pensejarahan zaman yunani

22
PENSEJARAHAN YUNANI-ROMAWI Pengenalan Pensejarahan Barat Takrifan Pensejarahan Barat: 1 Pensejarahan Klasik - diwakili - Pensejarahan Yunani-Romawi Pensejarahan Kristian Pensejarahn Moden - Pensejarahan Ranke B.Croce Pensejarahan

Upload: nur-atihrah-kamarudin

Post on 16-Nov-2015

114 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sej

TRANSCRIPT

Pensejarahan Zaman Yunani:

PENSEJARAHAN YUNANI-ROMAWI

Pengenalan

Pensejarahan Barat

Takrifan Pensejarahan Barat:

Pensejarahan Yunani (fokus kpd hasil tulisan Herodatus dan Thucydides).

Pensejarahan Romawi (Fokus tentang tulisan sejarah Rom spt Livy, Tacitus, Fabius Pictor dan Marcus Percius Cato).

Tujuan Pembelajaran:

Menerangkan pemikiran org2 Yunani dan Romawi purba tentang SEJARAH.

Menerangkan tentang perkara-perkara yang dikaji atau ruang lingkup kajian di dlm pensejarahan Yunani-Romawi.

Sejarah sebagai Saintifik:

Pandangan ahli sejarah Yunani (kurun ke 5 SM) Sejarah adalah, ataupun boleh menjadi suatu sains.

Sejarah Yunani adalah penyelidikan iaitu :

Percubaan untuk memberi jawapan kepada persoalan2 yang pasti.

Ia berbentuk kemanusiaan (mengenai tindakan2 manusia) bukanya teokrasi eg. karya Homer kemunculan dewa2 utk campurtangan dlm kegiatan manusia.

4 ciri sejarah:

i. saintifik (bermula dgn mengemukakan persoalan2.

ii. tentang manusia atau perkara yg tlh dilakukan oleh man pada masa2 lalu.

iii. rasional atau jawapan2 yg diberikan kpd persoalan2 yg ditimbulkan adalah berdasarkan bukti2

iv. ia adalah menjelaskan-diri (apa yg dilakukan manusia)

Tulisan Herodotus dalam karyanya mencerminkan ciri tersebut. Sejarah dalam bahasa Yunani bererti penyelidikan.

Bermaksud sejarah adalah merancang untuk mencari kebenaran.

Justeru, penggunaan perkataan inilah menjadikan Herodotus Bapa sejarah.

Pemikiran Collingwood Tentang Sejarah1. Sejarah Berbentuk Teokratik dan Mitos:

Sejarah seperti ini wujud pada zaman Mesopotamia pada zaman 2500 S.M. Menurut Collingwood. Sejarah seperti ini dikenal sebagai separa-sejarah kerana dokumen yang berupa sejarah ini hanyalah memuatkan pernyataan-pernyaan tentang masa lalu.

Ia bukan merupakan jawapan-jawapan bagi persoalan-persoalan dan bukan hasil daripada penyelidikan tetapi hanyalah penonjolan tentang apa yang telah diketahui oleh penulisnya.

Tindakan-tindakan yang dicatatkan itu bukanlah tindakan manusia tetapi tindakan dewa-dewa yang ditampil sebagai raja-raja manusia dan persoalan-persoalannya tidak perlu diterokai. Contohnya kitab-kitab orang Hebrew banyak mengandungi sejarah teokratik dan mitos.

2. Sejarah yang diusahakan oleh orang Yunani:

Ahli sejarah Yunani dikatakan telah membawa kita ke satu dunia yang baru.

Orang Yunani agak jelas dan sedar mengiktiraf bahawa sejarah boleh menjadi suatu sains dan ia juga adalah mengenai tindakan-tindakan manusia.

Sejarah bukanlah legenda tetap ia adalah penyelidikan.

Ia merupakan suatu percubaan untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan.

Ia bukan bentuk teokratik tetapi kemanusiaan

Peristiwa yang dikaji bertarikh.

Bagaimanapun tidak dapatlah dikatakan unsur yang teokratik mitos dan legenda tidak wujud.

Contohnya, dalam buku Thucydides Mythistoricus, Conford kata, wujudnya unsur-unsur legenda sangat sering ditemui dalam penulisan Herodotus.Pensejarahan Zaman Yunani:Kaedah Sejarah Orang Yunani dan Batasan-batasannya:

Bagi orang Yunani bukti sejarah adalah:

laporan2 mengenai fakta-fakta yang diberikan oleh orang yang menyaksikan fakta-fakta tersebut.

Bahan bukti adalah terdiri daripada cerita2 oleh orang yang menyaksikannya.

Kaedah sejarah adalah:

penyiasatan terhadap cerita-cerita tersebut.

