definisi fonetik dan fonologi

51
Definisi fonetik dan fonologi Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi. Fonetik Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan

Upload: abhafiz

Post on 18-Feb-2015

571 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

B.Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Definisi fonetik dan fonologi

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Fonetik

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara

Page 2: Definisi Fonetik Dan Fonologi

mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu:

a) Fonetik Akustik

b) Fonetik Artikulasi

c) Fonetik Auditori

a) Fonetik Akustik

Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”

Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:

b) Fonetik Artikulasi

Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi.

Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.

Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit

Page 3: Definisi Fonetik Dan Fonologi

lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras.

Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.

c) Fonetik Auditori

Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.

Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.

Deskripsi Fonetik

Bagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyi tersebut sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyi-bunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unit terkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebut adalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi, kerana bunyi bahasa dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmen bunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadi unit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan bahasa pula, walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem, mengeluh dan batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa.

Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusia adalah bersambung-sambung dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggal bunyi-bunyi ini kepada unit-unit individu. Sebagai contoh, perkataan ‘makan’ sebenarnya terdiri daripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf ‘m’, bunyi kedua diwakili oleh huruf ‘a’, bunyi ketiga diwakili oleh huruf ‘k’, bunyi keempat diwakili oleh huruf ‘a’, dan bunyi yang terakhir diwakili oleh huruf ‘n’.

Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi terhenti-henti berdasarkan sempadan setiap satu perkataan. Contohnya, ‘Saya makan nasi’ terdiri daripada tiga aliran arus bunyi, iaitu aliran bunyi yang diwakili oleh ‘ saya’, aliran bunyi

Page 4: Definisi Fonetik Dan Fonologi

yang diwakili oleh ‘makan’ dan aliran bunyi yang diwakili oleh ‘nasi’. Bagi yang memahami bahasa Melayu, tidak ada masalah untuk memenggalkan aliran arus bunyi ini.

Membuat deskripsi bunyi dilakukan dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati dalam menuturkan bunyi-bunyi tersebut. Apabila membuat deskripsi bunyi-bunyi bahasa, kita mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, apa daerah sebutan yang terlibat, apa alat sebutan yang digunakan, dan adakah pita suara digetarkan atau tidak.

Klasifikasi Bunyi

Bunyi-bunyi yang mempunyai ciri-ciri yang sama diklafisikasikan ke dalam satu golongan. Klasifikasi bunyi dilakukan dengan menggunakan maklumat dalam deskripsi bunyi tadi. Maklumat tentang daerah sebutan, alat-alat sebutan, kesan-kesan pendengaran bunyi-bunyi dan keadaan pita suara digunakan dalam deskripsi. Kemudian baharulah bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan ke dalam dua golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Kemudian, vokal pula diklasifikasikan lagi kepada jenis-jenisnya, dan konsonan juga kepada jenis-jenisnya.

Transkripsi

Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyi-bunyi bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan sebaliknya. Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan huruf. Ini seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

Fonologi

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Page 5: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Ia melibatkan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Skop kajiannya adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Page 6: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

Page 7: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu

Alat Pertuturan dan Fungsinya

  

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

 

Page 8: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 

Gusi

   Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 

   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Page 9: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Rongga Hidung 

   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

 

Jenis-jenis Bunyi

Bunyi Vokal 

   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Page 10: Definisi Fonetik Dan Fonologi

 

Penghasilan Bunyi Vokal

 

Vokal Depan Sempit   (i) 

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas 

   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama  seperti semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Page 11: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) 

   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u) 

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Vokal Belakang Separuh Luas  

   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah   

   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

Page 12: Definisi Fonetik Dan Fonologi

DIFTONG   

    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 

a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.

Page 13: Definisi Fonetik Dan Fonologi

 Huraian huruf  Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

 

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

Page 14: Definisi Fonetik Dan Fonologi

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).

g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

- Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

- Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Page 15: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

(b)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

·         Keadaan bibir hampar

·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    

·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   

·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(c)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

-  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

Page 16: Definisi Fonetik Dan Fonologi

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

-  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

(d)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

-  Depan lidah diturunkan serendah mungkin

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

-  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

(e)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

Page 17: Definisi Fonetik Dan Fonologi

-  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

-  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ubat Bulat Batu

ular Sudu Palu

(f)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

-  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

-  Pita suara digetarkan.

Page 18: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

(g)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir hampar

-  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

-  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

(h)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

-  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

-  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  

-  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

-  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

Page 19: Definisi Fonetik Dan Fonologi

-  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Page 20: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

 Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

   

Page 21: Definisi Fonetik Dan Fonologi

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .

4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

Page 22: Definisi Fonetik Dan Fonologi

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1.    Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3.    Pita suara di renggangkan. 4.    Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.    Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan .

2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

-  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

-  Pita suara dirapatkan sepenuhnya

-  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

-  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Page 23: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

Page 24: Definisi Fonetik Dan Fonologi

f-   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

-  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

-  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Pita suara di renggangkan.

-  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

-  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

g-   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

-  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

-  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Pita suara dirapatkan.

-  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

-  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Page 25: Definisi Fonetik Dan Fonologi

g-  Konsonan gusi bersuara [I]:

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

-  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

-  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Pita suara dirapatkan

-  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara

-  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

h-   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

-  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

-  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

-    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

-    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Page 26: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

i-  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

-  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

-  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

-  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

-  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

-  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

-  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.

-  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

-  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

-  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Page 27: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

j-   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

-  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

-  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung

-  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

-  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

-  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara seperti (ּת) perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

k-    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

-  Bibir di bundarkan.

-  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

-  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung

-  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

Page 28: Definisi Fonetik Dan Fonologi

-  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

k-  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

-  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

-  Bibir di hamparkan.

-  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.

-  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].

-  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

Page 29: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu

Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak 1972. Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan pada abad ke-16. Mereka (Portugis, Sepanyol, dan Itali) menulis kata-kata bahasa Melayu yang didengar oleh mereka di pelabuhan-pelabuhan, dalam huruf Rumi, dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan bunyi yang mereka dengar. Di samping itu mereka menerapkan peraturan ejaan yang ada dalam bahasa mereka.

Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah pengembara Itali, Antonio Pigafetta, pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka sendiri.

Orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi di Tanah Melayu pada abad 17 hingga abad 19. Antara ejaan Rumi yang disusun ketika itu termasuklah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), dan Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Ejaan Rumi ketika itu berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi.

Dalam bulan Oktober 1904 terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan Wilkinson.

Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, usaha perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku. Dalam hal ini, Maktab Perguruan Sultan Idris turut memainkan peranan.

Page 30: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Wilkinson ialah sistem ejaan rumi Za’ba yang dihasilkan olehnya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, pada 1924. Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun, dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karangan Mengarang maktab berkenaan. Antara beberapa buah buku yang menggunakan ejaan ini termasuklah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan (Jawi - Rumi) 1949 dengan judul Petua-Petua Ejaan Rumi. Semua buku yang tersenarai itu terkarang oleh pendeta Za’ba.

Harus diingat, Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei. Oleh sebab ejaan ini merupakan satu-satunya ejaan yang digunakan di sekolah sejak tahun 1924, ejaan ini dikenal juga sebagai Ejaan Sekolah sehingga tahun 1972 apabila perisytiharan Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia dibuat.

Selain Sistem Ejaan Za’ba, terdapat juga beberapa sistem ejaan Rumi yang lain, iaitu Ejaan Fajar Asia, Ejaan Kongres, Ejaan Melindo dan Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan Fajar Asia ini muncul dan digunakan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan untuk tujuan propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu. Ejaan Rumi ini digunakan dalam majalah dwi mingguan, Fajar Asia (1943). Selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada tahun 1945, ejaan ini terhenti penggunaannya dan ejaan Za’ba digunakan semula.

Dalam Kongres Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956 telah disepakati para peserta Kongres mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenal sebagai Ejaan Kongres. Namun, sistem ini tidak pernah dilaksanakan kerana sifatnya terlalu idealistik dari segi linguistik hingga menjadikannya sukar diamalkan.

Usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia ini diteruskan. Beberapa siri perundingan dan pertemuan diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenal sebagai Ejaan Melindo (Ejaan Melayu dan Indonesia) pada tahun 1959. Ejaan ini mencadangkan penggunaan lambang-lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak terlaksana.

Perbincangan anatara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung dengan ejaan bersama selepas tamatnya konfrantasi Indonesia-Malaysia (1963 – 1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua negara ini, maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam

Page 31: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972. Di Indonesia sistem ini dikenal sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan.

Ejaan bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, dan di Jakarta oleh Presiden Suharto pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan muafakat Malaysia – Indonesia yang mengenyahkan tradisi ejaan lama, menggantikan Sistem Ejaan Za’ba di Malaysia, dan Ejaan Soewandi di Indonesia.

Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.

Fonem segmental

Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya.

Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut digelar vokal misalnya, / a, i, u, /. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/.

Fonem suprasegmental

Bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Fonem-fonem yang tidak boleh dipisahkan daripada fonem/fonem-fonem yang ditumpanginya. Iaitu fonem yang kewujudannya harus bersama-sama dengan fonem segmental. Bersifat fonemik iaitu bersifat bunyi.

JENIS-JENIS

• Tekanan

• Panjang pendek (mora)

• Jeda/persendian (hentian)

• Nada/ton

• Intonasi

Page 32: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Tekanan

- Keras/lembut penyebutan sesuatu suku kata

- Lambang [ ] diletak atas suku kata yang menerima tekanan

- BM tidak beza makna

- BI bersifat fonemik

- Cth : ‘export – perbuatan mengeksport

ex’port – hasil yang dieksport

c’onduct – perangai/kelakuan

condu’ct – memimpin/membimbing

s’urvey – penyelidikan

surv’ey – menyelidik

Panjang pendek

- Kadar pendek sesuatu bunyi diucapkan.

