an keluarga dalam pendidikan prasekolah

Upload: ctnira665247

Post on 06-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    1/28

    1

    Tajuk Projek:

    Sebagai seorang guru prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang

    kekeluargaan bagi melicinkan tugas-tugas di prasekolah.

    Soalan 1: Pengenalan

    Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,

    perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan

    kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga

    merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada

    rumah yang terdiri daripada lingkungan keluarga.

    Penglibatan keluarga dalam pendidikan anak sangat penting khususnya

    dalam proses perkembangan anak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain .

    Penglibatan ini termasuklah komunikasi antara ibu bapa dengan guru serta

    kakitangan di sekolah.

    Jenis-jenis Keluarga

    Jenis-jenis keluarga ini terbentuk mengikut peredaran zaman di mana ia

    sememangnya sudah tidak sama seperti institusi kekeluarga pada zaman dahulu.

    Perkara ini berubah disebabkan oleh faktor ekonomi dan faktor sosial yang

    melibatkan perubahan dari segi penjagaan anak -anak.

    (i) Keluarga Asas

    Keluarga ini terdiri daripada suami, isteri dan mempunyai sekurang -

    kurangnya seorang anak yang tinggal dalam sebuah rumah. Walaupun

    keluarga ini hanya terdiri daripada suami, isteri dan anak, namun

    hubungan kekeluargaan masih berlaku dengan keluarga luas.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    2/28

    2

    (ii) Keluarga Luas

    Keluarga luas pula terdiri daripada suami, isteri, anak, menantu dan cucu

    serta saudara mara yang ada pertalian keluarga yang tinggal dalam

    sebuah rumah atau rumah-rumah yang berdekatan. Hubungan

    kekeluargaan antara seorang ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain

    sangat rapat.

    (iii) Ibu / Bapa Tunggal

    Ibu atau bapa tunggal adalah apabila salah satu pasangan tidak lagi

    bersama menjalani kehidupan keluarga yang disebabkan sama ada suami

    atau isteri telah meninggal dunia atau disebabkan berpisah hidup akibat

    perceraian. Bagi mereka yang tidak berkahwin tetapi memelihara anak

    angkat juga dikenali sebagai penjaga tunggal atau ibu / bapa tunggal.

    Fungsi keluarga

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (1978), terdapat 5 fungsi keluarga

    iaitu fungsi biologi, fungsi psikologi, fungsi sosiolisasi, fungsi ekonomi dan fungsi

    pendidikan.

    (i) Fungsi biologi

    Sesebuah keluarga bertanggungjawab meneruskan keturunannya di

    samping memelihara dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa juga

    bertanggungjawab memenuhi keperluan gizi keluarga di samping

    memelihara dan merawat ahli keluarga jika sakit.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    3/28

    3

    (ii) Fungsi psikologi

    Ibu bapa berperanan memberikan perhatian serta kasih sayang dan rasa

    aman kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab

    membentuk peribadi anak-anak serta mendidik mereka dengan identiti

    keluarga.

    (iii) Fungsi sosialisasi

    Ibu bapa juga bertanggungjawab membentuk dan membina sosialisasi

    kepada anak-anak di samping membina norma-norma tingkah laku yang

    bersesuaian dengan perkembangan anak-anak agar mereka dapat

    meneruskan nilai-nilai kekeluargaan sehingga mereka sendiri memiliki

    keluarga sendiri kelak.

    (iv) Fungsi ekonomi

    Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber-sumber pendapatan untuk

    memenuhi keperluan keluarga. Sumber-sumber pendapatan ini juga perlu

    disimpan sedikit dengan tujuan tabungan untuk memenuhi keperluan

    keluarga di masa akan datang seperti keperluan pendidikan anak-anak

    dan juga kegunaan untuk hari tua.

    (v) Fungsi pendidikan

    Anak-anak perlu dihantar ke sekolah untuk memberikan pendidikan

    kepada mereka serta membentuk perilaku mereka bersesuaian dengan

    bakat dan minat mereka masing-masing. Melalui pendidikan juga, anak-

    anak boleh dipersiapkan untuk menghadapi kehidupan dewasa akan

    datang.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    4/28

    4

    Menurut Friedman (1998) pula, fungsi keluarga terbahagi kepada 4 fungsi

    iaitu fungsi affective, fungsi sosialisasi peranan, fungsi reproduktif dan fungsi

    ekonomi.

    (i) Fungsi affective

    Bagi pendapat Friedman, fungsi keluarga dari segi fung si affective adalah

    ibu bapa bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selesa dan

    sihat dari segi mental, saling menghargai dan saling memerlukan anta ra

    satu sama lain.

    (ii) Fungsi sosialisasi peranan

    Sosialisasi peranan adalah proses perubahan dan perkembangan

    seseorang individu untuk membentuk interaksi sosial dan mempelajari

    peranan masing-masing dalam masyarakat.

    (iii) Fungsi reproduktif

    Fungsi ini adalah bagi menjamin kelangsungan generasi dan

    kelangsungan hidup masyarakat.

    (iv) Fungsi ekonomi

    Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber pendapatan untuk memenuhi

    keperluan setiap ahli keluarga. Dengan fungsi ini juga, keluarga juga

    bertanggungjawab dalam fungsi rawatan kesihatan dan konsep kesihatan

    keluarga serta tujuan penjagaan kesihatan keluarga.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    5/28

    5

    Pendekatan Keibubapaan

    Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada

    anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh

    kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.

