buku bacaan saya.pdf

57
I ni li ma bi ji gu li. Gu li i ni gu li ka ca. Gu li i ni gu li Za ki. Za ki ba wa da ri ko ta.

Upload: payzra

Post on 07-Dec-2015

319 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Ini lima biji guli.

Guli ini guli kaca.

Guli ini guli Zaki.

Zaki bawa dari kota.

Ibu saya beli raga.

Raga itu raga baru.

Ibu isi gula- gula.

Gula- gula ada susu.

Mira ada satu buku.

Buku itu buku baca.

Mira baca buku itu.

Mari baca sama- sama.

Liza beri bayi susu.

Bayi itu. suka susu

Liza beri bayi apa?

Liza beri bayi susu.

Baba beri Zaki buku.

Zaki itu. baca buku

apa ? Baba beri Zaki

Baba beri Zaki buku.

Bola.

Bola saya.

Bola saya baru.

Bola baru saya biru.

Kuda.

Kuda Baba.

Kuda bawa Baba.

Kuda bawa Baba lari

Guru.

Guru saya.

Guru saya beli baju.

Guru saya beli baju biru.

Kaki

Kaki kiri

Kaki kiri Zali

Kaki kiri Zali luka.

Kaki kiri Zali luka kena kaca.

Pasu

Pasu baru.

Pasu baru bapa.

Pasu baru bapa beli.

Bapa beli pasu baru.

Kuda

Kuda Raju.

Kuda Raju lari.

Kuda Raju lari laju.

Kuda Raju lari laju tepi lori.

Bapa

Bapa Tapa.

Bapa bawa gula.

Bapa bawa gula tebu.

Bapa Tapa bawa gula tebu.

Roti

Roti kaya.

Roti kaya Lina.

Lina suka roti kaya.

Lina suka roti kaya baru.

Roda.

Roda kayu.

Roda kayu lama.

Roda kayu lama Dali.

Roda kayu Dali kena paku.

Tiga

Tiga biji.

Tiga biji kiwi.

Tiga biji kiwi tepi guni.

Tiga biji kiwi tepi guni padi.

Topi .

Topi Romi biru.

Topi Romi baru.

Topi Romi baru beli.

Topi Romi baru beli tadi.

Noni

Noni baca buku.

Noni baca buku nota.

Noni baca buku nota Rani.

Noni sama Rani baca buku nota.

Maya.

Maya suka buku.

Maya suka baca buku.

Maya suka baca buku baru.

Lori

Lori Hadi.

Hadi baru beli lori.

Hadi baru beli lori lama.

Hadi sama papa bawa lori baru.

Papa.

Papa beli meja.

Papa beli meja baru.

Papa beli meja guru baru.

Papa beri guru meja baru.

Mata.

Kaca mata.

Kaca mata baru.

Kaca mata baru biru.

Saya guna kaca mata biru.

Saya buka kaca mata biru.

Gula-gula.

Gula-gula koko.

Gula-gula koko Bani.

Bani suka gula-gula koko.

Bani bawa gula-gula koko.

Mama.

Mama cuci baju.

Mama cuci baju baru.

Mama cuci baju baru bapa.

Mama cuci baju bapa hari Rabu.

Kopi

Kopi susu.

Gopi suka kopi.

Joji juga mahu kopi.

Joji mahu tiga sudu kopi susu.

Bola.

Ini bola.

Ini bola Raju.

Bola Raju ini baru.

Bapa baru beli bola ini.

Belon.

Ini belon.

Ini belon Zahid.

Zahid beli belon ini.

Belon ini dibeli di kedai.

Kasut.

Ini kasut.

Ini kasut bapa.

Kasut bapa warna coklat.

Mama beri kasut pada bapa.

Betik.

Ini betik.

Betik ini manis.

Saya suka makan betik.

Emak saya beli betik ini.

Baju Nina ada daki.

Nina cuci baju itu.

Baju Nina ada apa?

Ibu beri bayi susu.

Bayi itu suka hati.

Ibu beri bayi apa?

Bapa Rani bela rusa.

Rusa itu suka nasi.

Bapa Rani bela apa?

Bapa beli lori baru.

Lori bapa itu laju.

Bapa beli apa?

Ibu saya beli cili.

Cili itu cili padi.

Ibu beri pada Bibi.

Bibi rasa suka hati.

Cili itu cili apa?

Ini beca roda tiga.

Beca ini beca Baba.

Baba beli dari Zaki.

Zaki jaga beca ini.

Baba beli apa?

Ini ada satu lori.

Lori ini baru tiba.

Lori ini bawa gula.

Velu bawa lori ini.

Lori ini bawa apa?

Nita suka kopi susu.

Kopi susu ada gula.

Nita beri pada Nani.

Nani beri pada ibu.

Kopi susu ada apa?

Jali ada satu baju.

Baju itu baju baru.

Bapa beli dari kota.

Jali suka baju itu.

