pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

23
1.0 Pengenalan Historiografi merupakan kaedah pengajian sejarah; penulisan sejarah; karya atau hasil penulisan berkaitan dengan sejarah. Historiografi juga ialah suatu proses yang merangkumi dua tahap aktiviti iaitu tahap penyelidikan dan tahap penulisan. Tujuan pensejarahan awal pada zaman tersebut ialah mencatat tentang pemerintahan, peperangan dan raja-raja yang mentadbir sesebuah kerajaan. Pensejarahan awal bermula pada zaman klasik, iaitu dipelopori oleh Thyudides. Penyelidikan dan penulisan sejarah merupakan satu sains yang memberi penerangan dan pentafsiran terhadap masa lampau berdasarkan idea atau kenyataan yang dikaji dengan matlamat untuk memberi yang fakta benar bagi pengetahuan manusia. Ini menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu efektif dan berpengaruh dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara serta menjalinkan hubungan antara beberapa kelompok manusia dalam satu komuniti yang mempunyai pegalaman sejarah, perasaan, minat dan sumber inspirasi yang sama untuk masa depan. 1 Menurut Leopold Von Ranke, sejarah adalah sesuatu yang benar dan penulisan sejarah merupakan penulisan kembali sesuatu peristiwa. Gottohold Ephraim Lessing pula menyatakan sejarah merupakan suatu aktiviti pengalaman yang telah direkodkan agar generasi akan datang boleh mendapat manfaat daripada pengalaman tersebut. Kaedah penulisan sejarah terdiri daripada pelbagai 1 Nabir Hj Abdullah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan penulisan Sejarah. Perpustakaan Negara Malaysia. Emeritus Publications. Hlm pengenalan.

Upload: ayie

Post on 15-Jul-2016

40 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sejarah aliran nasionalis dan aliran tradisional beserta contoh yang berfokus di tanah melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

1.0 Pengenalan

Historiografi merupakan kaedah pengajian sejarah; penulisan sejarah; karya atau hasil

penulisan berkaitan dengan sejarah. Historiografi juga ialah suatu proses yang merangkumi dua

tahap aktiviti iaitu tahap penyelidikan dan tahap penulisan. Tujuan pensejarahan awal pada

zaman tersebut ialah mencatat tentang pemerintahan, peperangan dan raja-raja yang mentadbir

sesebuah kerajaan. Pensejarahan awal bermula pada zaman klasik, iaitu dipelopori oleh

Thyudides. Penyelidikan dan penulisan sejarah merupakan satu sains yang memberi penerangan

dan pentafsiran terhadap masa lampau berdasarkan idea atau kenyataan yang dikaji dengan

matlamat untuk memberi yang fakta benar bagi pengetahuan manusia. Ini menjadikan sejarah

sebagai satu bidang ilmu efektif dan berpengaruh dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan

negara serta menjalinkan hubungan antara beberapa kelompok manusia dalam satu komuniti

yang mempunyai pegalaman sejarah, perasaan, minat dan sumber inspirasi yang sama untuk

masa depan.1

Menurut Leopold Von Ranke, sejarah adalah sesuatu yang benar dan penulisan sejarah

merupakan penulisan kembali sesuatu peristiwa. Gottohold Ephraim Lessing pula menyatakan

sejarah merupakan suatu aktiviti pengalaman yang telah direkodkan agar generasi akan datang

boleh mendapat manfaat daripada pengalaman tersebut. Kaedah penulisan sejarah terdiri

daripada pelbagai jenis gaya seperti kronologi, pendedahan, kritikal, penganalisaan, periwayatan,

pemerihalan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai aliran dalam Historiografi seperti tradisional, konvensional, orentalis,

liberal, kolonial, nasionalis, ilmiah, pluralisme. Aliran yang akan dibincangkan oleh pengkaji

ialah dua, iaitu aliran nasionalis dan tradisional di Tanah Melayu.

1 Nabir Hj Abdullah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan penulisan Sejarah. Perpustakaan Negara Malaysia. Emeritus Publications. Hlm pengenalan.

