kritikan dan penafsiran sumber sejarah

Upload: kokmengcheng

Post on 03-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    1/7

    KRITIKAN DAN PENAFSIRAN SUMBER SEJARAH

    Pengenalan

    Sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang tidak asing lagi pada masa ini. Walaupun

    kepentingan dan masa depan subjek ini sering dipertikaikan, namun , terdapat pelbagai usaha untuk

    menjadikan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang setanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain.

    Perkataan sejarah diterbitkan daripada pelbagai istilah khusus seperti syajaratun yakni dalam bahasa

    Arab, dan history puladalam bahasa Inggeris. Menurut J.B. Bury, sejarah ialah sains, tidak kurang dan

    tidak lebih.[1] Pada pandangan R.G. Collingwood pula sejarah ialah pemikiran manakala E.H. Carr

    menyatakan bahawa sejarah itu merupakan suatu proses interaksi yang berterusan antara sejarawan

    dengan fakta-faktanya.[2] Melihat pengertian sejarah daripada sudut pandangan sejarawan menjadikan

    bidang ini merupakan satu bidang penyelidikan yang pada diri seseorang itu atau ahli sejarah itu perlu

    tahu sebelum layak atau mampu untuk mengemukakan fakta-fakta tentang sesuatu yang diperkatakan.

    Sejarah menuntut pengkajinya mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa melalui kajian yang

    sistematik serta penghujahan yang kukuh, logik dan objektif. Ahli sejarah perlu arif dan bijak dalam

    menentukan penggunaan sumber untuk dijadikan asas dalam penulisannya. Sehubungan dengan itu,

    ahli sejarah perlu mengetahui dan memahami apa itu proses kritikan sumber. Apakah yang diertikan

    dengan sumber dan kritikan itu ?. Benarkah kritikan sumber menentukan nilai hasil penulisan sejarah ?.

    Dengan wujudnya persoalan-persoalan ini, bidang sejarah menjadi satu subjek yang menuntut

    pemikiran ahli sejarah, bukan lagi setakat mengesahkan sesuatu fakta secara bulat-bulat tanpa

    penyelidikan terlebih dahulu.

    KRITIKAN SUMBER

    Makna sumber

    Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam penghasilan sesebuah

    penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu hasil kajian sejarah dapat

    membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu.

    Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, sumber ialah suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu

    pemikiran atau penulisan.*3+ Selain itu, terdapat beberapa definisi atau tafsiran lain yang merujuk

    kepada maksud sumber, antaranya seperti di dalam kamus Oxford English Dictionary, sumber atau

    source bererti sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang

    bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut.*4+ Sumber juga

    boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah yang berupa seperti dokumen, artifak, jurnal,

    buku catatan peribadi dan lain-lain yang tersimpan di arkib, perpustakaan, pejabat khas, muzium dansebagainya. Bahan-bahan ini secara langsung atau tidak langsung menjadi rujukan untuk tujuan

    penyelidikan bagi ahli-ahli sejarah mahupun pengkaji-pengkaji dalam mana-mana disiplin ilmu. Sumber

    terbahagi kepada 2 jenis, yakni sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diklasifikasikan

    sebagai bahan-bahan asli atau tulen seperti dokumen, surat (rasmi atau tidak rasmi), laporan, buku

    harian dan sebagainya yang belum ditafsir atau diperlengkapkan lagi.[5] Bahan-bahan yang

    dikategorikan sebagai sumber primer kerana keadaannya yang asli dan mengandungi maklumat asal

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    2/7

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    3/7

    yang didakwa dipalsukan yang telah menimbulkan pertelingkahan sesetengah ahli sejarah yang akui

    akan kebenarannya, padahal hakikatnya memang benar buku itu adalah palsu setelah ujian makmal

    dijalankan ke atas penggunaan benang polyester yang digunakan untuk penjilidan yang tidak pernah

    digunakan pada zaman pemerintahan Hitler. Manakala ujian bahasa penting untuk memastikan

    ketulenan sesuatu dokumen itu kerana gaya bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dari

    segi tatabahasa, ejaan, ejaan, tanda baca dan sebagainya.[12] Ujian-ujian ini tidaklah dilaksanakan oleh

    ahli sejarah semata-mata kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut.

    Ahli-ahli sejarah berperanan mentafsir kebenaran sesuatu sumber atau dokumen itu berdasarkan hasil

    ujian-ujian tersebut.

