lnagkah mengatasi gelaja sosial

21
CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menangani permasalahan di kalangan remaja. Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara berhikmah. Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang dipimpin secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika para remaja melihat

Upload: jiljungjug

Post on 11-Jul-2016

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di

kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun

ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah

dan pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak

tertentu untuk menangani permasalahan di kalangan remaja.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa

dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di

rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak

remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang

permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi

kehidupan yang semakin mencabar.

Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial

remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati

terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan

memberi nasihat secara berhikmah.

Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang

dipimpin secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika

para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja

akan memperbaiki tingkah laku mereka.

Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan

remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan

minda seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat

meningkatkan harga diri remaja.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan

remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai

Page 2: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk

remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat

diamalkan oleh golongan remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah

satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-

undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung

perlakuan negatif tersebut.

 

Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme dalam kalangan PelajarEra digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan

negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian

meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia,

salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah

masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan

sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-

langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan

dengan segera.

Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah

vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke

dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi

agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus

menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya,

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu

menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan

anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka

dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah

vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka

terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut

Page 3: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap

proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.

Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah

vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di

tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala

negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal

undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme.

Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat

di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini

dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam

kalangan pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas

terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam

kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau

dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat

dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus

mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat

dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi

turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani

masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu

bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu dan

melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini. Jika

hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi,

duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini,

negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Page 4: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat dari perbuatan

devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala

sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil.

1.0 Peranan Ibubapa

Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-

cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang

menyumbang kepada kebejatan masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.

Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah

Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang

Page 5: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan

tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap

anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-

anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah

tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita Harian

Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa

akibat dari kesibukan kedua ibubapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan

sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak

diambil tindakan. Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu

ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan

anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral

yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian

bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap

positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak

terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip

akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,

sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi

role model kepada anak.

2.0 Peranan Pihak Sekolah

Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di

Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang boleh diambil

dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak

sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-

aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan

komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di

sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di

Page 6: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah

dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak

berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir

sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil

kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah

perundangan, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti

kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam

membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya

kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan

pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang

lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang

bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan

positif. PIBG janganlah jadi umpama “Kucing tak bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi”

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di

Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan

oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai

fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah

boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,

meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau

petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau

peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara

sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh

akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati

peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard

layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self-

criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki

prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi

agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul

tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum

atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan

Page 7: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang

merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang

baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi

untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah

mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith

diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di

dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji

seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi

pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.

Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah

lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan

sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan

sebagainya. Firman Allah :

ه من رحمة فبما ا كنت ولو لهم لنت الل حولك من النفضوا القلب غليظ فظ

"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.

Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah

Ali Imran : ayat 159)

3.0 Peranan Media Massa

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di

Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu mekanisme

yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan

keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di

dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media

massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24

jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial

yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-

Page 8: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang

selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan

rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-

nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,

guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing,

meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang

lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan

mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination dan

imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet,

multimedia dan sebagainya.

4.0 Peranan Rakan Sebaya

Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial

Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara agen sosial

yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan

sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan

"sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai

dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran

mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan

dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan

generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972)

menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang

generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :

• kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan

para penjaga mereka

• kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka

lakukan

• wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa

dan penjaga mereka.

Page 9: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok

sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan

di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu

lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan

kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa.

5.0 Peranan Rumah Ibadah

Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial

Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling

penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara

berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di kota-kota besar

dunia kewujudan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada

pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam.

Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam

meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya,

cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara

pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al

Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan

akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu

yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah.

Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan

imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan

manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran

Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh

dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah

umat . Antaranya ialah:

Page 10: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Di dalam menangani permasalahan remaja ini, adalah tidak wajar untuk kita menyalahkan mana-mana pihak secara total. Oleh yang demikian, seluruh masyarakat tidak kira sesiapa pun haruslah memainkan peranan dalam memastikan remaja masa kini memiliki nilai moral yang terpuji, bertanggungjawab dan  berdedikasi. Secara ringkasnya adalah dicadangkan pihak-pihak berikut memainkan peranannya :

1. Peranan Ibubapa

Zaman remaja adalah zaman yang penuh pancaroba. Maka, ibubapa seharusnya memahami keadaan ini dan menyesuaikan diri dengan pengaruh emosi anak-anak mereka. Mereka haruslah membina hubungan yang mesra dengan  anak-anak untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia yang akan membentuk masyarakat penyayang seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ibu bapa juga perlu menjadi model kepada anak-anak mereka. Didikan agama dan duniawi yang seimbang boleh menjadi pedoman dalam hidup mereka agar mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara yang akan mereka lakukan.

2. Peranan Guru Guru ialah orang kedua yang paling hampir dengan remaja. Mereka hendaklah menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya pelajar-pelajar dapat diasuh dan dibimbing ke arah keperibadian tinggi dan mempunyai sifat-sifat mulia.

3. Peranan Masyarakat Setiap ahli masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membanteras masalah sosial yang berlaku. Masyarakat yang bertindak sebagai pemerhati harus peka dalam memberikan nasihat yang sepatutnya kepada remaja kita yang bertindak liar. Sikap individualistik yang ada pada diri kita perlulah dikikis , dan sikap penyayang perlu ditanamkan dalam diri setiap anggota masyarakat.

4. Peranan Media Massa Pihak media perlu memainkan perannya baik media cetak ataupun elektronik . Akhbar dan majalah hendaklah memperbanyakkan bahan-bahan yang lebih bercorak ilmiah. Begitu juga dengan televisyen hendaklah lebih banyak menayangkan filem-filem yang boleh merangsang pembinaan insan yang baik.

5. Peranan remaja sendiri

Page 11: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Remaja perlu mengubah pandangan dan sikap mereka supaya lebih prihatin dan dapat menyesuaikan diri dengan nilai dan norma yang ditetapkan oleh agama. Kebebasan tetap ada tetapi harus pandai menyesuaikannya dengan nilai-nilai  dan norma-norma yang baik.

Kesimpulannya, kekacauan dan masalah yang berlaku dalam masyarakat dan negara pada hari ini boleh dikatakan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana apa yang telah kita dapat lihat di sini , jenayah etika begitu berleluasa berlaku. Manusia sudah mula melupakan batas-batas agamanya dan mewah di adalam mengejar keseronokan duniawi. Nilai-nilai etika yang sepatutnya tersemat di dalam diri individu sudah terhakis. Oleh itu, sesebuah masyarakat iaitu hendaklah sama-sama berganding bahu membanteras gejala-gejala negatif daripada terus berlaku kerana keharmonian dan keamanan sesebuah negara bergantung kepada sikap dan situasi masyarakatnya.

3.0.3  Ponteng Sekolah 

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial  yang baru di  kalangan 

pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian 

Pendidikan  menunjukkan  pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan  

iaitu 32092 orang  pada tahun 1993, 154305 (1995)  dan 80937 pada 1997. Pelajar 

sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal 

pasti  sebagai kumpulan majoriti  yang terbabit dengan gejala  ponteng. Daripada  

keseluruhan  pelajar  yang dikenal pasti terbabit dengan  masalah ponteng, kira-kira 

97 peratus adalah dari kalangan  pelajar lelaki dan baki 3 peratus  adalah pelajar 

perempuan. 

 Menurut Setiausaha  Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd 

Khir , masalah ponteng lebih ketara  berlaku di kalangan pelajar  peringkat menengah 

iaitu tingkatan dua dan tiga  terutama  mereka yang bersekolah di kawasan bandar 

dan sekolah di pinggir bandar.  

 Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya  gejala ponteng di 

kalangan pelajar  sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada 

kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti 

Page 12: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

melepak di pusat hiburan,  pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber  dan 

terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. 

Sesungguhnya gejala ponteng sekolah  adalah masalah serius yang  perlu diberi 

perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu  dengan mengesan  punca 

pelajar terbabit dengan gejala itu dan  kaedah  yang berkesan  untuk 

menanganinya.. http://sitiazami.blogspot.my/2009/11/gejala-pelacuran-di-kalangan-

pelajar.html

.4 MEROKOK DAN PENYALAHGUNAAN DADAHMerokok!. Semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambar-gambar kesan daripada asap rokok tersebut. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi. Di mana-mana sahaja, kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini “cool” dan “trendy” di kalangan mereka. Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau pun luar biasa jika kita melihat pelajar perempuan, khususnya pelajar sekolah yang menggengam rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau mengeleng-gelengkan kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral perempuan yang merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mencegahnya.“Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur, remaja terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut mendapatkan ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan sehingga dikategorikan dadah stimulant (ATS).” - Keratan Harian Metro, Selasa, 4 September 2007. 

Petikan di atas menunjukkan selain daripada gejala merokok, penyalahgunaan dadah juga sudah semakin menular di kalanga pelajar terutamanya remaja dalam lingkungan umur belasan tahun. Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap

Page 13: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf otak yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya akan mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan berfikir dengan cepat selain sentiasa berasa gembira. Pil Norspan boleh dikategorikan ‘adik’ kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau syabu, kini dikesan kian popular dalam kalangan pelajar sekolah kerana mudah diperoleh di farmasi, klinik atau kedai sinse dengan hanya bermodalkan 50 sen. 

1.5 PONTENG SEKOLAH

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukan pelajar yang terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 37 092 kes pada tahun 1993 dan meningkat kepada 80 937 kes pada tahun 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 17 tahun dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan masalah ponteng kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan bakinya adalah pelajar perempuan. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.Oleh itu, marilah kita merenung sejenak memerihalkan faktor-faktor berlakunya isu-isu disiplin pelajar kini dan langkah-langkah yang wajib diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.

2.2.1 Penekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Perkara ini amat penting sekali agar apabila mereka dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah ditangkap melakukan

Page 14: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

perbuatan vandalisme dengan harapan bahawa peristiwa pisang berbuah dua kali dapat dicegah ataupun tidak akan mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga harus mengajar anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka apabila mereka ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain. Pihak ibu bapa sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan. Berkat kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, langkah ini dapat diibaratkan sebagai serampang dua mata.

2.2.2 Bimbingan dan KaunselingLangkah kaunseling dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh. Sesi kaunseling ini penting agar pelajar-pelajar yang menghadapi tekanan dalam pelajaran ataupun daripada rakan-rakan yang memaksa mereka melakukan perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman yang seterusnya mungkin dapat menyelesaikan masalah yang harus diharungi oleh pelajar tersebut. Seterusnya,bagi pelajar yang melakukan vandalisme,mereka juga mungkin menyedari kesalahan sendiri dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu selepas melibatkan diri serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang dapat dibuktikan bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib diambil.

2.2.3 Penguatkuasaan Undang-undangPenguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak Kerajaan. D bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme, 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain. 

2.2.4 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Page 15: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang lain sama seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa. 

2.2.5 Peranan Masyarakat dan Pihak SekolahSetiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak masyarakat perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. 

3.2.1 Peranan Institusi KekeluargaanInstitusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke peringkat remaja biasanya diasuh oleh pembantu rumah.Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. 

Page 16: Lnagkah Mengatasi Gelaja Sosial

Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.