Page 2: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

2.0 Aliran Nasionalis

Nasionalis merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam,

pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat

kebangsaan, dan kaum intelek yang berpendidikan Barat menjadi pelopor dari segi politik dan

kebudayaan.2 Manakala, dari sudut sejarah, nasionalis adalah satu fahaman yang mencipta dan

mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan konsep identiti bersama

untuk kelompok manusia.3

Sejarah nasionalis mengandungi prinsip terhadap keyakinan moral sesuatu bangsa,

perkembangan jiwa kebangsaan, dan perjuangan mewujudkan cita-cita kehidupan yang bebas,

adil, dan makmur. Aliran nasionalis di Tanah Melayu cenderung kearah politik. Sejak

bermulanya bidang ilmu sejarah klasik, bidang politik sentiasa menjadi perhatian utama. Justeru

itu, sejarah kerap kali diungkap sebagai politik masa lampau. Malah dikatakan bahawa sejarawan

pada masa lampau adalah penggerak yang mengubah perjalanan sejarah politik manusia,

manakala faktor lain sekadar faktor sampingan sahaja. Keadaan ini amat jelas wujud aliran

nasionalis dalam pensejarahan di Tanah Melayu.4

2.1 Ciri-ciri dan Pemikiran Aliran Nasionalis di Tanah Melayu

2.1.1 Patriotik dan Menentang Penjajahan Barat

Aliran nasionalis ini bersifat patriotik dan menentang penjajahan Barat. Patriotik ialah

semangat cinta akan negara dan mempunyai nilai-nilai kecintaan kepada negara. Aliran

nasionalis di Tanah Melayu bermula apabila muncul kesedaran bangsa di Asia seperti China,

India dan negara lain yang ingin membebaskan diri daripada penjajah. Aliran nasionalis di Tanah

Melayu turut dipengaruhi oleh nasionalisme di Indonesia. Manakala, nasionalis di Barat muncul

melalui revolusi-revolusi yang berlaku di beberapa negara Eropah. Di Timur tengah pula,

nasionalis adalah dimulakan dengan gerakan Pan-Islamisme.

2 Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Perpustakaan Negara Malaysia. Dawama Sdn. Bhd. Hlm 1072.3 Russell F. Farnen. 2004. Nationalism, Ethnicity, and Identity. New Jersey. Transaction Publishers. Hlm 45.4 Nabir Hj Abdulllah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Perpustakaan Negara Malaysia. Emiritus Publications. Hlm. 40.

Page 3: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Secara etimologi, pemikiran berasal daripada kata dasar fikir, berasal daripada kata dasar

fikir, beerti proses, cara, atau perbuatan memikirkan iaitu menggunakan akal budi untuk

memutuskan suatu persoalan dengan mempertimbangkan segala sesuatu secara bijaksana. Dalam

konteks ini, pemikiran juga dapat diertikan sebagai upaya cerdas dan usaha untuk mencari jalan

penyelesaian secara bijaksana.5 Pemikiran Kaum Muda semasa nasionalis di Tanah Melayu ialah

penentangan terhadap penguasaan dan penjajahan Barat. Mereka berusaha mengajak semua

rakyat agar sama-sama bangkit menentang penindasan penjajah Barat serta berusaha

membebaskan diri dari cengkaman penjajah. Nasionalis yang berlaku di Timur Tengah bermula

dengan Gerakan Pan-Islamisme, dan Reformis Islam seterusnya berkembang ke Nusantara,

Tanah Melayu turut menerima pemikiran tersebut.6

Hal ini dapat dibuktikan berlaku nasionalis di Tanah Melayu iaitu dalam buku Sejarah

Politik Melayu, ada mengatakan kebangkitan gerakan anti British disemarakkan lagi dengan

kehadiran gerakan-gerakan aliran nasionalis Melayu di Negeri Perak. Kelahiran gerakan ini

dipelopori oleh golongan yang mendapat pendidikan Barat atau sekular yang diperkenalkan oleh

penjajah British khususnya di Sultan Idris Training Collage (SITC). Institusi ini telah berjaya

melahirkan golongan guru yang berjiwa rakyat dan akhirnya mereka sedar akan kepentingan

kebajikan dan kepentingan orang Melayu. Lantaran ini, lahirnya gerakan-gerakan aliran

nasionalis yang dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpim para guru

lepasan SITC bagi memperjuangan orang Melayu dan mengusir penjajah.7

Seterusnya dalam buku Sejarah Moden, ada menyatakan, penglibatan guru Melayu dalam

nasionalis di Tanah Melayu. Mereka memikirkan tentang pendidikan orang Melayu di negeri

