psv pengujian dan penilaian dalam pendidikan seni visual

Upload: kiu-boon

Post on 01-Jun-2018

347 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    1/15

     

    109OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAMPENDIDIKAN SENI VISUAL

    PENGENALAN

    Setiap insan, menurut fitrah, adalah pengkritik. Setiap kali kita memandang sesuatu hasilseni, secara sedar atau tidak kita akan menilai hasil seni tersebut. Penilaian kita mungkinberdasarkan kecenderungan peribadi untuk menyukai atau membenci, atau secaraperbandingan kita membandingkan dengan hasil karya yang telah kita amati sebelum ini.Pendek kata, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menghakimi sesuatu, begitu juga kita harus menghakimi hasil karya seni pelajar sebagai satu proses yang sihat dalam

    menggalakkan pelajar berkembang dalam dunia kreatif mereka.

    Namun kadangkala guru mempunyai kecenderungan untuk mengelak daripada melakukanpengujian ke atas kerja-kerja pelajar, dengan pandangan bahawa ianya hanya akanmenyekat kreativiti pelajar itu sendiri. Pandangan ini tidak meletakkan pengujian di tempatyang sepatutnya malah mencerminkan ketidakfahaman guru terhadap fungsi dan perananyang dimainkan oleh pengujian.

    Pengujian dan penilaian merupakan proses positif dan satu sumber makluman yang dapatmempamerkan kebolehan dan kemampuan pelajar, bukan sebaliknya. Untuk pelajar,fokus pengujian adalah dalam mempersembahkan pencapaian dan penguasaan pelajardaripada perspektif kemampuan dan keupayaan pelajar. Untuk guru, fokus pengujian

    seharusnya adalah kelemahan pelajar agar dapat guru menjana semula pengajaran didalam meningkat penguasaan pelajar dalam bidang-bidang seni tertentu. Di samping itu,pengujian juga dapat membantu guru dalam merangka program seni yang efektif.

    Pengujian merupakan salah satu aspek penting di dalam pengajaran. Sekiranyadimanipulasikan dengan berkesan, ianya bukan sahaja berfungsi sebagai indikatorpencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, malah memberi maklumbalas tentang keupayaan pelajar dalam memahami sesuatu, dan dapat meningkatkankualiti pengajaran guru itu sendiri.

    Perlu diingat bahawa setiap pengujian perlu dilakukan di atas tujuan yang khusus denganobjektif yang jelas. Malangnya ramai guru pada hari ini mengadakan ujian atau

    peperiksaan kerana kehendak kurikulum dan sukatan mata pelajaran semata-mata, tanpamemahami kepentingan pengujian di dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajarserta mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru.

    Bab ini cuba mengupas definisi serta konsep pengujian, memberi maklumat tentang jenis- jenis pengujian serta mencadangkan bentuk serta cara pengujian yang perlu ada di dalampendidikan seni visual agar dapat difahami oleh guru dengan jelas, seterusnya dapatdiaplikasikan dengan berkesan.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    2/15

     

    110OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

    1. mengetahui prinsip-prinsip asas di dalam pengujian;

    2. memahami jenis-jenis pengujian di dalam pendidikan seni visual; dan

    3. mengenal pasti perbezaan dan konteks yang sesuai untuk mengaplikasikansesuatu pengujian.

    10.1 DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN

     Apakah pengujian dan penilaian merupakan perkara yang sama? Di dalamkonteks apakah kita menguji dan di dalam situasi yang bagaimanakah pulakita menilai?

    Ramai yang terkeliru di antara konsep pengujian (assessment ) dan penilaian (evaluation),dan dua perkataan ini sering digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama. Didalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru selalunyamengaplikasikan pengujian dan jarang sekali melakukan penilaian.

    Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti(evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalanatau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkankeputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihakkementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah ujianbulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yangdiberi markah. Semua ini merupakan bukti kepada keupayaan dan pencapaian pelajarkerana daripada sinilah guru dan pemeriksa dapat membuat kesimpulan akan apa yangtelah pelajar pelajari.

    Penilaian pula merujuk kepada entiti yang berbeza. Penilaian diambil daripada kata dasar

    nilai   seperti mana evaluation  diambil daripada kata dasar value. Daripada sudut definisi,penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai.Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihatsalah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi danoperasi. Contohnya, kita melakukan penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatuprogram, untuk mengenal pasti nilai sesuatu sebelum pelaburan wang atau asetdilakukan, menilai operasi sesebuah organisasi atau menilai pekerja untuk melihat adakahpekerja menjalankan tugas harian mereka mengikut syarat dan cara yang ditetapkan olehsesebuah organisasi.

    Sekiranya ditelusi, satu-satunya bentuk penilaian yang dilakukan di sekolah dalam kontekspembelajaran ialah apabila pihak kementerian, pihak sekolah atau guru itu sendiri inginmelihat keberkesanan pengajaran guru. Di dalam konteks pembelajaran, apabila guru

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    3/15

     

    111OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    ingin melihat keupayaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas, guru akanmengaplikasikan pengujian dan bukan penilaian.

    Latihan 10.1

    1. Sekiranya kita ingin melihat keberkesanan program pendidikan seniyang dianjurkan oleh pihak sekolah, adakah kita menjalankanpengujian atau penilaian?

    2. Di dalam proses apresiasi karya seni seseorang pelajar, adakah kitamenguji atau menilai karya tersebut?

    10.2 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENGUJIAN

    Perlukah guru mempunyai pengetahuan asas di dalam pengujian untukmenjalankan pengujian yang betul dan berkesan?

     Adalah penting untuk guru memahami konsep dan jenis-jenis pengujian agar keputusan

    yang tepat dapat diambil dalam menentukan matlamat dan objektif sesuatu ujian yangdilakukan.

    10.2.1 Pengujian Formal dan Tidak Formal

    Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar itu sendiri, guru perlu juga melakukan pelbagai bentuk pemerhatian yang lain untuk memastikan keberkesananpengajaran yang dilakukan. Salah satu bentuk pemerhatian yang perlu dilakukan olehguru ialah mengenal pasti sama ada pelajar memahami apa yang diajar. Prosespemerhatian ini merupakan satu bentuk pengujian tidak formal. Pengujian tidak formalpenting untuk dilakukan oleh guru dari semasa ke semasa. Antara bentuk pengujian tidakformal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidakverbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawabdalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.Ianya adalah bentuk pengujian yang tidak formal kerana pelajar tidak diberi markah dandilakukan semasa guru menjalankan tugas mengajar. Signifikan pengujian jenis ini adalahdalam memberi maklum balas kepada guru tentang pemahaman pelajar supaya dapatguru gunakan maklumat tersebut untuk membuat modifikasi dalam pengajaran.

    Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khususdiperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikutprosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian,

    melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepadapihak-pihak yang relevan. Contoh pengujian formal ialah ujian atau kuiz bulanan,

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    4/15

     

    112OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    peperiksaan, pembentangan pelajar, portfolio dan apa jua bentuk tugasan yang perludiberi markah.

    Sekiranya diteliti bentuk dan sifat kedua-dua pengujian ini, pengujian formal lebihmemakan masa tetapi ianya menyediakan maklumat pencapaian pelajar di dalam topikatau penguasaan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada pengujian formal selalunyadigunakan oleh pihak sekolah, kementerian dan ibu bapa untuk melihat secara langsungkebolehan pelajar di dalam pembelajaran mereka. Manakala pengujian tidak formal pulamenyediakan maklum balas kepada guru dalam memodifikasi cara pengajaran agar dapatlebih difahami oleh pelajar.

    Latihan 10.2

    1. Bagaimanakah pengujian tidak formal dapat membantu guru

    meningkatkan hubungan pelajar dengan guru?

