(mentari kehidupan)
Post on 01-Nov-2021
15 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Amir al-MU’minin, Ali Bin Abi Talib a.s bersabda;
Ilmu Pelita Akal*
Mahdawiyyah
(Mentari Kehidupan)
* Ghurar al-Hikam/ Jilid 1/ Halaman 43.
2
Tajuk Buku: Mahdawiyyah (Mentari Kehidupan)
Tahap: Permulaan
Penulis Dan Penerbit: Universiti Hadi
Tahun Penerbitan: 2014
3
Isi Kandungan
Pengenalan ............................................................................................................................... 5
Pelajaran Pertama: Perlunya Mengenal Imam Mahdi a.s ........................................................ 6
Pelajaran Kedua: Imam Mahdi a.s Di Dalam al-Quran Dan Kitab-Kitab Wahyu Yang Lain
................................................................................................................................................ 10
Pelajaran Ketiga: Imam Mahdi a.s Di Dalam Riwayat .......................................................... 15
Pelajaran Keempat: Pengenalan Dengan Imam Mahdi a.s .................................................... 19
Pelajaran Kelima: Kelahiran Imam Mahdi a.s ....................................................................... 23
Pelajaran Keenam: Kepemimpinan Imam Mahdi a.s ............................................................ 29
Pelajaran Ketujuh: Keghaiban Imam Mahdi a.s .................................................................... 32
Pelajaran Kelapan: Usia Panjang Imam Mahdi a.s ................................................................ 36
Pelajaran Kesembilan: Sebahagian Daripada Fadilat-Fadilat Imam Mahdi a.s ..................... 39
Pelajaran Kesepuluh: Kemunculan Imam Mahdi a.s ............................................................. 44
Pelajaran Kesebelas: Pemerintahan Imam Mahdi a.s ............................................................ 48
1) Pembentukan Pemerintahan Sejagat .............................................................................. 49
2) Pemerintahan Islam Dan Tasyaiyu’ ............................................................................... 49
3) Tertegaknya Keadilan Dan Keamanan .......................................................................... 50
4) Musnahnya Syirik .......................................................................................................... 50
Pelajaran Keduabelas: Pembantu Imam Mahdi a.s ................................................................ 52
1) Ibadah Dan Ketakwaan .................................................................................................. 53
2) Kudrat Dan Usaha Gigih ................................................................................................ 54
3) Iman Dan Basirah .......................................................................................................... 55
4) Keterikatan Hati Dan Ketaatan Menjalankan Perintah .................................................. 55
Pelajaran Ketigabelas: Hak-Hak Imam Mahdi a.s Ke Atas Kita ........................................... 57
4
1) Hak Seorang Pemberi Hidayah Dan Pendidik ............................................................... 57
2) Hak Ibu Dan Bapa .......................................................................................................... 57
3) Hak Seorang Khalifah Dan Sultan ................................................................................. 58
Pelajaran Keempatbelas: Tanggungjawab Kita Terhadap Imam Mahdi a.s. ......................... 60
1) Kecintaan ....................................................................................................................... 60
2) Doa ................................................................................................................................. 61
3) Menanti .......................................................................................................................... 62
4) Komunikasi .................................................................................................................... 63
Pelajaran Kelimabelas: Hadis-Hadis Tentang Imam Mahdi a.s ............................................ 65
1) Penciptaan Bukanlah Sesuatu Yang Sia-Sia Dan Tidak Bertujuan ............................... 66
2) Kewajiban Wujudnya Hujjah Ilahi Di Sepanjang Zaman.............................................. 66
3) Penolakan Terhadap Dakwaan Mereka Yang Secara Palsu Mengaku Diri Mereka
Sendiri Sebagai Imam ........................................................................................................ 66
4) Faedah Imam Yang Ghaib a.s ........................................................................................ 67
5) Ketika Memperkenalkan Kedudukan Beliau Sendiri .................................................... 67
6) Peri Penting Mencari Ilmu Agama Dari Ahlul Bait a.s ................................................. 67
7) Petunjuk Ilahi Hanya Datang Selepas Usaha dan Pencarian ......................................... 68
8) Sebab Kejauhan Para Individu Daripada Perjumpaan Dengan Imam Mahdi a.s .......... 68
9) Tanggungjawab Seorang Syiah Di Zaman Keghaiban .................................................. 68
10) Fadilat Sembahyang ..................................................................................................... 69
11) Fadilat Sujud Syukur.................................................................................................... 69
12) Tidak Menyalahgunakan Harta Benda Imam a.s ......................................................... 69
5
Pengenalan
Modul Mahdawiyyah yang diterbitkan oleh Universiti Hadi ini disasarkan untuk penggunaan
di dalam kelas-kelas pengajian agama khusunya yang berkaitan dengan akidah Islam. Untuk
makluman pembaca, usaha gigih telah dilaksanakan dalam rangka untuk memastikan bahawa
modul ini memiliki keharmonian mutlak dengan al-Quran, sunnah Ahlul Bait a.s dan kitab-
kitab tulisan para ulama terkemuka Syiah.
Akan tetapi, di sebalik usaha gigih yang telah dicurahkan untuk memastikan modul ini
memiliki kesahihan dan ketepatan yang tinggi, kami tetap menghargai jika para pembaca sudi
untuk melontarkan pandangan berharga mereka dalam rangka menambah-baik dan
memperbaiki sebarang bentuk kelemahan yang wujud di dalam modul ini.
Pada penghujungnya, kami berdoa kepada Allah S.W.T supaya Dia mempercepatkan
kemunculan Imam Mahdi a.s. Di samping itu, kami juga berharap bahawa Allah S.W.T akan
meletakkan kita semua di kalangan para pembantu hakiki beliau a.s. Kami juga memohon
kepada-Nya supaya kita semua berjaya di dalam usaha menjelmakan syarat-syarat
kemunculan beliau a.s.
Amin
6
Pelajaran Pertama: Perlunya Mengenal Imam Mahdi a.s
(Q.s Bani Israil: 71)
“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya.”
Setiap insan yang bijak memahami dengan baik perihal kewajiban mengenali Tuhan yang
Maha Agung dan para Rasul-Nya. Selain daripada itu, selepas memperolehi makriftullah dan
percaya kepada para Rasul yang diutuskan-Nya kepada umat manusia, setiap individu juga
perlu mengenali hujah ilahi1 di zamannya dan dalam masa yang sama menerima wilayah2
beliau ke atas dirinya sendiri.
Di satu sudut lain, setelah jelas bagi kita perihal kewajiban memiliki kepercayaan ke atas
keesaan Allah S.W.T, kenabian dan sistem imamah, maka akal kita dengan segera akan
mencerap peri penting usaha menimba ilmu yang berkaitan dengan para imam di setiap
zaman.3
Rasul Mulia s.a.w di dalam riwayat yang dinukilkan oleh para penganut mazhab Syiah dan
Ahlussunnah bersabda bahawa:
1 Hujah ilahi merujuk kepada para Rasul dan wasi mereka. Jadi Imam Zaman mereka yang hidup sezaman
dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah baginda s.a.w itu sendiri.
2 Menerima kepimpinan mereka sebagai pemimpin ilahi.
3 Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Cumanya di sini kita perlu lebih kreatif dan mengubah
pepatah indah itu menjadi ‘tak kenal maka tiada iman kepadanya’. -Penterjemah
7
“Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak mengengali Imam Zamannya, maka dia mati
di dalam kematian jahiliyyah1”. (Musnad Ahmad Bin Hanbal/ Jilid 2/ Halaman 73; Sahih
Bukhari/ Jilid 5/Halaman 13; Sahih Muslim/ Nombor 1849; al-Kafi (Kulaini)/Jilid
1/halaman 377; Kamal al-Din (Syeikh Saduq)/ Bab 39/ Halaman 410 dan 411)
Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang itu beriman kepada keesaan Allah, kenabian, kitab
suci al-Qur’an serta ajaran Islam yang lain dan kemudian menunaikan seluruh tanggungjawab
keagamaannya tanpa sebarang cacat sedikitpun, namun dalam masa yang sama dia tidak
mengenali imam zamannya, maka jika individu itu menemui ajalnya, sesungguhnya dia telah
mati dalam kesesatan.
Oleh kerana itu, kita mampu menyimpulkan bahawa syarat asas di dalam proses pembentukan
kepercayaan hakiki terhadap tauhid dan kenabian adalah makrifat terhadap imam zaman itu
sendiri. Selain daripada itu, nalar yang sihat juga mendiktekan bahawa penerimaan segala
bentuk amal ibadah dan ketakwaan juga tergantung kepada perkara yang sama.2
Sebagai contoh; makrifat terhadap Imam Sadiq a.s merupakan sebuah kewajiban bagi
siapapun yang hidup sezaman dengan beliau a.s. Tanpa ilmu atau makrifat tersebut, agama
mereka adalah agama yang cacat lagi tidak sempurna.3
Sepertimana yang akan dibahaskan lebih lanjut kelak, Imam yang terpilih di sisi Allah S.W.T
pada zaman ini adalah Imam Mahdi a.s iaitu Imam yang keduabelas daripada salasilah para
Imam. Beliau juga merupakan hujah ilahi yang terakhir di muka bumi ini dan berasaskan
poin-poin di atas, para pembaca pasti sudah dapat mencerap bahawa makrifat terhadap beliau
adalah perkara yang diwajibkan atau difardukan ke atas kita semua.
1Jahiliyyah merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam, yang mana era itu dipenuhi dengan pelbagai
bentuk kesesatan dan penyimpangan.
2 Ini kerana ibadah adalah furu’ (cabang) dan akidah pula usul (rukun) agama itu sendiri.
3 Sebahagian orang mengenal Imam Zamannya, akan tetapi mereka ingkar dan tidak patuh terhadap perintahnya
seperti yang berlaku pada zaman Imam Ali a.s. Golongan ini juga memiliki agama yang cacat itu tadi.
8
Imam Ridha a.s ketika melintasi daerah Naisyabur di dalam perjalanan bersejarah beliau
menuju ke bumi Thus (Khurasan), telah disambut oleh para ulama dan warga awam dari
kalangan penganut mazhab Ahlussunah. Di sana mereka turut meminta beliau untuk
menukilkan hadis kepada mereka.
Imam Ridha a.s kemudiannya menukilkan sebuah hadis dari bapa dan para datuk beliau yang
meriwayatkan Nabi s.a.w sebagai bersabda bahawa Allah yang Maha Besar telah berfirman;
“Sesungguhnya kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah (kepercayaan kepada tauhid)
adalah kubu-Ku yang kukuh. Maka barangsiapa yang memasukinya, dia akan berada di
dalam keadaan aman daripada azab-Ku”.
Sekilas pandang, hadis tersebut secara zahir menunjukkan bahawa mereka yang percaya
kepada keesaan Allah S.W.T tidak akan dicampakkan ke dalam azab jahanam. Para penganut
mazhab Ahlussunnah ketika mendengar ucapan ini benar-benar gembira dan merekapun mula
membuka jalan bagi mempermudahkan Imam a.s untuk meneruskan perjalanan beliau a.s ke
Thus.
Mereka gembira dan lega kerana sebagai penganut mazhab Ahlussunnah, kepercayaan kepada
imam zaman bukanlah sesuatu yang rukun buat mereka dan apabila mereka mendengar Imam
Ridha a.s tidak menyentuh perihal tersebut sebagai pra-syarat kepada pelepasan azab daripada
Allah, maka reaksi mereka itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah. Melihatkan
perkara tersebut, Imam Ridha a.s bagi mengelakkan salah faham yang mungkin wujud dari
makna zahir hadis tersebut menjenguk keluar dari tenda untanya dan mula menafsirkan hadis
Qudsi1 itu seperti berikut;
1 Hadis Qudsi adalah kalam Allah S.W.T yang tidak termasuk di dalam al-Quran.
9
Kepercayaan kepada tauhid dan natijah yang mengekorinya (iaitu keamanan daripada azab
jahanam) memiliki syarat-syaratnya. Kepercayaan kepadaku (sebagai seorang Imam)
adalah sebahagian daripada syarat-syarat tersebut. (‘Uyun Akhbar al-Ridha (Syeikh
Saduq)/ Bab 37/ Jilid 2/ Halaman 134/ Hadis Nombor 4)
Renteran daripada kisah tersebut, jelas bagi kita bahawa syarat bagi kesempurnaan iman dan
keselamatan mutlak daripada azab ilahi pada zaman ini adalah kepercayaan kepada Imam
Zaman a.s iaitu Imam Mahdi a.s dan pengetahuan berkaitan dengan dirinya yang mulia pula
adalah syarat kepada keimanan terhadap beliau a.s.
Buku yang ada di hadapan pembaca ketika ini sememangnya disusun untuk memperkenalkan
para pembaca dengan maklumat yang paling penting berkaitan dengan Imam Mahdi a.s; iaitu
maklumat kritikal serta minimal berkenaan dengan Imam Zaman a.s berdasarkan ayat-ayat
suci al-Qur’an dan hadis yang akan turut dihadirkan di hadapan para pembaca yang budiman.
Dalam masa yang sama, kami juga berharap bahawa maklumat-maklumat itu turut mampu
menjawab persoalan yang bermain di benak semua berhubung dengan peribadi mulia beliau
a.s.
Kami berharap bahawa Allah S.W.T akan memenuhi hati kita dengan pengetahuan dan kasih
sayang terhadap Ahlul Bait a.s, khususnya Imam Zaman a.s itu sendiri. Moga Dia juga akan
mengambil nyawa kita dalam keadaan jiwa ini dihiasi dengan kepercayaan terhadap perkara-
perkara di atas.
10
Pelajaran Kedua: Imam Mahdi a.s Di Dalam al-Quran Dan Kitab-Kitab
Wahyu Yang Lain
(Q.s Nahl: 89)
“...dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu...”
Keimanan kepada Rasulullah s.a.w dan keluarga suci baginda serta kepercayaan terhadap
kezuhuran Imam Mahdi a.s bukanlah akidah yang dimiliki secara eksklusif oleh umat Islam
semata-mata.1
Berita berkaitan dengan kenabian Rasulullah s.a.w, kepimpinan para Imam pembawa hidayah
dan berita gembira berhubung kezuhuran atau kemunculan Imam Zaman a.s telah lama wujud
di dalam semua kitab wahyu yang terdahulu dan dalam masa yang sama, para Nabi serta kaum
mu’min di kalangan umat-umat yang terdahulu turut memiliki serta menzahirkan keimanan
mereka ke atas perkara ini.
Al-Quran berkaitan dengan perkara ini berkata;
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) di dalam Adz-
Dzikr (Lauh Mahfuzh), bahwa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh”.
(Q.s al-Anbiya’: 105).
