nilai sosial dan kritikan perumahan (1) (1)

Upload: mazlin-ghazali

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    1/13

    1

    NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN KRITIKAN TERHADAP

    PERUMAHAN DI MALAYSIA

    Ditulis oleh: Nurfatehah binti Noor Rashid

    SX065165BSD04

    1.0 PENDAHULUAN

    Kertas ini akan membincangkan nilai sosial dan kritikan terhadap trend perumahan di

    Malaysia kini. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

    membincangkan nilai sosial masyarakat Malaysia. Isu yang disentuh adalah perbandingan

    nilai sosial diantara kejiranan tradisional dan kejiranan moden, kewujudan komuniti asing

    serta lambakan perumahan moden kini dan kesannya kepada nilai sosial masyarakat moden.

    Kejiranan moden kini memaparkan kebejatan perhubungan yang terjalin diantara individu

    dengan masyarakat sekitarnya, selain itu sikap mementingkan diri dan ceteknya rasa empati

    terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta ia membawa kepada penjanaan satu

    masyarakat yang kurang sikap perpaduan dan ini merupakan situasi yang tidak sihat, lebih-

    lebih lagi dalam konsep Satu Malaysia yang dicadangkan Dato Seri Najib Tun Razak.

    Bahagian kedua kertas ini berkisar tentang kritikan terhadap perumahan moden di Malaysia.

    Perkara yang akan dikupas merangkumi realiti perumahan moden kini dan kepincangan yangberlaku dalam perancangan perumahan moden rakyat. Kepincangan-kepincangan yang

    diungkit adalah berkaitan garispanduan dan undang-undang serta perlaksanaan sistem

    perancangan perumahan moden, aspek keselamatan, masalah pencemaran dan keperluan

    menyediakan ruang-ruang hijau dan sosial. Selain itu, terdapat kepincangan dari segi

    rekabentuk yang menyentuh aspek keselesaan dan privasi dalam komuniti perumahan

    moden.

    Bahagian ketiga pula, mencadangkan satu penyelesaian yang sesuai bagi memperbaiki

    keadaan dan kepincangan yang berlaku dalam senario perumahan moden kini. Penggarapan

    semula konsep kejiranan tradisional yang diberi nafas baru dalam konteks perumahan moden.

    Konsep kejiranan tradisional yang digunapakai adalah aspek keselamatan dalaman,

    pembentukan ruang pertahanan serta sempadan visual berperingkat, dan penyediaan ruang-

    ruang hijau dan ruang sosial. Kejiranan tradisional dalam suasana komuniti moden ini masih

    di peringkat awal, terlalu awal, namun dari segi teorinya, ia merupakan satu langkah

    permulaan yang baik bagi memperbaiki keadaan perumahan moden kini.

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    2/13

    2

    2.0 NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

    2.1 PERBANDINGAN NILAI SOSIAL KEJIRANAN TRADISIONAL DENGAN KEJIRANAN

    MODEN

    Nilai, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, memberi maksud sesuatu kadar, nisbah, kualiti,

    sosial pula memberi maksud kemasyarakat, atau hubungan di antara indidvidu dengan

    masyarakat sekitarnya. Nilai sosial pula lebih berkait dengan perkara yang melibatkan status

    atau taraf sesuatu masyarakat. Perumahan pula merupakan kumpulan rumah-rumah

    kediaman. Perkaitan nilai sosial dengan perumahan pula menggambarkan nilai-nilai

    kehidupan masyarakat di kawasan kumpulan kediaman.

    Di kawasan kejiranan tradisional, nilai

    sosialnya hanya satu dan hampir setiap

    keluarga mempunyai taraf hidup yang

    sama. Menurut Mohamad Tajuddin

    Mohamad Rasdi, 2009,1

    perbezaan

    ketara antara kejiranan tradisional

    dengan kejiranan moden adalah

    pertambahan bilangan kebudayaan di

    dalam kejiranan moden. Sebelum ini

    masyarakat hidup dalam satu

    kebudayaan dalam lingkungan kejiranan

    tradisional. Dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan dan cara hidup. Perbezaan yang

    tidak jauh, menyebabkan perhubungan mudah dijalinkan. Lagipun masyarakat yang hidup di

    dalam kejiranan ini, boleh dikatakan berasal dari keturunan dan rumpun yang sama. Semua

    kekurangan ditanggung bersama, kelebihan dirasa bersama. Tidak terdapat satu keluarga

    pun yang merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat sekitar. Satu sistem

    kepercayaan dan tradisi disemai dan dilaksanakan secara adil terhadap setiap individu di

    perkampungan tersebut. Kehidupan yang sangat mudah dan tidak kompleks. Sikap

    pentingkan diri dapat diganti dengan sifat kasih sayang dan ihsan terhadap jiran sekampung.

