analisis jurnal: kesedaran, penilaian & penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik

10
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK Oleh: Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad PENDAHULUAN Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e- pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh sebab e- pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain, (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik. Menurut Learnframe (2001) juga, penggunaan media-media ini kebiasaannya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). 1 | Page

Upload: nurul-huda

Post on 05-Dec-2014

1.653 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (Electronic and Web-based Learning) KPT6044

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)

KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM

KALANGAN AHLI AKADEMIK

Oleh: Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad

PENDAHULUAN

Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini

membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas

lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran

berlangsung secara berterusan. Oleh sebab e-pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran yang

menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data

dengan sistem maklumat yang lain, (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori,

metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik.

Menurut Learnframe (2001) juga, penggunaan media-media ini kebiasaannya

mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan

kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional isi pelajaran secara

dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran yang

mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh

komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah

alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin,

2000).

Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas. Impak dan penerimaan

oleh masyarakat contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Tahap

perlaksanaan e-pembelajaran pada masa ini belum lagi mencapai matlamat yang diharapkan.

Ahli akademik berperanan mengubah minda pelajar daripada pasif kepada aktif terutama

dengan penggunaan teknologi Internet melalui talian yang boleh didapati di dalam kampus.

Kemudahan ini membolehkan e-pembelajaran disampaikan dalam pelbagai jenis

penyelesaian.

Oleh hal demikian, kajian tentang Kesedaran, Penilaian & Penerimaan E-

Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik dijalankan di Universiti Sains Malaysia bagi

meninjau sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti

pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan

kepada kaedah ini.

1 | P a g e

Page 2: ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)

PERSOALAN

1. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran?

2. Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap

e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli

akademik?

3. Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran?

KAEDAH

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan deskriptif.

Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian

Universiti Sains Malaysia. Sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan

mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical

package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang

diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah sepertimana

terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis

deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi

seperti Ujian-t dan Anova.

DAPATAN KAJIAN

Kesedaran Terhadap Konsep e-Pembelajaran Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran

Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), terdapat 5 konsep e-pembelajaran yang

diketengahkan dalam soal selidik iaitu:

i. e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para

pelajar.

ii. e-pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT.

iii. e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan

pembelajaran.

iv. e-pembelajaran dikendalikan menerusi komputer dan Internet

v. e-pembelajaran membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah,

tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar.

2 | P a g e

Page 3: ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)

Kajian mendapati tahap kefahaman responden pada konsep kedua iaitu e-

pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT adalah

tertinggi. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan ahli akademik sedar tentang konsep e-

pembelajaran yang mana ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli

akademik melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah.

Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan

ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang

baru.

Namun, kajian menunjukkan majoriti responden tidak bersetuju dengan konsep e-

pembelajaran yang ketiga iaitu e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan ahli akademik masih

ragu-ragu untuk menerima e-pembelajaran dengan sepenuhnya walaupun ahli akademik

sudah didedahkan dengan maklumat tentang e-pembelajaran. Selain itu, ahli akademik

mungkin menghadapi masalah lain seperti tidak mendapat maklumat yang cukup, tidak

disediakan fasiliti yang baik dan kurang berpengetahuan untuk menggunakan sistem e-

pembelajaran. Disebabkan masalah-masalah berikut, responden berpendapat sekiranya ahli

akademik memberikan komitmen yang lebih akan merugikan masa dan tenaga.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati bahawa tahap kefahaman responden

terhadap kelima-lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi. Hal ini membuktikan majoriti

ahli akademik USM sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran mereka. Program Portal e-pembelajaran PPPJJ USM antara aplikasi yang

membuatkan ahli akademik sedar terhadap konsep ini.

Penilaian Terhadap Hubungan Yang Signifikan Antara Kefahaman Terhadap e-

Pembelajaran Dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dalam Kalangan Ahli

Akademik

Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), hasil kajian menunjukkan ahli akademik

di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan

pada masa yang sama selesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan

mereka. Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang

menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu

pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar.

3 | P a g e

Page 4: ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)

Selain itu, kedua-dua pemboleh ubah ini iaitu kefahaman tentang e-pembelajaran dan

kesediaan pembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya

faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden. Antara faktor

yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor

mempunyai kemudahan komputer dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan

pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan

menggalakkan pelajar bermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan

pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Penerimaan Penggunaan e-Pembelajaran Dalam Membantu Proses Pembelajaran Dan

Pengajaran

Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005) telah menyenaraikan empat tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik iaitu:

i. Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah

ii. Memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke

semasa

iii. Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM

iv. Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme

pembelajaran.

Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan tanggungjawab

menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran dan tanggungjawab menggunakan

sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. Hal ini membuktikan bahawa ahli

akademik USM telah menerima sistem e-pembelajaran dalam pengajaran mereka. Malah,

penglibatan terhadap perlaksanaan sesuatu kaedah pembelajaran yang baru seperti e-

pembelajaran turut bergantung kepada individu itu sendiri yang mana ia merujuk kepada

insiatif dan motivasi individu untuk belajar. Oleh hal yang demikian, pusat pengajian melalui

jabatan atau panel pengajian, bertanggungjawab menyediakan isi kandungan bahan

pembelajaran manakala pemantauan tentang perlaksanaan ini perlu dikawal selia dan sentiasa

dipantau oleh pengurusan akademik.

Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran

dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan

e-pembelajaran di USM, dapatan menunjukkan jumlah min berada pada tahap sederhana. Hal

ini disebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan

4 | P a g e

Page 5: ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)

merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian mereka

terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan.

Selain itu, bagi faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran pula, dapatan

kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan ahli akademik terhadap penggunaan

e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran adalah positif. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran

berdasarkan jumlah responden sangat bersetuju paling tinggi adalah faktor mempunyai

kemudahan komputer peribadi. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakan

alatan yang mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukan menjadi alasan

lagi bagi mereka untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran.

Namun begitu, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran

serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT berada pada tahap sederhana.

Penerimaan sistem e-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai kemudahan

komputer peribadi sahaja. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan

perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana konsep

sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistem pembelajaran. Perlaksanaan

e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat teknologi baru seperti komputer.

Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam bidang ICT. Proses e-

pembelajaran lebih memberi kesan yang positif sekiranya diaplikasikan dalam bentuk latihan

dalam talian. Ini menunjukkan kepentingan ahli akademik mengikuti latihan dan meluangkan

masa mereka mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam era teknologi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa

ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran

dalam sistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden tidak

menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan. Dari segi penilaian ahli

akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran

dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana.

Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti

faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli

akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran.

5 | P a g e