Kesemua mufassir Syiah dan sebahagian daripada penulis kitab dari kalangan ulama
Ahlussunnah mengakui bahawa lafaz ‘ ’ (hamba-hamba-Ku yang soleh-
penterjemah) yang dinyatakan di dalam ayat di atas merujuk kepada Imam Mahdi a.s itu
1 Permasalahan penganut agama lain ialah penentuan misdaq dan bukan kewujudan asli konsep-konsep ini di
dalam agama mereka.
11
sendiri. Sila rujuk kepada tulisan-tulisan ahlussunnah seperti ‘Aqd al-Darar fi akhbar al-
Muntazar tulisan Muqaddasi Syafi’i Salimi, halaman 2171 untuk maklumat lanjut.
Berasaskan ayat suci ini, berita gembira berhubung dengan kezuhuran dan pemerintahan
sejagat Imam Mahdi a.s telahpun tertera di dalam kitab Zabur-nya Daud a.s serta kitab-kitab
wahyu yang lain dan dalam masa yang sama, kaum mu’min di kalangan umat-umat yang
terdahulu turut mengenali hakikat ini dengan baik.
Di sebalik kewujudan tahrif2 di dalam kitab-kitab wahyu yang terdahulu, kita bernasib baik
kerana masih terdapat kesan-kesan yang tersisa berkaitan dengan berita-berita tersebut. Sila
rujuk kitab Nejat Bakhsyi Dar Adyan3 (Penyelamat Di Dalam Agama-penterjemah) tulisan
Muhammad Taqi Muhassil untuk kajian lanjut.
Dalam masa yang sama, timbul persoalan bahawa ketika berita berhubung kezuhuran beliau
kerap menghiasi kitab-kitab suci agama terdahulu, apakah mungkin al-Quran sebagai kitab
yang paling sempurna itu sendiri hampa daripada khabar gembira ini?
Untuk makluman pembaca, berita gembira berkaitan dengan kezuhuran Imam Mahdi a.s juga
telah dinyatakan dengan begitu kerap sekali di dalam al-Quran.
Ahli hadis terkemuka Syiah pada kurun ke-11, Allamah Syed Hashim Bahrani di dalam kitab
berharga beliau yang bertajuk al-Hujjatu fima nazala fi al-Qaim al-Hujjah4 percaya bahawa
sebanyak seratus dua puluh ayat suci al-Quran menyentuh tentang perihal Imam Mahdi a.s.
Beliau kemudiannya mengukuhkan pandangan tersebut dengan membawakan hadis-hadis
berkaitan yang menyokong pandangannya. Sebahagian daripada kitab yang ditulis dalam
1 217
2 Penyimpangan yang mana perkara ini datang dalam pelbagai bentuk seperti penghapusan ayat-ayat daripada
kitab suci.
3
4
12
bahasa Arab itu telahpun diterjemahkan ke dalam bahasa Farsi dengan tajuk Simaye Hazrate
Mahdi a.s dar Quran1.
Cendekiawan kontemporari pula beranggapan bahawa himpunan ayat-ayat ini telah mencecah
angka 256 dan para pembaca boleh merujuk kepada kitab Mu’jam Ahadith al-Imam al-Mahdi
(tulisan Syeikh Ali Kurani), jilid 5 untuk maklumat lanjut.
Jumlah ayat-ayat al-Quran yang banyak berkaitan dengan topik ini –yang melaluinya,
perbahasan berhubung dengan kemunculan serta keghaiban Imam a.s, objektif-objektif
pemerintahan beliau, ciri-ciri dan peristiwa-peristiwa di era keghaiban serta kezuhuran
(kemunculan), sifat para pembantunya, pemikiran dan gerak kerja para musuh beliau,
tanggungjawab kita terhadap Imam a.s dan lain-lain topik telah dikupas dengan jelas–
menunjukkan kepada kita akan peri penting dan kedudukan khusus kepercayaan terhadap
mahdawiyyah di dalam agama Islam.
Penafsiran dan penta’wilan2 ayat-ayat tersebut terhadap Imam Mahdi a.s dan perbahasan
pelbagai dimensi yang merujuk kepadanya bukanlah perkara yang eksklusif di kalangan
penganut mazhab Syiah.
Berhubung perkara di atas, para ulama Sunni di dalam tafsir dan karya-karya mereka juga
mengakui bahawa mafhum ayat-ayat berkenaan memiliki kaitan dengan Imam Mahdi a.s.
Salah seorang daripada ulama terkemuka Ahlussunnah bernama Syeikh Sulaiman Kunduzi
Hanafi (wafat 1294) di dalam jilid ketiga kitab Yanabi’ al-Mawaddah3 yang ditulisnya sendiri
telah mengkhususkan bab ke-71 buku itu kepada perbahasan Mahdawiyyah di dalam al-
Quran.
1
2 Ta’wil terkadang membawa mafhum yang serupa dengan tafsir dan terkadang membawa maksud yang berbeza.
Penulis matan Farsi zahirnya memilih makna ta’wil yang serupa dengan maksud lafaz tafsir.
3
13
Beliau, di dalam kitab itu telah mentafsirkan 57 ayat al-Quran kepada perbahasan seputar
Imam Mahdi a.s.
Di penghujung perbahasan ini, dua ayat daripada ayat-ayat suci al-Quran yang ditafsirkan
oleh Syiah dan Ahlussunnah sebagai membawa konsep berhubung kebangkitan Imam Mahdi
akan dibahaskan secara ringkas.
1- Berkaitan dengan ciri-ciri kezuhuran dan pemerintahan Imam Mahdi a.s, Tuhan yang Maha
Tinggi berfirman;
“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas
di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak
menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan
kaumnya).” (Q.s Qasas: 5)
Para mufassir, menafsirkan konsep ‘orang-orang yang mewarisi’ dan ‘pemimpin-pemimpin’
yang tertera di dalam ayat tersebut sebagai Imam Mahdi a.s.
Sumber:
1) Ahlussunnah: Syawahid al-Tanzil (Hakim Haskani)/ Jilid 1/ Halaman 431/ Hadis Nombor
5901
2) Syiah: Ma’ani al-Akhbar/ Halaman 79/ Hadis Nombor 12
2- Tuhan yang Maha Tinggi ketika menyentuh tentang kebangkitan, perlawanan dan
kemenangan Imam Mahdi a.s berfirman;
1 590 431 1
2 1 79
14
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (kesesatan), dan (sehingga)
menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.” (Q.s al-Anfal: 39)
Menurut tafsir Syiah dan sebahagian daripada kitab Ahlussunnah, perang dan natijahnya (iaitu
kemusnahan segala bentuk fitnah dan kesesatan akan terjelma pada era kebangkitan Imam
Mahdi a.s. (al-Kafi (Kulaini)/ Jilid 8/Halaman 201/ Hadis Nombor 243; Niya Bai’a al-
Mawadah (Qanduzi)/ Halaman 423)1
Selain daripada dua ayat ini, ayat-ayat lain yang terkait dengan Imam Mahdi a.s akan turut
dinukilkan di permulaan setiap pelajaran yang ada di dalam modul ini. Melalui perkara itu,
kami berharap bahawa ayat-ayat tersebut dengan sendirinya akan menjadi penghias setiap
perbahasan kita.
Dengan itu kita berharap Tuhan yang Agung akan mempercepatkan kezuhuran Imam Mahdi
a.s
1 423 243 201 1
15
Pelajaran Ketiga: Imam Mahdi a.s Di Dalam Riwayat
(Q.s al-Anbiya’: 73)
“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang
benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan,
dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat
kepada Kami.”
Untuk makluman pembaca, jumlah riwayat –sama ada dari Nabi s.a.w atau keluarga suci
baginda a.s– yang menyentuh tentang kezuhuran serta sifat-sifat Imam Mahdi a.s adalah
begitu banyak sekali sehingga siapapun dengan yakin mampu mengambil kesimpulan bahawa
tiada seorang maksumpun yang jumlah riwayat berkaitan dengan dirinya mencecah bilangan
hadis yang membahaskan perihal Imam Mahdi a.s itu sendiri kecuali Imam Ali a.s.
Jumlah riwayat yang begitu banyak dan kesahihan hadis-hadis ini sendiri telah mencapai satu
tahap di mana para sahabat Imam Kazim a.s dan Imam Ridha a.s –puluhan tahun sebelum
kelahiran Imam Mahdi a.s– telahpun memulakan usaha mulia dalam menulis kitab-kitab
berkaitan dengan keghaiban dan kezuhuran beliau a.s.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah mengapa jumlah kitab hadis –tanpa mengira siapa penulisnya;
Syiah atau Ahlussunnah– yang tidak membawakan sebarang hadis berkaitan dengan
Mahdawiyyah amat sedikit sekali.
Antara kitab muktabar dan terawal Ahlussunnah yang membawakan hadis berkaitan dengan
Imam Mahdi a.s adalah kitab Musnad tulisan Ahmad Bin Hanbal (wafat 241). Di dalam kitab
itu, hampir seratus hadis berhubung dengan Imam Mahdi a.s telah dinukilkan oleh penulis
yang mulia.
16
Kitab-kitab lain yang turut mengkhususkan sebuah bab dalam menukilkan hadis berkaitan
Mahdawiyyah terdiri daripada kitab Sunan Abu Daud (wafat 275), Sunan Ibn Majah (wafat
293) dan Sunan Tirmidzi (wafat 297).
Selain daripada itu, para ulama Ahlussunnah setakat ini juga telah menulis lebih daripada
seratus buah kitab yang secara eksklusif membahaskan perihal Imam Mahdi a.s semata-mata
dan jumlah beberapa kali ganda daripada bilangan itu pula telah dilaporkan berkaitan dengan
tulisan yang menyentuh tentang beliau a.s sebagai sebahagian daripada kandungan tulisan-
tulisan itu sendiri.
Di dalam tradisi penulisan Syiah pula, jumlah riwayat yang dinukilkan berhubung konsep
Mahdawiyyah adalah jauh lebih banyak daripada jumlah yang dinukilkan di dalam kitab-kitab
Ahlussunnah. Ini kerana, para pencinta Ahlul Bait Nabi s.a.w turut menukilkan hadis daripada
para Imam selain daripada Nabi s.a.w itu sendiri.
Sebagai contoh, di dalam kitab Muntakhab al-Atsar1 (tulisan Ayatullah Safi Gulpaygani –
beliau menulis kitab ini setelah mendapat arahan daripada Ayatullah al-Uzhma Boroujerdi)
sahaja terdapat dua ribu hadis berkaitan dengan Imam Mahdi a.s.
Bilangan tulisan yang membahaskan isu Imam Mahdi a.s –di kalangan penulis Syiah– pula
setakat yang diketahui telahpun melangkaui angka dua ribu. (Sila rujuk: Kitab Nameh Hazrat
Mahdi a.s2; dua jilid tulisan Ali Akbar Mahdi Pour)
Mungkin jumlah hadis berhubung Imam Mahdi a.s yang begitu banyak dinukilkan di dalam
kitab-kitab Syiah dan Ahlussunnah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
kepercayaan asasi berhubung kezuhuran beliau a.s ini dikongsi bersama oleh kedua-dua
kumpulan umat Islam itu tadi (di sebalik perbezaan far’i atau cabang yang turut mewarnai
perbahasan ini). Adapaun berkenaan dengan perbezaan yang wujud di dalam penukilan,
1
2
17
seperti yang sedia maklum, Ahlussunnah hanya meriwayatkan hadis daripada Nabi s.a.w
sahaja.1 Seperti:
Barangsiapa yang menolak (kebenaran berhubung) kebangkitan Mahdi, maka
sesungguhnya dia telah kafir. (al-Burhan fi ‘alamat Mahdi Akhir al-Zaman (Alamah
Muttaqi Hindi)/ Halaman 170/ Hadis Nombor 2)2
Juga diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dari rantaian hadis yang berbeza;
Agar usia dunia tidak tersisa melainkan sehari sahaja, Tuhan akan memperpanjangkan hari
itu sehingga seorang lelaki dari umat dan keluargaku –yang mana namanya adalah seperti
namaku– bangkit (bagi urusanku) dan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan
kesaksamaan. Seperti mana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan perampasan hak.
(Sunan Abu Dawud/ Kitab al-Mahdi/ Hadis ke-4282; Sunan Tirmizi/ Bab Ma Ja’a fi al-
Mahdi/ Hadis ke-2231)3
Apapun, malangnya, kepercayaan kuat umat Islam –tidak kira sama ada Syiah atau
Ahlussunnah– ke atas kezuhuran Imam Zaman a.s juga telah menjadi sumber kepada
penyimpangan konsep tersebut seperti yang terpahat di dalam sejarah (Islam).
Penyalahgunaan atau penyimpangan itu dilakukan dengan bentuk di mana beberapa individu
dari kalangan Syiah dan Ahlussunnah yang tidak memiliki ciri-ciri yang wajib seperti yang
perlu ada pada Imam Zaman a.s telah secara sengaja berbohong dan mendakwa diri mereka
sebagai imam.
1 Hadis-hadis ini digelar hadis Nabawi.
2 2 170
3 2231 4282
18
Perkara itu pada gilirannya menyebabkan sebahagian daripada umat Islam di beberapa era
dan kawasan tertentu jatuh di dalam perigi kesesatan.
Sebagai contoh, Mahdi Sudani (meninggal 1305) adalah antara individu dari kalangan
Ahlussunnah yang mendakwa dirinya sebagai munjinya umat Islam. Muhammad Bin
Abdullah Qahtani (meninggal 1400) pula merupakan penganut ideologi Wahabi di Hijaz yang
melakukan dosa yang sama. Mirza Ali Muhammad Syirazi (meninggal 1266) pula adalah
contoh di kalangan penganut mazhab Syiah yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi a.s
di Iran.
Moga Allah yang Maha Tinggi akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keimanan.
19
Pelajaran Keempat: Pengenalan Dengan Imam Mahdi a.s
(Q.s Hud: 86)
Baqiyyat Allah (yang tersisa dari hujjah Allah) itu lebih baik bagi kalian jika betul kalian
orang-orang yang beriman.
Di dalam riwayat yang jumlahnya sangat banyak, para Imam ma’sum, telah menerangkan
ciri-ciri Imam Mahdi a.s kepada pengikut mereka secara jelas. Sebahagian daripada hadis itu
akan kami sebutkan secara ringkas di dalam perbahasan ini.
Riwayat itu merangkumi perbahasan berkaitan;
1) Nama: Nama penuh berkah beliau yang menyamai nama Rasullullah s.a.w.
Di dalam pelbagai riwayat, para ma’sum melarang kita daripada menyebut nama beliau a.s.
Oleh kerana itu, sebahagian daripada penulis secara sengaja menggunakan laqab1 yang sesuai
ketika merujuk kepada nama beliau a.s.
2) Laqab: Beliau a.s memiliki pebagai gelaran (laqab) yang mana setiap satu daripada laqab
itu merujuk kepada salah satu daripada kesempurnaan atau perspektif khusus daripada wujud
beliau a.s.