    Masing-masing mengambil berat antara satu sama lain. Nilai-nilai sosial yang sinonim

    dengan masyarakat di perkampungan.

    Jauh sekali dibandingkan dengan kejiranan moden kini, masyarakat kini tinggal dengan orang

    asing. Orang asing yang jauh berbeza dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan cara hidup.

    Agak sukar untuk menjalinkan hubungan apabila terdapat sikit persamaan yang boleh

    1Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture: Towards Good

    Housing and Community Development; Creating New Cultural Catalyst, UTM

    Gambar 1: Suasana damai kampung

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    3/13

    3

    mendasari asas perhubungan tersebut. Masing-masing lebih suka membuat hal sendiri,

    akibat desakan hidup yang memaksa perubahan cara hidup bertukar secara drastik. Ikatan

    dan perhubungan komunikasi menjadi renggang. Lama kelamaan ia lenyap. Akhirnya

    menular sikap pentingkan diri sendiri, dan malas mengambil tahu, tidak peduli dan pelbagai

    sikap negatif yang tidak sepatutnya dalam sesuatu komuniti. Sikap acuh tak acuh terhadapperubahan keadaan sekeliling, mengakibatkan kejadian masalah sosial semakin menjadi.

    Lebih-lebih lagi, sekiranya kejadian berlaku depan mata. Mata ditutup, telinga dipekakkan.

    2.2 KUMPULAN KOMUNITI ASING

    Estet perumahan ini menghimpunkan seberapa banyak keluarga dalam satu kawasan

    sehingga kedudukan di antara satu sama lain amat dekat. Menelusuri rentetan sejarah

    Negara, belum pernah lagi keadaan yang sedemikian berlaku. Satu populasi yang besar

    mendiami satu kawasan yang sama belum pernah terjadi dalam masa 46 tahun yang lalu.

    Namun persoalan yang timbul, apakah bentuk komuniti yang wujud di dalam kawasan yang

    sedemikian? Atau lebih jelas lagi, apakah ada komuniti yang dapat dibentuk dalam keadaan

    sedemikian? Komuniti yang wujud hanyalah pada angka atau kuantiti, dan yang sebenarnya

    mereka itu hanya orang asing yang hidup bersama.(Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi,

    2009).2

    Perbezaan yang sangat ketara jika

    dibandingkan dengan komuniti tradisional dan

    komuniti moden adalah dari segi jumlah etnik

    yang terlibat. Jika dalam komuniti tradisional,

    hanya satu etnik yang terlibat, dalam komuniti

    moden, lebih dari satu etnik yang terlibat. Di

    Malaysia, satu keputusan dicapai, dalam

    usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah

    negara yang berbilang budaya, oleh itu pemaju

    disaran agar membina kawasan perumahan

    yang dapat memberikan peluang kepada segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai

    etnik. Hanya objek dan material sahaja yang disediakan, tanpa ada pengisian agar pembeli

    yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya mereka dapat saling mengenali.

    Dalam masyarakat tradisi, entiti kebudayaannya hanya satu, kepercayaan juga satu dan

    kebiasaannya bagi kehidupan seharian tidak jauh beza dari individu di dalam kawasan

    tersebut. Masyarakat moden pula, yang tinggal di kawasan perumahan, menghadapi sedikit

    kerumitan dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Apatah lagi apabila jiran mereka terdiri

    2Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture, UTM

    Gambar 2: Jajaran perumahan moden

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    4/13

    4

    daripada bangsa yang berlainan dan mengamalkan agama yang berlainan. Masing-masing

    perlu mempunyai kesabaran dan toleransi yang cukup tinggi dalam menghadapi situasi-

    situasi yang agak berlainan dari tempat asal mereka.

