kuliah 9.8.2012.ppt

13
 STRUK TUR LINGUISTIK OLEH: PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS  JABA T AN PENGAJIAN MELA YU IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

Upload: safiq-junaidi

Post on 05-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • STRUKTUR LINGUISTIKOLEH:PUAN NORHAYATI BINTI IDRISJABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

  • STRUKTUR LINGUISTIKFONETIKFONOLOGIMORFOLOGISINTAKSISSEMANTIK

  • FONETIKKajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat (Raminah Hj Sabran, 1984)Kajian tentang bunyi-bunyi ujar (Arbak Hj Othman, 1983)Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics - pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik.

  • FONETIKFonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik (Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006)

  • FONETIKFonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).- Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad, 2006)

  • Kesimpulannya, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). Dalam erti kata lain, fonetik mengacu pada artikulasi bunyi bahasa.

  • Para ahli fonetik telah berjaya menentukan cara artikulasi dari berbagai bunyi bahasa dan membuat abjad fonetik antarabangsa sehingga memudahkan seseorang untuk mempelajari dan mengucapkan bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunya. Misalnya dalam bahasa Inggeris ada perbezaan yang nyata antara bunyi tin dan thin, dan antara they dan day, sedangkan dalam Bahasa Melayu tidak seperti itu. Dengan mempelajari fonetik, kita akan dapat mengucapkan kedua-dua bunyi tersebut dengan tepat

  • LATIHAN(a)Terangkan kepentingan alat-alat artikulasi berikut ketika menghasilkan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu baku.(i)pita suara(ii) velum(iii) lidah(iv) bibir

  • Dengan menggunakan gambar rajah jelaskan penghasilan semua konsonan nasal bahasa Melayu baku.

    2.Jelaskan semua jenis plosif bersuara yang terdapat dalam bahasa Melayu baku. Huraikan jawapan dengan menyertakan gambar rajah dan contoh-contoh perkataan yang sesuai.

  • 3.(a) Apakah perbezaan antara diftong dan rentetan vokal? Huraikan jenis-jenis diftong dalam bahasa Melayu baku beserta contoh dan rajah.(b) Transkripsikan secara luas petikan di bawah ke dalam bahasa Melayu baku.

  • Proses ini berkaitan dengan pembentukan kata baharu dengan cara menyingkatkan sesuatu bentuk kata BM yang sedia ada (bentuk sumber) yang lebih sempurna kepada satu bentuk output lain yang pendek atau kecil. Biasanya bentuk sumber dan bentuk output yang singkat wujud seiring; namun masing-masing bentuk mempunyai penggunaannya atau fungsinya tersendiri. Corak yang sebenar penggunaan dua bentuk yang seiring ini (antara bentuk penuh dan bentuk yang singkat) memanglah memerlukan satu kajian yang terperinci.Sumber: Mashudi dan Syed Zainal Ariff (2006:1 34)

  • FONOLOGIFonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti :Bibir GigiGusi Lelangit kerasLelangit lembutAnak tekakLidahRongga tekak Rongga mulutRongga hidungParu-paruPeti suara dan pita suara

  • *Bunyi-bunyi Vokal Melayu