buku bab 2.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    1/11

    1

    Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British

    Terusan Suez dan Kapal Wap

    Penciptaan kapal wap danpembukaan terusan Suez padatahun 1869.

    Kapal wap dapat membawa muatanyang lebih banyak..

    Pembukaan Terusan Suez dapatmemendekkan perjalanan dari

    England ke Tanah Melayu.

    Kekayaan Hasil Bumi

    Negeri negeri Melayu kaya denganbijih timah, emas, bijih besi dan

    arang batu.

    British merasa perlu segeramenguasai Perak, Selangor, Pahang

    dan Negeri Sembilan.

    Kebimbangan campur tangan asing

    British tidak mahu membiarkankepentingannya di negeri-negeri

    Melayu diancam oleh kuasaEropah lain terutamanya

    Perancis.

    Perkembangan Revolusi Perindustrian

    Revolusi Perindustrian menyebabkanBritish memerlukan bahan mentah

    untuk perusahaan mengetin makanan.

    Negeri Melayu perlu dikuasai untukbekalan bijih dan memasarkan hasil

    keluaran kilang mereka.

    Pertukaran Kerajaan

    Pada tahun 1873, kerajaan barudi bawah parti konservatif telah

    mengambil alih kerajaan.

    Kerajaan baru menyokong dasarcampur tangan.

    Desakan pedagang

    Pertelingkahan di kalanganpembesar dan pergaduhankongsi gelap menyebabkan

    berlaku huru-hara.

    Pedagang NNS telahmendesak British supayacampur tangan.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    2/11

    2

    Pergaduhan Kongsi Gelap

    Pada tahun 1848, Long Jaafartelah membawa masuk ramaiorang Cina untuk memajukanlombong bijih timah di KelianPauh dan Kelian Bharu.

    Kemasukan orang cina yangramai telah menyebabkantercetusnya pergaduhan sesama

    mereka kerana kebanyakanmereka menganggotai kumpulan

    kongsi gelap Ghee Hind an HaiSan.

    Pergaduhan ini membawakepada tercetusnya Perang larutyang menjejaskan kegiatan

    perlombongan bijih timah.

    Menteri Larut, Ngah Ibrahimtelah melantik Kapten speedyiaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis

    Negeri-negeri Selat untukmenamatkan kekacauan.

    Ketidakstabilan di Perak Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpinkongsi gelap untuk berunding di Pulau

    Pangkor.Antara pembesar yang hadir ialah Raja

    Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato

    Sagor.

    Hasil rundingan tersebut termetraiPerjanjian Pangkor.

    Perebutan Takhta di Perak

    Perebutan takhta di Perak memburukkan keadaan keranakerabat diraja tidak mengamalkan system pewarisan yangtelah diamalkan turun temurun.

    Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, RajaIsmail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan oleh

    pembesar.

    Perlantikan tersebut ditentang oleh Raja Abdullah danRaja Yusof kerana Raja Abdullah (Raja Muda)

    sepatutnya ditabalkan sebagai sultan. Raja Yusof (Raja di Hilir) diketepikan kerana tidak

    disukai oleh para pembesar.

    Raja Abdullah mendapat sokongan daripada pembesar dihilir Perak iaitu Dato Sagor dan Dato Maharajalela.

    Raja Ismail yang dilantik sebagai raja hanya berkuasa diHulu Perak, manakala Raja Abdullah terus memerintahHilir Perak.

    Raja Abdullah meminta bantuan daripada GabenorNegeri-negeri Selat untuk mengiktiraf beliau sebagaisultan.

    Isi kandungan Perjanjian Pangkor

    i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak yangsah.

    ii. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.iii. Sultan akan menerima seorang Residen yang akan

    menasihati baginda dalam semua perkara kecuali

    dalam agama dan adat istiadat.

    iv. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai diPerak.

    v. Residen, Penolong Residen, sultan dan pembesarakan dibayar gaji daripada pungutan hasil negeri

    Perak.

    vi. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut danmenerima seorang Penolong Residen.

    vii. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segalausaha mengembalikan keamanan di Perak.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    3/11

    3

    Perang saudara bertambah burukdan telah merebak ke daerah-daerah lain apabila pelombong-pelombong Cina mulai telibat.

    Sultan Abdul Samad melantikmenantunya Tengku Kudin untukmenamatkan perang Klang.

    Pembesar-pembesar Selangormenentang perlantikan Tengku

    Kudin kerana beliau bukan anakSelangor.

    Tengku Kudin meminta bantuandaripada British untuk

    menamatkan perang Klang.

    Perang Kelang di Selangor

    Sultan Abdul Samad telah dilantikmenjadi Sultan Selangor padatahun1857.

    Apabila Raja Sulaiman mangkat,daerah Kelang diserahkan kepada Raja

    Abdullah menyebabkan Raja Mahadiputera Raja Sulaiman tidak berpuas

    hati.

    Kecekapan Raja Abdullah telah berjayamemajukan daerah Klang denganmembawa masuk buruh-buruh Cina.

