dokumen standard dunia seni visual (suaian) tahun 3
Post on 07-Feb-2018
252 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
1/36
DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENGLIHATAN)
DUNIA SENI:SENI VISUAL (SUAIAN)
TAHUN TIGA
2012
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
2/36
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
3/36
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
MASALAH PENGLIHATAN
DUNIA SENI:
SENI VISUAL(SUAIAN)
TAHUN TIGA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
4/36
Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakamanatau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
5/36
KANDUNGANMUKA SURAT
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kata Pengantar vii
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang 2
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3
Mata Pelajaran Seni Visual (Suaian) 4
Matlamat Mata Pelajaran 4
Objektif Mata Pelajaran 5
Fokus Mata Pelajaran
6
Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual (Suaian) 7
Organisasi Kandungan 8
Cadangan Aktiviti di Tahun 3 9
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 11
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
6/36
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
7/36
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
8/36
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
9/36
vii
KATA PENGANTAR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan
Khas mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.
Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi
merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan
khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru
menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti
mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan
kurikulum ini diharap dapat menyediakan murid yang lebih
berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat
menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan
negara.
Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling
minima yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh
itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang
sesuai bagi tujuan ini, selaras dengan tahap kebolehan murid
dan keadaan persekitaran.
Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas,
banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak
yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga
hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih.
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
10/36
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
11/36
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Penglihatan) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang
sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) lebih berfokus kepada
penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu
selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan secara fleksibel selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) dibina dengan
hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah
penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Penglihatan) digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
12/36
2
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) bertujuan
membimbing murid agar berupaya;
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan
menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
13/36
3
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Penglihatan) digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
14/36
4
FOKUS MATA PELAJARAN
Seni Visual (Suaian) ini merupakan mata pelajaran yang
diubahsuai daripada Kurikulum Seni Visual Kebangsaan
berdasarkan keperluan murid-murid pendidikan khas
bermasalah penglihatan. Perbezaan utama dalam kurikulum ini
adalah daripada aspek pemetaan dan pilihan kegiatan seni.
Dokumen Standard Seni Visual (Suaian) di peringkat sekolah
rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhannya
adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual (Suaian)
memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis
seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita
rasanya sendiri.
Dokumen Standard Seni Visual (Suaian) merangkumi tajuk-tajuk
yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian
seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan
adanya Pendidikan Seni Visual (Suaian) bagi murid pendidikan
khas bermasalah penglihatan ianya akan dapat membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Seni Visual (Suaian) sekolah rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni, dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat,
dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
15/36
5
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual (Suaian)
sekolah rendah murid dapat;
i. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
ii. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,
kritis, kreatif, dan menyeronokkan.
iii. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
iv. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya.
v. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual.
vi. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,
cermat, dan selamat.
vii. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan
bertanggungjawab.
viii. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah
air.
ix. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan
penghasilan seni visual.
x. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah
FOKUS MATA PELAJARAN
Tumpuan utama Seni Visual (Suaian) merangkumi empat aspek
utama yang dipentingkan iaitu;
a. penumpuan secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Penumpuan secara akt if
Penumpuan secara aktif yang merangkumi kesedaran
penumpuan keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria-
deria yang masih ada penumpuan ini juga melibatkan gabungan
pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini
membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melaluikegiatan penumpuan ini.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
16/36
6
Murid akan dilatih memberi penumpuan terhadap objek alam
dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid
merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang krit is dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini
amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan
yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa
akan datang.
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat daripada aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan,
dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai
sumbangan mereka.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara
mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan.Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan sebenar.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
17/36
7
PENILAIAN DALAM SENI VISUAL (SUAIAN)
Penilaian dalam Seni Visual (Suaian) bukan hanya melibatkan
pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan.
Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid
menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif,
psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, ia
menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil
kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu
membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini
dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah
yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan
Seni Visual mempunyai empat unsur iaitu penilaian
berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang
mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.
Penilaian Berasaskan Sekolah perlu dirancang dan dikendalikan
secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan
pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkanpenilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid
itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid.
Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan
penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan,
penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada
itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa
markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat
tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual
bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus
mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi apa
yang mereka tahu, cara mereka berfikir, dan kemampuan
psikomotor mereka. Antara kaedah penilaian dalam bilik darjah
yang boleh dijalankan termasuk:
i. Pemerhatian : Kaedah pemerhatian melibatkan
pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja murid.
Proses ini berguna kerana guru dapat menilai penguasaan
kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain
daripada itu, guru juga dapat menilai penguasaan
kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati
penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga
dapat dikesan melalui pemerhatian.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
18/36
8
ii. Lisan dan Interaksi : Kaedah lisan dan interaksi menolong
guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui
aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz,
perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita,
lakonan, dan nyanyian.
iii. Penulisan : Kaedah penilaian secara penulisan pula ujian
pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara
formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk
objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan
selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema
Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Transformasi Dunia Seni untuk sekolah rendah
mengandungi empat bidang iaitu menggambar (bermula tahap
II) membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuatbinaan dan kraf tangan. Organisasi kandungan dalam empat
bidang tersebut disusun berasaskan empat standard kandungan
iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan
apresiasi seni.
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi
dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan
pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karyaseni.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
19/36
9
BIDANG KEGIATAN AKTIVITI
MENGGAMBAR Bermula pada Tahap II
MEMBUAT CORAK DAN
REKAANRenjisan dan Percikan
MEMBENTUK DAN MEMBUAT
BINAAN
1. Boneka
2. Origami
3. Alat Muzik
KRAFTANGAN
1. Anyaman
2. Alat Perhiasan Diri3. Tembikar
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat
penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait
seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan
kerjaya.
CADANGAN AKTIVITI TAHUN 3
Aktiviti di Tahun 3 bagi Kurikulum Dunia Seni : Dunia Seni
Visual (Suaian) meliputi;
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
20/36
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
21/36
11
BIDANG 1 MENGGAMBAR BERMULA DARI TAHAP 2
BIDANG 2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN - RENJISAN DAN PERCIKAN
Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan corak dan rekaan dengan teknik renjisan dan percikan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
2.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual yang ada padakarya seni secara pemerhatian.2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Jalinan tampak.
2.1.1.2 Ruang jarak objek.
2.1.1.3 Warna primer, sekunder, dan tertier.2.1.2 Prinsip rekaan :
2.1.2.1 Imbangan warna dan corak.
2.1.2.2 Ritma dan Pergerakan terkawal.
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat berus lukisan, palet, dan berus gigi.
2.2.1.2 Bahan kertas lukisan, pelbagai bentuk daun, warnaair, warna poster, dan tempera.
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalampenghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik renjisan dan percikan (corak tidak terancang)
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
22/36
12
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual.
2.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
2.3.2 Menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan secaratidak terancang.2.3.2.1 Jarak daun2.3.2.2 Kuantiti daun
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual.2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
23/36
13
BIDANG 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
BONEKA - Tema: Alam Benda
Menghasilkan boneka daripada bahan terbuang.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
3.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Rupa geometri
3.1.1.2 Bentuk konkrit
3.1.1.3 Jalinan sentuh dan tampak.3.1.2 Prinsip rekaan :
3.1.2.1 Imbangan - simetri3.1.2.2 Penegasan rupa dan bentuk.
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat gunting, gam, pembaris serta bahan hiasansesuai
3.2.1.2 Bahan Kotak/ bahan terbuang, kertas warna, taliatau benang kasar.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media dalam proses penghasilan
Karya.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
24/36
14
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
3.3.2 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukanbahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
25/36
15
BIDANG 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
(ORIGAMI - Tema: Alam Haiwan)
Menghasilkan origami menggunakan kertas warna dengan teknik lipatan dan tampalan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
3.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Rupa geometri
3.1.1.2 Bentuk konkrit
3.1.1.3 Warna primer dan sekunder.3.1.2 Prinsip rekaan :
3.1.2.1 Imbangan - simetri3.1.2.2 Kepelbagaian rupa dan saiz.3.1.2.3 Penegasan - bentuk
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat gunting, gam
3.2.1.2 Bahan kertas berwarna atau kertas origami danlabuci.3.2.2 Mengetahui penggunaan media dalam proses penghasilan
karya.
3.2.2.1 Teknik - lipatan dan tampalan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
26/36
16
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
3.3.2 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
27/36
17
BIDANG 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
ALAT MUZIK - Tema: Alam Benda
Menghasilkan alat muzik menggunakan bahan terbuang.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
3.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Rupa geometri
3.1.1.2 Bentuk konkrit
3.1.1.3 Warna primer dan sekunder.
3.1.2 Prinsip rekaan :3.1.2.1 Imbangan - simetri3.1.2.2 Kepelbagaian rupa dan saiz.3.1.2.3 Penegasan - bentuk
Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
3.2 Aplikasi SeniMengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat gunting, gam, corong turas
3.2.1.2 Bahan Botol plastik kosong, kertas hitam,
Kertas warna dan kacang hijau3.2.2 Mengetahui penggunaan media dalam proses penghasilan
karya.
3.2.2.1 Teknik Guntingan dan tampalan
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
28/36
18
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
3.3.2 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukanbahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
29/36
19
BIDANG 4 MENGENAL KRAFTANGAN
ANYAMAN Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan anyaman kelarai menggunakan bahan ganti.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual yang terdapat pada
karya seni.
4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - lurus
4.1.1.2 Rupa - geometri
4.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh.4.1.1.4 Warna - primer
4.1.2 Prinsip rekaan :4.1.2.1 Harmoni jalinan dan rupa.
4.1.2.2 Ruang
jarak
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.1.1 Alat gunting pensel dan pembaris4.2.1.2 Bahan kertas warna, kertas lukisan, gam dan kad
tebal/kotak.
4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik anyaman
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
30/36
20
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
4.3.3 Menghasilkan kraf mudah secara kreatif.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukanbahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
4.4.4 Boleh dijadikan bahan pelbagai guna.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
31/36
21
BIDANG 4 MENGENAL KRAFTANGAN
ALAT PERHIASAN DIRI Tema : Alam Benda
Menghasilkan alat perhiasan diri dengan menggunakan pelbagai jenis manik.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakanbahasa seni visual yang terdapat pada
karya seni dengan pemerhatian
4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - kontor
4.1.1.2 Rupa geometri dan organik.
4.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh.4.1.1.4 Warna primer, tertier dan sekunder.
4.1.2 Prinsip rekaan :4.1.2.1 Harmoni jalinan dan rupa.4.1.2.2 Ruang corak
4.1.2.3 Imbangan
susunan bahan.
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.1.1 Alat gunting
4.2.1.2 Bahan tali tangsi, pelbagai jenis manik4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, teknik, dan proses dalam
penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik Rantaian
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
32/36
22
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam penghasilan karya seni 3D.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.4.4.2 Memperagakan hasil karya diri dan rakan.
4.4.3 Mempamerkan dan menghargai karya seni di sudut pameran.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
33/36
23
BIDANG 4 MENGENAL KRAFTANGAN
TEMBIKAR Tema : Alam Benda
Menghasilkan tembikar dengan menggunakan adunan doh.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1 Persepsi Estetik
Mengenal dan menamakan bahasa seni visual yang terdapat pada
karya seni dengan pemerhatian
4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - kontor
4.1.1.2 Rupa geometri dan organik.
4.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh.4.1.1.4 Warna primer, tertier dan sekunder.
4.1.2 Prinsip rekaan :4.1.2.1 Harmoni jalinan dan rupa.4.1.2.2 Ruang corak4.1.2.3 Imbangan susunan bahan.
Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.1.1 Alat - Pensel
4.2.1.2 Bahan Adunan doh4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, teknik, dan proses dalam
penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik Lingkaran
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
34/36
24
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa
seni visual dalam penghasilan karya seni 3D.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya.
Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4 Apresiasi Seni
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukanbahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.4.4.2 Memperagakan hasil karya diri dan rakan.
4.4.3 Mempamerkan dan menghargai karya seni di sudut pameran.
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
35/36
-
7/21/2019 Dokumen Standard Dunia Seni Visual (Suaian) Tahun 3
36/36
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk
top related