Adapun, gelaran beliau yang termasyhur adalah gelaran Mahdi yang membawa erti ‘individu
yang telah menerima hidayah’.
Antara laqab-laqab lain beliau termasuk, ‘Baqiyatullah (yang tersisa dari hujjah Allah), ‘Sahib
al-Zaman’, ‘Sahib al-Amr’ dan ‘Qaim’ (dia yang bangkit) yang mana para Syiah dengan
mengikut sunnahnya Imam Ridha a.s, setiap kali mendengar gelaran terakhir itu akan berdiri
1 Laqab adalah gelaran yang terkadang membawa erti pujian dan terkadang pula membawa erti kejian.
20
dan meletakkan tapak tangan mereka di atas kepala sebelum berdoa untuk kezuhuran beliau
a.s. (Muntakhab al-atsar/ Halaman 506/ Hadis Nombor 3).
3) Kunaiyah1: Beliau memiliki kunaiyah yang sama dengan kunaiyahnya Rasulullah s.a.w.
Kunaiyah lain beliau adalah Aba Salih.
4) Bapa: Bapa kepada Imam Mahdi a.s adalah Imam kesebelas iaitu Imam Hassan al-Askari
a.s. Imam Zaman, melalui susur galur bapanya adalah cicit kesembilan Imam Hussein a.s.
Mengikut susur galur Fatimah (iaitu puteri Imam Hasan al-Mujtaba a.s dan ibu kepada Imam
Baqir a.s) pula, salasilah beliau turut kembali kepada Imam Hassan al-Mujtaba a.s.
5) Ibu: Ibu kepada Imam Mahdi a.s adalah Hadrat Nargis2. Beliau mengikut salasilah bapanya
kembali kepada Yashu’a, anak kepada pemimpin Rom (Byzantine) dan dari susur galur
ibunya kembali kepada Syam’un yang merupakan wasi dan hawarinya Nabi Isa a.s.
Nargis yang juga dikenali sebagai Susan dan Malikeh pernah bermimpi ketika berada di dalam
istana Rom. Di dalam mimpi itu, beliau melihat Rasulullah s.a.w meminta tangannya daripada
Nabi Isa a.s dan Syam’un untuk dikahwinkan dengan Imam Hassan al-Askari a.s.
Nabi Isa a.s yang dilihatnya gembira di dalam mimpi itu menerima permintaan tersebut
setelah menerima persetujuan Syam’un. Selepas itu, Nargis kemudiannya melihat Nabi
Muhammad s.a.w membaca khutbah dan akad beliau dengan Imam Hassan al-Askari a.s.
Di dalam mimpi berlainan, Nargis melihat Sayyidah Zahra s.a mengislamkannya dan
menerima arahan daripada Imam Hasan al-Askari a.s untuk turut serta di dalam peperangan
antara Rom dan kaum Muslim dengan menyamar sebagai jurukhidmat. Hadhrat Nargis
kemudiannya menyertai tentera Rom dan bergerak ke bumi kaum Muslim. Beliau
kemudiannya menjadi tahanan tentera Muslim ketika tentera Rom tewas di dalam peperangan
itu. Selepas itu, beliau bersama-sama dengan tahanan lain telah dibawa ke kota Baghdad.
1 Gelaran yang dimulakan dengan kata Abu atau Umm sebelum digabungkan dengan kalimah lain seperti Abu
Abdillah dan Ummi.
2 Nargis juga dikenali dengan Narjis, Narxis dan lain-lain.
21
Imam Hadi a.s yang mendapat khabar ghaib dari Allah S.W.T berhubung peristiwa ini telah
menugaskan hambanya, Bushr Bin Sulaiman untuk pergi ke sebuah pasar yang terletak di
tebing sungai Furat. Di sana, dia diarahkan untuk membeli seorang hamba yang memiliki ciri-
ciri khusus seperti memiliki harga diri yang tinggi dan ketenangan yang luar biasa.
Bagi tujuan tersebut, Imam turut memberikan Bushr 220 keping emas dan selembar surat
yang ditulis di dalam bahasa Romawi. Berkaitan dengan surat itu, Bushr telah diarahkan untuk
menyampaikannya kepada hamba yang memiliki kekhususan itu tadi sekiranya dia masih
enggan dibeli olehnya.
Bushrpun menaati perintah tersebut dan akhirnya tiba di pasar tersebut. Dia kemudiannya
menemui hamba perempuan itu dan dengan memberikan surat itu kepadanya. Selepas itu,
Bushr pun menyerahkan wang kepada pemilik hamba itu. Pada akhirnya, Bushr membawa
hamba perempuan itu ke Samarra’. Hamba perempuan itu tidak lain tidak bukan adalah
Nargis.
Setibanya Nargis di Samarra’, Imam Hassan al-Askari a.s memanggil Hakimah Khatun untuk
menemui beliau sebelum mengarahkannya dengan berkata;
Wahai puteri Rasulullah! Bawakanlah Nargis ke rumahmu dan ajarkanlah dia syariat serta
sunnah-sunnah Islam kerana dia kelak akan menjadi isteri puteraku, Hassan dan ibu kepada
Mahdi a.s. (Bihar/ Jilid 51/ Halaman 10/ Hadis Nombor 12)
Dengan itu, Imam Zaman a.s lahir ke dunia melalui susur galur dua orang Nabi dan dua orang
raja –Yazdegard ketiga (datuk Imam Sajjad a.s) dan maharaja (Caeser) Rom yang merupakan
datuk kepada Nargis sendiri–.
Pada hari ini, kawasan pemakaman Imam Hadi a.s, Imam al-Askari a.s, Nargis dan Hakimah
yang terletak bersebelahan antara satu sama lain dan terangkum di dalam sebuah zarih1 berada
di bumi Samarra’ dan menjadi tempat berziarah kaum Muslim dari seluruh dunia.
1 Binaan yang menutup kuburan untuk mengelakkan kerosakan batu nisan dan lain-lain.
22
Moga Allah S.W.T memperbanyakkan pengetahuan kita berhubung dengan beliau a.s. Juga
moga Allah S.W.T meletakkan kita di kalangan mereka yang didoakan kebaikan untuknya
oleh Imam Mahdi a.s sendiri.
23
Pelajaran Kelima: Kelahiran Imam Mahdi a.s
(Q.s al-Isra’: 81)
Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang
salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang
tetap lenyap”.
Imam Mahdi a.s dilahirkan pada waktu subuh Jumaat (yakni ketika azan subuh
dikumandangkan), 15 Sya’ban tahun 255 Hijrah di bandar Samarra’.
Al-Mu’tamid –khalifah Abbasiyah– melalui riwayat-riwayat yang pernah didengarinya
mengetahui dengan baik bahawa putera kepada Imam Hasan al-Askari a.s adalah Imam yang
akan memenuhkan dunia dengan keadilan dan memangkas para pemerintah zalim hingga ke
akar umbi. Sehubungan itu, di sering mengarahkan para petugas keselamatannya untuk
memeriksa rumah Imam Hasan al-Askari a.s atas alasan yang pelbagai.
Objektifnya tidak lain tidak bukan adalah untuk menahan Imam Mahdi a.s sebelum
kemudiannya membunuhnya seperti yang pernah cuba diusahakan oleh Namrud dan Firaun
terhadap Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s.
Akan tetapi, kehendak Allah S.W.T itu sentiasa berada di atas kehendak makhluk. Oleh
kerana itu, kehendak Allah S.W.T sepertimana yang berlaku terhadap Nabi Ibrahim a.s dan
Nabi Musa a.s, memastikan bahawa kehamilan Nargis, kelahiran dan zaman kanak-kanak
Imam Zaman a.s berlaku secara tersembunyi.
Kisah kelahiran Imam a.s seperti yang dinukilkan di dalam kitab Syiah, Kamal al-Din (Syeikh
Saduq) bab 42 dan Ahlussunnah, Syawahid al-Nubuwwah (Abd al-Rahman Jami) adalah
seperti berikut;
24
Satu hari ketika Hakimah Khatun hendak berangkat pulang ke rumahnya setelah melawat
rumah Imam Hasan al-Askari a.s, Imam berkata kepadanya seperti berikut;
“Makcikku, bermalamlah di sini hari ini kerana pada malam ini akan lahir seorang putera
yang dikasihi Allah S.W.T dan dia juga akan menghidupkan semula bumi yang telah mati.”
Hakimahpun bertanya tentang ibu kepada bayi itu.
Imam menjawab; “Nargis.”
Hakimah kembali ke dalam rumah Imam dan bertemu dengan Nargis. Beliau kehairanan
melihat ibu Imam Mahdi a.s yang tidak memiliki sebarang tanda-tanda kehamilan.
Hakimahpun dengan segera menemui Imam Hasan al-Askari a.s dan memberitahukan perihal
kehairanannya kepada beliau. Imam tersenyum dan kemudiannya berkata;
“Ketika fajar menyingsing, tanda-tanda kehamilannya akan terserlah bagimu. Ini kerana,
keadaan Nargis sama seperti keadaan Ibu Musa a.s yang tidak memperlihatkan sebarang
tanda-tanda kehamilan sehinggalah waktu beliau hendak melahirkan puteranya dan tiada
siapapun yang mengetahui tentang perkara itu.”
“(Mukjizah ini perlu) kerana Firaun membelah perut setiap wanita Bani Israil supaya dapat
menemukan Musa a.s dan puteraku pula sama seperti Musa a.s.”
Bila pertengahan malam tiba, Hakimah bangkit dari tidurnya dan memulakan sembahyang
tahajjudnya. Ketika waktu fajar hampir tiba, Nargis masih tertidur dan tanda-tanda yang ada
pada wanita yang hendak bersalin masih belum terlihat pada dirinya. Melihatkan perkara itu
keraguan mula timbul di benak Hakimah berhubung perintah Imam. Tiba-tiba, beliau
terdengar suara Imam Hassan al-Askari a.s berkata;
“Makcikku, jangan terburu-buru! Perkara (tersebut) sudah hampir.”
25
Hakimah merasa malu (dengan keraguannya terhadap perintah Imam) dan kembali membaca
ayat-ayat suci al-Quran. Tidak lama selepas itu, Nargis terbangun dari tidurnya dan terus
mengambil wudhu sebelum memulakan sembahyang malamnya.
Ketika waktu azan subuh hampir dekat, akhirnya tanda-tanda wanita yang hendak bersalin
mula kelihatan pada Nargis. Tidak lama kemudian maka lahirlah Hujjah Allah S.W.T dan
Munji yang dijanjikan (kedatangannya) oleh para anbiya’ yang dengannya janji ilahi akan
terserlah di muka bumi. Beliau tidak lain tidak bukan adalah Hujjat ibn al-Hasan.
Dalam keadaan yang suci dari sebarang bentuk kotoron, bahu yang tertulis ayat Isra: 811, lutut
berada di atas lantai, muka di atas tanah serta kedua-dua jari telunjuk mengarah ke langit, bayi
itu berkata;
Kemudian dia meneruskan kata-katanya dengan menyebutkan nama datuknya (Nabi
Muhammad s.a.w), Imam Ali a.s serta nama para Imam yang lain sehinggalah tiba kepada
namanya sendiri.
Kemudian dia berkata;
“Wahai Tuhan, atas segala yang Engkau janjikan kepadaku, maka jadikanlah ia! Juga
lengkapkanlah urusanku hingga ke akhirnya, kukuhkanlah pijakanku di muka bumi ini dan
penuhilah ia dengan keadilan serta kesaksamaan melaluiku.”
Imam Hasan al-Askari a.s pun bersuara;
“Wahai makcikku, ambillah bayi itu dan bawakan dia ke sisiku!”
Bayi yang masih berada dalam pelukan Hakimah memberikan salam kepada bapanya.
1
26
Imam Hasan al-Askari a.s mengambil bayi itu dan mula membelainya. Beliau kemudiannya
meletakkan lidahnya di dalam lidah bayi itu.
Selepas itu beliau a.s bersabda; “Bercakaplah wahai puteraku!”
Sejurus selepas perintah Imam Hasan al-Askari a.s, Imam Mahdi a.s pun mula mentilawahkan
ayat berikut;
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas
di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak
menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan
kaumnya). (Q.s Qasas: 5)
Menurut ulama ulum al-Quran, sya’n1 ayat ini turut merangkumi Imam Mahdi a.s.
Imam Mahdi a.s selepas itu meneruskan tuturnya dengan mengiktiraf konsep tauhid, kenabian
dan kepimpinan para Imam termasuk bapanya sendiri.
Hakimah yang ada berdekatan dengan Imam Hasan al-Askari a.s turut melihat burung-burung
berterbangan di atas kepala Imam Mahdi a.s. Dia kemudiannya melihat bahawa salah seekor
daripada kawanan burung tersebut mengambil bayi itu dan membawanya terbang ke langit
dalam keadaan di mana burung-burung yang lain mengekorinya.
Selepas beberapa hari, burung itu mengembalikan bayi tersebut (kepada Imam Hasan al-
Askari).
Hakimah kemudiannya bertanya daripada Imam Hasan a.s berkaitan dengan burung tersebut.
1 Sebahagian ulama mengertikan sya’n nuzul seperti asbab al-nuzul.
27
Imam menjawab; “Ia adalah Ruh al-Qudus (malaikat terbaik) yang diutuskan Allah S.W.T
kepada para Imam supaya mereka mampu meraih kejayaan di dalam urusan mereka dan
dalam masa yang sama memperkukuhkan dan mentarbiat mereka dengan ilmu yang
berkaitan.”
Selepas kelahiran bayi itu, Imam Hasan al-Askari a.s berasaskan sunnah Islam mengorbankan
beberapa ekor bebiri bagi tujuan akikah. Sejumlah roti dan daging yang banyak juga turut
diagihkan beliau a.s kepada anggota Bani Hasyim. (Kamal al-Din/ Halaman 433-434)
Untuk memastikan para Syiah tidak leka dalam mengimani Imam yang terakhir itu –
dikeranakan kelahirannya yang berlaku secara rahsia–, Imam Hassan al-Askari a.s
mengutuskan beberapa surat kepada para pengikut dan wakil beliau yang dipercayainya di
wilayah-wilayah yang berbeza. Di dalam surat itu, Imam al-Askari a.s memaklumkan mereka
berhubung kelahiran hujjah ilahi –iaitu puteranya sendiri–.
“Puteraku sudah selamat dilahirkan. Maka simpanlah berita ini di sisi kalian dan jangan
biarkan yang lain mengetahuinya. Kami tidak memaklumkan yang lain melainkan mereka
yang rapat kerana kekerabatan dan para sahabat kerana persahabatan (mereka). Kami mahu
memaklumkan kalian berhubung berita gembira ini dan (kemudiannya kerana khabar ini juga
kami berharap) kalian akan bergembira sepertimana kami.” (Kamal al-Din/ Halaman 434/
Hadis ke-16).
