konsep hegemoni barat

21
HEGEMONI DAN GLOBALISASI BARAT PENGENALAN Perubahan dunia semakin membangun dan mencabar keupayaan manusia atau sesebuah negara dalam menghadapi tahap perubahan globalisasi manusia tanpa sempadan. Justeru itu penularan pengaruh hegemoni Barat turut mempengaruhi perubahan politik, dan ekonomi. Pada abad ke-20 dan 21, perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa dapat dilihat seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Dunia juga menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan kesannya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi yang membawa kepada perkembangan hegemoni Barat yang akhirnya ia telah menimbulkan banyak masalah terutamanya bertentangan nilai-nilai timur. Globalisasi yang sering dilaungkan oleh Barat sebenarnya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.Kita dapat menyaksikan betapa banyak negara di dunia ini menerima kemudaratan akibat hegemoni barat ini.Globalisasi adalah idea untuk melahirkan satu dunia yang tidak bersempadan dari semua aspek akan diberi peluang untuk yang lebih kepada hegemoni Barat ke atas negara-negara bukan Barat.Dalam erti kata sebenar globalisasi adalah agenda penjajahan Barat dalam bentuk baru terhadap negara lain. 1

Upload: nby2300

Post on 06-May-2017

354 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep hegemoni barat

HEGEMONI DAN GLOBALISASI BARAT

PENGENALAN

Perubahan dunia semakin membangun dan mencabar keupayaan manusia

atau sesebuah negara dalam menghadapi tahap perubahan globalisasi manusia

tanpa sempadan. Justeru itu penularan pengaruh hegemoni Barat turut

mempengaruhi perubahan politik, dan ekonomi. Pada abad ke-20 dan 21,

perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar

biasa dapat dilihat seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat

teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia

semakin pantas dan kompleks. Dunia juga menyaksikan kemelut kemanusiaan pada

saat kritikal, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang

berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun

Barat mula menampakkan kesannya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol

sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap

negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi yang membawa

kepada perkembangan hegemoni Barat yang akhirnya ia telah menimbulkan banyak

masalah terutamanya bertentangan nilai-nilai timur. Globalisasi yang sering

dilaungkan oleh Barat sebenarnya membawa lebih banyak keburukan dari

kebaikan.Kita dapat menyaksikan betapa banyak negara di dunia ini menerima

kemudaratan akibat hegemoni barat ini.Globalisasi adalah idea untuk melahirkan

satu dunia yang tidak bersempadan dari semua aspek akan diberi peluang untuk

yang lebih kepada hegemoni Barat ke atas negara-negara bukan Barat.Dalam erti

kata sebenar globalisasi adalah agenda penjajahan Barat dalam bentuk baru

terhadap negara lain.

1

Page 2: konsep hegemoni barat

KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI

Mengikut laporan dan kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi dan

Pemikiran Asing artikel yang ditulis oleh Dr. Abdul Munir bin Ismail dan Mohamad

Haidar menyatakan konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau

kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga

merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.

Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera malahan menguasai

aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama (Ghazali, 1998). Istilah hegemoni

berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan

oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk

mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.

Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep

hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih

dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan

moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat ‘monopoli’ dan ‘dominasi’

antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap

kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang

ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar

(common sense). Lihat juga definisi dibawah ini:

SHAPE \* MERGEFORMAT Hegemony is the dominance of one group over other

groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the

2

Page 3: konsep hegemoni barat

dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural

perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the

ways that ideas become “naturalized” in a process that informs notions of common

sense (http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony)

SHAPE \* MERGEFORMAT “…Dominant groups in society, including fundamentally

but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by securing the

‘spontaneous consent’ of subordinate groups, including the working class, through

the negotiated construction of a political and ideological consensus which

incorporates both dominant and dominated groups.” (Strinati, 1995: 165)

Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi

kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari

kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima

sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan

dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan

dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi

tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa. Hegemoni boleh dilihat

sebagai strategi untuk mempertahankan kekuasaan, “…the practices of a capitalist

class or its representatives to gain state power and maintain it later.” (Simon, 1982:

23)

Globalisasi pula membawa maksud dunia tanpa sempadan, semua manusia

berada dalam ruang alam yang satu, mendapat taujihat yang satu dalam tamadun

yang satu (al-Rawi, 2009). Globalisasi sebenarnya telah mencabul kedaulatan

sesebuah negara dan bangsa baik dari segi bahasa, budaya, undang-undang, tanah

air dan agamanya. (Ghazali 1998; al-Jabiri 1997). Bukan itu sahaja, globalisasi

3

Page 4: konsep hegemoni barat

mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak

mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh

orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di

Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti

kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak

Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan

sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.

Globalisasi dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang

memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlakunya pertukaran,

pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran,

ekonomi, kebudayaan dan agama.

Globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan

perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam

bentuk dua hala yang berlaku secara adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat

“mengglobalisasi” dan terdapat juga negara yang bersifat “diglobalisasi”.

“Mengglobalisasi” itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi,

kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun “diglobalisasi”, ia

adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan

dan agama dari negara yang “mengglobalisasi” tanpa menilai sama ada ia

membawa manfaat atau mudarat kepada manusia sejagat.

4

Page 5: konsep hegemoni barat

FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI

Pada abad ke-21 ini,samada sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa

kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita.

Adakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia

yang tanpa sempadan ini? Jika ya mengapakah ianya berlaku? Apakah faktor yang

menyumbang kepada berlakunya pengaruh hegemoni barat ini?

Imperialisme atau dasar perluasan dan pengembangan empayar baru (kamus

Dewan) merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai

dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan

fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat

berkembang semakin meluas. Hasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia

yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka

menjadi keutamaaan mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia

yang kononnya bertujuan memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka

merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan

senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi

musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia tetapi sebenarnya

mereka mempunyai tujuan yang lebih utama iaitu untuk memperluaskan lagi

hegomoni Barat.

Kuasa Barat sentiasa bersemangat dalam merancang dasar untuk menjajah

mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah

kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni Barat mereka. Kuasa Barat mempunyai

dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan

5

Page 6: konsep hegemoni barat

jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi

manusia.

Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-kuasa

Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dalam era globalisasi dunia yang

tanpa sempadan ini menyaksikan kepantasan perpindahan maklumat kini, Barat

dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap

dunia seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation

(BBC). Dunia sering disajikan berita dari kedua-dua stesen berita dari barat ini.

Perancangan dan aplikasi yang diatur oleh Zionis juga menjadi faktor

wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai

matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin

Yahudi yang sememangnya terkenal dalam memajukan ekonomi merancang untuk

menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat

mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa.

Gerakan Zionis Yahudi mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia.

Mereka menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana

itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak

mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah

wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup.

Seiring perkembangan kemajuan Barat masyarakat masa kini telah wujud 2

golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam . Golongan ultra

moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan

menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status

6

Page 7: konsep hegemoni barat

mereka dalam masyarakat adalah dua golongan yang sangat menyokong hegemoni

barat ini. Golongan seperti inilah penyumbang kuat kerosakkan reputasi dan

perkembangan orang-orang islam sejagat. Fahaman Barat dijadikan idola dan ikutan

mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat semakin kukuh di

dunia. Terdapat juga negara Arab yang terikut-ikut dengan hegemoni Barat. Antara

negara Arab yang terikut-ikut dengan hegomoni Barat seperti Mesir dan Turki.

Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya

lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi

oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran

dan as-Sunnah.Mereka lebih mengagungkan cara pentadbiran hegemoni Barat.

Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat

mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni

mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk

mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya

tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat.

Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka

terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara

Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap

negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah

meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih

mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih

mudah lagi dikekalkan. Hegemoni Budaya Amerika Syarikat antara penyumbang

besar kepada perkembangan hegemoni Barat ini. Dalam pasca perang dingin yang

7

Page 8: konsep hegemoni barat

membawa kepada kewujudan Tata Dunia Bari (New World Order) telah

mencorakkan perubahan dunia yang sejajar dengan kehendak negara besar dan

perubahan dunia. Amerika Syarikat yang sememangnya sekutu kuat Zionis

merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di dunia. Dari segi ekonomi juga

Amerika Syarikat mempunyai kekuatan ekonomi lebih dua kali ganda saiz pesaing

keduanya kerana kekuatan ekonominya Amerika menikmati kadar inflasi yang

rendah dan kadar pengangguran yang sangat kecil dan pertumbuhan yang

bertenaga. Hegemoni Barat mula menjajah Malaya sejak Britain mula menjajah

Malaya. Kita dapat lihat keutamaan kepada penduduk yang menguasai Bahasa

Inggeris untuk menjawat jawatan besar di sektor kerajaan.

Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam

hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan

budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan

pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati

bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir

Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini mempunyai

semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad

mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT

Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya

di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, politik, sosial,

dan hak asasi manusia.

8

Page 9: konsep hegemoni barat

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media

Media massa memainkan peranan yang penting dalam proses penyebaran

maklumat dan informasi khusunya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah

negara bangsa.Media massa merangkumi pelbagai jenis alat penyebaran maklumat

merangkumi media cetak dan media elektronik.Barat telah pun menguasai media

dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini

berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat

disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini

surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah.

Impak teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa satu perubahan

yang besar dalam cara hidup masyarakat di dunia global ini. Antara impak yang

ketara ialah berlakunya perubahan dalam cara dan gaya penyebaran serta

penyampaian berita. Melalui kemajuan dalam teknologi komunikasi pihak barat

telah mendominasikan penyebaran maklumat dan penguasaan penyebaran berita.

Ini kerana media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh pada hari ini

menguasai rangkaian syarikat telekomunikasi. Kita dapat mendengar sekiranya

berlaku sesuatu peristiwa besar menimpa dunia seperti pengeboman bangunan

pusat perdagangan milik Amerika Syarikat suatu ketika dulu, media massa barat

memainkan peranan yang cukup penting dalam mencari kesalahan orang lain.

Media massa mencanang kepada seluruh dunia tentang kekejaman islam yang ingin

menjatuhkan negara barat. Selain itu hegemoni barat dalam mempengaruhi media

massa cukup ketara . Dunia dapat menyaksikan media juga boleh menjatuhkan dan

menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam

rancangan realiti ‘American Idol’, bagaimana mudahnya media menaikkan nama

9

Page 10: konsep hegemoni barat

seseorang daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai

pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap

masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini.

Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah

menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas

menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada

masyarakat dunia.

Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun

menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN), British

Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters,

Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di mana-mana di

seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan menyeluruh sehinggakan

wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai sumber bahan

berita.Penguasaan media barat merangkumi pelbagai aspek.Apa yang dapat kita

lihat informasi dan maklumat yang dipaparkan ternyata berat sebelah.Berita yang

dipaparkan kebanyakkan meyebelahi pihak mereka yang dikatakan benar.Banyak

berita dipalsukan sebaliknya hanya akan menonjolkan kebenaran pihak Barat

sahaja.Tentera Amerika dan sekutunya membunuh rakyat Iraq dan Afghanistan

sesuka hati tetapi digembar-gemburkan oleh media massa sebagai

mempertahankan hak asasi manusia.Sebaliknya mereka tidak melapurkan tentang

kemusnahan yang teklah dilakukan oleh Barat seperti memusnahkan

masjid,membakar kitab kitab ilmu dan artifak Islam yang tidak ternilai harganya.

10

Page 11: konsep hegemoni barat

Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang

mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun

menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama

Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan,

bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud.

Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap

masyarakat Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali

daripada yang difilemkan.Kita dapat melihat terdapat filem yang memihak kepada

negara barat sebagai penyelamat dunia.Sebagai contoh filem Lion ot the dessert

orang Islam dianggap pemusnah dunia,sementara orang barat sering

teraniaya.Tetapi realiti sebaliknya. Sekiranya penjahat yang hendak ditangkap

adalah orang Islam mereka digelar penjenayah atau pengganas Islam berita itu

kurang mendapat sambutan dari pihak media massa barat. Ini membuktikan betapa

hegemoni barat dalam media massa cukup mempengaruhi dunia. Malah sekiranya

wujud sesuatu peristiwa walaupun di luar dunia Barat, mereka sering campur tangan

dan mentafsirkannya mengikut kaca mata Barat oleh kerana untuk menjaga

kepentingan-kepentingan tertentu (Amran , Chandra , Mohd Zuhdi 2004 : 420 )

Perjuangan orang Arab Palestin mempertahankan tanah air dan kedaulatan

yang memaksa mereka membunuh beberapa orang Yahudi Israel dianggap sebagai

pelampau, pengganas dan pelbagai gelaran hina yang diberikan oleh media Barat.

Sedangkan orang-orang Yahudi Israel membunuh beribu orang Palestin, mereka

dianggap sebagai hero yang berjuang mempertahankan hak bangsa dan keadilan

manusia (Ilyas Harun 2001 : 162). Inilah bentuk dan dakyah propaganda yang

disebarkan secara meluas di arena antarabangsa bagi menjatuhkan umat Islam dan

mengetengahkan kebenaran palsu mereka.

11

Page 12: konsep hegemoni barat

Pelbagai lagi bentuk propaganda yang disebar luas oleh media Barat

bertujuan untuk memutarbelit isu dan berita supaya mendapat sokongan dunia.

Pihak media Barat juga sering melemparkan tuduhan palsu ke atas negara-negara

Islam Asia demi untuk mengekalkan, menjamin, dan menggunakan kuasa dalam

usaha memenuhi kepentingan mereka. Apa yang lebih menyedihkan, terdapat para

pemimpin Islam dan Asia yang terpengaruh serta turut memberikan sokongan

terhadap propaganda yang diwar-warkan oleh pihak media Barat. Ini kerana mereka

diberikan kedudukan tertinggi sebagai pemerintah dan jaminan keselamatan

sekiranya mereka tunduk dengan kehendak Barat.

Dominasi media Barat terus mendapat tempat dan sambutan di seluruh

dunia. Ini kerana panyebaran media Barat cukup meluas merentasi sempadan

antarabangsa dan isu yang dibawa dapat menarik penduduk dunia dengan hujah-

hujah konkrit mereka. Fakta dan maklumat sebenar seringkali dimanipulasi agar

menjadi kenyataan yang berat sebelah dan menguntungkan pihak Barat. Kejayaan

terbesar media Barat ialah melancarkan propaganda dengan isu yang subversive

bagi menghancurkan Komunisme di Soviet Union dan di negara-negara Eropah

Timur. Setelah berjaya menundukkan pengaruh komunis yang menjadi salah satu

saingan kuasa mereka, kini tiba giliran negara-negara Islam dan Asia yang diberikan

tumpuan khusus untuk diporak-perandakan agar berpecah-belah dalam kalangan

sesama mereka sendiri. Sejak dari dahulu lagi, agama Islam dianggap oleh Barat

sebagai musuh utama kerana ketinggian tamadunnya dan pengaruh Islam yang

semakin berkembang di seluruh dunia (Ilyas Harun 2001 : 163). Kebangkitan Islam

dan Asia boleh mengecutkan kuasa mereka, dan dari itu pihak media Barat terus

menerus melancarkan propaganda bagi menjatuhkan peradaban Islam dan Asia.

12

Page 13: konsep hegemoni barat

Kuasa Barat akan terus bermaharajalela dengan mendominasi politik dan

media massa. Sering kali kita dengar “sesiapa yang menguasai media, maka ia

menguasai lmaklumat. Manakala sesiapa yang munguasai maklumat, dialah yang

menerajui kuasa”. Ini yang berlaku pada kuasa besar Barat khususnya AS pada hari

ini.

Kesan pengaruh hegemoni barat terhadap ekonomi. Sektor ekonomi

merupakan yang paling berkait dengan globalisasi. Ini kerana sistem ekonomi

secara keseluruhannya telah memperlihatkan struktur kesalingbergantungan antara

sebuah negara dengan Negara yang lain dan sebuah rantau dengan rantau yang

lain. Maka tidak hairanlah kenapa krisis ekonomi di Asia Tenggara pada Julai 1997,

hasil daripada globalisasi yang telah diperkenalkan oleh dunia maju, telah berlaku.

Krisis tersebut boleh dijadikan contoh terbaik pendokong teori globalisasi dalam

melihat keadaan kesalingbergantungan antara sebuah Negara di dalam sesebuah

rantau tersebut .

Barat telah pun menguasai ekonomi sejak dulu lagi. Menguasai ekonomi

sama seperti menguasai dunia kerana mereka boleh manipulasi ekonomi dunia yang

boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah

pun menubuhkan kelab eksklusif iaitu G7 dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh

negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadan ini akan menyebabkan

negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disisihkan

daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek.

13

Page 14: konsep hegemoni barat

Kemelesatan ekonomi dunia ketiga dikaitkan terus dengan ancaman

globalisasi terutamanya kegiataan menipulasi speculator yang mengugat pasaran

saham serta matawang-matawang negara tertentu. Malaysia yang mencatat

pertumbuhan yang memberansangkan sejak sedekad yang lalu turut terjejas akibat

krisis ekonomi yang melanda dia Asia Tenggara sejak Julai 1997. Prestasi di bursa

saham menjunam ke paras terendah dan nilai matawang Ringgit turut merosot

berbanding Dollar Amerika pada tahun 1997.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran

modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi matawang

kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyabarkan globalisasi dan

menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia

dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi

Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak

dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh

memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara

tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7

dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan

Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan

bantuan tidak akan dapat menyertainya kerana disishkan daripada negara maju

yang boleh membantu mereka dari segenap aspek.