    Antara pendekatan yang digunakan adalah pendekatan demokratik.

    Pendekatan ini adalah satu cara pembesaran di mana ibu bapa mengenakan

    peraturan atau had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan

    komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk

    membuat keputusan sendiri dalam perkara-perkara tertentu. Anak-anak bebas

    memberi pandangan dan sentiasa dibenarkan berbincang bersama ahli keluarga

    lain. Hukuman berbentuk fizikal dielakkan dan jika mahu menghukum, ibu bapa perlu

    memberikan alasan yang munasabah. Bagi pendekatan ini juga, komunikasi mesra

    dan terbuka antara anak-anak dan ibu bapa wujud di mana pandangan setiap ahli

    keluarga dihormati dan diambilkira dalam mengambil sebarang keputusan.

    Selain itu, ada juga pendekatan autokratik atau autoritatrian di mana ibu bapa

    mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat

    peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak

    membenarkan anak menyoal tentang peraturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.

    Corak asuhan ini mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal kepada

    anak-anak. Arahan ibu bapa harus dipatuhi tanpa sebarang alasan dan tingkah laku

    anak-anak dibentuk berdasarkan undang-undang mutlak yang ditetapkan oleh ibu

    bapa. Ibu bapa juga mempunyai harapa n yang tinggi kepada anak -anaknya dan

    mereka sentiasa mengongkong serta menghadkan pergerakan dan perlakuan anak -

    anak. Ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini selalu membuat kenyataan tanpa

    perbincangan dengan anak-anak.

    Pendekatan permisif pula merujuk kepada cara asuhan yang pasif. Ibu bapa

    tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya dan banyak memberi pilihan dan

    tanggungjawab kepada anak -anaknya. Pendekatan permisif ini terbahagi kepada

    dua iaitu permisif indulgen dan permisif negligen.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    6/28

    6

    Pendekatan permisif indulgen adalah cara pembesaran bersifat corak

    komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku

    anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif.

    Ada juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan permisif negligen iaitu

    gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka antara

    ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau mengabaikan

    terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak mengawal dan tidak

    memberi respon terhadap anak-anak mereka.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    7/28

    7

    (a) Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya dari pelbagai sumber

    Definisi Keluarga, Nilai dan Budaya

    Menurut Kamus Dewan (2005) ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak

    saudara dan kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai semua orang yang

    mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak

    serta keluarga angkat.

    Menurut Helvie (1981), keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal

    dalam sesebuah rumah tangga dalam jarak yang konsisten dan hubungan yang erat.

    Menurut Depkes RI (1998) pula, keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat

    yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan

    tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling kebergantungan.

    Bailon dan Maglaya (1978) berpendapat bahawa keluarga adalah dua atau lebih

    individu yang hidup dalam satu rumahtangga kerana adanya hubungan darah dan

    perkahwinan.

    Nilai pula merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur

    penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkah laku yang dipilih oleh

    seseorang individu melibatkan nilai individu berkenaan atau nilai kelompoknya.

    Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang berkekalan dari segi

    masa atau suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga

    menakrifkan nilai sebagai satu kecenderungan atau pilihan iaitu sesuatu yang lebih

    disukai sama ada mengenai hubungan sosial mahupun mengenai matlamat-

    matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya.

    Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh

    sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Koentjaraningrat

    (2002) mendefinisikan budaya sebagai seluruh total dari fikiran, karya dan hasil

    karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya dan yang hanya dicetuskan oleh

    manusia sesudah sesuatu proses pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Van

    Peursen (1988) di mana beliau menyatakan kebudayaan adalah sebagai proses

    belajar yang besar.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    8/28

    8

    Dari segi pendidikan, NAEYC menyatakan budaya adalah termasuk nilai

    kaum, identiti ras, tahap ekonomi, struktur keluarga, bahasa dan agama serta

    kepercaya politik keluarga di mana ia sangat mempengaruhi perkembangan anak -

    anak dan hubungannya dengan dunia luar.

    Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya

    Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa berperanan penting membentuk

    peribadi dan nilai-nilai serta budaya ke dalam diri setiap anak-anak mereka. Nilai-

    nilai dan budaya yang dipupuk hendaklah nilai -nilai dan budaya yang boleh diterima

    masyarakat setempat juga nilai dan budaya yang boleh diterima oleh agama

    masing-masing.

    Pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu sinonim

    dengan anak-anak serta pendidikan awalnya. Pada peringkat usia kanak-kanaklah

    ibu bapa harus menekan pendidikan tentang nilai dan budaya. Nilai dan budaya

    adalah berbeza antara pelbagai kaum dan pelbagai bangsa. Setiap kaum dan

    bangsa mempunyai nilai-nilai hidup serta budayanya yang berbeza. Seperti

    contohnya di Malaysia, kaum Melayu terkenal dengan nilai-nilai kesopanan dan

    kesantunannya. Kaum Cina pula terkenal dengan ketekunan berniaga dan saling

    bantu-membantu dalam perniagaan mereka. Begitu juga dengan kaum India dan

    kaum-kaum lain di Malaysia yang masing-masing mempunyai nilai dan budaya

    tersendiri.