Juga di dalam kesempatan yang berbeza-beza (iaitu ketika rumah Imam kosong daripada para
pengintip Bani Abbasiyah), Imam turut memperlihatkan puteranya kepada para Syiah yang
dipercayainya. Di dalam pertemuan itu, beliau dengan jelas memperkenalkan puteranya
sebagai hujjah ilahi selepas beliau.
Sebagai contoh, ketika empat puluh orang pengikut Imam di dalam sebuah kesempatan
menemui beliau, Imam Hasan a.s masuk ke bahagian dalam rumahnya sebelum membawa
seorang budak lelaki bersamanya untuk diperkenalkan kepada para tetamunya itu tadi.
28
Beliau kemudiannya berkata kepada mereka; Inilah Imam kalian. (Itsbat al-Hidayah (Syeikh
Khar ‘Amuli)/ Jilid 7/ Halaman 20).
Terkadang, ketika ditanya berhubung subjek-subjek ilmiah dan ketika dirujuk untuk
menyelesaikan masalah, Imam Hasan al-Askari a.s turut membiarkan soalan dan
permasalahan itu dijawab dan diselesaikan oleh anak itu tadi. Dengan tindakan itu, Imam
Hasan a.s mahu para pengikutnya mengenali putera beliau dan kedudukannya yang mulia.
Sebagai contoh, satu hari ketika Kamil Bin Ibrahim datang melawat rumah Imam Hasan al-
Askari a.s untuk melontarkan soalan-soalan daripada para Syiah Madinah kepada beliau a.s,
dia menemui budak berusia empat tahun yang indah rupa parasnya. Anak kecil itu memanggil
namanya dan menjawab soalan-soalannya sebelum dia sempat mengutarakannya kepada
sesiapapun. (al-Ghaibah (Syeikh Thusi)/ Halaman148)
Moga Allah membantu para pembantu Imam Zaman dan menghinakan para musuhnya.
29
Pelajaran Keenam: Kepemimpinan Imam Mahdi a.s
(Q.s Nisa: 59)
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulallah dan kepada ‘ulil-amri’
dari kalangan kalian.
Imam Hasan al-Askari a.s mereguk syahadahnya pada fajar hari Jumaat, 8 Rabi’ al-Awwal
tahun 260 hijrah di Samarra’. Dengan syahidnya Imam Hasan al-Askar a.s, maka bermulalah
era kepimpinan1 Imam Mahdi a.s. Untuk makluman pembaca, Imam Zaman a.s di permulaan
kepimpinan beliau, hanyalah seorang anak kecil semata-mata dan dari sudut ini, beliau sama
seperti Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s dan Imam Jawad a.s.
Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana ilmu dan kelayakan seorang hujjah Allah
itu bukanlah sesuatu yang bersifat iktisabi2 sehingga memerlukan seseorang itu untuk
menjangkaui usia tertentu dan menimba pengalaman secara tabi’i.
Sebagai contoh, Nabi Isa a.s ketika masih berada di dalam pelukan ibunya –bayi yang hanya
berusia beberapa hari sahaja– telah mampu bersabda kepada para alim Yahudi;
Sesuangguhnya aku ini hamba Allah S.W.T; Dia telah memberikan kepadaku kitab (Injil),
dan Dia telah menjadikanku seorang Nabi. (Q.s Maryam: 30)
Selepas kewafatan Imam al-Askari a.s, Ja’far (kemudiannya masyhur dengan gelaran Ja’far
Kazzab3) yang merupakan salah seorang daripada adik-beradik beliau telah mengaku dirinya
1 Kepimpinan ilahi selepas Nabi s.a.w yang dikenali juga sebagai keimamahan.
2 Sesuatu yang perlu diusahakan secara langung seperti pergi ke kelas untuk menimba ilmu.
3 Kazzab iaitu gelaran individu yang kuat menipu.
30
sebagai seorang Imam. Dia dalam masa yang sama turut mengingkari kelahiran Imam Mahdi
a.s.
Dia kemudiannya melihat peluang keemasan apabila melihat majlis menyembahyangkan
jenazah Imam al-Askari a.s bakal dilangsungkan. Di sana, dia mengambil kesempatan yang
ada untuk memperkenalkan dirinya kepada para hadirin sebagai pengganti Imam Hasan al-
Askari a.s. Para pengikut dan pelajar Imam Hasan al-Askari a.s yang mengenali kelemahan
dan keburukan peribadi Ja’far dengan baik, berasa sangat terkejut ketika dia berdiri di
hadapan para jemaah untuk mengimamkan sembahyang mayat abangnya sendiri.
Tiba-tiba, seorang budak lelaki muncul dan dengan tangannya dia memegang jubah Ja’far
sambil berkata;
“Pakcikku, pergilah ke belakang. Ini kerana aku lebih layak menyembahyangkan bapaku!”1
Ja’far yang mukanya pucat akhirnya mundur ke belakang dan Imam Mahdi a.s mula
menyembahyangkan jenazah bapanya. Melalui peristiwa itu, kepimpinan Imam Mahdi a.s
akhirnya menjadi jelas bagi semua dan dalam masa yang sama, kebohongan Ja’far pun
terbongkar. (kitab Kamal al-Din/ Halaman 475/ Hadis Nombor 25).
Ja’far yang melihat perkara itu menukar rancangannya dengan memaklumkan pemerintah
pada zaman itu sehingga mereka mampu mengutus petugas untuk menahan putera Imam
Hasan al-Askari a.s –seperti yang sudah lama mereka inginkan–. Imam a.s berasaskan
kehendak ilahi akhirnya memilih keghaiban.2
Untuk makluman pembaca, Imam Mahdi a.s yang merupakan titik akhir kepada semua hujjah
ilahi (penutup para wasi) memiliki capaian atau akses kepada ilmu dan kudrat ilahi seperti
1 Kelayakan ini wujud di dalam Imam Mahdi a.s kerana jenazah Imam maksum hanya boleh disembahyangkan
oleh sang maksum yang lain sahaja.
2 Imam hanya memilih sesuatu yang diridhai Allah S.W.T sahaja dan bukan perkara yang dikehendaki oleh hawa
nafsunya sendiri.
31
para Imam yang lain. Berhubung dengan perkara ini, pelbagai kisah berkaitan dengan
mukjizat Imam a.s telah dinukilkan di dalam pelbagai kitab dan perkara itu sendiri merupakan
salah satu hujah daripada dalil-dalil yang menunjukkan keimamahan beliau. Salah satu
daripada kitab tersebut adalah kitab Itsbat al-Hudah tulisan Syeikh Hurr ‘Amuli (jilid 7 bab
33) yang menukilkan 170 cerita berkaitan dengan mukjizat Imam Mahdi a.s.
Mukjizat-mukjizat ini kebanyakannya terjadi berkaitan dengan penyembuhan para pesakit,
bantuan terhadap fakir miskin, pemberian hidayah kepada orang-orang yang sesat, petunjuk
kepada mereka yang sesat jalan, ilmu terhadap peristiwa yang akan datang dan lain-lain.
Melalui mukjizat itu, maka jelaslah bahawa keghaiban beliau a.s bukanlah penghalang kepada
kemampuannya untuk melaksanakan tugas dan taklif ilahi yang ada di bahunya.
Moga Allah S.W.T menempatkan kita di dalam saf para pengikutnya tidak kira sama ada di
era keghaiban atau kezuhurannya dan di dunia atau di akhirat.
32
Pelajaran Ketujuh: Keghaiban Imam Mahdi a.s
(Q.s al-Baqarah: 3)
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.
Walaupun Imam Mahdi a.s sejak dari hari kelahiran dan zaman kecilnya tidak dikenali oleh
umat Islam secara meluas, akan tetapi, seperti mana yang telah dijelaskan pada pelajaran
kelima, beberapa individu tertentu –iaitu mereka yang dipercayai dan para Syiah yang ikhlas–
telah berjaya memperolehi taufik untuk berjumpa dengan Imam Mahdi a.s ketika melawat
rumah Imam Hasan al-Askari a.s.
Perkara itu diakibatkan oleh situasi masyarakat pada masa tersebut yang menyebabkan Imam
a.s berasaskan kehendak Allah S.W.T terpaksa memilih jalan keghaiban dan hidup bersama
dengan masyarakat dengan wajah yang tidak dikenali. Dengan gaya hidup itulah beliau a.s
duduk di dalam masyarakat tanpa sedikitpun leka terhadap taklif serta tanggungjawabnya.
(Hadis Imam Baqir/ al-Ghaibah (Nu’mani)/ Halaman 149-150/ Hadis Nombor 6 dan 7).
Adapun, berkenaan dengan zaman keghaiban Imam Mahdi a.s, era itu memiliki dua fasa. Fasa
pertama ialah fasa ghaib sughra (keghaiban kecil) dan fasa kedua pula ialah fasa ghaib kubra
(keghaiban besar). Para ulama Ahlussunnah sendiri turut menukilkan hadis daripada Nabi
s.a.w dan para pemimpin agama yang lain berkenaan dua fasa ghaibah yang berbeza itu.
Imam Sadiq a.s bersabda;
Imam Mahdi a.s memiliki dua jenis keghaiban; satunya panjang (keghaiban besar) dan
yang satu lagi pula pendek (keghaiban kecil). (al Gaibah/ Nu’mani/ Halaman 170/ Hadis
Nombor 1 dan 2)
33
Riwayat ini juga wujud di dalam kitab-kitab Ahlissunnah dengan maksud yang serupa: (‘Aqd
al-Durar (Muqaddasi Syafi’i)/ Halaman 133-134)
Keghaiban kecil (ghaib sughra) Imam Mahdi a.s berlangsung sepanjang 69 tahun. Dalam erti
kata lain, fasa itu berlanjutan sehingga tahun 329 hijrah. Sebahagian daripada ulama pula
mengatakan bahawa fasa pertama berlangsung selama 74 tahun. Perbezaan pendapat ini
berlaku kerana mereka menghitung fasa tersebut sejak dari tahun kelahiran beliau a.s dan
bukan berasaskan tarikh permulaan keimamahannya.
Antara ciri khusus fasa ini ialah keberadaan para wakil khas yang merupakan perantara di
antara Imam a.s dan umat. Surat-menyurat, persoalan, harta-benda, kutipan syar’i dan lain-
lain kesemuanya disampaikan kepada Imam oleh para wakil ini. Selain daripada itu, mereka
juga bertanggungjawab menyampaikan jawapan Imam kepada para anggota masyarakat.
Para wakil ini dikenali sebagai Nawab Arba’ah1. Berhubung dengan mereka berempat ini,
beberapa karamah juga telah dinukilkan dan terukir dengan baik dalam lembaran sejarah.
Mereka berempat hidup dan dikuburkan di kota Baghdad.
Mereka terdiri daripada;
1) Naib Pertama: Abu ‘Amr Uthman Bin Sa’id ‘Amri (wafat sekitar tahun 265 hijrah). Beliau
mula menjadi wakil Imam Mahdi a.s sejak dari permulaan kepimpinan Imam Mahdi a.s.
Bahkan, beliau juga adalah wakil kepada Imam Hadi a.s dan Imam al-Askari a.s ketika kedua-
duanya masih hidup.
2) Naib Kedua: Abu Ja’far Muhammad Bin Othman ‘Amri (wafat Jamad al-Awwal tahun 304
atau 305).
1 Naib yang berempat.
34
Perkara menarik berkaitan mereka berdua ialah bagaimana Imam Hasan al-Askari a.s ketika
ditemui oleh empat puluh orang pengikutnya turut mengkhabarkan berita berkenaan dengan
kedudukan dua orang ini sebagai wakil Imam Mahdi a.s.
3) Naib Ketiga: Abu al-Qasim Bin Ruh Nubakhti (wafat 18 Sya’ban) yang merupakan salah
seorang daripada anggota keluarga Nubakhti iaitu susur galur sebuah keluarga Iran.
4) Naib Keempat: Abu al-Hassan Ali Bin Muhammad Samuri (wafat Sya’ban 329) adalah
naib khas terakhir Imam a.s. Enam hari sebelum kewafatannya, Imam a.s di dalam sepucuk
surat memaklumkan beliau berkenaan ajalnya yang dekat dan pengakhiran era keberadaan
wakil yang khusus bagi beliau a.s. Dengan pengmuman itu, fasa keghaiban sughra juga
berakhir dengan kewafatannya. (al-Ihtijaj (Thabarsi)/ Jilid 2/ Halaman 193)
Ciri khusus era keghaiban kubra –yang mana sehingga sekarang sudahpun menjangkau 1100
tahun–, pula ialah ketiadaan wakil khusus bagi Imam Mahdi a.s dalam rangka beliau
mendekati masyarakat. Ketiadaan naib yang khusus menyebabkan masyarakat terpaksa
merujuk kepada para perawi hadis –yakni para ulama dari kalangan ahli fikih yang memiliki
syarat– dalam rangka menyelesaikan masalah yang timbul di dalam urusan keagamaan
mereka.
Oleh kerana itu, para maraji’ dan para fakih juga secara istilahnya disebut sebagai ‘naib am’
Imam Mahdi a.s. Imam Zaman a.s berhubung perkara ini pernah menulis di dalam suratnya
yang dibaca seperti berikut;
Di dalam peristiwa (isu) yang baharu, maka kalian perlu merujuk kepada para perawi
hadis kami. Ini kerana, mereka adalah hujjahku ke atas kalian dan aku adalah hujjah Allah
ke atas mereka. (Kamal al-Din/ Halaman 484/ Hadis Nombor 4)
Walaupun masyarakat pada zaman keghaiban kubra secara umumnya tidak mengenali Imam
Mahdi a.s dan pertemuan langsung dengan beliau juga bukanlah sesuatu yang mudah –jika
35
tidak disebut mustahil–, sebahagian daripada individu tertentu dengan izin Allah S.W.T telah
berjaya memperolehi taufik untuk berjumpa dengannya a.s.
Berhubung perkara ini, pelbagai peristiwa tersohor dan inspiratif telah dinukilkan oleh para
ulama. (Ahli hadis terkenal, Haji Nuri dalam bab ketujuh kitab Najm Thaqib sendiri
menukilkan seratus kisah berkitan dengan pertemuan dengan Imam Mahdi).
36
Pelajaran Kelapan: Usia Panjang Imam Mahdi a.s
(Q.s al-Ankabut: 14)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia
dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun.
Dikeranakan Imam Mahdi a.s memiliki program jangka panjang untuk dilaksanakan dengan
izin Allah S.W.T di muka bumi ini dan dalam masa yang sama, pra-syarat untuk pelaksanaan
tersebut masih belum wujud, maka Allah S.W.T akan menganugerahi Imam Mahdi a.s dengan
usia yang panjang sehingga tiba zaman di mana Tuhan akan memberikan keizinan bagi
kemunculannya.
