rumusan kepimpinan yang diteladani

Upload: kaokao-teh-tarik

Post on 15-Oct-2015

335 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rumusan Kepimpinan Yang Diteladani

TRANSCRIPT

Kepimpinan Yang DiteladaniSeseorang pemimpin, dalam memimpin atau mengetuai sesuatu tugas tertentu,

perlulah mempunyai pengalaman, panduan, pendidikan dan tunjuk ajar yang ada

hubung kait dengan tugasan mereka. Ini kewajipannya untuk membawa ahlinya

kepada kesatuan yang kukuh, harmoni dan saling kasih mengasihi agar hidup

menjadi teratur, tenang dan sempurna.

Secara keseluruhannya, ciri-ciri kepimpinan yang telah diutarakan oleh Orientalis

Barat adalah di ambil dari konsep kepimpinan menurut ajaran Islam. Ini

menunjukkan tiadanya perbezaan yang ketara antara dua konsep kepimpinan yang telah disebutkan.Menurut ahli Psikologi Sosial, pemimpin mempunyai pengaruh yang lebih meluas,

tidak hanya dari pengaruh peribadinya, bahkan mempunyai kuasa atau diberi kuasa dalam memberi sesuatu arahan atau keputusan yang mesti dipatuhi oleh setiap orang. Kuasa pemutus ada ditangannya.Menurut satu kajian yang dibuat oleh Pensyarah Psikologi Sosial, Aminuddin Mohd. Yusuf, 'Kepimpinan' memiliki empat ciri manusia yang mempunyai kemungkinan untuk ditiru oleh orang lain :1. Berkelebihan dari segi umur.2. Berkelebihan dalam status sosial.3. Ada kelebihan kedudukan dalam ciri-ciri tertentu.4. Kemahiran teknik iaitu mahir dalam lapangan yang berlaitan dengan tugasan kelompok pimpinannya dan menjadi model terbaik untuk diteladani oleh ahlinya.Perlantikan seseorang pemimpin menurut pandangan Islam, haruslah mempunyai ciri-ciri berikut :1. Ikhlas kepada Allah.

2. Bijaksana dan mampu dalam menyelesaikan masalah.

3. Berpengetahuan luas, wawasan baik dan berpandangan jauh.

4. Adil

5. Mempunyai keazaman yang kuat dan berani

6. Memiliki jiwa yang besar dan berhemah tinggi

7. Sentiasa menjaga kebajikan pengikutnya

8. Mudah bergaul dengan pengikutnya

TEE CHEE CHENG

SRI 2