psikomotor dalam khsr
DESCRIPTION
nota mengenai psikomotor dalam KHSRTRANSCRIPT
PENULISAN BIDANG PSIKOMOTOR DALAM KHSR
Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam
pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar
di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi
mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,
pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani
paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang
menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi
(mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani
untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali
kedua-duanya boleh ditukar guna.
Taksonomi Bloom
Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang,
yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom,
pengajaran boleh terbahagi kepada:
Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan
sukan.
Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam
keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini
selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar
menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor);
bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk
belajar menulis(bidang afektif).
Topik dalam pedagogi
Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh
dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu:
Perkaedahan pengajaran
Teori pembelajaran dan pengajaran
Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini sebelum
menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkara-
perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah,
Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.
PENGENALAN
Secara am , mata pelajaran KH dan pelajaran lain adalah tidak jauh beza dari aspek/domain pembelajaran iaitu :
kognitif,
Psikomotor,
afektif.
DEFINISI PSIKOMOTOR
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti :
- kemahiran hidup,
-pendidikan jasmani,
-Seni Visual,
-Seni Tari.
KOGNITIF:
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
Cth :
- pelajar lebih banyak menggunakan kemahiran
berfikir di dalam aktiviti pembelajaran.
AFEKTIF
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
Cth :
- murid mempunyai minat dan motivasi sendiri untuk
belajar.
KAITAN DI ANTARA 3 BIDANG TERSEBUT
Di dalam keadaan pembelajaran semulajadi, ketiga-tiga bidang tersebut akan saling berkaitan diantara satu sama lain.
( Psikomotor Kognitif Afektif )
( Rujukan : Taksonomi Bloom )
DOMAIN PSIKOMOTOR
Di dalam bidang Kemahiran Hidup, penggunaan psikomotor lebih kepada :
- memanipulasi alatan kerja,
-melakukan amali,
- mematuhi langkah-langkah keselamatan di dalam
P&P.
KEPENTINGAN PSIKOMOTOR DALAM KHSR
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik
TUJUAN
untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.
SELAIN ITU,
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini.
JADI
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah ( serta boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.