ksj
Post on 04-Apr-2018
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 KSJ
1/99
Nozi Danisya
1
DANI melurut rambutnya ke
belakang. Dia mengeluh lagi.
Matanya kini terarah pada seraut
wajah lembut ibunya.
Apa ni mama? Apa semua ni?
Zarina tersenyum nipis. Tidak tahu apa yang harus
dikatakannya. Ketegangan Dani jelas ketara. Lebih baik dia
berdiam diri dahulu kerana anak tunggalnya itu agak baran
orangnya. Tidak wajar rasanya menambah kerunsingan pada
wajah kesayangannya itu.Dani beralih merenung ke arah Dahlia pula.
Menyorot tajam ke anak mata gadis itu. Bagai seekor harimau
yang ingin menerkam mangsanya, begitulah gaya Dani setiap
kali berhadapan dengan Dahlia. Ada saja yang tidak kena di
matanya. Ada saja kesalahan gadis itu yang dicarinya. Dia
memang tidak pernah menyukai gadis itu. Tidak pernah suka
dengan kehadiran Dahlia di rumahnya. Baginya Dahlia punyai
agenda tersembunyi. Gadis itu mendekati keluarganya dengan
niat jahat. Sejak itu dia sentiasa mengesyaki setiap tindak-
Bab
1
-
7/31/2019 KSJ
2/99
Kerana Sebuah Janji
2
tanduk Dahlia. Sentiasa mengawasi dengan matanya. Dan hari
ini sudah terbukti jelas. Sangkaannya pada Dahlia nyata tidak
meleset. Masakan dia boleh berdiam diri begitu saja?
Dahlia menikus di satu sudut rumah itu. Wajahnya
tunduk. Tiada keberanian untuk menentang mata Dani. Hati
kecilnya turut kecut bila memikirkan kemungkinan-
kemungkinan yang bakal dia hadapi selepas ini. Dia amat
pasti Dani sudah tersalah tasir. Kerana lelaki itu sentiasa
berburuk sangka padanya. Lelaki itu tidak pernah mahumemberi peluang untuknya. Tidak pernah sudi berbaik-baik
dengannya. Jadi, apa lagi yang harus dia lakukan? Baginya
berserah dan berlindung pada Allah adalah keputusan yang
paling bijak pernah dia kirkan buat masa ini. Kerana dia
tahu Allah Maha Melindungi. Allah pasti melindungi dirinya.
Malah dia percaya Allah pasti merencanakan yang terbaik
untuk dirinya. Jadi apa yang perlu dia khuatiri lagi? Tawakalsaja, itulah jawapannya. Namun setabah-tabah hatinya, bila
berdepan dengan tingkah Dani, sedikit sebanyak dia tidak
mampu untuk bertahan. Kerenah lelaki itu betul-betul
mencabar hati kecilnya.
Pandangan Dani beralih semula ke arah Anuar,
peguam arwah ayahnya.Tak boleh cancelke?
Maa Encik Dani, tak boleh.
Kalau saya tak ikut wasiat tu?
Risikonya seperti yang saya sebutkan tadi.
Dani mengeluh lagi. Kali ini tubuhnya dihempas ke
soa empuk. Soa yang diimport khas dari Itali itu cukupselesa menyokong tubuhnya yang mula lelah. Perkhabaran
dari peguam itu benar-benar membuat kepalanya berdenyut.
Jari-jemarinya mula menggagau dahi dan memicit perlahan.
-
7/31/2019 KSJ
3/99
-
7/31/2019 KSJ
4/99
Kerana Sebuah Janji
4
supaya jangan mengeluh. Mengeluh itu tidak baik. Itu siat
orang yang tidak bersyukur. Dahlia beristighar panjang.
Perlahan-lahan dia angkat punggung dan mencapai
tudung yang sentiasa tersedia di belakang pintu bilik. Dahlia
tersenyum nipis. Belum lagi kakinya melangkah ke dapur,
bau masakan Kak Miah sudah menusuk ke hidung. Kasihan
Kak Miah, hari ini dia tak ada mood langsung hendak
menolong pembantu rumahnya itu di dapur.
Assalamualaikum, Kak Miah.
Eh, Lia, walaikumsalam.
Kak Miah masak apa malam ni?
Kuetiau goreng. Puan kata tak nak makan nasi
malam ni. Lia nak makan apa? Akak masakkan.
Tak apalah kak, Lia tak ada selera nak makan.
Jangan macam tu, karang perut tu masuk angin, lain
pulak ceritanya. Akak tengok dari siang tadi Lia tak lalu makan.
Dahlia hanya tersengih.
Nak makan apa? Akak tengah rajin ni.
Dahlia tergelak kecil.
Tak apalah kak, tak payah susah-susah. Kalau Lialapar, nanti Lia masak sendiri ya.
Hmmm, suka hatilah. Mari rasa kuetiau akak ni,
sedap tau... rugi Lia tak makan.
Dahlia tergelak. Dia mencapai garu dan piring
untuk merasa keenakan kuetiau goreng Kak Miah. Agar
pembantu rumah itu tidak berkecil hati sebenarnya.
Ha, sedap tak? Sedap?
Kalau Kak Miah yang masak, memanglah sedap.
Salmiah tersenyum bangga.
-
7/31/2019 KSJ
5/99
Nozi Danisya
5
Kalau gitu, ambil lagi. Tambah.
Eh, tak nak, tak nak. Lia nak rasa aja. Tak nakmakan banyak.
Kenapa?
Tiba-tiba satu suara dari arah belakang menerjah.
Dahlia berpaling. Degup jantungnya berdetak laju. Selaju
kereta api ekspres yang sedang menuju ke destinasinya.
Mendengar suara keras Dani itu saja sudah cukup untuk
memberitahu segala-galanya. Dani sengaja ingin cari pasal.
Dahlia berpaling semula. Dia memilih untuk diam.
Kenapa tak nak makan banyak? On diet?
Dia kata tak ada selera Encik Dani.
Dani menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya
berhadapan dengan Dahlia. Gadis itu menguis-nguis sayurkucai yang berbaki di dalam piring. Seleranya yang memang
tiada, terus mati dengan kehadiran lelaki itu.
Encik Dani nak makan? Akak ambilkan.
Mama mana? soal Dani tanpa mengendahkan
soalan Salmiah.
Dalam bilik lagi. Nak akak panggilkan ke?
Dani mengangguk perlahan. Tanpa berlengah lagi,
Salmiah melangkah meninggalkan Dahlia dan Dani di dapur.
Suasana sepi seketika. Dani merenung tepat Dahlia yang
tertunduk membisu. Jika bersamanya memang gadis itu
jarang bercakap. Mungkin juga salah dirinya yang sentiasa
mencari pasal. Dia akui itu. Memang dia sengaja mencipta
kesakitan lewat kata-katanya. Dia memang sengaja menyakitihati Dahlia. Memang dia berniat begitu.
Dahlia masih tertunduk. Dia tahu Dani sedang
memerhatikannya. Perhatikannya bagai dia seorang pesalah
-
7/31/2019 KSJ
6/99
-
7/31/2019 KSJ
7/99
Nozi Danisya
7
Suara Dani mula mengeras. Geram dengan
perlakuan Dahlia yang suka buat orang tertanya-tanya. Inilah
salah satu sikap Dahlia yang dia tidak suka. Berdiam diri.
Suka sangat berdiam diri. Ada permatakah dalam mulut gadis
itu? Sampai susah sangat dia hendak mendengar suaranya?
Namun jika dikirkan semula, Dahlia hanya berdiam diri
dengan dia sorang aja. Dengan orang lain tak pula begitu.
Saya tak tau.
Dani tersentak. Jauh kirannya tersasar. Nyarissuara lembut Dahlia menyedarkannya.
Atau ni yang kau nak?
Dahlia angkat muka. Membalas renungan tajam
Dani. Apakah maksud lelaki itu? Adakah Dani kir hadirnya
dia di sini hanya semata-mata kerana harta keluarganya?
Apa? Tak betul? Ini yang kau nak selama nikan?Buat-buat lemah, buat muka kesian, lepas tu kikis harta aku?
Kau ingat aku tak tau agenda kau masuk rumah ni? Hah?
Dani, awak
Apa awak, awak?
Tak baik awak tuduh saya macam tu. Saya bukan
macam yang awak sangka, ujarnya lembut.
Dani tersenyum sinis. Melihat muka tenang Dahlia
membuat dia sakit hati. Kenapa setiap kali dia memancing
kemarahan gadis ini, ada saja yang tidak jadi? Seolah-olah
kata-kata kesatnya tidak terkesan di hati Dahlia. Gadis itu
seolah-olah tiada perasaan.
Kalau bukan, kenapa tadi kau diam aja? Kenapatak bersuara? Kenapa tak bantah?
Dahlia diam. Kenapa ya? Kenapa dia tak bantah?
Dahlia menghela naas. Dia tiada jawapan untuk itu.
-
7/31/2019 KSJ
8/99
Kerana Sebuah Janji
8
Sebab tak ada gunanya. Wasiat tu tak boleh
dipertikaikan lagi.
Jadi kau sukalah? Kan?
Dahlia menggeleng perlahan. Jika dia diberi pilihan,
bukan ini yang dia mahu. Bukan ini yang dia pilih untuk
masa depannya.
Kau tau tak apa risikonya kalau kita ikut wasiat
arwah papa?
Awak pun tau apa risikonya kalau tak ikut, kan?
Dani mencerlung. Pandai menjawab dah sekarang
budak ni. Tidak sedarkah siapa dia di rumah ni?
Ohoo... jadi betullah sangkaan aku, memang inilah
impian kau, kan? Betul, kan?
Tak!Sekali lagi Dani tersenyum sinis. Matanya tepat
merenung wajah lembut Dahlia itu. Sudah lama dia tertanya-
tanya, kenapa setiap kali dia bercakap dengan Dahlia, gadis itu
tidak mahu memandang mukanya? Selalu sangat pandang
arah lain. Kalau tidak tunduk, tengok tepi. Tak aham betullah!
Pandang sini!
Diam. Dahlia cuba mengatur naas. Apa yang lelaki
ini mahu? Hendak kenakan dia seperti selalukah? Sedikit
gemuruh hatinya dengan permintaan Dani yang satu itu.
Aku kata pandang sini!
Awak nak apa?
Tengok muka aku.
Ha? Nak buat apa tengok muka dia? Dahlia teragak-
agak mengangkat muka. Namun mata masih dipakukan pada
meja. Dia tidak mampu. Dia takut.
-
7/31/2019 KSJ
9/99
Nozi Danisya
9
Dani merengus. Tidak mendengar kata betullah
budak perempuan ni!
Aku kata tengok aku, bukan tengok meja.
Awak nak apa, cakap ajalah, saya dengar.
Eh, Dahlia! Kau aham tak arahan aku?
Darah mula menyirap dengan kelakuan gadis itu.
Bagaimana dia boleh bertahan selama tiga tahun dengan
gadis ini? Dia sendiri tidak menyedarinya.Pantang aku, kalau aku sedang bercakap, orang tak
tengok aku! Tengok sini!
Dani mula meninggikan suara. Geram dengan sikap
degil Dahlia. Geram dengan wajah tenang itu. Perlahan
kelopak mata Dahlia bergerak mencari wajah Dani. Dua
pasang mata kini bertentangan. Dani tergamam.
Cantiknya mata dia! Desis hati lelakinya. Sungguh,
walaupun Dahlia sudah tiga tahun berada di rumahnya,
walaupun sudah acapkali dia bertengkar, memarahi mahupun
bercakap dengan elok pada Dahlia, inilah pertama kali dia
bertentangan mata dengan gadis itu. Dalam diam Dani
mengakui Dahlia memiliki sepasang mata yang cantik.
Awak nak apa?
Dani tersentak dan berdeham sekali. Sedikit gelabah
apabila mata Dahlia masih tepat merenungnya.
Tak ada apa, saja.
Dani angkat punggung dan berlalu begitu saja.
Tidak betah lagi untuk terus berhadapan dengan gadis itu.
Dia sendiri tidak aham dengan rasa yang datang menyapa.Tadi bukan main lagi garang lagaknya, namun bila sudah
bertaut mata, tidak semena-mena dia menjadi tidak keruan.
Wajahnya membahang tiba-tiba. Namun sedikit sebanyak dia
-
7/31/2019 KSJ
10/99
Kerana Sebuah Janji
10
tersenyum puas kerana meninggalkan Dahlia begitu saja.
Pasti gadis itu sakit hati.
Dahlia pula hanya terkebil-kebil memproses apa
yang baru berlaku. Apa kena dengan lelaki itu?
-
7/31/2019 KSJ
11/99
Nozi Danisya
11
DANI tersentak apabila petikan
jari betul-betul berada di
hadapan matanya. Secepat kilat
kepala ditoleh ke kanan.
