budaya & adat resam
TRANSCRIPT
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
1/26
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut.
Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Kehidupan seharian
sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya dan kebiasaannya ini telah menjadi amalan
turun-temurun sejak azali lagi yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus
kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.
Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta
amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk
kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan
terhadap kehidupan seharian, ia juga dipanggil ritual.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
2/26
Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangansuami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru
itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
i. Melenggang Perut Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia
dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal
bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk:- Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Beberapa urat benang mentah Damar Minyak kelapa atau minyak urut
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
3/26
Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM 1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanitahamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan dikain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.
Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor
ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan
atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan
akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas
sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan
akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak
urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya
perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah
dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang
dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut
adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan
upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
4/26
yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini
mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Upacara Adat Melenggang Perut
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
i. Potong Tali Pusat Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu
ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
5/26
pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih
yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
ii. Azan/Qamat Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala
bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.
Bayi yang baru lahir diazankan/diqamatkan
iii. Membelah Mulut Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula
dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah
mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru
lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
6/26
iv. Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa
berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang,
mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya
berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada
juga yang berpantang selama seratus hari.
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikutkehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan.
Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan
diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan
ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh
menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi
dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau
susu.
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungkudipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan
kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk
mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan
menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
7/26
bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau
pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas bersalin.
Selepas Lahir
i. Tanggal Pusat/Cuci Lantai Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat
naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan
dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin
atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai:-
Nasi kunyit dan lauk-lauk Seekor ayam hidup Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akanmemulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan
kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan
dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
8/26
ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan
yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Upacara cuci lantai
ii. Memberi Nama Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang
baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama
para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi
akan dipilih.
iii. Cukur Rambut/Potong Jambul Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
9/26
Untuk mengadakan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beraskunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok sikuseluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias,
umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talamyang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi
seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil
berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para
hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan
dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilanganyang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki
menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah
selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut
dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya.
Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa
tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau
seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
10/26
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak,akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak
dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan sepertikambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak
disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu
dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga
berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing
dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai
permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan
pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur
rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang
lain.
iv. Naik Buai Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat
sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam
suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak
atau cucu sulung.
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yangmenggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
11/26
berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan
lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada
kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak
dengan adat memberi nama dan adat cukur.
v. Jejak Tanah/Turun Tanah Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai
meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil
dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat
ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari
segi cara mahupun barangan yang digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepaskenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak
berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai
jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di
dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain,
kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang
diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih
barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masadepan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-
kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja
tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
12/26
kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan
beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu
dijejakkan ke tanah dan doa dibaca
Upacara jejak tanah
vi. Bersunat/Berkhatan Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil
iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak
perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun
atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan
menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di
dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi
kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
13/26
kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis
perkahwinan.
vii. Berkhatam Al-Quran Dalam masyarakat Melayu, ilmu pengajian Al-Quran adalah amat ditekankan dalam
kehidupan seharian. Anak-anak telah dididik dan diasuh untuk membaca Al-Quran
semenjak kecil lagi.
Bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, mereka menghantar anak mereka untukmempelajari Al-Quran di pondok-pondok agama atau di madrasah. Di sana , terdapat
seorang guru agama yang akan mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran
sehingga tamat. Bagi zaman kini, konsep yang sama masih digunakan, yang berbeza
cuma cara ia dijalankan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengajar sendiri anak mereka,
dan ada juga yang menjemput ustaz atau guru agama datang ke rumah untuk mengajar
anak mereka. Tidak kira bagaimanapun caranya, yang pasti, setelah tamat
menghabiskan pengajian membaca Al-Quran atau dalam bahasa Arab dipanggil
Khatam Al-Quran, satu kenduri kesyukuran akan dijalankan oleh ibu bapa dan kenduri
ini akan dihadiri oleh semua ahli keluarga dan penduduk setempat.
Dalam kenduri tersebut, seorang guru akan dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir
dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan
diperdengarkan kepada tetamu dan setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan
doa khatam Al-Quran, menandakan kanak-kanak tersebut sudah diiktiraf tamat
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
14/26
membaca Al-Quran. Namun begitu, ini tidak bererti mereka tidak perlu lagi membaca
Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari. Upacara ini sebenarnya menandakan bahawa
kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi memerlukan seorang guru untuk menyemak
bacaan mereka setiap kali mereka membaca Al-Quran. Bermula dari hari tersebut,
mereka hanya perlu membaca Al-Quran sendiri kerana mereka telah dianggap fasih dan
mahir dalam membaca Al-Quran. Selepas tamat bacaan doa, para tetamu akan dijamu
dengan makanan yang istimewa, bersesuaian dengan konsepnya iaitu mengadakan
kenduri kesyukuran supaya rahmatnya dapat dirasai bersama di kalangan semua
anggota masyarakat.
Perkahwinan
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai
kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah
dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa
peringkat penting.
i. Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
15/26
orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si
gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta
pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara
terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkansebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah
mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincintanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan
menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang
dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu
mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
ii. Meminang Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan
akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi
menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua
belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan
dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
16/26
untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis
pertunangan kelak.
iii. Bertunang Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki
akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan
tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau
sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah
akan diberi kepada pihak perempuan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masihbelum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah
bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima,
tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi
implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula
akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan
semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya
secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu
sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirihkepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
17/26
sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah
pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang
belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh
bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah
pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang.
Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran
dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak
perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua
kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana
wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincinpertunangan atau cincintanda ke jari manis gadis yang dilamar.
Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
Barangan hantaran
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
18/26
iv. Akad Nikah Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada
ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini
dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah
dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat
kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.
Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada
tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuansehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki
akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai
majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin
lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,
wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan
dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di
atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui
pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau
tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
19/26
menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal
berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan
membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan
pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam
menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi " Aku nikahkan dikau.(nama
pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak..(mengikut negeri) tunai" dan
disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama
seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut
jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus
selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat
diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan airsembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada
isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman.
Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sahdiijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai
ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih,
semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan
semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
20/26
tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan
pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga
kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar.
Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
v. Berinai Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi : diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara maraterdekat sahaja.
Berinai kecil:diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jirantetangga dan sahabat handai.
Berinai besar:diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikahuntuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya
rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah
penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
vi. Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan
termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin
dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
21/26
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Iamerupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja
sehari.
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan
pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya
sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis
persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului
dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh
untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening
dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi
juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi
diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bungamanggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan
rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin
perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan
pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah
pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah
untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui
beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
22/26
mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar
tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang
dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat
bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan
jemputan yang hadir juga akan diberi bungatelur pada hari tersebut.
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan.Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis
selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak
saudara serta hadirin yang datang.
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau.
Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai
pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan
dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya
dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akandiadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan
akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah
majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandangini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran
sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
23/26
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akandibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk
merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-
kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
Pelamin yang telah siap dihias
Kematian
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara
sesama Islam adalah fardu kifayah
i. Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si
mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan
kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung
misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
24/26
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutupdari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat
dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan
kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-
Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan
kemenyan akan dibakar.
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan.Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum
dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat.
Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan
begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat
ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengankain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala
jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan
dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli
keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air
mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada
di rumah atau di masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akanmemberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika
selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
25/26
akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar
dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum
keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali
dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau
bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat
Melayu pada hari ini.
ii. Semasa Pengebumian Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah
perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaumwanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut.
Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak
digalakkan dalam Islam.
Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur danmembuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan
ikatan di kepala.
Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepasdiazankan ditelinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus Dua batang batu
nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur
sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.
-
8/9/2019 Budaya & Adat Resam
26/26
Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari
bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai
Batu nesan
iii. Selepas Kematian Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah
selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh
empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati
yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat
turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar
kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia