pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran psv

24
PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Pendekatan Proses dan Produk Model KIPP terbentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan objektif. Dihasilkan oleh Stufflebeam(1971) Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan penilaian tersebut Menurut beliau, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu -keputusan mengenai persekitaran (konteks) -keputusan mengenai sumber (input), -keputusan mengenai pelaksanaan (proses) -keputusan mengenai hasil (produk). Modelnya juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses- Produk (KIPP). Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan proses dengan hasil program Bagaimana KIPP Boleh Digunakan Dalam Penilaian Keberkesanan Sesuatu Subjek? Penilaian Konteks

Upload: hanaterah-husin

Post on 11-Aug-2015

1.040 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

Pendekatan Proses dan Produk

• Model KIPP terbentuk pada lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian

yang berorientasikan objektif.

• Dihasilkan oleh Stufflebeam(1971)

• Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis

menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan

penilaian tersebut

• Menurut beliau, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu

-keputusan mengenai persekitaran (konteks)

-keputusan mengenai sumber (input),

-keputusan mengenai pelaksanaan (proses)

-keputusan mengenai hasil (produk).

• Modelnya juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).

• Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan

proses dengan hasil program

Bagaimana KIPP Boleh Digunakan Dalam Penilaian Keberkesanan Sesuatu

Subjek?

Penilaian Konteks

• Penilaian konteks tertumpu kepada persekitaran, di mana perubahan akan

berlaku dan masalah persekitaran yang dihadapi.

• Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam

membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

Page 2: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

• Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh, penilaian konteks

ialah kerelaan objektif PSV dengan Falsafah KBSR/KBSM.

• Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi aspirasi negara,

masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam PSV, keyakinan guru

mengajar dan sikap guru dalam penerimaan perubahan.

• Dalam perancangan sesuatu program, masalah guru dan keyakinan guru untuk

mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira kerana guru

merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut.

• Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran

baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan

penuh semangat dan dedikasi.

• Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum

dari segi matlamatnya.

Penilaian Input

• Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu

pencapaian matlamat dan objektif program.

• Penilaian input dalam kajian ini ialah kemahiran dan pengetahuan guru,

peralatan, bengkel, kemudahan, jadual dan peruntukan waktu mengajar,

peruntukan kewangan dan peranan pengetua.

• Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada

kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1991).

• Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua,

penolong-penolong kanan dan penyelia petang dalam menyusun jadual waktu

agar ia sesuai dengan kehendak guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

• Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru

terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Penilaian Proses

• Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai

objektif dan matlamat program.

• Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan

program.

• Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-

guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh

guru.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV

berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman.

• Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main

peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.

• Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi pelajar

pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan

kemahiran dan amalannya dalam kehidupan sehari-harian.

• Sungguhpun program untuk mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan

kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan

keputusan yang agak memeranjatkan.

• Yarger (1977), mendapati kebanyakan guru menggunakan teknik yang sama,

iaitu pengajaran secara kuliah yang pada keseluruhannya tidak dijalankan

dengan berkesan.

• KajianFullan (1992) pula menunjukkan guru-guru terlalu bergantung kepada

beberapa strategi pengajaran yang terhad seperti perbincangan, pemerhatian,

kuliah dan laporan murid, sedangkan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dan

penggunaan makmal kurang dimanfaatkan.

Page 4: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Penilaian Produk

• Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan.

Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar,

pencapaian objektif Kemahiran Hidup.

• Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian

matlamat pengajaran dan pembelajaran.

• Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990), menyatakan bahawa

sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorakkan pengajaran di dalam bilik

darjah.

• Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang pengaruhi

pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.

• Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat

menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

• Banyak kajian menunjukkan tentang sikap pelajar sebagai faktor yang

mempengaruhi pencapaian sesuatu mata pelajaran.

• Kajian mengenai minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran PSV amat

sedikit.

• Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang dibuat tentang pengaruh sikap dan

kaitannya dengan pencapaian akademik dalam beberapa mata pelajaran.

• Kajian yang dibuat oleh Taha (1977) dipetik dari Normawati (1992), tentang

persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik pelajar membuktikan

bahawa sikap pelajar yang positif berkait rapat dengan pencapaian yang positif

juga.