Mursyid tersengih. Jauh termenung? Sampai aku
masuk pun kau tak dengar.
Kau nak apa?
Whoaa kenapa macam singa lapar ni? Kau tak
breakast ke tadi?
Dani diam. Sebatang pen di tangan diketuk-ketuk
ke meja. Hari ini dia hilang mooduntuk bekerja. Semuanya
gara-gara perkhabaran semalam, membuat kirannya
bercelaru. Membuat dia tertanya-tanya kenapa ini yang
berlaku.
Okay, tell me whats wrong? Rindu kat Juliana
ke?Mursyid yang tersengih lebar itu dipandang tepat.
Satu keluhan berat dilepas kasar.
Bab
2
-
7/31/2019 KSJ
12/99
Kerana Sebuah Janji
12
Dah mengeluh pulak. Bergaduh lagi? Aku tak
ahamlah dengan hubungankorang ni, kejap okey, kejap tak.
Kali ni apapulak masalahnya?
Kau boleh tolong aku tak?
Boleh, boleh tolong apa?
Tolong diam!
Mursyid tergelak.
Dah tu kau senyap aja dari tadi? Aku tanya kaudiam. Mengeluh tak sudah-sudah. Aku layan dirilah.
Mursyid menyambung gelaknya. Sudah aham
sangat dengan satu-satunya sahabat baiknya sedari kecil ini.
Kalau begini keadaannya, tidak lain dan tidak bukan ada
masalah besar yang tidak terpikul oleh Dani. Masalah yang
selalunya dicurahkan kepada dirinya saja.
Dani mengeluh lagi.
Kau tahukan semalam wasiat arwah papa dibaca?
Yup! Apa yang kau dapat?
Mursyid menjongketkan keningnya tiga kali sambil
tersenyum sumbing.
Masalah.Ha?
Aku dapat masalah baru.
Explain please...
Dahlia.
Ya, kenapa dengan Dahlia?
Kahwin.
Okey. Kahwin. Dahlia kahwin. Kahwin dengan
siapa?
-
7/31/2019 KSJ
13/99
Nozi Danisya
13
Aku.
Okey, kau Dahlia kahwin. Ha?Dani mengetap bibir dengan sikap blurMursyid itu.
Dahlia kahwin kau? Kau dengan Dahlia, kahwin?
Kau kena kahwin dengan dia?
Faham ke ni?
Okey, kejap. Wasiat tu. Kau, Dahlia kahwin?
Isy! Apa pasal kau ni lembab sangat? Wasiat tumensyaratkan aku kena kahwin dengan Dahlia dulu baru
dapat harta. Ada aham?
Ohh gitu. Faham, aham. Mursyid
menyeringai.
Dani hanya memandang geram sahabat baiknya itu.
Sudah terlalu biasa dengan sikapnya yang suka mengusikorang itu. Mursyid memang seorang yang periang. Apa saja
masalah yang datang dia boleh hadapinya dengan mudah.
Tidak perlu runsing dan bersusah hati seperti dirinya
sekarang. Andainya dia boleh seceria Mursyid, bukankah
bagus?
Aunty cakap apa?
Nak cakap apa lagi. Ikut ajalah. Lagipun mama
memang suka budak tu, sayang sangat.
Ha, okeylah tu. Aku tak nampak apa masalah yang
besar sangat.
Kau cakap senanglah. Juliana aku nak letak mana?
Kalau dia tahu ni, mampus aku.
Ala, kahwin aja senyap-senyap, habis cerita.
Otak kau! Suka-suka aja eh? Aku bukan jahatlah.
Aku tak sanggup nak buat Juliana macam tu.
-
7/31/2019 KSJ
14/99
Kerana Sebuah Janji
14
Mursyid tergelak.
Okeylah, yang kau susah hati sangat ni kenapa?Kena kahwin paksa ke? Kalau kau tak nak kahwin dengan dia
pun tak apakan? Tak ada siapa nak paksa.
Memanglah tak ada siapa paksa. Tapi harta pun
kira burn jugalah.
Kau nak yang mana?
Aku nak harta aku. Dahlia aku tak nak!Kenapa kau tak nak? Okey aja aku tengok Si Dahlia
tu. Cantik manis, putih melepak, suara pun lembut aja. Okey
apa?
Amboi, puji sakan nampak? Kau berkenan kat dia
ke?
Kenanlahjugak. Tapi dia tak pernah pandang akupun.
Oh, tu sebab kau selalu datang rumah aku ya?
Mursyid tersengih.
Salah ke? Kaujealous?
Tak ada maknanya aku nak jealous. Besar kuman
pun tak ada perasaan aku pada dia tau!Jangan cakap besar Dani. Ingat kuasa Allah. Dia
kan bakal bini kau.
Dani terdiam.Astagrullahalazim dia beristigar.
Dani meraup muka. Keluhan berat dilepaskan sekali lagi.
Asyik mengeluh aja. Apa lagi yang tak kena?
Kau tahu tak wasiat tu cakap apa lagi?Ha, apa? Apa?
Wasiat tu cakap...
-
7/31/2019 KSJ
15/99
Nozi Danisya
15
Cup cup, wasiat tu boleh bercakap ke?
Dani terkedu. Budak Mursyid ni la, geram betul dia!Mursyid tergelak besar.
Kau nak dengar ke tak ni?
Okey, okey teruskan.
Mursyid kawal senyum. Tidak tahan melihat wajah
Dani yang menahan geram pada dirinya. Sahabatnya itu
terlalu serius. Bukan semua orang boleh berguraudengannya. Sikap panas barannya itu telah menjarakkan Dani
pada orang-orang di sekelilingnya. Seperti jangkaannya
mereka tidak selesa dengan sikap Dani yang satu ini.
Dani menjeling geram. Geram dengan perangai
kebudak-budakan Mursyid itu. Entah bila nak matang dia
sendiri pun tidak tahu. Bergurau selalunya tidak kena pada
tempat. Dia yang sedang berbicara serius boleh pula Mursyidbermain dengan kata-katanya?
Menurut wasiat tu, aku dapat empat puluh peratus
daripada keseluruhan harta papa. Mama pula dapat tiga puluh
peratus aja.
Tiga puluh peratus lagi?
Tiga puluh peratus lagi, untuk cucu papa, ujarDani tenang.
Cucu? Siapa cucu papa kau? Aku tak tahu pun?
Bukan kau anak tunggal ke? Oh, aku tau. Agaknya kau ada
adik-beradik tiri kut? Anak bini kedua ke ketiga ke
maybe keempat. Ha, betullah tu! Adik-beradik tiri kau tu dah
ada anak, jadilah cucu papa kau, kan? Kan?
Dani merenung tajam ke wajah selamba Mursyid.
Sekali lagi lelaki itu bercanda tidak kena waktu. Jika ikutkan
hatinya, hendak saja dia gamkan mulut Mursyid itu. Dan
-
7/31/2019 KSJ
16/99
Kerana Sebuah Janji
16
lelaki itu pula pura-pura menggaru dagunya yang dihiasi
sedikit janggut.
Syid, kau jangan menyampuk boleh tak? Sejak bila
pulak perangai papa aku macam tu?
Dah tu tadi kau sebut cucu?
Aku tak habis cakap lagilahngok!
Oohh... ada lagi ke? Okey sambung, sambung.
Mursyid hanya tersengih apabila melihat mukabengang yang dipamerkan Dani. Wajah lelaki itu kelihatan
kelat.
Cucu papa aku tu mestilah hasil perkahwinan aku
dengan Dahlia. Ada aham?
Oh gituu cakaplah anak kau! Kan senang.
So, tiga puluh peratus lagi untuk anak aku nantidan Dahlia sebagai pemegang amanahnya. Sehingga budak tu
berumur dua puluh satu tahun.
Gila kejam papa kau.
Tau tak apa. Tu yang buat aku runsing tu. Dahlah
kena kahwin dengan orang yang aku tak cinta, kena pastikan
dapat anakpulak tu.
Aku rasa papa kau sengaja buat macam tu.
Ya? Kau agak-agak kenapa ha?
Sebab dia nakprotect Dahlia.
Protect?Meaning?
Dia takut kau sia-siakan Si Dahlia tu. Kalau dia
buat syarat kau kena kahwin dengan Dahlia baru dapat harta,then kau pun kahwin, lepas tu anytime kau boleh ceraikan
Dahlia. Bila dia tambah lagi satu syarat yang tiga puluh
peratus tu untuk anak kau, mesti kau akan bertahan.
-
7/31/2019 KSJ
17/99
Nozi Danisya
17
Otak Dani ligat mencerna apa yang dikatakan
Mursyid itu. Fakta sahabatnya itu memang benar. Memang
sukar untuk dia nakan. Dia tahu papanya terlalu sayangkan
Dahlia. Terlalu menjaga kebajikan gadis itu. Maka tidak
mustahil apa yang dikatakan Mursyid itu benar belaka. Tapi
tidak mustahil juga Dahlia yang memujuk papanya supaya
menyerahkan sedikit harta itu kepadanya? Bukannya dia
buta. Hampir setiap hari Dahlia menemani dan berbual mesra
dengan mama dan papanya. Pasti sedikit sebanyak Dahliamenyulam simpati pada kedua-dua orang tuanya.
Kau tak rasa ni rancangan Dahlia?
Eh, kenapapulak kau cakap macam tu?
Manalah tau, dah kenamandrem ke? Sampai papa
sanggup buat macam ni?
Ah, jangan merepeklah Dani. Aku tahu Dahlia takmacam tu. Dia gadis baik. Aku rasa kau pun boleh nampak,
kan?
Entah, yang aku nampak dia ada agenda.
Mursyid mengeluh perlahan. Sudah acapkali dia
mendengar tuduhan dan tasiran yang lahir dari bibir Dani.
Malah, sudah acapkali juga dia menasihatinya.
Kau tu, kalau dalam kepala dah set Dahlia jahat,
mana nak nampak baiknya? Cuba perhati betul-betul sikap
dia. Jangan nak main tembak aja.
Dani mencebik. Bosan dengan Mursyid yang asyik
membela Dahlia. Bukan lelaki itu saja, malah siapa saja yang
dia kenal semuanya sayang pada gadis itu. Semuanya suka
dengan tingkah santun Dahlia. Mahunya dia tidak naik rimas?
Pujian demi pujian sering saja menyinggah di telinganya.
Malah tanpa segan-silu membandingkan dirinya dengan diri
gadis itu. Mahunya dia tidak menyampah? Tidak cukupkah
-
7/31/2019 KSJ
18/99
Kerana Sebuah Janji
18
dengan hanya menumpang di rumahnya saja? Kenapa mesti
Dahlia merampas kasih sayang orang-orang yang berada di
sekelilingnya pula? Jadi, jangan salahkan dirinya jika dia tidak
menyukai gadis itu.
Tapikan Dani, kalau kau tak ada anak dengan
Dahlia nanti macam mana?
Soalan Mursyid menyedarkannya daripada
menungan yang panjang. Dia mengerut kening.
Maksud kau?
Okay let say, Dahlia tak boleh pregnant. How
about tiga puluh peratus tu?
Akan diwakakan.
Whooa tiga puluh peratus banyak tu. Memang
kau terpaksa berusaha keras nampaknya. Mursyid tergelak.
Dani pula diam. Tawa Mursyid itu langsung tidak
mencuit hatinya. Hatinya gusar. Fikirannya berserabut.
Menerima Dahlia hadir dalam hidupnya pun begitu payah,
inikan pula hendak bertahan hidup dengan gadis itu. Mana
mungkin? Jelas hatinya tidak berpihak pada gadis itu. Dia
amat pasti tentang itu.
Rambut yang kemas rapi tadi telah kusut-masaidiramasnya. Kenapa papa buat macam ni? Kenapa Dahlia?
Kenapa bukan Juliana? Andainya Juliana yang menjadi
pilihan, pasti dia tidak susah hati begini. Pasti dia menerima
dengan tangan terbuka dan senyuman yang lebar. Pasti akan
dia bahagiakan gadis kesayangannya itu. Kerana gadis itu
telah lama bertapak di dalam hatinya, telah diukir indah
nama Juliana di ruang khusus di hatinya. Bukan Dahlia,
bukan gadis kampung itu!
-
7/31/2019 KSJ
19/99
Nozi Danisya
19
BALQIS merenung sayu wajah
temannya itu. Murung dan agak
pucat kebelakangan ini. Lepas
satu, satu masalah yang datang bertamu.
Dahlia, makanlah. Dari tadi nasi kau tu tak berusik.
Dahlia mengalih pandangannya ke wajah Balqis,
teman sekampusnya. Senyum hambar terukir. Dia langsung
tidak merasa lapar, bagaimana mahu makan?
Kan aku cakap tadi tak nak makan, kau paksa juga.
Makanlah sikit Lia, aku risaulah tengok kau macam
ni. Nanti sakit lainpulak yang datang. Makan sikit ya?
Aku okeylah. Tak payah risau-risau.
Okey apanya? Pucat aja muka kau tu. Nasib baiklah
dah semula jadi cantik. Kalau tak, mahu rupazombie kut.
Mereka sama-sama tergelak.
Teruklah kau ni. Tak ada maknanya cantik. Kau
lagi cantik daripada aku.
Well, itu aku memang dah lama tau dah.
Bab
3
-
7/31/2019 KSJ
20/99
Kerana Sebuah Janji
20
Dahlia mencebik.
Hii... perasannya!Mereka tergelak lagi. Akhirnya berjaya juga dia
membuat Dahlia tertawa. Tak sanggup rasanya melihat wajah
lembut itu bermurung. Wajah yang semula jadi cantik seperti
Dahlia itu harus diserikan dengan senyuman manis. Barulah
seri pada wajah itu menyinar. Bagai sang mentari menyinari
pada waktu pagi. Hangat dan indah. Begitu juga jika
senyuman terukir di wajah manis Dahlia.
Eh, Qis kau dah siapkan assignment yang Cik
Mariani suruh buat tu?
Baru separuh. Kau?
Aku belum buatlah. Kalau kau dah siap, aku ingat
nak pinjam kejap.
Eh, tak ada, tak ada buat sendiri. Jangan nak
tiru aku.
Aku bukan nak tiru. Nak tengok ormatnya aja.
Kedekutlah kau ni.
Balqis tidak menghiraukan rungutan Dahlia itu.
Fokusnya kini pada sepinggan nasi goreng kampung.
Dahlia mengetuk-ngetuk jemarinya di meja kaeteria
itu. Fikirannya agak sesak kebelakangan ini. Dengan tugasan
yang tidak siap-siap, ditambah pula dengan permintaan
keluarga Dani. Sedangkan dia diasak dengan kebencian lelaki
itu terhadap dirinya. Benci bagai dia sudah melakukan satu
dosa besar. Dosa yang tidak terampun. Sayu tetap terasa. Pedih
makin bermaharajalela. Apakah silap percaturannya melangkah
ke dunia Dani?
Makanlah cepat Lia, nanti ada kelas lagi.
Aku tak lalulah.
-
7/31/2019 KSJ
21/99
Nozi Danisya
21
Nak saya suapkan ke?
Dahlia dan Balqis tersentak. Serentak itu merekaberpaling ke arah empunya suara.
Adam sedang tersenyum manis. Matanya tepat
merenung Dahlia. Gadis itu tetap manis seperti hari-hari
sebelumnya. Walaupun hari ini wajah itu sedikit sirna dengan
kemurungannya, namun manisnya tetap terselit.
Adam, buat apa kat sini?
Eh, tak boleh ke aku datang sini? Bukan ni tempat
makan ke?
Errr....
Balqis menggaru kepalanya. Terasa bodoh benar
soalannya itu. Mungkin kerana terkejut dengan kemunculan
Adam secara tiba-tiba barangkali.
Bolehjoin?
Balqis merenung Dahlia. Gadis itu memberi isyarat
mata supaya menolak. Namun baru sahaja Balqis ingin
membuka mulut, Adam sudah pun melabuhkan punggungnya
di sebelah Dahlia.
Kenapa awak tak lalu makan?
Adam merenung wajah tenang itu. Sedikit
terganggu dengan kehadirannya mungkin. Kebisuan Dahlia
sudah biasa baginya. Jarang sekali gadis itu mahu berbual-
bual mesra dengannya. Sepatah ditanya, sepatah jugalah yang
dijawabnya. Kadang-kadang langsung tidak menjawab setiap
soalan yang diajukan. Tapi dia tidak marah dengan sikap gadis
itu terhadapnya. Dia tahu itulah kelebihan Dahlia. Dankelebihan itulah yang dia suka.
Sakit ke?
Dahlia hanya menggeleng perlahan.
-
7/31/2019 KSJ
22/99
Kerana Sebuah Janji
22
Balqis, kawan kau ni bisu ke?
Balqis tergelak. Dah tahu sangat dengan perangaiDahlia. Sudah masak benar. Sudah dihadamnya. Gadis itu
tidak akan sewenang-wenangnya berbual dengan lelaki.
Malah dia belum pernah melihat Dahlia berbual mesra
dengan mana-mana lelaki. Sedangkan dia tahu, Dahlia cukup
ramai peminat di kolej ini. Saban hari ada saja yang berkirim
salam pada gadis itu.
Hai Qis, kau pun bisu juga?
Balqis tersentak. Terpinga-pinga apabila Adam
memetik jari di hadapan matanya. Terasa bahang menyapa
wajah. Balqis tersenyum kelat.
Perlakuan Balqis itu menggamit lucu di hati Dahlia.
Bibir mungilnya mengelopak senyuman tipis. Tanpa dia
sedari senyumannya itu telah menarik perhatian Adam.Cantik senyuman awak Dahlia. Kalau senyum
begitu hari-hari kan bagus.
Apa yang bagusnya? Balqis menduga. Sudah dapat
menebak apa yang ada di dalam hati lelaki itu. Adam Firdaus,
salah seorang pelajar lelaki yang tidak pernah jemu berkirim
salam pada Dahlia. Lelaki yang tidak mudah putus asa.
Memiliki gaya dan ketampanan yang sering diangan-
angankan oleh gadis-gadis remaja. Senyuman yang dihiasi
lesung pipit sebelah kiri menambah aktor kenapa lelaki ini
digilai pelajar-pelajar perempuan di kolej ini. Kecuali Dahlia.
Dahlia seorang saja yang tidak nampak kelebihan
lelaki itu. Dahlia saja yang tidak berminat dengan kata-kata
romantis yang lahir dari bibir Adam Firdaus. Dahlia saja yangtidak sama dengan gadis lain. Mungkin kerana itu juga, Adam
Firdaus tidak mahu mengalah. Adam Firdaus tetap akan
mengejar Dahlia walau ke mana saja Dahlia berlari.
-
7/31/2019 KSJ
23/99
Nozi Danisya
23
Oi mak cik! Kau dengar ke?
Balqis tersentak. Sekali lagi dia terpinga-pinga.Ha? Eh? Kau cakap apa tadi?
Sah! Mimpi di siang hari. Aku taulah aku ni
handsome Qis, janganlah kau tengok aku macam tu, aku
takut kau tak tidur malam nanti.
Serta-merta wajah Balqis terasa panas. Malunya!
Malu sungguh dia! Kenapalah dia tengok anak teruna orangsampai macam tu sekali? Balqis mengerling Dahlia.
Temannya itu memberi isyarat mata serta gerakan bibir yang
perlahan supaya segera beredar dari situ.
Adam tersengih lebar. Seronok dapat melihat wajah
Balqis yang sudah merona merah. Perempuan tetap
perempuan, jika bergurau nakal pasti roman wajah akan
bertukar warna.
Tak apalah kita orang blah dulu. Jom, Lia.
Eh, la... soalan aku tak jawab lagi? Ni, nasi ni siapa
nak habiskan?
Kau ajalah yang makan. Dont worry, Lia tak usik
langsung makanan tu. Nasi tu belum bersisa lagi ya.
Makanlah.
Awak makanlah. Saya dah bayar.
Dahlia tersenyum manis.
Adam terkedu. Sungguh, inilah pertama kali Dahlia
tersenyum manis padanya. Hanya untuknya. Terasa dunianya
berseri dan berwarna-warni. Suara gadis itu gemeresik indah
berlagu. Lembut dan mendamaikan. Meruntun hati lelakinya.Membangkitkan rasa yang selama ini dia simpan kemas buat
gadis itu. Sungguh, dia terpesona.
-
7/31/2019 KSJ
24/99
Kerana Sebuah Janji
24
ZARINA menutup perlahan pintu
keretanya. Meregang sedikit tubuh
yang keletihan. Cuaca petang
yang agak redup itu sekurang-kurangnya tidak menambah
lelah. Dari jauh dia melihat Dahlia tekun membaca di sudut
gazebo. Awal pula gadis itu pulang hari ini. Tubuh yang lesu
digagahi menuju ke arah gadis itu.
Assalamualaikum.
Walaikumsalam. Eh, aunty baru balik?
Hmmm... baru sampai.
Zarina melabuhkan punggungnya di hadapan gadis
itu. Manis senyuman yang dihamparkan Dahlia untuknya,
cukup mendamaikan. Beruntunglah Dani jika memperisterikan
Dahlia. Jika lelah bekerja seharian pasti akan lega jika
dihadiahkan senyuman manis begini.
Aunty nampak penat, banyak kerja ke?Banyak sangat. Si Maria pulak cuti, kelam-kabut
aunty dibuatnya.
Bab
4
-
7/31/2019 KSJ
25/99
Nozi Danisya
25
Dahlia tergelak kecil. Dapat dia bayangkan betapa
sibuknya wanita anggun ini bertungkus-lumus meneruskan
perniagaan keluarga yang ditinggalkan arwah suaminya. Dia
begitu kagum dengan Zarina. Walaupun usianya sudah
menjangkau setengah abad namun masih sihat dan bergaya.
Masih kekal santunnya.
Kalauaunty penat, pergilahrest.
Kejap lagilah. Lia baca buku apa tu?
Motivasi,aunty.
Zarina mengangguk perlahan apabila Dahlia
menayangkan kulit muka depan buku yang dipegangnya
sambil melemparkan senyum.
Tak ada kuliah ke hari ni? Awal dah ada kat
rumah?
Ada dua. Pukul sembilan pagi tadi, lepas tu pukul
dua petang. Pukul lima Lia dah ada kat rumah dahaunty.
Dahlia ramah dalam senyuman. Soalan Zarina
dijawab panjang lebar. Bagai mengadu segala aktiviti
hariannya kepada seorang ibu. Zarina sudah dianggap seperti
orang tuanya dan pelindungnya sekarang.
La, kenapa takhang out dengan kawan-kawan?
Lia malas. Duduk rumah lagi best.
Zarina tergelak kecil. Wajah gadis manis itu
direnung. Hati sudah lama berkenan untuk mengangkatnya
sebagai menantu. Namun sedikit khuatir dengan tingkah
Dani yang agak kasar melayani Dahlia. Walau tidak pernah
seculin pun gadis itu melawan. Kata-kata kesat Dani dibalaslembut. Kadang-kadang tidak dibalas langsung. Dahlia lebih
suka mendiamkan diri. Lebih suka beralah daripada berbalah.
Hati ibu manalah yang tidak terusik?
-
7/31/2019 KSJ
26/99
Kerana Sebuah Janji
26
Aunty? Kenapa?
Tersentak Zarina dengan suara lembut yangmenyapa.
Ha? Lia cakap apa tadi?
Dahlia tersenyum manis. Apalah agaknya yang
diangankan oleh mama Si Dani ni?
Lia tanya, kenapaaunty tengok Lia?
Ooh... saja, aunty memang suka tengok si manisaunty ni. Lawa orangnya.
Zarina tergelak melihat wajah Dahlia merona
merah. Bagai buah delima yang masak ranum, merah
bercampur kuning. Begitulah wajah gadis itu jika dipuji
depan-depan begini. Kulitnya yang cerah itu telah
memancarkan kemerahan di roman wajahnya. Betul-betul
pemalu budak ni. Tak boleh nak puji lebih sikit.
Aunty, jangan cakap macam tu. Malu Lia tau.
Aunty pun cantik juga, anggun bergaya lagi.
Hmmm, tuaunty dah lama tau.
Kata-kata Zarina itu mengundang tawa Dahlia.
Tidak semena-mena terlintas kata-kata yang mirip seperti itu
dari mulut Balqis.
Hmmm... Lia.
Mendengar suara Zarina yang mengalun perlahan
memanggil namanya, mengundang sedikit tanda tanya. Pasti
ada sesuatu yang bermain di benak wanita itu. Pasti ada yang
menggusarkan hatinya. Tawa bahagia Dahlia beransur-ansur
pergi. Wajah anggun itu ditatap lembut.Lia dah kir pasal wasiat tu?
Dahlia diam. Benar apa yang ditebaknya. Persoalan
-
7/31/2019 KSJ
27/99
Nozi Danisya
27
yang satu itu bukan saja telah merunsingkan dirinya dan
Dani, malah turut mengganggu sanubari wanita itu. Rentak
jantungnya mula sumbang. Soalan begini ingin dia elakkan
buat waktu ini.
Belumaunty.
Kenapa? Lia tak setuju kahwin dengan Dani? Tak
nak jadi menantuaunty?
Mata redup Zarina tepat menikam mata bundar
Dahlia. Bercahaya dan penuh mengharap. Mengharap satu
jawapan yang belum pasti dari bibir Dahlia.
Bukan macam tu aunty. Lia tak boleh nak kir
lagi.Assignment banyak sangat.
Dahlia mengetap bibir. Alasan itu dikira logik pada
akalnya. Namun jauh di sudut hati dia rasa bersalah.
Pembohongan lidahnya yang tidak bertulang itu menambahmarkah dosanya. Maaaunty, maa umi Lia terpaksa.
Zarina tersenyum. Sudah menebak jawapan
sebegitu keluar dari bibir mungil gadis itu. Dia menerima
alasan itu dengan lapang hati. Mungkin belum masanya.
Maka dia tidak akan pernah memaksa gadis itu membuat satu
keputusan yang hanya membahagiakan dirinya dan Dani. Apa
yang dia mahu, Dahlia juga turut mengecapi kebahagiaan
walaupun gadis itu perlu lakukan pengorbanan.
Naasnya terhambur perlahan. Dia sendiri tidak
tahu untuk apa keluhan itu. Mungkin hendak melepaskan
segala masalah yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini.
Malah, persoalan harta dan perkahwinan antara Dahlia dan
Dani benar-benar merunsingkan hati tuanya. Dahlia belumbersedia kirnya. Dani juga memberontak. Biarlah, biarkan
dulu dua jiwa yang sedang kacau itu. Jika terpaksa sangat, dia
sendiri yang akan memainkan peranan.
-
7/31/2019 KSJ
28/99
Kerana Sebuah Janji
28
DANI memicit dahinya. Satu lagi
keluhan berat terhambur keluar.
Teleon bimbit di telinga kanan
segera dialihkan ke telinga sebelah kiri apabila lengannya
mula lenguh memegang benda yang tidak bernyawa itu.
I tau. Tapi you pun kenalah aham Ijugak, Ju.
Please DaniI begging you. Lain kali ya?
Dah banyak kali dah you cakap lain kali, tapi
semuanya cancel.
Please sayang, jangan marah I okey? I kan kerja, ni
semua arahan orang atas, so please jangan merungut
okey?
I merungut? Memang patut pun I merungutkan?
Dah sebulan kita tak jumpa sayang. I rindu kat you. So salah
I ke?
I missed you too Dani, but what can I do? I justwant you to understand me, please....
Memahami dirinya? Bagaimana pula dengan dia?
Bab
5
-
7/31/2019 KSJ
29/99
Nozi Danisya
29
Tidak mahukah Juliana memahami dirinya walau untuk
seketika cuma?
I told you beore, berhenti aja jadi stewardess.
Kerja aja dengan I. I bagi youspecial position.
No way Dani! Its never happen! I suka kerja I
sekarang. I tak suka kerja opishour. Thats not me!
Dani mengeluh berat. Gagal lagi memujuk Juliana
supaya berhenti menjadi pramugari. Sikap degil gadis
kesayangannya itu benar-benar mencabar kesabarannya.
Kenapa susah sangat dia rasakan? Kenapa Juliana tidak mahu
bertolak ansur demi perhubungan mereka? Sampai bila dia
harus beralah dan terus mengalah?
Okay ne! Do whatever you want. I you need me,
you know how to nd me. Take care.
Cepat-cepat Dani mematikan perbualan mereka.Tidak mahu pertengkaran itu berpanjangan. Tidak mahu ada
calar yang mencacatkan hubungan mereka. Rindu di dada
membuak-buak. Cukup sakit hendak menampungnya.
Mengapa Juliana tidak mahu mengerti? Sebulan itu cukup
banyak jika dihitung harinya. Setiap detik Julianalah yang
dirindu. Walaupun dia belum pasti adakah gadisnya itu
memiliki rasa yang sama? Dani tidak tahu dan dia tidak mahu
tahu. Apa saja cacat cela tentang hubungannya dengan
Juliana cuba ditutupinya sebaik mungkin. Dengan itu barulah
hatinya tenang. Tetapi, betul-betul tenangkah dia?
Tak nak balik ke?
Dani tersentak. Mursyid tersengih menayangkan
susunan giginya yang teratur cantik. Tidak dinakan, Mursyidmempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tubuhnya yang
tinggi lampai itu berjaya menutupi susuknya yang kurus.
Dah pukul enam setengah ni. Aku gerak dululah.
-
7/31/2019 KSJ
30/99
Kerana Sebuah Janji
30
Eh, kejap-kejap. Awal lagi ni, lepak dulu jom?
Mana?Mana-manalah. Ikut selera kau.
Tapi aku tak boleh lama, malam ni aku ada date.
Ah, banyaklah kau punya date. Tak ada-tak ada
jom lepak.
Wei, aku cakap betul ni.
Kau nikan, perempuan mana pulak yang jadimangsa kali ni?
Oit, cakap bagai tak ingat. Bila masa pulak aku
jadi pemangsa?
Hari-hari
Kau ni Dani, teruklah, bukan naksupport kawan.
Aku tak akan support playermacam kau ni. Suka
sangat maineeling anak dara orang.
Habis tu tak akan nak main eeling anak lembu
pulak?
Dani merenung Mursyid dengan pandangan geram.
Sahabat baiknya itu tidak pernah serius jika berkata-kata.
Jika serius pun hanya pada waktu dia bekerja saja. Itu punada juga selingan-selingan jenakanya. Mungkin itulah daya
tarikan Mursyid. Lelaki itu mempunyai auranya yang
tersendiri hingga membuat ramai anak gadis melekat
dengannya. Namun setahu dia, tiada satu pun yang berjaya
mencuri hati anak muda itu.
Kau nikan, memanglah
Memanglah apa?
Buaya tembaga.
Mursyid tergelak besar. Gelaran itu sudah biasa
-
7/31/2019 KSJ
31/99
Nozi Danisya
31
sangat singgah di kupingnya. Namun hakikat sebenarnya dia
tidak pernah mengambil kesempatan pada mana-mana
perempuan pun. Dia punya prinsip. Tidak akan sekali-kali
menyentuh perempuan selagi mereka tidak halal padanya.
Hai... kau ni Dani, macam tak kenal aku pulak.
Aku ni paling sayang makhluk Allah yang bernama
perempuan tau. Dia orang tu, ciptaan Allah yang paling indah
tau. Seteruk-teruk aku, aku tak pernah ambil kesempatan kat
dia orang semua tu tau. Aku respect dia orang tau. Aku...Tau, tau tak payahlah kau nak ulang perkataan
tau-tau tu lagi. Menyampah aku dengar.
Ha tau tak apa.
Mursyid tersengih lagi.
Dah jomlah, aku haus gila ni.
Nak lepak mana? Aku nak cepat ni?
Kau nikan...hiii... cakap kat aku, kau date dengan
siapa malam ni?
Tiba-tiba terlintas idea nakal Mursyid untuk
mengenakan Dani. Ingin sekali melihat reaksi temannya itu.
Kau teka?
Malas nak tekalah.
Ala, teka ajalah, kut-kut betul?
Kalau betul kenapa? Apa yang aku dapat?
Kau nak apa? Makan? Perempuan?
Woi!Mind your word okay?
Okey, okey sorry. Aku taulah kau setia denganJuliana.
Tau pun. Kau jangan nak merepek macam tu lagi.
Aku tak suka.
-
7/31/2019 KSJ
32/99
Kerana Sebuah Janji
32
Mursyid tersengih. Langsung tidak gentar dengan
amaran Dani itu. Niatnya untuk mengusik Dani terus
berkobar-kobar.
Cepatlah teka.
Tak taulah!
Okey, kalau aku cakap aku ada date dengan...
Dahlia, macam mana?
Dani tersentak. Berderau darahnya seketika. Entahkenapa degupan jantung berdetak laju. Tajam matanya
menikam wajah Mursyid yang sedang tersengih.
Apa kau cakap? Dahlia?
Yup! Why? Kaujealous ke?
Dani merengus geram. Tidak tahu geram itu
ditujukan kepada siapa. Naasnya terasa sedikit sesak. Apakahyang telah berlaku pada dirinya? Dia sendiri tidak pasti. Apa
yang dia tahu dia tidak suka mendengar bicara Mursyid itu.
Namun kerana ego dia cuba berlagak biasa.
Apa hal pulak aku nak jealous? Tak ada kena-
mengena dengan aku!
Ya ke? Habis tu kenapa muka kau merah? Tahan
marah?
Mana ada! Syid, kau nak kena ke?
Ha, tengok? Marah pulak. Salah ke aku keluar
dengan bakal bini kau tu?
Mursyid!!!
Tanpa sedar, tangannya sudah menggenggam erat
kolar baju Mursyid. Lelaki itu terpempan. Tidak menyangka
sama sekali dengan tindakan luar batas Dani ini. Sangkanya,
dengan sedikit gurauan, Dani akan mengakui perasaannya
-
7/31/2019 KSJ
33/99
Nozi Danisya
33
pada Dahlia. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Air liur
yang cuba ditelannya terasa kesat.
Whoa... whoa... relakslah bro. Tak akan itu pun
nak marah? Akujustkidding aja.
Dani melepas kasar genggaman kolar Mursyid.
Entah mengapa hatinya panas tiba-tiba. Kenapa dengan dia?
Sorry bro, aku melawak aja. Dahlia tetap kau
punya, aku tak berani usiklah. Aku bukan jenis kawan makan
kawan tau.
Bahu Dani ditepuk beberapa kali. Cuak juga Si Dani
ni. Mursyid ketawa dalam hati. Sudah terang lagi bersuluh.
Mengapa harus menipu diri sendiri? Dia tahu dalam
kebencian Dani pada Dahlia, terselit juga sedikit rasa pada
gadis itu tanpa lelaki itu sedari. Itulah yang cuba dia
buktikan.Dani, kau suka dia eh?
Mursyid direnung tajam. Seperti biasa lelaki itu
tersengih selamba.
Dah jom! Banyak cakap lagi, aku belasah kau.
Mursyid tergelak mendengar ugutan Dani.
Langsung tidak kisah dengan amarah lelaki itu. Dia tahuDani pasti terusik dengan gurauannya sebentar tadi. Dari riak
wajahnya saja sudah dapat ditebak apa yang bermain di hati
lelaki itu. Dari kerut keningnya juga dapat dia tasirkan
kiran Dani sedang kacau.
DANI menutup kasar pintu utama rumahnya itu. Hatinya
berkata-kata. Hatinya sedikit terganggu dengan gurauan
Mursyid petang tadi. Wajah Mursyid saat itu sangat
-
7/31/2019 KSJ
34/99
Kerana Sebuah Janji
34
berkeyakinan. Malah cukup selamba bergurau. Gurauan yang
sedikit sebanyak menggoyahkan hati lelakinya. Malah, dia
dapat rasakan seolah-olah gurauan itu benar. Seolah-olah
Mursyid dan Dahlia memang mempunyai hubungan di luar
pengetahuannya. Hubungan yang sengaja mereka sorokkan.
Patut saja Mursyid kerap benar bertandang ke rumahnya,
patut saja Dahlia masih menimbang tara keputusan untuk
dinikahi. Dia amat pasti, Dahlia itu gadis yang berpura-pura.
Gadis yang ingin mengambil kesempatan terhadap orang disekelilingnya.
Dani tidak berpuas hati. Dia harus bersemuka
dengan gadis itu. Langkahnya diatur laju menuju ke dapur
apabila mendengar bunyi pinggan mangkuk yang berlaga.
Kak Miah!
Hampir terlepas pinggan di tangan Salmiah denganjerkahan daripada majikannya itu. Perlahan dia mengurut
dada. Jantungnya berdetak laju mengepam darah akibat
perbuatan majikannya yang di luar jangkaan. Segala khayalan
dan siulan kecil lagu Siti Nurhaliza mati begitu saja.
Astaghrullah, Encik Dani ni terkejut akak.
Dani hanya mampu mempamerkan senyuman kelat
kerana keterlanjuran perbuatannya itu. Sungguh, bukan
niatnya hendak membuat pembantu rumah itu terkejut.
Cuma suaranya itu di luar kawalan dek kerana hati yang
membengkak. Segala-galanya tercetus dengan sendirinya
tanpa dipinta.
Matanya melilau ke seluruh ruang dapur. Mana dia?
Kenapa Encik Dani? Cari puan ke?
Dahlia. Mana dia?
Oh, dia ada dalam bilik kut. Pergilah tengok.
-
7/31/2019 KSJ
35/99
Nozi Danisya
35
Kenapa dia tak tolong akak kat dapur?
Dia kata sakit kepala tadi. Akak suruh aja diabaring, tak payah tolong akak.
Oh...
Mama mana?
Puan pun dalam bilik.
Hmmm... tak apalah.
Dani memusing tubuhnya ingin segera berlalu.Hati yang panas tadi sedikit gusar pula apabila mengetahui
Dahlia sedang sakit kepala. Hati yang membara tadi serta-
merta mencair. Derap langkah mula diaturnya menuju ke
bilik gadis itu. Sekadar ingin melihat keadaannya sahaja.
Namun sebaik saja sampai di depan pintu bilik Dahlia, dia
jadi kaku.
Nak ketuk ke tak nak? Hatinya bersoal jawab
sendiri. Entah kenapa dia berasa serba tidak kena. Separuh
hati ingin meminta kepastian daripada Dahlia. Separuh hati
lagi memujuknya supaya bersabar. Gadis itu sedang sakit.
Teragak-agak tangannya mahu mengetuk pintu kayu itu.
Dani?
Dani tersentak lalu menoleh.
Errr, mama. Terkejut Dani. Ingat siapa tadi.
Dani buat apa kat bilik Dahlia ni? Nak jumpa dia
ke?
Tak adalah mama, just curious, betul ke dia sakit
kepala atau buat-buat sakit?
Oh gitu, caring juga ya anak mama ni?
Zarina menyengih penuh makna.
Ish, mama ni ke situ pulak. Dani nak conrmkan
-
7/31/2019 KSJ
36/99
Kerana Sebuah Janji
36
aja. Mana tahu dia malas ke dapur. Buatlah kerja sikit jangan
nak dudukree aja kat sini.
Dani, tak baik cakap macam tu, dia dah banyak
tolong dah. Dani aja yang tak tau.
Dani mencebik geram. Mamanya ini selalu sangat
menyebelahi Dahlia. Sebab itulah Dahlia semakin mengada-
ada.
Dahlah, baik Dani masuk bilik, mandi dulu. Lepas
tu kita boleh makan sama-sama ya?
Hmmm, yalah ma.
Sekilas Dani merenung pintu bilik Dahlia yang
masih bertutup rapat. Kehendak hatinya ingin sekali
mengetahui keadaan gadis itu, namun geram yang masih
berbekas membuat egonya begitu melambung.
Zarina hanya tersenyum nipis melihat perlakuan
anak kesayangannya itu. Jauh di sudut hati, dia lega dengan
keprihatinan Dani. Walaupun anaknya itu menakan, namun
dia tahu Dani mula boleh menerima kehadiran Dahlia di
rumah ini atau hadir di hatinya barangkali. Walaupun dia
tahu di hati kecil anaknya itu sudah terisi dengan kehadiran
gadis hitam manis bernama Juliana. Malah gadis itu sudah
lama bertapak di hati Dani. Cuma jodoh mereka masih tiada.
Masih belum mahu mengikat sebarang ikatan murni. Adakah
Dahlia bakal menjadi menantunya? Zarina mengelopak
senyum lalu melangkah senang menuju ke dapur.
Dari dalam bilik Dahlia menyeka air matanya yang
mula bergenang. Air mata yang hadir tanpa diundang.
Kata-kata Dani yang didengarinya sebentar tadi
cukup menggores hati. Tega sungguh lelaki itu menyakiti
hatinya terus-terusan begitu. Apakah salahnya? Besar
benarkah dosanya? Sehingga dia diperlakukan begitu? Apakah
-
7/31/2019 KSJ
37/99
Nozi Danisya
37
kehadirannya di sini benar-benar mengganggu ketenangan
lelaki itu? Seingatnya, dia sendiri tidak pernah mengganggu
gugat ketenteraman dunia lelaki itu. Tidak pernah
mempersoalkan kenapa dan apa yang berlaku dalam hidup
lelaki itu. Dia hanya dengan dunianya sendiri. Pergi belajar
dan pulang ke rumah. Tidak pernah dia beroya-oya atau
berpeleseran di sana sini. Seingatnya belum pernah lagi dia
mengaibkan keluarga ini, apa lagi membuat onar. Tapi kenapa
sarat sangat kebencian lelaki itu pada dirinya? Sehingga tegajiwa halusnya dilukai?
Kepala yang masih berdenyut menjadikannya
hilang daya untuk berkir segala kemungkinan. Hilang daya
untuk bangun. Perlahan-lahan tubuh direbah ke atas tilam
semula. Minyak angin disapu dengan berhati-hati di sekitar
pelipis kening dan dahi. Pejam celik-pejam celik menahan
sakit. Tubuhnya mula berasa seram sejuk. Naasnya mulapanas. Tekaknya mula payau. Dia amat pasti virus demam
sudah menular ke saranya. Perlahan selimut ditarik
membaluti tubuh yang mula menggigil.
SEBAIK selesai membersihkan diri, Dani mengatur langkah
untuk turun. Perut mula berbunyi minta diisi. Satu per satu
anak tangga dipijak kemas. Sekilas dia memandang ke pintu
kamar Dahlia yang masih tertutup. Sebaik menoleh semula,
Dani tersentak sedikit apabila Salmiah sudah tersenyum
manis meniti satu per satu anak tangga.
Nak ke mana Kak Miah?Puan suruh kejutkan Lia, ajak makan sekali.
Hmmm, tak apalah, Kak Miah pergilah siapkan
makanan, biar saya yang kejutkan.
-
7/31/2019 KSJ
38/99
Kerana Sebuah Janji
38
Eh, tak apa ke ni encik? Tak menyusahkan ke?
Tak. Kak Miah pergilah ke dapur. Beritahu mamananti saya turun dengan Dahlia.
Baiklah.
Dani berpusing semula ke arah bilik Dahlia. Berdiri
santai sambil naas ditarik dalam-dalam. Aneh, debaran di
dada tiba-tiba hadir. Persoalan demi persoalan berlegar di
benaknya. Tentang gurauan Mursyid petang tadi, patutkah
dia bertanya pada Dahlia? Bimbang juga dituduh cemburu
buta. Sedangkan dia hanya inginkan kepastian saja. Tentang
kesihatan Dahlia sendiri, patutkah dia bertanya? Sedangkan
sebelum ini dia tidak pernah peduli. Tidak pernah ambil
kisah. Malah benaknya ingin sekali bertanya tentang wasiat
itu. Wasiat yang sepatutnya diberi jawapan segera. Bukan
berdiam diri seperti yang dilakukan oleh gadis itu sekarang.Tiga kali pintu diketuk. Diam. Tidur mati agaknya
budak ni, gumam hatinya. Sekali lagi pintu kamar berukir
cantik itu diketuk. Kali ini agak kuat. Biar sampai ke kuping
Dahlia. Agar gadis itu segera bangun. Agar dia tidak dibiarkan
berdiri lama. Dani terus menunggu. Tiada sebarang tindak
balas. Tiada ura-ura Dahlia ingin membuka pintu. Dia
merengus perlahan. Kesabarannya mula menipis. Memangtidur mati!
Dani yang ingin berpaling, mematikan langkah saat
mendengar tombol pintu dipulas perlahan. Sebaik pintu
dikuak, kepala Dahlia terjengul sedikit. Berkerut kening gadis
itu melihat Dani berdiri tegak di depan pintu biliknya.
Sepasang mata lelaki itu tajam memanah ke arahnya.
Kenapa lambat sangat buka? Tidur mati ke? Naik
roboh pintu ni aku ketuk.
Dahlia membetulkan tudungnya. Mulutnya dikunci
-
7/31/2019 KSJ
39/99
Nozi Danisya
39
rapat. Tangannya pula berpaut pada pintu agar tidak terjatuh.
Kepalanya benar-benar sakit. Berpinar pandangannya
membalas renungan tajam Dani itu. Tubuh yang mula panas
itu tidak betah untuk bertahan lama. Terasa romanya tegak
dan tubuhnya gigil. Betapa sakitnya.
Ya Allah, berilah aku sedikit kekuatan rintihan
hatinya bergema sayu.
Dani yang pada mulanya dikuasai baran, mula
simpati melihat keadaan Dahlia yang kelihatan tidak bermayaitu. Dari geram bertukar kasihan. Wajah gadis itu pucat betul.
Sakit sangatkah? Mulutnya ringan saja ingin bertanya,
namun perasaan ego mengatasi niatnya untuk bertanya
tentang gadis itu. Mungkin juga Dahlia hanya berpura-pura
sakit? Mungkin juga sekadar inginkan perhatian darinya?
Mustahil! Di mata gadis itu jelas menunjukkan segalanya. Di
wajahnya itu terlukis seribu keperitan dan kesakitan. Seulas
bibirnya juga kering.
Mama panggil makan, ujar Dani acuh tak acuh.
Tak apalah, saya tak ada selera.
Jangan mengada-ada boleh tak? Karang perut kau
tu masuk angin, sakit lain pula yang datang. Dah jom!
Cakap dekataunty, saya tak nak makan.
Dani merenung tajam gadis itu. Bukan main
degilnya lagi? Tidak padan dengan sakit. Jika dibiarkan
perutnya pasti masuk angin. Nanti sakit lain pula yang datang
menjengah. Apa yang harus dia lakukan jika Dahlia masih
berdegil? Menggunakan sedikit kekerasan? Atau dia dukung
saja gadis itu? Ah, merepek!
Turun sekarang!
Dahlia tersentap mendengar suara Dani yang agak
-
7/31/2019 KSJ
40/99
Kerana Sebuah Janji
40
keras itu. Kenapa mesti nak paksa-paksa? Dia benar-benar
tidak lalu makan. Kepalanya berdenyut, pandangannya
berpinar, macam mana nak turun ke dapur?
Demi tidak mahu menjadi isu pertengkaran, tanpa
banyak soal Dahlia melangkah perlahan, setapak demi
setapak. Kemahuan Dani dia turutkan. Tidak mahu
mencetuskan amarah lelaki itu yang sememangnya tidak
sukakan dirinya. Laksana bayi yang baru belajar berjalan,
Dahlia seakan-akan bertatih. Lantai rumah itu dirasakanlembut untuk dia berpijak. Gigil seluruh tubuhnya hanya
Tuhan saja yang mengerti. Mencucuk hingga ke tulang
sumsum.
Dani hanya memerhati langkah tidak stabil Dahlia
itu. Hati lelakinya diterjah ragu dan cuak. Bimbang jika gadis
itu tumbang. Dari gayanya berjalan saja, Dani dapat melihat
ketidakstabilan gadis genit itu. Jadi dia perlu berhati-hati dan
melangkah perlahan juga mengikut rentak Dahlia.
Menyelinap secebis rasa bersalah memaksa Dahlia turun
makan. Sepatutnya dia biarkan saja Dahlia berehat dan
menyuruh Kak Miah membawa makanan ke bilik gadis itu.
Ah, sia-sia saja!
Dalam keterpaksaan, Dahlia gagahi diri. Sedayaupaya dia kuatkan semangat walau menggigil tubuhnya
menahan kepala yang berdenyut. Dia tidak dapat menahan
lagi lantas menghentikan langkahnya. Terhoyong-hayang
cuba mengimbangi tubuh daripada rebah. Menggagau
tangannya ingin mencapai sesuatu supaya dia boleh berpaut
kerana saat itu pandangnya sudah pun berpinar serta semakin
kabur dan gelap. Namun sempat Dani menyambar tubuhgadis itu. Dahlia kini terkulai di pangkuannya. Dani panik.
Mama, Kak Miah!
-
7/31/2019 KSJ
41/99
Nozi Danisya
41
Zarina yang santai di meja makan saling
berpandangan dengan Salmiah yang sedang menghidangkan
makanan. Jeritan Dani yang bertalu-bertalu itu membuat
kedua-dua orang wanita itu terkocoh-kocoh memanjat
tangga.
Bulat mata Zarina melihat sekujur tubuh Dahlia
yang terkulai di pangkuan anaknya.
Kenapa Dani? Kenapa Dahlia ni?
Dia pengsan ma, jalan terhoyong-hayang lepas tu
rebah.
Dia nak ke mana?
La, tadi bukan mama panggil dia makan ke?
Zarina diam seketika.
Dah, angkat dia masuk bilik. Miah, ambilkan airsuam.
Baik, puan.
Dani turuti saja arahan ibunya itu. Dalam debar dia
mengangkat tubuh kurus Dahlia. Kini gadis itu betul-betul
rapat ke dada bidangnya. Walaupun dia tidak suka pada
Dahlia, namun rentak jantungnya berdetak hebat ketika ini,
membuat dia serba tidak kena. Debarannya lain macam.
Zarina yang memerhati tingkah anak bujangnya
itu, menyembunyikan senyum. Hebat sungguh pesona
Dahlia, tika pengsan pun boleh membuat jiwa anaknya kacau
seketika.
Perlahan tubuh Dahlia diletakkan di atas katil.
Haruman tubuh gadis itu benar-benar menggugahperasaannya. Boleh saja tergugat kesetiaannya pada Juliana
selama ini. Dani cuba bertahan. Cuba menyembunyikan
tingkahnya agar ibunya tidak perasan.
-
7/31/2019 KSJ
42/99
Kerana Sebuah Janji
42
Ini airnya puan.
Letak situ.Zarina mengelus lembut kepala Dahlia yang
sentiasa bertutup itu. Seingatnya, belum pernah lagi Dahlia
mendedahkan auratnya di depan Dani, mahupun arwah
suaminya dulu. Anak gadis ini sopan tingkahnya, luhur budi
bahasanya, malah manis sekali wajahnya. Memang tidak silap
arwah suaminya memilih Dahlia sebagai menantu di rumah
ini. Tapi, sikap Dani yang sedikit kasar ketika melayani gadisitu menggusarkan hati kecilnya.
Mama, pergilah makan dulu. Kak Miah, ajak mama
makan.
Jom puan, nanti sejukpulak makanan kat dapur tu.
Hmmm, yalah. Dani temankan Lia dulu ya. Karang
mama take over.
Dani mengangguk perlahan.
Ha, jangan tutup pintu nipulak.
Zarina tersenyum mengusik.
Mama ni!Ishh... ke situpulak.
Salmiah dan Zarina tergelak kecil sambil berlalu.
Dani mengeluh perlahan. Apa yang dikeluhnya dia
sendiri tidak pasti.
Dani melabuhkan punggungnya di meja tulis
Dahlia. Ini pertama kali dia masuk ke bilik gadis itu. Matanya
meliar memerhati segenap ruang bilik. Simple dan kemas.
Matanya beralih semula ke atas meja, terpaku pada bingkai
gambar comel berbunga timbul. Dahlia tersenyum riangbersama teman baiknya, Balqis. Dia memang mengenali
Balqis kerana gadis itu sering bertandang ke rumahnya untuk
belajar bersama-sama Dahlia.
-
7/31/2019 KSJ
43/99
Nozi Danisya
43
Dani merenung Dahlia sekilas. Masih tiada tanda-
tanda untuk sedar. Perlahan-lahan dia bangun dan
melabuhkan punggung di sisi tubuh yang kaku itu. Pertama
kali dalam hidup dia dapat melihat wajah Dahlia sejelas-
jelasnya. Itu pun kerana gadis itu tidak sedarkan diri ketika
ini.
Wajah putih mulus itu ditenung. Mata cantik gadis
itu tertutup rapat. Alis lentik semula jadi gadis itu adalah
pelengkap kepada sepasang mata bundar miliknya. Seulasbibirnya dihiasi tahi lalat kecil di sudut sebelah kiri. Manis.
Mata Dani masih tekun menilik wajah tenang itu.
Ingin sekali dia menyentuh pipi gebu milik Dahlia. Namun
perasaan takutnya lebih menguasai kehendak jemarinya tika
itu. Mata nakalnya beralih pula ke susuk tubuh gadis itu.
Kurus! Desis hatinya.
Kini, sepasang mata lelaki itu melekat pula di dada
Dahlia yang berombak perlahan. Bagai memberitahu pulas
tidurnya. Dani telan air liur. Entah kenapa tubuhnya serasa
meruap. Ah sudah, apa hal aku ni? Takkanlah tergoda kut?
Hatinya bersoal jawab sendiri.
Dia merengus perlahan. Bergetar hebat naluri
lelakinya ketika ini. Cepat-cepat matanya dialih. Bimbangtidak mampu mengawal diri. Takut. Takut pada dosa yang
belum tentu diampun Ilahi. Dani menarik naas sedalam-
dalamnya. Cuba menenangkan diri yang sedikit tidak keruan.
Dani hanya tenang sesaat cuma. Dia hanyalah lelaki
biasa. Lelaki normal yang siat lahiriahnya tertarik dengan
pesona wanita. Pesona Dahlia sendiri.
Dani merenung semula gadis itu. Kini sepasang
matanya jatuh pula pada seulas bibir nipis milik gadis itu.
Tahi lalat kecil yang menghiasi sudut kiri bibir gadis itu
-
7/31/2019 KSJ
44/99
Kerana Sebuah Janji
44
menggamit keinginan yang bukan kepalang hebatnya. Lama
bibir itu dipandang. Gelora di jiwanya tidak mampu dikawal
lagi. Perlahan, Dani merapatkan wajahnya ke wajah Dahlia.
Dia menelan air liur sekali lagi. Sekilas dia melirik ke mata
gadis itu yang masih tertutup rapat. Bimbang jika
tertangkap.
Kini, seulas bibir merah jambu Dahlia menjadi
tatapan matanya. Kehendak naluri lelakinya cuba ditahan
sekuat yang boleh. Keinginannya untuk mengucup bibirgadis itu cuba dikawal sedaya mampu.
Jangan Dani! Jangan! Dia bukan milik kau lagi.
Berdosa!
Secepat kilat Dani bangun. Tersedar daripada
hasutan syaitan laknatullah. Dia memanjat kesyukuran
kerana cepat menyedari akan tindakan bodoh yang bakal dialakukan tadi. Dani meraup muka perlahan. Jika Dahlia tahu
pasti dia malu.
Dani menghela naas. Dadanya digosok perlahan
agar jantung yang berdetak laju tadi dapat memperlahankan
rentaknya. Hebat sungguh penangan gadis ini sehingga tidak
keruan dia dibuatnya. Dani menarik kerusi dan duduk semula
di meja tulis gadis itu. Lambatnya mama makan?
PAPA ni pandai-pandai aja. Entah dari mana dia pungut
budak tu!
Dani! Hati-hati bila bercakap!
Hishammudin membulatkan matanya merenung
anak tunggalnya itu. Memang Dani panas baran. Memang
Dani suka cakap lepas. Mewarisi daripada siapa dia sendiri
-
7/31/2019 KSJ
45/99
Nozi Danisya
45
tidak pasti. Nak kata daripada dirinya, tidak juga. Dia bukan
jenis yang suka melenting tidak tentu pasal. Malah mengikut
jejak langkah Zarina juga bukan. Isterinya itu lemah lembut
dan sangat penyabar orangnya. Mungkin juga salah dia
kerana terlalu memanjakan anak tunggalnya itu.
Dengar dulu apa papa nak cakap, Dani.
Zarina bersuara lembut. Sesekali dikerlingnya pintu
bilik anak gadis yang baru sahaja sampai ke rumahnya itu.
Gadis itu disuruh merehatkan diri saja setelah melaluiperjalanan yang jauh.
Duduk. Biar papa ceritakan apa yang berlaku.
Dani akur. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan
Zarina.
Sebenarnya papa rasa bersalah sangat pada
Dahlia.
Dahlia?
Ya, nama dia Dahlia. Dahlia Binti Harun.
Dani mencebik. Tak sedap langsung nama dia!
Macam nama orang dulu-dulu.
Papa rasa bertanggungjawab atas kehilangan orang
tuanya. Dia sekarang dah jadi anak yatim piatu.
Kalau macam tu kenapa tak angkut aja semua
anak yatim duduk dengan kita? Kan bagus buat amal jariah.
Dani, dengarlah dulu cerita papa, jangan
menyampuk.
Sekali lagi Zarina bersuara. Kurang bersetuju
dengan tingkah si anak.
Hishammudin hanya mampu menggeleng perlahan.
Geram dengan sikap baran anak bujangnya itu.
-
7/31/2019 KSJ
46/99
Kerana Sebuah Janji
46
Sorry!
Dani ingat tak last two days papaaccident?Dani mengangguk perlahan.
Papa telah melanggar orang tua Dahlia. Ibu dia
mati di tempat kejadian. Ayah dia papa sempat bawa ke
hospital. On the way nak ke hospital tu, dia pesan suruh papa
jaga anak dia. Anak dia baru habis SPM. Dia suruh papa
anggap anak dia macam anak papa sendiri. Dia cakap Dahlia
budak baik, papa pasti suka. Masa tu papa tak tau nak cakap
apa. Papa diam aja. Agaknya bila dia tengok papa diam, dia
suruh papa berjanji. Sungguh-sungguh dia suruh papa janji.
Papa tak sampai hati, papa pun terimalah janji tu.
Papa ni selalu macam tu! Suka-suka aja buat janji
dengan orang yang kita tak kenal.
Dani,please....
Zarina cuba memujuk Dani yang mula panas hati
dengan keputusan suaminya itu. Dia tahu memang Dani
tidak boleh menerima kehadiran Dahlia secara tiba-tiba di
rumah ini.
Sampai hospital
Hishammudin menyambung. Tidak semena-menaada rasa pedih menusuk ulu hatinya. Dia cuba mengatur
naas.
Ayah Dahlia meninggal.
Hishammudin diam seketika. Bergetar suaranya
menahan sebak. Dia rasa cukup-cukup bersalah. Andainya dia
lebih berhati-hati, perkara ini pasti tidak berlaku. Pasti Dahliatidak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Simpatinya
terhadap anak gadis itu membuak-buak. Dia nekad
menunaikan janjinya untuk menjaga Dahlia sebaik mungkin.
-
7/31/2019 KSJ
47/99
Nozi Danisya
47
Papa siasat latar belakang mereka, di mana mereka tinggal.
Papa uruskan semua hal pengebumian mereka. Pertama kali
papa jumpa Dahlia, papa terus rasa bersalah. Budak tu
menangis tak berhenti.
Hishammudin menelan air liur. Seketika alur
kerongkongnya terasa begitu sempit. Begitu payah untuk dia
meneruskan cerita yang masih segar dalam ingatannya.
Esoknya papa cari Dahlia lagi. Tanya tentang
keluarga dia. Papa beritahu Dahlia tentang janji papa padaayahnya. Mujur dia mahu ikut. Kalau tak, papa akan
tanggung rasa bersalah ni seumur hidup.
Dia tak ada saudara-mara lain ke? Dani menyoal
sinis.
Hishammudin hanya menggeleng perlahan. Dia
kata dia tak kenal siapa saudara-mara dia. Sebab ibu dan ayahdia orang perantau. Mereka orang Pattani.
Oh, patutlah dia cantik lain macam ya bang?
Cantik apa rupa macam tu?
Dani mencebik geram. Belum apa-apa lagi ibunya
sudah memuji. Membuat hatinya bertambah bengkak.
Dani, kalau kulit putih melepak, lepas tu ada tahilalat kat bibir, tu tak cantik lagi ke? Apalah Dani ni?
Dani geram apabila pujian demi pujian meniti di
bibir ibunya itu. Hebat sangatkah? Cantik sangatkah? Cantik
lagi Juliana buah hati pengarang jantungnya itu. Cantik lagi
bentuk tubuh kekasih hatinya itu jika hendak dibandingkan
dengan budak yang baru habis sekolah itu. Huh! Tak menarik
langsung!
Jadi Dani, papa harap Dani boleh terima kehadiran
Dahlia di rumah ni. Papa dan mama dah sepakat nak ambil
-
7/31/2019 KSJ
48/99
Kerana Sebuah Janji
48
dia sebagai anak angkat. Papa harap Dani juga boleh terima
dia sebagai adik angkat ya?
No way! Never!
Dani, janganlah macam tu sayang.
Mama, elok-elok Dani tak berkongsi mama dan
papa, tiba-tiba aja nak kongsi dengan budak perempuan tu,
apa hal? Esok-esok ni, harta papa pun Dani kena kongsi juga,
kan? Entah-entah itu agenda dia datang ke sini. Nak balas
dendam sebab papa dah langgar mati orang tuanya.
Astagrullahalazim, Dani bawa mengucap. Tak
baik menuduh begitu. Bersangka baiklah pada dia.
Kasihankan dia.
Sudahlah Ina, biarkan Dani. Lambat-laun dia akan
terima juga.
I told you papa, its never happen!
Zarina tersentak apabila terasa tangannya disentuh
lembut. Segala kenangan yang bertamu tiga tahun lepas
bersepai. Segaris senyuman terukir tatkala melihat Dahlia
sudah sedar daripada pengsan.
Aunty menung apa?
Tak ada apa-apa. Lia macam mana sekarang?
Pening lagi?
Hmmm....
Nak makan? Aunty suruh Kak Miah bawa nasi ke
sini ya?
Tak apalah. Lia tak lalu.
Nak Nestum?
Dahlia mengukir senyum. Lantas mengangguk
perlahan.
-
7/31/2019 KSJ
49/99
Nozi Danisya
49
Melihat anggukan Dahlia itu Zarina tersenyum
lega.
Good girl. Lia tunggu kejap ya?
PAGI itu Dahlia agak kelam-kabut menuruni tangga. Bimbang
jika terlepas teksi untuk ke kampus. Semua gara-gara sakit
kepala yang luar biasa hebat malam tadi. Sehingga dia tidaksedarkan diri. Sehingga menyusahkan seisi rumah! Jika boleh
Dahlia tidak mahu langsung menyusahkan sesiapa. Sebab itu
dia lebih rela menaiki teksi atau menumpang Balqis daripada
menyuruh Pak Cik Ali yang hantar. Seorang pemandu yang
setia berkhidmat dengan keluarga angkatnya ini.