mereka sendiri. Perjuangan guru-guru di Tanah Melayu berterusan sebelum Perang Dunia Kedua

dan mereka menyeru masyarakat Melayu mengubah pemikiran lapuk dengan menyerap konsep

baru dalam kehidupan dan dapat bersaing dengan kaum lain terutamanya dalam bidang

sosioekonomi. Bagi menyampaikan hasrat pemikiran mereka untuk membela masyarakat Melayu

dan menentang kuasa penjajah British, guru-guru Melayu telah menyalurkan aspirasi pemikiran

mereka melalui akhbar dan majalah seperti Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad dan Majalah

5 Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Perpustakaan Negara Malaysia. Dawama Sdn. Bhd. Hlm 411.6 Azlizan Mat Enh. 2009. Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Selangor. Karisma Publications. Hlm 119.7 Ishak Saad. 2007. Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Selangor. Karisma Publications. Hlm 139.

Page 4: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Guru. Malah akhbar-akhbar tersebut dijadikan sebagai alat untuk menentang penjajahan terhadap

pihak pemerintahan British.8

2.1.2 Bersifat Politik

Aliran nasionalis juga bersifat politik. Dalam teori klasik Aristotle, politik adalah seni

dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara perlembagaan atau tidak berpelembagaan. Politik juga

dapat dilihat dari sudut pandang berbeza, iaitu  politik adalah usaha yang dilalui warga sesebuah

negara untuk mewujudkan kebaikan bersama. Menurut Aristotle juga, “manusia itu haiwan

politik” dan dapat mengembangkan hubungan ini sepenuhnya hanya dalam sesebuah negara dan

masyarakat. Negara adalah sebuah institusi moral dan ketua negara seharusnya seorang

pemimpin yang bermoral.9 Kaitan politik dalam nasionalis di Tanah Melayu ialah apabila orang

Melayu mula bangkit menentang penjajah Barat dan mahu mentadbir negara secara sendiri.

Penubuhan persatuan-persatuan dan parti politik adalah untuk menjadikan penentangan terhadap

penjajah lebih berkesan dan proaktif.

Pemikiran politik dalam nasionalis di Tanah Melayu dapat dilihat melalui tokoh seperti

Ahamd Boestaman, yang menyatakan bahawa orang Timur mampu bangun mempertahan diri

sendiri dan menjalan pemerintahan sendiri tanpa perlu bergantung kepada kuasa-kuasa dan

penjajahan Barat. Nama beliau terbilang dalam persada politik di Tanah Melayu dan angkatan

politik seperti PKMM, API, PUTERA dan SOCIALIST FRONT. Ahmad Boestamam

menghabiskan hampir keseluruhan usianya dalam perjuangan politik di Tanah Melayu.10

Nasionalis di Tanah Melayu mempunyai unsur politik yang jelas. Contohnya, dalam buku

Isu-Isu Terpilih Sejarah Pemikiran, menyatakan penglibatan guru-guru Melayu dalam politik

pada zaman sebelum merdeka sering diperkatakan sehingga guru dan politik seiring dalam

perkembangan semangat nasionalisme terutama di Negeri Kedah Darul Aman. 11

8 Abdul Latif Abu Bakar. 1985. “Ibrahim Haji Yaacob: Kegelisahan dan Impian Seorang Pejuang”. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.. Hlm 189.9 Lim Kim Hui. Sejarah Ringkas Falsafah Cina. 2006. Kuala Lumpur. Dawama sdn. Bhd. Hlm 50.10 Ahmad Boestamam. 1979. Merintis Jalan Ke Punchak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Hlm. 44.11 Azlizan Mat Enh. 2009. Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Selangor. Karisma Publications. Hlm 188.

Page 5: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Selain itu, dalam buku Nasionalisme Melayu turut menyatakan keterlibatan orang Melayu

dalam politik. Terdapat kumpulan kecil orang Melayu mula menunjukkan minat dalam bidang

politik walaupun pada awalnya masih kurang pengetahuan mengenai perjuangan nasionalisme.

Mereka mulai sedar tentang perlunya menekankan hak-hak mereka dan menentukan kepentingan

dalam pemerintahan dan pentadbiran Melayu mengikut contoh yang dijalankan dalam gerakan

nasionalisme di Indonesia. DiTtanah Melayu, guru-guru dalam latihan di Maktab Latihan Sultan

Idris mula terbakar semangat oleh gerakan nasionalis di Hindia Timur Belanda. Mereka mula

membuat dan merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik nasionalis di Tanah Melayu.12

2.2 Pendekatan Aliran Nasionalis

Pendekatan merupakan cara atau peraturan untuk membuat sesuatu, hukum atau prinsip.

Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk

mencapai sesuatu matlamat.13 Pendekatan merupakan kaedah penulisan sejarah. Ia merujuk

kepada pengorganisasian idea dan pemikiran sejarah untuk mencatat dan menyampaikan fakta.

Penulisan merupakan peringkat terakhir dalam proses penyelidikan, terutamanya selepas sumber

diperoleh, dihayati, disaring lalu digunakan. Menurut Garragham, kaedah penulisan bermaksud

“A systematic body of principles and rules designed to aid effectively in gathering the source-

materials of history apprising them critically, and presenting a synthesis, generally in written

form of results achieved”.14 Kaedah penulisan sejarah terdiri daripada pelbagai jenis gaya seperti

kronologi, pendedahan, kritikal, penganalisaan, periwayatan, pemerihalan dan sebagainya.

Dalam aliran nasionalis, gaya penulisan yang digunakan ialah pendedahan atau

exposition berasal daripada istilah dedah yang bermaksud buka, hurai, singkap papar atau tunjuk.

Dalam bahasa Latinnya ialah expronere yang bermaksud to put forth atau to expound. Menurut

M.White, “exposition in historical writing is a theory of how we select the cause among

contributory causes that are conntected with the event to be explained in accordance”. Tujuan

penulisan gaya ini untuk mendedahkan sesuatu perkara, idea, maklumat dan pandangan melalui

12 William R.Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Hlm 155.13 Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Perpustakaan Negara Malaysia. Dawama Sdn. Bhd. Hlm 328.14 Nabir Hj Abdulllah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Perpustakaan Negara Malaysia. Emiritus Publications. Hlm. 135.

Page 6: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

penerangan iaitu menganalisakan fakta-fakta secara objektif dan membuat penilaian logik.

Contohnya, penulisan bertajuk Rusuhan Kaum 13 Mei 1969: Kajian Isu Perkauman di Malaysia,

dalam sinopsis bab I, penulis mendedahkan dari segi warisan sistem sosial dan politik Tanah

Melayu, kedatangan kaum penjajah dan kemasukan imigran sehingga mewujudkan masyarakat

majmuk. Dalam sinopsis bab II, penulis menyatakan perkembangan di Tanah Melayu sehingga

1969, penubuhan Malaysia dan pilihanraya 1969. Sinopsis bab III, kajian tentang keputusan

pilihanraya, sambutan dari penyokong-penyokong dari parti politik yang menang. Terakhir

sinopsis dalam bab IV, penulis melihat kesan akibat daripada rusuhan kaum itu, dan langkah

yang telah diambil sebagai kesimpulan.15

Seterusnya ialah gaya kritikal. Kritikal bermaksud menegur atau mempertikaikan

kebenaran. Penulisan gaya kritikal merujuk kepada langkah mewujudkan satu persoalan

bertujuan mempertikaikan satu-satu perkara. Bagi menguatkan lagi kritikan dan teguran,

biasanya penulis disokong oleh bukti lain. Gaya kritikal boleh menjelaskan atau membuktikan

fakta sejarah. Sebagai contoh, dalam buku Sejarah Pemikiran, Guru-guru Melayu dari SITC

telah menyalurkan aspirasi, idea dan pemikiran mereka melalui akhbar dan majalah.

Kebanyakkan media cetak ini menyiarkan berita dan rencana yang mengutuk dan mengkritik

kemunduran serta kepincangan masyarakat Melayu yang telah dilakukan oleh penjajah British.

Kegiatan sastera melalui genre cerpen, novel dan puisi yang tersiar dalam pelbagai majalah dan

akhabr telah membakar dan merangsang semangat kemerdekaan.16 Liputan-liputan akhbar juga

mengkritik penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang merugikan bahasa melayu.

