asignment his 213

Download Asignment His 213

If you can't read please download the document

Upload: penglipur-lara

Post on 02-Jul-2015

130 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

transformasi hukum islam semasa

TRANSCRIPT

(1).PengenalanSaban masa di dalam dunia Islam berbagai-bagai kes yang melibatkan umat Islam sering kita dengari dan kita lihat di terutamanya dalam hal-hal fiqah. Namun begitu, dalam konteks pembaharuan hukum Islam, perkembangan ini sememangnya telah menyebabkan kita perlu memberikan perhatian terhadap peri pentingnya pembaharuan dalam hukum Islam tersebut. Namun begitu, dalam menilai proses pembaharuan hukum Islam ini. Sewajarnya kita sedar bahawa sumber utama kita dalam menyelesaikan hukum ialah Al-Quran dan hadis Nabi S.AW. namun begitu, pada masa yang sama juga , sumber-sumber lain seperti fatwa, Qias, ihtisan dan sebagainya turut memberikan sumber dalam menyelesaikan masalah umat Islam semasa yang melibatkan persoalan hukum Fiqah yang sesuai serta mencari suatu jalan yang sewajarnya terhadap masalah hukum tersebut. Selanjutnya, dalam membicarakan soal pembaharuan ini ( pembaharuan hukum Islam semasa) kita harus juga mengetahui keperluannya terhadap kepentingan umat Islam yang sentiasa terdedah kepada situasi moden yang bersifat anjal serta memerlukan hukum-hukum yang sesuai bagi menyelesaikan

masalah tersebut.1 Oleh itu, esei ini secara ilmiah akan cuba mengkaji tentang pembaharuan hukum Islam semasa kini. Selanjutnya, esei ini juga akan cuba melihat daripada pelbagai aspek seperti sejarah pembinaan hukum Islam , jenis jenis hukum yang dekat dengan keadaan semasa di kini dan tuntutan fiqah serta mengkaji langkah yang sewajarnya menurut hukum Islam ini dalam menyelesaikan isu pembaharuan hukum Islam yang melanda umat Islam hari ini. Di samping , esei ini juga akan cuba merujuk kepada contoh kes yang melibatkan umat Islam serta jalan penyelesaian yang diambil berdasarkan sumber dan prinsip perundangan hukum Islam semasa . Semua aspek ini akan dibincangkan lagi pada halaman yang berikutnya.2

1 2

Asshidiqiey(1968) Pengantar Hukum Islam, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, hlm 9. Ibid

1

(2).Sejarah pembinaan Hukum IslamMenurut As-Shiddiqiey, Perkembangan hukum Islam atau usul Fiqah bermula sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi sungguhpun terdapat juga sesetengah ulama fiqah mengatakan bahawa ia hanya bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W lagi. Hujah ini dibuktikan lagi melalui ayat-ayat al Quran (wahyu) yang diturunkan kepada Nabi kita lalu disampaikan oleh Rasulullah selaras dengan tujuan pengutusan Rasul oleh Allah S.W.T iaitu untuk membawa manusia agar menjadi seorang Islam yang beriman serta menjadikan manusia berada dalam landasan kebenaran yang hakiki3. Dalam hal ini , Rasulullah S. A. W telah membuat rujukan bagi menyelesaikan hukum Fiqah semasa berdasarkan wahyu daripada Allah S.W.T. Ini bermakna, Rasulullah menggunakan wahyu bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan hukum Islam. Oleh sebab itulah, pada zaman Rasulullah S.A.W tidak terdapat berbagai-bagai masalah rumi bagi menyelesaikan dilema umat Islam pada zaman tersebut kerana Rasulullah boleh dirujuk oleh para sahabat bagi menghadapi situasi hukum semasa. Hal ini juga turut menyangkal pandangan yang dilontarkan oleh sebahagian fuqaha yang menuduh bahawa pada zaman Rasulullah, terdapat ilmu tentang usul fiqah tetapi tidak dipanggil sebagai ilmu usul fiqah . Selanjutnya, pada zaman Rasulullah juga adalah suatu zaman yang dianggap oleh para sarjana sejarah Islam seperti Ibnu HIsyam sebagai zaman perkembangan Islam serta bertapak nya suatu bentuk pengaruh Islam dalam aspek kehidupan.4 Tambahan pula, semasa Rasulullah menyebarkan Islam, secara tidak langsung juga pada zaman ini, Al Quran sebagai kalamullah telah diturunkan oleh Allah S.W.T melalui malaikat Jibrail A.S serta penurunan surah-surah dan ayat-ayat Allah S.W.T adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah. Sebagai contoh, pengharaman arak secara tetap adalah berpunca daripada kesilapan Sayidina Ali Bin Abi Talib yang3

Asshidiqiey(1968) Pengantar Hukum Islam, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, hlm 11. ibid

4

2

membuat kesilapan semasa membaca surah al Kafirun dalam solat Asar kerana beliau telah minum arak sebelum menunaikan solat asar. 5 Kesannya, pada masa itulah arak telah di hukumkan haram oleh Islam kerana mudarat kepada kepentingan masyarakat ,diri keluarga serta menjaga hak-hak Allah. Tambahan, setiap hukum taklifi yang digubal oleh Islam melalui ilmu usul fiqah adalah bagi tujuan memberi kebaikan kepada manusia serta

mengatur umat Islam agar sentiasa berbuat baik serta berusaha untuk tidak melakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan jiwa, anggota dan sebagainya.6 Selanjutnya, kewafatan Rasulullah S.A.W pada tahun 632 Masihi sememangnya telah membawa kesan kepada umat Islam pada masa itu. Dengan usaha usaha yang telah dilakukan oleh Rasulullah telah disambungkan oleh para khalifah Khulafa Ar Rasyidin iaitu Abu Bakar,Umar, Usman dan Ali dalam mempertajamkan penyebaran Islam di luar rantau Arab.

(3).Sumber-sumber dalam hukum Islam Semasa.Memahami tentang sumber-sumber asas yang boleh digunakan dalam mengadakan suatu pembaharuan dalam hukum semasa adalah suatu perkara yang tidak harus dipandang ringan oleh mujtahid kerana pembinaan hukum Islam adalah untuk memberikan suatu maslahat kepada umat Islam secara amnya.7 Sumber secara asasnya adalah suatu rujukan yang dibuat oleh para sarjana atau penyelidik dalam menjalankan sesuatu kajian. Manakala Hukum pula lebih merujuk kepada ketetapan yang dibuat oleh syarak berhubung dengan sesuatu keputusan yang diputuskan oleh mujtahid berdasarkan dalil-dalil syarak dan selalunya berupa pilihan untuk membuat (taklif) , pilihan atau ketentuan.8 Tidak kira dalam apa sahaja jenis bidang sama ada agama atau bukan agama. Oleh itu, sumber yang boleh digunakan bolehO.K.A Rahmat (1988), Sumber Dan Prinsip Perundangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, hlm 16 6 Ibid 7 O.K.A Rahmat (1988), Sumber Dan Prinsip Perundangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, hlm 478 5

Ibid

3

dibahagikan kepada dua iaitu sumber yang qatie dan zan`ni. Sumber yang zanni merujuk kepada sumber yang tidak disepakati oleh para mujtahid dalam penggunaannya dalam penyelesaian masalah hukum hakam dalam zaman kontemporari ini. Sumber ini, contohnya seperti al Uruf, istihsab. Istihsan , dan sebagainya. 9Selanjutnya sumber yang qati`e adalah sumber yang tetap serta diakui kebenarannya serta wajib digunakan dalam menilai kan sesuatu hukum Islam itu sendiri. Hukum yang qat`ie ini disepakati oleh para sarjana (Mujtahid) daripada pelbagai mazhab umat Islam tentang penggunaannya dalam

penyelesaian sesuatu hukum. Hal ini merujuk kepada Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.10

Dalam hal ini, kita tidak boleh membuat andaian bahawa kita tidak wajar

menggunakan sebahagian sumber hukum dalam menilai transformasi hukum Islam semasa kerana kesemua hukum yang digariskan oleh ilmu usul fiqh sama ada yang bersifat qa t`ie atau zanni mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. 11 Dalil yang disepakati diakui penting dalam penggunaannya dalam pembaharuan hukum Islam semasa kerana sejak azali lagi ia adalah wahyu Allah yang suci serta agung dan lengkap sifatnya (syumulliah) sementara hadis pula adalah datang daripada perkara-perkara yang diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang diakui oleh umat Islam sebagai rasul serta bersifat maksum iaitu terpelihara daripada dosa. Dalil yang tidak disepakati juga penting kerana ia mudah bagi para mujtahid untuk mengadakan pembaharuan dalam hukum Islam semasa dan menggalakkan penyelidikan bagi mencari penyelesaian yang timbul dalam kalangan umat Islam sendiri khususnya berkaitan hukum syarak itu sendiri.12

O.K.A Rahmat (1988), Sumber Dan Prinsip Perundangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, hlm 47 10 Ibid 11 Mohd Saleh Haji Ahmad( 1999) Pengantar Syariat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka haji Abdul Majid , hlm 28 12 Ibid

9

4

4.Keperluan Kepada Pembaharuan Hukum Islam Semasa .Kita sudah memahami secara jelas tentang sejarah perkembangan ilmu usul fiqh serta sumber hukum yang boleh kita manfaatkan dalam menjalankan suatu bentuk transformasi atau pembaharuan hukum Islam semasa. Dalam hal ini, kita mestilah mengambil kira suatu keperluan penting yang mewajarkan kita untuk menjalankan suatu bentuk pembaharuan hukum Islam semasa . Namun begitu, dalam membuat pembaharuan hukum Islam semasa tidak bermaksud kita cuba mengubah hukum Allah S.W.T dengan sesuka hati tetapi Islam sebagai agama yang bersifat addin , syumul serta anjal terhadap perubahan semasa serta memudahkan sememangnya akan tetap teguh dengan prinsip mengutamakan kebaikan itu

sendiri 13 . Hal ini dijelaskan melalui firmanya dalam surah Al Maidah ayat 49 yang maksudnya ialah: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjagajagalah supaya mereka tidak memesongkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepada mu. Kemudian jika mereka berpaling maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang yang fasik.14

Oleh itu beberapa keperluan yang boleh dihuraikan terutamanya berkaitan hukum Islam semasa antaranya adalah seperti berikut:

A) Kewujudan Kes-Kes Baru Berkaitan Permasalahan Umat IslamMenurut Profesor Mahmod Zuhdi dalam bukunya iaitu Transformasi Fikah Semasa telah menjelaskan bahawa pada zaman moden kini, umat Islam bukan sahaja dibebankan dengan13 14

Asshidiqiey(1968) Pengantar Hukum Islam, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang,hlm 30 Sumber dipetik daripada http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat pada 21 Mac 2011.

5

soal akidah dan persoalan-persoalan yang bersifat mutlak semata mata, tetapi pada zaman moden dan bersifat globalisasi kini, Umat Islam juga telah dibebani dengan isu- isu yang tidak kurang mencabar yang kadangkala tidak disangka-sangka. Selain itu, umat Islam pada zaman ini juga berada dalam kehidupan yang pantas berubah serta berada dalam kepesatan pembangunan di dalam masyarakat Islam. Hal ini, pada zaman yang serba moden ini, sudah pastinya akan timbul beberapa masalah yang baru yang kadangkala tidak pernah dijangka oleh para Mujtahid dan umat Islam sendiri. 15 Selanjutnya, masalah ini pula tidak dapat diterangkan oleh fatwa-fatwa lama yang telah ditetapkan oleh para mujtahid terdahulu kerana fatwa yang dikeluarkan pada zaman itu adalah selari dengan permasalahan yang ditemui oleh mujtahid pada zaman tersebut lalu sudah pastinya akan mewujudkan masalah lain jika fatwa itu dikeluarkan selaras dengan fatwa lama tersebut yang sebahagiannya kurang sesuai dengan permasalahan zaman moden itu sendiri.16 Lantas, suatu bentuk permasalahan itu mestilah diselesaikan berdasarkan konteks sosial masyarakat moden pada hari ini lalu suatu hukum Islam yang baru haruslah dijalankan berdasarkan hukum-hukum syarak lalu kesannya suatu bentuk ijtihad perlu dilakukan oleh mujtahid agar permasalahan umat Islam dapat diselesaikan dengan mengambil kira keadaan dunia moden semasa. Ijtihad yang sangat diperlukan dalam membuat ketetapan hukum Islam oleh mujtahid bermaksud suatu usaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu perkara jika dinilai daripada segi bahasa.17 Tetapi, penilaian dari segi istilah adalah lebih mendalam iaitu usaha yang dijalankan oleh para mujtahid dalam mengeluarkan hukum dengan berdasarkan istinbat serta merujuk dalil-dalil syarak. Lalu, daripada sini, jelaslah bahawa keperluan untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam zaman moden kini memerlukan suatu pembaharuan dalam hukum Islam semasa tanpa