Page 5: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Pendekatan Dbea (Discipline Based Art Education

Pendekatan DBAE merupakan satu Konsep kurikulum yang lebih bercorak

akademik  dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin

Pendidikan seni berteraskan Pendekatan DBAE ini terbahagi kepada 4

bahagian.

Bahagian Pertama Produk Seni

Bidang atau disiplin ilmu yang menegaskan tentang tatacara, kaedah dan proses

menghasilkan karya atau produk seni

Menggunakan proses artistik atau disebut juga sebagai proses kreativiti sebagai

cara menghasilkan karya

Terdapat beberapa aspek di peringkat kajian dan penerokaan dalam bidang ini

yang dapat memberi pengalaman kepada pelajar

MENGHARGAI SUMBANGAN ARTIS

BERPENGALAMAN

BELAJAR DARI PENGALAMAN SEJARAH DAN WARISAN

MEMBINA DAN MEMPERKEMBANGKAN

KUALITI SAHSIAH

MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI

BELAJAR MELAHIRKAN PERNYATAAN DIRI

PERINGKAT-PERINGKAT

DALAM BIDANG INI

Page 6: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh  membantu pelajar berfikir secara

bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta

imej yang mempunyai tenaga eksprasif,coherence, celik akal dan pandai

mencipta

Bahagian Kedua Sejarah Seni

Bidang sejarah memusatkan pengajian tentang peranan para artis dan

sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni itu sendiri serta

pengaruhnya terhadap peradaban budaya bangsa

Disiplin sejarah seni  boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya

seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia

dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar

memahami  bentuk-bentuk tamadun merentasi dimensi masa dan ruang serta

bangsa  secara perbandingan.

Beberapa aspek dan peringkat mempelajari sejarah seni adalah seperti yang

ditunjukkan oleh graf berikut:

Bahagian Ketiga Kritikan Seni

Disiplin kritikan menumpukan penekanan kandungan mengenai persepsi,

deskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian terhadap karya/produk

Pengalaman mengenai disiplin ini akan dapat dicapai melalui aktiviti

pemerhatian, penganalisaan dan penilaiaan terhadap karya seni dan faktor-

faktor yang berkaitan dengannya

Pengalaman mengenai disiplin ini juga boleh dicapai dan dipertingkatkan melalui

pembacaan laporan, penulisan, komentar dan sebagainya yang diperkatakan

atau ulasan oleh para artis, pemerhati seni, budayawan, sejarahwan dan

pengkritik seni

Page 7: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Komponen asas Kritikan Seni

1. APA: Memerlukan jawapan secara persepsi dan deskripsi

2. MAKNA: Memerlukan jawapan secara analisa atau intepretasi

3. NILAI: Memerlukan jawapan secara pertimbangan dan penilaian

Kritikan seni melibatkan aktiviti pemerhatian yang teliti tentang karya seni. Iaitu

keupayaan menilai, membeza dan membanding antara karya dengan mengambil

pertimbangan pelbagai aspek seperti sosial, budaya sejarah dan sebagainya

Disiplin kritikan juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi

masyarakat terhadap seni iaitu “apa orang lain kata”

Melalui kritikan seni akan boleh membantu keupayaan  pelajar melihat, bukan sekadar

memandang sahaja, tetapi melalui keupayaan melihat dengan teliti  boleh menbina

kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat

didalamnya  berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Bahagian Keempat Estetik

Disiplin estetika pula merupakan satu disiplin yang baru diperkenalkan dalam

kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti

sesuatu yang kita lihat

Perbicangan estetik membicarakan pelbagai faktor dalam aspek anthropologi,

falsafah, sosiologi, psikologi dan aspek sifat semulajadi seni

Membicarakan tentang definisi dan ciri signifikan mengenai seni

Estetik membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu

membuat pertimbangan mengenai seni

Latihan berasaskan inikuiri (Inquiry based-

training)

Page 8: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Berfokus pada murid, minat, penilaian,

munasabah, teknik pemikiran kritikal.

“art is used as an instrument to teach other subjects, rather than as an end in

and of itself.” – seni dijadikan instrumen untuk mengajar subjek lain dan bukan

hanya pada subjek seni.

