kepentingan pengajaran dan pembelajaran.doc

15
Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran 1. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. 2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p: a. Ciri-giri guru b. Gaya pembelajaran pelajar c. Kaedah atau aktiviti p&p d. Bahan p&p e. Nilai-nilai murni f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p 3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur- unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain. Ciri-ciri Guru 1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus: a. Menyayangi semua pelajar b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti c. Mencintai mata pelajaan yang diajar d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah 2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p. Gaya Pembelajaran Pelajar 1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. 2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.

Upload: dinufa

Post on 16-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran 1. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.

2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p:

a. Ciri-giri guru

b. Gaya pembelajaran pelajar

c. Kaedah atau aktiviti p&p

d. Bahan p&p

e. Nilai-nilai murni

f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p

3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

Ciri-ciri Guru1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:

a. Menyayangi semua pelajar

b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti

c. Mencintai mata pelajaan yang diajar

d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran

e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran

f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah

2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.

Gaya Pembelajaran Pelajar1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.

2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.

3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:

a. Pelajar visual:

Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat

i. Huruf atau perkataan

ii. Benda, gambar atau gambar rajah

iii. Demostrasi, tindakan atau lakonan

a. Pelajar audio:

Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti

i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain

ii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

c. Pelajar kinestetik:

Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti:

i. Menulis atau melukis sesuatu

ii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

4. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.

5. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Model Sistem 4MAT1. Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut:

a. Pelajar Imaginatif

b. Pelajar Analitik

c. Pelajar Praktik

d. Pelajar Dinamik

2. Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:

CiriJenis PelajarImaginatifAnalitikPraktikDinamikMatlamatMencari makna dan sebab mempelajari maklumatMencari fakta yang menjelaskan konsepMencari kegunaan maklumatMencari sesuatu yang baruCara belajarMenggunakan semua deria dan berkongsi ideaBerfikir tentang ideaMenguji teori dan menaakulCuba jaya dan penemuan secara sendiriSukaBerinterasksi dengan orang lain dan berkongsi ideaPendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumatTahu bagaimana sesuatu berfungsiMencipta atau mengaplikasi maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lainKekuatanInovasi dan ideaMembina konsepMengaplikasi idea yang praktikalTindakan dan menyudahkan sesuatuSuka menyoalMengapa?Apa dia?Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan?Apakah boleh dicipta oleh saya?Cara mengajarGunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran ideaTerangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumatBeri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiriBeri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya.

Model Dunn dan Dunn1. Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya.

Jadual 1StimulusUnsurCiriAlam SekitarBunyiSuka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzikCahayaSuka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahayaSuhuSuka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panasPolaSuka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantaiEmosiMotivasiBoleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guruKetabahanBoleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendekTanggung-jawabBertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guruStrukturSuka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkaraSosiologiSendiriSuka belajar dengan sendiriPasanganSuka berlajar secara pasanganRakan sebayaSuka belajar dengan rakan sebayaPasukanSuka belajar dalam pasukanGuruSuka belajar dengan guru di sebelahnyaPelbagai caraBoleh belajar dengan mana cara tersebut di atasFizikalPersepsiSuka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrakMakanSuka atau tidak suka makan dan minum semasa belajarWaktuSuka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masaGerakanSuka atau tidak suka bergerak semasa belajarPsikologiGlobal atau AnalitikPelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisisOtak Kiri atau Otak KasnanPelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatuImpulsif atau ReflektifPelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak

Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri 1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya:

Syarahan

Penerangan

Penjelasan

Huraian

Demonstrasi

Bercerita

Pembacaan

Memberi nota5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah:

Soal jawab

Latih tubi

Bercerita

Membuat latihan

Penerangan, penjelasan, huraian

Perbincangan

Inkuiri

Penemuan

Bacaan

Sumbang saran

Demostrasi oleh pelajar

Kerja amali

Eksperimen

Projek

Kuiz

Penyelesaian masalah

Reka cipta

Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan

Main peranan

Lakonan

Simulasi

Membuat nota sendiri

Lawatan

Pengajaran berprogram

Pembelajarean berbantu komputer

PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Pembelajaran koperatif1. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.

2. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

3. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990):

a. Giliran Ahli Kumpulan

Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran

b. Pameran Kumpulan:

i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya

ii. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu.

c. Memadan Benda

Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda

d. Kuiz:

i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan

ii. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan

iii. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru

e. Kad Hafalan

i. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal

ii. Guru menyoal

iii. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi

f. Semakan Pasangan:

i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan

ii. Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.

g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat

i. Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru

ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas

h. Peta Konsep Berpasukan

Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.

i. Jawapan Giliran:

i. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan

ii. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

j. Penguasaan Secara Beerpasangan:

Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

k. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan):

i. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau perkara.

ii. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.

iii. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri1. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:

a. Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.

b. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.

2. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:

Hasil PembelajaranCadangan Bahan Pengajaran dan PembelajaranPelajar dapat :

1. Mengenal pasti "huruf".

2. Menambah sebarang dua nombor 1-10.

3. Memukul bola hoki dengan cara betul.

4. Menerangkan proses penghadaman.

5. Menguji kehadirian kanji dalam daun.

Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf.

Biji, batu atau abakus.

Kayu hoki, bola hoki.

Carta organ penghadaman atau video penghadaman.

Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodin).3. Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:

a. Bahan bercetak

b. Alat pandang dengar

4. Bahan bercetak meliputi:

a. Buku teks dan buku rujukan

b. Dokumen kurikulum

c. Majalah

d. Risalah

e. Akhbar

5. Alat pandang dengar terdiri daripada:

a. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer.

b. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.

c. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.

6. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:

a. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.

b. Boleh dibeli dalam pasaran.

c. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.

d. Bolah didapati dengan percuma.

7. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:

a. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.

b. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.

c. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.

Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap?1. Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum:

Baik hati

Berdikari

Hemah tinggi

Hormat

Kasih sayang

Keadilan

Kebebasan

Keberanian

Kebersihan fizikal dan mental

Kejujuran

Kerajinan

Kerjasama

Kesedaran

Kesederhanaan

Kesyukuran

Rasional

Semangat bermasyarakat1. Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus memastikan pelajar anda dapat tunjuk atau mengamal hasil pembelajaran khusus berikut:

Berpakaian kemas dan bersih

Berambut kemas dan bersih

Menjaga kebersihan badan

Bercakap dengan sopan santun

Tidak bercakap tentang perkara yang jahat

Membuang sampah di tong sampah

Kerjanya kemas dan teratur

Menyimpan barangnya dengan kemas dan tersusun

Memulangkan barang pinjaman atau yang terjumpa

Bekerja dengan rakan-rakan

Menegur atau menasihati pelajar lainPengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran1. Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.

2. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:

a. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.

b. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.

c. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

d. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran.

e. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.

f. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki.

g. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu.

h. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif.

i. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.

j. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.

k. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan.

l. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran.

m. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran1. Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah.

2. Guru digallakan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan sebenar di sekolah.

Contoh Bahasa Melayu Tahun 1 KBSR1. Hasil Pembelajaran

Pelajar akan dapat mengenal pasti huruf "a-j".

2. Cadangan Langkah Pengajaran:

a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulangkaji.

Pelajar menyanyikan lagu "ABC"

b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.

Tunjukkan kad imbasan sesuatu huruf

Sebut sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya

Ulangkan.

Tunjuk kad imbasan sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya.

c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.

Berikan satu set kad imbasan huruf "a-j" kepada setiap kumpulan.

Pelajar-pelajar dalam sesuatu kukmpulan menguji di antara satu sama lain kebolehan mereka untuk mengenal pasti huruf "a-j".

d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.

Setiap pelajar membuat kad imbasan huruf"a-j" dengan kertas berukuran 5 cm x 5 cm dan mewarnakan sesuatu huruf.

Contoh Sains Tahun 4 KBSR1. Hasil Pembelajaran:

Pelajar akan dapat mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan.

2. Cadangan Langkah Pengajaran:

a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji.

Tanya atau suruh pelajar:

Namakan haiwan yang anda tahu.

Apakah haiwan yang dipelihara oleh manusia?

Namakan haiwan yang liar.

b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.

Dengan bantuan gambar atau spesimen beberapa haiwan seperti arnab, burung, ikan, dan lipas, adakan perbincangan dengan pelajar.

Tanya pelajar:

Apakah nama haiwan itu?

Apakah sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan itu?

Apakah kegunaan sesuatu sifat fizikal itu?

c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.

Pelajar melabel sifat-sifat fizikal pada gambar rajah sesuatu haiwan.

d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.

Pelajar membuat carta aliran atau jadual sifat fizikal haiwan danmenunjukkan hasilnya kepada pelajar lain.

Contoh Kajian Tempatan Tahun 4 KBSR1. Hasil Pembelajaran:

Pelajar dapat menerangkan kedudukan rumah dan ciri-ciri fizikal sekelilingnya.

2. Cadangan Langkah Pengajaran:

a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji.

Tanya pelajar:

Di manakah anda tinggal?

Di manakah manusia tinggal pada zaman sekarang?

b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran:

Adakan perbincangan dengan pelajar dengan menggunakan satu gambar atau lukisan yang menunjukkan sebuah rumah dengan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya.

Tanya pelajar:

Apakah jenis rumah dalam gambar ini?

Apakah kegunaan rumah?

Apakah yang terdapat di sekeliling rumah itu?

Adakah kawasan di rumah itu cantik/ Bersih?

c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.

Pelajar melukis peta lakar yang menunjukkan kedudukan rumah sendiri dengan menggunakan lambang dan arah.

Pelajar menerangkan kedudukan rumahnya dan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya dalam 50 perkataan.

d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.

Beri satu gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan sekelilingnya kepada setiap kumpulan.

Pelajar dalam setiap kumpulan berbincang bagaimana ciri fizikal di sekeliling rumah itu dapat diperbaiki.

Hasil kumpulan ditulis di kertas besar dan dipamerkan.

Rumusan1. Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri.

2. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.

3. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.

4. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn.

5. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

6. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.

7. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.

8. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.

9. Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang.

10. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

Kembali ke Atas