pj project 3
Post on 05-Jan-2016
254 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kemampuan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-
ulang dan berterusan tanpa berasa letih lesu dalam jangka masa yang
panjang.
Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan litar, latihan jeda atau
latihan beban.
Faedah latihan
Otot dapat melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama.
Dapat meningkatkan pengaliran darah dengan lebih berkesan ke
seluruh bahagian badan.
Menguatkan otot rangka dan juga otot jantung.
Lemak dan tisu otot dapat dikurangkan.
1.2 DAYA TAHAN OTOT
LATIHAN MEMBINA DAYA TAHAN OTOT MENGGUNAKAN
KAEDAH LATIHAN LITAR
Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain.
Aktiviti latihan litar dilakukan mengikut prinsip latihan. Aktiviti yang
lengkap dilakukan di semua stesen dikira satu set.
Cara melaksanakan latihan
a) Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum dan selepas
latihan.
b) Lakukan aktiviti di setiap stesen dalam jangka masa yang
ditetapkan.
c) Bagi aktiviti yang dilakukan secara berpusingan, secara
berpasangan, seorang menjadi pelaku dan seorang lagi sebagai
pencatat.
d) Mulakan aktiviti apabila isyarat atau wisel dibunyikan dan berhenti
pada wisel kedua.
e) Catatkan jumlah lakuan dalam kad skor latihan.
f) Setelah tamat melakukan aktiviti disesuatu stesen, bergerak ke
stesen yang lain dengan mengikut arah pusingan jam.
g) Untuk meningkatkan lagi kercerdasan daya otot, murid-murid
boleh melakukan aktiviti sama ada menambahkan bilangan ketika
melakukan sesuatu aktiviti.
top related