konsep abm

Upload: aliem73

Post on 03-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    1/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 1

    UNIT PELAJARAN 1

    PENGENALAN KEPADA BAHAN BANTU MENGAJAR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan konsep bahan bantu mengajar.2. Menjelaskan ciri-ciri bahan bantu mengajar.3. Menjelaskan teknik pemilihan dan penilaian bahan bantu mengajar.

    PENGENALAN

    Pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru pemulihan khas yang kreatif daninovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca,menulis danmengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiransedia murid pemulihan khas. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel danmudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu BBMyang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkankadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni

    berasaskan keupayaan diri.

    DEFINIS BAHAN BANTU MENGAJAR

    ahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan olehguru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran didalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan

    hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yangdigunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialamioleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat bpendengaran, alat-alat pandangan dan alatpandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagi kan BBM kepada duamultimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

    Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware. Ngui Kuen Sang

    B

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    2/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 2

    (1981) m e n g e n a i B B M, k i t a t i d a k d a p a t m e m b e r i t a k r i f y a n gt e t ap w al au pu n p a d a keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawapenggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yangmelibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

    Atan Long (1982) BBM terd ir i da ripada pelbagai bahan dan sesuatu bahanboleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alatpenyampaiannya dinamakan BBM. Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963)hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggiyang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yangberfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosidan daya pengharga an.

    Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBMboleh dibahagikankepada tiga kategori:

    a. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,filemjalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman,piring hi tam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

    b. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektroniksepert i suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih,papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

    c. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan , projek, pameran,bahanmaujud (realia) dan sebagainya

    OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkansituasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akanmemberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnyakonsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid,video danaudio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atauberkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman muridobjektif-objektif berikut akan tercapai.

    Objektif PenggunaanBahanBantu

    Menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu konsep

    Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar

    Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

    Pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiridikalangan pelajar

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    3/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 3

    Mengajar Membina pemikiran yag berterusan terutama melalui multimedia

    Membantu perkembangan dan perbendaharaan kata

    KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM) DI DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

    Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) kepentingan BBMbolehlah dirumuskan seperti berikut:

    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsepSebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekalMemberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dikalanganpelajar Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebihmendalam danberagam.

    Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

    memberi rangsangan dan minat murid-muird.menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corakpemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukandaripada murid-murid.membeka lkan dasa r pe rkembangan pembela ja ran dan men jad ikan pembelajaranmereka lebih kekal.menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembanganperbendaharaan kata.ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapatmenambahkan lagi bacaan murid-murid.

    menjimatkan masa dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid.

    PRINSIP PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    4/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 4

    3.1 Pelbagai bahan bantu mengajar berbagai BBM dapat mempelbagaikankegiatan ataupengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat ataukebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung kepengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized ,demontrasi,pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

    3.2 Mutu bahan bantu mengajar:

    Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaandan pemilihannya sebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai denganbahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi danrupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaiansaiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudahdibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secarapercuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli

    belah, pihak swasta dan sebagainya.

    3.3 Kecekapan Menggunakan BBM:

    Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannyamenyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaranitu seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitanapabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik,boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir pentingyang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikankeperluan muriddan masa yang diperuntukkan.

    3.4 Kesesuaian BBM

    BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yanghendakdisampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalahsia-sia sahaja.

    STRATEGI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

    a . BBM d i c i p t a a t a u d i b u a t n y a s e n d i r i b u k a n d i b e l i di kedai-kedai secara sewen ang- wenang nya s ahaja . Apa yang p ent in gnya d i

    si ni ia la h se ma ng at da n kegigihan guru-guru itu sendiri yang perluditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri daribuluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingisehingga sekarang.

    b. Daya kreativiti yang tinggi. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius,kerana sa l ah sa tu syara t untu k menja di seo rang gur u yang ba ik

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    5/12

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    6/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 6

    PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran dan prinsip- prinsippemilihan bahan pengajaran iaitu;

    a. Sesuai

    Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,dimana konsep sesuatumata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan denganmata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahamioleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh k umpulan atau individu. Pemilihanbahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut:

    a. Objektif dan matlamat pengajaran bahasab. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaranc. Keadaan pelajar d. Suasana Pembelajarane. Minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih h endaklah sesuai dengan matlamat

    pengajaran.

    Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu menentukanobjektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan.Denganpengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapatmembantu ke arah pencapaian objektif tersebut.Bahan yang dipilih hendaklahsesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga bersesuaian dengankebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Faktor latar belakangpengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian ketika menyediakanbahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar,isi pelajaran,bahan dan guru.Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarahpada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tigakonsep yang penting.

    b. Mencabar

    Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsanganpemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikanrangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.Satu strategipemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahanyang dipilih itu mestilah bahan yang mengandungi ciri-ciri:

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    7/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 7

    c. MenepatiKetepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yangmenepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilahmenunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran.Ketepatan sesuatu bahan berdasarkan ciri-ciri berikut:a. Kurikulum pengajaran sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.b. Susunan bahanc. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepatd. Maklumat yang kemaskinie.Perbendaharaan kata yang sesuaid. Bahan Pengajaran yang diperakui.

    Menarik

    a. Reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusunberhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkanpelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

    b. Saiz huruf cetak atau saiz haruslah sesuai dengan peringkat umum pelajar.

    c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi berfungsisebagai maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah ataumengukuhkan pembacaan pemahaman

    d. Kualiti kulit dan cara buku dijilid.e. Bahan Pengajaran menganadungi arahan yang jelas.

    Ciri-ciribahan yangMencabar

    Bahan yang konkritkepada bahan yangabstrak

    Bahan yang mudahkepada yangkompleks

    bahan khususkepada umum

    Fakta terasingkepada bersepadu

    Bahan kini kepadaakan datang

    Bahan umum kepadateori

    Bahan khususkepada bahan umum

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    8/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 8

    Jimat dan MudahSekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidaksemestinyamahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnyadengan menggunakan bahan terbuang.

    Praktikal

    Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnyapraktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhanadan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasisebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selaindaripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali dan sekiranyadigunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran lain.

    Mudah Alih

    Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawakemana-mana, dan tidak t erlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajarandan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lainsemestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional,perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebihditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri. Prinsip berikutnya adalah bahan yang t elahdipilih dan diolah,yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaanbahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam prosespembinaan bahan pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walaubagaimanapun, dalam bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberiperhatian oleh guru . Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketepatan,kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai, standardisasi dansimplikasi.

    Dalam hal sama Asmah Omar (1984) menjelaskan kriteria pemilihan bahanmestilah merujuk kepada tiga sudut iaitu sudut guru, pelajar dan pedagogi dan bahasa.

    Kriteria Pemilhan Bahan

    Sudut Guru

    Tujuan dan objektif PengajaranAspek lisan,tulisan danpemahaman

    Sudut Pelajar

    Kesesuaian Peringkat Umur

    Sudut Pedagogi dan Bahasa

    Penggunaan Bahasa danPenyampaian jangkamasa

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    9/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 9

    Rumusan

    Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai mediadalam pengajaran.Sebagai guru pemilihan khas, anda perlu kreatif dan inovatif menghasilkanbahan bantu mengajar terutamanya dalam kemahiran 3M.Pemilihan Bahan bantu mengajar bergantung kepada keperluan mata pelajarandan kemahiran yang hendak diajar.Prinsip-prinsip pemilihan bahan bantu mengajar mestilah dipatuhi agar ianyaberkesan dalam penggunaannya.

    Rujukan

    Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.

    Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas(Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia

    Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan ProgramPemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to SpecialEducation (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon

    Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston: Houghton-Mifflin

    Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general educationclassroom (6 th. Ed.) Ohio: Prentice Hall

    Senaraikan lapan (8) kriteria pemilihan bahan bantu mengajar mengikut perspektif guru,pelajardan keperluan pedagogia. _________________________________________b._________________________________________

    c. _________________________________________d. _________________________________________e. _________________________________________f. _________________________________________g. _________________________________________h. _________________________________________

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    10/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 10

    Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute & Sage.

    .

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    11/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 11

  • 7/29/2019 Konsep ABM

    12/12

    P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 12