- Lambang [ : ] –mora

[ . ] – ½ mora

[ : ] – 1 mora

[ : : ] – 2 mora

# Bahasa Melayu tidak beza makna, tetapi Bahasa Inggeris berbeza.

Contoh : sit [ sit ] – duduk , seat [ si : t ] – tempat duduk

ship [ ip ] – kapal , sheep [ i : p ] – kambing biri-biri

fit [ fit ] – sesuai , feet [ fi : t ] – kaki

- Bahasa Arab dipanggil ‘harkat’ = panjang pendek (tidak bezakan makna), baris bezakan makna.

Jeda/persendian

- Unsur hentian yang memisahkan antara linguistik. (perkataan, ayat, rangkaitaan)

- Lambang [ # ] – ayat , [ + ] – perkataan

Page 33: Definisi Fonetik Dan Fonologi

- Contoh : i. [ # saya makan nasi ma? # ]

[ # saya makan nasi # ma? # ]

ii. [ b likan + tin ] , [ b li + kantin ]

iii. [ b r + ikan ] , [ b rikan ]

iv. [ ai + skri:m ] – 1 scream

v. [ ais + kri:m ] – aiskrim

Nada/tona

- Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu perkataan.

- Dalam bahasa Mandarin, Thai, Vietnam, Kampuchea, Laos dan lain-lain, membezakan makna.

- Contoh : mendatar [ ma ] , meninggi [ ma ]

turun naik [ ma ] , menurun [ ma ]

Intonasi

- Menaik atau menurun penyuaraan sesuatu ayat atau frasa

- Bahasa Melayu, intonasi ayatnya berbeza-beza

- Contoh :

1. Intonasi ayat berita meurun di akhir ayat.

Ibu mencuci pakaian

1. Intonasi ayat tanya meninggi di akhir ayat.

Awak dapat wang itu dari mana?

Page 34: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:

Grafem

Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Za’ba). Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah:

Ejaan Lama Ejaan Sekarang

émakkéledekméntéritémpoh

emakkeledekmenteritempuh

Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu:

Huruf Lama Huruf Sekarang Contoh Penggunaani . ch

ii . dh

iii. dz

iv . sh

v . th

c

d

z

sy

s

chacat - cacatchuchi - cuci

kadhi - kadidharab - darab

dzalim - zalimdzat - zat

sharat - syaratmashhor - masyhur

mithal – missalithnin " isnin

Page 35: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Tanda koma di atas (‘) dan yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi sistem tulisan Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ع) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:

‘alam ma’af

alammaaf

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ( ع digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya:

ma’natama’

Maknatamak

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ء ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:

masa’alahso’al

Masalahsoal

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ء) digantikan dengan huruf konsonan k jika membuka suku kata. Contohnya:

dato’ ru’yah

datukrukyah

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x.

Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf () untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.

Contohnya:

qariah qunut

Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya:

Page 36: Definisi Fonetik Dan Fonologi

versi universiti subversif

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya:

xelophonexenomorph

xelofonxenomorf

Pola Ejaan

Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.

Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Baru

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh1 . a --- e taling2 . a --- o3 . e pepet ---e taling4 . e pepet --- o5 . i --- e taling6 . i --- o7 . u --- e taling8 . u --- o

aleh batoklébeh témpoh pilehtidor usekuntong

a --- i a --- ue --- ie --- ui --- ii --- uu --- iu --- u

alihbatuklebihtempuh pilihtidurusikuntung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Page 37: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Penulisan Imbuhan

Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut:

tanda sempang – pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.

Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarangdi-makandi-pandangdi-pérkatakandi-sélideki

dimakandipandangdiperkatakandiselidiki

Tanda sempang (-) pada awalan ‘sa’ dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja ‘se’ dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarangsa-bagaimanasa-bélassa-orangsa-saorangsa-umpama-nya

Sebagaimanasebelasseorangseseorangseumpamanya

Penulisan partikel

Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu –lah, -kah, -tah dan pun. Partikel –lah, -kah, dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarangada-lahtolong-lahapa-kahkenapa-kahbila-tah

adalahtolonglahapakahkenapakahbilatah

Page 38: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Penulisan Kata Ulang

Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang:

Ejaan Lama Ejaan Sekarangber-ulang2di-paksa2kandi-marah2i

berulang-ulangdipaksa-paksakandimarah-marahi

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ

tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap

satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa.

Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia,

tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah

udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Setelah disegmen,

bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyi-

bunyi bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi

lambang fonetik, bukan sebaliknya. Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan

huruf. Ini seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari hakikat sebenarnya adalah

sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

Page 39: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Rujukan

Abdul Razak Ab Karim, 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu, Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd.

Amat Johari Moin, 1996. Perancangan Bahasa: Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd.

Asmah Hj Omar, 2007. Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar Linguistik Am. Karyanet.

Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

Inderawati Zahid.(2006) Fonetik dan fonologi. PTS Professional.. Kuala Lumpur.

Page 40: Definisi Fonetik Dan Fonologi

Kamus Dewan Edisi Pertama.2010.Dawana Sdn.Bhd.Selangor

Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-Hill Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Penerbit USM, Pulau

Pinang.

Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Dinamika Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur.

Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003.Tatabahasa Dewan. Dawana Sdn. Bhd. Selangor.

Za’ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

Page 41: Definisi Fonetik Dan Fonologi

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA