industri kecil dan sederhana karangan

Upload: cwnorani

Post on 04-Jun-2018

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Industri Kecil Dan Sederhana karangan

    1/2

    Tajuk / Tema Karangan: Industri Kecil dan Sederhana

    Fokus karangan: Langkah-langkah merancakkannya

    [Ayat Rangsangan]Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang

    penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [Ayat Huraian 1]IKSditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatanberkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta danmenggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [Ayat Huraian 2]Di Malaysia,terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuhdaripada kerajaan. [Ayat Huraian 3]IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaandaripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masingdalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. [AyatArahan]Demi merancakkanIKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.

    [Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaranpembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakanperniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dansebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakankepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan danpembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yangdisediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan BankSimpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikatkewangan. [Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negaratelah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantuperusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.

    [Ayat Judul]Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turutdisediakan oleh pihak kerajaan. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Usahawandan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKSboleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan danbeberapabadan yang lain. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Para pengusahamemang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usahamelicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kosefektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, sertapemasaran global. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antara agensi yang terlibatdalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmatpakar perunding MARA), UKM Pakar Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS

    Malaysia. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Tanpa khidmat nasihat danperundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belokpengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagairintangan. [Ayat Penyimpul]Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa danberiltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS danmelipatgandakan perolehan.

    [Ayat Judul]Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai programlatihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderungmengusahakan aktiviti IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1] Dalam konteksini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan

    pembangunan IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Selain menawarkankhidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan

  • 8/13/2019 Industri Kecil Dan Sederhana karangan

    2/2

    program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.[Pengembangan:Ayat Contoh]Antaranya termasuklah program rantaianindustri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dansebagainya. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Bahkan, Majlis Amanah Rakyat(MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan,membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar,supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.[Pengembangan:Ayat Contoh 2]Antara program yang ditawarkan ialah latihankeusahawanan, skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. [AyatPenyimpul]Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbangkepada iktisad negara.

    [Ayat Kesimpulan]Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yangmustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS. [Ayat Peniaian]Hal inidemikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkankepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. [Ayat Penilaian]PenglibatanIKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang

    belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. [AyatPenilaian]Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkanusahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahiradalah tinggi. [Ayat Cadangan]Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mulamenyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalahmelalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yangterbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS barudengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. [AyatHarapan]Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya majubahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikanWawasan 2020.