sistem ekonomi & penyelesaian masalah

18

Upload: rosesotia

Post on 11-Aug-2015

166 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1) Sistem Ekonomi Kapitalis

2) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

3) Sistem Ekonomi Campuran

4) Sistem Ekonomi Islam

Siapakah mereka?

Tokoh Pengasas Sistem Ekonomi Kapitalis Adam Smith (1723- 1790)

dilahirkan di Kircaldy, Scotland pada tahun 1793.

Pada tahun 1776, beliau telah menghasilkan sebuah buku

yang menakjubkan sehingga diberi gelaran Pengasas

Ekonomi Moden.

Buku itu berjudul An Inquiry into the Nature and Causes of

the Wealth of Nations.

Dalam buku itu, beliau menyarankan supaya pasaran

swasta dibebaskan daripada campur tangan kerajaan. Para

pengeluar harus bebas mengeluarkan barangan yang

diperlukan oleh pengguna.

Tokoh Pengasas Sistem Ekonomi Perancangan PusatKarl Marx (1818- 1883)

Beliau dilahirkan pada tahun 1818 di Trier, Jerman.

Memperoleh ijazah PhD dari Universiti Jena, Jerman pada

tahun 1841- merupakan ahli ekonomi- juga terkenal sebagai

ahli falsafah sosial.

Hasil karyanya yang terkenal ialah Communist Manifesto.

Beliau meramalkan bahawa sistem ekonomi kapitalis

akhirnya akan lenyap disebabkan oleh konflik dalaman

sendiri dan mencadangkan sistem ekonomi sosialis sebagai

ganti kepada sistem ekonomi kapitalis itu.

Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenali sebagai

sistem ekonomi Marxis.

Sistem Ekonomi Kapitalisjuga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran bebas atau

sistem ekonomi laissez faire.

Contoh negara: Hong Kong, Switzerland dan Amerika SyrktCiri-ciri sistem ekonomi kapitalis:1. Pemilikan sumber ekonomi- Individu dan pihak swasta mempunyai hak dan kebebasan

untuk memiliki faktor-faktor pengeluaran dan harta persendirian – kebebasan individu tidak terhad.

- kerajaan tidak campur tangan dalam aktiviti ekonomi – individu bebas menggunakan sumber ekonomi yang dimiliki untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

2. Pembuat keputusan- Segala keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pihak

swasta - kerajaan tidak mempunyai peranan dalam membuat keputusan.

- Pengguna mempunyai kuasa dalam menentukan jenis dan kuantiti pengeluaran sesuatu barang melalui kuasa permintaannya – pengguna dianggap sebagai raja (keagungan pengguna).

- Pengeluar membuat keputusan pengeluaran berdasarkan motif keuntungan iaitu untuk memaksimumkan keuntungannya.

3. Pilihan - Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan yang

tidak terhad untuk membuat pilihan.- Pengguna membuat pilihan berdasarkan matlamat

untuk memaksimumkan kepuasan diri.- Pengeluar pula berasaskan motif untuk mendapat

keuntungan maksimum.4. Penentuan Harga- Kuasa permintaan dan penawaran atau mekanisme

harga menentukan peruntukan sumber ekonomi dan kaedah pengeluaran.

5. Wujud Persaingan Bebas- Firma dan pengguna bebas bersaing antara satu

dengan yang lain di pasaran. - Terdapat 2 jenis persaingan iaitu persaingan harga dan

persaingan bukan harga.

6. Motif - Motif utama adalah untuk mencapai keuntungan

maksimum- Kebajikan masyarakat tidak akan diambil kira.

(kepentingan diri diutamakan)

Cara Sistem Ekonomi Kapitalis Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kuasa pasaran melalui proses turun naik

permintaan dan penawaran barang dan perkhidmatan. 2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Juga diselesaikan oleh kuasa pasaran (mekanisme harga)

menerusi interaksi antara permintaan dan penawaran dalam pasaran.

3) Bagaimanakah hendak dikeluarkan? - Masalah ini diselesaikan dengan memilih kaedah

pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos.

4) Untuk siapa dikeluarkan?- Corak agihan pendapatan menentukan untuk siapa

barang dikeluarkan.

Sistem Ekonomi Perancangan PusatJuga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat

atau sistem ekonomi sosialis. Contoh negara: Cuba dan Korea UtaraCiri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat:1. Pemilikan faktor pengeluaran- Semua faktor pengeluaran milik mutlak kerajaan.- Pengguna dan pengeluar tiada kebebasan dan hak

untuk memiliki faktor-faktor pengeluaran. 2. Pembuat keputusan- Kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk membuat

keputusan tentang aktiviti ekonomi.- Kerajaan akan menentukan apa, berapa, bagaimana

dan untuk siapa barang dikeluarkan.

3. Pilihan -Kebebasan terhadap pilihan barangan & pekerjaan tidak

wujud langsung.- Kerajaan akan membuat pilihan ke atas jenis dan kuantiti

barang yang hendak dikeluarkan. Semua pilihan dirancang oleh sebuah badan perancangan ekonomi.

4. Penentu Harga- Harga barang dan perkhidmatan ditetapkan oleh kerajaan

& faktor pengeluaran selaras dengan matlamat untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua golongan masyarakat.

5. Persaingan - Tidak wujud unsur persaingan di kalangan pengeluar.

6. Motif - Motif utama adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan

keadilan sosial.

Cara Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan

ekonomi.

2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Juga ditentukan oleh kerajaan.

3) Bagaimana hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh kerajaan melalui bantuan unit-unit

pengeluaran kerajaan. – memilih kaedah pengeluaran yang paling sesuai berdasarkan perkembangan negara dan kemudahan yang terdapat di negara itu.

4) Untuk siapa dikeluarkan?- Diselesaikan oleh kerajaan.

Sistem Ekonomi Campuransistem ekonomi yg menggabungkan ciri-ciri kebaikan sistem

eko perancangan pusat & kapitalisContoh negara: Malaysia, Singapura & TaiwanCiri-ciri sistem ekonomi campuran:

1. Pemilikan faktor pengeluaran- Individu bebas memiliki sumber & sesetengah sumber dimiliki

oleh kerajaan.2. Pembuat keputusan- Dlm pengeluaran brg swasta, phk p’guna & p’geluar bebas

m’buat keputusan dlm menentukan (ABBU)- Bg brg awam, kerajaan yg m’buat keputusan

3. Pilihan - Individu bebas m’buat pilihan utk brgn yg dikehendaki atau

jenis pekerjaan yg diingini.- Namun, terdapat kawalan oleh phk kerajaan terhadap brgn yg

tidak m’beri manfaat.4. Penentu Harga- Harga brgn swasta ditentukan mlalui mekanisme harga, iaitu

kuasa pasaran- Harga brgn awam ditetapkn oleh kerajaan5. Persaingan - Bebas bersaing utk brgn swasta- Kerajaan tentukn pengeluaran brg awam6. Motif - Phk swasta- memaksimumkan keuntungan- Kerajaan – memaksimumkan kebajikan masyarakat

Cara Sistem Ekonomi Campuran Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan melalui mekanisme harga serta campur tangan kerajaan.2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Brgn swasta- ditentukan oleh mekanisme harga- Brgn awam- ditetapkan oleh kerajaan3) Bagaimana hendak dikeluarkan?- Phk swasta - cara pengeluaran yg menguntungkan- Kerajaan - cara pengeluaran yg memaksimumkan

kebajikan masyarakat4) Untuk siapa dikeluarkan?- Brgan swasta – b’dasarkn corak agihan pendapatan- Brgn awam – diagihkan utk semua rakyat

Sistem Ekonomi Islamsistem ekonomi yg berlandaskan syariat Islam, segala

keputusan dibuat berasaskan prinsip & hukum IslamContoh negara: Mesir, Iran, Iraq & Arab SaudiCiri-ciri sistem ekonomi Islam:1. Pemilikan faktor pengeluaran- Sumber adalah hak milik mutlak Allah S.W.T. Setiap individu

hanya pemegang amanah utk meneroka sumber 2. Pembuat keputusan- Ditentukn oleh phk p’guna & p’geluar, di mana p’guna

mpunyai kuasa keagungan tentukn pengeluaran jenis brg yg halal.

- Keputusan berasaskan prinsip & rukun Islam- Kerajaan campur tangan utk menjamin kbajikan msyrkt

3. Pilihan - Individu & p’geluar bebas m’buat pilihan. Unsur Islam

diutamakn iaitu brgn yg dipilih mestilah halal.4. Penentu Harga- Harga brgn ditentukn oleh interaksi antara p’guna dgn

p’geluar tp harga brgn ditentukn oleh kerajaan agar keadilan berlaku antara org yg membeli atau menjual

5. Persaingan - Brgan swasta - wujud persaingan bebas antara p’geluar- Brgan awam - tidak wujud persaingan langsung krn p’geluar

adalah tunggal (Kerajaan Islam)6. Motif - Utk m’capai kebahagiaan di dunia & di akhirat- Bererti kedua-dua keuntungan & kebajikan sosial diutamakan

Cara Sistem Ekonomi Islam Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi1) Apa yang hendak dikeluarkan?- Ditentukan oleh p’guna & p’geluar tp harus berlandaskan

prinsip & hukum Islam2) Berapa yang hendak dikeluarkan?- Ditetapkn oleh kuasa pasaran dgn berlandaskn prinsip

Islam3) Bagaimana hendak dikeluarkan?- Cara pengeluaran yg dpt memaksimumkan keuntungan

yg selaras dgn prinsip Islam4) Untuk siapa dikeluarkan?- Ditentukn oleh kuasa beli atau corak agihan pendapatan

serta keadilan bersama bg setiap individu. Cth melalui pembayaran zakat demi keadilan dlm masyarakat