Eg: Herodotus tidak terus mempercayai saksi2 berkenaan. Sebaliknya ia mengamalkan sikap sangat kritis terhadap cerita2 mereka. Bererti beliau seorang Yunani yang tipikal.Hal ini bersesuaian dengan orang Yunani yang mahir dalam amalan mahkamah perundangan. Jadi, tidaklah sukar untuk memakai cara kritikan terhadap saksi dalam mahkamah kpd bahan bukti sejarah.Baik H mahupun T sangat bergantung kepada keterangan saksi2 yang mereka hubungi sendiri.

Kemahiran sebagai penyelidik ia pasti menyoal baliksaksi2 peristiwa masa lalu sehingga ia dapat mengdakan satu gambaran sejarah dalam akal saksi itu sendiri mengenai peristiwa tersebut.

Jadi, konsepsi cara orang Yunani mengumpulkan bahan berbeza dengan cara seoarang ahli sejarah moden menggunakan memoir2 yang dicetak.

Ruanglingkup kajian bagi orang Yunani adalah tidak ada kisah sejarah yang panjangnya melebihi umur kehidupan seseorang itu dan di dalam lingkungan tersebutlah kaedah2 kritis yang wujud boleh digunakan.

Gaya penulisan: H mudah, spontan, dan menyakinkan.

T (Collingwood) Kasar, dibuat-buat dan memualkan. Semasa membaca karya T- Collingwood bertanya pada diri sendiri, kenapakah arang ini, sehingga menulis dengan cara demikian? Saya menjawab- dia mempunyai suara hati yang buruk. Ia cuba mempertahankan dirinya dengan menulis sejarah dan menukarkannya kepada sesuatu yang bukan sejarah.

C.N. Cochrane T and Science of History

T telah dipengarui dengan kuat oleh sistem perubatan Hippocrates iaitu bapa perubatan dan psikologis.

Maknanya sbagai ahli spikologis, T- hukum-hukum yang menerangkan bagaimana peristiwa itu berlaku.

Ahli2 sejarah zaman keyunanian dapat merasakan masa lalu tersebut sebagai masa lalu mereka, dan oleh kerana itu ia bolehlah ditulis suatu bentuk sejarah baru dgn suatu kesatuan dramatik yg saiznya tidak terhad selagi ahli sejarah itu dapat mengumpulkan bahan-bahannya dan mengolahnya menjadi suatu kisah yang unggul.

Idea mengenai bentuk sejarah baru ini tersemat keseluruhannya dalam karya Polybius iaitu penaklukan dunia oleh Rumawi. Satu zaman yang sudah berlalu 150 tahun sebelum ia mengusahakan tulisannya.

Jadi, jangkauan bidangnya 5 generasi ke belakang dan tidak semata-mata satu generasi.

Orang romawi mempunyai kesedaran sejarah yang agak berbeza daripada orang Yunani.

Orang R :

Sejarah bererti penerusan: warisan dari masa lalu tentang institusi2 dikekalkan dgn cermatnya dalam bentuk yang telah mereka warisi; pembentukan kehidupan menurut pola adat resam nenek moyang mereka.Mereka sedar ada pertalian dengan masa lalu, maka R menyimpan peringatan2 ttg masa lalu dgn cermat. Simpan potret2. Sebab itu Polybius tidak ada masalah menulis asal usul R. Dengan kemunculan Polybius, tradisi pemikiran sejarah keyunanian itu berpindah ke tangan orang Rumawi.

Satu2nya perkembangan asli yang diterima dari R adalah karya Livy yang menulis sejarah R yang lengkap sejak asal mulanya lagi.

Kalau Polybius, penulisannya masih menggunakan kaedah kurun ke 5 dan ada bahagian tertentu spt bahagian pengenalan bergantung kpd penulis2 yg lebih awal dengan menggunakan kaedah gunting dan lekat.

Karya Livy titik penekananya berubah. Bukan sahaja bahagian pengenalannya guna gunting dan lekat tetapi seluruh karyanya.

Tugas Livy hanyalah kumpul catatan2 tradisional bagi sejarah awal R dan mengadunkannya menjadi satu kisah yang bersambung sejarah Rumawi.Sejarah Ruwami oleh Livy bukanlah merupakan sebuah sejarah yang khusus tetapi adalah sejarah dunia (sejagat) kerana sejarah Rumawi merangkumi sebahagian besar dunia.

Livy seorang ahli filosofis. Jadi, prakata dalam penulisannya kena kaji.

Ia tidak menuntut kajian secara saintifik dalam usaha menulis sejarah rumawi.

Tidak mendakwa mengahsilkan penyelidikan dan kaedah asli.

Beliau menulis seolah2 kerana peluangnya untuk membuat penonjolan di antara penulis sejarah yang lain.

Menekankan ttg tujuan akhlaknya. Alasan, tentu pembaca lebih suka diberitahu masa lalu yang mutakhir dan ingin menunjukkan kepada mereka teladan akhlak yang terdapat pada zaman awal R yang pada ketika itu masyarakat R masih mudah dan jujur dan menunjukkan kepada mereka asas2 keagungan R telah diwujudkan dalam keakhlakan yang primitif ini.

