buah pinggang kidney complete long malay

16
Buah Pinggang Pengenalan Di dalam tahun 2002, lebih daripada 380 orang di Malaysia didiagnosis dengan kanser buah pinggang, walau bagaimanapun, jumlah ini mungkin lebih kurang daripada bilangan yang sebenarnya berdasarkan kemungkinan bahawa ada kes yang tidak didaftarkan. Maklumat ini telah disediakan untuk membantu orang yang menghidapi kanser buah pinggang serta keluarga dan kawan-kawan mereka lebih memahami penyakit ini. Kami berharap ramai yang lain akan juga mengambil peluang membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang kanser buah pinggang. Maklumat ini membincangkan gejala-gejala, diagnosis, rawatan dan jagaan susulan. Ia juga memasukkan maklumat bagi membantu para pesakit mengatasi kanser buah pinggang. Buah pinggang Buah pinggang (ginjal) merupakan dua organ berbentuk kacang berwarna perang kemerahan yang terletak betul-betul di bahagian atas pinggang, satu di setiap sebelah tulang belakang. Organ-organ ini adalah sebahagian daripada sistem kencing. Fungsi utama mereka ialah untuk menapis darah dan menghasilkan kencing untuk membersihkan badan daripada sisa. Semasa darah mengalir melalui buah pinggang, bahan sisa dan air yang tidak diperlukan di asing keluar. Bahan yang diasingkan, kencing, ini akan dikumpulkan di bahagian tengah setiap buah pinggang di dalam satu kawasan yang dipanggil pelvis renal. Kencing mengalir keluar daripada tubuh melalui tiub yang satu lagi, dipanggil uretra. Buah pinggang juga menghasilkan bahan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengatur pembentukan sel-sel darah merah. Apakah kanser? Kanser ialah suatu kumpulan beberapa penyakit yang berlainan yang mempunyai kesamaan di dalam beberapa perkara penting. Kesemua mereka menjejaskan sel-sel, unit asas kehidupan bagi tubuh. Bagi memahami kanser, adalah penting mengetahui tentang sel-sel normal dan apa yang berlaku apabila sel-sel menjadi berkanser. Tubuh kita terdiri daripada pelbagai jenis sel. Biasanya, sel-sel membesar dan membahagi untuk menghasilkan lebih banyak sel hanya apabila tubuh memerlukan. Proses yang teratur ini menjaga kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, kadang-kala sel-sel terus membahagi walaupun sel-sel baru tidak diperlukan. Suatu gumpalan tisu terbentuk dan gumpalan ini dipanggil tumbesaran atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan. · Tumor benigna tidak berkanser. Ia biasanya dapat diambil keluar, dan di dalam kebanyakan kes, tidak berulang. Sel-sel di dalam tumor yang benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Lebih penting lagi, tumor benigna tidak mengancam nyawa. . Tumor Malignan adalah kanser. Sel-sel di dalam tumor malignan abnormal dan membahagi tanpa kawalan dan aturan. Mereka boleh menyerang dan membinasakan tisu-tisu di sekitarnya. Juga, sel-sel kanser boleh berpisah daripada tumor yang malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Inilah caranya kanser merebak daripada tempat kanser yang asal (primer) untuk membentuk tumor-tumor baru di dalam bahagian-bahagian lain tubuh. Proses merebaknya kanser ini dipanggil metatesis.

Upload: lilik-eko-pranantyo

Post on 02-May-2017

234 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

Buah Pinggang

Pengenalan

Di dalam tahun 2002, lebih daripada 380 orang di Malaysia didiagnosis dengan kanser buah pinggang, walau bagaimanapun, jumlah ini mungkin lebih kurang daripada bilangan yang sebenarnya berdasarkan kemungkinan bahawa ada kes yang tidak didaftarkan. Maklumat ini telah disediakan untuk membantu orang yang menghidapi kanser buah pinggang serta keluarga dan kawan-kawan mereka lebih memahami penyakit ini. Kami berharap ramai yang lain akan juga mengambil peluang membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang kanser buah pinggang.

Maklumat ini membincangkan gejala-gejala, diagnosis, rawatan dan jagaan susulan. Ia juga memasukkan maklumat bagi membantu para pesakit mengatasi kanser buah pinggang.

Buah pinggang Buah pinggang (ginjal) merupakan dua organ berbentuk kacang berwarna perang kemerahan yang terletak betul-betul di bahagian atas pinggang, satu di setiap sebelah tulang belakang. Organ-organ ini adalah sebahagian daripada sistem kencing. Fungsi utama mereka ialah untuk menapis darah dan menghasilkan kencing untuk membersihkan badan daripada sisa. Semasa darah mengalir melalui buah pinggang, bahan sisa dan air yang tidak diperlukan di asing keluar. Bahan yang diasingkan, kencing, ini akan dikumpulkan di bahagian tengah setiap buah pinggang di dalam satu kawasan yang dipanggil pelvis renal. Kencing mengalir keluar daripada tubuh melalui tiub yang satu lagi, dipanggil uretra. Buah pinggang juga menghasilkan bahan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengatur pembentukan sel-sel darah merah.

Apakah kanser? Kanser ialah suatu kumpulan beberapa penyakit yang berlainan yang mempunyai kesamaan di dalam beberapa perkara penting. Kesemua mereka menjejaskan sel-sel, unit asas kehidupan bagi tubuh. Bagi memahami kanser, adalah penting mengetahui tentang sel-sel normal dan apa yang berlaku apabila sel-sel menjadi berkanser.

Tubuh kita terdiri daripada pelbagai jenis sel. Biasanya, sel-sel membesar dan membahagi untuk menghasilkan lebih banyak sel hanya apabila tubuh memerlukan. Proses yang teratur ini menjaga kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, kadang-kala sel-sel terus membahagi walaupun sel-sel baru tidak diperlukan. Suatu gumpalan tisu terbentuk dan gumpalan ini dipanggil tumbesaran atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

·    Tumor benigna tidak berkanser. Ia biasanya dapat diambil keluar, dan di dalam kebanyakan kes, tidak berulang. Sel-sel di dalam tumor yang benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Lebih penting lagi, tumor benigna tidak mengancam nyawa.

. Tumor Malignan adalah kanser. Sel-sel di dalam tumor malignan abnormal dan membahagi tanpa kawalan dan aturan. Mereka boleh menyerang dan membinasakan tisu-tisu di sekitarnya. Juga, sel-sel kanser boleh berpisah daripada tumor yang malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Inilah caranya kanser merebak daripada tempat kanser yang asal

Page 2: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

(primer) untuk membentuk tumor-tumor baru di dalam bahagian-bahagian lain tubuh. Proses merebaknya kanser ini dipanggil metatesis.

     

Kanser buah pinggang Beberapa jenis kanser boleh berkembang di dalam buah pinggang. Maklumat di sini akan membincangkan kanser sel renal, jenis kanser buah pinggang yang paling lazim di kalangan dewasa. Sel kanser peralihan (karsinoma), yang menjejaskan pelvis renal, ialah jenis kanser yang jarang terjadi. Ia adalah serupa dengan kanser yang terjadi di dalam pundi kencing dan selalu dirawat seperti kanser pundi kencing. Tumor Wilm, jenis kanser kanak-kanak yang paling lazim, adalah berbeza daripada kanser buah pinggang pada dewasa.

Punca-punca yang mungkin dan Pencegahan Ahli Sains di hospital dan pusat-pusat perubatan sedang mengkaji kanser buah pinggang. Mereka sedang mempelajari tentang punca-punca penyakit ini dan cara mencegahnya. Buat masa ini, Ahli Sains tidak mengetahui dengan tepat punca-punca kanser buah pinggang, dan mereka jarang dapat menerangkan mengapa seseorang itu mendapat penyakit ini dan seseorang yang lain tidak. Walau bagaimanapun, adalah jelas bahawa penyakit ini tidak berjangkit; tidak sesiapapun boleh 'mendapat' penyakit ini daripada seorang yang lain. Adalah penting untuk mengetahui yang kebanyakan orang yang mempunyai faktor-faktor risiko ini tidak menghidapi kanser, dan orang-orang yang menghidapi kanser buah pinggang mungkin tidak langsung mempunyai faktor-faktor ini. Seperti juga dengan kebanyakan jenis kanser yang lain, kajian-kajian menunjukkan yang risiko kanser buah pinggang meningkat dengan usia. Ia terjadi hampir selalunya di antara usia 50 dan 70. Ia menjejaskan dua kali ganda lelaki berbanding wanita.

Faktor-faktor risiko kanser buah pinggang yang lain termasuk:

·       Penggunaan tembakau : Kajian menunjukkan yang perokok dua kali berisiko mendapat kanser buah pinggang berbanding dengan bukan perokok. Tambahan pula, lebih lama seseorang merokok, lebih tinggi risikonya. Walau bagaimanapun, risiko kanser buah pinggang berkurangan bagi mereka yang berhenti merokok.

·         Obesiti: Obesiti mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser buah pinggang. Di dalam beberapa kajian, obesiti telah dikaitkan dengan risiko yang meningkat bagi wanita. Suatu kajian mencadangkan yang mempunyai berat badan yang berlebihan mungkin merupakan suatu risiko bagi lelaki juga. Sebab bagi perkaitan yang mungkin ini adalah tidak jelas.

·        Pendedahan tempat kerja: Beberapa kajian telah meneliti pendedahan tempat kerja untuk melihat sama ada ia meningkatkan peluang seseorang mendapat kanser buah pinggang. Kajian-kajian mencadangkan, contohnya, para pekerja relau kok di kilang-kilang besi mempunyai kadar kanser buah pinggang yang melebihi purata. Di samping itu pula, terdapat bukti yang menunjukkan yang asbestos di tempat kerja, yang telah dikaitkan dengan kanser-kanser paru-paru dan mesotelium (suatu membran yang mengelilingi organ-organ dalaman tubuh), juga meningkatkan risiko sesetengah kanser buah pinggang.

Page 3: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

·         Sinaran: Wanita yang telah menerima terapi sinaran bagi pemeriksaan uterus mungkin mempunyai sedikit peningkatan risiko mendapat kanser buah pinggang. Juga, orang yang terdedah kepada toro tras (torium dioksida), suatu bahan radioaktif yang digunakan pada tahun 1920an dengan x-ray diagnostik tertentu, mempunyai kadar kanser buah pinggang yang meningkat. Walau bagaimanapun, bahan ini tidak lagi digunakan, dan ahli sains berpendapat bahawa sinaran bertanggungjawab terhadap peratusan yang sangat kecil daripada keseluruhan jumlah kanser buah pinggang.

·         Dialisis: Pesakit-pesakit yang menggunakan dialisis bagi tempoh jangka panjang untuk merawat kegagalan buah pinggang yang kronik mempunyai risiko yang meningkat mendapat sista renal dan kanser renal. Kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan jangka panjang dialisis ke atas pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang.

·        Penyakit Von Hippel-Lindau (VHL): Para penyelidik telah mendapati bahawa orang yang mempunyai penyakit yang diwarisi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat karsinoma sel renal, serta tumor di dalam organ-organ lain. Para penyelidik telah menemui gen yang bertanggungjawab bagi VHL, dan mereka percaya yang pengasingan gen ini mungkin membawa kepada kaedah diagnosis, rawatan, dan malahan penyembuhan kanser-kanser buah pinggang

Orang yang berpendapat bahawa mereka mungkin mempunyai risiko mendapat kanser buah pinggang harus membincangkan keraguan ini dengan doktor mereka. Doktor itu mungkin akan mencadangkan cara-cara mengurangkan risiko dan membantu merancang suatu jadual yang sesuai bagi pemeriksaan-pemeriksaan.

Gejala-gejala Pada peringkat awalnya, kanser buah pinggang selalunya menyebabkan tanda-tanda yang tidak nyata atau yang tidak mendatangkan masalah. Walau bagaimanapun, apabila tumor buah pinggang mulai membesar, gejala-gejala mungkin timbul. Gejala-gejala tersebut mungkin termasuk:

Darah di dalam kencing. Darah mungkin hadir pada suatu hari dan tiada lagi keesokannya. Di dalam beberapa kes, seseorang itu boleh melihat sendiri darah itu, atau kesan-kesannya boleh ditemui di dalam ujian kencing, suatu ujian makmal yang dilakukan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan perubatan biasa.

Suatu gumpalan atau ketumbuhan di dalam kawasan buah pinggang.

Gejala-gejala lain yang jarang dialami mungkin termasuk:

Letih; Hilang selera;

Berat badan menurun;

Page 4: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

Demam yang berulang-ulang;

Rasa sakit di bahagian tepi pinggang yang berlarutan; dan/atau

Rasa tidak sihat

Tekanan darah tinggi atau kiraan sel darah merah di dalam darah yang kurang dari normal (anemia) mungkin juga menunjukkan suatu tumor buah pinggang; walau bagaimanapun, gejala-gejala ini sangat jarang dialami.