    Kekayaan daerah Klang, menyebabkanRaja Mahadi berusaha memilikikawasan tersebut daripada Raja

    Abdullah.

    Perbalahan antara Raja Mahadi denganRaja Abdullah telah membawa kepadatercetusnya Perang Klang.

    British berusaha mencari alasan untukmenempatkan residennya di Selangor.

    Pada tahun 1873, berlaku rompakan keatas kapal dagang British di Kuala

    langat menyebabkan lapan orang anak

    kapal terbunuh. Pada tahun 1874, rumah api yang

    dibina oleh British di Tanjung Rachado

    telah diserang.

    Kedua-dua peristiwa tersebut telahmemberi peluang kepada Britishmendesak Sultan Selangor diletakkan

    di bawah naungan British.

    Pada tahun 1874, J.G Davidson dilantiksebagai Residen yang pertama,

    manakala Frank Swettenham dilantiksebagai Penolong Residen.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    4/11

    4

    Sungai Ujong merupakan kawasanyang kaya dengan bijih timah di

    Negeri Sembilan.

    Pada tahun 1872, Dato KelanaSyed Abdul Rahman menjadi

    pemerintah Sungai Ujong.

    Kawasan Sungai Ujong turutmempunyai seorang lagi pembesariaitu Dato Bandar Kulop Tunggal.

    Perebutan ke atas hak memungutcukai yang dikenakan kepada

    pedagang-pedagang yang melaluisungai Linggi, telah mencetuskan

    pertelingkahan antara DatoKelana dengan Dato Bandar.

    Dato Kelana merasakankedudukannya tidak terjamin telahmeminta bantuan British untuk

    mengukuhkan kedudukannya.

    Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

    British telah mengambilpeluang ini untukmengukuhkan kedudukannyadi Sungai Ujong.

    Pada tahun 1874, Dato Kelanatelah menandatangani

    perjanjian menerimaperlindungan British. Melaluiperjanjian ini:-

    i. British mengiktiraf DatoKelana sebagai pemerintahdi Sungai Ujong.

    ii. British mempunyai kuasapenuh untuk memungut

    cukai di Sungai Linggi.iii. P.J Murray dilantik

    sebagai Residen British

    yang pertama di daerahSungai Ujong.

    Dato Bandar tidakmengiktiraf perjanjian

    ini dan menentangcampur tangan Britishdi Sungai Ujong.

    British telah memberibantuan kepada DatoKelana untuk

    menewaskan DatoBandar bagi menjamin

    kepentinganekonominya di SungaiUjong.

    Dato Bandar berjayaditewaskan dandibuang negeri ke

    Singapura.

    British seterusnya telahmeluaskan kuasanya ke

    Rembau, Jelebu dan SeriMenanti dengan caramenempatkan pegawaiMajistret dan PemungutHasil.

    Pada tahun 1895, semuadaerah disatukanmembentuk persekutuan

    yang dinamakan NegeriSembilan.

    Tunku Muhammad ibniYamtuan Antah iaituYamtuan Seri Menanti telahditabalkan sebagai Yang

    Dipertuan Besar NegeriSembilan yang pertama.

    Martin Lister telah dilantiksebagai Residen yang

    pertama di Negeri Sembilan.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    5/11

    5

    British mahu menguasai negeri Pahang bagimengelakkan kuasa Eropah lain bertapak di

    negeri-negeri Melayu.

    Menjelang kurun ke-19, kuasa-kuasa Eropahseperti Perancis, Rusia dan Jerman berlumba-

    lumba mencari tanah jajahan di Asia

    Tenggara.

    Sultan Ahmad enggan tunduk kepada Britishkerana bimbang Pahang akan kehilangan

    kedaulatan seperti yang telah berlaku di

    Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Sultan Ahmad mencontohi Sultan Abu Bakar di Johor untuk memajukan Pahang dengan menjemputpelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang.

    Tindakan Sultan Ahmad menjemput pelabur-pelabur Eropah tidak disenangi oleh British.

    British berusaha meluaskan kuasa dengan cara:- Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima

    Residean British tetapi gagal.

    Pada tahun 1887, British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk SultanAhmad menerima Hugh Clifford menjadi wakil British. Namun British tidak berpuas hati kerana

    mempunyai kuasa terhad.

    Pada tahun 1888, British menggunakan peristiwa pembunuhan Go Hui (warganegara British berbangsaCina) berhampiran istana Sultan Ahmad, mendesak supaya Sultan menerima Residen British dengan alasan gagal mewujudkan ketenteraman. Sultan Ahmad akhirnya terpaksa menerima Residen British (J.P.Rodger) di Pahang.

    Penerimaan Residen British menandakan berakhirnya kedaulatan Pahang dan sejak itu bermulalah campurtangan British secara langsung di Pahang.

