rosniyati binti osman-laporan kajian

53
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN: AMALAN PENGAJARAN BERSAMA PENGGERAK KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF Disediakan oleh: ROSNIYATI BINTI OSMAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA M20122001605 Disediakan Untuk:

Upload: aliaa-ismail

Post on 31-Oct-2015

1.807 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Amalan Pengajaran Bersama Penggerak Kejayaan Program Inklusif

TRANSCRIPT

Page 1: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN:

AMALAN PENGAJARAN BERSAMA PENGGERAK KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Disediakan oleh:

ROSNIYATI BINTI OSMAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

M20122001605

Disediakan Untuk:

DR. NOOR AINI BINTI AHMAD

Page 2: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Malta Pemurah Lagi Malta Penyayang"

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

keberkatanNya, Laporan Kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W

serta keluarganya, para sahabat-sahabat baginda dan para ambia muslimin

dan muslimat yang diredhai Allah. Ucapan jutaan terima kasih dan

penghargaan ikhlas buat Dr. Noor Aini Binti Ahmad selaku Pensyarah Subjek

Pendidikan Inklusif Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran di atas sokongan,

bimbingan dan dorongan yang telah diberikan. Penghargaan dan ucapan

terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung

mahu pun secara tidak langsung yang banyak membantu dalam memberikan

idea dan pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama

dan bantuan yang diberikan amat dihargai.. Semoga apa yang telah

dicurahkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Page 3: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

ISI KANDUNGAN Muka Surat

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

SENARAI RAJAH iv

SENARAI JADUAL vi

ABSTRAK vii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Pernyataan Masalah 2

1.4 Tujuan

1.4.1 Objektif Kajian 3

1.4.2 Persoalan Kajian 3

1.5 Kerangka Konseptual 3

1.5.1 Perancangan 4

1.5.2 Perlaksanaan 5

1.5.3 Keberkesanan Keputusan 5

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 6

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

Page 4: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

2.2 Model Pengajaran Bersama 7

2.2.1 Faktor Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Bersama 7

2.2.2 Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Murid 9

2.2.3 Kelebihan Pengajaran Kepada Guru 9

2.2.4 Model-model Pengajaran Bersama 10

2.3 Kesimpulan 10

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Kajian 12

3.1.1 Rekabentuk Kajian 12

3.1.2 Populasi Kajian 12

3.1.3 Sampel Kajian 12

3.1.4 Instrumen Kajian 13

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 14

4.2 Pengesahan penempatan Murid 14

4.3 Pendedahan Guru-guru Aliran Perdana berkaitan Program Inklusif 15

4.4 Amalan Pengajaran Bersama di dalam Kelas Inklusif 16

4.5 Tindak balas Murid Inklusif dalam Sosialisasi dan Komunikasi 17

BAB 5 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Rumusan 18

5.1.1 Inklusif Yang Berkesan 18

5.1.2 Kerjasama Guru Mewujudkan Pengajaran Bersama 18

Page 5: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

5.1.3 Perancangan Yang Teliti 19

5.2 Cadangan 20

5.2.1 Cadangan Untuk Sekolah 20

5.2.2 Kolaborasi di antara Guru Khas dan Guru Aliran Perdana 21

5.2.3 Peranan Ibu Bapa 23

5.2.4 Sikap Kejujuran dalam Perlaksanaan Tugas 23

5.3 Penutup 23

RUJUKAN 25

Page 6: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

SENARAI RAJAH

Muka Surat

Rajah 1 Kerangka Proses Pengajaran Bersama 3

Page 7: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

SENARAI JADUAL

Muka Surat

Jadual 1 Sampel Kajian di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang 12

Page 8: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

AMALAN PENGAJARAN BERSAMA PENGGERAK KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan pengajaran bersama di antara guru Pendidikan Khas dan guru di Aliran Perdana sebagai penggerak kepada kejayaan program Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid Pendidikan Khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan-rakan di Aliran Perdana. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa dan mendapat bimbingan sama rata. Kajian ini merupakan kajian tindakan kualitatif yang menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur iaitu melalui senarai semak. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pengajaran bersama mampu menjayakan Program Pendidikan Inklusif dengan lebih berkesan sekiranya diimplementasikan dengan bantuan, sokongan dan pemantauan berterusan.

ABSTRACT

This study was conducted to examine the practice of co-teaching between special education teachers and teachers in Mainstream mover to the success of Inclusive Education program at the school. Inclusive Education programs aim to provide opportunities and space to all special education students in all aspects of social interaction and academic partners in the Mainstream. Educational opportunities for students with special needs in the regular classroom learning along the normal pupils in Mainstream with regular curriculum and guidance equally. This study uses qualitative action instruments and semi-structured interviews, through structured observation checklists. The study found that the practice of co-teaching is running the Inclusive Education program more effective if implemented with assistance, support and ongoing monitoring.

Page 9: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran bersama atau co-teaching merupakan satu model kerjasama di antara

guru Pendidikan Khas dan guru Aliran Perdana dalam berganding bahu atau

bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu

kumpulan murid yang terdiri daripada murid Pendidikan Khas dan murid di Aliran

Perdana yang bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang

sama (Friend & Cook, 2010).

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara

seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian

yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan  kepada  murid-murid

dengan cara yang berkesan.

Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan

kelakuan murid melalui  perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

Proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan, pelaziman, tunjuk ajar atau

indoktrinasi yang akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan, disamping

membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada para murid.

Melalui amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak kepada

menyokong guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau

menghapuskan stigma untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat

memartabatkan Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai

(Avramidis et al, 2000).

Page 10: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

1.3 Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih

sedekad dijalankan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid

dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Penglibatan murid Pendidikan

Khas di dalam kelas inklusif sedikit sebanyak memerlukan guru di Aliran Perdana

membuat penyesuaian pengajaran.

Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi

kesan kepada murid-murid normal pula. Perlaksanaan Program Inklusif ini

akhirnya dikuatiri tidak memberikan apa-apa kesan positif kepada murid

Pendidikan Khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut merasa tergugat

dan mengganggap program ini memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran mereka (Gargiulo, 2006).

Peluang pendidikan untuk semua murid-murid Pendidikan Khas di dalam kelas

biasa belajar bersama-sama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan

mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru Aliran

Perdana dengan dibantu oleh guru Pendidikan Khas atau dikenali sebagai guru

pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

Sesetengah guru dan pihak pentadbir tidak dapat menerima secara positif

penempatan murid-murid inklusif di sekolah mereka. Anggapan murid-murid ini

akan menjejas prestasi sekolah dan menyusahkan pengurusan pentadbiran sekolah.

Sebaliknya mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta

pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang

optimum. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap

penentuan model pengajaran yang paling berkesan untuk kerjasama di kalangan

guru Pendidikan Khas dan guru di Aliran Perdana yang terlibat secara langsung

dalam kelas inklusif murid-murid khas.

Page 11: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

1.4 Tujuan

Kajian ini adalah untuk membolehkan penyelidik menentukan terlebih dahulu

objektif serta persoalan kajian.

1.4.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui;

a) Pendedahan guru-guru di Aliran Perdana mengenai Pendidikan Khas

dan Pendidikan Inklusif,

b) Aspek kerjasama di antara guru di Aliran Perdana dengan guru

Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif,

c) Amalan model pengajaran guru-guru di kelas inklusif.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-

persoalan berikut;

a) Adakah guru-guru Aliran Perdana diberi pendedahan mengenai

Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum proses pengajaran?

b) Adakah wujud kerjasama di antara guru Aliran Perdana dengan guru

Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif?

c) Apakah amalan model pengajaran guru-guru di kelas inklusif?

1.5 Kerangka Konseptual

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Model Pengajaran Bersama

PentadbiranGuruSasaran Murid

PERANCANGAN

Page 12: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang merupakan peta

kepada kajian ini. Proses pengajaran bersama merangkumi tiga peringkat utama

iaitu peringkat perancangan, perlaksanaan dan keputusan.

1.5.1 Perancangan

Terbahagi kepada tiga iaitu perancangan pentadbiran, perancangan guru dan

sasaran murid. Perancangan Pentadbiran dipecahkan kepada pemilihan guru,

penjadualan, penyusunan kelas dan pengurusan masa. Dari segi pemilihan guru di

mana sebagai contoh mencari pasangan guru yang ada persamaan untuk mengajar.

Jikalau tidak ada cari sukarela yang boleh menyertai pemilihan guru. Kaedah

pemilihan boleh dibuat melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru dalam

mencari pasangan untuk pengajaran bersama.

Penjadualan melihat kepada keperluan pelajar, mencari keserasian pasangan guru,

menilai secara keseluruhan jadual dan mengasingkan pelajar berdasarkan

kesesuaian guru. Penyusunan kelas pula melihat anggaran kelas mestilah seimbang

dalam nisbah bilangan pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih

dari sepuluh peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari keseluruhan pelajar

contohnya sepuluh orang murid, bilangan murid khas adalah di antara satu hingga

tiga orang sahaja. Pengurusan masa mengambilkira penjadualan mengambil kira

waktu biasa, masa yang disediakan sebelum atau selepas sekolah, masa untuk rehat

dan makan, hari pembangunan staff, jadual tugasan biasa dan perjumpaan

mesyuarat guru.

Perancangan Guru kelas/perancangan kurikulum terdiri daripada kerja berpasukan,

kesesuaian pasangan, perancangan pengajaran, perancangan kemajuan pemantauan

dan penentuan gred dan perancangan murid. Setiap guru dalam pengajaran

bersama perlu bersedia memberi perkhidmatan professional yang berkait. Sebagai

contoh cara hendak mendapatkan sokongan keluarga adalah dengan menghantar

surat, penyediaan fakta pengajaran bersama kepada keluarga, memaparkan tajuk

pengajaran di dalam website, pengisian informasi di dalam majalah sekolah,

mengedarkan risalah dan lain-lain selagi mampu mengizinkan maklumat kepada

Page 13: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

keluarga pelajar. Secara tidak langsung hubungan baik secara peribadi terjalin dan

pengajaran bersama akan memberi impak besar dalam sistem pembelajaran kini.

1.5.2 Perlaksanaan

Perlaksanaan terdiri daripada pemilihan model pengajaran iaitu kaedah stesen,

pengajaran selari, pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang

mengajar seorang bantu. Setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri.

1.5.3 Keberkesanan Keputusan

Dinilai berdasarkan kepelbagaian cara iaitu perancangan, perlaksanaan dan tujuan

keberkesanan. Antara faktor untuk menilai keberkesanan pengajaran bersama ialah

pengisian kefahaman untuk konsep pengajaran bersama dan visi di kalangan

professional iaitu pentadbiran, pembantu guru, guru-guru yang terlibat. Faktor

tujuan dan niat penjadualan di mana murid yang kurang berkeupayaan atau

bermasalah pembelajaran, murid mesti diutamakan untuk jadual dan mengikut

keutamaan sokongan. Selain itu, keserasian guru untuk bekerja bersama-sama

merupakan kunci utama keberkesanan pangajaran bersama dan perkongsian

perancangan untuk menjayakan pengajaran bersama. Faktor keberkesanan juga di

lihat dari segi kebergantungan kepada pembangunan professionalisme.

1.6 Batasan Kajian

Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada tindakbalas temubual dari aspek

kesungguhan menjawab soalan yang dikemukakan. Kajian ini berupaya

mempunyai batasan seperti;

1.6.1 Kajian hanya melibatkan murid-murid di kelas inklusif, guru-guru

Pendidikan Khas dan guru-guru di Aliran Perdana yang mengajar mata

pelajaran di kelas inklusif. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak boleh

digeneralisasikan kepada semua murid dan guru di sekolah.

Page 14: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

1.6.2 Kajian hanya terhad kepada tajuk dan perbincangan dalam kelas inklusif

sahaja.

1.6.3 Dalam kajian, wujud kesukaran untuk mengawal pemboleh ubah luar yang

memesong dari tujuan kajian.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak

yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif

seperti Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Pendidikan

Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pentadbir

sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi si sekolah-

sekolah harian. Peringkat Pihak Pentadbiran Sekolah bersama guru-guru Aliran

Perdana pula diharapkan mendapat maklumat bagi penyediaan amalan model

pengajaran bersama dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif khususnya

melihat kepentingan secara menyeluruh.

Page 15: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan Inklusif merupakan satu bentuk penyampaian perkhidmatan yang

disediakan untuk pembelajaran istimewa atau perkhidmatan berkaitan pelajar

istimewa yang boleh menguasai sedangkan pada masa yang sama mereka

dikekalkan dalam sistem pembelajaran di kelas Arus Perdana.

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas

biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti

kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan

dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

2.2 Model Pengajaran Bersama

Pengajaran Bersama atau Co-Teaching berlaku apabila dua atau lebih profesional

iaitu guru dalam kalangan guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas

bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu

kumpulan pelajar yang terdiri daripada murid berkeperluan khas dan murid di arus

perdana yang bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang

sama (Friend & Cook, 2010).

Merujuk kepada hubungan di antara guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan

Khas di mana guru ini mempunyai tanggungjawab dalam penentuan penyediaan

kemudahan perkhidmatan pendidikan, perancangan dan penerimaan arahan kepada

semua murid termasuk murid yang dikelaskan berkeperluan khas (Stetson &

Associates, Inc.2005).

2.2.1 Faktor Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Bersama

Faktor keberkesanan perlaksanaan pengajaran bersama di antara tenaga pengajar

Aliran Perdana dan pengajar Kelas Khas adalah wujudnya kolaborasi atau

kerjasama dalam sesuatu perkara.

Page 16: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Arahan merupakan fokus utama yang perlu diambil kira oleh setiap guru. Kedua-

dua guru mesti bertanggungjawab untuk merancang, menyampaikan dan menilai

setiap arahan. Arahan yang diberikan mestilah relevan dengan pengajaran.

Selain itu, wujudnya kesesuaian penerimaan murid dan modifikasi di mana

pengajaran adalah lebih berjaya dengan mengambil kira faktor keselesaan dan

kesesuaian murid atau dengan erti kata lain berlakunya modifikasi dalam

pengajararan. Guru juga perlulah melihat daripada aspek pengurusan tingkahlaku.

Menguruskan tingkah laku adalah begitu sukar dalam pengajaran yang

berkesan.Walaubagaimanapun dalam pengajaran bersama ini, kedua-dua guru

mestilah mampu untuk menguruskan tingkah laku dan setiap campurtangan

mengikut keperluan dan kesesuaian intervensi.

Setiap penilaian dibuat sebagai gambaran yang tepat terhadap tahap penguasaan

murid contohnya melalui tugasan dan kerja khusus. Kerjasama di antara kedua-dua

guru mestilah wujud dalam merekabentuk prosedur pengumpulan data dan

menentukan bagaimana data dikutip dan dianalisis. Juga keterlibatan dalam

perbincangan memerlukan kerjasama di antara kedua-dua guru ini. Setiap guru

mestilah melibatkan diri dalam setiap peringkat perbincangan bersama murid bagi

menjayakan program selain mewujudkan perbincangan dua hala.

Setiap guru mestilah mempunyai komitmen dalam menerima dan berkongsi

maklumat serta berbincang dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan

murid dalam program pengajaran bersama. Antara lain ialah advokasi yang

merupakan komponen yang agak kritikal dalam mewujudkan keberkesanan

program pendidikan. Dalam pengajaran bersama, setiap guru mestilah mampu

untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan bersama pelajar.

Page 17: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

2.2.2 Kelebihan Pengajaran Bersama kepada murid

Pengajaran bersama dapat mengurangkan suasana persekitaran yang terhalang atau

Least Restrictive Enviroment (LRE) di mana apabila murid khas ditempatkan di

dalam kelas bersama murid arus perdana dan melalui pengajaran bersama dengan

menggunakan sukatan yang sama, secara tidak langsung murid tidak berasa

terasing. murid juga memiliki hak yang sama seperti murid di arus perdana yang

lain. Oleh yang demikian, keadaan ini dapat mengurangkan suasana yang

menghalang murid menyertai aktiviti pembelajaran.

Selain itu, melalui pengajaran bersama setiap jangkaan kebolehcapaian kurikulum

umum dapat dicapai. Amalan ini juga dapat melahirkan suasana positif dalam

proses pembelajaran dan dapat meningkatkan daya keyakinan diri murid. Justeru

dapat meningkatkan keterlibatan dua hala dalam proses pembelajaran. Melalui

program ini juga, dengan harapan melahirkan sebuah model bagaimana kerja

secara bersama dan sebuah model dalam menanggani kepelbagaian. Kaedah ini

mampu melahirkan pembelajaran yang realistik di dalam kelas (Scruggs et. al,

2006).

2.2.3 Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Guru

Faedah melalui perlaksanaan kaedah pengajaran bersama ialah dapat

meningkatkan tahap kepuasan kepada guru di mana murid mudah memahami

penyampaian yang berpusatkan murid. Selain itu, dapat memberi peluang kepada

perkembangan profesionalisme dalam kalangan guru itu sendiri iaitu

mengurangkan rasa terasing dalam kalangan guru pendidikan khas,

menyeimbangkan penghargaan kepada peranan guru Aliran Perdana dan guru

Pendidikan Khas dan memberi peluang kepada perkembangan kreativiti murid

khusunya dan guru amnya.

Page 18: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Dengan kerjasama guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas, secara tidak

langsung guru dapat berkongsi rasa tanggungjawab di dalam kelas dan beban kelas

dapat dikurangkan. Secara umumnya, perlaksanaan pengajaran bersama mampu

mengurangkan masalah pengurusan sikap (Jones & Walsh, 2004).

2.2.4 Model-model Pengajaran Bersama

Amalan pengajaran bersama terbahagi kepada lima iaitu berasaskan stesen,

pengajaran selari,pengajaran alternatif, pengajaran berpasukan dan seorang

mengajar seorang bantu).

2.3 Kesimpulan

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar

atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang

menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan.

Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat

meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan

keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari

segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai

dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain

berpotensi memeransangkan murid belajar secara aktif, ia juga harus mampu

membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta

dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Page 19: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Perlunya guru menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti

yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk

membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.

Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara

berkesan. Oleh demikian, dalam mencari kesesuaian serta pendekatan yang

berkesan, terlebih dahulu guru mempunyai sifat kerjasama sama ada guru Aliran

Perdana dan guru Pendidikan Khas.

Page 20: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden kajian,

instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data.

3.1.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah

di Pulau Pinang. Pengkaji menggunakan kaedah kajian secara kualitatif

dan menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian

berstruktur iaitu melalui senarai semak yang juga merupakan kaedah

memungut data.

3.1.2 Populasi Kajian

Populasi kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, iaitu sebuah

sekolah rendah di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sekolah

Kebangsaan Pokok Sena merupakan sebuah sekolah yang menjalankan

Program Pendidikan Inklusif.

3.1.3 Sampel Kajian

Berikut adalah sampel kajian ini.

Jadual 1 : Sampel Kajian di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Bil Sampel Bilangan

1. Guru Besar 1

2. Penyelaras Kelas Khas 1

3. Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif) 3

4. Guru Pengiring Pendidikan Inklusif 3

5. Murid Inklusif 3

JUMLAH 11 orang

Berdasarkan Jadual 1, kajian dibuat secara temuduga ke atas kumpulan

yang terlibat secara langsung dalam Pendidikan Inklusif.

Page 21: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

3.1.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian kes ini adalah seperti berikut;

a) Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif.

Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas bagi melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan

Inklusif di sekolah yang dipilih. Senarai Semak ini terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu seperti;

Bahagian A : Mengenai pengetahuan latar belakang Program Inklusif,

Bahagian B : Mengenai aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran,

Bahagian C : Mengenai Sosialisasi dan Komunikasi.

b) Set Temu Bual

Instrumen ini melibatkan Protokol Temubual bersama Guru Besar,

Protokol Temubual bersama Guru Aliran Perdana khusus yang

mengajar kelas inklusif dan Protokol Temubual bersama Guru

Penolong Kanan atau Penyelaras Pendidikan Khas.

Page 22: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian kes ini telah melibatkan sebelas orang responden dari sekolah kajian iaitu

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang. Murid-murid di sekolah ini terdiri

daripada berbilang bangsa. Kemudahan perkhidmatan pengajaran dan

pembelajaran bermula seawal intervensi iaitu Program Prasekolah, Program

Pendidikan Khas Integrasi, Pemulihan Khas dan pembelajaran normal tahun satu

hingga tahun enam. Saiz kelas adalah sekitar dua puluh lima hingga tiga puluh

orang murid bagi setiap kelas.

4.2 Pengesahan Penempatan Murid

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, perbincangan bersama

Penolong Kanan Pendidikan Khas seawal tahun baru dalam menentukan

pengesahan pemilihan murid untuk ditempatkan di kelas inklusif. Penempatan

murid-murid dalam kepelbagaian ketidakupayaan adalah secara inklusif penuh

telah pun diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah. Seramai tiga orang murid telah

menyertai kelas inklusif di mana dua orang ditempatkan di dalam darjah empat

manakala seorang lagi berada di darjah dua. Ini bermakna mereka akan mengikuti

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang

terpilih bersama-sama murid normal.

Murid-murid yang layak mengikuti kelas inklusif ini ditentukan oleh Penolong

Kanan Pendidikan Khas. Pemilihan hanya menempatkan murid Pendidikan Khas

yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran/akademik

ke kelas biasa untuk mengikuti suasana pembelajaran normal. Di samping itu juga,

murid-murid yang terpilih ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi

dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah laku terkawal dan tidak

mempamerkan masalah tingkah laku yang tidak diingini di mana situasi ini akan

menjejaskan komunikasi dengan guru khususnya guru Aliran Perdana. Bahkan

tingkah laku sebegini akan menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah kelak. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan

Page 23: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di Aliran

Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh

guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing.

Di lihat dari aspek kesediaan murid Pendidikan Khas itu sendiri untuk turut berada

di dalam kelas pembelajaran normal, langkah proaktif telah pun diambil terlebih

dahulu oleh pihak Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri.

Melalui program persediaan yang terancang, peringkat permulaan, murid

diperkenalkan dengan persekitaran sekolah. Lawatan ke kantin, ke perpustakaan,

ke makmal komputer, ke Pejabat Pentadbiran, ke bilik-bilik darjah dan ke kawasan

sekolah yang lain pada setiap pagi. Program ini dinamakan Program Pra Inklusif

sebagai penerangan kepada senario aktiviti pembelajaran yang akan dialami

apabila mereka melangkah masuk ke kelas inklusif kelak. Selain itu, murid ini

dibawa menyertai perhimpunan mingguan dan keluar rehar bersama-sama murid

normal. Keadaan ini dirasakan amat penting dititikberatkan agar murid Pendidikan

Khas tidak merasa takut jauh sekali merasa terpinggir dan terasing apabila berada

dalam kalangan murid normal.

4.3 Pendedahan guru-guru Aliran Perdana berkaitan Program Inklusif

Persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di pihak guru-guru Aliran

Perdana khususnya guru matapelajaran inklusif dan murid-murid normal kelas

inklusif. Sebagai perancangan yang teratur rapi bagi perlaksanaan Program

Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah pihak sekolah dengan kerjasama Unit

Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru berkaitan pendedahan

awal Pendidikan Inklusif. Antara maklumat yang disampaikan berkaitan

perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ialah objektif, ciri-ciri perwatakan

murid-murid yang dipilih untuk diinklusifkan, cara untuk mengimplementasikan

program tersebut dan bidang kuasa masing-masing. Setiap guru telah mendapat

Page 24: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

taklimat yang jelas dan secara tidak langsung mereka berasa yakin untuk mengajar

murid-murid Pendidikan Khas ini.

Di samping itu juga, penerangan juga telah diberikan oleh pihak pentadbiran

sekolah kepada warga sekolah yang lain termasuk murid-murid normal sebagai

persediaan mereka menerima murid khas di dalam kelas mereka. Penerangan ini

telah disampaikan sama ada secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut

memaklumkan kepada waris melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai

implementasi Program Pendidikan Inklusif ini.

4.4 Amalan Pengajaran Bersama di dalam Kelas Inklusif

Tiada perubahan atau berlaku penyesuaian fizikal terhadap bahan bantu mengajar

yang dibuat oleh pihak tertentu. Amalan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif di

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang ini pada setiap sesi kelas inklusif,

terdapat seorang guru pengiring akan memberikan khidmat. Keadaan ini

merupakan satu penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu

murid khas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketika guru Aliran

Perdana menjalankan aktiviti pengajaran, guru pengiring akan duduk bersebelahan

Murid Pendidikan Khas.

Tugas utama guru pengiring tersebut adalah membimbing murid mengikut

kesesuaian aktiviti yang dijelaskan oleh guru Aliran Perdana. Selain itu, guru

pengiring ini juga menyediakan bahan rujukan serta lembaran kerja yang

bersesuaian. Namun wujudnya kekangan dari aspek pengekalan guru pengiring di

dalam kelas inklusif di mana kekurangan guru dan masa untuk menampung beban

kerja di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri.

Page 25: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Setakat ini, guru pengiring sering kali hanya bertindak sebagai tempat rujukan

murid inklusif sekiranya mereka menghadapi masalah di dalam kelas inklusif.

Sesekali mereka meyertai bersama murid inklusif di dalam kelas dalam membantu

guru mata pelajaran inklusif.

Wujudnya kerjasama di antara guru-guru di Aliran Perdana dengan guru

Pendidikan Khas. Kerjasama ini turut menggariskan skop tanggungjawab yang

dibahagikan antara mereka. Kerjasama ini jelas apabila guru Aliran Perdana

sendiri yang akan memaklumkan sesuatu maklumat kepada guru pengiring

sewaktu mereka tidak dipertemukan di dalam kelas inklusif. Sewaktu pemerhatian

pengkaji, dilihat guru Aliran Perdana tidak kekok berinteraksi bersama murid

Pendidikan Khas.

4.5 Tindak balas Murid Inklusif dalam Sosialisasi dan Komunikasi

Melalui pemerhatian pengkaji juga, persekitaran fizikal kelas inklusif dengan

enrolmen murid antara dua puluh lima ke tiga puluh orang murid di dalam satu

bilik darjah, kemasukan murid Pendidikan Khas tidak menjejaskan kepadatan

kelas. Penyusunan meja yang disusun menghadap antara satu sama lain

memudahkan interaksi murid-murid Pendidikan Khas dengan murid normal.

Semasa proses pengajaran, di dapati sesekali sahaja murid Pendidikan Khas

melibatkan diri secara aktif, namun majoritinya mereka agak pasif. Guru mata

pelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti murid normal.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid Khas mampu untuk berinteraksi

menggunakan komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid

lain. Komunikasi dua hala yang berkesan jelas dilihat sewaktu rehat. Malah

mereka ini boleh bermain bersama-sama dengan murid normal yang lain di sekolah

itu.

Page 26: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BAB 5 : RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Rumusan

5.1.1 Inklusif Yang Berkesan

Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini berjaya

mencapai matlamatnya kerana telah memenuhi beberapa perkara asas kepada

prasyarat Inklusif. Antaranya meluluskan kemasukan murid Pendidikan Khas ke

kelas inklusif dengan menerima pendedahan pengetahuan berkaitan inklusif. Selain

itu juga, pihak sekolah menyokong hak pembelajaran untuk semua dengan

membenarkan sejumlah minoriti murid Pendidikan Khas belajar bersama-sama

murid normal dan mengikuti Kurikulum Pembelajaran yang normal.

Kelas-kelas inklusif di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena juga mempunyai

enrolmen yang rendah di mana kemasukan Murid Khas adalah tidak

membebankan. Kehadiran mereka di dalam kelas inklusif dengan melibatkan

penggunaan kerusi dan meja juga tidak memadatkan ruang pembelajaran di dalam

kelas. Mengikut kajian, perkiraan anggaran kelas mestilah seimbang dalam nisbah

bilangan pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih dari sepuluh

peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari keseluruhan pelajar contohnya sepuluh

orang murid, bilangan murid khas adalah di antara satu hingga tiga orang sahaja.

Jumlah sedia ada masih di bawah paras minimum.

5.1.2 Kerjasama Guru Mewujudkan Pengajaran Bersama

Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang

menunjukkan kerjasama di antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru

Pendidikan Khas di mana situasi ini jelas dilaksanakan atas rasa tanggungjawab di

kalangan guru Aliran Perdana dan haruslah dipuji.

Page 27: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Amalan Pengajaran Bersama menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Amalan

seumpama ini menyamai Model Pengajaran Bersama atau Co-Teaching . Melihat

salah satu Model Pengajaran Bersama iaitu Model Pengajaran Alternatif seorang

guru akan mengambil tanggungjawab yang lebih besar berbanding seorang guru

lagi mengawal kumpulan kecil di bahagian belakang kelas antara satu hingga lima

orang sahaja. Dalam model ini, guru yang memegang kumpulan besar akan

mengawal kelas. Manakala guru kumpulan kecil akan bergerak ke satu ruang di

dalam kelas antara lima hingga lima belas minit sahaja. Kaedah ini bertujuan untuk

memberikan tumpuan kepada lima orang yang yang diajar secara berulang-ulang

kerana mengalami masalah sukar menerima pembelajaran. Kumpulan yang lebih

besar akan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Selepas masa yang ditentukan

tamat, kumpulan ini akan digabungkan semua. Kaedah ini tidak membenarkan

guru mengambil masa yang lama.

Meskipun apa yang dilaksanakan di sekolah kajian, bukanlah secara rasmi

berlakunya pengajaran bersama, namun amalan ini mampu meningkatkan

keberkesanan Program Pendidikan Inklusif. Dengan adanya kehadiran guru

Pendidikan Khas sebagai guru pengiring, murid inklusif dapat terus dibimbing

secara individu dan meningkatkan kefahaman serta tumpuan murid. Bantuan dan

penerangan tambahan mengikut kesesuaian mereka amatlah membantu dan

meringankan tanggungjawab guru Aliran Perdana khususnya guru mata pelajaran.

5.1.3 Perancangan Yang Teliti

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman,

penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru,

murid-murid normal dan ibu bapa. Perancangan yang teliti adalah kata kunci

utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dengan

persediaan yang teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum

memulakan program (Weishaar & Borsa, 2001).

