melatih komunikasi dengan bercerita

3

Click here to load reader

Upload: mohd-asmadi

Post on 12-Aug-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

for all

TRANSCRIPT

Page 1: Melatih Komunikasi Dengan Bercerita

Melatih Komunikasi dengan Berceritaby iin utami ·

Anak umumnya senang mendengarkan cerita atau menceritakan sesuatu yang membuatnya

tertarik, sehingga Anda bisa mengajak anak melatih komunikasi dengan bercerita. Bercerita bisa

dilakukan secara dua arah, bisa Anda yang bercerita kepada anak, atau meminta anak bercerita

kepada Anda.

Bercerita kepada anak biasanya sudah dimulai sejak anak berusia dini. Saat anak masih bayi,

membacakan cerita akan melatih bayi untuk cepat berkomunikasi secara verbal. Dalam bercerita

kepada anak, Anda bisa memasukkan norma dan nilai kehidupan pada anak, atau memberi

kesempatan anak untuk menggunakan imajinasinya. Pada umumnya anak akan menggunakan

imajinasinya untuk menempatkan dirinya sebagai tokoh protagonis yang berhasil memecahkan

masalah. Inspirasi cerita Anda bisa berasal dari cerita klasik anak, film anak-anak, buku anak-

anak, atau pengalaman Anda saat kecil.

Dalam melatih berkomunikasi dengan bercerita, berikan contoh berbahasa yang baik agar anak

meniru bagaimana cara berbahasa yang baik dan jelas untuk mengungkapkan apa yang ingin

dikatakannya. Anak juga bisa diajak mendiskusikan apa yang Anda ceritakan kepadanya,

sehingga anak akan terbiasa berkomunikasi dua arah dengan Anda. Gunakan bahasa yang mudah

dimengerti, agar terjalin komunikasi yang baik dengan mereka.

Melatih komunikasi melalui bercerita juga bisa dilakukan dengan meminta anak bercerita kepada

Anda. Ajaklah anak untuk bercerita atau mendongeng tentang sesuatu yang menarik bagi

mereka, atau menceritakan apa yang mereka rasakan, pikirkan dan bayangkan. Dengan

mendengarkan anak bercerita, anak akan tahu bahwa Anda bersedia mendengarkan dan

memahaminya. Cara ini tidak hanya melatih anak untuk berkomunikasi dengan baik, tetapi juga

menumbuhkan kepercayaan diri pada anak sehingga mereka tidak malu atau ragu untuk

mengungkapkan sesuatu. Hal ini akan meningkatkan hubungan anak dengan Anda.

Dapat disimpulkan bahwa sangat banyak manfaat bagi anak melalui melatih komunikasi dengan

bercerita. Tak hanya melatih anak untuk mampu berkomunikasi dan mengungkapkan apa yang

mereka pikirkan atau rasakan, rasa percaya diri mereka juga akan meningkat, dan hubungan

antara anak dan orangtua akan lebih dekat dan mesra.

