bab 3 formula dan persamaan kimia tingkatan 4

15
NAMA: ______________________________________________________________ ___ TINGKATAN: _____________________________________________________________ 1

Upload: mrs-imran

Post on 18-Nov-2014

6.303 views

Category:

Education


29 download

DESCRIPTION

nota kimia bab 3 tingkatan 4..bole digunakan oleh guru dan pelajar..

TRANSCRIPT

NAMA: _________________________________________________________________

TINGKATAN: _____________________________________________________________

BAB 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

3.1 Jisim atom relatif dan jisim molekul relatif

1

Jisim Atom Relatif, J.A.R.

Jisim atom sesuatu unsur sangat kecil dan hanya boleh diukur dengan membandingkan jisim-jisimnya dengan jisim atom unsur lain yang dipilih sebagai piawai.

Jisim atom relatif suatu unsur ditakrifkan sebagai purata jisim satu atom unsur itu berbanding dengan 1/12 daripada jisim satu atom karbon-12.

Jisim atom relatif tidak mempunyai unit pengukuran kerana ia hanya perbandingan.

Karbon-12 dipilih sebagai piawai kerana: Karbon ialah pepejal pada suhu bilik. Karbon dijumpai dalam kebanyakan bahan. Mudah bergabung dengan kebanyakan unsur-unsur lain.

Jisim Molekul Relatif, J.M.R.

• Jisim molekul relatif satu sebatian ialah bilangan kali jisim satu molekul sebatian itu lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.

• Jisim molekul relatif suatu bahan boleh ditentukan dengan menjumlahkan jisim atom relatif semua atom dalam bahan itu.

Contoh :

2

Jisim atom relatif sesuatu unsur:

= jisim purata satu atom unsur1/12 x jisim satu atom karbon-12

Jisim molekul relatif sesuatu molekul:

= jisim purata satu molekul 1/12 x jisim satu atom karbon-12

1. Kira jisim molekul relatif bahan berikut:a) H2O = (1x2) + (16x1) =18b) NH3 = (14 X1) + (1X3) = 17c) (NH4)2SO4 = [(14+4) X2] + (32X1) +(16X4) = 132

LATIHAN : Kirakan jisim molekul relatif atau jisim formula relative bagi bahan berikut:

SOALAN JAWAPAN

Uji kefahaman anda A buku teks m/s 30

Konsep mol

Contoh : 1. Hitung bilangan molekul air yang terdapat dalam 90 g air. [jisim molekul relative : H;

1, O; 16 NA : 6.02 X1023 mol-1]

[jawapan: 3.01 X1024 molekul] 2. Apakah isipadu bagi 24g gas metana, CH4 pada s.t.p.

3

[ jisim atom relatif : H; 1, C; 12, isipadu molar gas: 22.4 dm-3 mol-3 pada stp]

[jawapan: 33.6 dm3] 3. Satu sampel mengandungi 6.02 X 1025 molekul air. Berapakah mol air yang terdapat

di dalam sampel itu? [ jisim atom relatif : H; 1, O; 16]

4. Berapakah mol atom atau molekul yang terdapat di dalam a) 5.6 g ferum b) 3.2 g metana, CH4

5. Hitung bilangan mol gas yang berikut: a) 560cm3 karbon dioksida, CO2 pada STPb) 960 cm3 gas hydrogen klorida pada keadaan bilik.

Latihan pengukuhan1. Aktiviti pembelajaran 3.6 buku teks m/s 392. Uji kefahaman anda D buku teks m/s 39

Formula kimia

4

Ahli kimia menggunakan simbol untuk mewakili atom. Simbol untuk suatu sebatian disebut formula kimia. Contohnya, formula kimia untuk

natrium klorida iaitu NaCI.

sebatian memberitahu kita tentang;

Jenis atom yang hadir. .

Nisbah atom-atom itu wujud dalam sebatian (ditun]ukkan oleh subskrip yang ditulis selepas simbol)

Contoh :

Sebatian dapat diwakili oleh:

Formula empirik

Formula molekul

5

Formula molekul sesuatu bahan merupakan gandaan formula empirik bahan tersebut.

Nilai n merupakan integer positif.

Bagi menentukan formula molekul sesuatu sebatian data berikut perlu ada :

i) Jisim molekul relative ii) Formula empiric sebatian.