Mahmood Zuhdi Abdul Majid,(2010) Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam, Batu Caves : Pts Islamika Sdn Bhd. Hlm 30-31. 16 Ibid 17 Mohd Saleh Haji Ahmad( 1999) Pengantar Syariat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka haji Abdul Majid, hlm 169.

15

6

mengabaikan keperluan untuk merujuk dalil syarak agar tidak menyeleweng daripada landasan syarak yang sebenarnya.18

(B) Perubahan hidup masyarakat Islam zaman moden.Perubahan cara hidup masyarakat turut membawa kepada suatu keperluan yang mendesak bagi mengadakan suatu reformasi hukum Islam semasa tanpa mencacatkan keunggulan hukum syariat Islam itu sendiri. Hal ini kerana, dalam konteks kehidupan semasa pada zaman dahulu seperti zaman imam mazhab fiqh yang empat adalah banyak berubah dan pastinya tidak sama dengan corak kehidupan masyarakat pada zaman sekarang. Contohnya , Dari segi fizikal dan material, perubahan paling ketara berlaku dalam aspek kemudahan hidup. Bermula dari peralatan dan kegunaan peribadi, tempat tinggal, perkakas dan kelengkapan rumah, alat komunikasi dan perhubungan awam, sampailah kepada pemilikan harta dan barang dagangan ,serta banyak lagi. Sementara dari segi moral dan spiritual pula merangkumi falsafah tentang hidup sendiri, etika dan tata susila, nilai kekeluargaan, persahabatan, pergaulan dalam masyarakat, seni, budaya dan banyak lagi. Secara umumnya persoalanpersoalan baru ini tidak pernah ada pada waktu hukum Islam yang terkumpul dalam kitabkitab fiqh klasik disimpulkan. Ia benar-benar bersifat semasa dan setempat dan tidak pernah diketahui oleh para fuqaha terdahulu, malah sesetengahnya mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka akan terjadi.19 Tetapi malangnya, bagi sesetengah mereka yang berkecimpung dalam pengajian syariah, kerana terlalu menyanjung warisan hukum lama dan begitu terpesona dengan ketokohan para ulama terdahulu, semua persoalan baru ini ada jawapannya dalam kitab-kitab fiqh klasik. Apa yang perlu dilakukan hanyalah merujuk kepada kita-kitab berkenaan bagi mencari jawapan

18 19

Ibid Sumber dipetik daripada http://www.mahmoodzuhdi.com/ pada 22mac 2011

7

terhadap persoalan-persoalan itu sama ada

melalui nas, qiyas atau takhrij.

20

serta

menggunakan sumber-sumber perundangan yang sesuai seperti Qiyas, Ijmak, Urf dan sebagainya selain Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam membuat dan mengistinbatkan hukum mengenai sesuatu permasalahan yang menimpa masyarakat moden Islam pada hari ini.21 Keunggulan hasil ijtihad para fuqaha terdahulu sepertimana yang terdapat dalam kitabkitab fiqh klasik itu memanglah sangat diakui. 22 Tetapi, tentunya tidak adil kepada Islam sendiri, sebagai agama yang mempunyai sistem per hukuman yang lengkap, juga kepada arus pembangunan negara, kalau persoalan-persoalan baru ini dijawab dengan jawapan lama yang dibentuk berasaskan realiti lama masyarakat bukan tempatan yang mempunyai warisan budaya dan gaya hidup tradisi yang sangat berbeza. Sepertimana juga kata al-Qaradhawi, para fuqaha terdahulu sendiri dari berbagai-bagai mazhab, menegaskan dalam kitab-kitab mereka bahawa fatwa mesti berubah kerana perubahan zaman, tempat, adat kebiasaan dan persekitaran.23 Kalaulah perubahan fatwa pada zaman para fuqaha terdahulu dikira perlu oleh sebab perubahan keadaan, tentu sekali perubahan fatwa sekarang atas sebab yang sama lebih lagi diperlukan. Ini memandangkan perubahan masyarakat yang berlaku sekarang jauh lebih cepat dan menyeluruh berbanding dengan perubahan yang berlaku pada masa hidup para fuqaha terdahulu itu.24 Hal ini juga turut menggambarkan sifat yang wujud dalam bidang pengajian syariah itu sendiri iaitu bidang pengajian usul fiqh iaitu sifat yang fleksibel terhadap perubahan semasa serta menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang liberal terhadap masalah semasa serta selaras dengan kehendak manusia itu sendiri dan

Nasrul Hisyam Nor Muhammad , (2004) Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa, Dalam Journal Islamiyyat Volume 26 Bil 2. Hlm 74 Nasrul Hisyam Nor Muhammad, (2004) Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa, Dalam Journal Islamiyyat Volume 26 Bil 2. Hlm 75. 22 Ibid 23 Sumber dipetik daripada http://www.mahmoodzuhdi.com/ pada 22 Mac 2011. 24 Ibid21

20

8

melalui keperluan kepada pembaharuan hukum ini jugalah akhirnya berjaya mengekalkan keunggulan agama Islam di dalam menghadapi cabaran dunia moden kini. 25

(C) Mewujudkan Maslahat dan Menghilangkan Mafsadah.Islam sebagai agama yang bersifat addin serta sesuai sepanjang zaman juga turut menekankan suatu konsep penting yang mendasari prinsip dan sumber perundangan Islam itu sendiri iaitu kita berusaha untuk mengurangkan atau menghilangkan terus suatu keburukan yang tidak sepatutnya kita lakukan di dalam menangani masalah umat Islam. Dalam usaha menghilangkan mafsadah serta mewujudkan maslahat dalam proses penyelesaian masalah umat Islam pasca moden ini, suatu bentuk pembaharuan hukum Islam adalah menjadi suatu keperluan asas bagi Umat Islam keseluruhannya.26 Hal ini sememangnya bertepatan dengan ciri-ciri kebaikan dalam perundangan Islam sendiri iaitu Islam amat mementingkan Umat manusia supaya memelihara akal, keturunan, kehormatan dan harta daripada perkara-perkara yang tidak baik. Dalam proses reformasi perundangan Islam , pembaharuan yang dijalankan adalah perlu kepada suatu bentuk maslahat yang terbaik iaitu antara hukum yang dikeluarkan berdasarkan nas serta istinbat yang tertentu yang mana lebih bagus dari segi manfaatnya kepada masyarakat umum serta sesuai dengan uruf masyarakat setempat.27 Disampang itu, maslahat yang ditekankan dalam membina suatu tajdid (pembaharuan) juga turut menekankan soal-soal hak dan keharmonian umat Islam. Dalam hal ini, kita tidak bermaksud untuk menidakkan peranan fatwa klasik dalam menentukan hukum Islam itu sendiri, tetapi, dalam sesetengah fatwa yang dijalankan oleh para mujtahid pada zaman silam mungkin masih relevan kepada umat Islam pada zaman ini, tetapi, seiring dengan perubahan semasa,

Nasru Hisyam Nor Muhammad, (2004) Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa, Dalam Journal Islamiyyat Volume 26 Bil 2. Hlm 75. 26 Mahmood Zuhdi Abdul Majid,(2010) Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam, Batu Caves : Pts Islamika Sdn Bhd. Hlm 40 27 Sumber dipetik daripada http://www.mahmoodzuhdi.com/ pada 23 Mac 2011

25

9

sebahagian daripada perkara yang difikirkan baik sebagai maslahat kepada umat Islam adalah sesuai pada zaman fatwa lama itu diputuskan dan pada hari ini adalah tidak relevan lagi. 28 Maksudnya, dalam pembaharuan hukum Islam semasa, maslahat adalah berdasarkan kepentingan umum pada sesuatu zaman serta mengambil kira cara hidup masyarakat itu serta memastikan bahawa hukum Islam yang difatwakan adalah bertepatan dengan soal tersebut.29 Kesannya ialah melalui kefahaman tentang keperluan pembaharuan hukum Islam berdasarkan kepada maslahat umum bagi orang Islam kontemporari, maka di sinilah terletaknya suatu keperluan asas bagi menemukan titik tolak kepada kebaikan lantas menghilangkan keburukan yang timbul melalui proses transformasi hukum Islam itu sendiri.