    Secara amnya, sesebuah keluarga berperanan menerapkan nilai kasih

    sayang dalam keluarga mereka seperti menurut hadis Ath Thatawi; Cintailah anak

    dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kepada mereka tepatilah.

    Sesunggunya mereka tahu hanya kamulah yanng memberi mereka rezeki.

    Seseorang anak perlu diberikan kasih sayang daripada seorang ibu juga daripada

    seorang bapa secukupnya. Kasih sayang adalah perasaan yang lahir daripada jiwa

    yang suci dan murni dan bukan berbentuk kebendaan. Persekitaran dan asuhan

    oleh sesebuah keluarga juga perlulah sentiasa harmoni. Anak -anak boleh melihat

    ibu bapa mereka sebagai contoh dan membalas kasih sayang itu kepada ibu bapa

    mereka. Kasih sayang yang terbina dalam keluarga dapat melahirkan sikap jujur dan

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    9/28

    9

    terbuka dalam kalangan ahli keluarga. Nilai ini penting bagi mewujudkan rasa kasih

    sayang dan akan melahirkan anak-anak yang penuh kasih sayang dan bertimbang

    rasa dalam kehidupan mereka. Kasih sayang juga akan menyebabkan anak-anak

    berasa bahagia apabila berada dalam keluarganya. Anak -anak akan berasa seronok

    apabila sentiasa berada dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang.

    Dalam sesebuah keluarga juga, ibu bapa berperanan memberikan contoh

    yang baik kepada anak-anak dalam tingkah laku sosial yang sihat berdasarkan

    kepada nilai dan budaya bangsa dan agama masing -masing. Ibu bapa perlu

    memberikan contoh yang baik dari pelbagai aspek seperti budaya hidup, pergaulan

    dengan orang ramai, cara mengendalikan masalah dan rutin harian.

    Dalam sesebuah keluarga juga ibu bapa bertanggungjawab menitikberatkan

    budaya ilmu dan pendidikan dalam diri setiap anak -anak mereka. Anak-anak dididik

    untuk mementingkan pendidikan. Budaya ilmu akan disemai dalam diri mereka

    sepanjang masa. Secara tidak langsung ini dapat membantu anak -anak dalam

    pelajaran mereka tanpa perlu dipaksa-paksa untuk belajar. Anak-anak yang

    diterapkan dengan nilai budaya ilmu akan sentiasa cintakan ilmu dan sentiasa

    berusaha untuk mempelajari perkara-perkara baharu.

    Sesebuah keluarga juga perlu menerapkan nilai pengurusan ekonomi. Ia

    bersesuaian dengan kehidupan zaman kini di mana setiap keperluan hidup

    memerlukan wang. Semua agama menuntut penganutnya supaya bekerja keras

    mencari wang dan harta untuk membina kehidupan yang maju. Ini penting kerana

    dengan penggunaan wang juga akan menstabilkan kehidupan manusia dan

    mengelakkan sesebuah keluarga itu daripada terjerumus ke kancah kemiskinan.

    Dengan wang juga, sesebuah keluarga boleh mendapatkan keperluan harian seperti

    tempat tinggal yang selesa, pakaian, makanan sihat dan ubat -ubatan serta

    keperluan harian yang lain. Walaupun keperluan wang itu penting, namun

    pengurusan ekonomi juga penting agar wang yang diperolehi dapat dig una dan

    dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Nilai pengurusan ekonomi juga penting agar

    segala perbelanjaan dapat diuruskan dengan betul dan terancang. Ini dapat

    mengelakkan pembaziran, berbelanja secara berlebih -lebihan dan membeli

    barangan yang tidak perlu. Anak-anak perlu dididik dengan nilai berjimat cermat.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    10/28

    10

    Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni

    iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat -menghormati, kasih sayang,

    keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran,

    kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat

    bermasyarakat yang boleh disemai dalam diri setiap anak-anak. Ini merupakan

    tanggungjawab ibu bapa agar nilai-nilai murni ini dapat disemai dalam diri setiap

    individu. Apabila anak-anak ini telah diterapkan dengan nilai -nilai murni yang telah

    disarankan oleh PPK ini, tentulah generasi kita akan lebih berakhlak mulia dan

    disegani oleh masyarakat dunia. Jika kita lihat dari 16 nilai -nilai murni yang telah

    disyorkan oleh PPK ini, ia telah meliputi hampir semua faktor -faktor untuk

    melahirkan individu yang baik. Nilai-nilai yang terkandung dalam 16 nilai-nilai murni

    ini jika dipraktikkan agar melahirkan negara yang aman dan hormani.

    Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing. Setiap kaum mempunyai

    budaya yang nyata berbeza berbanding budaya kaum yang lain. Budaya ini adalah

    identiti setiap kaum. Budaya amat penting untuk diwarisi dari satu generasi ke satu

    generasi baru agar budaya kaum masing-masing tidak luput dek zaman. Budaya ini

    akan dipelajari dalam keluarga masing -masing sama ada dipelajari daripada ib u

    bapa atau datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga. Budaya -budaya ini meliputi

    cara berpakaian, makanan, bahasa dan lain -lain. Ibu bapa bertanggungjawab

    mengajar dan mendidik anak-anak agar anak-anak juga mengetahui budaya dan

    identiti kaum mereka sendiri. Apabila dewasa kelak diharapkan anak-anak ini dapat

    meneruskan tradisi dan budaya kaum masing-masing dengan mengajarnya kepada

    waris mereka pula.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    11/28

    11

    (b) Cara-cara dan langkah-langkah seorang guru prasekolah mengukuhkan

    nilai dan budaya yang positif dalam kalangan murid

    Menurut Neuman, Hagedorn, Celano & Daly (1995), guru perlu memahami budaya

    dan latar belakang keluarga bagi setiap murid -muridnya. Perilaku seseorang murid

    akan dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang diterapkan dalam keluarganya.