Contoh : Formula empiric suatu sebatian ialah CH2. Jisim molekul relatifnya ialah 42. Tentukan formula molekul sebatian tersebut. [ jisim atom relative: H; 1, C; 12]

jisim molekul relative, ( CH2 )n = 42

(12 + 1(2))n =42

14n =42

n= 42/14

n=3

o gantikan nilai n ke dalam formula molekul yang diandaikan tadi

maka formula molekul sebatian ialah : ( CH2 )3 atau C3H6

6

Formula kimia

Perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf untuk mewaki;I atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di

dalam bahan itu.

Formula empirik

Formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bilangan atom setiap jenis unsur

dalam sesuatu sebatian.

Formula molekul

Formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur di

dalam satu molekul sesuatu sebatian.

Formula molekul = (formula empirik)n

Hubung kait antara formula empirik dengan formula molekul

Bahan Formula molekul

Bilangan atom Formula empirikSebenar Nisbah teringkas

Air H2O 2:1Karbon dioksida CO2 1:2Magnesium oksida MgO 1:1Aluminium klorida AlCl3 1:3Ammonia NH3 1:3Glukosa C6H12O6 6:12:6Etena C2H4 2:4Propena C3H6 3:6Butena C4H8 4:8Etana C2H6 2:6Benzena C6H6 6:6

Contoh : penentuan formula empirik sesuatu sebatian

Satu sampel aluminium oksida mengandungi 1.08 g aluminium dan 0.96 g oksigen. Apakah formula empirik sebatian ini? [ jisim atom relatif : O;16, Al;27]

Unsur Al OJisim (g) 1.08 0.96Bilangan mol 1.08

27=0.04

0.9616=0.06

Nisbah mol(bahagi setiap nombor terkecil )

0.040.04= 1

0.060.041.5

Nisbah mol teringkas 2 3

Formula empirik sebatian ini ialah Al2O3

Selesaikan soalan berikut berdasarkan contoh yang diberikan.

1. 1.69 g ferum bertindakbalas dengan 0.72 g oksigen. Apakah formula empirik ferum oksida. [ jisim atom relatif : Fe;56, O; 16] (Fe2O3).

2. Sebatian X mengandungi 1.28 g sulphur dan 2.84 g klorin. Apakah formula empirik sebatian ini? . [ jisim atom relatif : S;32, Cl; 35.5] (SCl2)

3. 1.72 g logam oksida X mengandungi 0.8 g oksigen. Carikan formula empiric oksida. . [ jisim atom relatif : X;46, O; 16] (X2O5)

7

4. Oksida Y mengandungi 0.5 mol unsure atom Y yang bertindakbalas dengan 4 g oksigen. Nyatakan formula empirik oksida ini. . [ jisim atom relatif : O; 16] (Y2O)

5. Apakah formula empiric sebatian X yang mengandungi 29.2% natrium, 40.6% sulphur dan 30.2% oksigen. . [ jisim atom relatif : Na;23, O; 16, S;32] (Na2S2O3)

6. Suatu sebatian terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen . mengandungi 40% karbon, 6.65% hydrogen dan X% oksigen. Apakah formula empiric sebatian ini? . [ jisim atom relatif : C;12, O; 16, H;1] ( CH2O)

7. 3.9 g unsur Y bertindak balas dengan 0.8 g unsur z menghasilkan sebatian dengan formula molekul Y2Z. carikan jisim atom relative unsur Z. . [ jisim atom relatif : Y;39] (16)

8. Suatu sebatian organic mempunyai formula empiric C2H5. Jika jisim molecular formula nya ialah 58, apakah formula molekul sebatian ini? (C4H10)

9. Apakah jisim logam T yang bergabung dengan 4.8 g oksigen untuk membentuk logam oksida dengan formula empiric T2O3. [ jisim atom relatif : T;56, O; 16] (11.2g)

10. 4.6 g unsure P bertindakbalas dengan 1.6g oksigen untuk membentuk P oksida dengan formula P2O. carikan jisim atom relative unsure P. (23)

FORMULA ION

Pembinaan formula kimia bagi satu sebatian ion

Contoh :

1. Natrium oksida

Ion Ion natrium, Na+ Ion oksida, O2-

Cas +1 -2Bilangan kation dan anionJumlah cas +ve = -ve +2 = -2 2 ion natrium 1 ion oksida

Formula kimia Na2O

8

Berdasarkan nama sebatian tentukan kation dan anion.

