perubahan dinamik

19
Dinamik Perubahan (The Dynamics of Change ) Nur Hanan binti Afandi Nurul Amalin binti Mohamad Razali Nurul Adni Nik Hassan Nur Shuhada binti Zahari Nor Idayu binti Rosli Siti Nor Syuhaidah binti Mohd Sufandi Valerie Bukas anak Marcus Group 6

Upload: nuruladni1234

Post on 20-Mar-2017

123 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Dinamik Perubahan (The Dynamics of Change)

Nur Hanan binti Afandi Nurul Amalin binti Mohamad Razali

Nurul Adni Nik Hassan Nur Shuhada binti Zahari

Nor Idayu binti Rosli Siti Nor Syuhaidah binti Mohd Sufandi

Valerie Bukas anak Marcus

Group 6

DEFINISIDINAMIK: • Suatu kuasa yang bertenaga dan berkekuatan membuat penyesuaian untuk

menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008- 2014)

• Kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan dengan semua keadaan termasuk tempat, masa, suasana, emosi, jasmani dan rohani serta sesuatu keadaan yang tidak stastik iaitu sentiasa berubah tetapi kekal dengan matlamat yang sama .

(Rahisam Ramli, 2008, Bentuk Pemikiran Dinamik)

PERUBAHAN:• Pergerakan, perpindahan atau peralihan daripada satu keadaan kepada

keadaan yang berbeza.

DINAMIK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Perubahan-perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuan menjamin kelangsungan masa depan negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 

Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif, dari tidak produktif kepada produktif,  dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi pembangunan kurikulum pendidikan yang diamalkan. 

Perancangan dan pembangunan sesuatu kurikulum perlu diurus dengan teliti untuk memastikan supaya kurikulum bukan sahaja relevan dengan keperluan, tetapi juga berkualiti cemerlang dalam ertikata berupaya menjulang martabat pendidikan negara di peringkat global. 

FAKTOR DINAMIK PERUBAHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PolitikKemajuan Negara

dan Perkembangan Semasa Dunia

Perubahan Sosial

Faktor Falsafah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititik beratkan.

Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.

Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

Faktor PolitikCurriculum development is also a political process. It requires dealing with

people and their various power bases and their views of what makes for good education.

(Francis P. Hunkin, 1987)

• Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.

• Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka.

Faktor Kemajuan Negara & Perkembangan Semasa Dunia

• Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi (Hida Taba, 1962)

-Kurikulum tidak bersifat statik-Berubah mengikut peredaran masa-Berubah mengikut kemajuan Sains dan teknologi

Faktor Perubahan Sosial• Sekolah juga memainkan peranan penting dalam

perkembangan sosial.

• Penerapan nilai-nilai murni

• Perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam individu tidak pupus ditelan arus pembangunan

(Kamaruddin, 1994)

Faktor Pelajar• Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran .• Kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial.

(Ee Ah Meng, 1995)• Perancangan kurikulum yang baik mengambil kira keperluan

pelajar serta mampu memberi faedah secara menyeluruh.• Faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif,

psikomotor dan efektif perlu diambil kira.• Menyediakan pelajar dengan pendidikan yang berkaitan dengan

masyarakat dan cabaran masa depan.

Faktor Perkembangan Ilmu & Kepentingannya

• Kurikulum tidak bersifat statik

• Ilmu bersifat dinamik- sentiasa berkembang

• Perancangan kurikulum yang baik dan berkesan perlu bagi memastikan perkembangan ilmu dapat disebarkan.

• Kurikulum perlu disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Faktor Perancang dan Pelaksana Kurikulum

Ahmad dan Kong, 2001

KEPENTINGAN DINAMIK PERUBAHAN

• Inovasi kurikulum membawa maksud perubahan atau pengubahsuaian kepada kurikulum sedia ada ke arah: penambahbaikan, peningkatan, kemajuan, peninggian mutu; kesuaian dengan keperluan semasa; memenuhi permintaan dan keperluan; seiring dengan trenda semasa.

• Lewin dan Stuart (1991) dalam analisis mereka ke atas perncangan kurikulum di kalangan negara-negara Asia Timur termasuk Malaysia merumuskan terdapat 3 daripada 6 pendekatan utama dalam inovasi kurikulum

• Pendekatan Sistem (System Approach): Inovasi digerakkan ke arah memenuhi matlamat yang sudah ditetapkan/dirancang.

• Pendekatan Birokratik (Bureaucratic Approach): inovasi digerakkan dari peringkat atas secara pentadbiran melalui arahan, peraturan dan undang-undang

• Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving Approach): inovasi digerakkan kerana rasa tidak puas hati dan dilakukan untuk mengatasi masalah/isu yang dihadapi

Analisis Perancangan Kurikulum

CABARAN DAN ISU1. Model Kitaran Perkembangan Kurikulum:

• Di Malaysia tidak terdapat satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematik melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM dalam tahun 1989.

• Ada di antara pembaharuan dan perubahan tersebut dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada ketidaktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan

2. Pembangunan dan Penggubalan Kurikulum

• Membangunkan sesuatu kurikulum memerlukan kemahiran-kemahiran khusus dan minat yang tinggi. Kemahiran-kemahiran tersebut tidak semudah yang disangka. Pegawai- pegawai kurikulum perlu mempunyai banyak pengetahuan berhubung teori kurikulum, teori pembelajaran dan sentiasa peka dengan perkembangan

• Sering kali berlaku dilema dalam menentu kesesuaian skop sesuatu kurikulum. Oleh kerana soal pendidikan penting kepada semua orang menyebabkan ada tekanan untuk memasukkan banyak perkara dalam kurikulum.

ISU VIRAL

VIDEO

PENAMBAHBAIKAN• Kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 amat

bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran selain penyediaan infrastruktur pendidikan yang mencukupi dan berkualiti.

• Sikap positif serta komitmen dari semua guru menjadi faktor penting bagi menjayakan transformasi pendidikan yang bersifat holistik dan multi-dimensi ini.

• Penghayatan terhadap falsafah pendidikan guru yang mendalam akan mendorong para guru menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.