    Perilaku juga akan dipengaruhi oleh latar belakang keluarga murid. NAEYC

    mengenal pasti di mana individu yang mengendalikan kanak -kanak akan

    menghadapi banyak masalah dengan nilai dan amalan budaya masing -masing. Oleh

    itu, sebagai seorang guru prasekolah kita perlu mempersiapkan diri agar dapat

    menghadapi masalah-masalah ini dengan baik.

    Dengan terbinanya sebuah keluarga yang utuh dengan nilai dan budaya yang

    baik, ia secara tidak langsung telah membantu guru prasekolah untuk mengukuhkan

    nilai dan budaya yang positif kepada murid. Namun begitu, tidak semua keluarga

    yang berjaya menerapkan nilai-nilai dan budaya yang positif dalam diri anak-anak

    mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru di sekolah agar menerapkan nilai -nilai

    dalam diri murid-muridnya serta mengukuhkan nilai-nilai positif yang sedia ada pada

    diri murid-murid.

    Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru mewujudkan suasana yang

    harmoni dan kondusif dalam kelas mereka. Persekitaran yang selamat juga penting

    agar pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ini juga dapat membantu

    mengukuhkan nilai-nilai dan budaya positif dalam kalangan murid -murid. Nilai kasih

    sayang yang telah diterapkan di rumah akan terus terjalin hingga ke sekolah jika

    sesebuah keluarga benar-benar menerapkan nilai kasih sayang dalam diri setiap

    anak-anak.

    Guru juga boleh menerapkan nilai -nilai murni dalam setiap diri anak-anak

    murid melalui aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

    Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti aktiviti gotong -royong yang

    menggalakkan nilai tolong-menolong dan nilai kebersihan, aktiviti lakonan pula boleh

    menggalakkan nilai-nilai kesedaran, keberanian dan kasih sayang, dan aktiviti

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    12/28

    12

    lawatan juga boleh menggalakkan nilai kesedaran dan kasih sayang sesama

    manusia, kasih sayang kepada makhluk lain dan kasih sayang kepada alam sekitar.

    Pengukuhan budaya kaum masing-masing juga boleh dilakukan oleh guru.

    Bukan semua keluarga mengajar budaya kaum masing-masing kepada anak-anak

    mereka. Ia bersesuaian dengan zaman moden ini, ibu bapa sudah tidak

    menganggap budaya itu sesuatu perkara yang penting berbanding dengan wang

    dan kemajuan. Oleh itu, mereka tidak menitik beratkan budaya ini. Jika ia dibiarkan,

    budaya kita akan hilang dan luput ditelan zaman. Sebagai seorang guru prasekolah,

    guru boleh menerangkan budaya setiap kaum melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti

    yang boleh dijalankan adalah aktiviti membuat dan memasak kuih -kuih dan

    makanan tradisional kaum, pertandingan memperagakan pakaian tradisi,

    pertunjukan tarian tradisional dan mempelajari kraftangan tradisi setiap kaum. Ia

    boleh dijalankan dengan santai agar ia tidak terlalu berat bersesuaian dengan

    peringkat umur murid-murid.

    Selain itu, guru juga boleh mengadakan sambutan perayaan setiap kaum

    seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Perayaan Deepavali, sambutan Hari

    Tahun Baru Cina serta sambutan perayaan-perayaan yang lain. Melalui sambutan

    ini, guru boleh menimbulkan suasana perayaan sebenar seperti hidangan makanan,

    pakaian dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan sesuatu perayaan tersebut.

    Jika di rumah ibu bapa tidak mengamalkan budaya ini, sekurang -kurang murid-murid

    dapat merasai pengalaman menyambut sambutan perayaan setiap kaum sama ada

    perayaan kaum mereka sendiri atau kaum yang lain.

    Melalui aktiviti bacaan juga nilai dan budaya dapat diterapkan dalam diri

    setiap murid-murid. Aktiviti-aktiviti bacaan ini perlulah dipilih yang bersesuaian

    dengan peringkat umur murid-murid dan mempunyai nilai-nilai murni yang ingin

    diterapkan dalam diri murid-murid. Selain itu melalui aktiviti bacaan ini juga murid -

    murid boleh diterapkan dengan nilai berkongsi dan nilai sabar serta nilai bantu -

    membantu. Nilai berkongsi boleh diterapkan apabila murid-murid berkongsi bahan

    bacaan mereka semasa aktiviti dijalankan. Nilai sabar pula boleh diterapkan apabila

    murid-murid bersabar untuk meneruskan pembacaan mereka dan meneruskan

    bacaan mereka bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan mereka.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    13/28

    13

    Nilai bantu-membantu juga boleh diterapkan apabila murid membantu rakannya

    yang lain untuk membaca bahan bacaan masing-masing. Ini adalah kerana setiap

    individu berbeza dan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, nilai

    bantu-membantu ini sangat penting dan boleh diterapkan melalui aktiviti bacaan.