Disebabkan perkara yang sama, Imam Mahdi a.s boleh dikatakan telah berkongsi sunnah
dengan Nabi Nuh a.s dan Nabi Khidr a.s yang turut memiliki usia yang sangat panjang.
Imam Sajjad a.s –berkenaan perkara ini– berkata:
Di dalam Imam Mahdi a.s terdapat satu titik persamaan dengan Nuh iaitu dalam usia
(mereka) yang panjang. (Kamal al-Din/ Halaman 524/ Hadis Nombor 4-5 dan Halaman
322/ Hadis Nombor 3 & 5)
Nabi Nuh a.s sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas telah bertabligh
selama 950 tahun sebelum datangnya taufan besar. Menurut riwayat pula, umurnya mencecah
2500 tahun dengan mengambil kira tempoh hayatnya sebelum kenabian dan kedatangan
taufan. Setelah memberikan perhatian kepada perkara di atas, maka jelaslah bahawa usia
panjang Imam Mahdi a.s bukanlah sesuatu yang mustahil khususnya apabila kita melihat
bahawa usianya tidak mencapai separuhpun usianya Nabi Nuh a.s. (Kamal al-Din/ Jilid 1/
Halaman 523 – seperti yang dinukilkan oleh Imam Sadiq a.s).
37
Menurut sumber Syiah dan Ahlussunnah juga, Nabi Khidr yang hidup sezaman dengan Nabi
Musa (Surah Kahf: Ayat 60-82 yang menceritakan pertemuan Nabi Musa a.s dan Khidir a.s)
turut dianugerahkan dengan umur yang panjang.
Berhubung dengan Nabi Khidr a.s, seseorang mampu membuat kiraan kasar bahawa usia
beliau mungkin 2300 tahun lebih panjang daripada usia Imam Mahdi a.s itu sendiri setelah
mengambil kira bahawa jurang masa di antara zaman Nabi Musa a.s dan zaman kemunculan
Nabi Muhammad s.a.w adalah sekitar 2000 tahun.
Menurut Imam Sadiq a.s –di dalam sebuah riwayat masyhur– hikmah di sebalik usia Hadhrat
Khidr yang panjang adalah untuk membuktikan bahawa usia Imam Mahdi a.s yang panjang
adalah sesuatu yang tidak mustahil sama sekali. (Kamal al-Din/ Halaman 357/ Hadis Nombor
53)
Untuk makluman pembaca juga, individu yang dilaporkan memiliki usia yang panjang
tidaklah khusus dari kalangan para kekasih Allah S.W.T semata-mata. Bahkan di kalangan
para musuh Allah juga terdapat mereka yang memiliki usia yang panjang dan contoh terbaik
bagi mengesahkan perkara itu adalah Iblis sendiri.
Setelah jelas bahawa Tuhan (mampu) memberikan usia panjang kepada musuh terbesar-Nya
sendiri, apakah terdapat sebarang halangan untuk wali-Nya yang terakhir untuk turut meraih
nikmat usia panjang daripada-Nya? Selain daripada itu, sekiranya insan mengambil kira
bahawa Imam Zaman a.s sepertimana para hujjah Allah yang lain turut memiliki ilmu ilahi,
maka dia pasti dapat mencerap dengan jelas bahawa beliau a.s mampu untuk menggunakan
ilmu itu dalam rangka mengelakkan faktor-faktor yang menyebabkan penyakit serta proses
penuaan. Dengan ini, persoalan usia panjang Imam Mahdi a.s tidak sepatutnya lagi menjadi
isu yang pelik.
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, selain daripada umur yang panjang, Imam
a.s juga tidak mengalami proses penuaan dan beliau a.s diberitakan memiliki wajah seorang
belia atau remaja sehinggakan setiap orang yang melihatnya pasti akan mengira umurnya
berada di sekitar 40-an. Mungkin hikmah dari keajaiban ini adalah untuk memastikan
38
kelangsungan fasa keghaibannya dan dalam masa yang sama membolehkan beliau hidup di
kalangan masyarakat tanpa dikenali.
Untuk makluman pembac, para ulama Ahlussunnah turut menukilkan berita berkaitan dengan
perkara ini. Rujuk kitab ‘Aqd al-Durar tulisan Salami Syafie (Halaman 41-42 – yang
menukilkan dari Imam Baqir dan Imam Ja’far) untuk rincian lanjut. Menurut hadis yang
terdapat di dalam kitab Muntakhab al-Atsar pula, (Halaman 284-285/ Hadis Nombor 2) ciri
unik beliau ini memiliki persamaan dengan cirinya Nabi Yunus a.s.
Moga Allah S.W.T melanjutkan lagi usia beliau a.s dan dalam masa yang sama
mempercepatkan kemunculannya.
39
Pelajaran Kesembilan: Sebahagian Daripada Fadilat-Fadilat Imam
Mahdi a.s
(Q.s al-Waqiah: 10)
Dan orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang
akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).
Fadilat dan kesempurnaan para Imam, khususnya Imam Mahdi a.s adalah sesuatu yang lebih
tinggi daripada perkara yang mampu dicerap oleh akal insan.
Ini kerana, mereka memiliki makam yang lebih tinggi daripada sesuatu yang mampu dicerap
oleh pemikiran manusia. Hanya Allah S.W.T dan para hujjah-Nya yang lain sahaja yang
mampu mencerap ketinggian makam itu. Di sini kita akan sekadar mengutarakan sebahagian
daripada fadilat dan kesempurnaan Imam Mahdi a.s seperti yang mampu ditemui di dalam
matan-matan keagamaan. Perkara itu merangkumi;
1) Seperti para pemimpin ilahi yang lain, Imam Zaman a.s juga maksum dari segala bentuk
dosa, terpelihara daripada kesilapan, jauh dari segala bentuk kekurangan dan suci dari
sebarang kotoran (maknawi). Kesemua itu telah diterangkan oleh Allah S.W.T di dalam kitab-
Nya melalui ayat Tathir (ayat penyucian):
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kalian, wahai ahlulbait
dan hendak membersihkan kalian sebersih-bersihnya. (Q.s al-Ahzab: 33)
Oleh kerana itu, (kita mampu menarik kesimpulan bahawa) perintah Imam a.s adalah perintah
Allah S.W.T, kegembiraan Imam adalah kegembiraan-Nya, keridhaan beliau adalah
keridhaan-Nya dan kemurkaanya adalah kemurkaan Tuhan itu sendiri.
40
Di dalam ziarah Imam Zaman a.s, kita membaca;
Hak adalah sesuatu yang kalian ridhainya dan batil itu adalah sesuatu menimbulkan
kemurkaan kalian. Yang makruf itu adalah sesuatu yang kalian perintahkan dan yang
munkar itu pula adalah sesuatu yang kalian laranginya. (Mafatih al-Jinan: Ziyarah Ali
Yasin).
2) Makam dan kedudukan Imam Zaman a.s pula lebih tinggi dari makam serta kedudukan
seluruh malaikat serta para Nabi (kecuali Nabi Muhammad s.a.w). (Di dalam teks-teks
keagamaan terdapat kisah di mana) Jibrail akan mencium tangan Imam a.s ketika beliau
keluar dari fasa keghaibannya. Terdapat juga hadis yang menceritakan bagaimana Nabi Isa
a.s turun ke bumi dari langit untuk membantu Imam a.s. (Bihar al-Anwar (Allamah Majlisi)/
Jilid 53/ Halaman 8 – seperti yang dinukilkan dari Imam Sadiq a.s)
Menurut hadis masyhur yang dinukilkan oleh Ahlussunnah dan Syiah, Nabi Isa a.s juga akan
turut serta sebagai makmun di dalam solat jemaah yang diimamkan oleh beliau a.s. Tidak
setakat itu sahaja, Nabi Isa a.s bahkan akan turut menyertai tentera Imam a.s sebagai salah
seorang pemerintah tentera beliau a.s. Imam Sadiq a.s yang merupakan leluhur Imam Zaman
a.s turut mengizharkan harapannya untuk berkhidmat kepada Imam Zaman a.s:
Jika aku mampu mencerap era al-Mahdi, seluruh hari dalam umurku akan kuhabiskan
dalam berkhidmat kepadanya. (Muntakhab al-Athar (Ayatullah Safi)/ Fasal 7 Bab 8; Bihar
al-Anwar/ Jilid 51/ Halaman 148/ Hadis Nombor 22)
Imam Ridha a.s –seperti yang pernah dibahaskan sebelum ini– turut mentakzimkan beliau a.s
dengan meletakkan tangan di atas kepalanya sendiri dan mendoakan kemunculan al-Mahdi
a.s setiap kali mendengar laqab Qaim disebutkan. (Muntakhab al-Athar/ Halaman 506/ Hadis
Nombor 3)
41
3) Imam Zaman a.s juga memiliki ilmu ilahi sekaligus menjadikan semua makhluk seumpama
hadir di hadapannya.1 Menurut riwayat, laporan amal setiap hamba akan dibawakan ke
hadapan beliau a.s oleh para malaikat. Imam Zaman a.s juga melihat semua amal dan
mengetahui setiap buah fikiran yang terlintas di benak kita. (Sila rujuk tafsiran Ahlul Bait
berhubung ayat ke-143 surah al-Baqarah dan ayat ke-105 dari surah Taubah untuk rincian)
Dengan kata lain, beliau a.s adalah saksi ilahi ke atas para hamba-Nya dan beliau juga
mengetahui setiap rahsia yang tersimpan jauh di lubuk hati mereka.
Berkaitan perkara ini, beliau a.s sendiri pernah menulis surat kepada Syeikh Mufid yang
berbunyi;
Ilmu pengetahuan kami meliputi wujud kalian dan tiada satu berkaitan kalian yang
tersembunyi dari kami. (Bihar al-Anwar (Allamah Majlisi)/ Jilid 53/ Halaman 175, hadis
Nombor 7)
4) Selain itu, Imam Mahdi a.s juga adalah perantaraan rahmat di antara Tuhan dan makhluk-
Nya. Berkaitan perkara ini, beliau a.s umpama seorang bapa yang prihatin dan ibu yang
penyayang terhadap anak-anak mereka. (al-Kafi/ Jilid 1/ Halaman 200/ Hadis Nombor 1).
Semua insan adalah umat dan rakyat jelata beliau a.s. Adapun, pengikut dan pencintanya,
khususnya mereka yang mengingati dan bertawassul kepadanya, –selain daripada rahmat itu
tadi– mereka juga memperolehi perhatian dan bantuan khusus daripada beliau a.s.
Di dalam surat Imam Zaman a.s kepada Syeikh Mufid, terdapat jumlah lain yang berbunyi;
Kami tidak pernah berhenti memerhatikan kalian dan tidak pernah pula melupakan kalian.
(Bihar al-Anwar/ Jilid 53/ Halaman 175/ Hadis ke- 7)
1 Ilmu hudhuri adalah ilmu di mana perkara yang maklum itu hadir di hadapan alim tanpa sebarang
perantaraan.
42
5) Imam Mahdi a.s juga memiliki sebahagian daripada sifat serta sunnah para Nabi dan Imam
yang terdahulu. Sebagai contoh; Perihal beliau a.s ketika masih berada di dalam rahim ibunya
dan ketika dilahirkan ke dunia itu sama dengan perihal Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s
di mana kedua-dua perkara itu berlaku secara rahsia.
Permulaan era kepimpinan beliau a.s juga –seperti yang diterangkan sebelum ini di dalam
pelajaran ke-5– sama seperti yang dialami oleh Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s, Imam Jawad a.s
dan Imam Hadi a.s di mana era itu bermula ketika mereka masih lagi kanak-kanak.
Dari segi usia pula, beliau a.s sama seperti Nabi Nuh a.s (rujuk pelajaran ke-6) di mana kedua-
dua mereka dianugerahkan usia yang panjang. Keghaiban beliau a.s juga sama seperti
keghaiban Nabi Idris, Saleh, Ibrahim, Yusof dan Musa a.s. (Rujuk pelajaran ke-8).
Keadaan beliau yang kekal belia pula sama seperti yang dialami oleh Nabi Yunus a.s.
Kesabarannya –dalam hidup bersendirian dan dalam menghadapi kesukaran– pula
menyerupai kesabaran Nabi Ayyub a.s. (Kamal al-Din/ Bab 1-7; Muntakhab al-Atsar/
Halaman 284-285/ Hadis Nombor 2).
Kebangkitan beliau a.s pula sama seperti kemunculan Nabi Muhammad s.a.w yang juga
merupakan datuknya –iaitu kebangkitan dengan pedang–.
Di dalam syaksiahnya al-Mahdi a.s pula, terdapat pelbagai sunnah para nabi terdahulu. Dari
sunnah Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Ayyub –salam atas mereka semua– sehinggalah
sunnah Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. Sunnah Adam a.s dan Nuh a.s yang dimaksudkan
ialah usia yang panjang. Sunnah Ibrahim a.s pula adalah kelahirannya yang tersembunyi dan
kejauhannya dari ummatnya. Sunnah Musa a.s pula ialah ketakutan dan keghaiban. Sunnah
Isa a.s adalah perbezaan pendapat di kalangan ummat berhubung dirinya. Sunnah Ayyub a.s
pula adalah dalam terlerainya permasalahan mereka yang rumit. Akhir sekali, sunnah Nabi
Muhammad s.a.w yang turut dimiliki oleh al-Mahdi a.s adalah kebangkitan kedua-dua mereka
dengan pedang (melalui peperangan). (Kamal al-Din/ Halaman 322/ Hadis Nombor 3)
43
Ya Allah, berikanlah makrifat berhubung hujjah-Mu –al-Mahdi a.s– kepada kami kerana jika
di-Kau tidak memperkenalkannya kepada kami, maka sesatlah kami dari agama kami.
(Mafatih al-Jinan/Doa Zaman Keghaiban)
44
Pelajaran Kesepuluh: Kemunculan Imam Mahdi a.s
(Q.s Ali-Imran: 83)
Dan kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada
dengan sukarela ataupun terpaksa.
Berita gembira berkenaan kemunculan Imam Mahdi a.s wujud di dalam semua kitab-kitab
wahyu sejak dahulu lagi. Para Nabi dan wali pula dikhabarkan sangat menantikan hari
tersebut. Akan tetapi, tiada siapapun yang mengetahui dengan pasti hari kemunculannya itu
–iaitu hari di mana Tuhan yang Maha Besar memberikan izin kepada kebangkitannya–
melainkan Allah S.W.T itu sendiri.
Oleh sebab itu, barangsiapa yang mengumumkan hari kemunculannya secara jelas –
sedangkan hari kemunculan itu memiliki persamaan dengan hari kiamat di mana kedua-
duanya tidak diketahui oleh makhluk–, maka sesungguhnya orang itu bercakap bohong
semata-mata. (Sila rujuk kitab Tafsir Ahlul Bait: Surah al-‘Araf: 187).
Imam Mahdi (a,s) di dalam hadis tauqi’ berkata:
Perihal zuhur ada di tangan Tuhan dan mereka (selain Allah) yang menetapkan waktu
khusus (berhubung waktu kezuhuran) adalah penipu semata-mata. (Kamal al-Din (Syeikh
Saduq)/ Jilid 2/ Halaman 484/ Hadis Nombor 4)
Di sebalik semua itu, pengakhiran kepada zaman keghaiban –yang merupakan masalah utama
para Syiah– dan waktu kezuhuran beliau sepastinya terkait dengan doa dan permohonan umat
ini sendiri. Berhubung perkara ini, Tuhan yang Maha Tinggi pernah memendekkan azab ke
atas Bani Israil –yang sepatutnya merentas julat waktu selama 400 tahun– sebanyak seratus
45
tujuh puluh tahun kerana doa dan rintihan mereka. Allah S.W.T akhirnya menyelamatkan
mereka daripada kejahatan Firaun dengan pengutusan Nabi Musa a.s.
Oleh keraja itu, Imam Sadiq a.s sentiasa memperingatkan kaum Muslim untuk berdoa kepada
Allah bagi mempercepatkan kezuhuran Imam Zaman seperti mana yang dilakukan oleh Bani
Israil. (Tafsir ‘Ayashi/ Jilid 2/ Halaman 154/ Hadis Nombor 49)
Kezuhuran beliau a.s akan berlaku di sebelah Ka’bah, Masjid al-Haram, Mekah dan ketika
itu, beliau akan ditemani oleh 313 orang sahabatnya di tempat tersebut. (Bihar/ Jilid 52/
Halaman 307/ Hadis Nombor 81)
Jibrail ketika saat kezuhuran juga akan hadir di atap Ka’bah sebelum meneriakkan berita
kezuhuran beliau a.s kepada seluruh warga dunia sehingga mereka semuan mendengar dan
memahami pengumuman itu dengan jelas. (Rujuk riwayat berkaitan ayat 148 surah Baqarah:
).
Melalui pengumuman itu, para mukmin dari seluruh pelusuk dunia dengan pantas akan
memberikan bai’at (janji sumpah setia) mereka kepada beliau a.s dan Nabi Isa a.s setelah
turun dari langit juga akan berbai’at kepada Imam Zaman a.s. Rujuk riwayat berkaitan ayat
ke-4 surah Syu’ara: ; di dalam kitab Muntakhab
al-Athar (Fasal 7/ Bab 8) untuk maklumat rinci.
Sebahagian kaum mukmin yang telah meninggal dunia sebelum itu dan selalu merindui
perjumpaan dengan Imam Zaman ketika hayat mereka juga akan dibangkitkan semula untuk
berbaiat kepada Imam a.s. Ketika pendukungnya mencecah angka sepuluh ribu orang, beliau
a.s akhirnya bangkit dan membebaskan kota suci Mekah sebelum berangkat ke Madinah.
(Kamal al-Din/ Halaman 378/ Hadis Nombor 2)
Dari Madinah, beliau kemudiannya menuju ke kota Kufah dan menetap di situ. Di sana, beliau
a.s akan menjadikan Kufah sebagai pusat kepada pemerintahan sejagatnya. Selepas itu, dari
Kufah, beliau akan mengutuskan bala tenteranya ke beberapa pelusuk dunia. (al-Ghaibah
(Syiekh Thusi)/ Halaman 275; Kamil al-Ziyarat/ Halaman 26/ Hadis Nombor 11)
46
Antara ciri khusus Imam yang lain ialah khabar berhubung tenteranya yang tidak akan pernah
tewas dalam peperangan dan sentiasa meraih kemenangan ke atas pihak musuh. Ini kerana,
kebanyakan warga dunia ketika itu akan tunduk dan patuh kepada tentera beliau a.s (tanpa
perlu berperang). Faktor yang menyebabkan mereka tunduk dan patuh kepada tentera tersebut
adalah mukjizah ilahi yang keluar dari Imam sendiri, penalaran serta hujjah beliau yang
memikat hati. Selain daripada itu, akhlak, nilai kemanusiaan serta kerohanian beliau yang luar
biasa juga tidak meninggalkan sebarang ruang untuk manusia mengingkari kebenaran yang
dibawanya. (Bihar al-Anwar/ Jilid 51/ Halaman 59/ Hadis Nombor 56 – dari Imam Sadiq; dan
Halaman 218/ Hadis Nombor 6 – dari Imam Baqir).
Penentangan kecil yang ditunjukkan oleh musuh Islam –seperti kaum Yahudi dan musuh
Ahlulbait– pula akan dipatahkan dengan mudah oleh Imam dan pengikutnya. Dikeranakan
itu, belahan timur dan barat dunia akan dibebaskan oleh beliau dalam masa lapan bulan sahaja.
(Rujuk: Tafsir Ahlul Bait ke atas ayat 83 surah Ali-Imran – yang telah dinyatakan pada
permulaan pelajaran ini; Bihar/ Jilid 52/ Halaman 361/ Hadis Nombor 129 – dari Imam
Shadiq)
Sepanjang proses kebangkitan Imam Zaman a.s, bukan sahaja pengikutnya akan bertambah,
bahkan para malaikat juga akan hadir membantunya dan alam tabiat juga akan tunduk patuh
kepada arahan beliau a.s. Dalam masa yang sama, ketakutan dan kegelisahan yang luar biasa
pula akan meliputi seluruh wujud tentera musuhnya dan memaksa mereka meninggalkan
sebarang bentuk rancangan untuk menentang beliau. (Bihar/ Jilid 52/ Halaman 312/ Hadis
Nombor 5 – dari Nabi s.a.w; dan Halaman 388/ Hadis Nombor 206; Halaman 327/ Hadis
Nombor 43 – dari Imam Baqir; Halaman 324/ Hadis Nombor 36 dan Halaman 356/ Hadis
Nombor 119 – dari Imam Sadiq)
Imam a.s di dalam peperangan ini akan berhadapan dengan para penguasa zalim dan taghut.
Beliau juga akan menuntut hak kaum tertindas dan membalas dendam ke atas sebarang bentuk
kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang zalim. Sementara itu, orang-orang kafir yang
berkeras kepala dengan kekafiran mereka –setelah segala hujjah selesai dibentangkan kepada
mereka– pula akan dibunuh.
47
Musuh Ahlulbait juga akan dibasmi dan segala faktor yang menjurus kepada kesesatan dan
kerosakan –seperti syaitan dari kalangan jin dan manusia– pula akan diperangi hingga
semuanya luluh musnah. Mereka yang degil, berjiwa pemberontak lagi memungkiri
kebenaran (setelah perkara itu menjadi jelas) kesemuanya akan sirna. Setelah itu, dunia akan
diliputi oleh budaya ilahi di bawah pemerintahan Imam Zaman a.s.
Moga Allah mempercepatkan kezuhuran beliau a.s.
48
Pelajaran Kesebelas: Pemerintahan Imam Mahdi a.s
(Q.s al-Hadid: 17)
“Ketahuilah kamu, bahawa Allah akan menghidupkan bumi sesudah matinya”.
Dengan bangkitnya al-Mahdi a.s serta perang dan jihad beliau ke atas musuhnya yang
berterusan selama beberapa bulan, kesemua kaum musyrik, individu yang degil, para
penzalim, pemberontak, mereka yang rosak dan sesat akan sirna. Akhirnya, seluruh dunia
akan patuh dan tunduk kepada arahan Tuhan di bawah pemerintahan Imam a.s. Berkenaan
objektif asli pemerintahan Imam a.s, al-Quran mengatakan;
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang
yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan
mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan
Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain denganKu”. (Q.s al-Nur: 55)
Berasaskan ayat di atas, terdapat empat noktah asasi berhubung dengan objektif penubuhan
pemerintahan Imam Zaman a.s yang boleh dicerapi oleh kita semua. Perkara itu merangkumi;
49
1) Pembentukan Pemerintahan Sejagat
Pemerintahan Imam Zaman adalah sebuah pemerintahan yang mendunia (sejagat). Dalam
bahasa lain, seluruh bumi akan bertukar menjadi sebuah negara dan setiap sempadan yang
wujud pada masa ini akan lenyap ketika terbentuknya pemerintahan tersebut. Seluruh manusia
–tanpa mengira perbezaan warna kulit dan lain-lain– akan membentuk sebuah bangsa dan
hanya satu kerajaan universal sahaja yang akan memerintah seluruh dunia.
2) Pemerintahan Islam Dan Tasyaiyu’
Kerajaan akhir zaman itu juga akan menggunapakai undang-undang dan kebudayaan Islam –
maksud Islam di sini adalah Islam yang diridhai oleh Allah iaitu Islam yang disifatkan oleh
Rasul s.a.w pada Hari Ghadir–. Dalam erti kata lain, Islam hakiki adalah Islam yang
mengandungi mesej dan kepercayaan terhadap sistem Imamah sepertimana yang dijelaskan
oleh ayat Akmal al-Din –yang diturunkan pada Hari Ghadir–.
Islam yang dimaksudkan di sini tidak lain tidak bukan adalah Islam Tasyaiyu’ yang membawa
kepercayaan kepada wilayah serta mesej al-Ghadir. Perkara ini sesuai dengan firman Allah
S.W.T yang berbunyi:
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku redakan Islam ini menjadi agama untuk kamu”. (Q.s al-
Maidah: 3)
Pada zaman itu –zaman terbentuknya pemerintahan akhir zaman–, Islam akan mengatasi
seluruh agama lain dan dalam masa yang sama akan memerintah seluruh alam. Al-Quran
berhubung perkara ini berkata;
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan
agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala
50
agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (Q.s Taubah: 33; al-
Saff: 9 dan al-Fath: 28 dengan lafaz yang hampir serupa)
Imam Zaman a.s pada ketika itu akan membasmi kaum munafik dan musuh-musuh Ahlulbait
dari muka bumi Allah S.W.T. Selain daripada itu, beliau a.s juga akan menghapuskan
sebarang bentuk bida’ah dan dalam masa yang sama menghidupkan semula hukum-hakam
dan sunnah yang telah dilupakan. (Bihar/ Jilid 52/ Halaman 376/ Hadis Nombor 177)
Beliau dalam erti kata lain akan memberikan nafas baharu kepada Islam dan buat kali yang
pertama akan memastikan pemerintahan ilahi tertegak di seluruh pelusuk dunia. (al-Arsyad
(Syeikh Mufid)/ Halaman 364; Bihar/ Jilid 52/ Halaman 352/ Hadis Nombor 108)
3) Tertegaknya Keadilan Dan Keamanan
Salah satu daripada objektif mulia pemerintahan Imam Zaman a.s adalah usaha untuk
menegakkan keadilan serta keamanan di seluruh dunia dan dalam mencapai perkara itu,
kezaliman dan pemaksaan dalam sebarang bentuk juga perlu dibasmi hingga ke akar umbi.
Antara ciri lain pemerintahan beliau a.s ialah pendekatan yang akan digunakannya dalam
menyelesaikan pertelingkahan di antara dua pihak di mana Imam a.s akan melihat ke dalam
batin setiap pihak -dengan cara menggunakan capaian beliau kepada ilmu Ilahi-. Dalam erti
kata lain, beliau a.s tidak lagi akan menilai zahir, saksi atau sumpah dalam menyelesaikan
isu-isu tersebut seperti yang telah menjadi lumrah dalam amalan kehakiman. Dari sudut ini,
kaedah beliau menghakimi perbezaan di kalangan ummatnya memiliki persamaan dengan
pendekatan yang digunakan oleh Nabi Daud a.s. (al-Kafi (Syeikh Kulaini)/ Jilid 1/ Halaman
397/ Hadis Nombor 1)
4) Musnahnya Syirik
Pengabdian dan ketundukan kepada Allah S.W.T –tanpa menyekutukan-Nya dengan
makhluk– adalah objektif asli kepada penciptaan seluruh alam. Objektif ini akan hanya
tercapai secara mutlak di seluruh pelusuk dunia pada era pemerintahan Imam a.s sahaja.
51
Ini kerana, Imam a.s (bersama pengikutnya) pada zaman itu akan memerangi kaum kafir dan
sebarang bentuk kekufuran dan politeisme. Walhasil, tindakan seperti itu memastikan dunia
akan hanya dipenuhi dengan penyembahan Allah S.W.T semata-mata.
Berkenaan perkara ini, al-Quran berkata;
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh
berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar”.
(Q.s al-Hajj: 41)
Sepastinya kehidupan –di bawah lembayung tauhid yang murni– pada zaman itu sangat indah
dan menyenangkan hati. Ya Allah, percepatkanlah kezuhuran Imam Zaman a.s!
52
Pelajaran Keduabelas: Pembantu Imam Mahdi a.s
(Q.s al-Maidah: 54)
“...maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga
kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan
berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-
sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela”.
Jumlah para pembantu Imam Mahdi a.s pada peringkat awalnya sama seperti bilangan
pejuang Islam di dalam perang Badar. Selepas itu, jumlah itu secara perlahan-lahan akan
bertambah sehinggalah angka tersebut mencecah sepuluh ribu orang.
Mereka (pembantu Imam Mahdi a.s) juga memiliki kedudukan yang sangat tinggi sehingga
para nabi dan wali juga mengharapkan dari Allah supaya diberikan kesempatan untuk menjadi
para pembantu Imam Mahdi a.s. (Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 323/ Hadis Nombor 33
– dari Imam Sajad; Kamal al-Din/ Jilid 2 Halaman 654/ hadis Nombor 2 – dari Imam Sadiq)
Berhubung perkara ini, Imam Sadiq a.s –seperti yang telah dibahaskan di dalam pelajaran
kelapan– juga berharap menjadi pembantu kepada Imam Mahdi a.s dengan berkata;
Jika aku mampu mencerap era al-Mahdi, seluruh hari dalam umurku akan kuhabiskan
dalam berkhidmat kepadanya. (al-Ghaibah (Na’mani)/ Halaman 245/ Hadis Nombor 46)
Juga di dalam matan doa-doa yang disarankan kepada kita untuk dibaca, terdapat permohonan
berulang –dari kita– kepada Allah S.W.T supaya dianugerahkan dengan makam ini sekaligus
53
menunjukkan bagaimana agama Islam memandang tinggi kedudukan tersebut. Sebagai
contoh;
“Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan pembantu, penolong, pembela dan mereka yang
segera berusaha untuk menunaikan hajat-hajatnya serta dari kalangan mereka yang
melaksanakan perintahnya, tegas membelanya, segera akur kepada iradahnya dan
merangkul syahadah di sisinya! (Mafatih al-Jinan – Doa ‘Ahd/Janji Setia)
Akan tetapi, kedudukan dan makam ini hanya akan terhasil buat seseorang jika individu
tersebut memiliki beberapa sifat dan kesempurnaan yang khusus. Jadi, alangkah baiknya bagi
seseorang itu jika dia mengetahui sifat-sifat tersebut sehingga dengan usaha keras, dia mampu
meraih kesempurnaan-kesempurnaan berkaitan sehingga Allah S.W.T meletakkannya di
dalam saf para pembantu Imam Mahdi a.s.
