sejarah asia tenggara

Upload: nurlailah-cahya-malam

Post on 09-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

power point

TRANSCRIPT

SEJARAH ASIA TENGGARA (1800-2000)

SEJARAH ASIA TENGGARA (1800-2000)PensyarahEN.SAMAWI BIN KULA

Tema : Masyarakat

Konsep RajaRaja merupakan ketua negara, kuasa tertinggi dan berkuasa mutlak. Di Vietnam menggunakan gelaran Maharaja dan di Thailand menggunakan gelaran Rama.Di Vietnam raja dihubungkait dengan konsep mandat dari syurga dan orde kosmos dan di Thailand dikaitkan dengan dharmaraja (Konsep Kesucian) devaraja dan jelmaan tuhan di bumi. Simbol kebesaran dan kesucian memiliki gajah putih.Perlantikan raja secara pewarisanb.Peranan Raja di Thailand dan VietnamPolitika.Ketua kerajaan dan berkuasa mutlak.b.Ketua negara dan ketua pentadbir.c.Penggubal undang-undang dan kehakiman.d.Penentu dasar luar dan hubungan diplomatik. MengetuaI ketenteraan dan keselamatan negara.

Ekonomi Penguasaan penuh dalam bidang ekonomi seperti pertanian, perlombongan.b.Menguruskan kegiatan perdagangan.c.Menguruskan kutipan cukai.d.Menguruskan kegiatan pelaburan. e.Berkuasa mutlak ke atas tanah dan harta rakyat.

Sosial

a.Raja sebagai ketua agama Budha.b.Pelindung dan lambang perpaduan.c.Mengetuai segala adat dan istiadat.d.Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan dan lain-lain kemudahan asas.

a.Konsep PembesarPENGENALAN1. Pembesar membantu raja/maharaja menguruskan semua aspek pemerintahan di Vietnam dan Thailand.2. Pembesar dilantik oleh raja/maharaja dan menjadi perantara antara raja dengan rakyat.3. Kedudukan pembesar sangat penting dan berada hierarki kedua selepas raja/maharaja. Pembesar memainkan peranan penting membantu raja menguruskan pemerintahan negara dan berfungsi dari segi politik, ekonomi dan sosial.

b.Hierarki Pembesar

Di Thailand dibahagi kepada 3 peringkata.Pusat (Chao/Khunnang/Nai)b.Daerahc.KampungDi Vietnama.Peringkat Pusat. (Mandarin/Quan)b.Peringkat Daerah.c.Peringkat Kampung (Komun)

c.Peranan Pembesar di Vietnam dan ThailandGolongan bangsawan Mandarin/Quan/Nai merupakan menteri kanan kepada raja.Mengetuai jabatan /krom dan membantu raja menguruskan pemerintahan dan pentadbiran.Membantu raja menjaga keselamatan negaraMenguruskan kutipan cukai.Menguruskan soal perdagangan dan pelaburan.Membantu raja dalam soal keagamaan.Menguruskan soal adat istiadat negara.Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat

Sistem SosialKonsep Sistem Sosial di Vietnam dan Indonesia Kedua-dua negara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah

b.Susun lapis masyarakat di VietnamMaharajaGolongan Cendekiawan/Quan/Mandarin (pendidikan berasaskan confusius)Rakyat/petani

c.Susun lapis masysrakat di Indonesia Sultan/Raja. - Mataram/BantamKerabat Diraja -di Jawa golongan bangsawan agak terasing drp masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi.Pembesar/Hulubalang/Golongan Bangsawan/Ulamak - golongan priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati-sperti pegawai tinggi dlm kerajaan Rakyat. d. Sistem Ekonomia.Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional Vietnam dan IndonesiaCiri-ciri ekonomi tradisional1.Pertanian secara sara diri; untuk keperluan keluarga.2.Penggunaan teknologi pertanian yang secara tradisional.3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.4.Kawasan penanaman yang terhad dan menggunakan buruh keluarga.5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan, kraftangan, sistem barter.

Ciri-ciri ekonomi komersil di Vietnam dan Indonesia1.Kegiatan pertanian dijalankan secara besar- besaran. Biasanya diuruskan oleh penjajah.2.Sistem pelaburan menggunakan modal yang banyak.3.Menanam tanaman eksport.4.Pengenalan sistem ekonomi wang.5.Penggunaan buruh yang ramai.6.Pengenalan ekonomi pasaran bebas.7.Penguasaan ekonomi oleh Pengusaha Eropah dan China.8.Aktiviti ekonomi komersil seperti pertanian dagangan, perniagaan, perlombongan, pembalakan, pelaburan dan sebagainya.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT

1: Peluasan Kuasa Asing Pengertian/konsepPeluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan atau melalui aktiviti penaklukan.Menurut George Nadel & Perru Curtis imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campurtangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan,bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.Menurut Prof.Fieldhouse pula imperialisme merupakan kecenderungan yang kuat oleh sesebuah kerajaan atau masyarakat untuk memerintah dan menguasai kerajaan yang lain biar dengan apa jua cara,tujuan dan tindakan yang digunakan.