Jelas baginya sejarah adalah kemanusiaan. Kebanggaan diri kita merasa disanjung. Jadi tugas ahli sejarah bukanlah memuji kebanggaan dir pembacanya, malah untuk melukiskan tindak-tanduk dan adab manusia.

Dia seperti H dituduh terlalu mudah percaya dan tidak kritis. Dia telah sedaya upaya untuk kritis tapi untuk bersikap kritis yang cermat seperti sejarawan moden belum tercipta lagi.

Jika berhadapan dengan legenda- dia hanya memutuskan dengan sebaik-baiknya iatu- menolaknya, atau mengulangnya kembali dengan ingatan bahawa beliau tidak begitu yakin ttg kebenarannya dan menerima ketepatan dari sebahagian besarnya. Dalam hal ini nampaknya Livy lebih cenderung menerima tradisi itu dengan penuh kepercayaan.

Zaman R bukanlah zaman pemikiran yang progresif dan bertenaga. Hanya sedikit yang dilakukan dalam memajukan pengetahuan yang diasaskan oleh Y dahulu. Tiada seorangpun yang meneruskan tugas Livy semula dan cuba membuatnya dengan lebih baik. Selepas beliau, ahli2 sejarah hanya menirunya sahaja.

Sikap ini akhirnya diruntuh oleh Tacitus.

Sebagai seorang penyumbang kepada penulisan sejarah, Tacitus adalah seorang tokoh yang agung.

Beliau meniru sikap sempit Yunani kurun ke5 tetapi tidak pula meniru kebaikan2nya.

Beliau mendalam sejarah hal-ehwal yang berlaku di R, tidak mempedulikan ttg empayar keseluruhannya.

Dalam karyanya: memihak kepada senator yang menentang, dia menghubungkan rasa benci terhadap pentadbiran yang damai dengan rasa kekaguman terhadap penaklukan dan kejayaan ketenteraan. Jadi, tidak sesuai dianggap ahli sejarah.

Tacitus tidak serius dalam memikirkan asas filosofis begi sejarah. Sikapini mendorong Tacitus menyelewengkan sejarah dengan cara sistematik iaitu dengan melambangkan sebagai pertentangan watak2, antara yang terlalu baik dengan yang terlalu durjana.

Sejarah tidak dapat ditulis dengan saintifik kecualilah ahli sejarah itu boleh menggambarkan kembali dalam akal fikirannya pengalaman manusia yang tindakan2 nya akan diceritakannya.

Tacitus tidak pernah cuba melakukan seperti ini. Watak2nya tidak dilihatdari daam dengan rasa persefahaman dan simpati, tetapi dari luar iaitu sebagai tontonan yang menunjukkan kebaikan atau kedurjanaan.Jadi, lukisan watak seperti ni menjadiakn ia biadap ke atas kebenaran sejarah.

Sifat Pensejarahan Y-R:

i. Kemanusiaan

Kisah sejarah manusia, tindakan manusia, matlamat meraka, kejayaan, kegagalan. Walaupun ada agensi kedewaan tapi terhad.

ii. Objektif.

Sudut pandang sejarah mula dikaburkan oleh keobjektifan penulisan T.

Sumber: R. G. Collingwood, Idea Sejarah.

J.B. Burry, The idea of Progress.

PENSEJARAHAN CINA Sejarah = syih. Syih juga bermaksud sejarawan.

Tugas asas = catat markah peraduan memanah.

Diperluas zaman Dinasti Chou (1122-256 sm)

Tugas baru = bukan hanya catat markah tapi juga catat hal2 lain dalam pentadbiran.

Perkara dicatat:

keagamaan dan peristiadatan

hal2 politik dan pentadbiran termasuk rundingan2

hal2 perutusan dan pergerakan tentera

Syih juga bertugas menyimpan dan mentafsir surat2 dan kitab2 lama

Bertugas dengan raja atau golongan bangsawan.

Tugas makin jelas masa Dinasti Tang (618-906 M):

Menyusun dan menulis semata-mata.

Tubuh Jabatan sejarah.

Catat sejarah pada tulang2, kulit kura2, buluh, kain sutera, bahan2 logam dan batu2.- sumber sejarah.

Pensejarahan Klasik - diwakili -Pensejarahan Yunani-Romawi

Pensejarahan Kristian

Pensejarahn Moden - Pensejarahan Ranke

B.Croce

Pensejarahan Marxist dan Pensejarahan Annales

Aliran-aliran pensejarahan yang muncul di Barat yg telah berjaya menganjurkan pendekatan2 baru yang kemudiannya diserapkan ke dlm saluran pensejarahan sbg satu warisan yg berkekalan.

Pensejarahan Barat diasaskan oleh org2 Yunani (Greek) sekitar abad ke-5 S.M.

PAGE 1