Tentukan bilangan kation dan anion dengan menyeimbangkan cas

Tulis formula kimia sebatian. Cas ion tidak ditulis pada formula itu

O

2-

Na

+Na

+

2. Ferum (III) klorida

Ion Ion ferum, Fe3+ Ion klorida, Cl-

Cas +3 -1Bilangan kation dan anionJumlah cas +ve = -ve +3 = -3 3 ion ferum (III) 3 ion klorida

Formula kimia FeCl3

Bina formula kimia bagi setiap sebatian yang berikut.(a) Magnesium klorida

Mg 2+ Cl-

1 2 MgCl2

(b) Kalium karbonat (c) Kalsium sulfat

(d) Kuprum (II) oksida (e) Zink nitrat (f) Aluminium oksida

(g) Zink hidroksida (h) Ferum (III) hidroksida (i) Kuprum(II) karbonat

(j) Plumbum (II) nitrat (k) Asid hidroklorik (l) Asid sulfurik

9

Cl

-

Fe

3+ Cl

- Cl

-

3. Namakan sebatian molekul yang berikut:

(a) CaO (b) PbO (c) PbO2

(d) CuO (e) FeO (f) Fe2O3

(g) FeCl2 (h) Mg(OH)2 (i) Na2SO4

(j) Ba(NO3)2 (k) HNO3 (l) NaOH

PERSAMAAN KIMIA

10

Mg+ O2 MgO

Bahan tindak balas Hasil tindak balas

Mewakili “ menghasilkan”

Menulis persamaan kimia

1. Zink + asid hidroklorik zink klorida + hidrogen

Zn + HCl ZnCl2 + H2

Zn + HCl ZnCl2 + H2

2. Natrium hidroksida + asid sulfurik natrium sulfat + air

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3. Plumbum (II) nitrat + kalium iodida plumbum(II) iodida + kalium nitrat

________________________________________________________________________

4. Kuprum (II) karbonat ditambah ke dalam larutan asid hidroklorik. Larutan kuprum (II) klorida, air dan gas karbon dioksida terhasil.

_________________________________________________________________________

5. Pepejal kalium bertindakbalas dengan air menghasilkan larutan kalium hidroksida dan gas hidrogen.

_________________________________________________________________________

Persamaan kimia

11

Persamaan kimia dalam bentuk perkataan.

Tulis formula kimia yang betul bagi setiap bahan dan hasil tindakbalas

Seimbangkan persamaan dengan menyelaraskan pekali di hadapan formula kimia

Bahan tindak balas Hasil tindak balasZn= Zn=H= H=Cl= Cl=

Bahan tindak balas Hasil tindak balasZn= Zn=H= H=Cl= Cl=

o Kuantitatif dan kualitatif

o Penyelesaian masalah menggunakan persamaan kimia

1. Seorang pelajar memanaskan kalsium karbonat dengan kuat. Ia terurai dan menghasilkan kalsium oksida dan gas karbon dioksida.

a) Nyatakan bahan tindakbalas. ___________________________________________

b) Nyatakan hasil tindakbalas. ___________________ dan _____________________

c) Tuliskan persamaan seimbang bari tindakbalas ini.

______________________________________________________________________

d) Berdasarkan persamaan di atas;

________ mol CaCO3 menghasilakan ________ mol CaO dan _______ mol gas CO2.

Jadi, i) 2 mol CaCO3 menghasilkan ________ mol CaO dan _______ mol gas CO2.ii) 0.1 mol CaCO3 menghasilkan ________ mol CaO dan _______ mol gas CO2

e) Jika 20g kalsium karbonat dipanaskan, i) Berapakah isipadu gas karbon dioksida yang terhasil pada keadaan bilik?ii) Hitung jisim kalsium oksida, CaO yang terbentuk.

[ jisim atom relative: C=12, O=16, Ca=40, isipadu molar: 24dm3 mol-1 pada keadaan bilik]

Latihan pengukuhan : Aktiviti pembelajaran 3.16 m/s 53 (buku teks)

12