14

Page 15: konsep hegemoni barat

Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang

beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat

dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan

secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah

menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk

memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh

dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak

daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan dunia

dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.

Iraq yang sebelum ini dianggap negara yang kuat menentang Amerika

Syarikat telah mengalami kehancuran yang amat dahsyat dek kerana sekatan

ekonomi Amerika Syarikat.Kita dapat lihat bagaimana bijaknya hegemoni Barat

menghancurkan sesebuah negara Islam.Setelah berjaya menumbangkan kerajaan

Iraq melalui ketenteraan hegemoni Barat menghancurkan Iraq melalui sekatan

ekonomi.Ubat-ubatan dan makanan disekat untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat

Iraq.Hegemoni Barat melantik rakyat Iraq dari puak Kurdish dan puak Syiah.Tetapi

kedua-dua puak ini saling bertelagah dan saling bunuh membunuh antara satu sama

lain.Barat terus menjalankan jarum mereka untuk memusnahkan Iraq.Mereka

bertindak seolah merekalah penyelamat ekonomi Iraq.

3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik

Hegemoni Barat terhadap dunia secara keseluruhanya memang tidak dapat di

pisahkan dari kekuatan ketenteraan.Di mana –mana negara Islam yang berperang

Barat akan cepat menghantar bantuan kerana inilah peluang untuk menguasai dan

memulakan penjajahan secara tidak langsung peluang untuk menjajah secara halus

terbentang luas.

15

Page 16: konsep hegemoni barat

Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan

mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti

Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya,

kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya

menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah

untuk kepentingan pihak Barat sahaja.

Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak

Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh

kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini

mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa

jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain tanpa berbincang

dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian

untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika syarikat dengan Iraq dan

Afghanistan.

Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai

kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya

Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti

mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini

jelas menunjukkan hegemoni barat adalah berat sebelah.Slogan memerangi

keganasan sering dilaungkan oleh negara uncle Sam itu.Amerika sering berlagak

menjadi sheriff dunia.Sentiasa bertindak sesuka hati tanpa mengira kedaulatan

negara yang diambil tindakan.Polis dunia ini sering menonjolkan diri sebagai orang

yang paling bersimpati dan paling pantas mengambil tindakan terhadap penindasan

16

Page 17: konsep hegemoni barat

dan ketidakadilan yang wujud di dunia ini.Mereka sebenarnya bukannya simpati

tetapi hanya mencari peluang dan ruang untuk memanipulasi politik dunia sahaja.

4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut sosial

Tamadun Barat telah dan sedang menguasai bidang-bidang strategik dunia.Dunia

amat sukar melepaskan diri kecuali negara yang mempunyai pemimpin jati diri yang

unggul.Kesan daripada cengkaman ini meresap ke dalam budaya masyarakat bukan

Barat.Aspek sosial yang paling terkesan ialah hiburan.

Pelbagai bentuk hiburan seperti muzik, nyanyian, filem dan lain-lain telah pun

disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau

buruk terutamanya golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai

jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti

Malaysia.Wajah artis atau selebriti Barat cukup mudah menawan hati pemuda dan

pemudi.Hiburan mereka sering menjadi pilihan.Konsert yang dibuat di seluruh dunia

sering di tonton ramai sada dari peminat yang beragama Islam atau bukan Islam.

Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya rock,

blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut berkembang

dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky Fried

Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian

berjenama seperti Lewis’s Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana dimana

pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri.

Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan

kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika

memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.Lambang baju

yang kononnya peace sebenarnya mempunyai maksud yang tertentu.Tetapi

17

Page 18: konsep hegemoni barat

hegemoni Barat yang berselindung disebalik lambang tidak disedari oleh anak muda

yang mudah hanyut.

5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia

Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua

manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan.

Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan

dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah piagam ini dipatuhi

oleh kuasa-kuasa Barat?