Pendekatan Chapman

Pendapat Chapman 1986- merangkumi 4 aspek utama iaitu :

i. pemerhatian

ii. penerokaan

iii. penghasilan

iv. apresiasi dan perlanjutan.

Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan Behaviourisme

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan

Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai

intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah

disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar.

Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov,

Thorndike, Skinner dan John B. Watson.

Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan

bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan

Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran

kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia

untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada

dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi

Page 9: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah

kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan

jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan

meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya.

Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal

bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan.

Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan.

Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga

pemikiran perlu dipertimbangkan.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham

Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan

nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau

telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses

persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan

untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan

mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar

untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam

proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan

di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil

pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.

Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan

menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik

darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan

memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu,

memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri

pelajar berlaku secara positif.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan

mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan

bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya

ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang

spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas

Page 10: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada

pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu

pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau

ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan

juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan

unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan

dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan

Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu

dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran

penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh

itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan

kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya.

Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan

proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses

tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik

akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar

mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu,

pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat

penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang

semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu

dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir

yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab

dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah

adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada

Page 11: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek

komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai

motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah

pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi,

matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik

ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah

laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia

untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai

keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada

gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran

guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan

jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat

supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus

lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus

mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja.

Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik

perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang

penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi

yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan

bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan

mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan

berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan

daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J.

1986)

Page 12: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi 

Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di

dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan

pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka

dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam

Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih

ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina

sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan

lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan

atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.

Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran.

Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu

menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil.

Ahmad Shalaby, 1976; ms 33

Pendekatan Teori Permodelan Bandura

Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura

kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan,

keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah

pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah

laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang

diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan

teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil

pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.

Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui

penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh

menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman

dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam

Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di

Page 13: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru

tingkah lakunya.

Pendekatan Pembelajaran Gagne

Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan

maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam

Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis

rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat

ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara

berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 )

lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang

dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu

matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan

penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan

masalah dalam sesuatu situasi baru. Mereka akan menggunakan kaedah penemuan

dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam

proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat

hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat

rumusan.

Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah

dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam

pengajaran konsep iaitu:-

• menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting

• menghuraikan istilah penting dan definisi konsep

• memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama

• menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Page 14: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah

yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum

dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau

penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan

seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia

dan pemikiran, pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk memahami susunan,

pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan pemikiran

metakognitif.

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara

melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman

pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan

pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan.

Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk

melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya.

Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar

melihata pertalian antara ransangan yang berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan

penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang

membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan

kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru

perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar

boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara

konsep-konsep.

Pendekatan John a micheal

Page 15: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Pendekatan Secara Logik

 Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek

semata-matadan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang

melihat sesuatukarya seni tersebut.

Secara Penerangan:

membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-

nilaiestetika dan pengaruh.

Secara Pemerhatian:

Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

Secara Perbandingan:

Analisa, penilaian perbandingan antara satudengan yang lain serta

menimbulkanperasaan.

Secara Penghasilan:

Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai khas,kepuasan,

menghubungkan diri konsep danzaman.  

Pendekatan Secara Psikologi

 Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan

peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan

penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan

satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan dapat

memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah

terhadap bahan sertaalat yang digunakan. 

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

- Secara perbincangan dan perbandingan.

- Secara proses inkuiri atau penemuan.

Page 16: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

- Secara kritikan mengenai lukisan /hasil kerjaseni.

- Secara menyediakan setting / set induksi.

- Secara membesarkan gambar.

- Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

- Secara aktiviti permainan seni.

- Secara lawatan / pameran.

- Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

Strategi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kajian Masa Depan

Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global

memberikan satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini,

maka generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk

merenung hari esok agar generasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk

menghadapi cabaran dan perubahan.Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan

Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan

mew ujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta

boleh menerima dan menangani segala perubahan. Pengajaran berasaskan Kajian

Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa

depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku.

Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku. Rasional

pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani sebarang

cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak

dijangka.

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar

lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa

kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat,

serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan

berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

Page 17: Pendekatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P

pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu

berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan

termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan

penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan

kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi

seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian,

dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk

berikut :

Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi

Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan.

Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel

Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.