    2.3 LAMBAKAN PERUMAHAN MODEN TERANCANG DAN KESANNYA TERHADAP

    NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

    Masyarakat terdiri daripada 3 atau lebih individu yang membentuk satu komuniti. Hubungan

    yang terjalin antara mereka, menjadi asas kepada perpaduan sesebuah negara. Dalam

    konteks perumahan moden kini, kebanyakan individu terutamanya yang sudah berkeluarga

    mendiami kawasan perumahan tersusun. Kawasan perumahan yang ada kini di Malaysia

    merupakan satu kawasan terancang yang dibina meluas merentasi seluruh Malaysia. Ia

    merupakan satu solusi dalam menyelesaikan pertambahan penduduk terutamanya di

    kawasan bandar. Namun pembangunan perumahan yang meluas dan secara lambakan ini,

    menjadi budaya baru dalam memperkenalkan sistem sosial moden yang baru.

    Budaya ini merupakan satu permodenan yang baru diperkenalkan semenjak selepas

    kemerdekaan. Revolusi industri memungkinkan pembangunan perumahan banyak

    dibangunkan di kawasan bandar. Ini kerana bandar-bandar menawarkan banyak peluang

    pekerjaan baru kepada penduduk Malaysia. Penghijrahan dari kawasan perkampungan ke

    bandar berlaku dalam jumlah yang banyak. Saban tahun banyak pembangunan di kawasan

    bandar dijalankan. Dan apabila kawasan bandar ini tidak mampu lagi menampung

    pertambahan yang berlaku, kawasan perumahan di bangunkan di kawasan pinggir bandar.

    Kawasan perumahan pinggir bandar menawarkan perumahan yang lebih murah, namun

    kedudukannya yang agak jauh dari kawasan bandar, pekerja terpaksa memandu atau

    menggunakan pengangkutan awam dalam usaha mereka untuk tiba di tempat kerja tepat

    pada waktunya. Hal yang berbangkit ini ada dibincangkan oleh, Duany, A, 2001,3

    kewujudan

    perumahan di pinggir bandar tanpa mengambil kira prasarana yang sedia ada mencukupi

    atau tidak, menyebabkan kesesakan berlaku. Di Malaysia, perkhidmatan awam yang kurang

    cekap, menyebabkan ramai yang menggunakan pengangkutan sendiri. Kekurangan jaluran

    jalan raya dan lebuh raya yang efisien, pertambahan kenderaan persendirian, menyebabkan

    saban hari lebih masa terpaksa diambil kerana terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

    Menurut Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009,4

    terdapat tiga perkara utama yang boleh

    menjadi penyebab perpecahan dalam sesuatu komuniti, iaitu yang pertama, perumahan teres,

    3

    Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and theDecline of the American Dreams, North Point Press, New York4

    Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture, UTM

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    5/13

    5

    kedua, susunatur bangunan awam, dan bahasa yang dipamerkan bagi menggambarkan

    identiti nasional. Perumahan teres yang dibina kini tidak mengambil kira aspek kebudayaan

    dan cara hidup masyarakat Malaysia. Gaya masakan bangsa Malaysia banyak menggunakan

    bahan yang beraroma. Bukan semua individu boleh bertolak ansur dengan aroma yang

    timbul daripada masakan yang sedang dimasak. Apatah lagi bahagian dapur biasanyadiletakkan di bahagian simpanan jalan belakang dan menghala ke bilik tidur jiran belakang.

    Oleh sebab susunatur yang sangat rapat, aliran udara tidak lancar dan mengakibatkan aroma

    masakan tersebut terkepung di sekitar jalan belakang. Bukan sahaja aroma masakan,

    kadang kala upacara keagamaan bangsa lain seperti bunyi, visual dan bau menjadi punca

    ketidakpuasan hati di kalangan segelintir penghuni di kawasan kejiranan tersebut.

    Polisi kerajaan tempatan untuk mewajibkan bangunan kemudahan awam seperti Dewan

    Orang-ramai, kedai runcit dan sebagainya, merupakan langkah bijak bagi merapatkan

    komuniti di dalam kawasan kejiranan. Namun perletakan yang tidak strategik menyebabkan

    ia sukar digunakan secara optimum. Perancangan perletakan kemudahan awam ini

    seharusnya diletak di lokasi yang mudah dicapai dan berada di tengah-tengah kawasan

    kejiranan. Mudah dicapai mengambil kira aspek pejalan kaki serta berbasikal, dan bukannya

    kenderaan bermotor. Keperluan menyediakan kawasan pejalan kaki dan pembonceng basikal

    merupakan salah satu aspek yang kurang diambil perhatian. Mengakibatkan kawasan

    perumahan yang dirancang, direkabentuk untuk memudahkan kenderaan bermotor sahaja.

    Jalan-jalan yang disediakan berturap dan merentasi seluruh ruang kawasan kejiranan.

    Pengagungan terhadap budaya barat, mengakibatkan senibina yang diamalkan menyerupai

    serta menciplak rekabentuk barat. Ketidaksesuaian penggunaan bahan dengan cuaca dan

    iklim tempatan menghasilkan ruang-ruang yang tidak sihat dan tidak sesuai didiami. Senibina

    tempatan seolah-olah tenggelam di tengah-tengah kepesatan arus permodenan. Sudah

    sampai masanya, kita kembali mengkaji dan menggarap semula nilai-nilai senibina tempatan

    yang bersesuaian dalam penjanaan nilai-nilai sosial masyarakat Malaysia. Sudah terbukti

    bahawa senibina tempatan dan setempat sememangnya sesuai dengan jiwa dan masyarakat

    tempatan.

    3.0 KRITIKAN TERHADAP PERUMAHAN MODEN DI MALAYSIA

    3.1 REALITI PERUMAHAN MODEN KINI

    Di dalam perumahan moden, masyarakat dikategorikan mengikut pendapatan, secara tidak

    langsung melibatkan etnik yang berlainan. Pertembungan budaya, sosial, agama dan

    ekonomi berlaku serentak. Terlalu banyak yang berlaku pada satu-satu masa. Ia merupakan

    satu peluang sebenarnya, dalam kita untuk mengenali secara dekat bangsa-bangsa lain.

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    6/13

    6

    Namun apakah nilai sosial atau bentuk nilai sosial yang boleh kita pupuk dan semai di dalam

    masyarakat Malaysia?

    Seni bina yang baik seharusnya sebagai pelengkap dalam pembangunan masyarakat dan

    bukan yang menghalangnya. (Rosdan Abd. Manan, 2006)5

    . Senibina seharusnyamenekankan rekabentuk bagi insan dan bukannya untuk memenuhi keperluan materialistik

    semata-mata. Oleh itu perumahan yang direkabentuk perlu mengambilkira aspek pembinaan

    sahsiah dan penjanaan nilai-nilai sosial seseorang insan. Perumahan merupakan salah satu

    cabang senibina awam. Ia membabitkan pelbagai pihak dalam usaha membina satu kawasan

    perumahan yang berjaya. Rekabentuk hanya sekadar menepati keperluan minima yang

    ditetapkan pihak berkuasa serta mengikut kehendak pemaju. Penerapan kesedaran akan

    sesuatu rekabentuk yang baik tidak ditekankan, mengakibatkan rumah-rumah yang dibina

    memberikan satu gambaran kehidupan dan gaya hidup masyarakat yang akan mendiami

    kawasan tersebut. Seolah-olah terdapat perbezaan yang nyata antara kelas atasan,

    pertengahan dan bawahan. Malah sesuatu ciri rekabentuk telah pun ditetapkan mengikut

    kategori masyarakat. Akibatnya wujud perbezaan nilai sosial di antara setiap kategori

    masyarakat Malaysia. Apatah lagi sekiranya sesuatu pembangunan kawasan yang besar,

    pengelasan kelas rumah dibahagikan mengikut harga, dan sudah tentulah rumah yang

    bernilai jutaan ringgit mampu dimiliki oleh golongan berada, manakala rumah kos rendah

    mampu dimiliki oleh segelintir masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

    (Duany, A, 2001)6Pemecahan kawasan perumahan mengikut segmen pasaran adalah satu

    fenomena yang dicipta oleh pemaju, yang secara tidak langsung memberikan tanggapan

    bahawa sistem ini memberikan ungkapan kepada orang ramai bahawa kediaman yang

    berpagar adalah untuk golongan yang berjaya. Terdapat satu stigma di dalam masyarakat,

    dan ia direalisasikan oleh pemaju bahawa masyarakat kelas pertengahan dan bawahan

    kawasan ruang lingkupnya diasingkan daripada kawasan masyarakat kelas atasan.