Oleh A Kadir Jasin

Page 2: Melatih Komunikasi Dengan Bercerita

Menyambung cerita kebaikan bercerita, saya hendak bercerita sedikit lagi mengenai amalan bercerita di negara maju, semoga menjadi ilham dan contoh kepada kita. Di negara kita, tradisi bercerita ini kalau masih hidup pun hanya tertumpu pada sebilangan kecil anggota kelas menengah, terutama yang terdedah kepada pendidikan Barat atau yang meneladani aspek positif orang Barat.Di negara Barat, amalan ini diteruskan sama ada kerana kebiasaan atau desakan sistem pendidikan. Di Switzerland, misalnya membaca buku atau bercerita kepada anak-anak sangat diutamakan.Kanak-kanak tidak diajar menulis dan membaca sehingga mereka masuk sekolahrendah ketika berumur enam tahun. Di kelas tadika, mereka diajar kemahiran sosial dan kecekapan tangan.Mereka diajar bermain di dalam dan di luar bilik darjah, diajar bergaul dan dibawa berjalan ke tempat-tempat penting, seperti balai polis, balai bomba, taman, sungai, dan tasik. Mereka diajar menyeberang jalan dan tolong-menolong.Ibu bapa pula tidak dibenarkan mengajar anak mereka menulis dan membaca. Mereka digalakkan membaca dan bercerita kepada anak dan berkomunikasi sepanjang masa. Menonton televisyen dan mainan komputer diselia dan dihadkan.Tidak hairanlah anak mereka fasih bertutur, suka bertanya sejak kecil dan cekap menggunakan tangan. Apabila dihantar ke sekolah rendah, gabungan sistem pengajaran di rumah, di kelas tadika, dan kaedah pembelajaran yang mantap, kanak-kanak tahun pertama boleh menulis dan membaca dengan baik selepas enam bulan.Kini, oleh sebab anak kita tidak didedahkan kepada penceritaan, mereka bukan sahaja tidak pandai bercerita apabila bersekolah, malah banyak yang tidak suka membaca buku cerita. Walaupun saya lahir dan membesar dalam persekitaran yang serba kekurangan dan buta huruf berleluasa, saya bernasib baik dikelilingi oleh buku, majalah dan akhbar kerana Allahyarham ayah saya gemar membaca dan mengutamakan pembacaan.Saya sangat beruntung kerana gabungan antara pendedahan kepada tradisi bercerita ketika kanak-kanak dan pembacaan yang meluas menyebabkan membaca, berartikulasi, bercerita, dan berpidato menjadi sesuatu yang mudah dan semula jadi kepada saya.Membaca ialah pengembaraan minda. Lama sebelum saya berpeluang menjelajah di dalam dan di luar negara, saya sudah sampai ke banyak tempat dan mempelajari mengenai banyak perkara dengan membaca.Menyambung cerita, saya ingin membawa pembaca ke tebing Sungai Pendang di Kedah. Ketika saya kanak-kanak, sungai itulah sungai paling gah yang saya kenali. Sekali gus sungai itu berguna dan berbahaya. Sungai yang memberi penghidupan dan sungai yang meragut nyawa.Bagi saya ketika itu, Sungai Pendanglah sungai paling luas, menakutkan, dan menuntut dihormati. Memang betul pun. Airnya masih pasang surut. Ada lubuk yang sangat dalam dan air tebing melimpah hingga berbatu-batu pada musim bah. Sekali-sekala buaya menyerang manusia dan haiwan ketika mandi-manda atau bersampan. Tidak hairanlah kalau pawang buaya sangat dihormati dan diperlukan.Di pinggir sungai itulah saya dilahirkan dan dibesarkan. Pada musim hujan, airmelimpah tebing dan kampung saya tenggelam berminggu-minggu lamanya. Tetapi kehidupan berjalan seperti biasa.Kita tidak berpindah kerana rumah kita bertiang tinggi, ada yang sampai enam kaki. Yang tidak ada perahu, membina rakit. Pada musim kemarau, air masin naik berbatu-batu melepasi kampung saya apabila air pasang besar. Bersama-samanya naiklah ikan siakap dan sembilang yang lazimnya hidup di muara.Kini, kerana pembangunan dan teknologi, sungai itu walaupun tidak mati, sudah layu dan lesu. Tebingnya dikepung tembok penahan banjir dan mengalir masuk ke Sungai Kedah tidak jauh dari Pekan Tajar.Oleh sebab sebuah pintu air sudah dibina di muara Sungai Kedah di satu tempat bernama Ampang Jajar, aliran pasang surutnya telah terganggu. Lumpur dan rumput-rumpai tidak lagi mengalir ke laut. Akibatnya, ditimbus lumpur. Tumbuh-tumbuhan air seperti kiambang,

Page 3: Melatih Komunikasi Dengan Bercerita

menderung (Cyperus malaccensis) dan kangkung tumbuh meliar dan menutupi permukaannya.Tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya mengenai betapa kerdilnya Sungai Pendang apabila pada awal tahun 1990-an, saya terbang melintasi muara sungai De La Plata di sempadan Argentina dan Uruguay. Kini, Sungai Pendang tidak lebih daripada longkang besar yang kotor dan hanyir airnya.Saya bertanya diri sendiri, apakah zaman perlu berubah semata-mata kerana masa berlalu? Apakah perlu kita mengabaikan dan memusnahkan alam semula jadi anugerah Ilahi atas nama pembangunan dan kemajuan? Sepatutnya tidak.

____