Akhbar tempatan yang beraliran nasionalis ini telah menyedarkan bangsa Melayu tentang

pentingnya mereka bangun dan bersatu membela nasib.17

15 Nabir Hj Abdulllah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Perpustakaan Negara Malaysia. Emiritus Publications. Hlm. 136.16 Azlizan Mat Enh. 2009. Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Selangor. Karisma Publications. Hlm 191.17 Ishak Saad. 2007. Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Selangor. Karisma Publications. Hlm 169.

Page 7: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

3.0 Aliran Tradisional

Tradisional bermaksud sesuatu kebiasaan seperti adat, kepercayaan, yang kekal secara

turun-temurun.18 Oleh itu pensejarahan tradisional masyarakat bermaksud sesuatu penulisan atau

penyelidikan yang menjadi kebiasaan secara turun-temurun dalam masyarakat (sekumpulan

manusia). Sebagaimana di dunia Barat, di Alam Melayu juga terdapat proses pensejarahan.

Pensejarahan tradisi Melayu bermula agak lambat iaitu pada sekitar abad ke-15. Ia mula

berkembang sekitar abad ke 19. Walaupun pensejarahan Melayu bermula agak lambat, ini bukan

bermakna rantau Melayu tidak mempunyai karya-karya sejarah untuk dikaji, tetapi disebabkan

kurangnya kesedaran dan kefahaman orang Melayu terhadap kepentingan pensejarahan pada

waktu itu.19

Menurut Muhd. Yusof, pensejarahan zaman tradisional dapat dibahagikan kepada

beberapa bahagian yang agak menarik, iaitu pensejarahan negeri-negeri yang terdiri daripada

sesebuah negeri atau salasilah raja-raja dan pembesar-pembesar, biografi atau riwayat hidup

tokoh-tokoh tempatan, pensejarahan peperangan, pensejarahan berbentuk budaya dan segala

catatan perjalanan.20

3.1 Ciri-Ciri dan Pemikiran Aliran Tradisional

3.1.1 Mempunyai Unsur Mitos dan Lagenda

Mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi

unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa,

kejadian-kejadian alam dan ghaib, serta cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau

direka-reka. Manakala, cerita dongeng ialah cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang

bersejarah pada zaman dahulu. Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, banyak batu

bersurat dan monumen Hindu Buddha yang ditinggalkan oleh sesetengah masyarakat awal

zaman purba pada masa lampau di Alam Melayu. Mereka melukis gambar dewa-dewa mereka

bagi menggambarkan ciri-ciri agama dan kepercayaan Hindu-Buddha sebagai sumber kekuatan 18 Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Perpustakaan Negara Malaysia. Dawama Sdn. Bhd. Hlm 455.19 Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm 19.20 Ibid. hlm 14.

Page 8: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

ghaib serta menunjukkan kehebatan mereka. Begitu juga dari segi penulisan, terdapat ciri-ciri

karya yang didalamnya mempunyai unsur mitos, hikayat dan cerita dongeng. Oleh itu, banyak

karya dan hasil penulisan istana dipengaruhi unsur Hindu dan turut diselaputi oleh unsur lagenda

dan kepercayaan karut.21

Pemikiran dalam aliran tradisional mengenai mitos dan lagenda dapat dilihat sebagai

unsur penting untuk memberi jalan cerita yang menarik dan mengagungkan seseorang tokoh.

Contohnya, Tun Seri Lanang yang banyak meletakkan tokok tambah dan memperbesar-besarkan

lagi cerita atau unsur tersebut sebagai mengkritik atau memuji pemerintahan pada sesuautu

zaman.22

Contohnya, dalam karya Sejarah Melayu memang mengandungi unsur-unsur mitos, dan

lagenda. Antara mitos dan lagenda yang wujud dalam karya ini ialah kisah Raja Suran yang

turun ke laut menggunakan peti kaca berkunci untuk melihat segala kekayaan di dalam laut

sehinggalah peti kaca tersebut jatuh ke negeri Dika yang dihuni oleh kaum Bu Sum.23 Walaupun

mitos dan lagenda yang diselitkan ini tidak masuk akal, iaitu manusia tidak akan dapat hidup

lama didalam peti kaca yang berkunci kerana tidak mempunyai ruang pernafasan, namun unsur-

unsur tersebut perlu digabungkan kerana ia tidak dapat lari daripada peristiwa sejarah lampau

yang berpengang kepada cerita sastera rakyat.

Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, ada mengisahkan tentang sejarah kerajaan Pasai di

Sumatera apabila agama Islam mula bertapak di gugusan Kepulauan Melayu pada sekitar abad

ke-13 dan ke-14, dan berakhir dengan cerita yang mempunyai unsur mitos iaitu tentang

perlagaan kerbau Jawa dengan kerbau Melayu sehingga kemudiannya menjadi Menangkerbau

atau Minangkabau.24

21 Taufik Abdullah. 1985. Ilmu Sejarah dan Historiografi:Arah dan Perspektif. Jakarta Gramedia. Hlm. 7.22 Tun Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Seri Lanang. Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional. Perpustakaan Negara Malaysia. Media Satria. Hlm. 57.23 A. Samad Ahmad (penyelenggara) 1996. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 2-3.24 Muhd Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 100.

Page 9: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

3.1.2 Pengaruh Agama

Dalam aliran tradisional, penulisan pensejarahan Melayu mempunyai pengaruh

keagamaan. Pengaruh keagamaan ialah penulisan sejarah yang mempunyai petikan, rujukan dan

sumber daripada kitab-kitab agama dan Al-Quran.

Pemikiran mengenai pengaruh agama ada dinyatakan oleh Abdullah Munsyi iaitu siapa

yang membaca mengenai kitab (penulisan sejarah), jangan menolak atau membantah melainkan

mendalami dan melihat kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan.25

Contohnya, dalam Hikayat Raja Pasai, ada menyebut bahawa seorang ahli sufi yang

bernama Syiekh Ismail telah mengislamkan Merah Silu. Dikatakan Merah Silu dapat membaca

Al-Quran sebaik sahaja memeluk Islam tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Sejarah Merah

Silu dalam Hikayat Merah Silu sememangnya wujud kerana Merah Silu merupakan raja di

Samudera-Pasai yang memeluk agama Islam dan lebih dikenali sebagai Malikul Saleh.26 A.H.

Hill telah melakukan kajian dan membuat perbandingan bagi menentukan kesahihan peristiwa

pengislaman Merah Silu iaitu dengan mendapatkan sumber-sumber luar daripada hikayat ini.

Antara sumber rujukan beliau ialah maklumat daripada Sejarah Melayu dan hasil penemuan

arkeologi batu nisan Malikul Saleh yang terukir tarikh 692 Hijrah bersamaan 1297 masihi yang

sememangnya wujud di Pasai.27

Seterusnya dalam buku Bustan al-Salatin. Karya yang ditulis dalam bahasa Melayu-Arab

ini mengandungi tujuh bab yang membincangkan tentang hal-hal agama Islam dan hukum-

hakamnya termasuk bab kedua yang mengandungi ciri-ciri sejarah tentang semenanjung Tanah

Melayu dan Kerajaan Acheh pada awal abad ke 17, terutamanya pemerintahan Sultan Iskandar

Thani. Walaupun karya-karya ini banyak membincangkan tentang hal-hal agama, tetapi nilai

sejarahnya telah mengambil peranan yang lebih penting sehingga sejarawan menggangapnya

sebagai sebuah karya pensejarahan.28

25 Tun Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Seri Lanang. Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional. Media Satria. Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 61.26 Russell Jones. 1987. Hikayat Raja-Raja Pasai. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Hlm 5.27 Ahmad shah Noor. 1977. “Hikayat Raja-Raja Pasai, Penyelenggaraan Dr. A.H Hill” Dewan Bahasa. Hlm. 233.28 Muhd Yusoff Hashim. 1980. Syair Sultan Maulana, Kajian Mengenai Historiografi Melayu. Kuala Lumpur. UM. Hlm 12.

Page 10: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

3.1.3 Pengaruh Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa yang puitis

dan berbunga-bunga. Ia merupakan seni dalam karang-mengarang dan menulis. Kebanyakan

karya pensejarahan di Alam Melayu pada zaman tradisi boleh dianggap sebagai penulisan

sejarah yang berunusur sastera terutamanya dalam bentuk prosa dan puisi (khususnya syair).