Sebahagian daripada sifat dan kesempurnaan pembantu Imam Mahdi a.s seperti yang
dinukilkan dalam riwayat adalah seperti berikut;
1) Ibadah Dan Ketakwaan
Para pembantu Imam Mahdi a.s adalah mereka yang benar-benar mengabdikan diri mereka
kepada Allah S.W.T. Selain daripada itu, mereka juga adalah para abid (ahli ibadah) dan ahli
takwa yang hakiki. Berkaitan perkara ini, Imam Sadiq a.s bersabda;
“Mereka adalah para lelaki yang menghidupkan malam dengan ibadah. Ketika solat, bisikan
mereka sama seperti bunyi lebah madu”. (Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 308/ Hadis
Nombor 82)
54
Memandangkan sifat ‘mereka yang gigih berusaha’ dan ‘mereka yang menghidupkan malam
dengan ibadah’ adalah dua sifat yang jarang terhimpun di dalam satu individu, bagi
mengelakkan sebarang bentuk salah faham, Imam Sadiq a.s di dalam hadis lainnya berkata;
“Sujud meninggalkan kesan di atas dahi mereka, mereka ibarat singa di siang hari dan sibuk
berzikir di malam hari ....” (Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 386/ Hadis Nombor 202)
2) Kudrat Dan Usaha Gigih
Para sahabat Imam kebanyakannya terdiri dari golongan pemuda sedangkan orang-orang
berusia sangat sedikit sekali boleh ditemui di kalangan mereka. Amir al-Mu’minin sehubung
perkara ini berkata;
“Para sahabat Mahdi adalah para pemuda sedangkan golongan berusia dari kalangan
mereka sangat sedikit sekali umpama alis mata dan garam di dalam makanan”. (al-Ghaibah
(Syeikh Thusi)/ Halaman 476/ Hadis Nombor 501)
Usia muda adalah rahsia kepada kemampuan, usaha gigih yang tidak mengenal lelah dan sifat
cinta jihad mereka. Perkara ini penting kerana, tanggungjawab berat yang berada di hadapan
mereka memerlukan kudrat, keberanian dan sikap tidak mengenal lelah untuk digalas dan
diselesaikan.
“Setiap dari mereka memiliki kekuatan yang sama dengan empat puluh lelaki. Mereka
memiliki hati yang kuat seperti besi baja sehingga jika gunung besi berada (di antara mereka
dan objektif mereka), mereka pasti akan menghancurkannya hingga ke akar umbi. Pedang-
pedang mereka tidak disarung sehingga mencapai keridhaan Allah S.W.T”. (Kamal al-Din/
Jilid 2/ Halaman 673/ Hadis Nombor 26)
Di dalam hadis lain daripada Imam Ali a.s, kita membaca;
55
“Jika mereka diberikan tugas untuk menghancurkan sebuah bandar, mereka akan
meluluhkan bandar itu (dengan kepantasan) seperti seekor helang yang duduk di atas kuda”.
(Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 308/ Hadis Nombor 82)
3) Iman Dan Basirah
Para pembantu Imam Mahdi a.s juga memiliki ilmu, basirah serta iman yang kuat. Mereka
mengenal Tuhan dengan makna yang hakiki dan tiada sebarang bentuk keraguan di dalam
hati mereka mengenai-Nya. Mereka dalam riwayat yang pelbagai disifatkan sebagai ‘para
lelaki yang mengenali Allah dengan hakikat yang benar’.1 (Kasyf al-Ghummah (Arbili)/ Jilid
3/ Halaman 268 – dari Amir al-Mu'minin; Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 308/ Hadis
Nombor 82)
Mereka juga tidak pernah merujuk kepada sumber lain selain al-Quran dan hadis para Ma’sum
apabila menimba ilmu. Pengetahuan mereka berhubung isu keagamaan juga sangat
mendalam. Imam Sadiq seperti yang dinukilkan di dalam kitab al-Kafi (Jilid 1 Halaman 429
Hadis Nombor 83, dari Imam Baqir a.s yang menafsirkan ayat 157 surah A’raf :
), berkaitan dengan sifat mereka yang ini berkata;
“Para mu’min yang mana Allah telah tempatkan Mahdi a.s di kalangan mereka adalah
individu yang terpilih, lagi layak menghukum serta memerintah dan faqih di dalam (urusan)
agama” (Dala’il al-Aimmah (Thabari)/ Halaman 310)
4) Keterikatan Hati Dan Ketaatan Menjalankan Perintah
Cinta dan keterikatan hati kepada Imam Mahdi a.s telah memenuhi seluruh ruang hati para
pembantu beliau a.s. Mereka umpama hamba wanita di hadapan tuannya dari segi ketaatan
terhadap Imam a.s dan mereka juga sentiasa patuh menuruti arahan beliau a.s. Para pembantu
1
56
al-Mahdi juga tidak akan pernah meninggalkan beliau a.s di dalam apa keadaan sekalipun.
Berhubung perkara ini, Imam Sadiq a.s berkata;
“Para pembantu al-Mahdi menyentuh hiasan tunggangan Imam mereka untuk bertabarruk1
(mengambil berkah). Mereka sentiasa dilihat mengelilingi Imam dan mereka (ridha)
mempertaruhkan jasad serta nyawa mereka sendiri sebagai perisai beliau a.s di dalam
peperangan. Mereka juga akan melaksanakan segala yang diminta Imam dari mereka”.
(Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Halaman 308/ adis Nombor 82)
Di akhir pelajaran ini, sebuah panduan dari Imam keenam iaitu Imam Sadiq a.s akan
dinukilkan buat pedoman kita semua. Beliau a.s berkata;
“Barangsiapa yang ingin menjadi pembantu Imam Mahdi a.s, maka dia perlu menanti
kezuhuran beliau. Dia juga perlu menjaga kesucian diri dan beramal dengan akhlak yang
mulia sepanjang penantiannya terhadap kezuhuran beliau a.s”. (al-Ghaibah (Na'mani)/
Halaman 200/ Hadis Nombor 16)
Alangkah baiknya jika pelajaran ini kita tamatkan dengan membawa sebait doa dari Imam
Ridha a.s (berhubung perkara ini) sehingga kita mampu menjadi sepertinya dalam memohon
kepada Allah S.W.T ke atas perkara yang sama.
“Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan mereka yang Kau jadikan wasilah dalam
membantu agama-Mu dan di kalangan mereka yang dengannya akan Dikau bantu wali-Mu
serta janganlah Kau gantikan kami dengan yang lain!” (Mafatih al-Jinan: Dua Subuh
Jumaat)
1 Mengambil berkah dari sesuatu seperti seseorang itu mengambil berkah daripada kiswah Ka’bah.
57
Pelajaran Ketigabelas: Hak-Hak Imam Mahdi a.s Ke Atas Kita
(Q.s Luqman: 14)
“...bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu...”
Imam Mahdi a.s dari perspektif yang pelbagai memiliki hak yang banyak ke atas kita semua
di mana dengan memberikan perhatian terhadap perkara-perkara itu, kita pasti akan lebih
berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap beliau a.s. Di dalam pelajaran ini,
sebahagian kecil daripada hak-hak itu akan dibahaskan secara ringkas;
1) Hak Seorang Pemberi Hidayah Dan Pendidik
Hidayah Allah hanya sampai kepada manusia dengan wasilah para anbiya’ dan wasi mereka.
Para pemberi hidayah dan pendidik ilahi pada zaman kita ini adalah Imam Mahdi a.s itu
sendiri. Oleh kerana itu, sebarang bentuk hak yang dimiliki oleh seorang pendidik ke atas
anak muridnya serta sebarang bentuk hak yang dimiliki oleh seorang pemberi hidayah ke atas
mereka yang menerima hidayah juga pasti dimiliki oleh Imam Mahdi a.s ke atas seluruh kaum
mu’min di zaman ini.
2) Hak Ibu Dan Bapa
Walaupun ibu dan bapa memiliki hak yang sangat besar ke atas anak-anak mereka, akan
tetapi, hak ibu dan bapa yang hakiki –pada setiap zaman– sebenarnya dimiliki oleh Imam dan
para pemimpin ilahi semata-mata. Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w, memperkenalkan
dirinya dan Imam Ali a.s sebagai bapa kepada umat Islam. (al-Mufradat (Raghib): di bawah
kata Ab)
Sikap prihatin Imam Zaman a.s terhadap umat dan usaha berterusan beliau untuk
memperbaiki mereka sepastinya lebih tinggi daripada keprihatinan dan usaha mereka yang
58
lain. Di samping itu, kasih sayang dan keterikatan hati beliau a.s terhadap para pencinta dan
pengikutnya juga tiada taranya jika dibandingkan dengan kasih sayang dan keterikatan hati
mereka yang lain. Oleh kerana itu, Imam Ridha a.s di dalam sebuah riwayat, menyifatkan
seorang imam sebagai berikut;
“Imam umpama sahabat yang rapat, bapa yang prihatin, saudara yang penyayang dan ibu
yang baik terhadap anak kecilnya sendiri”. (al-Kafi/ Jilid 1/ Halaman 200/ Hadis Nombor
1)
3) Hak Seorang Khalifah Dan Sultan
Khalifah dan pemerintah yang dilantik oleh Allah S.W.T sepastinya memiliki hak yang besar
ke atas umat. Tanpa syak dan ragu –seperti yang telah dibahaskan di dalam perbahasan
Imamah–, para Hujjah Allah adalah khalifah dan pemerintah hakiki di zaman mereka.
Walhasil, pada hari ini, khalifah dan pemerintah hakiki –yang datang dari Allah S.W.T kepada
kita– pastilah Imam Mahdi a.s sahaja. Dalam erti kata lain, kita semua adalah rakyat jelata
beliau a.s. Oleh kerana itu, Imam Mahdi a.s sepastinya memiliki seluruh bentuk hak yang
dimiliki oleh seorang khalifah dan pemerintah ke atas rakyatnya.
Selepas mendalami seluruh perkara di atas dengan baik, kita dengan jelas mampu mencerap
bahawa Imam Mahdi a.s adalah seorang pemberi hidayah, pendidik, ibu bapa hakiki serta
pemerintah zaman ini. Pemahaman ini pula akan membawa kita kepada beberapa siri hakikat
yang lain; iaitu hakikat yang berhubung dengan tanggungjawab kita terhadap beliau –setelah
mengambil kira setiap kedudukan beliau miliki terhadap diri kita itu tadi–. Dari sudut yang
lain, jelas bagi kita bahawa tindakan melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak
beliau itu tadi adalah penting dan wajib.
59
Berhubung perkara ini, kita di dalam Doa Nudbah, sentiasa memohon kepada Allah dengan
membaca bait berikut;
“Ya Allah, bantulah kami dalam menunaikan hak-hak beliau a.s ke atas kami!” (Mafatih al-
Jinan/ Bait-bait akhir Doa Nudbah)
60
Pelajaran Keempatbelas: Tanggungjawab Kita Terhadap Imam Mahdi
a.s.
(Q.s Taubah: 119)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu
berada bersama-sama orang-orang yang benar”.
Setiap orang Islam, khususnya mereka yang di era ini, menggalas tanggungjawab penting
terhadap Imam Mahdi a.s. Dalam erti kata lain, Imam Zaman a.s memiliki hak-hak yang
pelbagai terhadap kita semua dan perasaan berterima kasih yang merupakan sebahagian
daripada fitrah manusia memanggil kita untuk berusaha keras dalam menunaikan semua
tanggungjawab tersebut.
Tanggungjawab ini begitu banyak sekali sehingga sebahagian daripada cendekiawan Islam
menulis buku dan mengkhaskan bab-bab di dalam kitab mereka untuk menerangkan perkara
itu. Di dalam sebuah kitab, tanggungjawab itu bahkan mencapai angka lapan puluh. (Mekyal
al-Makarem (Mirza Muhammad Taqi Musawi Isfahani)/ Jilid 2/ Fasal 8).
Di dalam modul ini, para pembaca akan diperkenalkan secara ringkas kepada sebahagian
daripada tanggungjawab berkaitan:
1) Kecintaan
Setiap kali seseorang itu cuba mengkaji konsep kecintaan ke atas Ahlulbait secara insaf, dia
pasti akan tiba kepada ayat al-Quran yang mewajibkan kecintaan dan kasih-sayang terhadap
Ahlulbait Nabi s.a.w ke atas seluruh kaum muslim.
61
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepadamu sebarang upah atas
dakwahku kecuali kecintaan kepada keluargaku (Q.s Syura: 23)
Tanpa syak lagi bahawa pada zaman ini di kalangan ahli keluarga Nabi s.a.w tiada seorangpun
yang memiliki hubungan kekerabatan yang begitu rapat dengan baginda s.a.w melainkan
Imam Mahdi a.s itu sendiri. Pendek kata, pada era ini, Imam Mahdi a.s adalah putera Nabi
s.a.w yang paling nyata dan unggul. Dikeranakan perkara ini (dengan mengambil kira ayat al-
Quran di atas), kecintaan terhadap beliau a.s dengan sendirinya adalah wajib ke atas kita.
Sekalipun kecintaan terhadap Ahlulbait itu adalah sebahagian daripada pemberian Allah
S.W.T (kepada makhluknya), akan tetapi, perkara itu (rasa cinta) boleh dipertingkatkan
dengan memperbanyakkan komunikasi dan perujukan terhadap beliau a.s. (Tuhaful Uqul (Ibn
Sya’beh)/ Halaman 313 – dari Imam Shadiq). Oleh kerana itu, seseorang itu mampu
memenuhkan rasa cinta terhadap beliau a.s di dalam wujud dirinya (Insyallah) dengan
merujuk kitab-kitab yang membahaskan perihal beliau, memperbanyakkan maklumat tentang
karamah yang datang dari beliau ketika membantu para pengikutnya, bertawassul kepadanya
dan lain-lain.