Page 28: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Dalam melaksanakan perancangan, semua pihak perlu memberikan komitmen

yang sewajarnya demi melancarkan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

5.2 Cadangan

Berdasarkan kepada rumusan hasil daripada kajian, terdapatnya faktor-faktor

positif yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi amalan

pengajaran bersama dalam perlaksanaan Program Inklusif. Oleh itu, beberapa

cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan serta peningkatan Program

Pendidikan Inklusif di masa akan datang.

5.2.1 Cadangan untuk Sekolah

Pihak pentadbir perlulah peka dan memahami konsep sebenar Program

Pendidikan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Perancangan yang rapi amatlah

diperlukan supaya sekolah bersedia di waktu sukar dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh menanggani tingkah laku tidak terkawal murid Pendidikan Khas.

Mengikut perkembangan pendidikan di Negara kita, hanya sekolah yang

berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan.

Ini adalah kerana kemasukan murid-murid Pendidikan Khas tidak banyak memberi

impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah.

Pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan dalam menyelidik pasangan guru

yang ada chemistry untuk mengajar. Sebagai contoh, guru pengiring iaitu guru

Pendidikan Khas perlulah serasi untuk digandingkan bersama guru Aliran Perdana.

Hubungan yang berkesan dapat dihasilkan sekiranya wujud persefahaman di antara

mereka. Sebaliknya dikuatiri berlakunya percanggahan yang membawa kepada

kepincangan guru.

Page 29: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Jikalau tiada, perlulah mencari sukarela yang boleh menyertai pemilihan guru.

Kaedah pemilihan boleh dibuat melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru

dalam mencari pasangan untuk pengajaran bersama.

Selain itu, keprihatinan pihak pentadbir dalam memajukan Program Inklusif ini

dapat diadaptasikan melalui penyediaan keperluan guru sebagai contoh penyediaan

latihan dalam mengukuhkan pengetahuan khususnya menentukan kaedah dan

amalan yang sesuai dalam pengajaran. Pihak pentadbir boleh menganjurkan forum

dengan menjemput pakar luar yang berkelayakan. Secara tidak langsung, situasi ini

mampu memberi pendedahan kepada pihak yang tidak kenal pendekatan

Pendidikan Inklusif.

Penerangan yang khusus sama ada kepada murid-murid normal mahupun kepada

ibu bapa berkaitan perlaksanaan Pendidikann Inklusif secara berkala. Keadaan ini

mampu mengingatkan mereka kepada keperluan murid Pendidikan Khas yang juga

mahukan kejayaan seperti mana murid normal. Nilai murni yang dipupuk ini

secara tidak langsung dapat merapatkan jurang di antara mereka dan

menghilangkan stigma kepada murid Khas.

5.2.2 Kolaborasi di antara Guru Khas dan Guru Aliran Perdana

Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para

murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang

akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan

serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah kaedah

sumbang saran, kaedah tunjuk cara (demonstrasi), simulasi atau kaedah pengajaran

kumpulan, kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah dan kaedah

projek. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu

pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid

terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan

bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik

Page 30: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap

kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak

menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah

dan berkesan.

Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain

biasanya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau

perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu

kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi

dan sosial mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak

menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan

perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka.

Oleh demikian, kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru Khas dan

guru di Aliran Perdana merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu

membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya meningkatkan

keberkesanan pelaksanaan program ini.

Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka

dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti

bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sebagai

contoh untuk memantapkan amalan pengajaran bersama, mereka sama-sama

melibatkan diri dalam bengkel co-teching .

Dalam keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman

secara bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya

jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka

diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan

lain-lain di antara guru-guru yang terlibat.

Page 31: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

5.2.3 Peranan ibu bapa

Apa yang diharapkan adalah semua ibu bapa menjungjung tinggi hasrat sekolah

dalam memacu keberkesanan amalan pengajaran bersama dalam kelas inklusif.

Mengetahui maklumat Pendidikan Khas agar mengetahui hak murid Khas

menerima peluang pendidikan adalah sama seperti kanak-kanak biasa.Kerjasama

dan sokongan ini amatlah besar penghargaan kepada pihak sekolah yang tidak

terhitung nilainya.

5.2.4 Sikap Kejujuran dalam Perlaksanaan Tugas

Perbezaan persepsi dalam apa jua yang manghalang kerjasama perlulah

dikemukakan dalam mesyuarat agar dapat diperbincangkan dan diselesaikan.

Sebagai contoh persepsi tentang beban tugas antara guru-guru Aliran Perdana dan

guru-guru Pendidikan Khas. Persepsi ini boleh diperbetulkan melalui perbincangan

supaya tidak timbul masalah salah persepsi. Sebagai seorang guru juga role model

kepada anak murid perlulah bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan

tugas dengan sejujurnya.

5.3 Penutup

Melalui kaedah Inklusif menggunakan pendekatan model Pengajaran Bersama/Co-

teaching mampu memberi kesan positif dalam kerjasama sebagai satu kumpulan

guru-guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas iaitu satu himpunan

kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan

kepelbagaian murid. Amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak

kepada menyokong guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau

menghapuskan stigma untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat

memartabatkan

Page 32: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai. Kesepaduan

tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan

pengasingan. Kejayaan perlaksanaan program Inklusif adalah berdasarkan

perancangan dan usaha berterusan semua pihak yang digembleng demi

meningkatkan mutu pendidikan khasnya untuk murid-murid khas dan murid

normal amnya. Melalui pendidikan kita mampu membentuk murid menguasai ilmu

pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri, agama dan masyarakat.