    Kritikan Dalaman

    Kesulitan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar daripada sumber-sumber adalah satu

    perkara yang tipikal dalam sejarah. Hal ini kerana fakta-fakta yang wujud dalam sesuatu sumber adalah

    nyata dan bisu, oleh itu, ahli sejarah perlu meneroka dengan lebih dalam lagi sumber-sumber tersebut

    untuk mendapatkan kebenaran yang hakiki tentang sesuatu kejadian. Justeru, lahirlah satu proses dalam

    penyelidikan sejarah iaitu proses kritikan dalaman yang bertujuan untuk memastikan kerasionalan dan

    kemunasabahan yang terdapat dalam isi kandungan sesuatu sumber itu.[13] Selain itu, proses ini

    bertujuan untuk menjamin bahawa setiap fakta yang diambil daripada sumber-sumber boleh

    dipertanggungjawabkan dan disahkan oleh ahli sejarah.*14+ Menurut Profesor Kitson Clark, tidak ada

    dokumen, dan tidak ada penyataan, rasmi atau bukan rasmi, yang tidak boleh disangsi. Kesangsian yang

    terbit dalam pemikiran ahli sejarah adalah penting terhadap kajiannya ke atas sesuatu sumber kerana

    terdapat fakta-fakta yang tersembunyi disebalik sumber yang nyata itu. Dalam penelitian sesuatu

    sumber, maksud-maksud yang tersirat itu perlu dipersoalkan. Ahli sejarah perlu bijak mengenalpasti

    tujuan atau latar belakang di sebalik surat atau dokumen atau pengkaryaan. Hal ini penting kerana

    setiap ahli sejarah mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza tentang suatu kejadian tertentu.Akibatnya terdapat bukti-bukti yang bercanggah antara satu sejarawan dengan yang lain.[15] Hal ini

    demikian kerana penentu dalam sejarah bukanlah fakta-fakta yang yang wujud pada sumber itu,

    penafsiran ahli-ahli sejarah yang mengkaji sumber itu yang mengawal fakta tersebut. Sungguh pun

    begitu, ahli sejarah tidak boleh secara sewenang-wenangnya memanipulasikan fakta jika tidak dapat

    mentafsir bukti dalam sumber itu, perkara terbaik ialah mengakui kejahilannya. Hasil kajian ahli sejarah

    perlu bersandarkan kepada apa yang didapatinya betul danbukan apa yang difikirkannya betul

    berdasarkan sumber yang ada.[16]

    Contoh-contoh

    Sejarah Melayu AS A HISTORICAL SOURCE

    Karya oleh Kamaruzzaman Shariff ini menceritakan tentang kewibawaan Sejarah Melayu sebagai satu

    sumber sejarah yang wajar dan berguna. Penulis berpendapat bahawa pandangan dan kritikan

    membuta tuli yang dibuat oleh sejarawan Barat terhadap kewibawaan Sejarah Melayu adalah tidak

    berasas. Misalnya,

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    4/7

    R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt yang mengkritik Sejarah Melayu sebagai karya mitos semata-mata

    kerana terdapat banyak unsur lagenda dan perlambangan dalam karya tersebut.[17] Bagi penulis,

    sejarawan Barat perlu mengetahui dan memahami konsep pensejarahan Melayu klasik sebelum

    menilainya dari sudut kerasionalan mereka. Penggunaan unsur-unsur perlambangan atau metafora

    dalam pengkaryaan sebenarnya bertujuan untuk pengarang menyampaikan luahan perasaan, kritikan

    dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang didapatinya tidak boleh disampaikan secara terang-

    terangan. Hal ini perlu dipertimbangkan kewajarannya kerana pengarang merupakan seorang pegawai

    istana yang ditugaskan untuk menulis cerita-cerita tentang raja dan kisah-kisah berkaitannya. Misalnya,

    dalam kisah Singapura di-langgar Todak yang mana pengarang cuba menyampaikan kritikan mengenai

    ketidakadilan Sultan secara tersirat.[18] Perkara-perkara seperti nama pengarang asal tidak dapat

    dipastikan dan tidak terdapat tarikh-tarikh penting dalam penulisannya menjadi permasalahan bagi ahli

    sejarah untuk mengesahkan ketulenannya. Menurut Lienham dan Winstedt, versi Sejarah Melayu

    karangan Tun Sri Lanang dengan pengarang asal adalah jauh berbeza[19] walaupun Tun Sri Lanang

    mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan tentang asal usul kesultanan Melayu Melaka dan peristiwa-

    peristiwa pada zaman pra-Melaka. Dari sudut lain, Sejarah Melayu layak dijadikan sumber sejarah yang

    fundamental bagi pengkaji-pengkaji sejarah kerana terdapat beberapa peristiwa yang penting yang

    merupakan kejadian sejarah sebenar jika dibandingkan dengan beberapa penulisan sejarah asing yang

    sezaman. Terdapat beberapa insiden yang berlaku dalam Sejarah Melayu ada disebut dalam karya-karya

    asing lain seperti kronologi Siam yang bertajuk Pongsawadai of Luang Praset*20+ dan rekod China

    bertarikh 1537 iaitu Hai Yu.*21+ Dengan membandingkan sumber-sumber asing ini, sejarawan dapat

    membezakan mitos daripada yang benar.

