pembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi...

25
PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI KEHIDUPAN SEHARIAN DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’ ARINAH BINTI ZAIDAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongkhanh

Post on 10-Jun-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI KEHIDUPAN

SEHARIAN DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

ARINAH BINTI ZAIDAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI

KEHIDUPAN SEHARIAN DALAM MAJALAH WEB

DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : ARINAH BINTI ZAIDAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 33, JALAN MAWAR 11, PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN MAWAR,

81700 PASIR GUDANG, JOHOR

Tarikh : 6 MEI 2009 Tarikh : 6 MEI 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

PENGAKUAN “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penyelia: PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 4: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI KEHIDUPAN

SEHARIAN DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

ARINAH BINTI ZAIDAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : ARINAH BINTI ZAIDAN

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 6: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ayah dan Ibu yang Disayangi dan Dikasihi,

Zaidan bin Mohd Taha dan Noortewa Chong binti Abdullah,

Adik-beradik Tersayang,

Muhamad, Aisyah, Hamzah dan Othman

Segala Doa, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Daripada Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Penyelia pembimbing yang dikasihi,

PM Dr. Zaleha binti Ismail

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …

Teman-teman Seperjuangan

Rakan-rakan Sekelas

Serta ahli-ahli Komuniti Dunia Matematik yang telah banyak membantu

Terutamanya Siti Diyana, Chiam Yean Jwee dan Mohd Khairil Anuar

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Daripada Kalian Sepanjang Pengajian Ku

Page 7: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah member saya peluang dan kekuatan untuk

menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Prof

Madya Dr. Zaleha Binti Ismail dan Encik Mohd Khalid Bin Kasmin yang telah

banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan

tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa, Zaidan bin

Mohd Taha dan Noortewa Chong binti Abdullah yang sering memberikan nasihat

dan dorongan serta semangat untuk saya melaksanakan projek ini. Tidak lupa pada

nenek yang disayangi, Siti Khadijah, mokde yang dikasihi, Zubairah, serta adik-

beradik, Muhamad, Aisyah, Hamzah dan Othman yang turut membantu.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada teman-

teman seperjuangan, rakan-rakan sekelas serta ahli-ahli Komuniti ‘Dunia Matematik’

yang banyak membantu dan memberi kerjasama sama ada secara langsung ataupun

tidak langsung di sepanjang tempoh menyiapkan laporan projek ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.

Page 8: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

v

ABSTRAK

Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah.

Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan dimana pembelajaran

terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah

pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang

negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat

berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan

mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk

mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada

masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan

pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia

membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek

pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel

berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan

interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan

penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah

ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan

sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber

terbuka. Namun begitu, penulisan ini hanya berfokus kepada dua ruangan iaitu

Rekreasi dan Aplikasi Kehidupan Seharian. Ruangan aplikasi kehidupan seharian

menerangkan aplikasi matematik yang terdapat dalam kejuruteraan, sukan dan

sebagainya, antaranya pemarkahan dalam boling. Manakala ruangan rekreasi pula

menyediakan pelbagai permainan dan uji minda yang berkaitan matematik supaya

pengguna dapat mempelajari matematik dengan cara yang terhibur. Antaranya,

permainan Coffee Shop yang menekankan konsep membuat keputusan dalam

matematik manakala Crazy Cube pula menggunakan konsep pemikiran secara logik.

Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat memupuk sikap positif dan

penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.

Page 9: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

vi

ABSTRACT

The view about mathematics is distorted due to the way it is presented in

schools. Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered

simply doing calculations and applying formulas in drill and practice setting.

Consequently, students have negative attitudes towards mathematics. In reality,

mathematics is useful in any walk of life, interesting and fun. Dunia Matematik is a

dynamic mathematics web magazine that applies e-learning technology as a means to

expose Malaysians, particularly, educators, learners and parents to the true nature of

mathematics beyond the classroom mathematics. It emphasizes on open learning,

independent learning and collaborative learning as it allows learners to learn

individually as well as through interactions with the learning objects, teachers and

peers. The main menu section features articles of current interest while the activity

features hands-on games, and online quizzes and survey. The e-forum, comment box

and article submission corner allow users to interact within the web magazine

community. This project runs on content management system Joomla and course

management system Moodle which are both open sourced. However, this writing is

focused on two sections which are Rekreasi and Aplikasi Kehidupan Seharian. The

Aplikasi Kehidupan Seharian section explain about the application of mathematics in

engineering, sports, and others, such as score in bowling. While the Rekreasi section

provide mathematical games and brain teasers so that readers can learn mathematics

in entertaining way. For example, the Coffee Shop game stress on mathematics

decision making while the Crazy Cube emphasize on logical thinking. Finally it is

hoped that the presence of Dunia Matematik will instill positive attitude and

appreciation towards mathematics in our community.

Page 10: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.5.1 Pelajar 6

1.5.2 Guru 7

1.5.3 Sekolah 7

1.5.4 Ibu bapa dan Madyarakat 8

Page 11: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

viii

1.6 Skop Dan Batasan Projek 8

1.7 Kerangka Teori Projek 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 ICT 11

1.8.2 Internet 12

1.8.3 E-Pembelajaran 12

1.8.4 Laman Web 12

1.8.5 Rekreasi 12

1.8.6 Majalah Web Dinamik 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 E-Pembelajaran (E-Learning) 15

2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 15

2.3 E-Majalah 19

2.3.1 Laman Web Matematik Sedia Ada 19

2.3.1.1 +Plus Magazine 19

2.3.1.2 Math.com 21

2.3.1.3 Mathematics Magazine 22

2.4 Pendekatan Konstruktivisme Sosial Dalam E-Pembelajaran

Matematik 23

2.5 Perisian Sumber Terbuka 26

2.5.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 27

2.6 Joomla! 28

2.6.1 Kelebihan Joomla! 30

2.7 Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian 31

2.8 Rekreasi Matematik 32

2.9 Sikap Pelajar terhadap Matematik 33

2.10 Penutup 34

Page 12: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

ix

BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Kaedah Pelaksanaan 36

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 37

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 38

3.2.1.2 Topik 39

3.2.1.3 Strategi 39

3.2.1.4 Perbandingan Laman Web Matematik

Sedia Ada 40

3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 41

3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 42

3.2.3.1 Pembangunan Bahan E-Majalah

Dunia Matematik 43

3.2.3.2 Pembangunan Bahan Aplikasi Matematik

Dalam Kehidupan Seharian 58

3.2.3.3 Pembangunan Bahan Rekreasi Matematik 58

3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation) 58

3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 59

3.3 Penutup 60

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB MATEMATIK

4.1 Pengenalan 61

4.2 Carta Alir Majalah Web Matematik yang Dibangunkan 62

4.3 Paparan Majalah Web Dunia Matematik 63

4.3.1 Paparan Daftar Masuk 63

4.3.2 Paparan Muka Hadapan Dunia Matematik 65

4.3.3 Paparan Bahan Pembelajaran 66

4.3.3.1 Paparan Bahan Aplikasi Matematik

Dalam Kehidupan Seharian 66

4.3.3.2 Paparan Bahan Rekreasi Matematik 72

4.3.4 Paparan Komen 83

Page 13: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

x

4.3.5 Paparan Keluaran Lepas 85

4.3.6 Paparan Dunia Matematik 85

4.3.7 Paparan e-Forum 86

4.3.8 Paparan Komuniti 87

4.3.9 Paparan Soal Selidik 88

4.4 Ciri-ciri Majalah Web Matematik 90

4.4.1 Interaktif 90

4.4.2 Mesra Pengguna 90

4.4.3 Grafik 91

4.4.4 Teks 91

4.4.5 Animasi 92

4.4.6 Video 92

4.5 Penutup 92

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 93

5.2 Perbincangan 93

5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik

Berasaskan Objektif 94

5.2.2 Pembangunan Majalah Web Berasaskan

Model ADDIE 94

5.2.3 Pembangunan Majalah Web Berasaskan

Teori Sosial Konstruktivisme 95

5.3 Kelebihan Majalah Web Matematik 95

5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 96

5.5 Masalah – masalah yang dihadapi 96

5.5.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengalaman 97

5.5.2 Kekangan Masa 97

5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 98

5.5.4 Capaian Internet 98

5.6 Cadangan 98

5.7 Penutup 99

Page 14: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xi

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 104

Page 15: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 10

2.1 Paparan skrin hadapan +plus magazine 20

2.2 Paparan skrin aktiviti matematik +plus magazine 21

2.3 Paparan skrin hadapan Math.com 22

2.4 Paparan skrin hadapan Mathematics Magazine 23

2.5 Laman utama JOOMLA! 29

3.1 Aliran Model ADDIE berdasarkan Jennifer

Hofmann (2004) dalam buku Live and Online! 37

3.2 Carta alir penulisan artikel 43

3.3 Paparan pemilihan section dalam New Article 44

3.4 Paparan pemilihan Category dalam New Article 45

