sistem ekonomi & penyelesaian masalah

Upload: rosesotia6477

Post on 16-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1) Sistem Ekonomi Kapitalis

    2) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

    3) Sistem Ekonomi Campuran

    4) Sistem Ekonomi Islam

  • Siapakah mereka?

  • Tokoh Pengasas Sistem Ekonomi Kapitalis Adam Smith (1723- 1790) dilahirkan di Kircaldy, Scotland pada tahun 1793.Pada tahun 1776, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang menakjubkan sehingga diberi gelaran Pengasas Ekonomi Moden. Buku itu berjudul An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations.Dalam buku itu, beliau menyarankan supaya pasaran swasta dibebaskan daripada campur tangan kerajaan. Para pengeluar harus bebas mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh pengguna.

  • Tokoh Pengasas Sistem Ekonomi Perancangan PusatKarl Marx (1818- 1883) Beliau dilahirkan pada tahun 1818 di Trier, Jerman.Memperoleh ijazah PhD dari Universiti Jena, Jerman pada tahun 1841- merupakan ahli ekonomi- juga terkenal sebagai ahli falsafah sosial.Hasil karyanya yang terkenal ialah Communist Manifesto.Beliau meramalkan bahawa sistem ekonomi kapitalis akhirnya akan lenyap disebabkan oleh konflik dalaman sendiri dan mencadangkan sistem ekonomi sosialis sebagai ganti kepada sistem ekonomi kapitalis itu.Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenali sebagai sistem ekonomi Marxis.

  • Sistem Ekonomi Kapitalisjuga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran bebas atau sistem ekonomi laissez faire.Contoh negara: Hong Kong, Switzerland dan Amerika SyrktCiri-ciri sistem ekonomi kapitalis:1. Pemilikan sumber ekonomi- Individu dan pihak swasta mempunyai hak dan kebebasan untuk memiliki faktor-faktor pengeluaran dan harta persendirian kebebasan individu tidak terhad. - kerajaan tidak campur tangan dalam aktiviti ekonomi individu bebas menggunakan sumber ekonomi yang dimiliki untuk menjalankan aktiviti ekonomi. 2. Pembuat keputusan- Segala keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pihak swasta - kerajaan tidak mempunyai peranan dalam membuat keputusan.

  • - Pengguna mempunyai kuasa dalam menentukan jenis dan kuantiti pengeluaran sesuatu barang melalui kuasa permintaannya pengguna dianggap sebagai raja (keagungan pengguna). - Pengeluar membuat keputusan pengeluaran berdasarkan motif keuntungan iaitu untuk memaksimumkan keuntungannya. 3. Pilihan - Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan yang tidak terhad untuk membuat pilihan.- Pengguna membuat pilihan berdasarkan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri.- Pengeluar pula berasaskan motif untuk mendapat keuntungan maksimum.4. Penentuan Harga- Kuasa permintaan dan penawaran atau mekanisme harga menentukan peruntukan sumber ekonomi dan kaedah pengeluaran.

  • 5. Wujud Persaingan Bebas- Firma dan pengguna bebas bersaing antara satu dengan yang lain di pasaran. - Terdapat 2 jenis persaingan iaitu persaingan harga dan persaingan bukan harga.

    6. Motif - Motif utama adalah untuk mencapai keuntungan maksimum- Kebajikan masyarakat tidak akan diambil kira. (kepentingan diri diutamakan)

  • Cara Sistem Ekonomi Kapitalis Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kuasa pasaran melalui proses turun naik permintaan dan penawaran barang dan perkhidmatan. 2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Juga diselesaikan oleh kuasa pasaran (mekanisme harga) menerusi interaksi antara permintaan dan penawaran dalam pasaran. 3) Bagaimanakah hendak dikeluarkan? - Masalah ini diselesaikan dengan memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos. 4) Untuk siapa dikeluarkan?- Corak agihan pendapatan menentukan untuk siapa barang dikeluarkan.

  • Sistem Ekonomi Perancangan PusatJuga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat atau sistem ekonomi sosialis. Contoh negara: Cuba dan Korea UtaraCiri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat:1. Pemilikan faktor pengeluaran- Semua faktor pengeluaran milik mutlak kerajaan.- Pengguna dan pengeluar tiada kebebasan dan hak untuk memiliki faktor-faktor pengeluaran. 2. Pembuat keputusan- Kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan tentang aktiviti ekonomi.- Kerajaan akan menentukan apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan.

  • 3. Pilihan -Kebebasan terhadap pilihan barangan & pekerjaan tidak wujud langsung.- Kerajaan akan membuat pilihan ke atas jenis dan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan. Semua pilihan dirancang oleh sebuah badan perancangan ekonomi.