    Hikayat Merong Mahawangsa

    Naskah yang dikaji ini merupakan salinan semula daripada naskah salinan sebuah naskah yang tidak

    diketahui penulisnya pada tahun 1899. Umumnya, naskah asal karya ini tidak dapat dipastikan, justeru,setiap penulisan hikayat ini adalah berbeza dari segi kandungan, fakta dan susun aturnya menurut

    sejarawan yang mengkajinya. Tarikh penulisan karya ini dikatakan bermula selepas kedatangan Islam,

    namun terdapat beberapa pertikaian mengenai tarikh kedatangan Islam yang sebenarnya di negeri

    Kedah. Kehadiran unsur-unsur dongeng dan khayalan menjadikannya sukar untuk diterima akal akan

    peristiwa tersebut. Misalnya, kisah pengislaman raja Kedah oleh Sheikh Abdullah yang dikatakan telah

    mengembara dengan penghulu iblis kerana hendak mengetahui tingkah laku dan perbuatan iblis.[22]

    Unsur-unsur mitos juga dapat dikenalpasti melalui penceritaan tentang Raja Bersiong bertarung dengan

    Kampar, ...maka ia jadi-lah sa-ekor babi tunggal terlalu besar panjang-nya. Maka ia bertaring dua siong-

    nya, segera ia berlari2 datang menyondol2 di-chelah kangkang Raja Bersiong.*23+ Elemen seperti ini

    diwujudkan oleh penulis untuk menyampaikan luahan hati tentang kezaliman Raja Bersiong yang patutdigulingkan pemerintahannya yang berbeza sekali dengan pandangan sarjana Barat. Hikayat Merong

    Mahawangsa dapat diterima sebagai hasil sastera Melayu yang bercorak sejarah kerana ia menceritakan

    susur galur kesultanan Melayu, raja-raja, peranan menteri-menteri, pembesar-pembesar dan sebagainya.

    Misalnya sewaktu Raja Merong Mahawangsa ingin meminangkan putera rajanya dengan seorang anak

    raja perempuan, ...maka di-alat-kan oleh menteri-nya dua buah perahu serta segala barang2 dagangan

    mana yang patut-nya serta dua orang menteri jadi utusan-nya...pun belayar-lah sa-orang sa-buah

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    5/7

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    6/7

    Dzulkifli bin Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1972.

    Winstedt R.O., The Malacca Sultanate, JMBRAS, Vol. 20, 1947.

    Morrison, The Siamese Wars with Malacca During the Reign of Muzaffar Shah (1445-1458

    A.D.), JMBRAS, Vol. 22, 1949.

    Ab. Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1963.

    Shellabear, W.G., Sejarah Melayu, Malayan Publishing House Ltd., Singapura, 1961.

    Hooykaas, Dr. C., Perintis Sastera, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1965.

    Winstedt, R.O., A History of Classical Malay Literature JMBRAS, Vol. XXXI, Part 3, June 1958.

    [1] Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 3.

    [2] Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 3.

    *3+ Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 50.

    [4] R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, hlm. 28.

    [5] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 66.

    *6+ Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 51.

    [7] R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, hlm. 29.

    [8] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 72.

    [9] Louis Gottschalk, Understanding History, hlm. 140.

    *10+ Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 53.

    [11] R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, hlm. 36.

    [12] R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, hlm. 37.

    *13+ Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm. 60.

    [14] Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 85.

    [15] R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, hlm. 46.

    [16] Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 89.

  • 8/12/2019 Kritikan Dan Penafsiran Sumber Sejarah

    7/7

    [17] Kamaruzzaman Shariff, Sejarah Melayu AS A HISTORICAL SOURCE, Buku Pengantar Sejarah, hlm. 41.

    [18] Kamaruzzaman Shariff, Sejarah Melayu AS A HISTORICAL SOURCE, Buku Pengantar Sejarah, hlm. 42.

    *19+ W. Lineham, Note on Texts of Malay Annals, hlm. 20.

    *20+ Morrison, The SiameseWars with Malacca During the Reign of Muzaffar Shah (1445-1458 A.D.),

    hlm. 61.

    *21+ Victor Purcell, Chinese Settlements in Malaya, hlm. 116.

    [22] Dzulkifli bin Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hlm. 111.

    [23] Dzulkifli bin Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hlm. 71.

    [24] Dzulkifli bin Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hlm. 37.

    [25] Dzulkifli bin Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hlm. xx.