    British Bimbang Pertapakan Kuasa Lain

    di Pahang

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    6/11

    6

    Residen Menggugat Kuasa Sultan dan

    Pembesar

    Campur tangan British telah menyebabkan pengenalan SistemResiden di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    Negeri-negeri ini telah diletakkan di bawah naungan British dansecara langsung telah menggugat kuasa sultan dan pembesar.

    Memaksa Menerima Nasihat

    Tugas Residen menasihati Sultan dalamsemua perkara kecuali yang berkaitan

    agama Islam dan adat istiadat.

    Nasihat sultan mesti dipatuhi dandilaksanakan.

    Mengambil alih pungutan cukai

    Residen mengambil alih kuasa danhak memungut cukai yang selama ini

    dipegang oleh sultan dan pembesar.

    Tugas memungut cukai dilakukan olehPegawai British iaitu Majistret dan

    Pemungut Hasil.

    Menguasai Pentadbiran.

    Perlaksanaan system Residen menyebabkan Sultandan pembesar kehilangan kuasa kerana Residen yang

    menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.

    Mencampuri adat

    Residen mencabuli adat masyarakat Melayu denganmenghapuskan amalan perhambaan yang merupakan

    adat turun temurun dalam masyarakat Melayu

    tradisional

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    7/11

    7

    Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan

    Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    Perlaksanaan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu tidak teratur danmempunyai kelemahan kerana setiap residen tidak diberikan panduan yang

    jelas untuk menjalankan tugas.

    Residen terlalu berkuasa dan pentadbiran di setiap negeri tidak seragam keranamempunyai undang-undang yang tidak seragam.

    Kelemahan system Residen menyebabkan negeri-negeri Melayu disatukan dibawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu

    Bersekutu atau Persekutuan 1896.

    Krisis Kewangan Pahang

    Perbelanjaan Pahang meningkat danterpaksa menanggung hutang disebabkan

    oleh kebangkitan rakyat menentang

    British.

    Penggabungan dengan negeri-negeri yangkaya akan dapat meringankan masalah ini.

    Sistem Perhubungan

    Sistem pengangkutan seperti jalanraya dan landasan kereta api antara

    negeri Melayu dapat dimajukan.

    Perkongsian Perkhidmatan Pakar

    Penggabungan akan dapat menjimatkan bayaranperkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan

    doktor.

    Faktor Keselamatan

    Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan dapatmengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    8/11

    8

    Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

    1. Pada tahun 1895 Perjanjian Persekutuantelah ditandatangani dan dikuatkuasakan

    pada 1 Julai 1896.

    2. Pusat pentadbiran terletak di KualaLumpur dan diketuai oleh Frank

    Swettenham yang dilantik sebagai Residen

    Jeneral yang pertama.

    Syarat Perjanjian Persekutuan:-

    i. Raja-raja bersetuju mengabungkannegeri-negeri mereka menjadi sebuah

    Persekutuan.

    ii. Raja-raja bersetuju menerima seorangpegawai British yang dikenali sebagai

    Residen Jeneral.

    iii. Raja-raja bersetuju mengikut nasihatResiden Jeneral dalam semua perkara

    kecuali perkara agama Islam dan adat

    istiadat.

    iv. Negeri-negeri yang kaya bersetujumemberi bantuan kepada negeri yangmemerlukan bantuan mengikut nasihat

    kerajaan British.

    v. Residen Jeneral bertanggungjawabkepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang

    juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-

    negeri Melayu Bersekutu

    Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

    1. Persekutuan Tanah Melayu memberi kuasa pentadbiran kepada Residen Jeneral.2. Residen Jeneral berkuasa dalam soal kewangan dan cukai eksport.3. British telah menubuhkan beberapa jabatan baru yang diketuai oleh pegawai British seperti

    Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.

    4. Pengaruh Residen Jeneral menyebabkan sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.5. Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada British sehingga British bersetuju

    menubuhkan Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR) pada tahun 1897.

    6. Ahli-ahli DURBAR terdiri daripada:- Pesuruhjaya Tinggi British. Raja-Raja Melayu

    Residen Jeneral Empat orang Residen

    7. Dalam persidangan DURBAR kedua di Kuala Lumpur, Sultan Idris telah mengkritik pemusatankuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan.

    8. Raja-raja juga mendesak bilangan pegawai Melayu ditambah dalam perkhidmatan awam dandilantik ke jawatan yang lebih tinggi serta mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

    9. Pada tahun 1909, DURBAR telah digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan jawatanResiden Jeneral telah digantikan dengan Ketua Setiausaha.

    10. British juga turut mengembalikan kuasa kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

    Kesimpulan

    Perebutan takhta di kalangan raja Melayu dan pembesar telah menimbulkan keadaan yang tidak tenteramdan memberi peluang kepada British untuk campur tangan.

    Pemimpin yang berkarisma dan berwawasan dapat mewujudkan perpaduan rakyat dan kestabilan Negara.

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    9/11

    9

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    10/11

    10

  • 8/14/2019 buku bab 2.pdf

    11/11

    11