jurnal 2

Post on 07-Dec-2015

223 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

tingkah laku bermasalah

TRANSCRIPT

Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal atau terkeluar

dari nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Kanak-kanak yang

menghadapi masalah tingkahlaku ini tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan

kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini

menjejaskan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan

orang lain.

Masalah tingkahlaku bermasalah dikalangan murid ini boleh terjadi

disebabkan oleh faktor seperti murid tidak berminat untuk mengikuti pelajaran atau

hilang minat untuk mengikuti sesi P&P disebabkan oleh ketidakupayaan guru untuk

menarik minat murid. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat

dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka

murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua

yang telintas dalam fikiran mereka. Hal ini mungkin menjadi antara penyebab utama

murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah seperti membuat bising,

bermain-main, tidak mendengar arahan dan pasif semasa proses P&P sedang

berlangsung.

top related