A. Faktor Peluasan Kuasa Asing1. Perlumbaan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.2. Ketenteraan dan teknologi persenjataan.3. Revolusi perindustrian di Eropah.4. Sumber bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.5. Mencari negara pasaran.6. Menyebarkan agama.7. Pembukaan Terusan Suez.8. Beban orang putih (The White Mans Burdens).

b.Cara Peluasan Kuasa Asing1.Melalui perjanjian seperti Perjanjian Yandabo di Myanmar 2.Melalui peperangan dan penaklukan. Contohnya Perang Jawa di Indonesia dan Perang British-Burma 1, 2 dan 3.

1.Melalui perjanjianPerluasan kuasa Bristish di Hilir Myanmar berlaku melalui Perang Inggeris-Myanmar 1 dan termeterainya perjanjian Yandabo pada tahun 1824.Perjanjian Sumatera telah ditandatangani pada tahun 1871, yakni memberi kebebasan kepada Belanda untuk berkuasa di Sumatera.2. Melalui Peperangan & PenaklukanTahun 1823 Jen.Maha Bandula menyerang P.Shahpuri di sempadan Arakan dengan Bengel, iaitu kubu British. Tindakan ini menyebabkan Bristish bertindak agresif dengan mengistiharkan perang dengan Myanmar. Bermula perang Inggeris-Myanmar 1(1824-1826) Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) Perang Inngeris-Myanmar III(1885)Perang Jawa (1825-1830) pula meletus di antara Diponegoro dan Belanda kerana merasa terhina apabila pihak Belanda membina jalanraya di atas kuburan moyangnya dan juga dianggap mencabul kesucian agama Islam.

2. Penentangan Terhadap Kuasa Asinga.Sebab-sebab penentangan di Indonesia1.Penindasan dan penyelewengan ekonomi dalam Sistem Tanaman Paksa.2.Pengenalan pelbagai jenis cukai seperti cukai dua hala dan cukai sempadan.3.Peranan ceti yang membebankan.4.Penghapusan kontrak sewa tanah (diperkenalkan oleh Van der Cappellan).5.Masalah pelantikan raja.6.Tindakan Diponegoro.7.Perjuangan menegakkan agama Islam.8.Masalah pembinaan jalan raya di kawasan perkuburan keluarga Diponegoro.

b.Sebab-sebab Penentangan di Myanmar1.Tindakan ceti.2.Penguasaan ekonomi oleh pihak British.3.Masalah cukai yang membebankan.4. Kehilangan kawasan ke tangan British seperti Arakan, Tennesserim, Assam, Manipur dan Cachar.5.Sikap tidak puas hati dengan perjanjian Yandabo yang berat sebelah.6. Tindakan sombong dan angkuh pegawai- pegawai British seperti John Canning dan John Crawford.7. Tidak puas hati dengan pemakaian kasut di pagoda-pagoda.

c.Sumbangan tokoh Diponegoro di Indonesia dan Thibaw di Myanmar1.Latar belakang2.Peranan/sumbangan tokoh Diponegoro. a.Membela nasib masyarakat peribumi. b.Mempertahankan kesucian agama Islam. c.Berperang dengan Belanda melalui Perang Jawa (1825-1830)

3.Peranan/sumbangan tokoh Raja Thibaw a.Menjalankan pemerintahan dan pentadbiran b.Hubungan dengan Perancis dan British. c.Tindakan Thibaw terhadap Syarikat Pembalakan di Burma.

3.Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikana.Kesan penjajahan asing terhadap pentadbiran tempatanPelaksanaan sistem pentadbiran barat.Penghapusan pentadbiran tradisionalSistem perundangan barat diguna dalam pentadbiran.Berubah dari dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka.

3.1Kesan penjajahan Belanda di Indonesia1. berlaku kemerosotan kuasa raja2,konflik dan menghapuskan institusi pemerintahan tradisional.2. Gabenor Jeneral Belanda merupakan kuasa tertinggi dan dibantu oleh Residen dan Penolong Residen.Contohnya pada tahun 1808 Marshal Herman William Daendals menjadi Gabenor Jeneral Belanda di Pulau Jawa.3. Lima Jabatan diwujudkan,iaitu Jab dlm negeri, Jab Kerja raya, awam, Jab Pendidikan, Jab Agama, Jab Industri serta kewangan dan kehakiman. Pentadbiran di pulau2 luar diuruskan oleh pembesar2 tempatan tetapi dikawal oleh Gabenor Jeneral.4. struktur pentadbiran Belanda dikenali sebagai Binenland Bestuur yang terdiri daripada Gabenor Jeneral, Residen, Penolong Residen dan Controleur.5. Struktur pentadbiran tempatan dikenali Pangreh Praja yang terdiri daripada Bupati, Patih(pembantu bupati), wedana dan penolong wedana.6. Belanda memerlukan golongan bupati untuk melicinkan pentadbiran dan menjayakan ekonomi.