Page 33: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

RUJUKAN

Austin, V.L. (2010). Inclusive Practices in Tennessee: An Investigation of Co-Teaching in Middle

Tennesssee Schools.

Bishop, A., & Jones, P. (2002) Promoting inclusive practice in primary initial teacher training:

influencing hearts as well as minds. Support for Learning 17 (2) , 58–63

Bursuck, W. & Friend, M. (1999). Including students with special needs: A practical guide for

classroom teachers, 2nd ED., Needman Heights, MA: Allyn & Bacon

Cook, L., & Friend, M. (1995). Co-teaching: Guidelines for creating effective practices. Focus on

Exceptional Children. 28(3), 1-16.

Cook, L., & Friend, M.(2004). Co-Teaching: Principles, Practices and Pragmatics, Paper

presented at the quarterly meeting of the New Mexico Public Education Department Special

Education Meeting, Albuquerque.

Embury, D.C., Dinnesen, M.S. (2013). C0-teaching in Inclusive Classrooms Using Stuctured

Collaborative Planning.

Gately, F. & Gately, S. (1993). Developing positive co-teaching environments: Meeting the needs

of an increasingly diverse student population.

Haniz Ibrahim. (1998). Inclusion Education in Malaysia : Tearchers’ attitude to Change.

Dessertasion Ph.D:Faculty of Education, University of Exeter.

Kamariah Jalil (1995): Pendidikan inklusif: Pendidikan untuk semua.Konsep dan pelaksanaan

(Inclucive education. Education for all. Conceptual and Implementation). Seminar working paper.

School Division. Ministry of Education. Malaysia. Kuala Lumpur Government Printers.

Page 34: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

Magiera, K. (2005). Co-Teaching in Middle School Classrooms Under Routine Conditions: Does

the Instructional Experience Differ for Students with Disabilities in Co-Taught and Solo-Taught

Classes?.

Malian, I. (2010). Co-Teaching Beliefs to Support Inclusive Education: Survey of Relationships

between General and Special Educators in Inclusive Classes.

Mastropieri, M., McDuffie, K.A. & Scruggs , T.E.( 2007). Co-teaching in inclusive classrooms: A

meta-synthesis of qualitative research. Exceptional Children, 73, 392-416

Mastropieri, M. & Scruggs , T. (2000). The inclusive classroom: Strategies for effective

instruction, Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall, Inc.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 35: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

LAMPIRAN

Page 36: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

BORANG SENARAI SEMAK:

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

TARIKH : …………………………… MATA PELAJARAN : ……………………………

SEKOLAH : …………………………… KELAS : ……………………………

BAHAGIAN A:Pengetahuan latar belakang Program Inklusif

/ Catatan

1. Murid Pendidikan Khas diberi sedikit tumpuan secara individu.

2. Murid Pendidikan Khas ditempatkan di bahagian hadapan kelas.

3. Berlakunya eyes contact guru dengan Murid Khas.

4. Murid Khas diberikan peluang menjawab pertanyaan guru.

BAHAGIAN B:Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran /

Catatan

1. Guru Aliran Perdana berkomunikasi secara dua hala dengan Murid Khas.

2. Penyesuaian bahan bantu mengajar .

3. Melibatkan guru pengiring (guru Pendidikan Khas).

4. Murid Khas menunjukkan tingkah laku yang positif.

BAHAGIAN C:Sosialisasi dan Komunikasi /

Catatan

1. Murid Khas melibatkan diri sewaktu proses pembelajaran.

2. Murid Khas berinteraksi dan bersosial dengan murid Aliran Perdana.

3. Murid Aliran Perdana menunjukkan tindak balas yang positif terhadap Murid Khas.

4. Murid Khas menunjukkan minat terhadap pembelajaran.

JUMLAH KESELURUHAN ( / )

Page 37: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

SET TEMU BUAL :

AMALAN PENGAJARAN BERSAMA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

KUMPULAN TEMUBUAL :

1. Guru Besar

2. Penolong Kanan/ Penyelaras Pendidikan Khas

3. Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif)

4. Guru Pengiring Pendidikan Inklusif

SET SOALAN TEMU BUAL :

1. Pengetahuan berkaitan Program Pendidikan Inklusif.

2. Pendedahan latihan berkaitan Pendidikan Inklusif.

3. Proses perjalanan Pendidikan Inklusif di kelas.

4. Bidangkuasa dalam Pendidikan Inklusif.

5. Tanggapan terhadap Murid Khas dalam proses pembelajaran.

6. Program kesediaan murid inklusif.

7. Keperluan Program Inklusif.

8. Senario pembelajaran inklusif.

9. Amalan pengajaran dalam kelas inklusif.

10. Kerjasama guru dalam Pendidikan Inklusif.

11. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

Page 38: Rosniyati Binti Osman-Laporan Kajian

KBP6014/A(L)-PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013