(5).Langkah Mewujudkan Transformasi Hukum Islam SemasaMewujudkan suatu bentuk pembaharuan dalam hukum Islam sememangnya memerlukan suatu kajian yang tepat dan terperinci serta mengenal pasti suatu langkah yang sesuai di dalam menjalankan transformasi tersebut. Oleh itu dalam menjalankan transformasi hukum Islam semasa kita khususnya para mujtahid haruslah tahu tentang keperluan ijtihad yang berasaskan penyelidikan. 30 Dalam hal ini, para mujtahid hendaklah cuba untuk membuka minda mereka terhadap pembaharuan . Para ulama yang menjalankan transformasi hukum Islam semasa hendaklah sentiasa merujuk kepada keadaan semasa di dalam realiti kehidupan moden kini. Maksudnya, para mujtahid haruslah keluar daripada kepompong cara lama serta cuba mendekatkan diri dengan masyarakat Islam zaman moden supaya mudah bagi mujtahid untuk membuat keputusan yang tepat tentang sesuatu tajdid agar fatwa itu agar selari dengan

ibid Mahmood Zuhdi Abdul Majid,(2010) Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam, Batu Caves : Pts Islamika Sdn Bhd. Hlm 4029 30

28

Ibid

10

permasalahan serta kehendak masyarakat semasa.31

Hal ini bukan sahaja dapat membentuk

transformasi yang sesuai dengan keadaan masyarakat tetapi dapat menunjukkan kesempurnaan ajaran Islam sendiri serta menunjukkan kemampuan ajaran Allah S.W.T dalam menghadapi arus perubahan moden semasa. Selanjutnya, dalam soal pembentukan sebuah ijtihad yang unggul serta berjiwa penyelidikan perkara tertentu haruslah diambil kira oleh para mufti yang sudah pastinya boleh berijtihad disebabkan oleh pengetahuan mereka. Dalam hal ini, Para Mufti dan ulama yang berijtihad mestilah berusaha untuk memahami tentang konsep kebenaran universal ajaran syariat itu sendiri. Dalam isu ini, para mujtahid mestilah berusaha untuk memahami bahawa ajaran Islam adalah bersifat mutlak dan benar dalam perkara-perkara yang qatie seperti pengharaman zina, arak, kewajipan zakat dan sebagainya. Tetapi, dalam masa yang sama bersifat liberal serta bersifat fleksibel dalam mengeluarkan hukum berasaskan permasalahan umat Islam moden kini32.

(6)Pakar Bukan Agama Dalam bidang Pembaharuan hukum Islam semasa.Keperluan kepada kepakaran dalam bidang bukan agama adalah sesuatu yang amat baru dalam menggubal suatu keputusan yang tepat dalam perundangan Islam semasa . Dalam hal ini, para Mujtahid mestilah mendapatkan kepakaran daripada mereka yang berasal daripada bidang lain sebelum membuat sesuatu keputusan tentang hukum tersebut. 33 Misalnya, jika kita hendak menghukum tentang pendermaan sperma atau apa sahaja, kita mestilah merujuk kepada kepakaran perubatan. Begitu juga tentang isu berkaitan pengguguran bayi. Mujtahid juga sewajarnya merujuk kepada pakar sakit puan sebelum menilainya berasaskan hukum syarak serta mengistinbatkan hukum tentang isu tersebut. Hal ini sewajarnya diambil kira

Nasru Hisyam Nor Muhammad, (2004) Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa, Dalam Journal Islamiyyat Volume 26 Bil 2. Hlm 77 32 Mahmood Zuhdi Abdul Majid,(2010) Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam, Batu Caves : Pts Islamika Sdn Bhd.hlm 73 33 Ibid

31

11

bagi mewujudkan maslahat serta menghilangkan mafsadah dalam membuat keputusan syarak serta menjamin kepentingan umat Islam itu sendiri, dalam hal ini jugalah para mufti boleh mewujudkan sebuah kumpulan pakar hukum yang terdiri daripada pelbagai bidang dengan dikendalikan oleh mufti itu sendiri dan kumpulan pakar tersebut yang mewakili golongan agama serta profesional Islam yang tahu tentang bidang mereka turut menasihati mufti dalam membuat sesuatu fatwa yang berkaitan dengan masalah umat Islam semasa.34

(7)Pembaharuan Hukum Islam Semasa. Kajian Kes: Isu Bin dengan Ayah

Bukan Islam.

Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa Dr Asri secara individu 35 . Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada dua belas anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang berbagai dan ramai yang memiliki PhD mereka yang tersendiri. Dalam hal ini, fatwa ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang agak baru dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkan ia istimewa, ialah penukaran nasab seorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Melayu kita ini dan ini merupakan suatu uruf dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim di Malaysia . Tetapi, hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu. Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggota, maka kesemua mereka pasti berbin yang sama, iaitu Abdullah. Jika ada sepuluh yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka Ahmad bin Abdullah. Maka barangkali- terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nombor kad34 35

Sumber dipetik daripada http://www.ikim.gov.my pada 25 Mac 2011. Semasa fatwa ini dikeluarkan , Dr Muhammad Asri Bin Zainal Abidin menjawat jawatan sebagai mufti Perlis.

12

pengenalan mereka. Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukar lah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.36 Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang pelik serta menimbulkan kekeliruan di kemudian hari. Dalam hal ini , hujah yang dikemukakan oleh Dr Asri Zainal Abidin tentang isu ini antaranya ialah Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan berbinkan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin Affan, sebaliknya Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali bin Abi Talib, sebalik Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam.37 Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat bin mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama yang beliau sebut daripada Umar bin al-Khattab. al-Imam Al-Nawawi menyebut: Amir alMukminin, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza Abd al-Uzza bermaksud hamba berhala al-Uzza. Jika lihat nama datuk nabi bin Kilab. Kilab bermaksud anjinganjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.38 Ada yang cuba mengaitkan fatwa baru ini dengan isu akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam. Tetapi, menurut Dr Asri , tindakan ini tidak akan menjejaskan akidah kerana sungguhpun mana seseorang itu daripada nama India,

Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 mac 2011 Ibid 38 Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 mac 201137

36

13

Cina dan sebagainya ia tidak menyebabkan seseorang itu syirik kerana Islam melihat tentang nilai individu itu dari aspek keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. .39 Selain itu, hujah Dr Asri tentang isu in adalah lain ialah Nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang hal tersebut. Firman ALLAH S.W.T: (bermaksud): Panggilah mereka itu (dengan berbinkan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggil lah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 5). 40 Selanjutnya, Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari menyebut: Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Kebanyakan hadis turut juga begitu keras menegah nya. Contohnya, dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., hal ini banyak disebut. Antaranya: Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya (Riwayat al-Bukhari). 41 Selanjutnya, hujah lain berdasarkan hadis juga turut menerangkan isu ini seperti yang ditujukan oleh hadis berikut: Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya (Riwayat al-Bukhari).42 Punca yang boleh diambil kira dalam merungkap tentang transformasi 43 hukum Islam semasa berdasarkan kajian kes ini sebabnya adalah kerana Islam ialah agama menghormati

39

Ibid Sumber dipetik daripada http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat pada 25 Mac 2011 41 Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 Mac 2011 42 Ibid40

14

dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapa pun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya. Selepas itu adanya hukum-hakam berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta. Tambahan pula. menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu: Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan di nasab kan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilansesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasab kan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar. (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989). 44 Hujan ini turut disokong oleh Abu Bakr al-Jazairi telah menerangkan secara terperinci dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut: Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai. Justeru itu, baginda Nabi s.a.w. hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak mengubah bapanya. Umpamanya baginda mengubah nama sahabat Abd al-Syams bin Sokhr kepada Abd al-Rahman bin Sokhr. Ini kerana Abd al-Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr yang bermaksud batu dikekalkan. 45 Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad.

