modul kem ibadah dakwah bil hal 2013

Upload: razki-malik

Post on 19-Oct-2015

182 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

MODUL KEM IBADAH DAKWAH BIL HAL 2013

TAJUK MODUL: Ice BreakingMASA: 1 JamOBJEKTIF: a) Mengenali ahli kumpulan dan fasilitator masing- masing.b) Mewujudkan sikap keterbukaan , bertanggungjawab dan mesra antara satu sama lain.c) Meningkatkan keyakinan diri dan semangat berkumpulan.Fasilitator : KUMPULAN 1 : .. KUMPULAN 2 :.. KUMPULAN 3 :.. KUMPULAN 4 :..

LANGKAH PELAKSANAAN:1. Murid beratur dalam dua barisan (lelaki dan perempuan ) mengikut sekolah masing- masing. Sehelai kertas warna diedarkan kepada setiap murid. Terdapat 4 warna yang mewakili kumpulan masing- masing. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang ahli.Warna merah kumpulan 1Warna biru- kumpulan 2Warna hijau- kumpulan 3Warna kuning- kumpulan 4

2. Tanpa bersuara murid mencari ahli kumpulan masing-masing mengikut kertas warna yang diberi. Masa : 5 minit3. Setelah berjaya mengumpulkan ahli, semua kumpulan berkumpul dan memulakan sesi taaruf bersama fasillitator dan ahli- ahli kumpulan. Murid pertama perlu memperkenalkan diri dengan menyebut nama, sekolah, tahun, cita- cita, minat atau hobi dan lain- lain yang berkaitan. Murid kedua perlu menyebut nama rakan yang pertama sebelum memperkenalkan diri. Murid ketiga pula perlu menyebut nama rakan pertama dan kedua sebelum memperkenalkan diri dan begitulah seterusnya.10 minit4. Semua kumpulan diberikan sehelai kertas mahjung dan marker. Setiap ahli perlu berbincang untuk memilih nama kumpulan dan motto/ cogan kata serta menulisnya pada kertas mahjung disediakan. (15 minit )5. Sesi pembentangan. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil perbincangan masing- masing. Masa diberi : 5 minit satu kumpulan. MODUL KEM IBADAH DAKWAH BIL HAL 2013

TAJUK MODUL: HALAQAH AL-QURAN.MASA: 30 MINITOBJEKTIF: 1. Membaiki cara bacaan al-Quran. Murid dapat membaca dengan sebutan dan tajwid yang betul.2. Mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.

LANGKAH PELAKSANAAN:HALAQAH 1: BACAAN AL-FATIHAH DAN AYAT- AYAT LAZIM.1. Murid membentuk 2 bulatan ( lelaki dan perempuan ). Murid membuka al-quran ( surah al-Fatihah). 2. Murid membaca ayat demi ayat mengikut fasilitator. Tasmik sebutan dan bacaan murid.3. Begitu juga dengan ayat- ayat lazim.HALAQAH 2 : BACAAN SURAH AL-WAQIAHSurah Al-Waqiah adalahsurah yang ke -56di dalam Al-Quran, terletak padajuzuk ke 27dan terdiri dari96 ayat.Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat padaayat pertamasurah ini, yang ertinyakiamat.Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkantentang hari kiamat, balasan yang diterimaoleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan jugapenciptaanmanusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagaibukti kekuasaan Allah SWTdan adanya hari berbangkit...Al-Waqiah Surah KekayaanSurah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.Saad Al Muftimengatakan, bahawa hadis ini sahih.Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya..2. Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.3. Daripada Ibnu Masud r.a., Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.(HR: Al- Baihaqi)4. Rasulullah SAW bersabda:Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surahKekayaan.(Hadis riwayat Ibnu Ady)5. Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang membaca surahAl-Waqiah setiap malammaka diatidak akan tertimpakefakirandankemiskinanselamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia danajarkankepada anak-anakmu semua..Menurut fatwa sebahagian Ulama katanya:Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak40 kali, selama 40 haripula, maka Allah akanmemudahkan rezekinyadengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.

Langkah pelaksanaan:1. Penerangan ringkas oleh Ketua bacaan ( imam ) tentang kelebihan dan fadhilat surah al-waqiah.2. Murid membentuk dua bulatan.3. Bacaan secara serentak didahului oleh ketua bacaan.HALAQAH 3 : SURAH YASIINKelebihan dan Fadhilat ;Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Bacalah surah Yasin karena ia mengandungi keberkatan.Yaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar dari pada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qur'an itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali .

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkanAllah- , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangka-n jenazahnya.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :

Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang dari pada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik.Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT."Langkah pelaksanaan:1. Penerangan ringkas oleh Ketua bacaan ( imam ) tentang kelebihan dan fadhilat surah al-waqiah.2. Murid membentuk dua bulatan.3. Bacaan secara serentak didahului oleh ketua bacaan.

LATIHAN DALAM KUMPULAN LDK 2. (BLACK AND WHITE )OBJEKTIF :1. Murid dapat mengenalpasti perbuatan yang halal ( white ) dan haram (black) dalam Islam.2. Menjana idea dan kreativiti untuk mereka bentuk buku skrap yang menarik.3. Melatih sifat kepimpinan, tanggungjawab dan bekerjasama dalam satu kumpulan.BAHAN/ PERALATAN :1. Kertas putih saiz A4 ( 5 helai setiap kumpulan ) disediakan2. Pen/ marker dan warna pensil. (bawa sendiri )3. Gam dan gunting ( bawa sendiri )4. Stapler -disediakanLANGKAH PELAKSANAAN1. Setiap kumpulan diberikan gambar- gambar perbuatan baik dan jahat. Murid perlu menggunting dan menampal pada kertas diberi dengan mencatat sama ada perbuatan itu halal atau haram. 2. Murid juga perlu menulis sekurangnya 3 langkah pencegahan perbuatan haram tersebut.3. Murid boleh menghias mengikut kreativiti masing- masing.