Lia!
Zarina memanggil Dahlia sebaik melihat kelibat
gadis itu berlalu tanpa singgah di meja makan.
Ya?
Langkah yang diayun laju itu serta-merta mati.
Tak nak makan ke? Mari sini kita breakast sama-
sama.
Tak apalahaunty, Lia nak cepat. Nanti susah dapat
cab.
Kalau lambat sangat suruh Pak Cik Ali hantarlah.
Mari duduk sini.
Dahlia serba salah. Dia ingin cepat tetapi Aunty
Zarina pula ajak makan, nak ditolak karang kecil pula hati
wanita itu. Sudahlah susah payahAunty Zarina menjaga dia
malam tadi. Tidak mahu wanita itu berkecil hati, Dahlia akur.
Beg sandangnya diletak, perlahan kerusi ditarik.
-
7/31/2019 KSJ
50/99
Kerana Sebuah Janji
50
Zarina menguntum senyum. Senang hati melihat
wajah ceria Dahlia pagi ini. Bimbang juga dia dengan kejadian
semalam. Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat
sekujur tubuh terkulai layu?
Dahlia mengerling Dani yang tenang bersarapan.
Sedikit pun tidak bersuara dari tadi. Kenapa agaknya?
Selalunya Dani suka cari pasal dengan dia. Masih dia ingat
lagi bicara kasar Dani semalam. Seingat dia belum pernah
lagi Dani berlembut dengannya walaupun sesaat cuma.Lia nak makan apa, akak ambilkan.
Eh, tak apa tak apa, Lia ambil sendiri. Akak tak
makan ke?
Lia makanlah dulu, akak nak sudahkan kerja kat
dapur tu.
Dahlia mengangguk sambil tersenyum manis.
Dani mencuri pandang, sedikit terpempan saat
melihat senyuman manis gadis itu. Dia ada lesung pipit!
Sungguh, inilah pertama kali dia melihat senyuman manis
Dahlia berserta lesung pipit di sebelah kanan. Masakan tidak,
Dahlia belum pernah tersenyum begitu padanya. Cepat-cepat
dia mengalihkan pandangan bila mata mereka berlaga
pandang.
How are you today? Sakit lagi?
Tak. Dah okey. Thanks sebab aunty dah susah
payah jaga Lia.
Tak susahlah. Liakan anakauntyjuga.
Dahlia tersenyum lagi. Ah, manisnya dia! Kali iniDani tidak sanggup hendak tengok lama-lama. Hanya sekilas
saja. Entah kenapa dia rasa sangat pelik dengan perasaan
sendiri. Berdebar tak tentu hala. Sehingga lenanya malam
-
7/31/2019 KSJ
51/99
Nozi Danisya
51
tadi terganggu. Gelora jiwa yang hebat benar-benar
menggusarkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa.
Okeylahaunty, Lia betul-betul dah lambat ni.
La, sikitnya makan? Kenyang ke ni?
Tak apa, kalau Lia lapar karang Lia makan kat kae
aja ya?Aunty jangan risaulah.
Betul ni? Tak tipu?
Promise aunty.Dahlia tergelak. Sekali lagi Dani terpukau. Ketawa
Dahlia indah berlagu. Giginya juga cantik tersusun. Ah,
sudah! Kenapa dengan dia? Macamlah baru sehari saja Dahlia
tinggal di sini. Baru dia nampak semuanya tentang Dahlia.
Matanya, giginya, senyumnya, lesung pipitnya, ketawanya,
tubuhnya, ah, semuanyalah!
Dani mengetap bibir. Sedar-sedar saja gadis itu
sudah tiada di depan mata. Bingkas dia bangun.
Eh, Dani pun dah makan?
Hmmm... dah kenyang pun.
Ya ke kenyang ni?
Ya, ma tak apalah, Dani dah lewat. Karangstuckdalamjam pulak.
Hmmm... yalah.Drive careully.
Sure. Bye ma.
Dani menyalam Zarina. Sebuah ciuman dilayangkan
ke pipi ibunya yang masih anggun itu.
Zarina hanya menggeleng kepala melihat telatahDani. Bukannya dia buta, bukannya dia tidak nampak. Sekilas
ikan di laut, sudah kenal yang mana jantan, yang mana
betina.
-
7/31/2019 KSJ
52/99
Kerana Sebuah Janji
52
Zarina berharap Dahlia belum dapat teksi lagi.
Cepatlah Dani, peluang tidak selalu akan datang.
MASING-MASING diam membisu. Masing-masing keras
macam patung memandang ke depan. Dani tidak tahu
bagaimana hendak memulakan perbualan. Seakan mulutnya
terkunci rapat.Sedikit canggung apabila pertama kali gadis itu
bersama-sama dengannya di dalam kereta. Itu pun gara-gara
sikapnya yang agak memaksa dan berkeras mahu menghantar
Dahlia. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri. Apa
sudah jadi agaknya? Apa yang dia tahu semuanya bermula
dari malam tadi. Malam di mana Dahlia jatuh pengsan.
Malam di mana dia dapat menyaksikan seorang Dahlia darijarak yang dekat. Malam di mana, hati lelakinya mula goyah.
Dahlia di sebelah dipandang sekilas. Gadis itu masih
membisu. Merenung jauh ke luar tingkap menyaksikan
pemandangan yang menyesakkan dada di pagi hari.
Menyaksikan kehidupan warga kota yang tidak pernah sunyi
dengan urusan masing-masing. Malah kota besar ini, tidakpernah tidur. Tidak pernah mati. Ada saja yang berlaku baik
siang mahupun malam.
Merasakan suasana bisu itu adalah sesuatu yang
melemaskan, Dani cuba mencari topik perbualan. Dahlia
masih setia dengan kebisuannya. Marahkah gadis itu? Adakah
dia terlalu memaksa tadi? Jika dia tidak berkeras tadi, pasti
gadis itu akan terlambat sampai. Malah peluangnya untukbersama Dahlia pagi ini pasti tidak akan tercapai.
Dani tersenyum nipis. Memuji diri sendiri kerana
bertindak cepat. Namun dia tidak menyangka pula ada sedikit
-
7/31/2019 KSJ
53/99
Nozi Danisya
53
getar yang menggoncang dada. Ada sedikit payah untuk
berbicara. Dia akui, tidak pernah sekali pun sebelum ini lahir
tutur kata yang lembut bila bercakap dengan gadis itu. Ada
saja caranya untuk dia terus menyakiti hati Dahlia. Ingin
membuat gadis itu tidak senang duduk di rumahnya itu.
Dahlia masih diam. Sedikit geram pada Dani kerana
memaksa dia menaiki keretanya. Mujurlah dia benar-benar
sudah terlambat hari ini, jika tidak dia tidak mahu
menyusahkan lelaki itu. Malah, jika boleh dia langsung tidakmahu termakan budinya. Cukuplah dia menumpang kasih
Zarina dan arwah Hishammudin. Cukuplah dia menanggapi
kata-kata sinis yang sering keluar dari bibir lelaki itu. Dani
tidak pernah peduli dia tersinggung atau tidak. Dani tidak
pernah peduli betapa sakitnya hati mendengar bait bicaranya
yang bagaikan sembilu. Sering mencucuk hati setiap kali
berbicara. Namun, sudah siat lahiriahnya yang tidak sukamelawan cakap. Tidak suka membentak dan membantah.
Malah, dia sedar dirinya hanya menumpang. Jadi dia perlu
menjaga tingkah.
Kenapa diam aja? Marah kat aku ke?
Dani menoleh sekilas apabila tidak mendengar
sahutan daripada Dahlia. Gadis itu masih ingin membisu.Dahlia.
Tak.
Habis tu kenapa senyap aja?
Awak nak saya cakap apa?
Dani terdiam. Tidak tahu nak jawab apa.
Penyudahnya sama-sama senyap semula.
Dahlia pula hanya menunggu soalan yang bakal
keluar dari bibir Dani. Tidak perlu dia bersusah payah
-
7/31/2019 KSJ
54/99
-
7/31/2019 KSJ
55/99
Nozi Danisya
55
meradang, mudah sangat hendak sebal. Jika bersama Dahlia
begitulah sikapnya.
Keretanya sudah memasuki pekarangan kolej.
Dahlia segera turun. Dani juga bereaksi sama.
Balik nanti naik apa?
Selalunya saya naik apa ya?
Dani rasa terpukul dengan soalan Dahlia itu.
Mulutnya ingin saja membalas kata-kata gadis itu tetapiterdiam semula apabila melihat seorang lelaki menghampiri
mereka.
Hai, Dahliaku baru sampai?
Dahlia diam. Dari ekor matanya dia dapat
merasakan Dani sedang merenung tajam ke arahnya.
Habislah dia kali ini. Pasti Dani akan salah aham. Dia sangat
ari tentang itu. Dani suka serkap jarang, suka bersangka
buruk terhadapnya.
Adam menoleh ke arah Dani. Berkerut kening
melihat reaksi lelaki itu. Siapa dia? Teman lelaki Dahlia ke?
Dari penampilannya, kelihatan lelaki ini lebih tua daripadanya.
Hai, saya Adam. Adam Firdaus. Ramah dengan
senyuman, Adam menghulurkan salam.
Dani menyambut dengan wajah sedikit serius,
namun huluran tangan Adam bersambut. Mata mereka
bertembung.
Adam yang agak cemburu masih mampu tersenyum
nipis menanggapi wajah serius Dani. Lelaki itu di mata
kasarnya sangat tidak senang dengan kehadirannya di situ.Dani. Dani Ikmal.
Tangan mereka masih saling menggenggam. Aura
cemburu jelas kelihatan di mata masing-masing. Adam
-
7/31/2019 KSJ
56/99
Kerana Sebuah Janji
56
cemburukan Dani. Dani juga begitu. Hati tertanya-tanya,
siapakah gerangan lelaki ini di sisi Dahlia?
Dahlia masih membisu melihat aksi mereka berdua.
Dia tidak tahu kenapa lelaki-lelaki ini saling berbalas pandang
antara satu sama lain. Seolah-olah ada yang tidak berpuas
hati, ada yang tidak kena. Adakah kerana dirinya? Tidak.
Mustahil. Mereka cemburu? Dahlia cuba berdeham. Ternyata
kedua-dua lelaki itu tersentak.
Serentak juga mereka menoleh ke arahnya.
Saya masuk dulu.
Balik karang aku ambil.
Tak apalah, saya tumpang Balqis.
Pukul berapa habis kelas?
Hari ini pukul empat setengah, saya...Tunggu sini. Di sini. Aku ambil sharp empat
setengah, tunggu tau!
Belum sempat Dahlia meneruskan kata-kata, Dani
sudah memberi arahan.
Ingat! Jangan ke mana-mana. Aku datang ambil.
Sempat lagi Dani berpesan sambil masuk ke dalamkereta. Sebaik kereta BMW 5Series itu meluncur laju, Dahlia
berpaling. Kuliah sudah hampir bermula.
Adam juga mengekori Dahlia. Perasaan ingin
tahunya meluap-luap. Siapa Dani pada Dahlia? Kenapa lelaki
itu bercakap kasar dan seperti memaksa gadis itu? Malah
Dahlia juga seolah-olah reda saja dengan apa yang berlaku.
Siapa Dani?
Soalan Adam itu membuat Dahlia tersentak. Ada
lagi rupa-rupanya dia? Dahlia diam dan berjalan laju
-
7/31/2019 KSJ
57/99
Nozi Danisya
57
meninggalkan Adam. Dia tidak mahu dikaitkan mempunyai
hubungan istimewa dengan lelaki itu. Adam agak popular di
sini. Pasti saja ramai gadis-gadis yang menggilai lelaki ini.
Jadi lebih baik dia menjauhkan diri saja daripada Adam.
Bimbang jika diri sendiri yang bakal disakiti.
Dahlia!Im talking to you!
Adam menjerit apabila Dahlia berlari-lari anak
menaiki tangga menuju ke kelasnya.
Dahlia! Dahlia!
Suara Adam yang tidak putus-putus memanggil
namanya itu sedikit merimaskan. Tidak mahu menjadi
perhatian, akhirnya dia berhenti melangkah.
Termengah-mengah Adam cuba mendapatkan gadis
itu.
Siapa dia?
Dahlia diam.
Jawab Dahlia. Siapa dia? Siapa dia pada awak?
Siapa Dani tu?
Kenapa nak tau?
Saya perlu tau.
Kenapa awak perlu tau?
Dahlia,please answer me.
Dia Dani.
Ya, saya taulah nama dia Dani. Tapi siapa dia pada
awak? Kenapa dia hantar dan ambil awak? Dia boyriendawak
ke?Kenapa awak nak tahu?