    (c) Peranan guru untuk membina hubungan deng an ibu bapa atau keluarga

    murid

    Sebagai seorang guru, membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid

    adalah sangat penting. Banyak faedah yang boleh diperolehi apabila hubungan ini

    terbina. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membina hubungan antara guru

    dengan ibu bapa atau keluarga murid.

    (i) Berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga murid

    Keluarga murid perlu dimaklumkan tentang semua program yang

    diadakan oleh pihak sekolah mahupun program yang dijalankan di

    prasekolah atau menceritakan perkembangan anak-anak. Banyak cara

    yang boleh dilakukan untuk berkomunikasi. Kebiasaan guru

    berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga melalui surat rasmi atau

    buku memo (yang biasa digunakan di prasekolah). Berkomunikasi melalui

    telefon juga boleh dilakukan jika terdapat perkara -perkara yang penting

    untuk maklumat segera. Pihak ibu bapa juga perlu memahami bahawa

    komunikasi ini memerlukan komunikasi dua hala.

    (ii) Membuat perjumpaan

    Menurut Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd Sharani Ahmad dalam Panduan

    Kurikulum Prasekolah, perjumpaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori

    iaitu di peringkat awal, pertengahan dan ak hir. Peringkat awal perjumpaan

    dilakukan pada sesi awal persekolahan. Melalui perjumpaan ini guru akan

    menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang

    dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan,

    ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak -anak

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    14/28

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    15/28

    15

    mesra pembaca dengan mengetengahkan gambar-gambar ciptaan atau

    kreativiti anak-anak dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di prasekolah

    dan aktiviti luar.

    Kandungan risalah juga boleh memasukkan tentang pengumuman

    tentang program atau aktiviti. Selain memaklumk an ibu bapa secara

    terus, melalui risalah atau majalah ini juga boleh memasukkan catatan

    perbualan di antara anak-anak dengan keluarganya tentang apa yang

    berlaku dalam program yang dijalankan. Risalah -risalah ini juga boleh

    ditampal di papan kenyataan yang ada di prasekolah.

    Di Barat, kebanyakan guru menghantar jurnal harian ke rumah yang

    dihasilkan dengan bantuan murid-murid sebagai salah satu kurikulum

    mereka.

    (iv) Menganjurkan seminar dan bengkel

    Guru prasekolah juga boleh menganjurkan seminar ibu bapa. Melalui

    program ini, guru boleh mendedahkan ilmu-ilmu baru serta ciri-ciri

    kerjasama secara tidak langsung. Guru juga boleh membantu ibu bapa

    berkongsi ilmu tentang cara-cara mengendalikan konflik anak-anak serta

    cara kawalan disiplin anak-anak di rumah.

    (v) Lawatan ke rumah

    Cara lain untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid

    adalah dengan membuat lawatan ke rumah. Sememangnya, banyak

    program seperti Parents as Teacher (P.A.T), rumah berasaskan Head

    Start dan perkhidmatan intervensi awal adalah disampaikan secara

    langsung melalui lawatan ke rumah.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    16/28

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    17/28

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    18/28

    18

    (a) Pendekatan Keibubapaan

    Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada

    anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh

    kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.

    Bagi keluarga Puan Janna ini, pendekatan yang digunakan boleh saya kata

    adalah pendekatan permisif. Namun, pasangan Puan Janna dan Encik Azlan

    menggunakan pendekatan permisif indulgen. Pendekatan permisif indulgen adalah

    cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang

    menekankan tentang tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal

    tetapi tinggi dalam responsif. Walaupun pasangan ini tidak mengambil berat tentang

    tingkah laku anak-anak mereka, namun mereka tidaklah mengabaikan terus anak-

    anak mereka.

    Ini dapat dilihat melalui kesan pendekatan ini. Anak -anak Puan Janna suka

    bergantung pada orang lain. Ini jelas apabila setiap perkara yang berlaku, anak-

    anaknya terlalu bergantung kepada ibunya iaitu Puan Janna walaupun perkara itu

    kecil sehingga seorang doktor yang pernah merawat anak sulung Puan Janna (Afiq)

    merungut, sikit-sikit ibu, sikit-sikit ibu!

    Melalui pemerhatian yang dibuat selama hampi r 1 minggu, Puan Janna

    banyak mengikut kehendak anak-anaknya yang boleh saya sifatkan sebagai terlalu

    memanjakan anak tanpa menegur atau menghukum tingkah laku yang tidak diingini

    itu. Sebagai contoh, apabila salah seorang anaknya menginginkan sesuatu, Pua n

    Janna terus mendapatkan barangan tersebut tanpa mengatakan tidak atau melarang

    anaknya. Perkara ini dilihat berulang kali berlaku walaupun barangan tersebut tidak

    penting dan bukan suatu keperluan.

    Selain itu, dari pelajaran, hasil daripada temu bual b ersama kakak kepada

    Puan Janna iaitu Puan Maria, Puan Maria mengatakan bahawa Puan Janna

    mengambil ringan pelajaran anak-anaknya. Tiada langkah yang diambil ekoran

    daripada masalah anaknya Afiq yang berusia 8 tahun, tetapi masih tidak pandai

    membaca.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    19/28

    19

    (b) Kawalan Disiplin Anak

    Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Anak-anak

    merupakan harta yang tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada setiap

    pasangan suami dan isteri. Maka ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk

    mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Ibu bapa juga perlu mengawal disiplin

    anak-anak dengan menggunakan pendekatan yang baik dan bersesuaian agar tidak

    memberi kesan negatif kepada anak-anak.

    Kamus Bahasa Melayu (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan,

    kesetiaan dan ketaatan kepada peratur an-peraturan yang ditetapkan. Manakala

    mengikut Kamus Dewan (2000) mendefinisikan disiplin sebagai l atihan terutamanya

    pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan

    yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda

    dikenakan. Menurut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century

    Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and

    punishment). Disiplin juga adalah latihan untuk mengawal diri sendiri.

    Kawalan disiplin ke atas anak-anak sangat penting. Terdapat beberapa

    langkah kawalan disiplin yang sesuai boleh dipraktikkan oleh ibu bapa ke atas anak -

    anak. Antaranya adalah;

    (i) Menunjukkan contoh yang baik dan sikap positif

    Jika menginginkan anak-anak berkelakuan baik, ibu bapa haruslah

    menjadi contoh yang baik. Ibu bapa perlu sentiasa bersikap positif agar

    dapat menunjukkan contoh yang baik dari pelbagai aspek termasuklah

    cara percakapan, rutin harian dan lain -lain perkara. Anak-anak akan lebih

    memahami bagaimana untuk berkelakuan baik dan positif jika dapat

    melihat contoh yang baik di hadapan mata mereka sendiri. Jika ibu bapa

    tidak berkelakuan baik, maka samalah seperti ibu ketam mengajar anak

    berjalan lurus.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    20/28

    20

    (ii) Pesanan yang tidak terlalu panjang

    Kebanyakan ibu bapa yang selalu menggunakan pesanan yang terlalu

    panjang sehingga anak-anak tidak memahami apakah yang ingin

    disampaikan oleh ibu bapa mereka. Arahan atau pesanan mestilah

    menggunakan ayat mudah, jelas dan pendek serta mengandungi isi yang

    ingin kita sampaikan. Seperti contoh pesanan yang patut digunakan oleh

    ibu bapa adalah turun! Nanti jatuh, sakit.

    (iii) Menerangkan sebab dan akibat daripada kesalahan yang dilakukan

    oleh anak

    Menurut Dr. Fazilah Kamsah, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita

    menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini

    demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan

    daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak -anak

    perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada

    perbuatan ketidakjujuran mereka. angkah ini penting agar akal anak -

    anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik

    supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu

    pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. angkah ini amat penting

    agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus

    pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

    Menurut Marjorie V. Fields (1998) dalam bukunya Constructive

    Guidance and Discipline pula, setiap kesalahan atau tingkah laku yang

    tidak diingini mestilah ditegah dan diterangkan mengapa tidak boleh

    dilakukan. Jika ibu bapa hanya menegah tingkah laku tidak diingini itu

    tanpa menerangkan sebab dan akibatnya, maka tingkah laku itu akan

    berterusan dan berulang lagi pada masa lain.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    21/28

    21

    Puan Janna dilihat seperti berat sebelah dalam menghukum anak -anaknya.

    Puan Janna akan menghukum anak-anak yang kedua dan ketiga jika mereka

    melakukan kesalahan. Namun apabila anak sulungnya melakukan kesalahan, Puan

    Janna tidak mengambil sebarang tindakan. Beliau hanya membiarkan tingkah laku

    anaknya itu tanpa menegah ataupun menerangkan akibat jika melakukannya.

    Puan Janna juga tidak menekankan tindakan yang positif dalam

    mengendalikan kawalan disiplin anak-anaknya. Beliau banyak menggunakan cara

    memarahi sebagai penyelesaian kepada konflik anak -anaknya.

    (c) Penyelesaian Konflik

    Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendengar anak -anak mereka apabila mereka

    sedang berkomunikasi. Mereka perlu diberi peluang untuk berkomunikasi tentang

    pandangan dan perasaan mereka. Kanak-kanak boleh berkomunikasi secara verbal

    dan juga secara bukan verbal dengan bahasa tubuh mereka. Melibatkan mereka

    bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi kegembiraan d an

    kesedihan mereka.

    Sebagai orang dewasa juga, kita perlu bercakap dengan kanak-kanak seperti

    mana kita memahukan orang lain bercakap dengan kita. Contohnya, jika kita

    menginginkan orang lain bercakap sopan dengan kita, begitu juga kita perlu

    bercakap dengan kanak-kanak. Untuk menyelesaikan sesuatu konflik kanak-kanak,

    orang dewasa perlu menggunakan nada suara yang biasa tanpa meninggikan suara

    atau mengeluarkan suara yang berbaur kemarahan. Tidak perlu menjerit, berkata -

    kata manis atau berkata-kata kasar apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak.