Penulisan karya sejarah berunsur sastera ini dilakukan kerana pada ketika itu masih belum wujud

kesedaran yang mendalam di kalangan masyarakat Melayu awal di Alam Melayu terhadap

pengertian sejarah secara jelas dan tepat.29

Pemikiran tokoh aliran tradisional mengatakan tulisan sejarah yang berunsur sastera yang

dihasilkan ini bertujuan untuk pengetahuan umum tentang segala kejadian yang telah berlaku

atau wujud dalam sesebuah kerajaan. Boleh dikatakan bahawa ramai di kalangan ahli sejarawan

awal ini merupakan sejarawan istana kerana mereka menulis peristiwa atas perintah raja-raja

mereka. Mereka juga menambahkan unsur sastera untuk mencantikkan ayat dan menarik minat

orang untuk membaca karya-karya mereka.

Contohnya, dalam buku Tun Seri Lanang: Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu

Tradisional, ada menyatakan Undang-Undang Laut Melaka diaturkan secara adat istiadat dengan

memakai bidalan ‘adat bersendikan agama’;

“adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari

dan Temenggung dan segala menteri dan orang-orang besar, segala sida duduk di seri balai;

maka segala anak raja itu duduk, menteri keempat, dan kadi, dan Faqeh mengadap…” 30

Dalam buku Puisi Warisan pula, ia merupakan satu penelitian terhadap puisi klasik

Melayu iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, perbilangan adat dan bahasa berirama yang

menggambarkan pancaran pemikiran intelek ahli sejarawan zaman tradisional. Pada mulanya,

perkataan ‘pantun’ dipakai dengan makna seperti atau umpama. Hal ini dapat ditemukan dalam

kitab atau hikayat prosa Melayu klasik. Sebagai contoh, beberapa perkataan ini digunakan dalam

Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Hikayat Amir Hamzah. Dalam Hikayat Hang Tuah,

29 Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 107.30 Tun Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Seri Lanang. Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional. Perpustakaan Negara Malaysia. Media Satria. Hlm 65.

Page 11: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

semasa menceritakan tentang pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang

menderhaka kepada raja ada menyebutkan:

“seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambak.”

Sementara itu, terdapat juga di dalam lirik lagu-lagu tradisional sering terdapat pantun dua kerat

yang berbunyi:

Sepantun ayam tidak berinduk,

Menampi orang maka makan.31

31 Aripin Said. 1948. Puisi Warisan. Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 9.

Page 12: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

3.2 Pendekatan Aliran Tradisional

Dalam aliran tradisional, kaedah penulisan yang digunakan ialah gaya

periwayatan(naratif) dan pemerihalan. Gaya periwayatan atau naratif adalah sejenis bentuk

penulisan penceritaan. Naratif dapat diertikan sebagai cerita atau kisah tentang peristiwa,

pengalaman dan lain-lain. Tujuan gaya ini untuk menceritakan semua peristiwa yang telah

berlaku menurut peristiwa itu terjadi. Unsur-unsur penceritaan dimasukkan bagi mencantikkan

lagi penulisan disamping menghiburkan raja-raja pada masa tersebut yang sememangnya

menggemari pujian terhadap kehebatan mereka atau sesuatu yang menarik pembaca untuk zaman

seterusnya.32 Periwayatan meliputi berbagai jenis penulisan seperti cerita pendek, kisah, sejarah

local, autobiografi, penglipur lara, novel, drama, hikayat, dan sebagainya. Sebagai contoh yang

boleh diambil ialah dalam Karya Agung; Hikayat Merong Mahawangsa, buku ini menampilkan

gaya penulisan naratif. Hikayat ini menceritakan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari

sudut mitos dan lagenda. Seterusnya menceritakan tentang peperangan merebut taklukan antara

Kerajaan Siam dan Kedah.33

Seterusnya ialah gaya pemerihalan. Pemerihalan atau diskriptif berasal dari istilah Latin

iaitu describere yang bermaksud to write about. Ia juga bermaksud penerangan yang melibatkan

lebih jauh daripada memberitahu tentang sesuatu subjek. Pendekatan pemerihalan amat penting

bagi penulisan yang mengambarkan suasana, tempat, orang, benda atau peristiwa. Gaya ini untuk

mencipta gambaran atau imej yang jelas dalam fikiran pembaca. Contohnya, dalam karya

Kesusasteraan Melayu: Mitos dan Realiti, mengatakan, banyak karya-karya sejarah, salasilah

dan cerita termasuklah Hikayat Raja-Raja Parsi, Hikayat Pahang, dan Hikayat Johor

memerihalkan mengenai raja, kerajaan dan penguasaan yang ada apa sesuautu zaman

pemerintahan.