Istilah transformasi merupakan istilah yang serupa maknanya dengan pembaharuan atau perubahan. Rujuk edisi dewan edisi ketiga oleh Teuku Iskandar untuk maklumat lanjut. 44 Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 Mac 2011

43

45

Ibid

15

Bapanya bernama Abd al-Asad yang bermaksud hamba singa. Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah .46

Kebaikan terselindung di sebalik transformasi hukum Islam semasa terutamanya dalam kes ini ialah kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini Islam diserang dengan berbagai tuduhan. Sering disalah anggap kononnya Islam tidak menghormati hak. Ramai orang bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parah lah jika nama keluarganya disuruh buang.47 Oleh itu fatwa sebelum ini yang sering menukar nama mualaf dengan nama Abdullah hendaklah diketepikan. Tambahan pula, dari sudut nilai kemanusiaan Islam sebenarnya menyuruh anak melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam. Bahkan sekalipun ibu bapa tersebut berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah Allah S.W.T agar seorang anak berbuat baik dengan kepada ibu bapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat. Lihat firman ALLAH dalam Surah Luqman ayat 16 : (maksudnya) Dan jika kedua ibu bapa mendesak mu supaya engkau mensyirikkan dengan ku sesuatu yang engkau (dengan fikiran waras mu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganla h engkau taat kepada kedua; dan bergaul ah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.48 Selanjutnya apakah termasuk dalam bergaul dengan ibu bapa secara baik dalam urusan dunia ini seperti yang diperintahkan dalam ayat di atas- jika kita menanggalkan berbinkan46 47

Ibid Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 Mac 2011

48

Sumber dipetik daripada http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat pada 25 Mac 2011

16

mereka. Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan bin yang baru itu sebagai nama mereka secara langsung akan menggurit hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada kedua ibu bapa sekalipun keduanya bukan Muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.49 Hujah lain yang dikemukakan mengikut pandangan Dr Asri adalah jika kita terus berpegang kepada fahaman fatwa lama yang mengarahkan seseorang saudara baru mem bin kan namanya kepada Bin Abdullah boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka

buruk lantas merosakkan imej Islam di mata orang bukan Islam itu sendiri. Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu sememangnya mempunyai kemunasabahan yang kuat.

Sekalipun amalan itu sudah lama malah menjadi uruf dalam masyarakat, tidak bermakna bahawa perkara itu mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah. 50 Hal ini merupakan suatu transformasi dalam pembaharuan hukum Islam kerana ia telah memberikan suatu maslahat yang baru kerana orang bukan Islam sudah memiliki suatu kebaikan iaitu mereka tidak perlu menukar kepada bin Abdullah dan ini secara tidak langsung boleh menarik orang bukan Islam untuk memeluk ajaran Allah S.W.T itu sendiri51.

49

Sumber dipetik daripada http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 pada 25 Mac 2011

50

Sumber dipetik daripada http://www.e-fatwa.gov.my/mufti-dan-jawatankuasa-fatwa-negeri-negeri pada 26 Mac 2011. 51 Ibid

17

(8)Kesimpulan

Kesimpulannya, Sejarah perkembangan hukum syarak telah bermula sejak zaman Rasulullah lagi, selanjutnya, sumber yang boleh diaplikasikan dalam pembaharuan hukum Islam semasa boleh dibahagikan kepada sumber yang qati`e dan zann`i. Selain itu, banyak keperluan yang boleh dijalankan melalui transformasi tersebut, daripada perbincangan tersebut, jelaslah bahawa pembaharuan hukum Islam semasa merupakan suatu kebaikan terhadap umat Islam itu sendiri.

18

Bibliografi Buku Asshidiqiey(1968) Pengantar Hukum Islam, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang Mahmood Zuhdi Abdul Majid,(2010) Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam, Batu Caves : Pts Islamika Sdn Bhd.

Mohd Saleh Haji Ahmad( 1999) Pengantar Syariat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka haji Abdul Majid Nasru Hisyam Nor Muhammad, (2004) Pandangan Yusuf al -Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa, Dalam Journal Islamiyyat Volume 26 Bil 2.

O.K.A Rahmat (1988), Sumber Dan Prinsip Perundangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Laman Webhttp://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12 http://www.e-fatwa.gov.my/mufti-dan-jawatankuasa-fatwa-negeri-negeri

http://www.ikim.gov.my http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat

19