Saya tak puas hati apabila dia bercakap kasar
dengan awak. Dia seolah-olah memberi arahan yang awak tak
-
7/31/2019 KSJ
58/99
Kerana Sebuah Janji
58
boleh membantah langsung. Dan awak, kenapa nampak
macam takut aja pada dia?
Saya tak takutkan dia pun.
Habis tu?
Habis tu apa?
Dahlia pelik dengan soalan Adam. Jam di tangan
dikerling.
Adam mengeluh. Dia juga melihat jam yangmelingkari pergelangan tangannya.
Kita dah lewat.
Dahlia, tunggu kejap!
Langkah Dahlia terhenti lagi apabila mendengar
suara Adam beralun perlahan. Dia membalas renungan Adam
yang redup. Hati kecilnya mengakui lelaki ini memiliki rupaparas yang tampan. Patut saja ramai gadis yang memujanya.
Saya... saya... saya sukakan awak.
Dahlia terkedu. Segera melarikan matanya apabila
direnung tepat sepasang mata milik Adam. Jantungnya
berdebar-debar.
Saya pergi dulu.Tunggu!
Langkah Dahlia dihalang lagi. Dia merengus kecil.
Sudah mula berasa rimas.
Saya ikhlas. Apa yang saya cakap tadi lahir dari hati
saya yang tulus. Saya benar-benar sukakan awak, Dahlia. Dah
lama sebenarnya. Tapi awak terlalu jual mahal. Saya harapawak dapat pertimbangkannya.
Dahlia diam. Tidak tahu apa yang dia rasa.
Pengakuan Adam itu benar-benar mengejutkannya. Dia tidak
-
7/31/2019 KSJ
59/99
Nozi Danisya
59
betah lagi mematung di depan Adam lalu segera berpaling.
Laju langkahnya meninggalkan Adam yang masih terpacak di
tangga.
KITAduduk sana, arah Balqis.
Dahlia hanya mengangguk.
So, apa cerita yang kau nak cakap tadi?
Pasal Adam.
Adam? Si Adam Firdaus kasanova tu?
Dahlia mengangguk.
Kenapa dengan dia?
Dia conessed eeling pada aku.Really? Bila?
Pagi tadi.
So, kau terima ke?
Dahlia menggeleng perlahan.
Aku cabut lari.
Balqis tergelak besar mendengar pengakuan Dahliaitu. Bertuah punya kawan!
Kesian dia ya.
Biarlah dia.
Tapi kesianlah Lia, dia betul-betul sukakan kau
tau. Kau trylah.
Try apa?
Terima dia.
Tak naklah. Aku tak suka dialah.
-
7/31/2019 KSJ
60/99
Kerana Sebuah Janji
60
Kenapa kau tak suka dia?
Kau pun tau, kan?Diaplayer?
Dahlia menyedut minumannya tanpa menjawab
soalan Balqis itu.
Dia ramai peminat? Dia...
Balqis! Jangan mengumpat.
Balqis tersengih melihat wajah temannya yang sudahmasam. Lebih masam daripada cuka agaknya. Balqis tergelak.
Kenapa gelak?
Tak ada apa. Kenapa eh kau tak suka Adam?
Sebab tak sukalah.
Oh dalam hati tak ada tamanlah ni?
Hiii kau ni. Dahlah makan cepat.
Balqis tergelak lagi. Dahlia memang tidak suka
bercakap soal lelaki atau tentang perasaan. Jika dia mengusik
gadis itu, begitulah reaksinya.
Qis, petang ni aku tak dapat tumpang kaulah. Kau
balik dululah ya?
Kau nak ke mana?
Tak ke mana. Balik rumahlah.
Habis tu kenapa tak balik dengan aku aja? Kau nak
balik dengan siapa?Dont tell me kau nak balik dengan Adam.
Eh, ke situ pulak. Tak ada makna aku nak balik
dengan dia.
Dah tu?
Dengan Dani.
Dani? Dia cakap nak ambil kau ke?
-
7/31/2019 KSJ
61/99
Nozi Danisya
61
Dahlia mengangguk.
Aku dah cakap nak balik dengan kau. Tapi diaberkeras suruh aku tunggu diaso, Ive no choice.
Hmmm, gitu. Tak apalah kau ikut ajalah dia.
Karang itu punca dia nak marah-marah kau.
Aku pun kir macam tu juga.
DAHLIA asyik menonton berita di kaca televisyen. Terpaku
mendengar berita pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
Di manakah siat kemanusiaan? Apakah salah bayi itu sehingga
tega diperlakukan sebegitu rupa? Kasihan, bayi yang tidak
berdosa menjadi mangsa kebiadaban manusia yang ternyata
jahil. Hatinya tersentuh hiba. Tanpa dia sedari, Dani sudahpun melabuhkan punggung di sebelahnya.
Astagrullahalazim... ujar Dani perlahan sambil
matanya pula yang terpaku mendengar berita pembuangan
bayi itu.
Serentak itu juga Dahlia tersentak. Menoleh ke
kanan melihat wajah selamba Dani yang santai di sebelahnya.
Haruman tubuh Dani sudah cukup memberitahunya bahawa
lelaki itu baru selesai mandi.
Segera dia menjarakkan dirinya sebaik menyedari
lelaki itu agak rapat di sisinya. Tidak enak rasanya berada di
dalam situasi begitu. Bukan sahaja bimbang tentang dosa,
malah bimbang dengan rasa yang datang menyapa.
Dani masih terpaku melihat berita yangdisampaikan. Kali ini sepasang matanya lebih tertumpu
kepada turun naik indeks pada paparan skrin televisyen itu.
Tidak berkedip matanya dengan wajah yang sedikit serius.
-
7/31/2019 KSJ
62/99
Kerana Sebuah Janji
62
Namun yang tenang itu hanyalah terlukis di wajah saja, di
dasar hatinya bergelora. Rasa bersalah pada Dahlia mula
terbit sejak petang tadi. Namun entah mengapa bibirnya
terasa berat untuk mengungkap kata maa. Tapi dia terpaksa
menuturkannya juga kerana dia tahu apa kesalahannya hari
ini.
Dahlia mula rasa tidak selesa. Tidak selesa dengan
suasana bisu antara dia dan Dani. Hanya alunan suara si
pembaca berita saja yang mengisi ruang rehat itu. Fikirnya,lebih baik segera beredar ke dapur. Boleh juga tolong Kak
Miah apa yang patut. Selebihnya dia mahu memberi ruang
kepada Dani bersendirian dan berehat setelah seharian lelah
di pejabat.
Dahlia.
Langkahnya terhenti. Wajah Dani segera dicari.Lelaki itu mengambil alat kawalan jauh dan memperlahankan
suara pembaca berita itu.
Duduk kejap.
Dahlia akur. Dia duduk bersebelahan dengan soa
yang dia duduki tadi.
Ada apa?
Maa pasal tadi.
Dahlia berkerut kening. Hairan sungguh. Dani
tidak pernah begini? Malam ini pertama kali dia mendengar
perkataan maa dari bibir lelaki itu. Malah Dani bercakap elok
dan tidak marah-marah seperti selalu.
Lama kau tunggu ya? Kau balik dengan apa?
Teksi.
Kata nak balik dengan Balqis?
Dahlia sedikit geram mendengar soalan itu. Dani
-
7/31/2019 KSJ
63/99
Nozi Danisya
63
ini lupakah? Padahal, lelaki itu yang beria-ia mahu
mengambil dirinya petang tadi? Punyalah lama dia
menunggu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk
menaiki teksi apabila jarum jam sudah menginjak ke pukul
lima setengah.
Aku adameeting tadi, terlupa langsung, ujar Dani
perlahan. Rasa bersalah yang bersarang di sanubarinya
membuat dia tidak betah untuk memandang ke wajah Dahlia
walau seculin pun.Penat saya tunggu, sampai berpeluh-peluh, balas
Dahlia lembut tetapi cukup meruntun hati Dani.
Simpati hadir tiba-tiba. Semuanya salah dia. Kerana
terlalu asyik dengan mesyuarat petang tadi sehingga dia
terlupa telah membuat janji dengan gadis itu. Dani benar-
benar rasa bersalah.Lain kali jangan berjanji kalau tak boleh tepati.
Wajah Dani terasa panas dengan kata-kata lembut
Dahlia yang berbaur sindiran itu. Terkebil-kebil matanya
melihat gadis itu sudah berlalu ke dapur. Dani tidak dapat
berbuat apa-apa, memang itu kesalahan dia. Hendak marah
pun tidak berguna lagi.
-
7/31/2019 KSJ
64/99
-
7/31/2019 KSJ
65/99
Nozi Danisya
65
tidak mahu mengerti? Dia amat sukakan kerjayanya sekarang.
Mustahil untuk dia berhenti kerja.
Kerja macam you ni, tak menentu tau tak? Esok ni
kalau kita kahwin macam mana?
Macam mana apa?
Yalah, rumah tangga macam mana? Anak macam
mana? I pulak macam mana? Sanggup you biarkan I?
Tinggalkan I?
Hey, Im working.
I boleh tanggung you. Memang tugas I pun nanti,
kan? Senang-senang you duduk rumah sajalah.
Excuse me? I what? Duduk rumah? Jadi ull time
housewie? Is that what you mean?
Yup!Kalau macam tu I tak nak kahwin dengan you!
Dani tersentak. Wajah cemberut Juliana dicari.
You tak nak? Why?
Dani,please. I tak nakresign okay. I love my job.
Do you love me?
O course I do, dear.
So, marry me.
Juliana terdiam. Termasuk yang ini, sudah empat
kali Dani melamarnya. Dan empat kali juga dia menolaknya.
Alasannya, masih belum bersedia dan tidak sanggup untuk
berhenti kerja.
Ju, Im waiting.
Sorry, I have to say no.
Dani diam. Nampaknya Juliana masih berkeras,
-
7/31/2019 KSJ
66/99
Kerana Sebuah Janji
66
masih berdegil. Impian indahnya semakin kabur. Harapan
yang setinggi gunung lebur. Juliana memilih kerjaya dari
dirinya. Dia mengeluh perlahan. Tidak dapat mentasir apa
perasaannya tika ini.
The same reason?
Juliana hanya mampu mengangguk. Dia tahu Dani
kecewa dengan keputusannya itu. Dia tahu dia sedikit kejam.
I hope you can understand me.
Dani hanya diam. Haruskah dia saja yang
memahami gadis itu? Bagaimana dengan perasaannya? Tidak
mahukah Juliana memahaminya juga? Demi cinta, demi
sayang Dani masih mampu untuk bersabar.
I harap you tak menyesal dengan keputusan you
ni.
Juliana tergelak besar. Menyesal? Mengapa mesti
dia menyesal? Kerjaya baginya adalah nombor satu. Dia
masih belum mampu untuk memikul tanggungjawabnya
sebagai seorang isteri. Bukan saja isteri Dani, malah isteri
sesiapa pun.
Dani, sudahlah. I penatlah dengan you ni. Asyik-
asyik benda yang sama saja. You kata you rindu I? Tapi bilajumpa macam marah aja. Kenapa sayang?
Because o you.
I? I buat apa?
I ajak kahwin you tak nak. Dah empat kali you
tolak. Malulah I.
Juliana tergelak lagi. Kata-kata Dani itu berbaurrajuk. Dia memandang lembut ke wajah Dani yang agak
mencuka itu. Jika dibandingkan sewaktu mula-mula
berjumpanya tadi, wajah itu sudah sirna serinya. Keceriaan
-
7/31/2019 KSJ
67/99
Nozi Danisya
67
dan kemanisan wajah itu hilang sebaik bunga-bunga
pertengkaran terbit sebentar tadi. Tangan lelaki itu diraih
lembut.
Apa yang you nak malukan? I bukan tolak cinta
you, I just tak nak kahwin lagi. Itu aja.
You cakap memanglah senang. I ni ada maruah
tau. Kalau mama I tau, dah lama dia suruh I tinggalkan you.
I aja yang tak nak.
Hmmm... kenapa you tak nak ya?
Juliana tersenyum mengusik. Sengaja ingin
menduga. Bukannya dia tidak tahu betapa hebat cinta Dani
padanya. Betapa banyaknya kasih yang telah dicurahkan lelaki
itu pada dirinya. Namun sengaja ingin mengusik kekasih
hatinya itu. Demi mengembalikan keceriaan wajah itu. Demi
membuang rasa bersalahnya pada Dani.Because I love you, Juliana. I nak kahwin dengan
you, nak hidup dengan you, nak ada anak dengan you, nak
lalui susah senang, suka duka, hari tua semua dengan you.
Tapi nampaknya I sorang aja yang rasa macam tu, you tak.
Kata-kata Dani itu sedikit sebanyak meruntun hati
perempuannya. Bagai dicarik-carik menjadi perca duka. Dani
memasang impian yang indah untuk hidup bersamanya.
Bukannya tidak mahu tapi dia masih belum bersedia.
Im sorry dear.
top related