model pengajaran

19
INOVASI PEDAGOGI MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasiini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala- galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Rajah 1 Proses Pengajaran Sehala Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya. Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang, 2003). INOVASI PEDAGOGI

Upload: nadhieraakmal

Post on 29-Apr-2017

405 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi

gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap

sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian

pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasiini dinamakan proses pengajaran

sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid

yang menerima segala-galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 1  Proses Pengajaran Sehala

Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu

yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang

interaksi antara guru dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan

muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah

berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh

menentukan pembelajarannya.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu.

Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan

objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk

menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah

mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang

boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah,

teknik dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan

pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan

mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses

pengajarannya (Mok Soon Sang, 2003).         

INOVASI PEDAGOGI

Page 2: Model Pengajaran

MODEL PENGAJARAN ASAS

Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap sebagai

model asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Model Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat bahagian seperti

dalam rajah berikut;

Rajah 2 Model Pengajaran Asas Glaser

Mengikut model Rajah 2 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan

objektifnya. 

Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah mengikuti

sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan murid yang dapat

diperhatikan dan dapat diukur setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan

yang jelas tentang perlakuan murid yang hendak dicapai membolehkan guru

merancang langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian ke atas

keberkesanan pengajarannya.

Tingkah Laku Sedia

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap yang

sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid

membolehkan guru menilai sama ada objektif yang telah dirancang itu sesuai atau

tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi lebih bermakna sekiranya dikaitkan

dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.

Prosedur Pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran

berbeza mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan

alat bantu mengajar dipilih supaya sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah

mengajar yang sesuai hendaklah dirancang supaya isi pelajaran dapat disampaikan

Page 3: Model Pengajaran

dengan berkesan. Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan, menyoal,

merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga terlibat

dengan aktiviti pembelajaran seperti memerhati, menumpukan perhatian ,

berbincang dan menyelesaikan masalah.

Penilaian Prestasi

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak setakat

mana murid telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian, guru

mendapat maklumbalas tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian

menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka guru

perlu menyemak kembali setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika

perlu komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai.

Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam pembelajaran tidak difahami murid,

maka guru perlu menukarnya kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang

memudahkan murid menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh

dijadikan panduan asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun, model

ini boleh mejadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan unsur interaksi guru-

murid dan langkah-langkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid tertentu.

Page 4: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL INKUIRI

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka

untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah

mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan

soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka.

Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang

membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi)

bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima

fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri

Keterangan model inkuiri :

Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan

atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan

bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila

dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya

dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan

pengetahuan baru. 

Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat

tentang kejadian yang dilihat atau alami. 

Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru

dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini

Page 5: Model Pengajaran

murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang

jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.

Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan.

Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk

pemahaman mengenainya.

Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan

soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut

daripada guru.

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun

atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup,

bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir

biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid. 

Page 6: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL SIM

Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar,

isi pelajaran dan objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara

satu sama lain seperti dalam rajah berikut: 

Rajah 4 Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-

elemen guru, objektif dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil

kira objektif yang hendak dicapai dan isi pelajaran yang sesuai seperti rajah di

bawah:

Rajah 5  Persediaan untuk Pengajaran Guru

Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan

objektif dan isi pelajaran , fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada

murid perlu diambil kira. Isi pelajaran termasuk media dan teknik digunakan untuk

penyampaian isi pelajaran itu. Isi pelajaran ditentukan oleh guru setelah mengambil

kira tentang kebolehan murid. Dalam setiap pengajaran, objektif dinilai dari segi

Page 7: Model Pengajaran

pencapaiannya oleh murid dan guru menggunakannya untuk memperbaiki

pengajarannya. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru

merancang pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti

menentukan bahan, cara mengajar dan penilaian.