    Kapasiti tampungan komuniti, menjadi isu yang penting bagi pemaju. Semakin banyak

    kapasiti tampungan ini, semakin mudah untuk mereka mendapatkan pinjaman bank dan

    sebagai. Isu yang berkaitan membina hubungan, membentuk budaya yang sihat di kalangan

    komuniti yang akan hidup di kawasan yang dibangunkan tidak diendahkan. Sedangkan ini

    merupakan salah satu aspek yang penting, kerana ia secara tidak langsung membentuk

    budaya masyarakat Malaysia.

    Perumahan yang disusun mengikut jajaran, dilengkapi dengan pautan jalan raya,

    memberikan gambaran monoton dan kaku. Di mana-mana sahaja di Malaysia, pembangunan

    5Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap

    Senibina Tempatan, UTM6

    Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and theDecline of the American Dreams, North Point Press, New York

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    7/13

    7

    perumahan dibuat dalam barisan-barisan lurus menghiasi dataran yang luas. Jalan-jalan raya

    berada di antara perumahan. Jalan-jalan ini menampung aliran kenderaan yang melalui

    kawasan perumahan, tidak kelihatan pertimbangan dalam menyediakan laluan siar kaki dan

    pembonceng basikal. Jauh sekali, lanskap disertakan sekali dengan perumahan yang

    dicadangkan. Lanskap bukan hanya memecah monoton yang terhasil akibat susunan jajaranperumahan, ia juga memberi teduhan kepada pejalan kaki dan pembonceng basikal dan

    motosikal.

    3.2 KEPINCANGAN PERUMAHAN MODEN

    Senibina boleh menjadi pemangkin kebudayaan atau pemusnah.(Rosdan Abd. Manan,

    2006).7

    (Rosdan Abd. Manan, 2006)8, kepincangan-kepincangan dalam seni bina umumnya memberi

    kesan langsung kepada gaya hidup masyarakat. Ia dapat dilihat khususnya melalui kualiti

    perumahan rakyat. Krisis dalam perumahan rakyat ini bukanlah suatu masalah yang baru. Ia

    merangkumi pelbagai kepincangan dalam aspek perundangan, perancangan, rekaan

    hinggalah penyelenggaraan. Punca-punca kegagalan ini berkait dengan sikap tidak perihatin

    dan sambil lewa dari kalangan pihak yang dipertanggungjawabkan. Antara krisis-krisis yang

    timbul dalam perumahan rakyat, kepincangan rekabentuk perumahan, aspek keselamatan,

    pencemaran dan keselesaan.

    Permasalahan-permasalahan ini meliputi kegagalan di pihak arkitek sebagai pereka, pihak

    berkuasa dalam menggariskan undang-undang, mengurus dan meregulasi perundangan

    serta para pemaju yang menawarkan kualiti perumahan yang rendah. (Duany,A, 2001)9

    melalui perbincangan Howard, P, terdapat kepincangan dalam perundangan dan peraturan

    itu sendiri. Garispanduan yang membebankan sehinggakan sampai ke satu tahap ia nya tidak

    lagi relevan. Walaupun ia nampak lengkap, sebenarnya ia tidak berisi. Ia tidak memaparkan

    apa-apa bantuan visual, tiada imej dan gambaran hanya nombor dan perkataan. Ia

    memberikan tanggapan bahawa pembuat garispanduan tersebut sebenarnya tidak

    mempunyai gambaran yang jelas akan bentuk komuniti yang diingini.

    7Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap

    Senibina Tempatan, UTM

    8Ibid

    9

    Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and theDecline of the American Dreams, North Point Press, New York

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    8/13

    8

    Dalam perbincangan di sini, fokus

    diberikan terhadap kepincangan seni

    bina yang terhasil dan kegagalan

    arkitek dalam memberi rekaan seni

    bina yang lebih baik dan sebagaiprofesional, mereka juga gagal untuk

    diketengahkan. Ahmad Nizam Radzi

    (1998)10

    menerangkan mengenai

    kepincangan dalam rekaan lot-lot

    perumahan-perumahan rakyat

    menyebabkan kurangnya

    pencahayaan dan pengudaraan.