Bapa beli baju dari mana?

Tina tiba dari desa.

Tina bawa satu guni.

Guni itu ada duku.

Duku itu duku muda.

Tina bawa apa?

Ini obor.

Obor itu sedang dinyalakan.

Api obor menyala dengan baik.

Obor juga boleh dibuat penyuluh.

Ini nyamuk.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung.

Nyamuk menghisap darah.

Nyamuk Aedes sangat berbahaya.

Itu ular.

Ular belit atas pagar.

Kulit ular belang-belang.

Umar takut lihat ular.

Ular terus kejar Umar.

Ini timba.

Bapa bawa timba.

Timba bapa warna jinga.

Dia bawa timba ke telaga.

Bapa bawa air di dalam timba.

Ini ulat.

Ulat panjat pokok.

Kaki ulat banyak.

Ulat suka makan daun.

Badan ulat sangat cantik.

Itu ombak.

Ombak ada di laut.

Atan suka main ombak.

Ayah Atan bawa Atan main ombak

pada hari minggu.

Ini ikan.

Ini ikan ibu.

Ibu beli ikan di pekan.

Di pekan banyak jual ikan.

Ini udang.

Ini udang abang.

Abang bela udang dalam balang.

Dalam balang ada enam ekor udang.

Ini ayam.

Ayam tinggal dalam reban.

Ayah ada bela ayam.

Ayah beri ayam makan dedak.

Ini emak.

Ini emak saya.

Emak saya pergi pasar.

Emak pergi pasar beli ikan.

Emak bawa raga untuk isi ikan.

Itu katak.

Katak suka melompat.

Katak boleh melompat tinggi.

Jangan melompat seperti katak.

Katak makan nyamuk dan serangga

halus.

Itu mangkuk.

Itu mangkuk datuk.

Datuk beli mangkuk di kedai.

Datuk makan bubur di dalam mangkuk.

Ini beca roda tiga.

Beca roda tiga ini baru.

Ini beca roda tiga Haji Musa.

Haji Musa suka cuci beca ini.

Haji Musa guna beca ini bawa ubi kayu.

Haji Musa bawa ubi kayu dari desa ke

desa.

Ini ibu Ali.

Ibu Ali suka cili.

Ibu Ali suka cili padi.

Ibu Ali beli cili padi.

Ibu Ali beli cili padi satu raga.

Ibu Ali beri cili padi pada Lili.

Ini baju baru.

Ini baju baru Zizi.

Baju Zizi ini biru muda.

Bapa Zizi beli baju ini dari kota.

Baju baru ini ada tiga saku.

Zizi suka baju baru ini.

Zizi cuci baju baru ini.

Ini kura-kura Sani.

Satu hari, Sani lari bawa kura-kura.

Kura-kura itu kena batu.

Kura-kura itu mati.

Sani beli kura-kura lagi dari Raju.

Sani jaga kura-kura ini hati-hati.

Taman Rekreasi

Ini sebuah taman rekreasi.

Di sini ada buaian,

jongkang-jongkit dan papan gelongsor.

Ramai kanak-kanak suka bermain di sini.

Terdapat juga sebuah kolam.

Dalam kolam ini ada berbagai jenis ikan.

Pemandangan di sini sungguh menarik.

Taman bunga

Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di

sini terdapat berbagai-bagai jenis bunga. Ada bunga

raya, bunga kertas, bunga tasbih dan lain-lain. Udara di

sini juga segar dan nyaman. Di taman bunga ini juga

disediakan tempat duduk untuk berehat. Kita tidak boleh

membuang sampah di merata tempat. Pada hari minggu

dan hari cuti am, ramai orang pergi ke taman bunga.

Dusun buah-buahan

Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat

berbagai-bagai jenis pokok buah-buahan. Ada pokok

durian, rambutan, manggis, langsat,duku dan cempedak.

Di dusun itu ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu

berehat di pondok itu. Pada musim durian datuk tidur di

pondok itu. Saya selalu pergi ke dusun datuk bersama-

sama ayah, emak, abang dan adik. Ayah dan abang

pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya

sungguh seronok memakan buah-buahan tersebut.

Bapa Harun seorang pekebun sayur. Kebun sayurnya luas.

Ada berbagai – bagai jenis sayur yang terdapat di kebun

itu. Ada sayur sawi, lobak, kangkung, terung, kacang

panjang, kacang bendi, dan timun. Sayuran tersebut di

tanam di atas batas. Bapa Harun bangun awal pagi untuk

menyiram pokok sayuran itu. Dia menyiram pokok sayuran

dua kali sehari. Pokok sayuran itu juga subur. Harun selalu

menolong bapanya membuat kerja di kebun.

Pekebun sayur

Setiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih.

Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan

sabun. Selepas mandi Aina mengelap badannya dengan

tuala. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat

rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina

sentiasa bersih. Dia juga menjaga pakaiannya supaya

tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali.

Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih.

Kebersihan diri