Page 8: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL PEMBELAJARAN PENGUASAAN

Bloom (1968) merupakan pengasas kepada model pembelajaran ini. Model

Pembelajaran Penguasaan adalah suatu proses pengajaran yang boleh digunakan

apabila seseorang guru ingin mengajar semua isi kandungan kepada murid di dalam

kelas. Model ini memerlukan guru menstrukturkan bahan pengajaran agar setiap

murid dapat menguasai sesuatu bidang mengikut masa dan keupayaan diri masing-

masing. Model ini juga mengutarakan fenomena ‘self-fulfiling prophecy’ iaitu murid

percaya bahawa semua orang boleh berjaya dan kebanyakan murid boleh

mempelajari apa yang diajar di sekolah.

Jadual 1  Jadual Pembelajaran Penguasaan

Bagi melaksanakan pembelajaran penguasaan, objektif pengajaran haruslah

jelas dan isi kandungan pengajaran dicerakinkan kepada beberapa bahagian yang

kecil. Isi pengajaran juga mestilah disampaikan mengikut tahap-tahap individu dan

dalam susunan tertib unit pembelajaran yang meningkat. Di samping itu, penilaian

secara individu perlu dibuat, begitu juga pemantauan kemajuan murid.

Penilaian diagnostik merupakan jenis penilaian yang kerap digunakan dalam

pembelajaran penguasaan. Guru diminta untuk membina dan mentadbir ujian-ujian

pendek untuk menentukan penguasaan objektif pembelajaran harian oleh murid.

Murid yang mempunyai 15% kesalahan akan mengulangi tugasan mereka sehingga

Page 9: Model Pengajaran

mereka mencapai penguasaan yang lebih tinggi. Bagi membantu murid mencapai

penguasaan isi kandungan, guru boleh merancang kerja-kerja secara individu

seperti bacaan khas, tugasan dalam lembaran kerja dan permainan komputer.

Selain itu, guru boleh mengadakan tutorial rakan sebaya, kumpulan kecil

pembelajaran dan kumpulan permainan akademik. Bagi murid yang berjaya

menguasai isi kandungan, mereka akan diberikan tugasan-tugasan pengayaan.

Page 10: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Model Pembelajaran Koperatif mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli

dalam kumpulan di samping meningkatkan pencapaian akademik murid. Terdapat

tiga matlamat utama dalam model ini iaitu:

untuk memperbaiki kefahaman dan kemahiran murid yang diajar

untuk membolehkan murid membentuk kemahiran kumpulan berkoperatif dan

seterusnya menghormati perbezaan individu dalam kelas

untuk membolehkan murid mementingkan nilai terhadap pembelajaran dan

membentuk sikap positif terhadap murid pelbagai kaum

Jadual 2  Jadual Pembelajaran Koperatif

Di antara teori-teori pendidikan dalam model ini ialah:

ganjaran berkumpulan–murid belajar dalam kumpulan dan akan memperoleh

faedah-faedah tertentu. Melalui pembelajaran berkumpulan, murid boleh

bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan bersaing secara sihat

dengan kumpulan lain.

mengurangkan stereotaip–murid yang mempunyai peluang untuk bekerja

dalam kumpulan dengan murid yang lain boleh mengurangkan sikap

stereotaip mengenai ras, jantina, pelajar yang berpencapaian rendah atau

cacat.

Hasil daripada pembelajaran koperatif, didapati bahawa murid yang

berpencapaian tinggi boleh mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam

proses membantu murid yang berpencapaian rendah. Model ini juga dianggap boleh

Page 11: Model Pengajaran

mewujudkan motivasi di kalangan murid khususnya mereka yang berpencapaian

rendah. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pembelajaran koperatif menunjukkan

konsep kendiri yang tinggi.

Page 12: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL TEORI PENGAJARAN DALAM AMALAN

Murid yang diajar mengikut ‘teori pengajaran dalam amalan’ adalah

berdasarkan kepada Hunter (1991) . Beliau menyatakan bahawa pengajaran

meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap pembelajaran

seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan

pelajaran, bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan

tingkah laku guru yang spesifik dalam kelas.

Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga

keputusan tersebut boleh membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna

keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan, diinterpretasi, dibincang,

dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang

mengandungi tujuh unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam

pengajaran ini ialah:

set jangkaan (anticipatory set) – membolehkan murid menjangka apa yang

akan dipelajari

objektif dan tujuan

input – murid mendapat maklumat baru

modeling – guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea, 

menguji kefahaman – guru menguji di celah-celah pelajaran

latihan berpandu – murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia

oleh guru

latihan bebas – murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa

yang telah dipelajari secara bebas

Page 13: Model Pengajaran

Jadual 3  Jadual Teori Pengajaran dan Amalan

Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat

keputusan berasaskan kepada pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya

memerlukan guru memahami sains pengajaran kerana ini akan menjadi asas untuk

guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk

melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan

merancang soalan yang diperoleh daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:

Apakah yang murid akan belajar?

Bagaimanakah murid akan belajar?

Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan

pembelajaran kepada situasi yang baru.

Page 14: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL PEMBELAJARAN MEMPROSES MAKLUMAT

Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat

menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari

penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan

tindakan. Pusat kepada model pembelajaran memproses maklumat ialah

kepelbagaian bahagian sistem daya ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem

penerimaan maklumat yang terbahagi kepada tiga jenis ingatan iaitu:

penerimaan daya deria-rangsangan

daya ingatan jangka pendek

daya ingatan jangka panjang

Daya Deria Rangsangan

Maklumat diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan,

bau dan rasa. Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau

luaran. Teori memproses maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini

adalah kerana ia dapat membantu guru mengatasi masalah ketidakupayaan

pembelajaran murid mereka. Di samping itu mereka dapat membuat perancangan

terhadap pengajaran di dalam bilik darjah.

Daya Ingatan Jangka Pendek

Daya ingatan jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila

melalui proses ini, seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami

maklumat dan seterusnya bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila

seseorang itu memikirkan masalah yang baru, maklumat baru akan menggantikan

maklumat lama. Kepentingan kepada pengajaran guru ialah, guru boleh mengenal

pasti maklumat yang disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang

diperlukan. Guru sepatutnya merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran

yang diajar bukan sahaja berada di dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi

sebaliknya terus disimpan di dalam ingatan jangka panjang.

Page 15: Model Pengajaran

Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan

Daya ingatan jangka panjang adalah berkekalan. Bagi mempelajari mengekalkan

maklumat yang diperolehi untuk satu-satu tempoh masa yang panjang, maklumat

perlu dialihkan dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat

dua jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan makna dan pengalaman.

Kepentingannya kepada pengajaran ialah, cara bagaimana maklumat disimpan di

dalam daya ingatan jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat

apabila diperlukan. Melalui teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan

menggunakan kaedah yang menarik pasti dapat membantu murid mengingat

kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. Strategi-strategi yang dapat membantu

murid meningkatkan daya ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan

maklumat, menggunakan pengetahuan sedia ada dan membuatkan maklumat yang

diperolehi lebih bermakna.

Page 16: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL SYSTEMATIC APPROACH FOR ADAPTING THE LEARNING ENVIRONMET (SAALE)

Model SAALE telah diperkenal dan digunakan sejak awal tahun 1970an lagi.

Ia merupakan satu reka bentuk (design) di mana kandungan kurikulum mungkin

memerlukan perubahan (adaptasi) untuk membolehkan murid-murid kurang upaya

mendapat kurikulum pendidikan biasa . Untuk memenuhi matlamat pendidikan

kepada murid kurang upaya, maka Reauthorization of the Individuals with Disabilities

Education Act, 1997 (IDEA), telah menyuarakan kepada sistem pendidikan sekarang

supaya memberi peluang dan akses yang lebih luas kepada pelajar kurang upaya

(Wood 2002) . Lou Danielson (1999), menegaskan kepada konsep “universal

design” (satu corak yang boleh diterima pakai oleh semua) sebagai amalan yang

dapat menolong kanak-kanak khas ini mencapai matlamat pendidikannya.

Penggunaan model SAALE ini telah memberi satu pencapaian bermakna terhadap

pendidikan dalam kepelbagaian populasi . Model ini adalah model adaptasi. Ia

mengandungi tiga komponen besar adaptasi iaitu:

Adaptasi persekitaran

Adaptasi pengajaran

Adaptasi penilaian

Adaptasi Persekitaran

Adaptasi persekitaran melibatkan guru melakukan pengubahsuaian persekitaran

sosioemosi, persekitaran tingkah laku dan persekitaran fizikal.

Adaptasi Persekitaran Pengajaran

Adaptasi persekitaran pengajaran ialah ia melibatkan guru melakukan

pengubahsuaian terhadap perancangan pengajaran, teknik pengajaran, format

kandungan pengajaran dan media pengajaran. Dalam konteks adaptasi persekitaran

pengajaran ini , model ini menekankan bahawa seseorang guru haruslah melakukan

penyesuaian yang spesifik yang boleh dilakukan pada mana-mana titik atau tempat

di mana murid menghadapi kesukaran dalam teknik pengajaran, kemahiran

pelajaran atau kandungan pengajaran. Konsep ketidaksesuaian dalam pengajaran

Page 17: Model Pengajaran

adalah sangat penting difahami kerana ketidaksesuaian yang berlaku tidak

disebabkan oleh murid mahupun pendidik. Ketidaksesuaian hanyalah satu keadaan

apabila murid tidak berjaya kerana pendidik mempunyai harapan dan sangkaan

yang tidak sepadan dengan keupayaan anak didiknya. Sebagai contoh muridnya

tidak dapat menyalin di papan tulis, sedangkan guru menyuruhnya menulis atau

menyalin juga, maka berlakulah ketidaksesuaian. Oleh sebab itu sebagai guru, kita

mestilah mencari punca ketidaksesuaian tersebut dan memperkembang dan

mengimplementasikan intervensi yang bersesuaian dengan murid.

Adaptasi juga boleh dilakukan pada rancangan pengajaran yang

memfokuskan kepada satu sahaja objektif yang spesifik dan jelas, adaptasi teknik

pengajaran yang mementingkan informasi input iaitu , memberikan maklumat

bergantung kepada keupayaan murid itu, adaptasi format isi kandungan yang tidak

terlalu banyak, dan penggunaan media seperti audio visual dan sebagainya. 

Adaptasi Penilaian

Adaptasi penilaian merangkumi penilaian murid dan penggredan. Adaptasi

penilaian bermaksud bahawa penilaian yang dilakukan adalah menyeluruh.

Penilaian kurikulum patut dilakukan dari masa ke semasa agar bersesuaian dengan

murid khas. Dalam hal ini, guru perlu memastikan aspek keadilan diambil kira bagi

memastikan semua murid mendapat faedah yang sama bagi pelaksanaan suatu

kurikulum itu.

Rajah 6  Model SAALE

Page 18: Model Pengajaran

INOVASI PEDAGOGI

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui

pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan

kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap

penguasaan pembelajaran.

Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil

pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit

pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan

pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan

murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan hasil

pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan

menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid

berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar

kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian,

murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi

murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu

Dilaksanakan oleh guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Page 19: Model Pengajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh

guru. Antaranya:

kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

kemudahan yang ada

masa yang diperuntukan

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru

dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi

memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada

kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar

kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

INOVASI PEDAGOGI

Page 20: Model Pengajaran

MODEL EKSPOSITORI

Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam

konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi

kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,

kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita

atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru memberi

penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka

memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota

mereka.   

Rajah 7  Model Ekspositori

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah

dihuraikan seperti berikut: 

1. menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada

buku teks. 

2. menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk

-bentuk geometri. 

3. menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan

kemahiran -kemahiran yang telah dipelajari. 

4. menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.