Gejala ini mungkin berpunca daripada kanser atau masalah lain yang kurang serius seperti jangkitan atau sista. Hanya doktor boleh melakukan diagnosis. Orang yang mempunyai salah satu atau lebih gejala-gejala ini harus berjumpa dengan doktor keluarga mereka atau seorang pakar urologi, seorang doktor yang mahir di dalam penyakit-penyakit sistem kencing.

Selalunya, kanser peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit; adalah mustahak untuk tidak menunggu sehingga berasa sakit sebelum berjumpa doktor. Di dalam kebanyakan kes, lebih awal kanser didiagnosis dan dirawat, lebih baik peluang seseorang untuk sembuh sepenuhnya.

Diagnosis

Bagi membantu mencari punca gejala-gejala, doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan seseorang dan melakukan pemeriksaan fizikal. Di samping memeriksa tanda-tanda kesihatan yang biasa, doktor itu mungkin menjalankan ujian-ujian darah dan kencing. Doktor juga mungkin meraba dengan teliti abdomen untuk mencari ketumbuhan atau gumpalan-gumpalan yang tidak sepatutnya ada.

Doktor biasanya akan mengarahkan ujian-ujian yang menghasilkan gambar-gambar buah pinggang dan organ-organ berhampiran. Gambar-gambar ini selalunya dapat menunjukkan perubahan di dalam buah pinggang dan tisu-tisu sekitarnya. Contohnya, suatu IVP (pielogram intravena) merupakan suatu siri x-ray buah pinggang, ureter, dan pundi kencing selepas suntikan sejenis pewarna. Pewarna ini mungkin dimasukkan ke dalam tubuh melalui suatu jarum halus atau tiub yang sempit dipanggil keteter. Gambar yang dihasilkan boleh menunjukkan perubahan-perubahan bentuk organ-organ ini dan nodus limfa yang berhampiran.

Suatu lagi ujian, arteriografi, merupakan suatu siri x-ray salur-salur darah. Pewarna disuntik ke dalam suatu salur darah yang besar melalui suatu keteter. X-ray menunjukkan pengaliran pewarna tersebut melalui rangkaian salur-salur darah yang lebih halus di dalam dan di sekeliling buah pinggang.

Ujian-ujian imejan yang lain mungkin termasuk skan CT, MRI dan ultrasonografi, yang boleh menunjukkan perbezaan di antara tisu-tisu berpenyakit dan yang sihat.

Jika keputusan-keputusan ujian menunjukkan yang kanser buah pinggang mungkin hadir, suatu biopsi mungkin dilakukan; ia merupakan suatu cara yang pasti untuk mendiagnosis kanser. Semasa suatu biopsi bagi kanser buah pinggang, suatu jarum yang halus dimasukkan ke dalam tumor dan suatu sampel tisu diambil keluar. Seorang pakar patologi kemudiannya meneliti tisu tersebut di bawah mikroskop

Page 5: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

untuk mengesan sel-sel kanser.

Sebaik sahaja kanser buah pinggang didiagnosis, doktor itu mahu mengetahui peringkat, atau tahap, penyakit. Pemeringkatan ialah cubaan yang teliti untuk memastikan sama ada kanser telah merebak dan, jika benar, bahagian tubuh mana telah terjejas. Maklumat ini diperlukan untuk merancang rawatan seseorang pesakit. Bagi mengetahui peringkat kanser buah pinggang, doktor itu mungkin menggunakan kajian MRI dan x-ray yang selanjutnya ke atas tisu-tisu dan salur-salur darah di dalam dan di sekeliling buah pinggang. Doktor juga boleh mengesan nodus limfa yang bengkak di dalam dada dan abdomen melalui skan-skan CT. X-ray dada selalunya boleh menunjukkan sama ada kanser telah merebak ke paru-paru. Skan-skan tulang juga menunjukkan perubahan-perubahan yang mungkin merupakan tanda kanser telah merebak ke tulang.

Seseorang yang memerlukan suatu biopsi mungkin ingin bertanya kepada doktor soalan-soalan berikut:

Berapa lama masa yang diambil? Adakah saya di dalam keadaan sedar? Adakah ia menyakitkan?

Bilakah keputusannya akan saya ketahui?

Jika benar saya menghidapi kanser, siapakah yang akan berbincang dengan saya tentang rawatan? Bila?

Rawatan

Rawatan ke atas kanser buah pinggang bergantung peringkat penyakit ini, kesihatan keseluruhan pesakit dan usia, dan faktor-faktor lain. Doktor akan membentuk suatu rancangan rawatan yang akan memenuhi keperluan setiap pesakit. Sepasukan pakar-pakar, yang mungkin termasuk seorang pakar urologi, seorang pakar onkologi dan seorang pakar onkologi sinaran, selalunya merawat pesakit kanser buah pinggang. Kanser buah pinggang selalunya dirawat dengan pembedahan, terapi sinaran, terapi biologi, kemoterapi atau hormon terapi. Kadang-kala suatu rawatan khas dipanggil embolisasi arteri digunakan. Pakar-pakar tersebut akan menentukan satu kaedah rawatan atau suatu gabungan kaedah-kaedah.

Sesetengah orang mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal (kajian penyelidikan) yang menggunakan kaedah-kaedah baru. Kajian-kajian begini direka untuk memperbaiki rawatan kanser.

Memperoleh pendapat pakar yang lain

Sebelum memulakan rawatan, seseorang pesakit mungkin inginkan seorang pakar patologi yang lain untuk menilai semula diagnosis dan seorang pakar

Page 6: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

yang lain mengkaji semula rancangan rawatan. Menunda sebentar rawatan tidak akan mengurangkan peluang bagi rawatan untuk berjaya.

Bersiap sedia bagi Rawatan Ramai orang yang menghidapi kanser mahu mempelajari segala-gala yang boleh tentang penyakit mereka dan pilihan-pilihan rawatan mereka supaya mereka boleh mengambil bahagian secara aktif di dalam membuat keputusan tentang penjagaan perubatan mereka. Apabila seseorang didiagnosis dengan kanser, rasa terkejut dan tertekan adalah reaksi yang lazim. Perasaan-perasaan ini akan membuatkan para pesakit sukar memikirkan semua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Selalunya, adalah berfaedah untuk membuat suatu senarai soalan-soalan. Untuk mengingati apa yang telah dinyatakan oleh doktor, mereka boleh mengambil nota atau mintalah izin untuk menggunakan pita rakaman. Sesetengah pesakit juga lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan semasa mereka berbincang dengan doktor - untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar.

Berikut adalah beberapa soalan yang pesakit mungkin ingin ajukan kepada doktor sebelum rawatan bermula:

·         Apakah jenis kanser buah pinggang yang saya hidapi?

·         Apakah peringkat penyakit ini?

·         Apakah pilihan-pilihan rawatan bagi saya? Apa yang disyorkan? Mengapa?

·        Apakah risiko-risiko dan kesan-kesan sampingan yang mungkin bagi setiap rawatan?

·         Apakah peluang-peluang bagi rawatan tersebut untuk berjaya?

·         Apakah rawatan-rawatan baru yang sedang dikaji di dalam percubaan-percubaan klinikal? Adakah suatu percubaan klinikal sesuai untuk saya?

·         Berapa lama rawatan ini mengambil?

·         Adakah saya terpaksa tinggal di hospital?

·         Adakah rawatan akan menjejaskan aktiviti-aktiviti seharian saya? Jika ya, buat berapa lama?

·         Berapakah anggaran kos rawatan ini?

Pesakit tidak perlu bertanyakan kesemua soalan mereka atau mengingati kesemua jawapan pada suatu masa. Soalan-soalan mungkin timbul sepanjang proses rawatan. Pesakit mungkin ingin doktor, jururawat, atau ahli-ahli pasukan penjaga kesihatannya memberi penerangan dengan lebih mendalam atau memberikan maklumat lanjut.

Kaedah-kaedah rawatan

Pembedahan merupakan rawatan yang paling biasa bagi kanser buah pinggang. Suatu pembedahan untuk mengambil keluar buah pinggang ialah nefrektomi.

Page 7: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

Selalunya, pakar bedah akan mengambil keluar keseluruhan buah pinggang bersama-sama dengan kelenjar adrenal dan tisu-tisu di sekeliling buah pinggang. Sesetengah nodus limfa doktor kawasan itu juga mungkin diambil keluar. Prosedur ini dipanggil nefrektomi radikal. Di dalam sesetengah kes, pakar bedah hanya mengambil keluar buah pinggang (nefrektomi ringkas). Buah pinggang yang masih tinggal biasanya dapat melakukan kerja kedua-dua buah pinggang. Di dalam prosedur yang lain, nefrektomi separa, pakar bedah mengambil keluar hanya bahagian buah pinggang yang mengandungi tumor.

Embolisasi arteri kadang-kala digunakan sebelum suatu pembedahan untuk menjadikan pembedahan lebih mudah. Ia juga mungkin digunakan untuk memberikan kelegaan daripada sakit atau perdarahan apabila tumor tidak boleh diambil keluar. Cebisan-cebisan kecil span gelatin yang khas atau bahan lain disuntik melalui keteter untuk menyumbat salur darah renal yang utama. Prosedur ini mengecutkan tumor dengan menghalang darah yang membawa oksigen dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membesar sampai kepadanya.

Berikut adalah beberapa soalan yang pesakit mungkin ingin ajukan kepada doktor sebelum pembedahan:

·         Apakah jenis pembedahan yang akan dilakukan?

·         Adakah rawatan selanjutnya diperlukan? Apakah jenisnya?

·         Apakah yang akan saya rasa selepas pembedahan?

·         Jika saya berasa sakit, bagaimanakah anda membantu saya?

·         Adakah saya boleh kembali melakukan aktiviti-aktiviti kebiasaan saya?

Terapi sinaran (juga dipanggil radioterapi) menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Doktor kadang-kala menggunakan terapi sinaran untuk melegakan sakit apabila kanser buah pinggang telah merebak ke tulang. Terapi sinaran bagi buah pinggang melibatkan sinaran luar, yang dipancarkan daripada bahan radioaktif di luar tubuh. Suatu mesin memancarkan sinaran pada kawasan tertentu tubuh. Biasanya, rawatan diberikan sebagai pesakit luar di dalam hospital atau klinik lima hari seminggu selama beberapa minggu. Jadual ini membantu melindungi tisu normal dengan membahagi-bahagikan jumlah dos keseluruhan sinaran. Pesakit tidak perlu tinggal di hospital bagi terapi sinaran, dan pesakit tidak beradioaktif semasa dan selepas rawatan.

Berikut adalah beberapa soalan yang pesakit mungkin ingin ajukan kepada doktor sebelum menjalani terapi sinaran:

·         Apakah matlamat rawatan ini?

·         Bilakah rawatan akan dimulakan? Bilakah ia akan berakhir?

Page 8: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

·         Apakah yang akan saya rasa semasa terapi ? Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin?

·         Apakah yang saya boleh lakukan untuk menjaga diri saya semasa terapi ?

·         Bagaimanakah saya tahu jika terapi sinaran ini mempunyai tindak balas?

·        Adakah saya berupaya meneruskan aktiviti-aktiviti kebiasaan saya semasa rawatan?

Pembedahan dan embolisasi arteri adalah terapi setempat; prosedur-prosedur ini hanya menjejaskan sel-sel kanser hanya di kawasan yang dirawat. Terapi biologi, kemoterapi dan terapi hormon, yang akan dijelaskan di bawah, adalah rawatan sistemik kerana rawatannya beredar melalui saluran darah dan boleh sampai ke sel-sel di seluruh tubuh.

Terapi Biologi, (juga dipanggil imunoterapi), merupakan suatu bentuk rawatan yang menggunakan keupayaan semula jadi (sistem daya tahan badan) tubuh untuk melawan kanser. Interleukin-2 dan interferon adalah jenis-jenis terapi biologi yang digunakan untuk merawat kanser buah pinggang yang telah lanjut. Percubaan-percubaan klinikal terus mengkaji cara-cara yang lebih baik untuk menggunakan terapi biologi sambil mengurangkan kesan-kesan sampingan yang pesakit mungkin alami. Ramai orang yang menjalani terapi biologi tinggal di hospital semasa rawatan supaya kesan-kesan sampingan ini dapat diawasi.

Berikut adalah beberapa soalan yang pesakit mungkin ingin ajukan kepada doktor sebelum menjalani terapi biologi:

·         Apakah matlamat rawatan ini?

·         Apakah dadah yang akan digunakan?

·         Adakah rawatan ini menimbulkan kesan-kesan sampingan? Jika ya, apakah yang akan dilakukan?

·         Adakah saya harus tinggal di hospital untuk menerima rawatan?

·        Bilakah saya berupaya meneruskan semula aktiviti-aktiviti kebiasaan?

Kemoterapi ialah penggunaan dadah untuk membunuh sel-sel kanser. Walaupun berguna di dalam rawatan kanser jenis-jenis lain, kemoterapi telah menunjukkan keberkesanan yang terhad terhadap kanser buah pinggang. Walau bagaimanapun, para penyelidik masih terus mengkaji dadah-dadah dan gabungan dadah-dadah yang baru yang mungkin terbukti lebih berkesan. Terapi hormon digunakan di dalam sebilangan kecil pesakit yang menghidapi kanser buah pinggang yang telah lanjut. Sesetengah kanser buah pinggang mungkin dirawat dengan hormon di dalam usaha untuk mengawal tumbesaran sel-sel kanser. Ia paling biasa digunakan sebagai terapi paliatif.

Page 9: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

Berikut adalah beberapa soalan yang pesakit mungkin ingin ajukan kepada doktor sebelum menjalani kemoterapi atau terapi hormon:

·         Apakah matlamat rawatan ini?

·         Apakah dadah yang akan saya ambil?

·         Adakah rawatan ini menimbulkan kesan-kesan sampingan? Apakah yang boleh saya lakukan?

·         Berapa lama saya harus menerima rawatan ini?

Percubaan-percubaan Klinikal Ramai orang yang menghidapi kanser buah pinggang mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal (kajian-kajian rawatan). Para doktor menjalankan percubaan-percubaan klinikal untuk mempelajari keberkesanan dan kesan-kesan sampingan rawatan-rawatan yang baru. Di dalam sesetengah kajian, semua pesakit menerima rawatan yang baru itu. Di dalam sesetengah yang lain doktor membanding beberapa terapi yang berbeza dengan memberi rawatan yang baru itu kepada suatu kumpulan dan terapi biasa (standard) kepada kumpulan yang lain. Para pesakit yang mengambil bahagian di dalam kajian-kajian ini mempunyai peluang pertama untuk mendapat faedah daripada rawatan-rawatan yang telah menunjukkan harapan yang cerah di dalam kajian yang lebih awal. Mereka juga memberi sumbangan penting kepada sains perubatan. Di dalam percubaan-percubaan klinikal bagi kanser buah pinggang, doktor-doktor sedang mengkaji cara baru memberi terapi sinaran dan kemoterapi, dadah-dadah baru dan gabungan dadah-dadah yang baru, terapi-terapi biologi, dan cara-cara baru menggabungkan pelbagai jenis rawatan. Sesetengah percubaan adalah direka untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan rawatan dan meningkatkan kualiti hidup.

Kesan-kesan sampingan Rawatan Adalah sukar untuk mengehadkan kesan-kesan terapi supaya hanya sel-sel kanser diambil keluar atau dibinasakan. Oleh kerana rawatan juga merosakkan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat, ia selalunya menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesan-kesan sampingan terapi kanser bergantung terutamanya kepada jenis dan tahap rawatan. Juga, kesan-kesan sampingan mungkin tidak sama bagi setiap orang, dan ianya mungkin berubah dari suatu rawatan ke rawatan yang lain. Para doktor dan jururawat dapat menerangkan kesan-kesan sampingan terapi , dan mereka juga boleh membantu melegakan masalah yang mungkin timbul semasa dan selepas rawatan. Para pesakit harus memaklumkan kepada doktor kesan-kesan sampingan yang mereka alami kerana sesetengahnya mungkin memerlukan perhatian perubatan dengan serta-merta.  

Pembedahan Kesan-kesan sampingan pembedahan buah pinggang bergantung kepada jenis pembedahan, keadaan kesihatan pesakit, dan faktor-faktor lain. Nefrektomi merupakan suatu pembedahan besar, dan selepas pembedahan kebanyakan orang mengalami kesakitan dan ketidakselesaan. Pesakit mungkin mendapati sukar untuk menarik nafas disebabkan oleh ketidakselesaan pembedahan; mereka mungkin terpaksa melakukan batuk yang khas dan senaman pernafasan untuk membantu

Page 10: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

melancarkan paru-paru. Adalah juga lazim bagi pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk berasa penat atau lemah buat sementara waktu.

Di samping itu pula, pesakit mungkin perlu diberi makan dan cecair melalui intravena selama beberapa hari sebelum dan selepas pembedahan. Apabila suatu buah pinggang diambil keluar, buah pinggang satu lagi yang masih ada terpaksa mengambil alih kerja kedua-dua buah pinggang. Jururawat akan mengawasi jumlah cecair yang diambil oleh pesakit dan jumlah kencing yang dihasilkan. Tempoh masa yang diambil untuk pulih daripada pembedahan berbeza bagi setiap orang.

Embolisasi ArteriEmbolisasi arteri boleh menyebabkan kesakitan, demam, rasa loya atau muntah-muntah. Selalunya, pesakit memerlukan cecair IV semasa tubuh pulih daripada prosedur ini.

Terapi sinaran Bagi terapi sinaran, kesan-kesan sampingan bergantung kepada dos rawatan dan bahagian tubuh yang dirawat. Pesakit berkemungkinan besar menjadi sangat letih terutamanya di dalam masa minggu-minggu terakhir rawatan. Rehat adalah mustahak, tetapi doktor selalunya menasihati pesakit supaya berusaha menjadi seaktif yang boleh. Adalah biasa bagi kulit untuk menjadi merah, kering, pedih dan gatal. Mungkin kulit di kawasan yang dirawat menjadi gelap atau "berwarna gangsa". Sinaran kepada buah pinggang dan kawasan-kawasan yang berhampiran mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, atau ketidakselesaan membuang air kecil. Ia juga mungkin menyebabkan pengurangan di dalam jumlah sel darah putih; sel yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan.

Terapi BiologiKesan-kesan sampingan disebabkan terapi biologi berbeza-beza mengikut jenis rawatan. Rawatan-rawatan ini mungkin menyebabkan gejala seperti sejuk-sejuk, demam, sakit otot, lemah badan, dan hilang selera, rasa loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Pesakit selalunya berasa sangat lemah selepas rawatan dan mereka mungkin mudah berdarah atau lebam. Sesetengah pesakit mengalami kerengsaan kulit. Di samping itu, terapi interleukin boleh menyebabkan bengkak dan mengganggu fungsi hati atau buah pinggang normal. Masalah-masalah ini boleh menjadi teruk, tetapi akan hilang selepas rawatan berakhir.

Kemoterapi Kesan-kesan sampingan kemoterapi bergantung kepada dadah yang diberikan. Secara am, dadah anti kanser menjejaskan sel-sel yang membesar dengan cepat, seperti sel-sel yang melawan jangkitan, sel-sel yang mengalas trek penghadaman, dan sel-sel di dalam folikel rambut. Akibatnya, pesakit mungkin mempunyai kesan-kesan sampingan seperti pertahanan yang lebih lemah terhadap jangkitan, kehilangan selera, rasa loya, muntah-muntah, atau sakit mulut. Mereka juga kurang bertenaga dan rambut mereka gugur.

Terapi HormonKesan-kesan sampingan terapi hormon biasanya tidak teruk. Progesteron merupakan hormon yang paling selalu digunakan untuk merawat kanser buah pinggang. Dadah-dadah yang mengandungi progesteron mungkin menyebabkan perubahan pada selera dan berat badan. Mereka juga mungkin menyebabkan bengkak dan retensi air. Kesan-kesan sampingan ini biasanya hilang selepas

Page 11: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

rawatan.

Khasiat pemakanan bagi Pesakit-pesakit Kanser Makan dengan secukupnya semasa rawatan kanser bermakna mendapat kalori dan protein yang mencukupi untuk menghalang penurunan badan dan mendapatkan semula tenaga. Pesakit yang boleh makan dengan baik selalunya akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga. Sesetengah orang berasa sukar untuk makan dengan secukupnya. Selera mereka mungkin hilang. Di samping kehilangan selera, kesan-kesan sampingan yang biasa, seperti loya, muntah-muntah, atau sakit mulut, boleh menyukarkan makan. Bagi sesetengah orang yang lain, makanan mungkin terasa berlainan. Juga, pesakit mungkin tidak lalu makan apabila mereka tidak selesa atau letih. Para doktor, jururawat, dan pakar pemakanan boleh memberi nasihat bagi pemakanan yang sihat semasa rawatan kanser. Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) mempunyai seorang pakar pemakanan tetap. Untuk mendapatkan temu janji sila hubungi 03 2698 7300 atau e mel [email protected]

Jagaan susulanPemeriksaan susulan secara kerap oleh doktor adalah mustahak selepas rawatan bagi kanser buah pinggang. Doktor akan mencadangkan susulan yang sesuai yang mungkin termasuk pemeriksaan fizikal, x-ray dada, dan ujian-ujian makmal. Doktor juga kadang-kala mengarahkan skan-skan dan ujian-ujian lain. Pesakit harus meneruskan lawatan-lawatan susulan. Mereka juga harus melaporkan sebarang masalah sebaik sahaja ia timbul.

Harapan masa hadapan Orang yang menghidapi kanser buah pinggang lazimnya berasa bimbang tentang masa depan mereka. Kadang-kala mereka berpandukan statistik untuk cuba meramal peluang untuk sembuh. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ingat bahawa statistik-statistik merupakan purata-purata berdasarkan jumlah orang yang ramai. Ia tidak harus digunakan untuk meramal apa yang akan berlaku ke atas seseorang itu kerana tiada dua orang yang sama; rawatan dan tindak balas mempunyai perbezaan yang sangat luas. Doktor yang menjaga pesakit itu merupakan orang yang terbaik untuk berbincang dengan pesakit itu tentang peluangnya untuk sembuh.

Gambaran masa depan orang yang mendapat kanser buah pinggang peringkat awal adalah positif. Kanser buah pinggang selalunya dapat disembuhkan jika ianya dikesan dan dirawat sebelum ia merebak. Ramai penyelidik sedang mengkaji cara-cara yang lebih baik untuk mengesan kanser buah pinggang pada peringkat awal. Mereka juga sentiasa terus mencari cara yang baru dan lebih baik untuk merawat kanser buah pinggang yang telah lanjut. Apabila doktor bercakap tentang mengatasi kanser, mereka mungkin menggunakan istilah remisi dan bukannya sembuh. Walaupun ramai pesakit kanser buah pinggang telah sembuh, doktor menggunakan istilah ini kerana penyakit boleh kembali. (Kembalinya kanser selepas rawatan dipanggil berulang).

Sokongan bagi Pesakit Kanser

Page 12: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

Melalui kehidupan dengan penyakit yang serius bukannya mudah. Orang yang menghidapi kanser dan orang yang menyayangi mereka menghadapi banyak masalah dan cabaran. Mengatasi masalah-masalah ini menjadi lebih mudah jika mereka memperoleh maklumat yang berguna dan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan.

Kawan-kawan dan saudara mara boleh banyak membantu. Juga, ramai orang mendapati berkongsi keraguan mereka dengan orang lain yang sedang atau pernah menghidapi kanser boleh meringankan bebanan. Pesakit-pesakit kanser selalu berkumpul di dalam kumpulan-kumpulan sokongan di mana mereka boleh berkongsi segala yang mereka pelajari tentang mengatasi kanser dan kesan-kesan rawatan. Walau bagaimanapun, adalah mustahak untuk sentiasa ingat bahawa setiap orang adalah berbeza. Rawatan-rawatan dan cara-cara menangani kanser yang berkesan bagi seseorang mungkin tidak sesuai untuk seseorang yang lain - walaupun kedua-dua mereka mempunyai kanser yang sama jenis. Membincangkan nasihat kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga dengan doktor merupakan suatu idea yang bernas.

Orang yang hidup dengan kanser mungkin risau tentang masa depan mereka. Mereka mungkin bimbang untuk mempertahankan kerja mereka, menjaga keluarga, atau meneruskan aktiviti-aktiviti harian. Rasa bimbang dan ragu tentang ujian-ujian, rawatan-rawatan, tinggal di hospital, dan bayaran-bayaran perubatan adalah perkara biasa. Doktor, jururawat dan ahli-ahli pasukan penjaga kesihatan anda dapat menjawab soalan-soalan tentang rawatan, kerja dan aktiviti-aktiviti lain. Bagi sokongan yang lebih lanjut, hubungi Pusat Sumber dan Kesejahteraan di talian 03 2698 7300 atau e mel [email protected]

Istilah-istilah glosari kanser

abdomen Bahagian badan yang mengandungi pankreas, perut, usus, hati, pundi hempedu, dan organ-organ lain.

kelenjar-kelenjar adrenal Sepasang kelenjar yang kecil, setiap satunya terletak di atas setiap buah pinggang. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan hormon-hormon steroid, adrenalina dan nonadrenali, yang membantu mengawal kadar degupan jantung, tekanan darah dan fungsi-fungsi penting tubuh.

Anemia  Suatu keadaan di mana kiraan sel-sel darah merah ialah di bawah normal.  

embolisasi arteri   Penyekatan suatu arteri dengan segumpal bahan asing. Ini boleh dilakukan sebagai rawatan untuk menyekat pengaliran darah ke tumor.

arteriografi  Suatu prosedur untuk melakukan x-ray ke atas arteri-arteri. Arteri-arteri ini boleh dilihat kerana suatu suntikan pewarna yang menggariskan salur-salur pada x-ray.

Page 13: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

benigna Tidak berkanser; tidak menyerang tisu yang berhampiran atau merebak ke bahagian lain tubuh.

terapi biologi Rawatan untuk menggalakkan atau mengembalikan keupayaan sistem daya tahan badan untuk melawan jangkitan dan lain-lain penyakit. Ia juga digunakan untuk melegakan kesan-kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh sesetengah rawatan kanser. Juga dikenali sebagai imunoterapi, bioterapi, atau biological response modifier (BRM) therapy.

biopsi Pengeluaran sel-sel atau tisu-tisu untuk diperiksa di bawah mikroskop. Apabila hanya sampel tisu sahaja dikeluarkan, prosedur ini dipanggil biopsi insisional atau biopsi teras. Apabila suatu sampel tisu atau cecair dikeluarkan melalui suatu jarum, prosedur ini dipanggil biopsi eksisional atau aspirasi jarum halus.

pundi kencing   Organ yang menyimpan kencing.

kanser Suatu istilah bagi penyakit-penyakit yang di dalamnya sel-sel abnormal membahagi tanpa kawalan. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang berhampiran dan merebak melalui salur darah dan sistem limfa ke bahagian lain tubuh.

keteter Tiub yang fleksibel yang digunakan untuk menghantar cecair masuk ke dalam tubuh atau mengeluarkan cecair dari tubuh.

kemoterapi Penggunaan dadah-dadah yang khas (sitotoksik) untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser atau melambatkan tumbesaran mereka.

skan CTSkan tomografi berkomputer. Suatu siri gambar-gambar kawasan-kawasan di dalam tubuh yang terperinci diambil daripada sudut-sudut yang berlainan; gambar-gambar ini dibentuk oleh sebuah komputer yang bersambung kepada suatu mesin x-ray. Juga dipanggil tomografi berkomputer dan skan tomografi aksial berkomputer (CAT skan).

sista   Suatu kapsul yang dipenuhi cecair.

sinaran luar Terapi sinaran yang menggunakan suatu mesin untuk memancarkan sinaran-sinaran bertenaga tinggi kepada kanser. Juga dipanggil sinaran pancaran luar (external-beam radiation).

gen    Unit keturunan yang berfungsi dan fizikal yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anaknya. Gen-gen merupakan cebisan-cebisan DNA dan kebanyakan gen mengandungi maklumat bagi membuat suatu protein yang tertentu.

Page 14: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

folikel rambut Tangkai atau bukaan-bukaan pada permukaan kulit yang melaluinya rambut tumbuh.

terapi hormon   Rawatan yang menambah, menyekat atau mengasingkan hormon-hormon. Bagi keadaan-keadaan tertentu (seperti kencing manis atau menopaus), hormon diberikan untuk menyeimbangkan tahap-tahap hormon yang rendah. Untuk melambatkan atau menghentikan tumbesaran kanser-kanser tertentu (seperti kanser prostat atau buah dada), hormon diberikan untuk menyekat hormon-hormon semula jadi di dalam tubuh. Juga dipanggil terapi hormon, rawatan hormon atau terapi endokrin.

hormon   Bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam tubuh dan diedarkan di dalam saluran-saluran darah. Hormon mengawal tindakan-tindakan sel-sel atau organ-organ yang tertentu.

sistem daya tahan badan Sekumpulan organ-organ dan sel-sel yang kompleks yang mempertahankan tubuh terhadap jangkitan atau penyakit.

interferon   Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit). Interferon mengganggu pembahagian sel-sel kanser dan boleh melambatkan tumbesaran tumor. Terdapat beberapa jenis interferon, termasuk interferon- alpha, -beta, and -gamma. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Bahan-bahan ini juga boleh dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

interleukin-2   IL-2. Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit) yang menggalakkan tumbesaran sel-sel darah tertentu di dalam sistem daya tahan badan yang melawan jangkitan. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Aldesleukin ialah IL-2 yang dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

intravena   IV. Di dalam suatu salur darah. Intravena. Disuntik ke dalam suatu salur darah.

IVP   Pielogram intravena atau intravena. Suatu siri x-ray buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Beberapa x-ray diambil setelah suatu pewarna disuntik ke dalam suatu salur darah. Pewarna ini akan tertumpu di dalam kencing, yang menggariskan buah pinggang, ureter dan pundi kencing pada x-ray.

buah pinggang (ginjal)Sepasang organ di dalam abdomen yang mengalirkan keluar sisa-sisa daripada darah (sebagai kencing), menghasilkan eritropoietin (suatu bahan yang menggalakkan penghasilan sel darah merah), dan memainkan peranan di dalam mengawal tekanan darah.

Page 15: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

terapi setempat Rawatan yang menjejaskan sel-sel di dalam tumor dan kawasan yang berhampiran dengannya.

nodus limfa Suatu gumpalan membulat tisu-tisu limfa yang dikelilingi oleh suatu kapsul tisu-tisu perantara. Nodus limfa menapis limfa (cecair limfa), dan menyimpan limfosit-limfosit (sel-sel darah putih). Ia terletak sepanjang salur-salur limfa. Juga dipanggil kelenjar limfa.

sistem limfa Tisu-tisu dan organ yang menghasilkan, menyimpan dan mengangkut sel-sel darah putih yang melawan jangkitan dan lain-lain penyakit. Sistem ini termasuk sum sum tulang, limpa, timus, nodus limfa dan salur-salur limfa (rangkaian tiub-tiub halus yang membawa limfa dan sel-sel darah putih). Salur-salur limfa bercabang, seperti salur darah, memasuki semua tisu di dalam tubuh.

malignan   Berkanser; suatu ketumbuhan yang cenderung untuk menyerang dan membinasakan seterusnya merebak ke bahagian lain tubuh.

metatesisPerkembangan kanser dari satu bahagian tubuh ke bahagian yang lain. Tumor-tumor yang terbentuk daripada sel-sel yang telah merebak dipanggil "tumor sekunder" dan mengandungi sel-sel yang sama seperti sel-sel tumor asal (primer). Perkataan majmuk bagi metatesis ialah metastases.

MRI  Magnetic resonance imaging . Suatu prosedur di mana suatu magnet yang bersambung ke suatu komputer digunakan untuk membentuk gambar-gambar terperinci kawasan-kawasan di dalam tubuh. Juga dipanggil pengimbasan magnetik resonans nuklear (nuclear magnetic resonance imaging (NMRI)).  

nefrektomi   Pembedahan untuk mengambil keluar suatu buah pinggang. Nefrektomi radikal mengambil keluar buah pinggang, kelenjar adrenal, nodus-nodus limfa yang berhampiran, dan tisu-tisu lain di sekelilingnya. Nefrektomi ringkas mengambil keluar hanya buah pinggang. Nefrektomi separa mengambil keluar tumor sahaja dan bukannya seluruh buah pinggang.

pakar onkologi perubatan Seorang doktor yang pakar di dalam merawat kanser. Sesetengah pakar onkologi mahir di dalam suatu jenis rawatan tertentu kanser. Contohnya, pakar onkologi sinaran mahir di dalam merawat kanser dengan sinaran.

terapi paliatif Rawatan yang diberikan untuk melegakan gejala-gejala yang disebabkan oleh kanser yang telah lanjut. Terapi paliatif tidak mengubah perkembangan penyakit tetapi boleh meningkatkan kualiti hidup.

pakar patologiSeorang doktor yang mengenal pasti sesuatu penyakit dengan meneliti sel-sel dan tisu-tisu di bawah mikroskop. 

Page 16: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

progesteron   Suatu hormon perempuan.

prognosis   Keputusan atau perkembangan yang mungkin bagi sesuatu penyakit; peluang untuk sembuh atau berulang.  

pakar onkologi sinaran Seorang doktor yang mahir di dalam penggunaan sinaran untuk merawat kanser.  

terapi sinaran radiasi  Penggunaan sinaran bertenaga tinggi daripada x-ray, sinaran gamma, neutron dan sumber-sumber lain untuk membunuh sel-sel kanser dan mengecutkan tumor. Sinaran boleh dipancarkan daripada suatu mesin di luar tubuh ( terapi sinaran pancaran luaran) atau bahan-bahan yang dipanggil radio isotop. Radio isotop-radio isotop menghasilkan sinaran dan boleh diletakkan di dalam atau berhampiran tumor atau di dalam kawasan berhampiran sel-sel kanser. Sinaran jenis ini dipanggil terapi sinaran dalaman; sinaran implan, sinaran interstitial atau Brakiterapi. Terapi sinaran sistemik menggunakan suatu bahan radioaktif, seperti suatu antibodi radiolabeled monoclonal yang beredar ke seluruh tubuh. Juga dipanggil radioterapi, irradiasi, dan terapi x-ray.

sel-sel darah merah Sel-sel yang membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Juga dipanggil eritrosit.

remisi  Pengurangan atau hilangnya tanda-tanda dan gejala-gejala. Di dalam remisi separa, sesetengah, tetapi bukan semua, tanda-tanda dan gejala-gejala kanser telah hilang. Di dalam remisi sempurna, kesemua tanda-tanda dan gejala-gejala telah hilang, walaupun mungkin masih ada kanser di dalam tubuh.

Kanser sel renal Kanser yang terbentuk di dalam pengalas tubul-tubul renal yang menapis darah dan menghasilkan kencing.  

faktor risiko Apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang mendapat suatu penyakit, termasuk bahan, agen, perubahan genetik, ciri, tabiat atau keadaan.

kesan-kesan sampingan Masalah-masalah yang timbul apabila rawatan menjejaskan tisu-tisu dan organ-organ selain daripada yang sememangnya harus mendapat kesan dari rawatan. Kesan-kesan sampingan rawatan kanser yang biasa ialah lesu, rasa sakit, rasa loya, muntah, kiraan sel darah yang berkurangan, rambut gugur dan sakit mulut.

peringkatTahap kanser di dalam tubuh, terutamanya sama ada penyakit ini telah merebak dari tempat asal ke bahagian lain tubuh.

surgeri Suatu prosedur untuk mengambil keluar atau membaiki suatu bahagian tubuh atau mengesan kehadiran penyakit. Suatu pembedahan.

Page 17: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay

sistemik  Menjejaskan keseluruhan tubuh.

tisu  Suatu kumpulan atau lapisan sel-sel yang serupa dan bekerja bersama-sama untuk menjalankan fungsi yang tertentu.  

karsinoma sel peralihan Sejenis kanser yang berkembang di dalam pengalas pundi kencing, ureter atau renal pelvis. 

tumor   Suatu gumpalan tisu abnormal hasil daripada pembahagian sel yang berlebihan. Tumor tidak melakukan sebarang fungsi tubuh yang berguna. Ia mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser).

ultrasonografi  Suatu prosedur di mana gelombang-gelombang bunyi (dipanggil ultrabunyi) dipantulkan daripada tisu-tisu dan gema-gema akan menghasilkan suatu gambar (sonogram).

ureter Tiub yang membawa kencing dari ginjal ke pundi kencing.

uretra Tiub yang melaluinya kencing mengalir keluar daripada tubuh. Ia mengosongkan kencing dari pundi kencing.

kencingalisis  Suatu ujian yang menentukan kandungan kencing.

trek kencingari  Organ-organ tubuh yang menghasilkan dan mengeluarkan kencing. Ini termasuk buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan uretra.

kencing Iaitu air kencing, mengandungi air dan bahan-bahan sisa. Kencing dihasilkan oleh ginjal, disimpan di dalam pundi kencing, dan dialirkan keluar melalui uretra.

pakar urologi Seorang doktor yang pakar di dalam penyakit-penyakit organ-organ kencingari pada wanita dan organ-organ seks pada lelaki.

sel darah putih Merujuk kepada suatu sel darah yang tidak mengandungi hemoglobin. Sel-sel darah putih termasuk limfosit, neutrofil, eosinopfil, makrofaj, and sel-sel mast. Sel-sel ini dihasilkan oleh sum sum tulang dan membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

x-raySejenis sinaran bertenaga tinggi. Di dalam dos-dos yang rendah, x-ray digunakan untuk mendiagnosis penyakit dengan mengambil gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Di dalam dos yang tinggi, x-ray digunakan untuk merawat kanser.

Page 18: Buah Pinggang Kidney Complete Long Malay