    2. Bagaimanakah pengujian formal dapat membantu meningkatkankualiti pengajaran guru?

    10.2.2 Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

    Kedua-dua istilah formatif dan sumatif digunakan untuk merujuk kepada masa pengujiantersebut dijalankan. Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yangdijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Contoh pengujian jenis ini

    ialah ujian dan kuiz bulanan, pembentangan pelajar, pengujian tidak formal atau sebarangbentuk pengujian yang dijalankan dalam tahun pembelajaran. Manakala pengujian sumatifpula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahunpembelajaran. Contoh paling jelas ialah peperiksaan akhir. Konsep kedua-dua pengujianini amat mudah untuk difahami, namun untuk penentuan sama ada sesuatu pengujianperlu dilakukan dalam bentuk formatif atau pun sumatif bergantung kepada banyak faktorserta mempunyai implikasi tertentu. Antaranya objektif pengujian, sifat dan bentukpengujian serta kehendak kurikulum.

    Maklumat yang diperolehi daripada kedua-duanya berbeza dan digunakan oleh pihak-pihak yang berbeza. Pengujian formatif menyediakan maklumat yang menguntungkandua pihak: pelajar dan guru. Contohnya, apabila guru menjalankan ujian bulanan, markahyang diperolehi daripada ujian bulanan tersebut merupakan indikator pada guru akantahap pemahaman setiap pelajar. Guru dapat menggunakan maklumat ini untuk melihatsama ada pelajar telah faham akan sesuatu yang diajar atau masih kabur. Sekiranya jawapan yang diberikan di dalam ujian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar masih kaburdengan sesuatu topik, maka guru perlu memperjelaskan semula topik berkenaan. Iniseterusnya menguntungkan pelajar itu sendiri kerana apa yang tidak difahami kini dapatditeliti dengan jelas. Guru juga boleh menyediakan maklumat yang diterima daripadapengujian ini untuk melaporkan prestasi perkembangan pelajar kepada ibu bapa. Gurudapat menyediakan informasi tentang topik yang mendapat penguasaan yang baik olehpelajar dan juga topik atau kemahiran yang perlu diperbaiki. Oleh itu dapatlah dirumuskanbahawa pengujian formatif sebenarnya menyediakan maklumat diagnostik tentang

    pemahaman setiap pelajar. Oleh kerana ianya dijalankan sepanjang tahun pembelajaran,

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    5/15

     

    113OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    ianya memberi ruang kepada guru untuk menghuraikan konsep yang tidak jelas ataumembuat modifikasi dalam cara pengajaran sebelum peperiksaan akhir.

    Pengujian sumatif pula menyediakan maklumat kepada dua pihak utama, namun carasetiap pihak mengguna dan menterjemah maklumat ini adalah berbeza. Dua pihak utamaini merujuk kepada pihak sekolah dan kementerian; serta pihak pelajar dan ibu bapa.Pada dasarnya, pengujian sumatif memberi maklumat tentang penguasaan ataupencapaian pelajar secara menyeluruh di dalam sesuatu subjek, kemahiran atau bidang.Kita hanya tahu sama ada seseorang pelajar itu telah menguasai sesuatu subjek,kemahiran atau bidang dengan baik atau tidak; tetapi kita tidak tahu secara spesifikbahagian manakah di dalam subjek, kemahiran atau bidang tersebut yang dapat dikuasaidengan baik atau masih perlu diperbaiki. Pihak sekolah dan kementerian akan melihatpencapaian seluruh pelajar secara holistik di peringkat sekolah, negeri ataupun nasionalagar laporan dan statistik dapat dibuat bagi tujuan analisa status pencapaian sesuatumata pelajaran, perbandingan pencapaian dengan tahun-tahun sebelumnya atau daerah

    dan negeri yang lain, dan juga untuk melihat kepada perlunya modifikasi atau pembaikandilakukan pada sukatan mata pelajaran, kurikulum dan lain-lain. Pelajar dan ibu bapa pulamempunyai fokus yang lebih peribadi di dalam menggunakan maklumat yang diperolehidaripada pengujian sumatif. Ianya menyediakan maklumat tentang pencapaian seseorangpelajar secara keseluruhan dan keupayaan pelajar dalam menguasai subjek, bidang ataukemahiran tertentu sepanjang tahun.

    Latihan 10.3

    1. Kenapa pengujian berbentuk sumatif tidak memberikan kesanlangsung terhadap proses pengajaran di dalam kelas?

    2. Kenapakah pihak sekolah dan kementerian lebih berminat terhadapmaklumat pencapaian keseluruhan pelajar dan bukannya maklumatpencapaian seseorang pelajar?