    Ibu bapa dan guru juga perlu membina hubungan mata ( eye contact) apabila

    berkomunikasi dengan kanak-kanak. Jika kita mengkehendaki kanak-kanak

    memahami bahawa kita tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya, kita perlu

    memastikan bahawa kanak-kanak benar-benar tahu bahawa kita sedang berkata-

    kata dengannya.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    22/28

    22

    Apabila berkomunikasi dengan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan

    bahasa dan ayat yang mudah agar mudah difahami oleh anak -anak. Ayat-ayat yang

    panjang tidak memberi makna jika ia tidak difahami oleh anak -anak.

    Untuk mengatasi konflik anak-anak, ibu bapa perlu memberikan arahan yang

    positif dan bukan arahan yang berbentuk ayat negatif. Contoh arahan yang baik

    adalah Makan biskut itu dan bukanlah arahan seperti Ibu beritahu tadi jangan...

    arahan positif ini memberitahu kanak-kanak apa yang mereka perlu lakukan dan

    bersesuaian dengan tahap perkembangan bahasa dan pemahaman intelek mereka.

    Melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas keluarga Puan Ja nna, dalam

    suatu kejadian di mana Amzar berebut buku cerita dengan adiknya, Afifah yang

    berumur 3 tahun sehingga menyebabkan Afifah berteriak dan menangis kerana

    Amzar berjaya merampas buku tersebut daripada Afifah. Amzar berdegil tidak mahu

    mengalah atau memberikan buku cerita tersebut kepada Afifah. Akibatnya Afifah

    terus menangis tanpa mahu berhenti walaupun abangnya, Afiq cu ba menggantikan

    buku cerita tersebut dengan barang permainan yang lain.

    Selang beberapa minit kemudian, Puan Janna datang kepada anak-anak

    yang sedang berkelahi ini dan terus memarahi Amzar serta memukulnya

    menggunakan tangan tanpa memberi sebab mengapa Amzar dipukul. Puan Janna

    merampas buku cerita pada tangan Amzar dan memberikannya kepada Afifah

    semula. Afifah berhenti daripada terus menangis, manakala Amzar pula mula

    menangis kerana buku ceritanya telah dirampas dan telah dimarahi serta dipukul

    oleh ibunya. Amzar mengasingkan diri di suatu sudut sehingga tangisannya

    berhenti. Selepas 15 minit kemudian, Amzar kembali aktif dan bergembira mengikut

    kakak saudaranya keluar bersiar-siar tanpa mempedulikan adiknya lagi.

    Kesimpulannya Puan Janna tidak dapat menyelesaikan konflik dalam

    kalangan anak-anaknya dengan baik. Sepatutnya, beliau bertindak lebih positif

    dalam mengendalikan konflik anak-anaknya.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    23/28

    23

    REFLEKSI

    Nama : Syaza Yasmin binti Ismail

    No. Kad Pengenalan : 880524-08-6430

    Pada semester ini, pelajar -pelajar Major Prasekolah Semester 6 diberi tugasan

    berkaitan dengan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak -anak. Tugasan ini

    juga meliputi kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya, pembinaan hubungan

    antara ibu bapa dan guru, pendekatan keibubapaan, kawalan disiplin anak dan

    pengurusan konflik anak-anak.

    Sememangnya saya mengakui bahawa walaupun pada semeste r ini kami

    hanya mempunyai dua tugasan, namun saya berasa tugasan yang diberikan sangat

    berat. Kedua-dua tugasan yang kami perolehi ini memerlukan kami untuk

    memahami tugasan dengan sebaik-baiknya. Saya memulakan tugasan ini agak

    lambat kerana tidak memahami tugasan ini dengan baik.

    Selepas beberapa perbincangan dibuat, akhirnya saya memahami soalan

    yang diberikan dalam tugasan. Walaupun tidak memahami dengan sepenuhnya,

    namun saya tekad untuk menyiapkan tugasan ini mengikut kefahaman saya. Apabila

    saya telah menyiapkan tugasan ini, saya telah membandingkan laporan saya

    dengan laporan dengan rakan-rakan yang lain. Ternyata kefahaman saya tidaklah

    tersasar jauh seperti kefahaman rakan-rakan yang lain.

    Melalui proses-proses yang sukar, saya menghadapi pelbagai masalah untuk

    menyiapkan tugasan ini. Dibebani dengan pelbagai tugasan lain seperti Praktikum

    Fasa 2, penyediaan laporan Praktikum Fasa 2, kuliah yang padat, tugasan tutorial,

    persediaan persembahan sketsa sempena Perhimpunan Bulanan dan beberapa

    tugasan lain menyebabkan saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaik -

    baiknya.

    Walaupun saya telah menemui banyak buku -buku rujukan yang berkaitan

    dengan tajuk tugasan, tetapi tidak semuanya bersesuaian dengan apa yang ingin

    saya garapkan dalam laporan ini. Buku-buku rujukan dalam simpanan saya tidak

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    24/28

    24

    banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya bersama rakan-rakan telah

    pergi ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan

    termasuklah beberapa jurnal. Tidak banyak jurnal berkait an dengan Pendidikan Awal

    Kanak-kanak menyediakan rujukan kami agak terhad.

    Maklumat dari carian internet sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan

    tugasan ini. Maklumat yang diperolehi memberi sedikit input dan kefahaman kepada

    saya tentang intipati tugasan yang sedang dilakukan.

    Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perbincangan bersama rakan-rakan

    diadakan. Perbincangan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan bertukar -tukar

    maklumat berkaitan dengan tugasan. Rakan-rakan banyak membantu saya dalam

    menyiapkan tugasan ini. Melalui perbincangan ini juga saya lebih memahami soalan

    tugasan dengan baik.

    Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak

    mempelajari hal-hal keibubapaan serta peranan guru dalam membina hubungan

    dengan ibu bapa. Ilmu-ilmu serta maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan

    tugasan ini boleh dipraktikkan pada masa akan datang apabila saya bergelar

    seorang guru atau seorang ibu pada suatu hari nanti.

    Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedari ba hawa ilmu

    keibubapaan sangat penting untuk semua para ibu bapa. Pendekatan keibubapaan

    yang baik sangat penting kepada semua keluarga bagi melahirkan masyarakat yang

    harmoni dan penuh nilai-nilai kasih sayang dan toleransi. Nilai-nilai yang disemai

    dalam keluarga juga akan melahirkan individu yang bijak mengendalikan kehidupan

    dan mengendalikan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling.

    Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga

    kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan.

    Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang peranan guru prasekolah dan

    cara-cara untuk mengendalikan konflik kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat

    banyak idea cara-cara untuk membina hubungan antara guru dan keluarga murid -

    murid.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    25/28

    25

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak

    yang banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini

    terutamanya kepada pensyarah pembimbing yang memberi kan bimbingan serta

    rakan-rakan sekuliah yang sentiasa memberi maklumat serta idea-idea bernas.

    Sesungguhnya jasa dan budi baik kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

    Semoga Allah saja yang dapat membalas segala budi baik kalian.

    Sekian.

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    26/28

    26

    BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

    Nama Pelajar : Syaza Yasmin binti Ismail

    Kumpulan : PISMP 6C

    Mata pelajaran : Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Prasekolah

    Pensyarah : Puan Hafiza binti Sulaiman

    Tarikh Perkara yang dibincangkan Tanda tangan

    pensyarah

    19 Julai 2010 Penyerahan tugasan kerja kursu s PKP

    26 Julai 2010 Taklimat kerja kursus oleh pensyarah

    29 Julai

    2010

    Mencari maklumat di internet7 Ogos 2010 Draf kerja kursus

    14 Ogos 2010 Menaip hasil dapatan daripada sumber

    internet

    22 Ogos 2010 Membuat rujukan daripada buku-buku

    rujukan

    23 Ogos 2010 Perbincangan dengan rakan-rakan

    27 Ogos 2010 Menaip laporan hasil dapatan rujukan

    dan perbincangan

    30 Ogos 2010 Membina soalan temu bual

    1 September2010 Pemurnian soalan temu bual

    4 September2010 Mula membuat pemerhatian

    8 September2010 Membuat pemerhatian dan temu bual

    15 September2010 Menyediakan laporan tugasan kerja

    kursus

    17 September2010 Menyediakan laporan tugasan kerja

    kursus

    18 September2010 Pemurniaan kerja kursus

    20 September2010 Penyerahan kerja kursus kepada

    pensyarah

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    27/28

    27

    RUJUKAN

    Patricia F. Heamon & Verna Hildebrand ( 2009). Guiding YoungChildren 8th Edition .

    Upper Saddle River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.

    Henniger, M. (2005). Teaching YoungChildren: An Introduction . Upper Saddle River,

    NJ: Pearson / Merill / Prentice Hall.

    C.Stephen White & Mick Coleman (2004). EarlyChildhood Education . Upper Saddle

    River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.

    Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum

    Prasekolah. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Ansary Ahmed & Mansor Fadzil (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam

    Pendidikan Awal Kanak-kanak. Serdang: UNITEM Sdn. Bhd.

    Marjorie V.Fields & Cindy Boesser (1998). Constructive Guidance and Discipline:

    Preschool and Primary Education Second Edition . Upper Saddle River, NJ:

    Pearson / Merill / Prentice Hall.

    Ansary Ahmed, Mansor Fadzil & Abd Razak Habib (2007). Pengenalan Pendidikan

    Awal Kanak-kanak. Selangor: UNITEM Sdn. Bhd.

    Elkind, D. (2001 September / October). Instructive discipline i built on understanding:

    Choosing time in. Child care Information Exchange , 141, 7 8

    Sue Grossman (2008 Spring). I Just Dont ike That Kid : Confronting and

    Managing Personal Feelings about Children. Childhood Education: Infancy

    Through Early Adolescence , 147 149

    Janice Patterson & ynn Kirkland (2007 Fall). Sustaining Resilient Families for

    Children In Primary Grades. Childhood Education: Infancy Through Early

    Adolescence, 130 134

  • 8/3/2019 an Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

    28/28

    Rosnaaini Hamid, Suhanim Abdullah & Syahrul Faizaz Abdullah (2004, Disember).

    Pendekatan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman . Diperoleh dari

    http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/ROSNAAINI%2

    0HAMID,%20SUHANIM%20ABDU AH%20DAN%20SYAHRU %20FAIZAZ%2

    0ABDU AH.pdf

    Mashitah Ibrahim (1999, Oktober 14). Institusi Keluarga Membentuk Peribadi.

    Diperoleh dari http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg 01158.html

    Saiful Ariff (2010, September 10). Penanaman Nilai Moral dalam Keluarga .

    Diperoleh dari http://www.jelajahbudaya.com/keluarga/penanaman -nilai-moral-

    dalam-keluarga.html