3.5 Paparan ruangan stories dalam Media Manager 46

3.6 Paparan ruangan upload grafik atau media 46

3.7 Paparan ruangan Section Manager 47

3.8 Paparan ruangan New Section 48

3.9 Paparan ruangan Category Manager 49

3.10 Paparan ruangan New Category 49

3.11 Paparan ruangan User Manager 50

3.12 Paparan ruangan New User 51

3.13 Paparan ruangan Menu Manager 52

3.14 Paparan ruangan New Menu 52

3.15 Paparan ruangan Language Manager 53

3.16 Paparan ruangan Front Page Manager 54

3.17 Paparan ruangan New Poll 55

3.18 Paparan ruangan Poll Manager 55

Page 16: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xiii

3.19 Carta alir memasukkan grafik / video 56

3.20 Carta alir memasukkan grafik atau video ke

dalam artikel 57

4.1 Carta alir majalah web dinamik ‘Dunia Matematik’

yang dibangunkan 62

4.2 Paparan ‘login’ 64

4.3 Paparan pendaftaran pengguna baru 64

4.4 Paparan muka hadapan ‘Dunia Matematik’ 65

4.5 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran pertama 67

4.6 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran kedua 68

4.7 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran ketiga 68

4.8 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran keempat 69

4.9 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran kelima 69

4.10 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran keenam 70

4.11 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran ketujuh 70

4.12 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran kelapan 71

4.13 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran kesembilan 71

4.14 Paparan artikel aplikasi matematik

keluaran kesepuluh 72

4.15 Paparan permainan matematik keluaran pertama 73

4.16 Paparan uji minda keluaran pertama 74

4.17 Paparan permainan matematik keluaran kedua 74

4.18 Paparan uji minda keluaran kedua 75

4.19 Paparan permainan matematik keluaran ketiga 75

4.20 Paparan uji minda keluaran ketiga 76

Page 17: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xiv

4.21 Paparan permainan matematik keluaran keempat 76

4.22 Paparan uji minda keluaran keempat 77

4.23 Paparan permainan matematik keluaran kelima 77

4.24 Paparan uji minda keluaran kelima 78

4.25 Paparan permainan matematik keluaran keenam 78

4.26 Paparan uji minda keluaran keenam 79

4.27 Paparan permainan matematik keluaran ketujuh 79

4.28 Paparan uji minda keluaran ketujuh 80

4.29 Paparan permainan matematik keluaran kelapan 80

4.30 Paparan uji minda keluaran kelapan 81

4.31 Paparan permainan matematik keluaran kesembilan 81

4.32 Paparan uji minda keluaran kesembilan 82

4.33 Paparan permainan matematik keluaran kesepuluh 82

4.34 Paparan uji minda keluaran kesepuluh 83

4.35 Paparan ruangan komen 84

4.36 Paparan contoh – contoh komen oleh pengguna 84

4.37 Paparan Keluaran Lepas 85

4.38 Paparan Dunia Matematik 86

4.39 Paparan e-Forum 87

4.40 Paparan Komuniti 88

4.41 Paparan ruangan artikel soal selidik 89

4.42 Paparan soal selidik dalam Moodle

‘Dunia Matematik’ 89

Page 18: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Perbezaan antara Dunia Matematik

dengan majalah web yang lain 40

Page 19: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Ruangan Aplikasi: Pemarkahan dalam Boling 104

B Ruangan Rekreasi: Permainan The Equator 107

C Ruangan Rekreasi: Uji Minda 108

Page 20: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia tanpa sempadan telah membuatkan kita akur, bahawa segala

pergerakan dan apa yang kita lalui tidak terlepas daripada penggunaan komputer

serta sains dan teknologi maklumat. Integrasi ICT telah banyak menyumbang faedah

dalam urusan seharian, antaranya menigkatkan produktiviti, mengurangkan kos,

membantu dalam pengurusan sumber, membawa kelebihan kompetatif dari segi

kreativiti dan inovatif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan perkhidmatan

serta keselamatan. Di samping itu juga ICT membuka ruang baru dalam bidang

pendidikan dengan penggunaan kaedah pendidikan maya. (Wan Mustama, 2004).

Dengan perkembangan pesat teknologi komputer, ianya telah menyerap

masuk dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana komputer dipercayai dapat

meninggalkan kesan yang mendalam bagi proses penerimaan ilmu kepada para

pelajar. Pada peringkat awal, penggunaan perisian kursus bagi mata pelajaran adalah

tidak begitu meluas. Jika adapun, perisian yang digunakan adalah idak interaktif. Di

awal tahun 90-an apabila multimedia kerap dibincangkan, maka di situlah

bermulanya idea untuk membangunkan perisian yang menggunakan grafik, audio,

dan animasi yang berorentasikan kepada alam yang sebenarnya. (Abd Aziz Kulop,

2000)

E-pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan rangkaian elektronik (Internet) untuk penyampaian isi kandungan,

Page 21: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

2

interaktif ataupun pemudahcaraan. Ia mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks,

grafik, animasi, simulasi, audio dan video dan ia mempunyai kemudahan untuk

discussion group serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian (on-line).

Kini terdapat pelajar-pelajar yang sudah mula didedahkan kepada bahan e-

pembelajaran yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula

mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan

sebaya di dalam chat groups atau bulletin board (Jaya Kumar, 2001).

Menurut Lai Kim Leong (2002), dari segi perspektif pengajaran dan

pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran yang berasaskan

konsep pembelajaran berdikari yang disokong pembelajaran akses kendiri, terarah

kendiri dan pembelajaran berpusatkan pelajar, memainkan peranan penting untuk

membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau

individu serta mengandungi pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai gaya

pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan

aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti

untuk guru dan juga untuk pelajar. Pembelajaran sebegini dapat menerapkan

kemahiran generik, kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar.

Kursus-kursus yang abstrak terutamanya matematik, fizik, ekonomi dan

statistik perlulah dipersembahkan dengan cara yang menarik dan berkesan untuk

menanamkan minat terhadap subjek-subjek tersebut. Subjek-subjek seperti ini

adalah satu cabang yang sukar difahami dengan konsep-konsep yang tidak

mempunyai kaitan dengan dunia realiti. Persembahan pengajaran dengan

menggunakan bahan pengajaran multimedia interaktif boleh menyemaikan minat di

dalam mempelajari sesuatu subjek yang abstrak. Bahan pengajaran multimedia

interaktif dilengkapi dengan audio, grafik dan animasi dipercayai dapat menarik

minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang

sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

Page 22: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan masyarat sering menganggap matematik sebagai satu benda

yang terasing daripada kehidupan sebenar. Kebanyakan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menumpukan kepada isi kandungan dalam buku teks dan hanya

menekankan kepada peperiksaan. Konsep yang berasaskan peperiksaan ini adalah

bercanggah dengan falsafah pendidikan negara yang mana pendidikan adalah

bertujuan membantu pelajar dalam memperkembangkan potensi mereka dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.

Menurut Wan Zah Wan Ali (2005), matematik merupakan salah satu mata

pelajaran yang penting. Oleh sebab itu, subjek ini diajar di semua peringkat

pendidikan kerana ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Namun, kepada

mereka yang tidak menghargai matematik dan mampu menghayati keindahan

matematik, subjek ini juga terkenal sebagai tidak menarik, kering dan membosankan.

Anggapan seperti ini timbul adalah berpunca daripada cara pelajar melihat

matematik. Matematik dilihat sebagai tiada kaitan dengan alam sekitar dan

kehidupan seharian pada sebilangan mereka. Andaian seperti ini yang menyebabkan

perbincangan sama proses pengajaran dan pembelajaran, menjadi sangat kaku. Fakta

yang dibincangkan juga dianggap asing oleh mereka.

