tugasan psv 3107 semester 5

32
1 PEDAGOGI PSV KBSR (PSV3107) IPG KAMPUS IPOH ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGAKUAN 2 2 BIODATA 3 3 PENGHARGAAN 4 4 PENGENALAN 5 OBJEKTIF TUGASAN 6 BATASAN KAJIAN 6 5 TAPAK PEMBELAJARAN 7 8 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8 – 12 9 REFLEKSI 13 - 14

Upload: yusri-zainol-abidin

Post on 25-Nov-2015

204 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Tugasan PSV 3107 Semester 5

TRANSCRIPT

PEDAGOGI PSV KBSR (PSV3107) IPG KAMPUS IPOH1

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1PENGAKUAN

2

2BIODATA

3

3PENGHARGAAN

4

4PENGENALAN

5

OBJEKTIF TUGASAN

6

BATASAN KAJIAN6

5TAPAK PEMBELAJARAN

7

8RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

8 12

9REFLEKSI

13 - 14

PENGAKUAN

Saya akui disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

..............................................YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN671009-02-5675

30 Mac 2014

Nama : YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN

Nombor Kad Pengenalan : 671009025675

Nombor Telefon : 0195433334

E-Mail : [email protected]

Program : PPG

Kohort : 2 Ambilan Februari 2012

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (PSV3107) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini amat membantu saya untuk memahami pedagogi dalam pendidikan seni visual secara lebih mendalam dan efektif yang amat membantu saya untuk dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Tuan Haji Razid bin Abdul Karim kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya . Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan moral serta rakan-rakan seperjuangan kerana telah menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amat dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua tugasan ini tidak dapat dilaksnakan dengan sempurnanya.

Sekian , terima kasih.

..............................................YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN671009-02-567530 Mac 2014

1.0 PENGENALAN

PENDEKATAN,KAEDAH,TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PSV

1.1 PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah:1) Daripada konkrit kepada abstrak2) Daripada mudah kepada kompleks3)Daripada keseluruhan kepada bahagian4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)5) Daripada spesifik kepada umum (induktif)6) Daripada diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ; Pendekatan pengajaran berpusatkan guru Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

1.1.1 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Guru Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

1.1.2 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.

1.1.3 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Bahan Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

1.2 KAEDAH

Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam diri seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya meliputi ;

Kaedah terus Kaedah semulajadi Kaedah ajuk-hafaz Kaedah linguistik Kaedah oral-aural Kaedah terjemahan Kaedah psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu ; Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

1.3 TEKNIK

Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah ; Teknik perbincangan Teknik brainstorming Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik bercerita Teknik tunjuk cara Teknik penyelesaian masalah Teknik latih tubi Teknik permainan bahasa

1.3.1 Teknik perbincangan

Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

1.3.2 Teknik Brainstorming

Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.

1.3.3 Teknik Soal Jawab Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

1.3.4 Tenik Main Peranan Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.1.3.5 Teknik Bercerita

Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

1.3.6 Teknik Tunjuk Cara

Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

1.3.7 Teknik Penyelesaian Masalah Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

1.3.8 Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.

1.3.9 Teknik Permainan Bahasa

Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

1.4 STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

S SPECIFICM MEASURABLEA ATTAINABLER REALISTICT TIMELY

1.4.1 Specific

Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai matlamat yang spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang profesional akan menyediakan bahan bantuan mengajar dengan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada tajuk asal yang selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

1.4.2 Measurable

Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut tahap. Guru perlu mengetahui bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar tersebut supaya pembelajaran tersebut dapat difahami oleh mereka.

1.4.3 Attainable

Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui pendekatan ,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh guru haruslah dapat dicapai pelajar spaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara guru dan pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat mencapai pelajaran yang diajar.

1.4.4 Realistic

Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak terus lompat subjek lain tanpa mengetahui asasnya.

1.4.5 Timely Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.

1.5 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

2.0 PERBANDINGAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL .ASPEK PERBANDNGAN

DISCIPLINE BASED ART EDUCATIONPENDEKATAN LAURA H.CHAPMAN

Pengasas Elliot Eisner Laura H Chapman

Sejarah Discipline Base of Art Education (DBAE) terbentuk melalui gerakan reformasi kurikulum pada tahun 1950-an dan 1960-anLaura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun.

Kandungan Disiplin Sejarah Seni Memusatkan pembelajaran mengenai artis dan sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni

Disiplin Kritikan Seni Menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa, interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni

Disiplin Estetik Seni Membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.

Penghasilan Karya atau Produk.Memerlukan pendidik menegaskan tentang penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti sebagai langkah penghasilan karyaProses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik.Proses artistik yang terkandung :

(a) tidak bersifat statik,(b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang.

Objektif Membentuk individu yang seimbang dan bersepadu serta untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat -empat disiplin.

Supaya guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.

KaedahKaedah pengamatan dan pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni. Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan terhadap semua aspek-Kaedah penjanaan idea-Pengolahan dan pemurnian -Kemahiran menggunakan bahan

Pendekatan Pembacaan, penulisan, komentar yang sering

diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik seni, artis,

pemerhati seni, budayawan dan sejarawan(a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran

(b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi

(c) Aliran dan tema sejagat (d) Keperluan dan pengalaman hidup harian

Tempoh pelaksanaan Mengambil kira faktor sebelum berlakunya pembelajaran Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar

Rajah 1 : Grafik Perbandingan DBAE & Laura Chapman

2. 1 KUPASAN PENDEKATAN DBAE DAN LAURA CHAPMAN

2.1.1 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni

i. Produk SeniMurid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii. Sejarah SeniMurid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni. iii. Kritikan SeniMurid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.

iv. EstetikaMurid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

2.1.2 Pendekatan Laura Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:(i)Pemerhatian(ii) Penerokaan(iii) Penghasilan (pembuatan)(iv) Apresiasi dan perlanjutan

i-Pemerhatian yang aktifAspek ini melibatkansensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderongan dan latar belakang murid bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahanAspek ini melibatkanpenerokaandanpenghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid sendiri, uji menguji mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik tatacara, langkah dan proses membuat amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii ApresiasiAspek ini melibatkanpenyataandan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya perasaan, penghargaan dan refleksi diri penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

3.0 Kelebihan Pendekatan Laura ChapmanKelebihan dalam konteks ini membawa maksud yang merujuk kepada implikasi atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan pendekatan Laura Chapman dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual. Antara kelebihan adalah seperti berikut:

3.0.1 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P&PPengintegrasian merangkumi penggabungjalinan kamahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan. Melalui pendekatan ini, pengintegrasian dapat diwujudkan. Penggabungjalinan bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan pendekatan ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai kemahiran bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran melukis dengan cara bersepadu.Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, guru mengarahkan murid membuat pemerhatian tentang seekor semut dan seterusnya membuat penghasilannya. Hal ini melibatkan pengetahuan mata pelajaran sains murid tentang stuktur badan dan sifat semut. Oleh itu, jelaslah kita dapat melihat bahawa pendekatan Laura Chapman ini membolehkan pengintegrasian berlaku. 3.0.2 Penerapan Nilai Murni Sentiasa BerlakuDalam pendekatan Laura Chapman, kebanyakan aktiviti pendidikan seni tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama misalnya aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang dirancang berdasarkan empat aspek pendekatan ini seperti aktiviti penerokaan, aktiviti penghasilan dan aktiviti apresiasi, kebanyakannya dijalankan dalam kumpulan. Hal ini kerana murid sekolah rendah suka meneroka sesuatu atau membuat sesuatu kerja dalam satu kumpulan bersama-sama dengan rakannya. Aktiviti sebegini menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Dalam aktiviti-aktiviti tersebut, murid-murid ini dikehendaki saling hormat-menghormati dan bersikap toleransi agar pergaduhan serta perselisihan tidak berlaku. Justeru, hal ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka. 3.0.3 Sesuai Dengan Sifat Semulajadi Kanak-Kanak Bermain adalah tugas utama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai sifat semulajadi seperti suka bermain, ingin tahu dan ingin mencuba. Pendekatan Laura Chapman selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak ini. Aktiviti penerokaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran serta membuat percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Sebagai contoh, aktiviti menerokai jalinan sentuh dan jalinan tampak yang ada di sekeliling mereka dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka diberi kebebasan untuk bergerak. Berbanding dengan pendekatan yang lain, mereka dikehendaki berduduk diam pada kerusinya sahaja dan setiap pergerakan mereka adalah terhad. Oleh itu, pendekatan Laura Chapman ini adalah sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak.3.0.4 Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlanganDalam proses penghasilan dan apresiasi, pelajar dapat menikmati perasaan kejayaan secara langsung. Kejayaan dan kecemerlangan adalah sesuatu yang diharapkan oleh seseorang murid, sama ada dalam kalangan mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya. Apabila murid menghasilkan sesuatu hasil seni dengan bersungguh-sungguh, mereka akan bangga dengan hasilan mereka walaupun ia kelihatan biasa. Proses apresiasi membolehkan murid menyatakan perasaan serta pendapat mereka. Ia juga merupakan satu proses hasilan murid dihargai dan hal ini dapat menimbulkan kelayaan pada murid. Kejayaan dan kecermerlangan ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar serta memotivasikan mereka. Oleh kerana pendekatan Laura Chapman ada proses apresiasi, maka ia dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan murid.

4.0 Kelebihan DBAE

Discipline-Based Arts Education (DBAE). Pendidikan Seni Berasaskan Displin adalah satu pendekatan yang dibangunkan oleh Pusat Pendidikan seni Getty (The Getty Center for Education in the Arts). Rangka kerja DBAE memastikan semua pelajar menerima satu kajian yang rapi dalam menangani persoalan pembelajaran pendidikan seni visual. Ia juga melibatkan integrasi seni visual dalam kurikulum. Justeru itu kurikulum pendidikan seni visual sewajarnya menggunakan DBAE sebagai landasan utama dalam pembinaan. Model ini telah dibuktikan melalui penyelidikan yang dibuat oleh tokoh-tokoh pendidikan seni visual dan mereka mencadangkan perlu dipertimbangkan secara serius oleh guru seni visual.

DBAE juga boleh digunakan oleh guru-guru bidang lain yang menyerapkan seni dalam pengajaran. Misalnya guru-guru yang mengajar sejarah boleh menggunakan karya-karya seni yang terkenal. Seorang guru matematik boleh mengajar geometri menggunakan pecahan berkadar yang ditemui di Renaisans. Ia satu langkah bijak untuk guru-guru untuk menggunakan DBAE kerana ia disampai kepada pelajar berorientasikan visual. Oleh yang demikian Guru PSV boleh bekerjasama untuk menyokong kurikulum yang diajar oleh guru-guru lain.Koponen DBAE ialah :

Produk seni Sejarah Seni Kritikan Seni Estetik

4.0.1 Produk seni

Produk seni melibatkan proses pemikiran imaginatif dan kritikal. Misalnya pelajar kinestetik juga dirangsang agar mereka memanipulasi alat seni dan tangan mereka. Produk seni boleh memimpin guru melalui tahap pemikiran dan penghayatan persekitaran kita yang lebih tinggi. Sebenarnya produk seni sekarang boleh didapati di mana-mana sahaja. Di sepanjang jalan raya, gaya hidup di dalam sebuah rumah dan segala-galanya adalah produk seni sama ada digunakan sebagai hiasan atau gunaan.

4.0.2 Sejarah seni

Sumbangan Pengkarya atau pencipta/pelukis dan seni visual telah menampilkan suatu evolusi dalam masyarakat dan budaya. Melalui kajian sejarah seni, kita mula memahami minda seniman besar dan bagaimana mereka bertindak balas kepada peristiwa-peristiwa dan budaya masa mereka. Kita boleh lihat bagaimana pelukis-pelukis telah dipengaruhi oleh gaya seni yang lain dan perubahan sosial. Melalui sejarah seni, kita dapat melihat ke dalam kesan gambaran sejarah silam. Sejarah seni kerja tangan-tangan dengan kajian sosial kerana ia membantu kita mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah melalui kaca mata seorang pelukis. Sejarah seni menimbulkan soalan mengapa ia diciptakan. Bagaimana ia digunakan? Apakah maksud?

4.0.3 Kritikan seni

Menjurus pada tafsiran dan keputusan yang kritikal terhadap karya-karya seni visual. Kritikan seni dapat membeza pendapat dari individu ke individu yang lain. Misalnya Seseorang mungkin suka kepada lukisan abstrak, sementara yang satu lagi hanya suka pada realisme. Kritikan hanya bercakap tentang seni visual. Secara langsung melalui kritikan seni audian (pengemar) akan cuba untuk "masuk ke dalam dirinya tentang karya" pelukis. Mereka bertanya diri sendiri, "Apa yang pelukis cuba katakan?" Para audian juga melihat dalam diri mereka dan bertanya mengapa mereka suka atau tidak suka tentang karya seni. Kritikan seni melibatkan tahap pemikiran yang lebih tinggi dan menggunakan beberapa teknik misalnya boleh menggunakan disiplin yang dikemuakan oleh Edmund Feldman atau lebih mudah menggunakanTaksonomi Bloom. Kritikan seni boleh lisan dan bertulis; bertulis memujuk dan tafsiran makna.

4.0.4 Estetika

Semua kita akan bertindak balas secara emosi dengan karya-karya seni visual. Seni boleh menjejaskan kita dan menjadikan kita berasa emosi. Nilai-nilai kita dan idea kecantikan mempengaruhi apa yang kita fikirkan tentang seni visual. Apabila kita meletakkan perasaan kita tentang seni visual kepada perkataan-perkataan, ia akan menjadi sebagai kritikan seni. Estetika juga membantu pelajar melihat apa jenis seni dan reka bentuk yang diperlukan oleh kebanyakan orang. Persoalan ini amat berguna kepada pelajar-pelajar apabila menghias rumah masing-masing dan juga berpakaian. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga digunakan dengan gaya estetik. Perbincangan seperti "Terangkan mengapa anda rasa begitu," atau "Bagaimana anda datang membuat kesimpulan itu?" mungkin timbul. Satu aspek yang penting dalam pengajaran ialahPentaksiran atau penilaian. Penilaian adalah juga merupakan komponen penting untuk DBAE. Portfolio adalah cara yang sangat berkesan untuk menilai kemajuan pelajar. Apabila mewujudkan portfolio, pelajar dan guru perlu bekerjasama dengan menetapkan objektif dan kriteria. Pada ketika yang ditetapkan, pelajar dapat menggambarkan apa yang diperoleh untuk menghasilkan produk/ karya pada setiap fasa koleksi dan mengkritik seni mereka sendiri. Melalui kerja-kerja portfolio guru dapat melihat perkembangan gaya penampilan pelajarnya dan mudah untuk memberi penilaian hasil karya. Untuk membuat adil, seorang guru seni perlu mewujudkan rubrik sebelum membuat keputusan.

Rumusan

Sebagai sebuah wadah untuk menjana ilmu, pendidikan seni khusus dalam aspek yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran ia mampu manyediakan ruang untuk meningkatkan kualiti insan . Lansing (1972) berpendapat bahawa menerusi pelajaran pendidikan seni ketiga-tiga domain pelajar perlu dipenuhi, iaitu domain kognitif , afektif dan psikomotor. Pelajaran ini perlu memberikan ilmu yang berkaitan dengan prosedur, ilmu sejarah seni, ilmu tentang estetika ilmu tentang gubahan dan ilmu yang berkaitan dengan seni dalam kehidupan. Sementara dalam domain afektif pula perlu membangunkan nilai dan peribadi insan yang menyentuh aspek-aspek pengukuhan keyakinan diri di kalangan pelajar. Di samping itu pelajar perlu diberi latihan untuk meningkatkan kemahirannya psikomotor dalam penggunaan peralatan dan bahan. Sementara Laura Chapman (1978 ) dan Efland (1977) pula mencadangkan pelajaran pendidikan seni harus boleh memberi latihan kepada pelajar untuk membuat pernyataan seni dan bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan individu sebagai seorang penggiat atau sebagai seorang peminat seni , peka kepada warisan seni yang ditinggalkan dan berupaya melihat hubungan dan peranan seni dalam masyarakatnya . Hasil daripada kajian sekumpulan pakar pendidikan seni yang dibantu oleh Yayasan Gatty kurikulum pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) telah diperkenalkan . DBAE menekankan kepada empat disiplin ilmu iatu disiplin yang berkaitan sejarah seni, estetika, kritikan dan menghasilkan produk seni. Keempat-empat disiplin itu diajar secara bersepadu. Kedua-dua pendekatan membawa impak dan kelebihan yang tersendiri terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visul, pokok pangkalnya terletak dan terpulang kepada guru pendidikan seni visual sendiri untuk meggunakan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan pesekitaran dan jenis murid yang guru hadapi.

Bibliografi

1. Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc.

2. Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

3. Mok Soon Sang. (2009). Modul PSV 3104, Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur : BPG, Sektor Pembangunan Professionlisme Keguruan.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dunia Seni Visual, KSSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

5. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum