)  murid–murid memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran. Jawapan : D

Tindakan yang menunjukkan aplikasi Teori Behaviourisme Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran adalah  (A)   mendenda pelajar yang tidak menyiapkan latihannya (B)   memberi pujian setiap kali pelajar dapat menjawab soalan dengan betul (C)    memberi latihan tambahan kepada pelajar yang telah mempelajari konsep (D)   berhentikan ganjaran kepada pelajar yang sudah dapat menyempurnakan tugas Jawapan : B

Teori Pelaziman Thorndike terkenal untuk eksperimen dengan kucing. Teori beliau mengutamakan pembelajaran berdasarkan  (A)      peniruan (B)      penemuan (C)      penerimaan (D)      rangsangan Jawapan : D

Page 14: Soalan ptk tambahan

Penilaian

Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) dilaksanakan untuk mendapat gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PKS guru dapat I.    menggalakkan penilaian kendiri II.   menekankan perkembangan sekolah III.  mengetahui keberkesanan pengajaran guru IV. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh V. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta (A)     I, II dan IV sahaja. (B)     I, III dan IV sahaja. (C)    II, III dan V sahaja. (D)   III, IV dan V sahaja. Jawapan : D

Setelah satu semester, Cikgu Abdul mengajar mata pelajaran Matematik , beliau membuat perbandingan pencapaian murid-muridnya.Cikgu Abdul menilai prestasi murid berdasarkan (A)    ujian rujukan norma (B)    ujian rujukan kriteria (C)    ujian diagnostik (D)    ujian formatif Jawapan : A

Setelah mengajar tajuk “ Perusahaan Perikanan di Malaysia” guru memberi ujian untuk mengetahui pemahaman muridnya terhadap tajuk itu. Ujian ini ialah jenis  (A)     sumatif (B)     formatif (C)     saringan (D)     diagnostik  Jawapan : B

Kriteria utama yang membezakan soalan objektif dengan soalan subjektif ialah (A) peruntukan masa (B) cara pemarkahan (C) cara pentadbiran (D) cara memberi arahan Jawapan: B

Page 15: Soalan ptk tambahan

Dalam penggubalan soalan peperiksaan, guru hendaklah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian. Kepentingan bagi guru menyediakan JSU adalah             i.    menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian          ii.    menjadi panduan kepada pembinaan soalan       iii.    memastikan ujian tidak dibina secara sembarangan iv. Menentukan taraf kesukaran soalan yang berbeza      dari tahun ke tahun             v.     membolehkan ujian dibina oleh penggubal soalan yang tertentu sahaja  (A)          I, II dan III sahaja (B)          I, II dan IV sahaja (C)          II, III dan V sahaja (D)          III, IV dan V sahaja

Jawapan : A

Seorang guru ingin melaksanakan ujian sumatif untuk kelas Tingkatan 2nya. Sebagai guru, ujian sumatif bertujuan untuk

A. Mengatasi kelemahan pembelajaran muridB. Membantu murid menambah baik pembelajarannyaC. Merancang program pemulihan untuk membaiki prestasi muridD. Menentukan pencapaian dan kedudukan prestasi murid dalam

pembelajaran

Jawapan : D

Anda bersama rakan sejawat ingin memeriksa skrip esei murid-murid. Cara paling baik untuk meningkatkan keobjektifan pemeriksaan ialah dengan

A. Memeriksa skrip mengikut urutanB. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan skrip jawapanC. Melantik pemeriksa yang berpengalaman dan mahir dalam mata pelajaran

yang diperiksaD. Menyusun skrip jawapan calon mengikut prestasi dari terbaik di atas dan

prestasi terendah di bawah

Jawapan : B

Page 16: Soalan ptk tambahan

Antara berikut, yang manakah merupakan cara pemeriksan yang akan menghasilkan keputusan paling tekal jika pemeriksa kurang berpengalaman?