Matematik adalah bidang ilmu yang sangat berguna dan merupakan asas

kepada bidang-bidang sains yang lain. Matematik sebenarnya adalah sangat luas dan

digunakan oleh semua masyarakat. Dalam menghadapi cabaran ini, majalah web

‘Dunia Matematik’ diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat

terutama pelajar bahawa matematik ini sebenarnya boleh diteroka dengan lebih

mendalam dengan menggunakan kreativiti. Majalah web ini dapat membantu pelajar

untuk lebih memahami keindahan matematik dan boleh menganggap bidang

matematik ini sebagai satu cabaran melalui proses penerokaan yang dipaparkan.

Kerajaan telah mengambil banyak langkah bagi memperbaiki mutu

pendidikan matematik pada masa kini setelah menyedari permasalahan yang melanda

Page 23: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

4

bidang pendidikan matematik serta kepentingan teknologi dalam bidang pendidikan.

Menurut Mohamad Khatim Hassan (2003), pengintegrasian teknologi terkini dalam

proses pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan dan

memperkembangkan pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat

yang yang melangkaui batasan bilik darjah. Pembudayaan e-pembelajaran dalam

pendidikan matematik merupakan antara langkah penyelesaian yang diambil. E-

pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih

berkesan. (Jaya Koran C. Kumar, 2001). Pelajar mampu mencari bahan dengan daya

usaha dan inisiatif mereka sendiri. Maka pelajar mampu mewujudkan pembelajaran

secara aktif dan meningkatkan kemahiran generik pada diri mereka.

Menurut Marthan (2005) apa-apa sumber yang yang dapat membantu pelajar

untuk berfikir, menganalisis, meningkatkan perasaan ingin tahu, belajar untuk

membuat penerangan dan pembentangan adalah sangat diperlukan. Kriteria utama

yang terdapat pada teknologi, adalah bersesuaian untuk menambah ilmu pengetahuan

pelajar. Justeru para pelajar boleh belajar mengikut rentak mereka sendiri apabila

menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber rujukan dan

bahan pendidikan. Di samping itu, penggunaan projek ini dapat meningkatkan cara

belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan

seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah,

pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya.

Pembelajaran daripada bahan yang dilengkapi dengan elemen multimedia

seperti gambar, animasi dan video yang interaktif dapat menarik minat pelajar. Selain

itu, bahan-bahan bercetak seperti buku dan majalah tidak mampu memberikan

maklumbalas dengan segera. Pelajar juga tidak diberi peluang untuk menilai

kemampuan dan tahap pencapaian mereka sendiri. Pengajaran dan pembelajaran

secara bersua muka atau membaca bahan berbentuk buku atau majalah sahaja adalah

tidak mencukupi untuk kejayaan seseorang pelajar pada masa hadapan (Robet

Heinich, 1999). Elemen-elemen multimedia seperti gambar, animasi dan video inilah

yang sebenarnya mampu menarik minat pelajar. Multimedia pada dasarnya adalah

Page 24: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

5

merangkumi intipati-intipati teks dan animasi yang mana pengguna dapa berinteraksi

dengannya.

1.3 Penyataan Masalah

Pandangan dan mentaliti para pelajar tentang matematik tercemar berikutan

cara ia diajar di sekolah. Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan

peperiksaan dimana pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan

penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh

itu, pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik. Dalam realiti,

matematik merupakan ilmu yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan seharian,

menarik dan menyeronokkan. Pernyataan ini juga disokong oleh Peter Grootenboer

(2004) yang membuat kajian tentang persepsi pelajar tentang pembelajaran

matematik. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan

bantu mengajar. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat menggalakkan pelajar

untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi melahirkan pelajar yang

mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berkemahiran generik yang tinggi, e-

pembelajaran merupakan antara alternatif yang boleh diambil.

Perkembangan e-pembelajaran dalam dunia pendidikan merupakan satu

cabang teknologi maklumat yang mampu memperbaiki masalah-masalah dalam

sistem pendidikan matematik negara dewasa kini. Justeru, diharapkan kewujudan

‘Dunia Matematik’ dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang

komprehensif menjangkau matematik di sekolah di samping memupuk sikap positif

dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.

Page 25: PEMBANGUNAN RUANGAN REKREASI DAN APLIKASI … filepembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dalam majalah web dinamik ’dunia matematik’ arinah binti zaidan

6

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-

i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem

pengurusan kandungan ruangan ‘Aplikasi Matematik dalam Kehidupan

Seharian’.

ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem

pengurusan kandungan ruangan ‘Rekreasi Matematik’.