    10.2.3 Rujukan Norma (Norm-referenced ) dan Rujukan Kriteria (Criterion- referenced )

    Walaupun secara amnya kedua-dua istilah ini merujuk kepada cara keputusan sesuatupengujian dilaporkan, penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu diadakan di dalambentuk rujukan kriteria atau rujukan norma bergantung kepada fokus pengujian itu sendiri.

    Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusunpencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain,para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka. Pelajar yang mendapatmarkah tertinggi akan diberikan nombor satu, yang kedua tertinggi akan diberikan nombordua, begitulah seterusnya dan pelajar mendapat markah terendah akan mendapat nomborpaling akhir di dalam kelas. Kaedah ini digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolahdan sekolah rendah.

    Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar

    berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan. Bentuk rujukan seperti inidiaplikasikan dengan meluas terutamanya untuk pengajian di peringkat menengah dan

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    6/15

     

    114OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    tertiari, pengujian berskala besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SijilPelajaran Malaysia (SPM) serta pengujian di peringkat organisasi dan syarikat. Semasadiuji, kriteria-kriteria yang perlu diuji telah digariskan terlebih dahulu dan setiap satu kriteria

    mewakili markah tertentu.

    Rujukan norma digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendahkerana konsepnya yang mudah difahami oleh para pelajar. Ianya memberi nilai saingkepada para pelajar untuk berlumba mendapatkan tempat tertinggi di dalam kelas.Secara tidak langsung, laporan cara ini mempunyai elemen motivasi. Namun ianya tidakbanyak memberi maklumat kepada guru. Dengan menggunakan kriteria norma, guruhanya tahu kedudukan setiap pelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang lain,contohnya siapa yang mendapat tempat tertinggi di kelas dan siapa yang paling rendah.Guru hanya tahu bahawa pelajar A mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbandingpelajar B, tetapi guru tidak ada maklumat spesifik tentang kebolehan pelajar A.

    Rujukan kriteria memberi maklumat tentang kemampuan individu pelajar berdasarkankriteria-kriteria yang diuji. Contohnya, dalam penghasilan kolaj, guru telah menyenaraikantiga kriteria utama yang akan diuji iaitu tema, penggunaan bahan dan gabungan warna.Setiap satu kriteria diberi markah yang berasingan dan markah ketiga-tiga kriteriakemudiannya akan digabungkan. Dengan ini guru dapat melihat kemampuan pelajar untuksetiap kriteria. Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskanpengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.

    Untuk itu di dalam membuat keputusan sama ada sesuatu bentuk pengujian di dalamkelas perlu mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria bergantung kepada objektif serta jenis maklumat yang ingin diperolehi oleh guru.

    Di peringkat organisasi, rujukan norma amat jarang digunakan danselalunya hanya digunakan apabila ingin membuat pemilihan. Contohnyadi dalam proses pengambilan pekerja. Rujukan norma membolehkancalon-calon disusun mengikut pengalaman dan kelayakan mereka danmemudahkan syarikat memilih calon-calon yang disenaraikan paling atas.

    Bagaimanakah rujukan norma dapat menambah nilai saing di kalanganpara pelajar?

    Pada pendapat anda, kenapakah pengujian berskala besar seperti PMRdan SPM menggunakan rujukan kriteria dan bukan rujukan norma?

    10.2.4 Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik

    Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatupengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai diMalaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif danboleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudahmahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik

    analitikal dan rubrik holistik.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    7/15

     

    115OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untukpengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampumenyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin

    diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara iniguru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik danbidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.

    Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar,namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itusendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yangperlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujianformatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalamproses pemberian markah.

    Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja

    berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualitiyang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.

    Jadual 10.1: Contoh Rubrik Analitikal dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

    SUMBANGANIDEA

    5 Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dansemasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalamkumpulan.

    3 Kadangkala memberi idea yang bernas di dalam kumpulan dansemasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yangdiberikan.

    1 Jarang menyumbangkan idea yang bernas dan lebih banyak

    berdiam diri semasa perbincangan.