I. Cara analitikII. Cara holistik

III. Soalan demi soalanIV. Calon demi calon

A. I dan III sahajaB. II dan III sahajaC. II dan IV sahajaD. III dan IV sahaj

Jawapan: A

Pengetahuan Panitia MP

Mesyuarat Panitia matapelajaran perlu dijalankan untuk menyelaraskan pelaksanaan matapelajaran antara ahli-ahli panitia.Mesyuarat harus dijalankan   (A)    sekurang-kurangnya sekali sepenggal (B)    sekurang-kurangnya dua kali sepenggal (C)    mengikut kehendak guru besar pada awal tahun (D)    berdasarkan penentuan oleh ketua panitia dengan ahli-ahli kumpulan Jawapan : A

Setiap guru mata pelajaran perlu menyertai dalam semua mesyuarat dan aktiviti panitia dengan tujuan (A)   memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan umum (B)    mewujudkan semangat kerjasama di antara guru dengan pelajar sekolah (C)  menggunakan strategi-strategi mengajar yang ditentukan oleh ketua panitia (D)  memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran Jawapan : D

Kegiatan Gerko

Minit mesyuarat jawatankuasa yang ketiga perlu disahkan sebelum meneruskan agenda lain dalam mesyuarat keempat.

Page 17: Soalan ptk tambahan

Siapakah yang boleh mencadangkan pengesahan minit mesyuarat jawatankuasa yang ketiga? (A)   Semua ahli jawatankuasa persatuan. (B)  Pengerusi, setiausaha dan bendahari sahaja. (C)  Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat yang ketiga. (D) Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat yang keempat. Jawapan : C

Bendahari persatuan telah berpindah ke sekolah lain dan seorang bendahari baru telah dilantik.Proses penukaran tandatangan di bank perlu disertai perkara-perkara yang berikut. I.     Buku akaun bank     II.    Contoh tandatangan bendahari baru    III.   Contoh tandatangan bendahari lama    IV. Pengesahan yang dibuat oleh pengetua sekolah V. Minit mesyuarat jawatankuasa yang melantik bendahari baru (A)          I, II dan III sahaja. (B)          II, III dan IV sahaja. (C)          II, IV dan V sahaja. (D)         III, IV dan V sahaja. Jawapan: D

Penubuhan bidang-bidang kokurikulum bergantung kepada peraturan sekolah. Faktor-faktor lain yang menentukan penubuhan bidang –bidang tertentu adalah spt berikut kecual (A)    minat pelajar (B)    guru yang terlatih (C)    kemudahan fizikal (D)    pemilihan ibu bapa Jawapan : D

Pernyataan yang manakah antara berikut prinsip pelaksanaan kokurikulum di sekolah?  A. Melengkapkan bidang akademik pelajar  B. Mengukuhkan ilmu pengetahuan pelajar  C. Menggalakkan penyertaan pelajar  D. Meningkatkan inovasi pelajar Jawapan : C

Page 18: Soalan ptk tambahan

Pembangunan Sahsiah Murid

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya. Apakah peranan kaunselor dalam perhubungan tersebut? (A) Memberi nasihat kepada klien supaya akur dengan kaunselor. (B) Menentukan masalah klien oleh kaunselor agar dapat diselesaikan bersama-sama. (C) Membantu klien memahami masalah supaya dirinya dapat mengatasi masalah tersebut. (D) Memberi keputusan dan menentukan tindakan yang mesti diambil bagi mengatasi masalah tersebut Jawapan : C

Siti, Raju dan Lee tidak bersetuju dengan pendapat Amin sewaktu aktiviti pembelajaran koperatif. Setelah Amin berhenti berhujah, baru Siti memberi pendapatnyaApakah nilai paling utama yang ditonjolkan oleh Siti di dalam situasi ini?  (A) Sabar (B) Kerjasama (C) Bertanggungjawab (D) Hormat-menghormati

Jawapan : D

Manakah antara langkah yang diambil oleh guru merupakan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruktif pelajar?  (A)   Menerapkan nilai-nilai murni (B)   Menghukum serta mendenda (C)   Memberi bimbingan dan kaunseling (D)   Mengajar cara mengawal perasaan marah Jawapan : C

Page 19: Soalan ptk tambahan

Cikgu Jamit ingin meningkatkan motivasi kendiri muridnya dengan menggunakan beberapa cara pengubahsuaian. Cara-cara yang boleh digunakan ialah I.     hukum   II.    denda   III.    kognitif     IV.  pengurusan diri      V.   proses pembiasaan (A)      I dan II sahaja (B)     II dan III sahaja (C)    III dan IV sahaja (D)    IV dan V sahaja  Jawapan : C

Murid C kerapkali bergerak ke sana sini dalam kelas. Dia terlalu aktif dan jarang dapat menyempurnakan tugasan yang diberi. Langkah manakah paling sesuai diambil oleh guru?

(A) Menghantar murid C ke bilik kaunseling(B) Meminta murid C duduk di hadapan kelas(C) Menemubual murid C untuk mengesan sebab- sebab

tingkah laku sebegitu berlaku(D) Memberitahu ibu bapa tentang tingkah laku anak mereka

Jawapan : C

Setiap guru bertanggungjawab menyelesaikan masalah disiplin di sekolahnya. Manakah susunan tatacara yang betul bagi guru menyelesaikan masalah disiplin

I. Laporkan kes disiplin kepada guru besarII. Berikan nasihat kepada murid berkenaan

III. Berikan peluang kepada murid berkenaan membuat penjelasanIV. Kaji masalah disiplin yang berlaku secara objektifV. Rujuk kes disiplin kepada guru disiplin atau guru bimbingan dan

kaunseling

A. IV – III – II – V – IB. I – IV – II – III – VC. III – IV – II – I – V D. IV – II – I – V – III

Jawapan : A

Page 20: Soalan ptk tambahan

Amin telah berjumpa dengan gurunya untuk membincangkan tentang masalah keluarganya. Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai

A. FasilitatorB. KaunselorC. PembimbingD. Pengurus kelas

Jawapan: C

Pengetahuan Hal Rutin Kelas

Pengurusan rutin bilik darjah perlu diberi perhatian kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Manakah langkah yang paling sesuai untuk memudahkan pengurusan bilik darjah?

(A) semua rutin bilik darjah disempurnakan sebelum pengajaran (B) melibatkan murid dalam sebahagian daripada tugas-tugas rutin bilik darjah (C) menjalankan tugas-tugas rutin bilik darjah pada waktu lapang (D) semua rutin bilik darjah dilaksanakan pada akhir waktu sekolah Jawapan : B

Antara tugas-tugas berikut, aktiviti manakah merupakan rutin bilik darjah? I. Mengutip yuran sekolah II. Menanda jadual kedatangan murid III. Menjalankan aktiviti unit beruniform IV. Melawat murid yang sakit di hospital V. Melengkapkan rekod kemajuan dan prestasi murid (A) I,II dan V (B) I, III dan IV (C) II, III dan IV (D) III, IV dan V Jawapan : A

Page 21: Soalan ptk tambahan

Dalam proses penyediaan peraturan bilik darjah, guru perlu mempastikan peraturan-peraturan itu I. Dinyatakan secara positif II. Disenaraikan secara ringkas dan jelas III. Tidak diubah sehingga akhir tahun IV. Ditentukan dan dipersetujui secara demokratik V. menjamin autoriti guru dalam bilik darjah (A) I, II dan IV (B) I, III dan IV (C) II, IV dan V (D) III,IV dan V Jawapan : A

Manakah antara aktiviti berikut boleh dirangkum dalam rutin bilik darjah?

I. Mengajar pelajar dalam kelasII. Menggubal soalan ujian

III. Menanda jadual kedatanganIV. Mengutip yuran sekolah

A. I dan III sahajaB. III dan IV sahajaC. I, II dan IV sahajaD. II, III dan IV sahaja

Jawapan: B

Pekeliling Ikhtisas (SPI)

Di antara ciri-ciri organisasi dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 tentang Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran,, aspek manakah yang perlu diberi perhatian oleh Pengetua/Guru Besar dalam penyeliaan pengajaran-pembelajaran (A)    iklim kelas (B)    isi kandungan (C)    persediaan bahan pengajaran (D)    penyampaian isi pelajaran Jawapan : A

Page 22: Soalan ptk tambahan

Mengikut SPI Bil1/1972 tentang Peraturan-peraturan Pelajaran, hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan kepada (A) pukulan dengan pembaris atau rotan (B) pukulan oleh guru kelas murid berkenaan (C) pukulan oleh guru disiplin sekolah (D) pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian

Jawapan : D

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dalam SPI Bil1/1985 bertujuan (A) memperbaiki prestasi akademik murid sekolah (B) mewujudkan semangat kerjasama antara jawatankuasa ini dengan murid sekolah (C) meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran pembelajaran (D) mewujudkan suasana seimbang antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani murid Jawapan: D

Dalam pengajaran dan pembelajaran, manakah ciri-ciri yang perlu diperhatikan oleh Pengetua/guru besar berdasarkan SPI Bil 3/1987 tentang penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar sekolah? I. Organisasi kelas II. Komunkasi III. Interaksi guru -murid IV. Penyampaian isi pelajaran V. Persediaan bahan pengajaran pembelajaran (A) I, II dan III (B) II, III dan IV (C) I, III dan V (D) III, IV dan V Jawapan: D

Page 23: Soalan ptk tambahan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1995 mengenai Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar sekolah bertujuan (A) menggambarkan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh guru terhadap murid (B) mengelakkan guru membuat keputusan tanpa siasatan (C) mengingatkan pihak tertentu supaya tindakan yang diambil harus berpandukan panduan- panduan tertentu (D) mempastikan pihak tertentu terlindung daripada tindakan perundangan Jawapan : C

Berdasarkan SPI BIL.3/1999 mengenai Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran, guru besar harus mempastikan hanya dua elemen berikut terkandung dalam Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Manakah antara dua elemen yang perlu ada dalam Rekod? I. Rancangan Pelajaran Tahunan II. Rancangan Aktiviti Tahunan III. Rancangan Pelajaran Mingguan IV. Rancangan Pelajaran Harian

(A) I dan III (C) II dan III (B) II dan IV (D) I dan IV

Jawapan : D

Page 24: Soalan ptk tambahan

Mengikut SPI Bil 9/2000 tentang Panduan keselamatan diri Pelajar semasa pengajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah, tanggungjawab guru PJK dan ko kurikulum termasuk I. Merancang aktiviti berdasarkan ruang dan alatan II. Mempunyai pengetahuan prosedur kecemasan III. Memaklumkan kecederaan kepada guru besar dengan segera IV. Memakai pakaian lengkap mengikut peraturan permainan V. Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan

(A) I, II dan III (B) I, II dan V (C) II, III dan IV (D) III, IV dan V Jawapan : B

Berdasarkan SPI Bil.5/2003 : Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, guru harus memastikan perkara-perkara berikut dalam makmal komputer kecuali

A. Menggunakan perisian yang diperolehi dari pelbagai sumber

A. Menyediakan Buku Log untuk mencatatkan penggunaan Makmal Komputer.

C. Mengadakan Jadual Waktu bagi penggunaan Makmal Komputer

D. Mewajibkan guru-guru memasukkan penggunaan Makmal Komputer dalam Rancangan Mengajar masing-masing

Jawapan : A

Semasa guru melaksanakan laporan Adab, perkara yang perlu ada dalam Laporan termasuk

A. Kerja kelas, kerja rumah, kelakuan dan sikap.B. Kerja kelas, sahsiah, kesihatan dan prestasiC. Profil murid, laporan prestasi mata pelajaran, laporan kokurikulum dan

maklumat tugasan murid

Page 25: Soalan ptk tambahan

D. Profil murid berkenaan, kedatangan murid, minat dan laporan pencapaian akademik

Jawapan : C

Cikgu Elizabeth baru melapor diri sebagai guru kelas. Dalam taklimat orientasi, guru besar harus menerangkan bahawa tujuan pelaksanaan laporan Adab adalah

A. Memberi ruang untuk ibu bapa menambah baik prestasi anak merekaB. Mewujudkan situasi interaktif untuk pertemuan antara guru dengan ibu

bapa mengenai kelemahan murid C. Menonjolkan kepada pihak sekolah kekuatan murid-murid di sekolah

merekaD. Melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian

menyeluruh setiap murid oleh Guru Kelas dan serta guru setiap mata pelajaran.

Jawapan : D