    4. Penentu Harga- Harga barang dan perkhidmatan ditetapkan oleh kerajaan & faktor pengeluaran selaras dengan matlamat untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua golongan masyarakat.

    5. Persaingan - Tidak wujud unsur persaingan di kalangan pengeluar.

    6. Motif - Motif utama adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan keadilan sosial.

  • Cara Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan ekonomi.

    2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Juga ditentukan oleh kerajaan.

    3) Bagaimana hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kerajaan melalui bantuan unit-unit pengeluaran kerajaan. memilih kaedah pengeluaran yang paling sesuai berdasarkan perkembangan negara dan kemudahan yang terdapat di negara itu.

    4) Untuk siapa dikeluarkan?- Diselesaikan oleh kerajaan.

  • Sistem Ekonomi Campuransistem ekonomi yg menggabungkan ciri-ciri kebaikan sistem eko perancangan pusat & kapitalisContoh negara: Malaysia, Singapura & TaiwanCiri-ciri sistem ekonomi campuran:

    1. Pemilikan faktor pengeluaran- Individu bebas memiliki sumber & sesetengah sumber dimiliki oleh kerajaan.2. Pembuat keputusanDlm pengeluaran brg swasta, phk pguna & pgeluar bebas mbuat keputusan dlm menentukan (ABBU)Bg brg awam, kerajaan yg mbuat keputusan

  • 3. Pilihan Individu bebas mbuat pilihan utk brgn yg dikehendaki atau jenis pekerjaan yg diingini.Namun, terdapat kawalan oleh phk kerajaan terhadap brgn yg tidak mberi manfaat.4. Penentu HargaHarga brgn swasta ditentukan mlalui mekanisme harga, iaitu kuasa pasaranHarga brgn awam ditetapkn oleh kerajaan5. Persaingan Bebas bersaing utk brgn swastaKerajaan tentukn pengeluaran brg awam6. Motif - Phk swasta- memaksimumkan keuntungan- Kerajaan memaksimumkan kebajikan masyarakat

  • Cara Sistem Ekonomi Campuran Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?Ditentukan melalui mekanisme harga serta campur tangan kerajaan.2) Berapa yang hendak dikeluarkan?Brgn swasta- ditentukan oleh mekanisme hargaBrgn awam- ditetapkan oleh kerajaan3) Bagaimana hendak dikeluarkan?Phk swasta - cara pengeluaran yg menguntungkanKerajaan - cara pengeluaran yg memaksimumkan kebajikan masyarakat4) Untuk siapa dikeluarkan?Brgan swasta bdasarkn corak agihan pendapatanBrgn awam diagihkan utk semua rakyat

  • Sistem Ekonomi Islamsistem ekonomi yg berlandaskan syariat Islam, segala keputusan dibuat berasaskan prinsip & hukum IslamContoh negara: Mesir, Iran, Iraq & Arab SaudiCiri-ciri sistem ekonomi Islam:1. Pemilikan faktor pengeluaran- Sumber adalah hak milik mutlak Allah S.W.T. Setiap individu hanya pemegang amanah utk meneroka sumber 2. Pembuat keputusanDitentukn oleh phk pguna & pgeluar, di mana pguna mpunyai kuasa keagungan tentukn pengeluaran jenis brg yg halal.Keputusan berasaskan prinsip & rukun IslamKerajaan campur tangan utk menjamin kbajikan msyrkt

  • 3. Pilihan Individu & pgeluar bebas mbuat pilihan. Unsur Islam diutamakn iaitu brgn yg dipilih mestilah halal.4. Penentu HargaHarga brgn ditentukn oleh interaksi antara pguna dgn pgeluar tp harga brgn ditentukn oleh kerajaan agar keadilan berlaku antara org yg membeli atau menjual5. Persaingan Brgan swasta - wujud persaingan bebas antara pgeluarBrgan awam - tidak wujud persaingan langsung krn pgeluar adalah tunggal (Kerajaan Islam)6. Motif Utk mcapai kebahagiaan di dunia & di akhiratBererti kedua-dua keuntungan & kebajikan sosial diutamakan

  • Cara Sistem Ekonomi Islam Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?Ditentukan oleh pguna & pgeluar tp harus berlandaskan prinsip & hukum Islam2) Berapa yang hendak dikeluarkan?Ditetapkn oleh kuasa pasaran dgn berlandaskn prinsip Islam3) Bagaimana hendak dikeluarkan?Cara pengeluaran yg dpt memaksimumkan keuntungan yg selaras dgn prinsip Islam4) Untuk siapa dikeluarkan?Ditentukn oleh kuasa beli atau corak agihan pendapatan serta keadilan bersama bg setiap individu. Cth melalui pembayaran zakat demi keadilan dlm masyarakat