ibn bajjah dan pemikiran falsafahnya

Upload: dkitos

Post on 07-Jul-2015

369 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IBN BAJJAH DAN PEMIKIRAN FALSAFAHNYA

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Falsafah merupakan suatu induk ilmu pengetahuan, yang berarti mencari hakikat sesuatu sedalam-dalamnya atau berfikir tentang sesuatu dengan seluas-luasnya sampai berpijak pada kebenaran yang terdalam.

Banyak terdapat cabang dalam falsafah, diantaranya ada falsafah Islam, falsafah Ilmu, falsafah pengetahuan mahupun yang lain. Pada makalah ini kami akan membahas tentang falsafah Islam, yakni tentang salah satu failasufnya Ibnu Bajjah.

B. Rumusan Masalah Kajian tentang para failasuf dan pemikiran-pemikirannya sangatlah luas. Namun dalam makalah ini kami membatasi pembahasan kami pada: 1. Biografi Ibnu Bajjah 2. Karya-karya Ibnu Bajjah 3. Pemikiran-pemikiran Ibnu Bajjah

C. Tujuan Adapun tujuan pembuatan makalah ini adalah: 1. Untuk memenuhi tugas mata kuliah Falsafah Islam. 2. Diharapkan mahasiswa mengetahui biografi Ibnu Bajjah. 3. Diharapkan mahasiswa mengetahui karya-karya Ibnu Bajjah. 4. Diharapkan mahasiswa mengetahui pemikiran-pemikiran Ibnu Bajjah.

BAB II PEMBAHASAN A. Biografi Ibnu Bajjah

1

Nama

sebenar

Ibnu Tujibi

Bajjah

adalah

adalah

Abu Ibn

Bakar

ibn

Yahya Ibn

ibn bajjah

al-Shaighal

al-Andulsi

al-Samqusti

Bajjah.

dilahirkan di Saragossa, Andalusia pada tahun 475 H (1082 M). Ia berasal dari keluarga al-Tujib karena itu beliau dikenal sebagai al-Tujubi yang bekerja sebagai pedagang emas (Bajjah : Emas). Selain sebagai failasuf, Ibn Bajjah dikenal sebagai penyair, komponis, bahkan sewaktu Saragossa berada di bawah kekuasaan Abu Baker ibn Ibrahim al-Shahrawi dari daulah Bani Murabittun Ibn Bajjah dipercayakan sebagai Wazir . Pada 1118 M/512 H, Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon dan Ibnu Bajjah berhijrah ke Seville, selatan Sepanyol. Di sana, beliau menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik. Kemudian Ibnu Bajjah berpindah pula ke Granada, dan seterusnya ke Afrika Utara iaitu pusat Dinasti Murabithun. Tetapi cara pemikiran dan falsafahnya yang asing di kalangan masyarakat di situ menyebabkan beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah, Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bidaah. Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi muridnya, maka Ibnu Bajjah dilepaskan

Ekoran kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanan ke Fez di Morocco. Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin untuk jangka waktu yang panjang. Kedudukan yang beliau peroleh telah menimbulkan rasa iri hati daripada pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadan 1138 M/533 H, menurut satu riwayat, beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor yang bernama Abu al-Ala Ibnu Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmunya . Beliau dimakamkan di samping makam Ibnu Arabi di Fez.

B. Hasil karya Ibnu Bajjah Beberapa karya Ibnu Bajjah adalah: 1. Falsafah al-Wada, berisi tentang ilmu pengobatan. 2. Tardiyyan, berisi tentang syair pujian. 3. Kitab an-Nafs, berisi tentang catatan dan pendahuluan dalam bahasa Arab.2

4. Tadbir al-Mutawahhid, rezim satu orang. 5. Risalah-risalah Ibnu Bajjah yang berisi tentang penjelasan atas risalah-risalah al-Farabi dalam masalah logika.

Karya asal Ibn Bajjah ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Spanyol).

Antara karyanya yang terpenting ialah : a. Risalah al-Wida yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dipercayai masih tersimpan di perpustakaan Bodlein. b. Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah. c. Risalah al-Ittisal al-Aql Bi al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya. d. Kitab an-Nafs menerangkan persoalan yang berkait tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, alFarabi dan al-Razi.

Ajaran Falsafah Ibnu Bajjah : 1. Epistemologi Manusia mampu berhubungan dan meleburkan diri dengan akal faal atas bantuan ilmu dan pertumbuhan kekuasaan insaniah, bila ia telah bersih dari kerendahan dan keburukan masyarakat. Masyarakat bisa melumpuhkan daya kemampuan berpikir perseorangan dan menghalanginya untuk mencapai kesempurnaan.

3

Pengetahuan yang didapatkan lewat akal, akan membangun keperibadian seseorang. Akal mendapatkan objek-objek pengetahuan yang disebut hal-hal yang dapat diserap dari unsur imaginatif, dan memberikan sejumlah objek pengetahuan lain kepada unsur imaginatif. Hal yang paling mencengangkan pada unsur imaginatif adalah keterhubungan dengan wahyu dan ramalan. Ibnu Bajjah juga menandaskan bahawa Tuhan memanifestasikan pengetahuan dan perbuatan kepada makhluk-makhluk-Nya. Metode yang diajukan Ibnu Bajjah adalah perpaduan perasaan dan akal. Dalam masalah pengetahuan fakta, ia mempergunakan metode rasional-empiris, tetapi mengenai kebenaran akan keberadaan Tuhan ia mempergunakan falsafah. Kebenaran itu sendiri dapat diperoleh manusia apabila manusia menyendiri (uzlah).

Menurut Ibnu Bajjah akal memiliki dua fungsi yaitu memberikan imagi objek yang akan diciptakan kepada unsur imaginasi dan memiliki objek yang dibuat di luar ruh dengan menggerakkan organ-organ tubuh.

2. Metafizika Menurut Ibnu Bajjah segala yang wujud terbahagi dua: bergerak dan tidak bergerak. Yang bergerak itu adalah materi yang sifatnya terbatas dan sebab gerakannya berasal dari kekuatan yang tidak terbatas, iaitu akal. Untuk mencapai kedekatan dengan Tuhan, Ibnu Bajjah menganjurkan untuk melakukan tiga hal, yaitu: (1) membuat lidah kita selalu mengingat Tuhan dan memuliakan-Nya (2) membuat organ-organ tubuh kita bertindak sesuai dengan wawasan hati (3) menghindari segala yang membuat kita lalai mengingat Tuhan.

3. Moral Ibnu Bajjah mengelompokkan perbuatan manusia kepada perbuatan hewani dan perbuatan manusiawi. Perbuatan hewani adalah perbuatan yang didorong oleh motif naluri atau hal-hal lain yang berhubungan dengannya. Sedangkan perbuatan manusiawi adalah perbuatan yang didasarkan akal budi, timbul karena adanya pemikiran yang lurus. Dalam upaya mencari klasifikasi, apakah suatu perbuatan itu bersifat hewani atau manusiawi, perlulah memiliki spekulasi disamping kemauan. Dari sifat spekulasi dan kemauan ini kemudian Ibnu Bajjah membahagi kebajikan menjadi dua jenis yakni kebajikan formal dan kebajikan spekulatif.4

Kebajikan formal merupakan sifat yang dibawa sejak lahir tanpa adanya pengaruh kemauan atau spekulasi. Sedangkan kebajikan spekulatif didasarkan pada kemahuan bebas dan spekulasi. Menurut Ibnu Bajjah, hanya orang yang bekerja di bawah pengaruh pikiran dan keadilan sematamata, dan tidak ada hubungannya dengan segi hewani padanya, itu saja yang bisa dihargai perbuatannya dan bisa disebut orang langit. Jika segi hewani tunduk kepada ketinggian segi kemanusiaan, maka seseorang menjadi manusia dengan tidak ada kekurangannya karena kekurangan ini timbul disebabkan ketundukannya kepada naluri.

4. Jiwa Pembahasan terhadap jiwa, Ibnu Bajjah mendasarkan kepada fizika. Jiwa dianggap sebagai pernyataan pertama dalam tubuh alamiah dan teratur yang bersifat nutrisi (mengandung zat-zat untuk badan), sensitif (kepekaan), dan imaginatif (rasional). Jiwa yang berhasrat itu terdiri dari tiga unsur iaitu: hasrat imaginatif, hasrat menengah, dan hasrat berbicara. Jiwa yang berhasrat menghendaki suatu obyek yang kekal. Kehendak ini disebut kesenangan dan tiadanya kehendak merupakan kejemuan dan kesakitan. Kehendak bukan merupakan suatu yang dimiliki oleh manusia. Siapapun yang bertindak sesuatu atas dasar kehendak dianggap telah bertindak atas dasar gagasan-gagasan.