2) Doa
Siapapun yang menyintai Imam Zaman a.s pastilah tidak akan berasa senang dengan kejauhan
dan keterasingannya sendiri daripada beliau a.s. Berasaskan perkara itu –seperti mana
individu yang jauh dari apa yang dicintainya– dia pasti akan sentiasa berdoa bagi
mempercepatkan kezuhuran beliau a.s. Imam Mahdi a.s sendiri berkaitan dengan perkara ini
di dalam hadis tauqi’i bersabda;
Dalam mempercepatkan urusan kezuhuran, perbanyakkanlah berdoa di mana doa-doa itu
sendiri adalah pemudah urusan-urusan kalian kelak. (Kamal al-Din (Syeikh Saduq)/ Hadis
ke- 485/ Hadis 4)
62
3) Menanti
Menurut ajaran Ahlulbati a.s, amalan terbaik di zaman ini buat kita semua adalah penantian
terhadap kezuhuran Imam Zaman a.s itu sendiri. Perkara itu boleh didapati di dalam hadis-
hadis yang secara jelas memperkenalkan penantian terhadap kezuhurannya sebagai ibadah
dan jihad yang tertinggi di dalam Islam. Berkaitan perkara ini, Rasulullah s.a.w sendiri
bersabda;
“Amalan terbaik yang dilaksanakan oleh umatku adalah penantian terhadap kezuhuran
Imam Mahdi a.s.” (Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Bab 22/ Hadis Nombor 2, 7, 11, 21, 33, dan 65)
Di dalam riwayat lain, kemuliaan para penanti beliau a.s telah disamakan dengan kemuliaan
ahli Badar (mereka yang berperang bersama Nabi s.a.w di dalam perang Badar) dan mereka
yang berada di dalam kem Imam Zaman a.s ketika beliau a.s bangkit berperang dengan para
musuhnya kelak. (Bihar al-Anwar/ Jilid 52/ Bab 22, Hadis nombor 14, 15, 16, 30, 50, 53, 55,
56, 57, dan 69)
Setelah memahami ketinggian makam para penanti, kini tiba masanya untuk kita mencerap
dengan baik maksud penantian kezuhuran itu sendiri. Pemahaman yang baik ke atas konsep
ini mampu mengelakkan pelbagai bentuk kesesatan yang wujud di dalam perjalanan seorang
penanti. Penantian tidak lain tidak bukan adalah perasaan cinta untuk melihat tertegaknya
kebenaran dan pemerintahan agung beliau a.s.1 Penantian juga boleh dimaknakan dengan
perasaan cinta untuk melihat kemunculan beliau a.s yang dikasihi.
Untuk memudahkan pencernaan para pembaca terhadap konsep ini, adalah baik sekiranya
para pembaca meletakkan dirinya di dalam kedudukan individu yang menunggu kekasihnya
sendiri. Bukankah para pembaca akan sentiasa berasa resah dan keresahan itu pula akan
terzahir dengan kekerapan melihat jam, berselawat, melaknat, bernazar dan lain-lain? Perkara
ini semualah yang digelar sebagai penantian. Pendek kata, dalam menanti kezuhuran Imam
1 Erti penantian dalam konteks perbahasan modul ini.
63
Mahdi a.s, insan yang menggelar dirinya sebagai penanti Imam Zamannya perlulah memiliki
ciri-ciri di atas.
Juga jelas bahawa selain daripada natijah kepada makrifat dan basirat terhadap makam serta
gerakan-gerakan ilahi Imam Zaman a.s, penantian juga terhasil daripada rasa cinta seseorang
itu terhadap beliau a.s. Penantian seperti ini pula pada gilirannya tidak akan pernah terhasil
melainkan dengan doa, usaha memperbaiki dan mempersiapkan diri bagi kezuhuran beliau
a.s.
4) Komunikasi
Sebahagian daripada tanggungjawab mereka yang memiliki keimanan kepada Imam
Zamannya adalah sentiasa mengingati beliau, berusaha merasai kehadiran beliau di dalam
ibadah Haji (dan ibadah-ibadah lain) serta dalam masa yang sama meningkatkan upaya untuk
mengambil manfaat daripada kewujudan beliau a.s. Pendek kata, seseorang itu perlu berusaha
keras untuk mengekalkan komunikasinya dengan Imam Zaman a.s tanpa mengambil kira
sama ada dia berada di dalam era keghaiban atau kehadiran beliau a.s.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu
(lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan berkomunikasilah dengan
satu sama lain serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan). (Q.s Ali-Imran: 200)
Imam Baqir a.s, ketika menafsirkan ayat di atas bersabda;
“(Mereka) bersabar dalam menjalankan kewajiban, juga bersabar ketika berhadapan
dengan musuh dan berusaha untuk memperkukuhkan komunikasi dengan Imam yang mereka
nantikan”. (Tafsir Burhan (Syed Hasyemi Bahrani)/ Jilid 1/ Halaman 334/ Hadis Nombor 2,
3, dan 12)
64
Setelah membahaskan serba sedikit tentang komunikasi dengan Imam Zaman a.s, adalah
penting untuk kita mengetahui bahawa keghaiban beliau a.s bukanlah satu penghalang kepada
komunikasi itu tadi. Ini kerana, keghaiban hanyalah penghalang kepada rahmat yang
berkaitan dengan kehadiran fizikal beliau a.s dan sama sekali tidak akan menjadi hijab kepada
komunikasi spiritual dan batin kita dengannya.
Antara kaedah amali yang boleh dipraktikkan oleh kita dalam memperkukuhkan hubungan
ini adalah dengan bertawassul kepadanya khususnya apabila berhadapan dengan musibah dan
masalah kehidupan. Pendekatan ini sangat praktikal memandangkan insan di dalam
kehidupannya tidak akan pernah bebas daripada sebarang bentuk musibah dan masalah yng
timbul di dalam hidupnya –tidak kiralah sama ada masalah terkait dengan isu kepercayaan,
akhlak, kebendaan dan kerohanian, masalah peribadi, masyarakat atau keluarga dan lain-lain–
. Dengan bertawassul kepada beliau, kita sebenarnya mengharapkan beliau hadir di dalam
hidup kita untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga doa yang disarankan kepada kita untuk membacanya secara
berterusan seperti doa ‘Allahumma Kun Liwaliyik’ –khususnya di setiap solat fardhu–, doa
‘Ahd –di subuh hari–, ziyarah Ali Yasin –sekali seminggu–, dan lain-lain lagi turut berkesan
dalam memperkukuhkan komunikasi kita dengan Imam Zaman a.s.
Moga Allah a.w.t menambahkan makrifat kalian berhubung dengan tanggungjawab kalian
terhadap Imam Zaman a.s dan menjadikan doa-doa kalian terhadap beliau a.s sebagai kunci
terhadap penyelesaian masalah kalian!
65
Pelajaran Kelimabelas: Hadis-Hadis Tentang Imam Mahdi a.s
(Q.s: Hasyr: 7)
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah
serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya.
Pada hari ini, di tangan kita terdapat pelbagai kata-kata pedoman yang datang dari Imam
Zaman a.s melalui jawapan-jawapan yang beliau a.s berikan terhadap soalan-soalan bertulis
yang sampai kepadanya melalui naib berempat.
Jawapan-jawapan bertulis beliau a.s (yang telah menghiasi pelbagai kitab seperti kitab Kamal
al-Din/ Syeikh Saduq dan kitab al-Ihtijaj/ Syeikh Thabarsi) terhadap surat-surat yang berisi
soalan-soalan daripada pengikutnya secara istilahnya dikenali sebagai tauqi’.
Selain daripada jawapan bertulis Imam a.s, kita juga pada hari ini memiliki capaian kepada
nasihat-nasihat lisan beliau a.s kepada mereka yang memiliki kesempatan menemuinya tidak
kira sama ada pertemuan itu berlaku pada era keghaiban sughra atau kubra.
Himpunan tauqi’, kata-kata, doa dan secara keseluruhannya semua hadis yang dimansubkan
kepada beliau a.s telahpun dikumpulkan di dalam kitab-kitab yang pelbagai. Adapun, kitab
yang tersohor di antara kitab-kita itu tadi pastilah kitab Kamal al-Din tulisan Marhum Hasan
Syirazi. Kitab yang merangkumi tiga jilid itu turut disertai dengan beberapa tambahan dan
senarai isi kandungan.
Hadis-hadis dari Imam Mahdi a.s adalah khazanah ilmu Syiah yang merangkumi subjek-
subjek yang pelbagai termasuk perbahasan tauhid, tafsir al-Quran, imamah (kepimpinan),
kedudukan Ahlul Bait, dalil penolakan akidah dan maktab-maktab sesat, dalil penolakan
terhadap mereka yang secara palsu mendakwa diri mereka sebagai Imam dan wakilnya,
penerangan berhubung masalah yang pelbagai di sekitar perbahasan Mahdawiyyah (seperti
66
isu ghaibah dan kemunculan), penyampaian doa-doa serta zikir yang baru kepada ummat
(doa-doa seperti doa iftitah, ziyarah Ali Yasin dan doa di era keghaiban kebanyakannya
sampai ke tangan kita melalui surat Imam Mahdi a.s), perbahasan akhlak, fikah dan lain-lain
lagi.
Sekalipun sebahagian daripada kalimah-kalimah berharga Imam Mahdi a.s telah dibahaskan
di dalam pelajaran-pelajaran lepas (rujuk pelajaran kelima, ketujuh, kesembilan, kesepuluh
dan keempatbelas yang mana secara keseluruhannya merangkumi tujuh hadis dari Imam
Mahdi a.s), di dalam pelajaran ini, sebahagian lain daripada hadis-hadis beliau akan
diutarakan buat para pembaca dengan harapan kalimah-kalimah itu mampu menjadi penerang
hati kita semua.
1) Penciptaan Bukanlah Sesuatu Yang Sia-Sia Dan Tidak Bertujuan
Imam Mahdi a.s: Tuhan yang Maha Tinggi sama sekali tidak mencipta alam ciptaan secara
sia-sia dan tidak pula melepaskan mereka tanpa sebarang tujuan. (Bihar al-Anwar/ Jilid 53/
Halaman 194/ Hadis Nombor 21 – Jawapan Imam a.s kepada Ahmad Bin Ishaq Qomi ketika
menolak dakwaan Ja’far Kazzab yang mengakui dirinya sendiri sebagai Imam)
2) Kewajiban Wujudnya Hujjah Ilahi Di Sepanjang Zaman
Imam Zaman a.s berkata: Sesungguhnya bumi tidak akan pernah kosong dari hujjah Allah,
sama ada (hujjah itu) hadir secara jelas atau tersembunyi. (Kamal al-Din/ Jilid 2/ Halaman
511/ Hadis Nombor 42 – Imam Mahdi ketika bercakap kepada naib pertama dan kedua beliau
ketika menolak dakwaan Ja'far Kazzab yang mengakui dirinya sendiri sebagai Imam)
3) Penolakan Terhadap Dakwaan Mereka Yang Secara Palsu Mengaku Diri Mereka
Sendiri Sebagai Imam
67
Imam a.s bersabda: Sesungguhnya hak bersama kami dan berada di sisi kami. Tidak berkata
mereka yang lain (selain kami) hakikat ini melainkan mereka itu penipu. (Kamal al-Din/ Jilid
2/ Halaman 511/ Hadis Nombor 42 – Imam Mahdi ketika bercakap kepada naib pertama dan
kedua beliau ketika menolak dakwaan Ja’far Kazzab yang mengakui dirinya sendiri sebagai
Imam)
4) Faedah Imam Yang Ghaib a.s
Imam as bersabda: Sesungguhnya cara mereka memperolehi manfaat (dari wujudku) dalam
keghaibanku umpama mereka mengambil manfaat dari sinar matahari yang tersembunyi di
balik awan. (Kamal al-Din/ Jilid 2/ Halaman 485/ Hadis Nombor 4 – Jawapan Imam a.s
kepada soalan-soalan Ishaq Bin Ya’kub)
5) Ketika Memperkenalkan Kedudukan Beliau Sendiri
Imam as bersabda: Sesungguhnya aku adalah penutup para wasi dan Tuhan menjauhkan bala
dari keluarga dan Syiahku melalui (wujud) diriku. (Kamal al-Din/ Jilid 2/ Halaman 441/
Hadis Nombor 12 – Ketika berakata-kata kepada Abu Nasr Tharif sebelum mencapai makam
imamah)
6) Peri Penting Mencari Ilmu Agama Dari Ahlul Bait a.s
Imam Zaman a.s bersabda: Pencarian ilmu agama daripada mereka yang lain –selain kami–
adalah punca yang menarik seseorang untuk mengingkari kami. (Kitab Din Wa Fitrah (Ali
68
Ridha Mudarres Ghurawi)/ Jilid 1, Mukadimah – kitab ini ditulis selepas perjumpaan dengan
penulis dengan Marhum Ayatullah Mirza Mahdi Isfahani)
7) Petunjuk Ilahi Hanya Datang Selepas Usaha dan Pencarian
Imam Mahdi a.s berkata: Jika engkau memohonkan hidayah, kau pasti akan menemuinya dan
jika engkau mencari(nya), engkau pasti akan memperolehinya. (Kamal al-Din/ Jilid 2/
Halaman 509/ Hadis Nombor 38 – Ketika menasihati seorang hamba Allah S.W.T yang
mencari petanda berkaitan dirinya a.s)
8) Sebab Kejauhan Para Individu Daripada Perjumpaan Dengan Imam Mahdi a.s
Imam a.s bersabda: Seseorang itu tidak akan jauh dari kami melainkan jika kelakuan buruk
mereka dilaporkan kepada kami. (Bihar al-Anwar/ Jilid 53/ Halaman 177/ Hadis Nombor 8
– Tauqi’ kedua Syeikh Mufid pada tahun 412)
9) Tanggungjawab Seorang Syiah Di Zaman Keghaiban
Imam a.s bersabda: Setiap dari kalian perlu beramal dengan amalan yang mendekatkan
kalian kepada kasih sayang kami dan menjauhkan diri dari amalan yang mendekatkan kalian
kepada kemarahan dan kesedihan kami. (Bihar al-Anwar/ Jilid 53/ Halaman 176/ Hadis
Nombor 7 – Tauqi’ pertama Syeikh Mufid pada tahun 410)
69
10) Fadilat Sembahyang
Imam Mahdi a.s berkata: Tiada amalan yang lebih baik dalam menyapu tanah ke atas
hidungnya syaitan melainkan sembahyang. (Kamal al-Din/ Jilid 2/ Halaman 520 Hadis
Nombor 49 – Imam Mahdi ketika menjawab soalan Muhammad Bin Ja’far Asadi)
11) Fadilat Sujud Syukur
Imam Mahdi a.s berkata: Sujud syukur adalah salah satu daripada sunnah yang paling
penting dan disarankan. (Bihar al-Anwar/ Jilid 53/ Halaman 161/ Hadis Nombor 3 – Imam
Mahdi ketika menjawab soalan Muhammad Bin Abdullah Himairi pada tahun 307 Hijrah)
12) Tidak Menyalahgunakan Harta Benda Imam a.s
Imam Mahdi a.s berkata: Barangsiapa yang memakan (menggunakan) harta kami (secara
tidak sah), maka sesungguhnya dia telah memakan api di dalam perutnya dan akan segera
ke neraka jahanam. (Kamal al-Din/ Jilid 2/ Halaman 520/ Hadis Nombor 49 – Imam Mahdi
ketika menjawa soalan Muhammad Bin Ja’far Asadi)
top related