LDK 3 : Peribadi MuslimOBJEKTIF :1. Memahami tentang adab- adab dalam Islam dan kepentingannya dalam kehidupan seharian.2. Boleh membaca doa- doa dalam kehidupan seharian.LANGKAH PELAKSANAANFasillitator memberi penerangan ringkas tentang perlunya beradab dan mengamalkan tatacara hidup yang dianjurkan Islam.1. Sumbang saran adab- adab tidur yang telah diketahui.2. Murid membaca doa bangun tidur secara individu.3. Sumbang saran adab keluar rumah dan menaiki kenderaan.4. Membaca doa keluar rumah dan menaiki kenderaan secara kumpulan dan individu.5. Menyenarai adab- adab dengan guru.6. Membaca doa- doa sebelum belajar.7. Menyenarai adab-adab masuk rumah.8. Membaca doa masuk rumah.9. Sumbang saran adab- adab makan.sebelum, semasa dan selepas makan)10. Membaca doa makan dan doa selepas makan.

NOTA RUJUKAN:ADAB BANGUN TIDUR.Bangun tidur merupakan sebuah nikmat yang sering dilupakan dan dipandang remeh oleh kebanyakan manusia. Mengamalkan berbagai adab bangun tidur merupakan cara terbaik untuk mensyukurinya. Berikut adalah beberapa adab dan sunnah yang diajarkan Rasulullah saw bagi orang yang bangun tidur.1.Berupaya untuk bangun sebelum terbitnya matahariTerbitnya matahari adalah batas berakhirnya waktu Shubuh. Oleh karena itu sebagai seorang Muslim kita harus berupaya untuk bangun sebelum terbitnyamatahari dan yang terbaik adalah sebelum masukknya waktu Shubuh. Syaidina Abdullah bin Masud ra menceritakan bahwa pernah dibahas di hadapan Nabi saw tentang seseorang yang tidur samapi terbitnya matahari dan tidak menunaikan shalat, maka Rasulullah saw bersabda :Setan telah buang air kecil di telinganya. (HR. Bukhari dan Muslim)2.Mengusap wajah dengan tanganHal pertama yang dilakukan seseorang ketika bangun tidur adalah duduk dan mengusap wajahnya dengan kedua telapak tangannya guna menghilangkan bekas-bekas tidur (kantuk), sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah saw dan diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah bin Abbas dalam Sahih Bukhari dan Muslim.3.Membaca Doa Bangun tidurRasulullah saw telah mengajarkan beberapa doa untuk dibaca saat bangun tidur, di antaranya adalah sebagai berikut :Doa pertama :Alhamdulillahilladzii ahyaanaa badamaa amaa tanaa wa ilaihinnusyuurSegala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya Dia mematikan kami dan kepada-Nyalah kami kelak dikumpulkan. (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ahmad)4.Bersiwak (Gosok Gigi)Sayidah Aisyah rha menceritakan bahwa setiap kali bangun tidur, baik siang maupun malam, Rasulullah saw senantiasa bersiwak (gosok gigi), sebelum berwudhu. (Diriwayatkan oleh Ahmad)5.Cuci TanganSaat tidur, kita tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kita, oleh karena itu, Rasulullah saw mengajarkan agar bangun tidur kita mencuci kedua tangan kita terlebih dahulu dan tidak memasukkan kedua tangan tersebut ke dalam bak mandi, serta tidak juga memegang makanan dengannya. Rasulullah saw bersabda :Jika salah seorang di antara kalian bangun tidur, hendaknya ia mencuci tangannya sebelum memasukkannya ke air yang akan ia gunakan untuk berwudhu. Sebab, salah seorang di antara kalian tidak mengetahui di mana tangannya tidur (tidak mengetahui apa yang diperbuat tangannya saat tidur). (HR. Bukhari dan Muslim)6.Berwudhu dan shalat sunnahWudhu setelah bangun tidur akan mengusir rasa kantuk yang tersisa dan menjadikan tubuh segar dan hari bersemangat. Rasulullah saw bersabda :Syaitan mengikat ubun-ubun salah seorang di antara kalian apabila dia tidur, dengan tiga ikatan. Setiap ikatan tertulis kalimat : malam masih panjang maka tidurlah! Apabila dia bangun lalu berdzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Apabila ia berwudhu, maka lepaslah satu ikatan lagi. Apabila di melaksanakan shalat, maka lelpaslah semua ikatan itu. Sehingga dia menjadi seorang yang bersemangat dan memiliki jiwa yang baik. Jika tidak, maka ia menjadi pemalas dan buruk jiwanya. (HR. Bukhari dan Muslim).7.Tidak menyimpan dengki dan dendamHal terpenting yang harus diperhatikan setiap kali bangun tidru adalah kebersihan hati. Seorang Muslim hendaknya bangun tidur dengan hati yang bersih, tidak menyimpan permusuhan, dendam dan dengki kepada Muslim yang lain. Rasulullah saw bersabda kepada Anas bin Malik :Duhai anakku, jika engkau mampu berpagi dan bersore hari sedangkan di dalam hatimu tiada rasa dengki kepada seseorang, maka lakukanlah. (HR. Tirmidzi)

15