forum berfikiran kompentesi

1
NAMA : JAIPIN JOSLY BIN KIMBURON NPQEL 13A2 SB3 Forum Berfikiran Strategik- Apakah pandangan anda terhadap kompetensi proaktif untuk menjana pemikiran. Pemikiran strategik adalah cara seseorang dalam organisasi berfikir, menilai, melihat, merancang dan mencipta untuk dirinya dan organisasinya. Ianya lebih kepada memberikan maklum balas kepada masalah harian atau jangka masa panjang, peluang dan realiti baru tentang mencipta masa hadapan. Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam Kepimpinan Pendidikan (1999), menyatakan bahawa Pemimpin adalah individu atau manusia yang diamanahkan untuk memimpin pengikutnya kearah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemimpin yang menerajui sekolah perlulah seorang pemimpin proaktif yang mempunyai kompetensi berfikiran strategik yang bermaksud berupaya mentadbir dan merancang sesuatu yang baru untuk memajukan organisasi dibawah kawalannya. Pemikiran strategik juga sentiasa melibatkan perubahan berkenaan dengan mengawal masa hadapan untuk membangunkan impian atau keputusan yang praktikel untuk mencipta keupayaan kanak-kanak pada masa hadapan. Selain dari itu kompetensi proaktif membolehkan pemimpin organisasi menjana pemikiran secara terbuka, berani menerima perubahan, pemikiran yang bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai matlamat organisasi. Sentiasa optimis dalam membuat matlamat masa depan dan sentiasa prihatin tentang apa yang berlaku disekeliling sama ada di dalam atau peringkat global.

Upload: hamdan-bin-taip

Post on 24-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Berfikiran Kompentesi

NAMA : JAIPIN JOSLY BIN KIMBURON NPQEL 13A2 SB3

Forum Berfikiran Strategik- Apakah pandangan anda terhadap kompetensi proaktif untuk menjana pemikiran.

Pemikiran strategik adalah cara seseorang dalam organisasi berfikir, menilai, melihat, merancang dan mencipta untuk dirinya dan organisasinya. Ianya lebih kepada memberikan maklum balas kepada masalah harian atau jangka masa panjang, peluang dan realiti baru tentang mencipta masa hadapan.

Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam Kepimpinan Pendidikan (1999), menyatakan bahawa ‘Pemimpin’ adalah individu atau manusia yang diamanahkan untuk memimpin pengikutnya kearah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pemimpin yang menerajui sekolah perlulah seorang pemimpin proaktif yang mempunyai kompetensi berfikiran strategik yang bermaksud berupaya mentadbir dan merancang sesuatu yang baru untuk memajukan organisasi dibawah kawalannya. Pemikiran strategik juga sentiasa melibatkan perubahan berkenaan dengan mengawal masa hadapan untuk membangunkan impian atau keputusan yang praktikel untuk mencipta keupayaan kanak-kanak pada masa hadapan.

Selain dari itu kompetensi proaktif membolehkan pemimpin organisasi menjana pemikiran secara terbuka, berani menerima perubahan, pemikiran yang bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai matlamat organisasi. Sentiasa optimis dalam membuat matlamat masa depan dan sentiasa prihatin tentang apa yang berlaku disekeliling sama ada di dalam atau peringkat global.