32 Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur. DBP. Hlm 116.33 Siti Hawa Haji Salleh. 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 24-37.

Page 13: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Petikan ayat yang menggambarkan keadaan ini ialah;

“Hatta beberapa pula orang yang dikurnai baginda gelaran, anak raja-raja tiga orang

pada masa itu dikurniakan baginda gelaran kerana anakanda baginda juga sekaliannya.

Pertama-tama Raja Chulan digelar Raja Kecil Besar. Maka yang mengarang hikayat ini pada

zaman itu dan ialah yang bijak pada hikayat dan ikat-ikatan”34

34 Mohd. Affandi. 1994. Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur. DPB. Hlm 194.

Page 14: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

4.0 Penutup

Historiografi bertujuan untuk mempelajari, mengali fakta-fakta dan menyusun lalu

menghuraikan hubungan yang berkaitan dengan peristiwa masa lampau. Melalui kedua-dua

aliran yang telah dibahaskan, iaitu aliran nasionalis dan tradisional, kedua aliran ini mempunyai

ciri, pemikiran dan pendekatan yang tersendiri dan berbeza. Setiap tokoh yang terdapat didalam

aliran ini mempunyai pandangan masing-masing yang membawa kepada munculnya pelbagai

pemikiran. Mereka mempunyai pegangan masing-masing dalam penulisan sejarah. Dalam aliran

nasionalis contohnya, walaupun ia bersifat kepada kenegaraan dan politik, namun kecenderungan

kearah sosial kemasyarakatan turut ada. Manakala, dalam aliran tradisional pula membincangkan

tentang pemerintahan kerajaan dahulu dan mempunyai unsur kesusasteraan yang jelas.

. Historiografi merupakan proses yang tiada akhirnya. Ia akan terus berlanjutan ke

generasi yang lain. Ia mungkin berubah seiring dengan zaman disebabkan kepesatan bidang

teknologi. Sejarawan melakukan kajian berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing

seperti bidang ekonomi, politik, sosial. Demikian jugalah bentuk atau hasil penulisan mereka

dimana ada yang berupa sejarah politik, ekonomi, sosial. Maka penelitian dan pengkajian yang

mendalam penting dalam menjalankan historigrafi. Jadi aliran nasionalis dan tradisional ini

mempunyai kepentingan dan kelebihan yang tersendiri dalam bidang pensejarahan.

Page 15: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Bibliografi

Abdul Latif Abu Bakar. 1985. “Ibrahim Haji Yaacob:

Kegelisahan dan Impian Seorang Pejuang”. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Boestamam. 1979. Merintis Jalan Ke Punchak.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.

Ahmad Shah Noor. 1977. “Hikayat Raja-Raja Pasai, Penyelenggaraan Dr. A.H Hill”

Dewan Bahasa.

Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aripin Said. 1948. Puisi Warisan. Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia.

Azlizan Mat Enh. 2009. Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran.

Selangor. Karisma Publications.

Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.

Perpustakaan Negara Malaysia. Dawama Sdn. Bhd.

Ishak Saad. 2007. Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Selangor. Karisma Publications.

Lim Kim Hui. Sejarah Ringkas Falsafah Cina. 2006. Kuala Lumpur. Dawama sdn. Bhd.

Mohd. Affandi. 1994. Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur.

Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusoff Hashim. 1980. Syair Sultan Maulana, Kajian Mengenai Historiografi Melayu.

Kuala Lumpur. UM.

Muhd Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu

Nusantara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: Pensejarahan aliran nasionalis dan tradisional

Nabir Hj Abdulllah. 2013. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.

Perpustakaan Negara Malaysia. Emiritus Publications.

Russell F. Farnen. 2004. Nationalism, Ethnicity, and Identity.

New Jersey. Transaction Publishers.

Russell Jones. 1987. Hikayat Raja-Raja Pasai. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Siti Hawa Haji Salleh. 1998. Hikayat Merong Mahawangsa.

Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.

Taufik Abdullah. 1985. Ilmu Sejarah dan Historiografi:Arah dan Perspektif.

Jakarta Gramedia.

Tun Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Seri Lanang. Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu

Tradisional. Perpustakaan Negara Malaysia. Media Satria.

Samad Ahmad (penyelenggara) 1996. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

William R.Roff. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.