Struktur pentadbiran BelandaStruktur pentadbiran tempatan3.2 Kesan Penjajahan Bristish di Myanmar1. Sistem beraja, sistem perundangan dan sistem pembesar tempatan terjejas2. Pesuruhjaya Tinggi Bristish merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pegawai Bristish.3. Selepas tahun 1885, Myanmar diletakkan di bawah kerajaan British di India.4. Dibahagikan kepada beberapa jajahan di bawah Timbalan Pesuruhjaya.5. Sistem pemerintahan tradisional di peringkat daerah dan kampung dikekalkan. Taik-thugyi juga dikekalkan yang berperanan memungut cukai, menjaga keamanan kampung,menghakimi kes2 kecil dan bertanggungjawab terhadap tingkah laku penduduk kampung.6. Sir Charles Crosthwaite telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu Myanmar (1887) dan Akta Perkampungan Myanmar (1889) meletakkan pentadbiran kampung di bawah Myo-ok. Akibatnya sistem pentadbiran peringkat daerah dan kampung lenyap. Jawatan Taik-thugyi juga dimansuhkan.b.Perkembangan ekonomiPembaharuan dari segi sosial ekonomi. Sistem ekonomi sara diri telah berubah kepada kegiatan ekonomi dagangan yang berdasarkan sistem ekonomi kapitalis barat.Memajukan sektor perusahaan dan perlombongan.Aktiviti perdagangan dan pelaburan semakin maju.

c.Perkembangan pendidikanMemperkenalkan sistem pendidikan barat yang moden.Jabatan pelajaran diperkenalkan.Membawa masuk tenaga pengajar daripada Eropah.Menubuhkan sekolah-sekolah dan mengalakkan pelajar mengikutinya.Di Indonesia Bahasa Belanda di Indonesia manakala Bahasa Inggeris diwajibkan di Myanmar.

Perkembangan Ekonomi di Indonesia.1. berlaku pembangunan ekonomi yang pesat. Kegiatan pertanian, perdagangan, perlombongan dan sistem pengangkutan dimajukan.2. kegiatan ekonomi komersial digiatkan melalui Sistem Kultur (Sistem Tanaman Paksa)3. satu perlima dari kawasan pertanian dikhaskan untuk penanaman kopi,tebu dan nila.4. dasar liberal telah mendorong persaingan antara pelabur-pelabur swasta menanam modal yang membangunkan ekonomi.5. pelbagai tanaman baharu diperkenalkan seperti getah, kelapa sawit,tembakau dan lain2 lagi.6. selain Pulau Jawa, pulau2 luar seperti Borneo dan Sumatera juga dimajukan.

7. aktiviti perlombongan bijih timah dan industri minyak turut berkembang.8. kegiatan ekonomi komersial banyak menguntungkan Belanda dan pedagang Cina.9. pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas hanya berlaku di kawasan bandar.Perkembangan Ekonomi di Myanmar1. masyarakat pribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional2. penjajahan Bristish membawa perubahan ekonomi komersial dan perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian,perdagangan, perlombongan dan sistem pengangkutan.3. pertanian beras menjadi eksport utama Myanmar yang menyebabkan kemunculan banyak perubahan.4. pembalakan kayu jati merupakan bahan eksport penting. Meliputi 20% daripada hasil pendapatan negara dikuasai oleh syarikat2 penting.5. perlombongan minyak, bijih timah, batu permata, emas, perak dan bijih besi dilombong. Minyak telah menjadi sumber galian yang utama.Perkembangan pendidikan di Indonesia.1. pendidikan tradisional tertumpu kepada pendidikan agama Islam di sekolah pondok2. pendidikan sekunder diperkenalkan dan melenyapkan pendidikan tradisional3. sekolah rendah, maktab latihan perguruan dan jabatan pendidikan ditubuhkan.4. Belanda mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantar serta mengutamakan pendidikan bagi golongan priyayi, bangsawan da kaya.5. Belanda juga memperkenalkan sekolah Volks dan Vervolg School untuk masyarakat tempatan yang tinggal di luar bandar Vervolg School lebih tinggi daripada Volks, ia adalah lanjutan 3 tahun bagi pelajar yang layak.6. Belanda mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan. Di mana masyarakat pribumi kurang berminat dengan dasar pendidikan Belanda.

Perkembangan pendidikan di Myanmar1. pendidikan sekular dan mubaligh diperkenalkan oleh Bristish, Ia mengancam sekolah agama tradisional berasaskan Buddha.2. golongan Sangha kehilangan peranan dan pengaruh3. sekolah-sekolah kerajaan Inggeris ditubuhkan. Para pelajar yang lulus peperiksaan sekolah menengah boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta.4. Dasar pelajaran Bristish telah menggalakkan penubuhan sekolah kerajaan.5. Jabatan Pelajaran menguruskan lima buah sekolah guru bagi melatih guru-guru bagi memenuhi kekosongan di sekolah Tinggi Kerajaan Rangoon dan maktab2.6. Selain itu sekolah Inggeris-Myanmar Kerajaan Rangoon (Rangoon Government Anglo-Vernakular School) ditubuhkan pada tahun 1873 dan muncul pusat pengajian tinggi.