5. Politik Dia menerima pendapat al-Farabi yang membahagi negara menjadi negara sempurna dan negara tidak sempurna. Dia juga setuju dengan al-Farabi yang beranggapan bahawa individu yang berbeda dari sebuah bangsa memiliki watak yang berbeda pula, sebahagian mereka lebih suka memerintah dan sebahagian lain lebih suka diperintah. Tapi Ibnu Bajjah memberikan tambahan bahwasanya seorang mutawahhid sekalipun, harus senantiasa berhubungan dengan masyarakat. Tetapi hendaklah seseorang mampu menguasai diri dan sanggup mengendalikan hawa nafsu, tidak terseret ke dalam arus perbuatan rendah masyarakat.

Dalam Risalah al-Wada Ibnu Bajjah memberikan dua fungsi alternatif negara: (1) untuk menilai perbuatan rakyat guna membimbing mereka mencapai tujuan yang mereka inginkan (2) merancang cara-cara mencapai tujuan-tujuan tertentu. Dalam sistem al-Farabi dan Ibnu Bajjah, konstitusi harus disusun oleh Kepala Negara.5

6. Tasawuf Ibnu Bajjah mengagumi al-Ghazzali dan menyatakan bahawa metode al-Ghazzali memampukan orang memperoleh pengetahuan tentang Tuhan, dan bahawa metode ini didasarkan pada ajaranajaran Nabi suci. Sang Sufi menerima cahaya di dalam hatinya.

Ibnu Bajjah menjunjung tinggi para wali Allah (Auliya Allah) dan menempatkan mereka di bawah para Nabi. Menurutnya, sebahagian orang dikuasai oleh keinginan jasmaniyah belaka, mereka berada di tingkat paling bawah, dan sebahagian lagi dikuasai oleh spiritualitas, kelompok ini sangat langka.

BAB III PENUTUP A. Kesimpulan Falsafah merupakan suatu induk ilmu pengetahuan. Banyak terdapat cabang dalam falsafah, diantaranya ada falsafah Islam, falsafah Ilmu, falsafah pengetahuan mahupun yang lain. Pada makalah ini kami membahas tentang falsafah Islam, yakni tentang salah satu failasufnya Ibnu Bajjah, yang meliputi biografi, karya-karya, serta pemikiran-pemikiran Ibnu Bajjah. Ibnu Bajjah berasal dari keluarga al-Tujib. Dia lahir pada abad 11 M di kota Sarragosa. Para ahli sejarah memandangnya sebagai orang yang berpengetahuan luas dan mampu dalam berbagai ilmu. Dia menguasai sastera, tata bahasa, dan falsafah kuno. Ketika hidupnya, dia telah membuat beberapa karya yang penting.

Pemikiran-pemikirannya anatara lain adalah: Kebenaran dapat diperoleh manusia apabila manusia menyendiri (uzlah). Segala yang wujud terbagi dua yakni bergerak dan tidak bergerak. Perbuatan manusia dikelompokan kepada perbuatan hewani dan perbuatan manusiawi. Jiwa yang berhasrat itu terdiri dari tiga unsur iaitu: hasrat imaginatif, hasrat menengah, dan hasrat berbicara. Seorang mutawahhid harus senantiasa berhubungan dengan masyarakat. Tetapi hendaklah seseorang mampu menguasai diri dan sanggup mengendalikan hawa nafsu, tidak terseret ke dalam arus perbuatan rendah masyarakat.6

-

Sebahagian orang dikuasai oleh keinginan jasmaniyah belaka, mereka berada di tingkat paling bawah, dan sebahagian lagi dikuasai oleh spiritualitas.

B. Saran Setelah mahasiswa mengetahui dan memahami pemikiran-pemikiran Ibnu Bajjah, hendaknya mahasiswa mampu mengambil sebahagian pemikiran yang relevan dengan keadaan sekarang agar bisa dijadikan sebagai motivasi untuk maju serta dapat membangun kita untuk selalu semangat menuntut ilmu.

DAFTAR PUSTAKA 1. Hasyimsyah Nasution, Falsafah Islam, (Jakarta: Gaya Media Partama, 2001), hlm. 97. 2. A. Mustofa, Falsafah Islam, hlm. 263.

7