kawin

6
Tuan-tuan,puan-puan dan para hadirin sekalian Majlis mempersilakan ahli keluarga dan para rombongan Untuk duduk di tempat yang telah disediakan.dipersilakan.... Anak cina memasang lukah Lukah dipasang di tanjung selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Mengumumkan perarakan masuk mempelai yang diraikan Rosliza Binti Mohd Rom dan pasangannya Khairul Faiq Bin Shamsudin Tapak setapak mengorak langkah Langkah menuju ke singgahsana Sungguh bertuah kedua pengantin kita Cantik dan indah di malam bahagia Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera Saya Syed Azman bin Syed Ismail selaku Pengerusi Majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan Rosliza dan Khairul Faiq

Upload: syed-azman

Post on 11-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MC Kawin

TRANSCRIPT

Tuan-tuan,puan-puan dan para hadirin sekalianMajlis mempersilakan ahli keluarga dan para rombonganUntuk duduk di tempat yang telah disediakan.dipersilakan....

Anak cina memasang lukahLukah dipasang di tanjung selasihPasangan pengantin segak melangkahMara menuju mahligai kasih

Mengumumkan perarakan masuk mempelai yang diraikan Rosliza Binti Mohd Rom dan pasangannya Khairul Faiq Bin Shamsudin

Tapak setapak mengorak langkahLangkah menuju ke singgahsanaSungguh bertuah kedua pengantin kitaCantik dan indah di malam bahagia

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum W.B.T Salam SejahteraSaya Syed Azman bin Syed Ismail selaku Pengerusi Majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Rosliza dan Khairul Faiq

Bersarang merbah di Kuala LangatManis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangatSeni silat kami persembahkan

Hadirin yang disanjungi

Hari ini menanam jagungHari esok memintal taliHari ini kita berkampungMeraikan mempelai dua sejoli

Orang jauh dikenang-kenangHanya terkenang pada yang satuMula berkenalan kemudian bertunangAkad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patinMengail patin di tepi titiSenyum terukir pasangan pengantinTanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis bersalaman mengeratkan lagi ukhuwah.

Dengan itu, saya menjemput :(Nama dan gelaran dalam keluarga)

************

Demikianlah tadi, acara bersalaman bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung LedangDibawa dengan penuh beradabPinggan mangkuk telah terhidangKini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Semerbak bunga serojaDibelai dara pingitanLauk pauk penuh semejaJemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, kami mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.Kini tiba masanya acara untuk memotong pulit kuning.Majlis menjemput pasangan mempelai untuk memotong pulit kuning tanda termeterainya kasih sayang dua hati yg diikat menjadi satu.Dengan segala hormatnya dipersilakanSesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kotaUda memupuk bunga melatiMula kenal kemudian bercintaCinta tersemai di dalam hati

Tuan-tuan,puan-puan dan para hadirin sekalian,Majlis mempersilakan kedua mempelai untuk kembali ke pelamin untuk kita teruskan dengan sesi fotografi bersama *******Mak ayah edieMak ayah faiqBoth parentsBig familyFaiq familyEdie FamilyKKBians

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, saya bagi pihak tuan rumah En Mohd Rom Bin Muslim dan Pn Rohaya binti Mohd Satar ingin berterima kasih kepada semua atas kesudian tuan puan hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T