Amerika yang sering melaungkan hak asasi manusia sebenarnya adalah sebuah

negara yang menafikan semua itu.Kita dapat lihat bagaimana penjara di

Guantanamo Bay menjadi saksi penafian tersebut.Banyak tahanan yang

kebanyakkanya tahanan yang tidak tahu mengapa mereka dipenjarakan.Mereka

tidak dibicarakan tetapi mereka telah dijatuhkan hukuman oleh Amarika.Hak-hak

tahanan yang beragama Islam dinafikan.Sebagai contoh Al Quran yang menjadi

kitab junjungan orang Islam dibakar dan dibuang serta dipijak oleh tentera

Amerika.Peluang untuk mengejakan solat tidak diberikan kepada tahanan Islam.Ini

merupakan hegemoni Barat terhadap hak asasi manusia.

Setelah berjaya membunuh Osama Bin Ladden dengan bantuan askar Afghanistan

yang bersekongkol dengan Amerika mendabik dada.Bertindak seolah telah berjaya

menghapuskan penjenayah dunia.Osama dibunuh tanpa belas kasihan.Dunia tidak

diberitahu di mana Osama di kebumikan.Afghanistan diganyang tanpa belas kasihan

atas alasan memerangi Taliban.Sebenarnya bukan Taliban yang dihapuskan tetapi

menafikan hak asai manusia milik rakyat Afghanistan .

18

Page 19: konsep hegemoni barat

KESIMPULAN

Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada

kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi

sedikit sehinggalah sekarang.

Melalui hegemoni yang kuat sama ada melalui media,politik sosial atau

budaya kita dapat melihat betapa pengaruh hegemoni Barat cukup mudah

menguasai pemikiran dan cara kehidupan manusia.Hegemoni Barat yang

mengambil alih tempat tamadun Islam yang mashur telah menguasai dunia

sehingga kini.

Melalui perkembangan teknologi yang hebat penguasaan hegemoni Barat

begitu cepat mengambil tempat dalam kehidupan manusia pada hari ini.Oleh sebab

itulah tidak hairan jika negara Arab yang kuat mengamalkan adab dan kehidupan

bercirikan Islam sedikit sebanyak mengalami perubahan ala Barat.Melalui

perkembangan teknologi penjajahan bukan lagi melalui kehadiran tentera di

sesebuah negara.Memadai dengan penjajahan minda Barat berjaya memperluaskan

hegemoni Barat.

Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena

kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada

masyarakat dunia, kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu,

Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia, mempunyai ideologi untuk

merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan sebagainya.

19

Page 20: konsep hegemoni barat

Dalam bidang hiburan budaya –budaya seperti rock,rap,trasher,rap dan sebagainya

begitu mudah menjadi ikutan anak muda remaja.

Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Budaya ini merupakan

simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas

dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan

disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja.

Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan

keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal,

jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media,

ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya

menghakis budaya Melayu dan Islam.

Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh

tamadun yang sempurna kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas dasar

materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun

Barat.Barat sentiasa memikirkan peluang dan ruang uuntuk menghancurkan

Islam.Oleh kerana masyarakat Islam berpegang teguh pada Al Quran dan Sunnah

Rasullullah mereka selalu mencuba memesongkan akidah umat Islam melalui

pelbagai kaedah dan pendekatan.Pada mereka yang sering menjadikan Barat

sebagai ikutan dan panduan tidak merasakan hegemoni Barat ini sedang menjajah

mereka secara halus .

Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam

yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah

20

Page 21: konsep hegemoni barat

tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina

oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah, Syariah dan Akhlak Islam telah

diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam

mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun

orang-orang bukan Islam.

Rasullullah (SAW) telah meninggalkan satu warisan yang menjadi ikutan dan

panduan kepada manusia sejagat.Kitab Al Quran dan Sunnahnya akan terus

membimbing manusia pada jalan yang benar.

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang

diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Tamadun

Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah

ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan

Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.Islam

membimbing,memandu kehidupan manusia sejagat.Hanya manusia yang

mengagungkan budaya Barat sahaja yang dijajah oleh hegemoni Barat dan

globalisasi .

Semoga pada suatu hari nanti akan lahir generasi yang bakal mengembalikan

kegemilangan dan kemakmuran yang mendapat rahmat dari Allah.Moga Umat Islam

akan kembali gemilang seperti tamadun Islam yang terkenal pada suatu ketika dulu

dan melupakan kepada Tamadun Barat yang hanya banyak membawa kehancuran

dan kemusnahan nilai hidup masyarakat.

21