    Manakala perundangan yang dikenakan tentang binaan tingkap dan siling tinggi tidak

    membantu menyelesaikan masalah,

    ........ the deep designs of typical units often result in a lack of adequate daylight and

    natural ventilation in the inner space. Various regulations were imposed under the

    1984 Uniform building by-laws to ensure that calerestory windows and high volume

    spaces were incorporated in the design to circumvent these inadequencies. Most,

    however were implemented purely to satisfy the by-law requirements without any

    serious thought to the practicality and workability of such elements.11

    ..... the planning of these houses (mass terrace housing) is usually predictable and

    mundane;12

    Aspek keselamatan juga menyumbang sebagai krisis, baik dalam rumah mahupun di sekitar

    kawasan perumahan. Ini termasuklah masalah penyelesaian seni bina yang tidak efektif dan

    membahayakan seperti binaan rel tangan yang tidak selamat, pemasangan gril yang

    membahayakan atau pemilihan kemasan lantai yang salah hingga menyebabkan terjatuh.

    Manakala disekitar kawasan perumahan pula melibatkan kes-kes seperti kemalangan akibat

    pertembungan laluan pejalan kaki dengan kenderaan. Aspek keselamatan kanak-kanak dari

    kemalangan kenderaan ini perlu diberikan perhatian wajar kerana kes-kes kemalangan ini

    berlaku saban hari. Kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar dan dalam rumah termasuk ragut,

    penculikan, perkosaan hinggalah pecah rumah dan rompakan. Sebahagian kes-kes ini

    adalah akibat penyelesaian seni bina yang buruk seperti binaan yang mudah dimasuki,

    susunatur yang salah hingga mewujudkan ruang terlindung juga rekaan yang mengabaikan

    10Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap

    Senibina Tempatan, UTM11Ibid

    12Ibid

    Gambar 3: Keadaan rumah panga yang hanyamemenuhi keperluan minima

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    9/13

    9

    aspek interaksi sosial hinga kurangnya pengawasan antara penduduk13

    . Ruang-ruang yang

    terlindung ini mewujudkan ruang negatif yang mengundang kegiatan jenayah berleluasa di

    kawasn perumahan kini.

    Antara kepincangan lain yang berlaku adalah, masalah pencemaran, kurangnya ruang hijaudan ruang sosial di dalam kawasan perumahan. Masalah pencemaran dapat dikurangkan

    sekiranya banyak ruang hijau diwujud. Mengambil kesempatan kewujudan ruang-ruang hijau

    ini, ia dapat dijadikan sebagai ruang interaksi sosial. Pereka tidak seharusnya disalahkan

    seratus peratus dalam hal ini, kerana kadanga-kala kita sebagai manusia biasa terlepas

    pandang akan peri pentingnya mewujudkan ruang sedemikian. Pembelajaran dan penerapan

    aspek-aspek kepentingan mewujudkan ruang sosial dalam komuniti seharusnya dipraktikkan

    semenjak dari hari pertama ia memilih kerjayanya. Kesedaran harus wujud agar kepentingan

    rekabentuk komuniti yang baik dapat diterapkan. Realiti yang seharusnya berlaku dalam

    perumahan kini, kerana seni bina adalah seni awam yang menjamin keselamatan dan

    seselesaan para pengguna.

    Seterusnya ialah aspek keselesaan

    yang merangkumi soal-soal

    keselesaan termal, isu-isu privasi

    dan juga aspek kesihatan. A.M.A

    Rahman, Ir. M. Ramli dll (1994)

    dalam kajian mereka menyatakan

    bahawa kebanyakan rumah-rumah

    kos rendah dibina hanya

    mementingkan kos binaan, tempoh

    pembinaan dan aestetika tanpa

    mempedulikan aspek keselesaan

    dan penyelenggaraan jangkamasa

    panjang,

    13M. Tajuddin M. Rasdi, Ghofar Rozaq Nazila, Housing Crisis in Malaysia, (Skudai, Pusat Kajian

    Alam Bina Dunia Melayu, 2003) m/s 8

    Gambar 4: Perancangan perumahan yang tidakterancamg mengakibatkan kesesakan lalu lintas di

    bandar

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    10/13

    10

    More often than not the criteria in selecting the best (low cost design competition)

    were base on aesthetics, quick easy construction and obviously within the budget but

    were silent on the indoor thermal environment. ...of course without achieving comfort

    without mechanical aids such as the electric ceiling or portable fans and air

    conditioning.14

    Masalah ini bukan sahaja akan menyulitkan pengguna dari aspek keselesaan tetapi juga

    meningkatkan kos di mana penggunaan kipas angin atau pendingin hawa yang berterusan

    akan meningkatkan kos elektrik yang tinggi. Begitu juga aspek penyelenggaraan di mana

    bahan-bahan binaan yang murah akan mudah rosak. Dalam jangkamasa yang panjang, kos

    selenggaraan rumah-rumah murah ini lebih tinggi dari rumah-rumah sederhana.

    Dalam konteks masyarakat Malaysia, isu kebudayaan berkait rapat dengan agama. Oleh itu,

    isu privasi perlu diambilkira dalam rekabentuk perumahan. Ia merupakan isu yang seiring

    dengan kehidupan masyarakat. Sekiranya aspek privasi ini tidak ditangani dengan sebaiknya,

    ketegangan dan keselesaan tidak dapat dicapai. Walaupun ia nampak kecil, namun impaknya

    terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat agak besar.

    4.0 KONSEP KEJIRANAN TRADISIONAL DALAM WAJAH PERUMAHAN MODEN

    4.1 SUSUNATUR KLUSTER HONEYCOMB SEBAGAI PENYELESAIAN KEPADA

    PERUMAHAN MODEN KINI

    Masalahan perumahan ini selepas lebih lima dekad masih belum mencapai tahap

    memuaskan terutama bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Apakah

    saranan-saranan profesional tidak akan dipandang jika disuarakan dengan betul dan

    berulang kali.

    14A.M.A Rahman, Ir. M. Ramli et al, In Search of an Ideal Design for a Low-Cost Dwelling in

    Tropical Malaysia, Majalah Arkitek, (Vol.6 No. 5/ 1994) m/s 23

    Gambar 5: Susunan kluster honeycomb

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    11/13

    11

    Buat kali pertama, satu konsep perumahan susunan kluster honeycomb direalisasikan.

    Nongchik Heights memperkenalkan konsep honeycomb bagi mewujudkan semula suasana

    kampung di dalam kawasan bandar. Susunatur kluster yang terdiri daripada 16 buah rumah

    disusun dalam satu lengkungan menghadap antara satu sama lain. Rekabentuk rumah juga

    berbeza bagi disesuaikan dengan bentuk plot yang telah dirancang. Pada pendapat saya, ialebih kepada fungsi mengikut bentuk. Anjakan sempadan di hadapan dan kedua sisi plot,

    membentuk tapak bangunan. Perletakan ruang disesuaikan dengan bentuk yang tinggal. Bagi

    pembeli, bentuk yang berlainan dari normal, mereka agak skeptikal pada mulanya. Susunatur

    piawai tetap dipraktikkan agar ia tidak banyak berbeza dengan kebiasaan. Hanya pada rupa

    luaran sahaja yang berbeza, namun pengisian ruang masih dikekalkan.

    Namun yang menarik, jumlah luas binaan ruang bagi sesebuah rumah adalah lebih kurang

    sama dengan perumahan domestik, masih lagi ada ruang halaman bagi setiap rumah.

    Konsep kejiranan tradisional diimplementasi di dalam susunatur kluster. (Mazlin Ghazali,

    2007)15

    , susunatur kluster menawarkan lingkungan rumah-rumah dengan halaman di ruang

    tengah. Ruang tengah bukan sahaja bertindak sebagai transit jalan, malah ia selamat

    daripada kenderaan laju dan jenayah, lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil. Pohon-pohon

    besar yang di tanam di ruang tengah ini, memberikan teduhan, secara tidak langsung

    membentuk iklim mikro di dalam ruang lingkungan susunatur rumah. Susunatur rumah yang

    tidak bersambung di kedua-dua belah membentuk ruang terbuka, dan memudahkan aliran

    angin di sekeliling rumah. Aliran angin yang kerap, merendahkan lagi suhu di luar rumah,

    secara tidak langsung merendahkan suhu di dalam rumah. Udara yang panas di luar sukar

    15Mazlin Ghazali, 2007,Honeycomb and Terrace Housing, www.tessellarhoneycomb.blogspot.com

    Gambar 6: Kawasan pembangunan honeycomb di Nongchik Heights

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    12/13

    12

    untuk menyerap masuk ke dalam rumah akibat aliran angin yang kerap. Dengan cuaca panas

    lembap di negara kita, susun atur seperti honeycomb merupakan salah satu penyelesaian

    bagi menyediakan suhu optimum atau keselesaan terma di dalam rumah.

    Ruang-ruang hijau atau kawasan lanskap lembut, dapat membantu mengurang pencemaranterutama daripada asap kenderaan dan bau. Ruang-ruang ini dapat dijadikan sebagai ruang

    sosial bagi komuniti dalam kawasan kediaman tersebut.

    (Mazlin Ghazali, 2007)16

    menjelaskan bahawa, susunatur honeycomb dikategorikan kepada

    persendirian(private) rumah, separa persendirian(semi-private) halaman, separa awam

    (semipublic) ruang tengah dan awam (public) jaluran jalan dan sekitarnya. Ruang tengah

    secara tidak langsung diperhatikan oleh penghuni sekeliling untuk mereka mengambil tahu

    sekiranya terdapat org asing yang melalui kawasan berkenaan. Ia memberikan rasa selamat

    bagi kanak-kanak terutamanya apabila mereka leka bermain. Pembahagian ruang seperti ini

    membentuk satu ruang pertahanan dan sempadan visual secara berperingkat. Menurut

    Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, dalam istilah senibina, kita menyatakan bahawa

    jalan raya, dan komuniti membentuk satu ruang pertahanan dan membentuk kawasan

    sempadan masing-masing walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak mengenali antara

    satu dengan yang lain. Namun dari segi bentuk yang berlainan, bermula dari jalan utama,

    16Mazlin Ghazali, 2007,Lamanpuri, Kuantan, www.tessellarhoneycomb.blogspot.com

    Gambar 7: Pembahagian sempadan secara berperingkat

  • 8/14/2019 Nilai Sosial Dan Kritikan Perumahan (1) (1)

    13/13

    13

    memasuki kawasan pusat komuniti dan seterusnya kawasan kediaman, setiap penghuni

    dapat mengetahui perkara yang sedang berlaku. Setiap peringkat ini, membentuk suatu

    sistem keselamatan yang teratur. Susunatur rumah yang mana ruang utama menghadap

    antara satu sama lain, ruang bukaannya menghadap jalan, memberikan gambaran bahawa

    setiap rumah masih dihuni oleh penduduk, walaupun penghuninya keluar bekerja.

    Susunatur secara kluster, memendekkan lagi jarak perjalanan di dalam kawasan perumahan

    ini, (Mazlin Ghazali,2007)17

    . Kurang masa diambil dengan berjalan kaki, untuk tiba di

    kawasan pusat komuniti atau kedai runcit dan sebagainya. Ruang pejalan kaki diteduhi

    dengan pokok-pokok yang rendang di sepanjang jalan, penghuni kawasan kediaman ini boleh

    berjalan dengan selesa. Suasana yang selesa dan semulajadi, menjadi pemangkin dalam

    kehidupan yang sihat. Suasana lanskap menyerupai kawasan perkampungan, dapat

    melahirkan kembali suasana muhibbah dan kejiranan yang kian hilang. Rasa untuk saling

    mengenali, ambil berat dan tolong menolong dapat dipupuk kembali. Seterusnya satu

    komuniti yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat dibangunkan.

    5.0 KESIMPULAN

    Anjakan paradigma seharusnya dan perlu berlaku. Lebih-lebih lagi dalam kontek masyarakat

    majmuk di Malaysia. Kita bukan lagi hidup seperti zaman datuk nenek moyang kita dahulu,

    yang mana dimonopoli oleh satu bangsa sahaja. Banyak aspek yang perlu diambil perhatian.

    Berlainan bangsa bererti berlainan budaya, cara hidup dan kepercayaan. Oleh itu,

    perumahan yang ada di Malaysia perlu menitik beratkan pengisian sahsiah masyarakat

    dalam mewujudkan persefahaman dan toleransi di antara satu sama lain. Melalui pengisian

    ini, satu budaya baru dan nilai sosial dapat dibentuk sesuai dengan acuan budaya dan adat

    masyarakat majmuk Malaysia. Satu Malaysia dapat dibentuk sekiranya setiap individu dalam

    masyarakat terbabit sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan.

    17Ibid