    KUALITIKERJA

    5 Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikalyang tinggi.

    3 Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahappemikiran kritikal.

    1 Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikirsecara kritikal.

    KERJASAMA

    BERKUMPULAN

    5 Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikankemahiran mendengar, memberi maklum balas dan berkongsimaklumat.

    3 Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripadamemberi komen atau berkongsi maklumat.1 Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

    Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepadapencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatifdiadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnostikdaripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh iturubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruhtentang pencapaian pelajar.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    8/15

     

    116OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    Halaman seterusnya memaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerjaberkumpulan. Perhatikan bahawa elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh(holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan

    kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markahyang telah ditetapkan.

    Jadual 10.2 : Contoh Rubrik Holistik dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

    CEMERLANG21 – 30 markah

    Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas danpelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijakdalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikankemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsimaklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik sertamempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

    BAIK11 – 20 markah

    Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yangbernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalammenjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perludiperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikaldi dalam hasil kerja.

    LEMAH0 – 10 markah

    Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernasdan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasamadengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarangaplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

    Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahajaditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif.Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, sepertikekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingindiperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.  

    Latihan 10.4

    1. Zura merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan ujianbulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang diajarnya dan setiapkelas mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar. Apakah jenis rubrikyang wajar digunakan oleh Zura?

    10.2.5 Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif

    Satu lagi konsep yang perlu difahami oleh guru adalah jenis-jenis pengujian tradisionaldan bezanya dengan pengujian alternatif.

    Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkanpenggunaan pen dan kertas. Ianya dinamakan pengujian tradisional kerana ianyamerupakan jenis pengujian tertua. Namun, fokus pengujian telah lama berubah dan

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    9/15

     

    117OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    pengujian tradisional selalunya digunakan apabila ianya melibatkan pengujian skala besarseperti PMR dan SPM kerana ianya dapat dijalankan melibatkan calon yang ramai danmenjimatkan kos.

    Di dalam konteks pendidikan seni visual, kebanyakan pengujian yang dijalankan adalahberbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialahportfolio, buku kerja kajian (research workbook ) dan juga pengujian berasaskan prestasi( performance-based assessment ) seperti kerja kumpulan, demonstrasi danpembentangan pelajar.

    Kenapakah pengujian alternatif lebih relevan dengan bidang pendidikanseni visual?

    10.3 KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAMPEMBELAJARAN SENI VISUAL

    Walaupun kadangkala ujian atau kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dankertas), bentuk dan kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan gurumemberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatifmemberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang

    kompleks dan komplikated.

    Di dalam hal ini, Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujianalternatif.

    1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidangseni visual.

    2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihatdaripada fragmen-fragmen yang berbeza.

    3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaianyang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.

    4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.

    5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.

    6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasilkarya mereka di hadapan umum.

    Ciri-ciri pengujian alternatif ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikanseni visual. Tambahan pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya ditelitimempunyai sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakandi dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa jenis

    pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    10/15

     

    118OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    10.3.1 Pemerhatian

    Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun

    pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk pengujianformal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar berserta tempoh masayang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan pemerhatian hendaklahdilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara aktiviti yang sesuai dengan bentukpengujian seperti ini termasuklah aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dantugasan-tugasan lain yang melibatkan proses.

    10.3.2 Temuramah

    Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan oleh guru di dalam persekitaranformal mahupun tidak formal. Temuramah dapat membantu guru dalam memahami

    masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahamanpelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diripelajar. Di dalam konteks ini, temuramah diaplikasikan sebagai medium pengujian tidakformal. Dalam bentuk yang lebih formal, temuramah boleh digunakan sebagai mediumuntuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujianbertulis mungkin membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulisini boleh digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa jika dibandingkan dengan ujian bertulis.

    10.3.3 Perbincangan

    Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar mengenai sesuatuperkara. Kadangkala, perbincangan memberikan suasana yang lebih menarik daripadatemuramah kerana gayanya yang lebih santai. Perbincangan boleh melibatkansekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji. Antara aktiviti yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminatuntuk mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatukarya seni.

    10.3.4 Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based Assessment )

    Terdapat pelbagai bentuk pengujian yang dapat diklasifikasikan sebagai pengujianberasaskan persembahan. Secara amnya, ia merujuk kepada pengujian yang memerlukanpelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.

    10.3.5 Maklum Balas

    Borang maklum balas atau questionnaire  boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujianbertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup (close-ended ) yangmemudahkan proses pelajar dalam memberi maklum balas. Antara contoh penggunaanmaklum balas termasuklah melihat pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri seni binamengikut budaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan mengikut budaya ini.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    11/15

     

    119OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    10.3.6 Portfolio

    Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya

    dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaanportfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensidan juga perancangan yang teliti, kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa darisemasa ke semasa, disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikan. Pelajar jugaperlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akanbahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerjamereka akan dinilai.

    10.4 PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAMPENDIDIKAN SENI

    Pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Seperti juga mata pelajaran yanglain, banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelajar di dalam menguasai pengetahuandan sesuatu kemahiran di dalam bidang seni. Pengujian yang berkesan bukan sahajamenjadi indikator kepada pencapaian dan penguasaan pelajar, malah boleh merungkaidan menjawab banyak persoalan yang seterusnya dapat membantu guru meningkatkankualiti pengajaran mereka. Berikut adalah beberapa persoalan yang boleh dijawabsekiranya guru berjaya menjalankan pengujian secara berkesan.

    1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalamkelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanak-kanak?

    2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak didalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secaraindividu?

    3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapatdikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkandengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap dirimereka sendiri?

    4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yangtepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?

    5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dankelemahan pelajar dalam seni? Bagaimanakah guru dapat menghebahkan denganrelevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibubapa?

    10.5 PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK

    Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang danditeliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang

    sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasapengujian. Hurwitz dan Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    12/15

     

    120OUM

    TOPIK 10PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentukpengujian di dalam kelas.

    1. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek yang lain.Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkanterlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsepvaliditi (validity ) yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakanpengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripadaukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.

    2. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepadaapa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting,luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual.Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianyamungkin agak sukar untuk dinilai.

    3. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dikagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberiruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang merekaada. Dalam erti kata lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslahmengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh gurubukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yangmengagumkan pula seharusnya diberi ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain.

    4. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahirankhusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuanpelajar di dalam mencampur warna, menghasilkan warna berlainan daripada warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnyadiuji, dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiranteknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

    10.6 PENGUJIAN DI DALAM KRITIKAN SENI

    Pelajar di dalam program seni yang komprehensif dan seimbang bukan sahajamempelajari seni dengan mendalam, malah akan berinteraksi dengan pelbagai hasil seni

    dan seterusnya bereaksi melalui perbincangan ataupun penulisan berkenaan hasil senitersebut. Pelajar juga akan mempelajari berbagai-bagai pendekatan kepada kritikan senitermasuk empat fasa utama di dalam kritikan seni iaitu fasa deskripsi, analisa, interpretasidan kecenderungan.

    Pelbagai aspek boleh diuji di dalam melihat kemahiran pemikiran kritikal pelajar di dalamkritikan seni. Contohnya, melihat kritikan pelajar tentang bagaimana artis mengawal danmemanipulasi media untuk mencapai hasil dan makna yang diingini, melihat bagaimanapelajar mengaplikasikan konsep keseimbangan visual dan penegasan di dalam deskripsidan analisa hasil karya. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk menguji aktiviti-aktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan kandungan dan disiplin seni.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    13/15

     

    121OUM

    TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    10.7 PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI

    Kebanyakan teknik pengajaran sejarah seni boleh dilakukan dengan berkesan melalui

    mode visual daripada verbal, dengan memaparkan imej kerja seni dan bentuk-bentuk senidalam pelbagai era dan budaya. Topik-topik di dalam sejarah seni boleh dikaitkan secaralangsung dengan minat kanak-kanak, kerana kebanyakan tema pengalaman manusiaboleh didapati dalam bentuk visual. Gambar, slaid, video, majalah dan buku banyakmenyediakan bahan dan visual tentang seni.

    Oleh itu sebarang bentuk pengujian perlu menepati aspirasi guru di dalam pengajaran.Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina,pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu. Sebagai contoh, pelajar bolehdidedahkan kepada satu siri slaid yang berkaitan dengan hasil karya daripada pelbagaibudaya dan mereka dikehendaki meneka secara spesifik hasil karya dari China.Sekiranya pelajar gagal meneka dengan tepat, guru perlu mengkaji semulapengajarannya. Sekiranya pengajaran seseorang guru itu jelas tentang maklumat spesifikyang ingin ditonjolkan, oleh itu pengujian boleh dilakukan dengan hanya ujian objektif.Namun, sekiranya sejarah seni diajar untuk membantu kanak-kanak memahami danmenghargai sumbangan budaya lain dan seni mengikut peredaran masa, pengujian yangdijalankan perlulah memenuhi objektif tadi.

    10.8 PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI

    Seni mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aspek kreativiti dan nilai-nilai estetika.Seperti seni, aspek estetika juga bersifat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan secara

    khusus. Namun ahli-ahli estetika mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukanseni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspek-aspek estetika.

    Pertanyaan estetika selalunya diintegrasikan di dalam aktiviti pembelajaran danmelibatkan disiplin seni yang lain. Pengujian pencapaian pelajar di dalam aspek estetikaselalunya bergantung kepada objektif dan strategi pengajaran. Sesetengah strategipengujian mungkin memberi fokus kepada bahasa yang digunakan oleh kanak-kanaksemasa mereka membaca, berbincang, dan menulis tentang soalan asas yangmempunyai hubung kait dengan nilai estetika.

    RUMUSAN

    Topik ini mengupas aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh seseorang guru senivisual. Adalah penting kepada guru untuk dapat membezakan pengertian pengujian danpenilaian untuk mengelakkan salah faham. Guru juga didedahkan dengan konsep-konsepasas pengujian di sekolah yang perlu ada di dalam apa jua pengujian yang dijalankan.Pengetahuan tentang konsep-konsep ini membantu guru dalam menimbangkan ciri-ciripengujian yang bersesuaian yang bakal dijalankan di sekolah kelak. Selain daripada itu,pemahaman tentang pengujian diperluaskan melalui jenis-jenis pengujian alternatif yangada yang begitu sinonim dengan bidang pendidikan seni visual. Guru juga diberikangambaran ringkas tentang pengujian kanak-kanak dalam aspek kemajuan, kreativiti,

    kritikan seni, sejarah seni serta aspek estetika dalam seni.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    14/15

     

    122OUM

    HBAE1203JAWAPAN LATIHAN

    TOPIK 3: BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENI REKA)

    Latihan 3.1

    1.

      Garisan

      Rupa

      Bentuk

      Jalinan

    2. Warna yang menimbulkan kesan kontra, percanggahan dan pergerakan dikenalisebagai warna penggenap di mana ianya bertentangan dengan pasangan warnadalam roda warna.

    Latihan 3.2

    1. Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap 

      mengawal hakisan tanah

      memberi perlindungan dan teduhan

      meredakan iklim

      mengawal pencemaran alam

      menjadi tirai dan dinding

      mengarah pergerakan atau petunjuk arah

      Imbangan ekologi dan kehidupan fauna

    Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap

      membentuk ruang

      merangka pemandangan

      melembutkan

      mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi

      menjadi penyatu pelbagai elemen

    Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap 

      Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampumenyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedahkepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan

    pelancongan.

    2. Tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah sertamemberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan,pendidikan dan pelancongan.

  • 8/9/2019 PSV Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

    15/15

     

    123OUM

    HBAE1203 JAWAPAN LATIHAN

    TOPIK 4: MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

    Latihan 4.1

    1. Bagaimanakah teknik imitasi gambar foto berkemampuan untuk menajamkan dayaingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?

      Teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepadakanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupunkanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan merekaterhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapatmenajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yangserupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkanketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek

    alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

    Latihan 4.2

    1. Kenapakah guru digalakkan memberi penerangan semasa tayangan videoditayangkan kepada para pelajar?

      Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahanatau benda, jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebutbolehlah ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau,dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat

    penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawabuntuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar.