modul jasmani suaian

178
1 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013 UNIT 1 SEJARAH, DEFINISI, KONSEP DAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN. JENIS-JENIS LIMITASI POPULASI KHAS. HASIL PEMBELAJARAN PENGENALAN Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Dengan itu pendidikan Jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti dengan mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut. 1. Pelajar dapat menerangkan sejarah Pendidikan Jasmani Suaian di dunia dan di Malaysia; 2. Pelajar dapat menentukan jenis-jenis penilaian yang dilakukan bagi pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani bagi populasi khas; 3. Pelajar dapat menerangkan komponen dan fungsi Pendidikan Jasmani Suaian dengan jelas; 4. Menyatakan tunjang pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani Suaian; 5. Pelajar dapat membanding beza punca masalah bagi setiap kategori orang kurang upaya yang terdapat di Malaysia.

Upload: ekyadie

Post on 27-Dec-2015

1.237 views

Category:

Documents


145 download

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani Suaian

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Jasmani Suaian

1 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 1

SEJARAH, DEFINISI, KONSEP DAN LATAR BELAKANG

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN. JENIS-JENIS LIMITASI

POPULASI KHAS.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi

manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.

Dengan itu pendidikan Jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan

kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk

kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan dan pembangunan

sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani

tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk

mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai

kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian

aktiviti dengan mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

1. Pelajar dapat menerangkan sejarah Pendidikan Jasmani Suaian di dunia dan di

Malaysia;

2. Pelajar dapat menentukan jenis-jenis penilaian yang dilakukan bagi pelaksanaan

penempatan program Pendidikan Jasmani bagi populasi khas;

3. Pelajar dapat menerangkan komponen dan fungsi Pendidikan Jasmani Suaian

dengan jelas;

4. Menyatakan tunjang pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani Suaian;

5. Pelajar dapat membanding beza punca masalah bagi setiap kategori orang kurang

upaya yang terdapat di Malaysia.

Page 2: Modul Jasmani Suaian

2 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pengurusan program Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah mengandungi beberapa

aspek kepentingan seperti untuk memperkembangkan potensi individu secara

maksimum, mengintergrasikan bidang psikomotor, afektif dan kognitif serta penumpuan

kepada kecergasan fizikal. Murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani

Suaian perlulah dikenalpasti terlebih dahulu. Terdapat tiga kaedah penting yang perlu

digunakan untuk tujuan ini iaitu pengenalpastian mengikut kategori keperluan khas iaitu

umur, jantina dan tahap kesihatan. Selain itu, ia juga boleh melalui IEP (Individualized

Education Programme) PL 94 -142 dan IDEA (Individuals with Disabilities Education Act

(0-21 tahun).

Sejarah Pendidikan Jasmani Suaian

Program yang dibentuk khusus untuk murid berkeperluan khas atau yang digelar orang

kurang upaya sebab untuk mendidik mereka tentang cara menjaga keselamatan, untuk

kepuasan diri dan pengalaman mengecapi kejayaan seperti manusia biasa.

bermula tahun 3000 sebelum masihi satu senaman yang diberi nama "Therapentic"

dikenalkan di China

kurun ke 19 – orang America mengambil senaman ini untuk diajar kepada askar dan

merawat tentera mereka yang telah tercedera dan cacat akibat beberapa

peperangan.

1940 - model Therapentic Recreational diubah suai berkonsepkan kesukanan dan

pertandingan dilaksanakan oleh Guttman di Hospital England.

1948 – Guttman dengan kerjasama Sukan Stroke Mandeville antarabangsa

mempelopori perkembangan awal sukan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

sebelum merdeka:

PJ dijalankan secara berasingan oleh institusi Pendidikan Khas, Kuala

Lumpur

aktiviti PJ dan sukan hanya dijalankan lebih kepada terapi untuk kanak-kanak

khas sahaja.

kanak-kanak khas ini terasa terasing dengan dunia luar.

selepas merdeka sehingga kini:

telah mula pemperkenalkan sukan kebangsaan bagi gologan orang cacat.

kerajaan turut mengalakkan semua OKU melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Page 3: Modul Jasmani Suaian

3 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pendidikan Jasmani Suaian di Malaysia

Di Malaysia tidak banyak tempat kanak-kanak khas beriadah.

Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal,

sosial dan mental.

Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian ini sebagai terapi untuk kurangkan masalah

mereka.

Golongan khas sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan

golongan normal tambahan lagi sekiranya alatan yang digunakan tidak diubah suai.

Begitu juga dengan aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti

Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang

diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama

dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).

Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan diri dalam

aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan

khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan

postur yang kurang sempurna.

Pendidikan Jasmani dalam suasana ceria menaikkan emosi baik pada mereka.

Definisi Pendidikan Jasmani

Jenny (1961) berpendapat bahawa walaupun Pendidikan Jasmani memberi pendidikan

melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak

bercorak fizikal. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah untuk mempengaruhi semua

bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Borrow (1971) meletak Pendidikan Jasmani di dalam konteks pengalaman pendidikan

seluruhan (the total educational experience) dan menegaskan bahawa pengalaman

Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dalam seumur

hidup setiap individu. Apabila Pendidikan Jasmani memberi sumbangan kepada

pendidikan lain, maka fungsi Pendidikan Jasmani sebagai alat pendidikan dipenuhi.

Balley & Field (1976) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani ialah satu proses

pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuro maskular, intelektual,

sosial, budaya, emosional dan aestetika hasil daripada aktiviti fizikal yang terpilih dan

agak rancak.

Dengan erti kata lain, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membangunkan segala

aspek seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal. Keunikan ciri ini

menjadikan Pendidikan Jasmani berbeza daripada cabang-cabang pendidikan yang lain.

Page 4: Modul Jasmani Suaian

4 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Definisi Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani

yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan

kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Komponen Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian

• Modifikasi daripada Pendidikan Jasmani tradisional kepada aktiviti jasmani yang

bersesuaian bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang

upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya

serta mencapai kepuasan.

• Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan

organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil

dari aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Pendidikan Jasmani Perkembangan

• Program pendidikan jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor

kasar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang

hampir sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya

(populasi normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan (jika

mungkin) jurang umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat).

Pendidikan Jasmani Pemulihan

• Program pendidikan jasmani yang berobjektif pembetulan atau pemulihan bagi

kes luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal.

Fokus utama adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti kes Kyphosis

(boleh beradaptasi pergerakan dengan struktur postur tertentu), Scoliosis, obesiti

dan atrofi otot. Matlamay utama pemulihan adalah untuk membolehkan populasi

ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani

Menunjukkan hirarki keselanjaran kedudukan penempatan yang sesuai bagi individu

populasi khas bagi memudahkan mereka ditempatkan di sekolah atau lokasi yang

Page 5: Modul Jasmani Suaian

5 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

sesuai. Rajah di bawah menunjukkan keselanjaran penempatan program Pendidikan

Jasmani khusus populasi khas.

Rajah 1.1: Keselanjaran penempatan program Pendidikan Jasmani khusus populasi khas.

Penilaian Keupayaan Motor

Proses pelaksanaan penempatan program pendidikan jasmani bagi populasi khas

adalah bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor populasi tertentu di mana

ianya melibatkan:

Konsep Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani

tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya

untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta

mencapai kepuasan diri.

Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani

Suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Page 6: Modul Jasmani Suaian

6 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan

Jasmani kepada pelajar istimewa.

Objektif-objektif pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian mempunyai dua

komponen iaitu:

a) Tingkah laku yang dapat diperhatikan.

b) Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali percubaan berdasarkan

peratus gerak balas.

Objektif Psikomotor

a) Aspek Fizikal

• Memberi tumpuan yang lebih kepada aspek struktur anotomi individu.

• Kawalan postur perlu dibina bagi bolehkan individu mengalami perkembangan,

pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian dengan umur.

• Kawalan postur menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang

lebih kompleks.

• Tumpuan utama dalam aspek fizikal ini ialah postur statik dan postur dinamik.

b) Aspek Motor

• Memberi tumpuan kepada kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.

• Melibatkan beberapa prinsip asas (kekuatan, kelenturan, daya tahan

kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan)

• Faktor asas yg terlibat ialah: Imej tubuh, Kawalan objek, Orientasi spatial

(ruang), Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor, Perkembangan

kemahiran dan Kecergasan.

c) Aspek Permainan

• Melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

• Merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan

kecergasan.

• Beri ruang kepada pelajar melibatkan diri dalam berkomunikasi dan aktiviti

sosial.

Page 7: Modul Jasmani Suaian

7 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pendidikan Jasmani

Suaian

Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995)

yang menyeluruh (kognitif, afektif, psikomotor).

Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian boleh membantu mengurangkan kelemahan

dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989).

Program terapi fisio dapat mengurangkan masalah yang dihadapi dengan lebih

berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998).

Pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian yang dirancang dengan baik dan

bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang

dilaksanakan di sekolah.

Tunjang Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Tunjang pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian adalah sama seperti Pendidikan

Jasmani normal.

Mereka mempelajari semua tunjang pembelajaran yang ada.

Tempoh masa bagi setiap tunjang tidak ditetapkan.

Ianya mengikut tahap dan kemampuan murid

Mengapa mengambil tempoh masa yang panjang?

1. Mengikut tahap dan kemampuan murid.

2. Hasil pembelajaran diturunkan ke tahap paling rendah.

3. Memerlukan bimbingan individu.

4. Pendekatan yang berbeza mengikut masalah murid.

Tunjang dalam Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah 1.2: Tunjang Pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Suaian

Page 8: Modul Jasmani Suaian

8 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

1. Tunjang Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal

secara berterusan tanpa merasa lesu.

Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan

perlakuan motor.

2. Tunjang Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran

daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.

Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik,

pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. Tunjang Kesukanan

• Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan

amalan pendidikan jasmani dan sukan.

• Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu

dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian

Dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani Suaian guru juga perlu memilih

pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan dua pendekatan

yang utama iaitu:

a) pendekatan kategori dan

b) pendekatan tanpa kategori.

Pendekatan Kategori

Perlaksanaan program adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu

dlm populasi khas. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan

spesifik yang sama. Jenis kategori yang digunakan ialah:

(i) Ketidakupayaan Sensori

(ii) Ketidakupayaan Intergrasi

(iii) Ketidakupayaan Motor

Page 9: Modul Jasmani Suaian

9 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pendekatan Tanpa Kategori

Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan

pengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini bolehkan interaksi yang

lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana

dapat meminimumkan stigma (tanggapan yang negatif kepada populasi ini dari populasi

umum) dan persepsi streotaip (tanggapan kepada fizikal populasi dari populasi umum.

Penilaian Keupayaan Motor Pendidikan Jasmani Suaian

Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar

pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor.

Proses yang terlibat ialah:

a) Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod

a) Menginterpretasi data melalui proses analisis

a) Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi

Perlaksanaan Proses Penilaian

Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian

berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utama iaitu:

a. Penapisan dan rujukan (screening and reference)

b. Diagnosis dan penempatan (diagnosis and replacement)

c. Pengajaran dan kemajuan pelajaran (instruction and student progress)

d. Klasifikasi sukan (sport classification)

Penapisan dan Rujukan (Screening and Reference)

Proses penapisan dan rujukan akan menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang

perlukan pengujian lanjut. Sewaktu proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan

dengan matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Antara aktiviti yang popular untuk

proses ini adalah:

(i) Imbangan

(ii) Kemahiran mengawal bola (dribble)

(iii) Koordinasi bilateral

(iv) Kawalan motor visual

(v) Kemahiran berbasikal

(vi) Sukan dan permainan

Page 10: Modul Jasmani Suaian

10 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Diagnosis dan Penempatan (Diagnosis & Placement)

• Proses penilaian ini bersifat individu dan intensif serta dikendalikan oleh

mereka yang terlatih.

• Penilaian diagnosis ini bertujuan untuk tentukan penempatan khas yg sesuai

bagi membolehkan individu yang terlibat mengikuti program Pendidikan Jasmani

yang dirangkakan. Dua model digunakan sebagai panduan untuk penilaian:

a) Model IEP (Individual Educational Program)

a) Model REI (Regular Educational Initiative)

Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran

• Proses penilaian ini dijalankan selepas selesai proses penempatan pelajar.

• Proses ini dipandu oleh matlamat falsafah pendidikan negara (JERI) dan objektif

pengajaran serta pembelajaran yang spesifik.

• Proses ini juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan.

Klasifikasi Sukan (Sport Classification)

Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi

keupayaan berdasarkan keadaan kesihatan (medical condition) serta keupayaan

pelajar.

Situasi-situasi istimewa (keadaan luar biasa) - Exeptional

Merupakan keadaan di mana individu mempamerkan sifat terpesong yang signifikan

daripada populasi normal dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan

sosial. Terdapat 2 keadaan utama iaitu ketidakupayaan (disablity) dan terlebih upaya

(giftedness). Fokus utama untuk Pendidikan Jasmani Khas ialah terhadap

ketidakupayaan (disablity)

Terminologi yang Menggambarkan keadaan Ketidakupayaan

Cacat (Impairment)

Individu yang mengalami kehilangan fungsi yang eksplisit. Contohnya kecacatan verbal, ketidakupayaan pembelajaran, sindrom down, cerebral palsy, dan kudung (amputee)

Tidak Upaya (Disabled)

Individu yang mengalami keadaan tidak upaya mempunyai kecatatan yang menghadkan kemampuan masing - masing untuk melaksanakan aktiviti spesifik.

Page 11: Modul Jasmani Suaian

11 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Handicap

Individu handicap mengalami kecatatan dan ketidakupayaan yang menjejaskan

emosi dan kemampuan sosial. (Tidak semua orang yang cacat atau tidak upaya

adalah handicap)

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan

perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan

dalam aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak

terabai.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-

kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian,

kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan

kanak-kanak berkeperluan khas sebagai;

Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These

differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral

characteristics. Many of these children may require educational programs customized to

their unique needs.

Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti

berikut:

Masalah penglihatan

Masalah pendengaran

Terencat akal.

Kecelaruan emosi atau tingkah laku

Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan

Kurang upaya dalam pembelajaran.

Pintar cerdas dan berbakat

Masalah bahasa dan pertuturan

Kecelaruan spektrum autism

Page 12: Modul Jasmani Suaian

12 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Berikut adalah kategori kanak-kanak berkeperluan khas:

Masalah Penglihatan

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam

Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

Tidak dapat melihat langsung.

Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian

Snellen.

Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Tahap Kecacatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan

penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi

pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

Sederhana

Masalah tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan

menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas

seperti kanta.

Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih

banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran

melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan

khas.

Sangat teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran

melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada

deria-deria lain.

Page 13: Modul Jasmani Suaian

13 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 1.3: Tingkah Laku Masalah Penglihatan

Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri dan

sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik

kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa

berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005).

Masalah Pendengaran

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia

yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak

pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran

dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Cacat Bahagian Penerimaan (Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada

lubang telinga.

Cacat Bahagian Tanggapan (Perceptive Deafness)

Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ

dalam telinga.

Page 14: Modul Jasmani Suaian

14 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran

adalah:

Rajah 1.4: Tanda-tanda Murid yang Mengalami Masalah Pendengaran

Perkembangan kognitifnya agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan

bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka,

cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.

Jenis Masalah Pendengaran

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang

pendengaran dan pekak.

Page 15: Modul Jasmani Suaian

15 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Jadual 1.1: Tahap dan Ciri Pendengaran

Tahap dB Ciri-ciri Pendengaran

1 0-24 Pendengaran normal

27-40 Kurang Pendengaran

Ringan (Mild)

Sukar mendengar bunyi yang perlahan dan jauh

Sukar mengencam suara, diskriminasi

41-55 Sederhana (Moderate)

Sukar mengikuti perbincangan secara kelas

Masalah bunyi lembut, cakap jauh

2 56-70 Sederhana Teruk (Moderate Severe)

Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

Jika ingin berhubung perlu bercakap dengan

kuat

3

71-90

Pekak

Teruk (Severe)

Boleh kenal vokal tapi masalah konsonan

Boleh dengar jeritan kuat

Masalah pertuturan tanpa terapi

4 >90 Pekak Sangat Teruk (Profound)

Masalah bahasa dan pertuturan teruk

Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat

Masalah Mental/Terencat Akal

Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang

mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak

itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor

baka banyak mempengaruhi prestasi intelek berbanding dengan faktor persekitaran.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu

daripada segi pertumbuhan bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan

dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor

halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus

mereka.

Page 16: Modul Jasmani Suaian

16 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan kepada

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan

mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan

tingkah laku yang sering mengganggu rakan.

Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan

kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam

menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi

murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka

mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu

(Jamila 2005).

Sindrom down

Ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan

kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper,

kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata, telinganya

kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk leher

pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek, mempunyai

masalah jantung dan lain-lain lagi.

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan,

sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh

dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah

pendengaran.

Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan

perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu

hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).

Kecelaruan Emosi-Hiperaktif

Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak

yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai

tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-

kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang

tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau

masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau

Page 17: Modul Jasmani Suaian

17 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah

satu keadaan dalaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah

laku yang terlampau aktif dan impulsif.

Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa

hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:

Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .

Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

Sukar memberi tumpuan dan perhatian.

Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.

Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.

Tidak terurus.

Kemahiran belajar yang lemah.

Sukar untuk berdikari.

Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD)

menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut:

Tahap aktiviti tinggi

Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.

Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.

Tidak matang dari segi sosial.

Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

Kanak-kanak adalah normal pada zaman kanak-kanak hingga ke tahap perkembangan

tertentu. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila

kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai

dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra

2008).

Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi

dengan petanda yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan terbahagi 3

dikategorikan;

ADHD Kurang Tumpuan

Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas, pelupa dan kerja tidak teratur

ADHD Hiperaktif-impulsif

Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

Page 18: Modul Jasmani Suaian

18 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

ADHD Gabungan

Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD

hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD

impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu

pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja

sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur

tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana

penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran

yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial

(Jamila 2005).

Masalah Fizikal dan Kesihatan – Palsi Serebral

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod,

palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi

selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan

kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad

atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan

permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga

menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan

tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka

adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis

palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya

kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di

dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, mereka

berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.

Page 19: Modul Jasmani Suaian

19 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang

terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak

ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri

sendiri.

Autism

Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana

kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,

berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-

kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :

Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak

dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.

Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.

Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan

Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Masalah Pembelajaran

Lembam (Slow Learner)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas

pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah

mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan.

Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di

peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-

kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka

memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan.

Menurut Messe (2001), keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana

iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga

mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat

yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah

hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan

tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran

matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang

digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.

Page 20: Modul Jasmani Suaian

20 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan

tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-

emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Disleksia

Perkataan disleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ yang bermaksud

kesukaran dan ‘lexia’ yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud ‘kesukaran

dengan perkataan bertulis’. Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh

pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan

mengeja(Sanders dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu

disleksia visual melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dan

disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan

sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas

dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya

pengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana

mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks

semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

Keliru kedudukan perkataan

Pembalikan perkataan

Keliru Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Penambahan huruf

Kependekan perkataan

Pembalikan huruf dalam perkataan

Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang

tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana

tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan

telah menguasai pengajaran guru.

Page 21: Modul Jasmani Suaian

21 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menurut Ross (1993), kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenalpasti

semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan potensi yang

cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan

mereka, sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga menunjukkan prestasi yang

tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa

Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur

yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi

dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan

dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dan menyimpan maklumat

dengan cepat serta cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh

merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada usia yang

muda.

Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa

dan menghina, rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

RUMUSAN

Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis

kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi

fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi

kepada beberapa jenis iaitu murid-murid cacat pendengaran, cacat penglihatan,

bermasalah pembelajaran, bermasalah tingkah laku, bermasalah pertuturan, murid

spastic, terencat akal, cerdas pintar dan cacat anggota.

Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanak-kanak

dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap

pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang

sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi

beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak

masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah

menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama,

tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai

masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai

pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil

masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi

Page 22: Modul Jasmani Suaian

22 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid

khas ini.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat

diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama

diskriminasi kepada golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan

bakat dan potensi gologan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat gologan

masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan

yang terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi

membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah

tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian

daripada gologan berkeperrluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah tujuan Pendidikan Jasmani Suaian dimasukkan dalam kurikulum

sekolah?

2. Huraikan secara ringkas tentang sejarah Pendidikan Jasmani Suaian.

3. Senaraikan sekurang-kurangnya lima manfaat aktiviti Pendidikan Jasmani

Suaian kepada murid berkeperluan khas.

4. Jelaskan bagaimana proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani

Suaian dilakukan.

5. Pada pendapat anda bagaimanakah pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian

boleh membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

6. Bincangkan frasa yang mengatakan bahawa “setiap kanak-kanak dengan

kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya

terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis

pendidikan yang sesuai bagi anak mereka”.

Page 23: Modul Jasmani Suaian

23 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning. Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia. Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia. Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson. Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Page 24: Modul Jasmani Suaian

24 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 2

ASAS PERGERAKAN SUAIAN LOKOMOTOR, BUKAN

LOKOMOTOR DAN MANIPULATIF UNTUK MEMENUHI

KEPERLUAN ASAS PERGERAKAN DAN PERGERAKAN

SUAIAN

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh

seseorang yang akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat

tersebut. Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu murid untuk

memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah

dan improvisasi yang berteraskan kegiatan penerokaan dan kreativiti. Pendidikan

pergerakan asas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat

menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak pendidikan khas. Antara nilai-nilai positif

yang boleh diperoleh dari aktiviti pergerakan asas ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat

berpasukan, kesempurnaan lakuan, bantu-membantu dan keseronokan.

Pengertian Pergerakan Asas

“Aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan

badan” (Susan Capel, 1986)

1. Pelajar dapat menerangkan asas pergerakan suaian lokomotor, bukan lokomotor

dan manipulatif untuk memenuhi keperluan asas pergerakan dan pergerakan suaian;

2. Pelajar dapat membanding beza antara pergerakan lokomotor dengan pergerakan

bukan lokomotor yang sesuai dengan populasi khas;

3. Pelajar dapat memberikan contoh pergerakan manipulatif yang bersesuaian dengan

kebolehan pelajar berkeperluan khas tertentu;

4. Menyatakan rasional menguasai asas pergerakan suaian lokomotor, bukan

lokomotor dan manipulatif bagi pelajar berkeperluan khas.

5. Pelajar dapat menerangkan dengan terperinci konsep pergerakan suaian dan

faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan suaian.

Page 25: Modul Jasmani Suaian

25 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

“Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan

membangunkan individu belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan”

(Gallahue, 1996)

Konsep Pergerakan Suaian

Konsep pergerakan suaian merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang

pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan

untuk mencapai matlamat pergerakan yang spesifik.

• Kesedaran Tubuh Badan: Apakah yang boleh dilakukan oleh tubuh badan murid

berkeperluan khas?

• Kesedaran Ruang: Di manakah badan bergerak?

• Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

• Kualiti Pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak?

Kesedaran Tubuh Badan

• Mengenal pasti nama dan lokasi anggota badan, posisi dan bentuk badan

• Kesedaran pergerakan tubuh badan

• Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan

• Kesedaran ketegangan otot dan relaksasi

Kesedaran Ruang

• Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain

• Bergerak dengan selamat dalam ruang am

• Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah

• Memahami pelbagai aras pergerakan

• Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek

• Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

Perhubungan

• Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan

• Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain atau

kumpulan

• Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

Page 26: Modul Jasmani Suaian

26 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kualiti Pergerakan

• Imbangan: memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan

imbangan dalam pergerakan

• Masa: membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau

mengurangkan kelajuan pegerakan

• Kuasa: kebolehan mewujudkan dan memodifikasikan kuasa sendiri

untuk memenuhi keperluan tugasan

• Aliran: menggabungkan pergerakan dengan licin dan melalukan

pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pergerakan

• Faktor fisiolgikal: Daya tahan kardiovaskular, fleksibilti, kekuatan dan daya tahan

otot

• Faktor psikologikal: ketakutan, kerisauan dan keyakinan diri

• Faktor sosiologikal: keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan,

peranan gender dan ekonomi.

Tujuan Menguasai Pergerakan Asas

Kecergasan: daya tahan kardiovaskular, kekuatan dan daya tahan otot, fleksibiliti,

komposisi tubuh badan, pengukuran denyutan nadi dan prinsip latihan

Sosialisasi: undang-undang dan peraturan permainan, menghormati orang lain,

semangat kesukanan , bekerjasama, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal

(de Vries, 1995). dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakan

satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak

disentuh oleh mata pelajaran lain. Empat taksonomi penting pendidikan ialah jasmani,

emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu

sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan

mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah

untuk sepanjang hayat. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif

(intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk

aspek psikomotor dan fizikal.

Melalui Pendidikan Jasmani, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan

perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek,

sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan

perkembangan diri seseorang. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di

Page 27: Modul Jasmani Suaian

27 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999) malah juga dalam KSSR

(2011). Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan.

Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan

mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak

langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang

melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan

hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.

Rajah 2.1: Pergerakan Asas

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang

menyebabkan dia berubah kedudukan. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang

menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari

disebut bergerak dan beredar.

Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor selain daripada

berjalan dan berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling

hadapan, guling balak, guling sisi dan gallop juga tergolong dalam pergerakan

lokomotor.. Pergerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Page 28: Modul Jasmani Suaian

28 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Arah

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke belakang, depan ke kiri atau ke kanan.

Rajah 1.2: Arah Pergerakan

Haluan

Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus,

bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

Rajah 1.3: Corak Haluan Pergerakan Lokomotor

Masa

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa

boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Bentuk Pergerakan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan

lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Antaranya ialah:

Berjalan

Page 29: Modul Jasmani Suaian

29 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Di antara aktiviti berjalan yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan

Jasmani Suaian mengikut kebolehan pelajar dan tahap kecacatan yang

dimiliki ialah seperti berikut:

Rajah 1.4: Pergerakan Lokomotor

Jalan berundur dan kemudian ke hadapan

Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan

berjalan

Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan

Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan

Berjalan sambil memusingkan tali skipping.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu

tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai

keupayaan mengerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan

lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Antaranya:

Duduk

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti berikut:

Duduk dalam keadaan bersila

Duduk dalam keadaan melunjur

Page 30: Modul Jasmani Suaian

30 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 1.5: Pergerakan Bukan Lokomotor

Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan

Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit

Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal

Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki

Duduk melutut

• Duduk mendekam

Berdiri

Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani

ialah seperti berikut:

Berdiri lurus

Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan

Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan

dan berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri

Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki

Berdiri dengan membongkok kehadapan

Berdiri sambil menghayun kaki

Berdiri dengan memusing pada paras pinggang

Rajah 1.6: Pergerakan Bukan Lokomotor Sambil Berdiri

Page 31: Modul Jasmani Suaian

31 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Berpasangan

Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan

lokomotor ialah:

Gusti Tangan Turun Naik Berdua Enjit-Enjit Semut

Rajah 1.7: Pergerakan Bukan Lokomotor Berpasangan dan Bertiga

MANIPULASI ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk

mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.

Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,

bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan gelang getah

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan

dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi

alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini

memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani

sesuatu objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina

daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan

kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah:

Page 32: Modul Jasmani Suaian

32 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Melambung

Melambung bola ke udara ada ketinggian pelbagai

dan menyambut semula Meleretkan bola

kesasaran

Rajah 1.8: Pergerakan Manipulatif Alatan

Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

Menggolek relung

Membaling pundi kacang ke pasangan

Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain

Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

Menyambut

Di antara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan

Jasmani ialah seperti berikut:

Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula

Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan

Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

Memukul

Di antara aktiviti memukul yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani

ialah seperti berikut:

Memukul alatan dengan tangan

Page 33: Modul Jasmani Suaian

33 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Memukul alatan dengan genggaman

Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran

Melambung belon keudara dan kemudian memukul

Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A

lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan

bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan

Rajah 1.9: Pergerakan Manipulatif Alatan; Memukul

PERGERAKAN ASAS SUAIAN UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Bagi golongan berkeperluan khas untuk pelajar yang mengalami masalah fizikal seperti

pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan

dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini

mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig,

1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan

sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan

(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran Pendidikan Jasmani

Suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat

memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di

Malaysia.

Page 34: Modul Jasmani Suaian

34 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian

pada masa kini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, Pendidikan Jasmani

Suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal. Di Malaysia

tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada

golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan

normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan

sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk

turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti Pendidikan Jasmani yang

dilaksanakan di sekolah, aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar

berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang

kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig,

1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan diri dalam

aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas

mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang

kurang sempurna. Contohnya terdapat dalam kalangan pelajar yang mengalami otot-

otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa.

Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas

pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti

Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan

keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk

menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti Pendidikan

Jasmani Suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan

kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

Asas Pergerakan Suaian Aktiviti Pergerakan Manipulatif

Pergerakan merujuk kepada sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang

yang menyebabkan perubahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu

pergerakan lokomotor, atau kekal di tempat tersebut yang dikenali sebagai pergerakan

bukan lokomotor. Variasi dalam kemahiran ini boleh dilihat melalui aplikasi manipulasi

alatan.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk

mempelajari asas sukan yang seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.

Pembelajaran manipulasi alatan mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,

bola besar, riben, tali, gelung dan sebagainya. Setiap pergerakan di setiap stesen

mewakili beberapa komponen pergerakan asas, sama ada pergerakan lokomotor seperti

Page 35: Modul Jasmani Suaian

35 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

berjalan, berlari, bergallop, berskipping serta berguling atau pergerakan bukan

lokomotor seperti mengimbang, bangun duduk, menarik nafas serta mengilas badan.

Penggunaan alatan tidak terhad pada peralatan ringan seperti gelung yang menjadi

peralatan utama untuk sesi amali malah turut melibatkan peralatan berat seperti peti

lombol, bangku panjang, dan platform lompatan. Kesemua aktiviti ini merangkumi

pergerakan asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

Matlamat

Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam

tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi

kreativiti murid berkeperluan khas untuk melakukan pergerakan khasnya

menginterpretasikan idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara

simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif

dapat memperkembangkan kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

Objektif

Objektif aktiviti pergerakan menggunakan alatan ini adalah:

Memberi pendedahan serta mempraktikkan kemahiran menggunakan anggota

badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.

Melatih kecekapan untuk mengawal koordinasi, khususnya bagi aktiviti

melibatkan lebih daripada dua pergerakan.

Membina satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan untuk dipraktikkan.

Melatih guru-guru pelatih untuk merangka aktiviti yang bersesuian dengan

keperluan jasmani dan kesesuaian alatan.

Pergerakan Suaian

Program yang dibentuk khusus untuk murid-murid berkeperluan khas. Sebahagian

daripada kurikulum biasa yang dimodifikasi (ubahsuai) bagi memenuhi keperluan-

keperluan mereka dan memberi input baru kepada mereka belajar cara menjaga

keselamatan. Modifikasi yang dibuat melibatkan semua pergerakan agar semuanya

dapat dinikmati oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Bertujuan untuk memberikan peluang kepada individu kurang upaya. Pengubahsuaian

aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakarkan aktiviti tersebut. Ianya juga

merupakan pengubahsuaian yang melibatkan latihan kemahiran motor kasar bertujuan

Page 36: Modul Jasmani Suaian

36 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir sama dengan

tahap kemampuan rakan sebaya populasi normal.

Perlunya Pengubahsuaian

Pengubahsuaian setiap pergerakan sama ada pergerakan lokomotor, bukan lokomotor

atau pergerakan manipulatif perlu dibuat kepada murid-murid berkeperluan khas. Ini

kerana mereka memerlukan setiap aktiviti itu bersesuaian dengan kekangan yang ada.

Pengubahsuaian ini perlu disebabkan:

Mereka ini sentiasa memerlukan pemantauan sepenuhnya daripada guru-guru

kerana mereka tidak boleh untuk bergerak sendiri.

Keupayaan yang mereka ada tidak sama seperti murid populasi umum.

Ruang/kawasan permainan atau pergerakan mereka juga perlu dihadkan

bersesuaian dengan keupayaan mereka.

Supaya menanam sikap berani dan membuang sikap rendah diri.

Mewujudkan sikap bersaing dalam kalangan mereka sendiri juga dengan mereka

dari populasi umum. Semangat ‘kita boleh’.

Memberi peluang kepada kanak-kanak ini mencuba bakat dan menguasai

kemahiran di dalam pergerakan seperti yang terkandung di dalam sukatan.

Menjadi contoh terbaik dalam kalangan mereka dan orang yang normal.

Jadual 2.1: Konsep Pergerakan

Kesedaran badan Kesedaran spatial Usaha Hubungan

1. Seluruh badan: curl mark, twist 2. Bahagian badan: sahaja, dlm kombinasi, memulakan /berikut, menghulurkan/ curl/twist, mesyuarat/ perpisahan 3. Bearing Berat: sokongan, pemindahan berat badan, kira-kira 4.Aksi: pergerakan, ketinggian, bertukar 5. Bentuk badan: bulat, sempit, luas, twisted 6. Penggunaan simetri/ simetri badan

1. ruang umum 2. ruang peribadi 3. Arah didalam ruang 4. Tahap dalam ruang 5. Laluan dalam ruang: lantai / Air 6. Sambungan dalam ruang: ini, terdekat, besar, kecil

1. Masa: tiba-tiba/berterusan 2. Berat: berat / ringan 3.Ruang: langsung/ fleksibel 4. Aliran: terikat / percuma

1.Dgn/tanpa objek: manipulasi 2. dengan orang

(Lump, 2005)

Page 37: Modul Jasmani Suaian

37 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Konsep Pembelajaran Melalui Pergerakan

Belajar sambil bergerak

Melalui pergerakan kanak-kanak berkeperluan khas akan:

• berubah kedudukan

• berfikir

• menguasai sesuatu kemahiran secara langsung

Domain yang Terlibat dalam Pergerakan

• Psikomotor

• Kognitif

• Afektif

Melalui pergerakan Murid Bermasalah Pembelajaran Mempelajari Tentang Diri:

• apa yang mampu dilakukan

• bagaimana dia boleh mengawal diri

• bagaimana mengawal sesuatu yang ada diseklilingnya

• bagaimana menyesuaikan diri dengan persekitaran

• bagaimana melahirkan perasaan

• Pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek fizikal

dan psikologi, kebolehan belajar dan bergaul.

Fasa Perkembangan

Perkembangan Motor Deria (Sensory Motor)

• belajar mengenal ciri-ciri dalam persekitaran

• sedar diri berbeza dengan alam sekitar

• belajar bagaimana mengubah kedudukan badan (berguling kepada melutut)

• belajar menggenggam, memegang objek, melepas ikut kehendak diri.

Page 38: Modul Jasmani Suaian

38 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUMUSAN

Pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan

diberikan tumpuan yang khas kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan

lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk

mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk kehidupan seharian dan tujuan

melibatkan diri dalam sukan. Oleh sebab itulah, pergerakan asas diterapkan kepada

pelajar di sekolah pelajar berkeperluan khas supaya mereka dapat menguasai dan

memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks walaupun

mengalami pelbagai kekangan.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Nyatakan tujuan menguasai pergerakan asas dari aspek pergerakan

sosialisasi.

2. Bagaimanakah klasifikasi tema boleh memudahkan cara tindakbalas

pergerakan?

3. Rancang satu ujian pergerakan bukan lokomotor yang melibatkan lapan

stesen. Nyatakan secara ringkas perlaksanaannya.

4. Mengapakah pengubahsuaian untuk semua pergerakan perlu dibuat untuk

murid-murid berkeperluan khas?

5. Jelaskan secara ringkas hubungan di antara perkembangan motor dan

pencapaian motor.

6. Apakah tahap kemahiran bukan lokomotor yang boleh dicapai oleh kanak-

kanak yang berusia 5 tahun?

Page 39: Modul Jasmani Suaian

39 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to

Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.

Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social

Psychology, 138(1), 13-26.

Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak

Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.

Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children.

Illinois. Charles C Thompson.

Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan

Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka

Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober

2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk-

Pelajar-Berkeperluan-Khas

Tugasan Kursus KRJ1013 Kohort 13, Semester 2, 2013.

Page 40: Modul Jasmani Suaian

40 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 3

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN,

PENGURUSAN PERMAINAN SUKANEKA.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani Suaian telah dipraktiskan dalam sesi persekolahan biasa sejak

permulaan pemerintahan kerajaan yang diperakui oleh Kongres pada tahun 1975 yang

memberi peluang kepada murid keperluan khas sebagai laluan untuk menerima

pendidikan umum. Program perkolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga

jenis iaitu program sekolah khas, program sekolah percantuman dan program sekolah

inklusif.. Guru atau tenaga pengajar Pendidikan Jasmani Suaian bertanggungjawab

sebagai pendidik yang kritikal membantu pembinaan dan perkembangan murid-murid

kurang upaya dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk individu yang

mengalami kecacatan atau kurang upaya.

Matlamat Pendidikan Jasmani Suaian murid-murid berkeperluan khas adalah

menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan

dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari dan

berjaya dalam kehidupan (Jabatan Pendidikan Khas, 1997). Antara masalah atau

1. Pelajar dapat memahami strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian;

2. Pelajar dapat menghubungkaitkan fungsi Pendidikan Jasmani Suaian serta

mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian;

3. Pelajar dapat menerangkan kelebihan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

berbanding mata pelajaran lain yang terdapat di sekolah/pusat;

4. Menyatakan beberapa keistimewaan konsep kesepaduan dan penggabungjalinan

dalam Pendidikan Jasmani Suaian;

5. Mengenalpasti faktor-faktor penting yang terlibat dalam mengendalikan Sukaneka

pelajar berkeperluan khas.

Page 41: Modul Jasmani Suaian

41 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

kecacatan yang dialami oleh golongan ini ialah autisme, buta, pekak, bisu, gangguan

emosi, keterencatan akal, pelbagai masalah ketidaksempurnaan fizikal masalah sistem

saraf, masalah pertumbuhan otot, ketidaksempurnaan postur badan dan lain-lain.

Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian ini merupakan terapi untuk mengurangkan masalah

murid keperluan khas. Di kebanyakan sekolah, aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama

pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).

Dalam konteks hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan formal,

Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke

dalam masyarakat (de Vries,1995). Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian adalah

sebahagian daripada kurikulum biasa yang dimodifikasi (ubahsuai) bagi memenuhi

keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau

kurang upaya. Pendidikan Jasmani yang dijalankan secara terancang dan sesuai

dengan kategori keperluan khas dapat membawa kesan yang positif kepada

perkembangan fizikal, emosi dan mental. Strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang

sesuai amat dititikberatkan untuk mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi

golongan ini serta membina keyakinan dan meningkatkan kompetensi mereka.

Strategi, Kaedah dan Teknik Dalam Pendidikan Jasmani Suaian

Strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah perkara yang perlu dititikberatkan

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik yang

tepat akan membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Terdapat pelbagai

jenis strategi, kaedah dan teknik dalam penyampaian isi pembelajaran.

Rajah 3.1: Perkaitan Antara Strategi, Kaedah dan Teknik

Strategi

Teknik

Kaedah X

Page 42: Modul Jasmani Suaian

42 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Strategi

Strategi merangkumi kesemua aspek termasuklah teknik, kaedah dan pendekatan.

Strategi adalah suatu bentuk operasi yang digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran dan juga merupakan aktiviti pengurusan yang telah dirancang untuk

mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan guru. Strategi juga dianggap

sebagai kebijaksanaan memilih sesuatu pendekatan dan kecekapan dalam merancang

teknik dan kaedah. Terdapat tiga jenis strategi dalam penyampaian pengajaran dan

pembelajaran iaitu:

Rajah 3.2: Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi pemusatan guru memperlihatkan guru sebagai individu yang memainkan

peranan utama dalam menguasai dan mengawal segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berbentuk kuliah iaitu guru banyak memberi

penerangan dan murid hanya mendengar setiap penerangan dengan teliti. Ciri-ciri

strategi pemusatan guru ialah:

Guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penonton sahaja.

Kepimpinan guru bersifat autokratik.

Murid tidak berpeluang menyampaikan pendapat mereka.

Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan

Komunikasi antara murid dan guru adalah sehala

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru

Page 43: Modul Jasmani Suaian

43 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

murni atau perkembangan emosi

Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafaz tetapi kurang

upaya untuk membuat interprestasi

Interaksi antara murid adalah pasif dan pergaulan social murid terbatas.

Kebolehan dan minat murid tidak diambil berat

Murid menjadi kurang kreatif dan tidak diberi peluang untuk menjana idea

Strategi Berpusatkan Murid

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa diperuntukkan kepada

pembelajaran dalam strategi ini. Antara ciri bagi strategi pemusatan murid ialah:

Guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti

pembelajaran

Komunikasi yang berlangsung adalah komunikasi dua hala

Kepimpinan adalah berbentuk demokratik di mana murid digalakkan untuk

memberikan pendapat

Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan objektif pencapaian murid

di mana perkembangan yang seimbang sepertimana yang dinyatakan dalam

aspek JERI dapat dihasilkan

Ujian penilaian berbentuk formatif digunakan untuk mengkaji kelemahan murid

dan memastikan ujian kemahiran yang guru lakukan berjaya atau tidak

Sebagai panduan kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran

yang lebih baik pada masa akan datang

Mengutamakan kaedah kumpulan dan penglibatan penuh pelajar

Murid bersikap lebih kreatif dan inisiatif.

Strategi Berpusatkan Bahan

Strategi ini menggunakan bahan sebagai medium utama untuk penyampaian isi

pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahan

pengajaran yang disediakan oleh guru (powerpoint, carta, gambar rajah) dan bahan

pembelajaran yang digunakan oleh murid (buku teks, lembaran kerja, peralatan sukan,

radas dan sebagainya). Ciri-ciri bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

Guru dan murid menggunakan bahan sepenuhnya untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan interaksi antara murid dengan bahan

Page 44: Modul Jasmani Suaian

44 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Murid dan guru perlu cekpa menggunakan bahan secara maksimum untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Strategi ini menekankan keseruhan aspek iaitu aspek fizikal, kognitif dan afektif

Pengajaran guru bertumpu kepada pengajaran bermakna dan berkesan

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan

Strategi ini mementingkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui

pengalaman sebenar.

Kaedah

Kaedah ialah satu prosedur yang membolehkan pelaksanaan pengajaran dijalankan

secara teratur, kemas dan sistematik serta suatu bentuk langkah pengajaran yang

tersusun rapi. Kesemuanya adalah bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran

yang telah dirancang. Guru perlu menyusun langkah pengajaran secara teratur,

mempunyai kesinambungan dan perlu melakukannya mengikut peraturan agar objektif

pembelajaran yang spesifik dapat diperolehi dalam jangka masa yang pendek. Contoh-

contoh kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

Kaedah inkuiri penemuan

Kaedah Induktif

Kaedah Deduktif

Kaedah Penyiasatan

Kaedah Penyelesaian Masalah

Kaedah Kumpulan

Kaedah Sumbangsaran

Kaedah Demonstrasi

Kaedah Lawatan

Kaedah Belajar Cara Belajar dan lain-lain

Teknik

Teknik merupakan muslihat yang digunakan guru untuk menyampaikan bahan dan isi

pengajaran kepada murid secara optimum. Teknik merupakan unit-unit kecil yang

terkandung dalam kaedah. Teknik juga adalah suatu kemahiran yang digunakan guru

untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah pengajaran serta cara guru untuk

menjalankan pelbagai langkah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu

membahagikan masa dengan betul untuk menjalankan setiap teknik yang dipilh.

Contoh-contoh teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran ialah:

Page 45: Modul Jasmani Suaian

45 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 3.3: Teknik Mengajar Pendidikan Jasmani Suaian

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian, guru atau tenaga pengajar perlu menggabungkan ketiga-

tiga strategi iatu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Guru perlu

membahagikan slot pengajaran dengan cuba menggunakan ketiga-tiga strategi dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru tidak boleh hanya memberi arahan dan bercakap sepanjang waktu kerana

golongan kurang upaya ini tidak boleh menerima arahan terlalu banyak dan secara

berterusan.

Page 46: Modul Jasmani Suaian

46 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Tetapi, perlu diingatkan, setiap murid mempunyai kecacatan dan masalah yang berbeza. Guru boleh menentukan arahan mengikut kesesuaian tahap kecacatan dan ketidak upayaan murid dengan memberi arahan secara individu. Kaedah 5 C yang boleh digunakan guru ialah:

Rajah 3.4: Kaedah 5C Dalam Pendidikan Jasmani Suaian

Strategi, Teknik dan Kaedah Pendidikan Jasmani Suaian Mengikut Kajian

Barat

Jadual di bawah menunjukkan hasil kajian Ahli Pengkaji Barat tentang strategi, kaedah

dan teknik yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Page 47: Modul Jasmani Suaian

47 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Jadual 3.1: Strategi, Teknik dan Kaedah Pendidikan Jasmani Suaian (Kajian Barat)

Strategi / Kaedah / Teknik Penyumbang/ Pencipta

Maklum Balas

Mengeraskan Diri (Freez Up): Berhenti bercakap Mata memandang guru Mulut tutup Mata dan telinga dibuka

Bergerak dalam keadaan Terkawal

(Move Under Control): Tidak berlari di luar

Kawasan Tidak berlari dan menganggu

rakan lain

Ambil Peralatan (Get Equipments): Ambil peralatan yang disediakan

seorang demi seorang (tidak berebut)

Ambil Secara Sopan (tunjukkan demonstrasi)

Ambil Secara Berhati-hati

Memberi isyarat, respon (Reminder for Any Cue):

Soal Murid: “Apakah yang awak cari?”

Memberi pujian: “Tahniah, awak boleh lakukannya!”

Membantu murid yang tidak mampu melakukan aktiviti

Mengingatkan murid tentang tugasan dan kemahiran yang dipelajari

Wayne Herninko Norwood School Bethesda, MD

1) Pakai pakaian dan kasut yang bersesuaian 2) Hormat diri sendiri dan orang lain 3) Bergerak secara berhati-hati 4) Gunakan peralata dengan cermat

Larry Satchwell

1) Cuba bersungguh-sungguh 2) Bersikap baik antara satu sama lain

Steve Arnold Westridge Elementary Lake Oswego,

Selama 23 tahun mengajar Pendidikan Jasmani Suaian, beliau mendapati kelas dapat dikawal melalui dua perkara utama ini

1) Dengar dan lakukan

Rob Matthews

Beliau menyatakan yang idea dan strategi ini diambil

Page 48: Modul Jasmani Suaian

48 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

2) Tidak menganggu rakan lain 3) Berhati-hati 4) Berhenti apabila wisel dibunyikan 5) Menghormati antara satu sama lain

Pleasant Valley School Peoria, IL

daripada buku yang bertajuk A Book Purchased At A Convention. Beliau menyukai cara ini kerana ianya ringkas dan bersesuaian.

R.E.S.P.E.C.T. R- Right To Learn (belajar dengan betul) E- Effort (kesungguhan) S- Safety (keselamatan) P- Purpose (perlaksanaan) E- Enthusiasm (minat dan rasa ingin tahu) C- Challenge (cabaran) T- Trust/Team Building(kepercayaan/ semangat berpasukan)

Nancy Gordon

Cara ini adalah yang terbaik dan mudah untuk diingati dan diaplikasi

A.B.C.D. A- Act Safely (bertindak mengikut keselamatan) B- Be Prepared And Be Positive (bersedia dan bersikap positif) C- Cooperate (kerjasama) D- Do Your Best (lakukan yang terbaik) Have Fun - Work Hard –Learn

Kent Kuelper Spring Hill Elementary School Anchorage School District Anchorage, Alaska

Beliau menerangkan setiap peraturan dengan teliti kepada murid. Contohnya: Pendengar yang baik bermaksud mulut diam,mata dan telinga buka, tangan diam, angkat tangan jika hendak bercakap

Kesepaduan

Konsep Kesepaduan

- Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran

agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh

dihubungkaitkan antara satu sama lain.

- Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

- Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk

membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai

bentuk pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang

maklumat yang sedang mereka pelajari.

Kaedah Kesepaduan

- Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif

membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari.

- Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal murid-

murid.

Page 49: Modul Jasmani Suaian

49 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

- Kombinasi beberapa kemahiran dalam sesuatu matapelajaran.

- Membina konsep yang kukuh secara tersusun melalui kesinambungan daripada

beberapa kemahiran tertentu.

Jenis-Jenis Kesepaduan

- Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran insaniah dan nilai murni dalam

setiap pelajaran.

- Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah.

- Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di luar bilik

darjah.

- Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman dalam

alam sekitar di luar sekolah.

Tujuan Kesepaduan

- Untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang

bergantung kepada diri sendiri.

- Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran

dan kemahiran di sekolah berhubung-kait antara satu sama lain dan bukannya

wujud berasingan.

- Untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang

berbentuk peribadi dan individu.

- Membentuk situasi di mana murid boleh belajar tentang apa yang mereka mahu

dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan dalam kurikulum.

- Untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata

pelajaran dan kemahiran semata-mata.

- Mementingkan nilai sosial pembelajaran di mana pelajar digalakkan belajar

secara koperatif dengan pelajar lain.

Aktiviti Kesepaduan

Contoh aktiviti:

o Permainan Bola Sepak:

- Pergerakan Asas melibatkan aktiviti lokomotor, bukan lokomotor dan

manipulasi alatan.

- Berlari + Jengket + Bola Sepak

Page 50: Modul Jasmani Suaian

50 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Penggabungjalinan

Konsep Penggabungjalinan

- Tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan

emosi, sosialisasi nilai dan perhubungan positif.

- Proses penyampaian beberapa kemahiran.

- Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira,

mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dan

sebagainya.

- Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu.

- Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa.

Kaedah Penggabungjalinan

- Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan.

- Kemahiran utama diberi keutamaan atau fokus.

- Kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama.

- Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran

sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran.

- Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan

objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid.

- Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap

kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara

logikal.

Ciri-Ciri Penggabungjalinan

- Integrasi beberapa kemahiran.

- Prosesnya bersepadu dan menyeluruh.

- Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik.

- Kemahiran utama menjadi fokus.

- Organisasi kemahiran fleksibel.

- Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Aktiviti Penggabungjalinan

Contoh penggabungjalinan:

o Muzik:

- Penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia.

Page 51: Modul Jasmani Suaian

51 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

o Matematik:

- Pengiraan markah dalam sukan. (Tambah, tolak, darab dan operasi-

operasi lain bagi proses mendapat keputusan)

Integrasi

Konsep Integrasi

- Sufean Hussein (1996):

Integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang

terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.

- Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih

mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

- Isi mata pelajaran sains dan matematik diserap menjadi isi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani.

- Penerapan Nilai murni, kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum,

kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.

Ciri-Ciri Integrasi

- Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan.

- Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran.

- Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel.

- Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan Unsur sampingan.

- Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

Aktiviti Integrasi

Contoh aktiviti:

o Permainan kecil:

-Aktiviti melibatkan mata pelajaran matematik dalam topik pembentukan

kumpulan. Contohnya: Bulatan, sfera, segi empat dan sebagainya.

-Penggunaan Bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya dalam mengajar

Pendidikan Jasmani Suaian.

Pengajaran secara kumpulan

Berasaskan strategi berpusat pada murid

Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing

Page 52: Modul Jasmani Suaian

52 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Jenis kumpulan:

a) mengikut kebolehan

b) guru merancang P&P secara berperingkat

Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian

Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas

Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap

kebolehan

c) pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai

pelbagai kebolehan dan kecenderungan

Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi dan projek

Murid-murid yang cerdas/mahir dapat membantu murid-murid yang lambat

Pengajaran secara individu

Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid

sahaja

Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi

mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta

seimbang.

Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu

Kebolehan dan pengalaman sedia ada

Punca masalah yang dihadapinya

Strategi dan teknik mengajar

Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar

Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan

Aktiviti pengukuhan dan penilaian

Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain

SUKANEKA

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-

kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka

mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid

berkeperluan khas. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para

peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap

perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, peserta dapat membina

sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,

kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan.

Page 53: Modul Jasmani Suaian

53 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan

kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

Sukaneka merupakan aktiviti-aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran

asas.

Skor atau markah akan diberikan berdasarkan kepada prestasi peserta dalam

sesuatu kemahiran

Kemahiran yang dipertandingkan dalam sukaneka terdiri daripada kemahiran

yang telah diajar oleh guru atau yang mudah dikuasai murid.

Contohnya dalam permainan bola sepak kemahiran menghantar, menahan,

menyepak dan mengelecek yang dipertandingkan dalam bentuk sukan setelah

guru mengajar kemahiran asas.

Dalam pengelolaan sukaneka, murid akan dibahagikan kepada beberapa

kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan

masing-masing.

Pemenang dipilih daripada pasukan yang mengumpul mata tertinggi dengan

perlakuan yang sempurna.

KONSEP DAN DEFINISI SUKANEKA

Sukan bermaksud kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau tenaga yang

dilakukan secara pertandingan untuk merehatkan badan

Neka dari berasal daripada perkataan (aneka) bermaksud pelbagai bentuk atau

kemahiran

Sukaneka bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau lebih

disiplin sukan yang dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang

Sukaneka telah diperkenalkan dalam sukatan Pendidikan Jasmani sejak awal

tahun 1960an lagi

Kurang kesedaran dan pendedahan dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani

terhadap sukaneka menyebabkan sukan ini gagal mendapat tempat dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani

Sukaneka lebih membawa kebaikan kepada murid jika guru melaksanakannya

dengan baik

Sukaneka yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina

keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan murid

Page 54: Modul Jasmani Suaian

54 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Sebagai guru Pendidikan Jasmani, kita perlu memperuntukkan sekurang-

kurangnya satu waktu dalam setiap penggal persekolahan untuk acara

sukaneka.

OBJEKTIF SUKANEKA

Memberi peluang kepada murid untuk merasa seronok dan puas ketika

menjalankan aktiviti pertandingan sukaneka.

Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam pertandingan

tanpa wujudnya murid yang tidak akan merasa terasing.

Merupakan alat pengukuhan setelah mempelajari kemahiran- kemahiran asas

dalam kelas Pendidikan Jasmani.

Membolehkan murid mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang telah

dipelajari di dalam kelas

Memberi peluang kepada murid merasa kepentingan diri sebagai ahli

kumpulan dengan mencuba sedaya upaya untuk menyumbangkan mata

kepada kumpulan masing-masing

Memupuk semangat kerjasama sepasukan

Berupaya memupuk bakat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti

pertandingan

Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta

Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui

aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.

Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan

bertanggungjawab.

Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam

penghasilan kertas kerja.

Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh

pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang

terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

FAEDAH SUKANEKA

Melibatkan sepenuhnya komitmen murid dalam mengambil bahagian.

Page 55: Modul Jasmani Suaian

55 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Mampu melibatkan semua aktiviti kemahiran asas Pendidikan Jasmani

Memberikan peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif dengan

menyumbang mata kepada kumpulan.

Membolehkan setiap murid merasa berharga kerana segala aktiviti yang

dilakukan murid akan menyumbangkan markah

Terbina daripada pelbagai kemahiran yang dipertandingkan akan

membuatkan murid merasa seronok dan dihargai dalam menjalankan aktiviti ini

Memberi mata berdasarkan kebolehan murid akan merangsang setiap murid

untuk memperoleh mata bagi pasukannya.

Menanamkan semangat berpasukan, kesukanan dan kepimpinan dalam

kalangan murid

Mengelakkan rasa kebosanan dalam kalangan murid untuk mempelajari

kemahiran.

Tidak memerlukan peralatan khas yang mahal dan biasanya menggunakan

alatan yang biasa digunakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Membolehkan guru membuat penilaian dan mengukur pencapaian murid

dalam kemahiran tertentu

Boleh bertindak sebagai maklum balas kepada pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN SUKANEKA MURID PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan dan pengelolaan sukaneka permainan murid dirancang berdasarkan tiga

peringkat iaitu:

Peringkat sebelum

Peringkat semasa

Peringkat selepas

Peringkat Sebelum

• Mengenalpasti waktu yang sesuai untuk menjalankan aktiviti

• Merancang aktiviti yang menarik dan sesuai dengan kebolehan murid

• Menentukan tempat/kawasan yang selamat

• Memastikan peralatan yang sesuai, menarik dan mencukupi

• Menyediakan borang-borang skor dan catatan yang diperlukan

• Menyampaikan maklumat yang bersesuaian kepada murid

Page 56: Modul Jasmani Suaian

56 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Peringkat Semasa

• Menyusun atur peralatan dengan baik

• Memastikan murid menepati masa

• Kelompokkan murid kepada kumpulan

• Membawa murid ke tempat permainan

• Memastikan murid memahami arahan

• Mewujudkan suasana yang ceria

• Mengawasi murid mematuhi peraturan

• Menggalakkan murid terlibat secara aktif

• Menyediakan juru pandu bagi murid yang memerlukan

Peringkat Selepas

• Membuat rumusan dan maklum balas

• Membuat refleksi dan memotivasikan murid

• Memberi penghargaan kepada murid

• Peralatan dikembalikan dan disusun dengan baik

• Guru mengkaji semula kesesuaian permainan atau aktiviti

Keselamatan Peralatan, Kawasan dan Murid

• Meletakkan peralatan di sudut yang selamat

• Menguruskan peralatan dengan baik

• Memastikan arena bebas dari bahan-bahan berbahaya yang boleh

menyebabkan kemalangan

• Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih sebelum

memulakan acara.

Langkah dan Prosedur Pengelolaan

• Membuat persediaan awal

• Memberi penerangan dan demostrasi

• Melaksanakan prosedur permainan secara sistematik, teratur dan terkawal

• Memahami dan yakin terhadap prosedur keseluruhan permainan

• Menarik tumpuan dan minat murid

• Aktiviti atau acara yang direka dalam kemampuan murid untuk melakukannya.

Page 57: Modul Jasmani Suaian

57 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat

berguna untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan. Ia juga merupakan perbezaan

di antara ‘hasil yang diperolehi’ dengan ‘apa yang diharapkan’

(Stufflebean, 1971)

Pada asasnya penilaian merupakan satu proses membuat keputusan yang sistematik

melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi

pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan

secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dicapai.

Objektif Penilaian dalam Permainan Kanak-kanak

• Membekal dan memberi maklumat tentang pencapaian objektif dan

keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

• Membantu murid menggunakan maklumat untuk digunakan dalam situasi

sebenar.

• Memberi maklum balas tentang prestasi murid.

Contoh Acara Berpasukan

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

3. Acara mencari gula-gula dalam tepung

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

Contoh Acara Individu

1. Acara larian 30 meter

2. Acara memijak belon

3. Acara muzikal chair

4. Acara membawa sumi mengunakan sudu

5. Acara menyusun manik pada tali

Page 58: Modul Jasmani Suaian

58 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pembahagian kumpulan

Kumpulan A: 5 orang

Kumpulan B: 5 orang

Acara individu: 10 orang peserta setiap acara

Senarai Alatan

Jadual 3.2: Senarai Alatan Sukaneka

Alatan Kuantiti

Air 2 baldi

Baldi 2

Botol mineral 14 biji

Bola 2 biji

Gelung rotan 10 gelung

Skitel 15

Pinggan 4 biji

Gula-gula 40 biji

Tepung 2 bungkus

Guni 4

Belon 50 bij

Span 2

Batton 5

Kerusi 9 buah

Riben 1 gulung

Healer 2

Page 59: Modul Jasmani Suaian

59 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUMUSAN Aktiviti pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan

ketengangan yang dialami golongan keperluan khas. Aktiviti pendidikan jasmani perlu

menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada

golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga akan

meyukarkan untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama

rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang

sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.

Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani Suaian perlu mempunyai sikap penyabar dan

positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga,

mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka.

Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat

perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian

dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk menggalakkan mobiliti dan

pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa

dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru Pendidikan Jasmani Suaian juga

perlu mampu mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang

tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar

sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa

pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru perlu mengingatkan pelajar untuk

mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan

simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst,

1994). Dengan penggunaan strategi, teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan

kemampuan dan kehendak golongan berkepeluan khas dapatlah meningkatkan konsep

kendiri, penghargaan kendiri dan keyakinan diri pelajar golongan ini. Jansma dan

French (1994) mendefinisikan “Pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti

fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil

bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French,

1994).

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru

kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan

setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna

Page 60: Modul Jasmani Suaian

60 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-

kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri

para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini,

kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di

sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memudahkan

tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat

memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan

tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan

keupayaan masing-masing.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah strategi berpusatkan murid dalam Pendidikan Jasmani Suaian?

2. Pilih satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dan sesuaikan

dengan salah satu teknik Pendidikan Jasmani Suaian. Huraikan.

3. Senaraikan 5 masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani Suaian bagi murid-murid berkeperluan khas.

4. Apakah persediaan yang perlu dibuat sekiranya terdapat murid yang

mengidap penyakit sawan di dalam kelas Pendidikan Jasmani Suaian.

5. Nyatakan kepentingan permainan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

6. Apakah had maksima murid berkeperluan khas di dalam permainan?

Page 61: Modul Jasmani Suaian

61 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN Abd Wahab Hashim.1998.Senario masa kini dan rancangan masa depan pendidikan khas di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Auxter, D., Pyfer, J. & Huettig, C. 1989. Adapted physical education and recreation. St. Louis, Missouri. Mosby-Year Book, Inc Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu pendidikan jasmani. Jurnal P18 De Vries. 1995 Pendidikan jasmani dan kesihatan-satu delima.Kertas kerja Seminar Pendidikan Jasmani dan Sukan menjelang tahun 2000. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. UPM Englert, C. S., Tarrant, K. L. & Mariage, T. V. (2000). Defining and redifininginstructional practice in special education: Perspectives on good teaching.Teacher education and special education,15(2): 62-68. Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Jabatan Pendidikan Khas. 1997. Buletin Pendidikan Khas. KementerianPendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Jansma, P. & French, R. W. 1994.Physical education for handicapped persons. NJ: Prentice Hall.1994 Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Pangrazi, R. P. & Darst, P. W. 1997. Dynamic physical education for secondaryschool students . Arizona: Prentice Hall. Poloway, E. A. & Patton, J. R. 1993. Strategies for teaching learners with specialneeds. Upper Saddle River, N J: Prentice Hall/ Merrill. Schumn, J. S. & Vaughn, S. 1992. Planned for mainstreamed special education students: Perceptions of general education teachers. Exceptionallity,3 2: 81-89. Shepard, J. & Coley, I. L. 1996.Self-care for independent living. St. Louis:Mosby-Year Book, Inc. Unit Pendidikan Khas. 1992.Surat Pekeliling Pendidikan Khas 1979-1991. KualaLumpur:

Page 62: Modul Jasmani Suaian

62 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kementerian Pendidikan Malaysia. LAMAN WEB APENS. 2008. What is Adapted Physical Education?. Available: http://www.apens.org/whatisape.html. Last accessed 29th Aug 2013. P.E. Central. 1996. Adapted Physical Education Web Sites. Available: http://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html. Last accessed 28th Aug 2013. Terri Mauro. 2013. Adapted Physical Education. Available: http://specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htm. Last accessed 28th Aug 2013. Wikipedia. 2013. Adaptation. Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted. Last accessed 29th Aug 2013.

Mohan Govindasamy, Nagoor Meera Abdullah, (2011). Melatih Atlet Orang Kurang

Upaya

(OKU)

Rujukan : http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf

Page 63: Modul Jasmani Suaian

63 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 4

TEKNIK DAN KAEDAH PENGURUSAN. PERMAINAN

SUKAN KHAS, SUKAN SUAIAN, SUKAN KHAS OKU

DAN SUKAN PARALIMPIK.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta

tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-

suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Vander zwaag, (1988)

mengatakan sukan adalah aktiviti yang berbentuk pertandingan yang menggunakan

peralatan dan kemudahan khusus dengan dimensi yang unik berkaitan masa dan ruang.

Menurut Snyder dan Spreitzer, (1989) sukan adalah pertandingan aktiviti fizikal yang

berperaturan.

Sukan mempunyai nilai yang tertentu di dalam kehidupan seseorang dan

mempunyai kepentingan di dalam kehidupan orang kurang upaya.

Sukan orang kurang upaya telah wujud lebih 100 tahun.

1. Pelajar dapat menghuraikan falsafah Pendidikan Khas;

2. Pelajar dapat menyatakan acara- acara yang terdapat dalam permainan sukan

suaian;

3. Pelajar dapat menyatakan teknik dan kaedah pengurusan permainan sukan khas

OKU;

4. Pelajar dapat menjelaskan teknik dan kaedah pengurusan permainan sukan Special

Olympics;

5. Pelajar dapat membanding beza keperluan alatan dan jenis pergerakan antara sukan

Special Olympics dan Sukan Paralimpik.

Page 64: Modul Jasmani Suaian

64 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Diperkenalkan selepas Perang Dunia 2 bagi membantu keperluan perubatan dan

psikologi.

SPECIAL OLYMPICS

Sukan Special Olimpik mula diperkenalkan oleh Eunice Kennedy Shriver pada tahun

1968 kepada orang-orang kurang upaya intelek. Konsep ini muncul dalam minda beliau

apabila beliau menganjurkan perkhemahan sehari kepada kanak-kanak intellectual

disability. Beliau mendapati kanak-kanak ini lebih menyerlah dan menonjol dalam sukan

dan kemahiran fizikal. In December 1968, Special Olympics was established as a

nonprofit charitable organization under the laws of the District of Columbia, USA. The

National Association for Retarded Citizens, the Council for Exceptional Children and the

American Association on Mental Deficiency pledged their support for this first systemic

effort to provide sports training and athletic competition for individuals with intellectual

disability based on the Olympic tradition and spirit.

Special Olympics adalah sukan yang dianjurkan kepada orang kelainan upaya (OKU)

yang mengalami masalah pembelajaran . Sukan Special Olylimpics boleh disertai oleh

atlet kanak-kanak 8 tahun ke atas dan dewasa yang mengalami masalah pembelajaran

atau kurang upaya akal seperti masalah lembam, autism, hiperaktif , disleksia, palsi

serebum dan sindrom down. Di Malaysia kejohanan Special Olympics ini dikendalikan

oleh Majlis Special Olympics Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM). Sukan Olimpik Istimewa menjadi landasan untuk kanak-kanak

istimewa mengambil bahagian dan mengembangkan bakat dalam bidang sukan. Ia juga

adalah pertubuhan terbesar di dunia khusus untuk golongan kanak-kanak dan dewasa

yang mengalami ketidakupayaan intelektual.

Langkah mengadakan acara sukan istimewa untuk mereka yang cacat akal adalah satu

usaha baik dan murni yang selaras dengan cita-cita Kerajaan Malaysia untuk melahirkan

satu masyarakat yang ikram iaitu caring society. Usaha Mengadakan sukan Special

Olympics ini membuktikan masyarakat Malaysia peka terhadap naluri, nasib hidup dan

harapan mereka yang kurang bernasib baik.

Sekarang terdapat banyak institusi untuk orang-orang terencat akal di Malaysia. Institusi

ini menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pemulihan anggota, kemudahan

perubatan, terapi dan kaunseling . Dengan memasukkan mereka yang kurang upaya

akal ini ke sekolah khas ini, mereka yang cacat mungkin berpeluang menjalani

Page 65: Modul Jasmani Suaian

65 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

pemeriksaan dan mendapat pemerhatian yang bersistematik bagi memulihkan

kecacatan mereka.

Menurut my metro oneline, Jika dilihat daripada segi fizikal, tiada apa yang kurang

kerana mereka sama seperti remaja lain. Malah lebih berjaya apabila mampu mewakili

negara dalam kejohanan Sukan Olimpik Istimewa Dunia bersempena musim panas di

Athens, Greece, pada tahun lalu apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas,

enam perak dan 11 gangsa dalam acara kayak, boling, lompat jauh dan bocce.

Kejayaan ini tentunya membuktikan golongan yang mempunyai kekurangan intelek

mampu mencipta kejayaan tersendiri sekiranya mempunyai semangat serta

melakukannya bersungguh-sungguh.

Menurut definisi Persatuan Pembangunan Kurang Upaya Intelek Amerika (AAIDD),

seorang individu dianggap mengalami kurang upaya intelektual berdasarkan kepada

tiga kriteria iaitu mempunyai tahap fungsi intelektual (IQ) di bawah 70-75, terdapat

kekangan yang wujud di dalam dua atau lebih kemahiran adaptif serta dikesan sebelum

usia 18 tahun. Kemahiran adaptif merujuk kepada 10 kemahiran seperti komunikasi,

penjagaan diri, kehidupan di rumah, kemahiran sosial, riadah, kesihatan dan

keselamatan, matlamat diri, fungsi akademik, kemasyarakatan dan pekerjaan, manakala

kanak-kanak yang mengalami kekurangan dalam kemahiran ini tergolong di dalam

kanak-kanak kurang upaya intelek.

Salah seorang atlet yang mewakili negara dalam sukan boling di Sukan Olimpik

Istimewa di Athens pada tahun lalu, Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16, yang mengalami

masalah autisme ringan sejak dilahirkan berjaya membuktikan dia mampu

mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak dan gangsa dalam

sukan itu.

Atlet Olimpik Istimewa adalah unik kerana mereka terdiri daripada kanak-kanak dan

orang dewasa yang kurang upaya intelektual. Walaupun mereka berbeza kerana

mempunyai kemahiran yang perlahan dan tidak dapat memahami idea seperti orang

normal yang lain, golongan kurang upaya intelek ini boleh berjaya dan akan berjaya jika

diberi peluang. Olimpik Istimewa adalah organisasi sukan terbesar di dunia untuk kanak-

kanak dan orang dewasa kurang upaya intelek. Selain menganjurkan 50,000

pertandingan setiap tahun atau 136 setiap hari, organisasi ini juga menyediakan latihan

sukan sepanjang tahun dan pertandingan olahraga.

Page 66: Modul Jasmani Suaian

66 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Jenis-jenis Kategori Intelektual Disability

Terdapat beberapa jenis intellectual disability. Anataranya ialah lembam, autism,

hiperaktif , disleksia, palsi serebum dan sindrom down.

Autism

Autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang mempengaruhi

perkembangan otak normal dan kemampuan berkomunikasi. Rangkaian umum dalam

autism termasuk gangguan interaksi sosial,gangguan komunikasi baik verbal dan non

verbal,gangguan proses informasi dari pancaindera dan pola tingkah yang terbatas

ataupun berulang.

Hiperaktif

Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri,

sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak menikut kehendak

dirinya sendiri. Hiperaktif merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri

suapaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan.

Sindrom Down

Mereka yang mengalami Sindrom Down juga mengalami kelewatan kognitif yang sedikit

hingga sederhana. Terdapat tiga jenis Sindrom Down - Trisomi 21 (95 peratus kes),

translokasi (empat peratus) dan 'mosaicism' (satu peratus). Mereka yang mengalami

Sindrom Down mempunyai risiko agak tinggi terhadap beberapa masalah perubatan

seperti masalah jantung kongenital, masalah pernafasan dan pendengaran, leukemia

dan masalah kelenjar tiroid. Ciri-ciri fizikal anak Sindrom Down adalah lemah tonus otot

(otot lembik dan tidak kuat), keadaan fizikal tubuh yang kecil, mata yang sepet serta

satu jalur silang di tapak tangan.

Lembam (Slow Learner)

Murid slow learner atau murid lembam merupakan murid yang mempunyai IQ di bawah

paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100. Skor ujian IQ bagi slow

learner berada antara 70 dan 90. Jika skor IQ kurang daripada 70, murid tersebut

dikategorikan sebagai terencat akal.

Disleksia

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-

kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu menjadi dewasa. Disleksia

merujuk kepada masalah membaca dan menulis.

Page 67: Modul Jasmani Suaian

67 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Palsi Serebrum

Palsi serebrum yang dipanggil Cerebral Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan

salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak

tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang

mengalami kerosakan. Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam

kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia

dilahirkan.

Jenis-jenis Sukan yang dipertandingkan dalam Special Olympics

Sukan Special Olimpics menawarkan 32 pertandingan bagi individu dan pasukan

seluruh dunia. Ianya dibahagikan kepada dua kategori iaitu sukan musim panas dan

sukan musim sejuk. Antara pertandingan yang ditandingkan dalam musim panas adalah

Badminton,

Olahraga,

Renang,

Gimnastik,

Bola keranjang,

Bocce,

Bowling,

Cycling,

Equestrian Sports,

Bola sepak,

Golf,

Gymnastics (Artistic and Rhythmic),

Powerlifting,

Roller Skating,

Berkayak,

Softball,

Table Tennis,

Team Handball,

Tenis dan

Volleyball.

Manakala sukan musim sejuk pula adalah seperti:

Alpine skiing,

Page 68: Modul Jasmani Suaian

68 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Cross country skiing,

Figure skating,

Floor ball,

Floor hockey,

Short track speed skating,

Snowboarding dan

Snow shoeing.

Atlet Malaysia telah menyertai floor hockey musim sejuk dan memenangi tempat ketiga.

Permainan Bocce (seakan boling padang)

Permainan Bocce adalah satu permainan yang ditandingkan dalam Special Olimpik

musim panas. Bocce menjadi lebih popular secara umum sebagai suatu acara olahraga

internasional untuk kompetisi dan reakreasi. Kelebihan dari Bocce untuk Special

Olympics adalah dasar permainannya dapat dilakukan oleh sesiapa dan di mana saja.

Bocce tidak perlu kekuatan, stamina, kelajuan atau ketangkasan. Bocce adalah acara

untuk semua tanpa mengira umur, gender dan kemampuan. Bocce adalah untuk

kompetisi dan nonkompetisi. Setiap orang yang dapat membaling bola dapat bermain

Bocce. Bocce serupa dengan permainan Petanque dari Perancis dan Boules iaitu

English Lawn Bowls. Bocce, Boules, Petanque dan Lawn Bowls sebagai satu “keluarga”

merupakan salah satu dari tiga acara yang melibatkan peserta teramai di dunia. Sukan

bocce merupakan sejenis permainan bersifat sukan rekreasi dan santai di mana 13 biji

bola berwarna iaitu enam bola merah, enam biru dan satu bola berwarna putih

digunakan. Bola dalam acara itu bersaiz agak besar sedikit daripada bola tenis dengan

ukuran lilit 270mm dan diperbuat daripada kulit asli atau kulit sintetik serta berat kira-kira

275 gram.

Kaedah Bocce

o Membalingkan bola Bocce sedekat mungkin ke allina.

o Mengumpulkan skor sebanyak mungkin sehingga mencapai skor

permainan(games)

Page 69: Modul Jasmani Suaian

69 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

o Permainan boleh ditentukan dengan mencapai skor yang ditetapkan atau,

bermain satu set angka sampai selesai atau, bermain dalam waktu yang

ditetapkan

Gelanggang Permainan Bocce

Rajah 4.1: Ukuran Gelanggang Bocce

Kaedah Permainan Bocce

Bocce dimainkan dengan satu set 8 bola besar.

Kesemua 8 bola itu boleh dibuat dari kayu atau logam tapi ukurannya mesti

sama besar.

Bola untuk kompetisi diameternya mesti berukuran 4.20 inci sampai 4.33 inci

atau 107 sampai 110 mm.

Bola untuk satu pasukan dan mesti berlainan dari 4 bola milik pasukan lawan.

Diameter Pallina mesti antara 48 dan 63 mm, dan warnya mesti berbeza dari

kedua-dua set bola Bocce.

Peralatan lain yang diperlukan adalah bendera, gelung rotan dan skital

Bola bocce

3.66m

3.05m

m

3.05m

18.29m

Page 70: Modul Jasmani Suaian

70 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Cara Permainan Bocce

Pallina digulingkan atau dilempar oleh salah seorang anggota pasukan yang menang

dengan undian syiling

Pasukan yang menggulingkan pallina diberi TIGA kali peluang untuk mengguling

pallina ke kawasan di antara 30 kaki dan 50 kaki dari garisan permulaan. Jika

tidak berhasil, maka pasukan lawan akan diberi SATU kali peluang untuk

melakukan lontaran. Jika gagal, maka hakim akan meletakkan pallina di tengah

padang pada jarak 15.24m.

Pemain dari pasukan A perlu menjatuhkan pallina pertama dan perlu

menggulingkan bola pertama.

Pemain dari pasukan B akan melontar bola mereka dan hakim akan

menentukan pasukan mana yang paling dekat dengan pallina.

Bola yang paling dekat dikira sebagai bola masuk manakala yang lain adalah

bola keluar.

Pasukan yang bolanya keluar akan melanjutkan lontaranya sehingga bolanya

berhampiran dengan pallina.

Cara Lontaran Bola Bocce

Pemain dapat melontarkan bola dengan cara digulingkan, dilontarkan, dilambungkan

atau dibelokkan dan dapat dengan sengaja memukul bola pasukan lawan menjauhi atau

keluar dari gelanggang. Semua lontaran harus dilakukan dengan gaya tangan ke

bawah. Lontaran dilakukan dari belakang garis 10 kaki. Dalam sukan itu, atlet

menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan melaraskan kedudukan sebelum

membuat balingan.

Pemarkahan

Pada akhir setiap pusingan, hakim akan menentukan banyaknya bola Bocce dari salah

satu pasukan yang paling dekat dengan pallina. Keputusan ini dapat dibuat dengan

cara melihat atau mengukurnya. Pasukan yang menang pada pusingan itu, diberi

penghormatan untuk melontar pallina pada pusingan berikutnya. Jika permainan seri,

maka pusingan baru akan dimulakan untuk menentukan pemenang.

Page 71: Modul Jasmani Suaian

71 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Keselamatan

Lakukan pemanasan badan sebelum permainan dan sebaiknya melakukan

cooling –down selepas tamat permainan.

Bola Bocce yang TIDAK digunakan, tetap berada di atas tanah dan tidak boleh

dipegang atau dilontarkan di udara.

Bola Bocce yang tidak dipakai, diletakkan di hujung belakang gelanggang.

Bola Bocce berat dan boleh menyebabkan kecederaan jika terjatuh di atas kaki.

Bola Bocce yang berserakan di gelanggang atau arena dan tidak terlibat dengan

pertandingan perlu dialihkan.

Pengurusan Sukan Special Olympics

Misi Special Olympics adalah untuk meyediakan sukan dan pelbagai pertandingan

kepada golongan orang-orang kurang upaya intelek. Pertandingan diadakan untuk

mereka yang kurang upaya untuk membentuk keyakinan diri, membina kemahiran dan

kekuatan. Dipercayai latihan yang berterusan akan memperkembangkan kemahiran

sukan ini. Melalui latihan yang bersungguh-sungguh dan sistematik dalam sukan ini

sudah pasti mereka akan cemerlang dalam pertandingan. Di samping memperolehi

ganjaran di atas kemenangan mereka juga mendapat manfaat dari segi mental, sosial

dan rohani.

Kaedah Pertandingan.

Pertandingan dijalankan di antara atlet yang mempunyai abiliti atau kebolehan yang

sama. Perkara ini amat dipentingkan dalam pemilihan atlet. Pemilihan atlit ke temasya

dunia dilakukan berdasarkan sistem kad di mana senarai atlet yang berjaya mendapat

kedudukan pertama hingga ketiga dimasukkan ke dalam satu sistem dan peluang untuk

dipilih adalah lebih cerah. Sukan Olimpik Istimewa mampu menjadi platform terbaik

kepada orang kurang upaya (OKU) untuk membina keyakinan diri di samping

mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan. Golongan tersebut turut berhak

menikmati kehidupan yang sempurna sama seperti insan normal lain. Sukan Olimpik

Page 72: Modul Jasmani Suaian

72 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Istimewa membuktikan kepada mereka bahawa golongan ini mampu melangkah jauh

dalam menghadapi cabaran dengan hanya memiliki keazaman dan keberanian.

Berpengalaman selama 15 tahun mengajar dan melatih atlit istimewa, Nagoor Meera

berkata, aktiviti fizikal memberi kesan fisiologi yang baik untuk kesihatan jantung, paru-

paru, peredaran darah dan mampu menguatkan otot. Digelar kanak-kanak istimewa,

sememangnya manusia normal juga perlu akur bahawa golongan ini sebenarnya

mempunyai pelbagai keistimewaan. Setiap individu mempunyai personaliti dan

kebolehan berlainan. Cuma mereka perlu diberikan arahan yang jelas menggunakan

bahasa mudah difahami bersama demonstrasi malah setiap sesi latihan juga perlu

dirancang agar ianya menyeronokkan supaya atlet terus kekal fokus dalam latihan yang

dijalani.

Sementara itu, Bendahari Majlis Sukan dan Rekreasi Malaysia (MASROM), Mohd

Shukry Hussain, turut berkongsi pengalamannya melatih atlet ID, juga pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Alam Damai, Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16, yang mengalami

masalah terencat akal tapi mencapai pencapaian membanggakan di Sukan Istimewa

Olimpik Dunia 2011, sempena sukan musim panas di Athens, Greece. Zaim diletakkan

di bawah program Sukan Olimpik Istimewa Malaysia, berjaya membawa pulang pingat

perak dan gangsa menerusi acara boling individu lelaki serta berpasukan pada acara

berkenaan yang turut disertai oleh atlet istimewa dari seluruh dunia.

Kaedah Pemilihan Atlet

Seramai 40 atlet orang kurang upaya (OKU) telah melakar nama negara di Athens,

Greece apabila dipilih mewakili Malaysia di Kejohanan Special Olympics yang akan

diadakan pada Jun 2011. Pemilihan telah dilakukan melalui kejohanan Special

Olympics Malaysia (SOM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di

peringkat kebangsaan di Stadium Perak, Ipoh. Pada temasa sukan itu di Ipoh, yang

disertai oleh 15 pasukan kontinjen Sarawak dengan 32 atlet istimewa dan 12 pegawai

dan jurulatih berjaya mengumpul tujuh pingat emas, enam perak dan lapan pingat

gangsa untuk menjadi juara keseluruhan. Temasya sukan itu adalah khusus untuk atlet

kurang upaya yang menghadapi masalah pembelajaran.

Page 73: Modul Jasmani Suaian

73 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Presiden SOM, Joseph Lau Tee Sun berkata, penyertaan 15 kontinjen dari setiap negeri

di seluruh negara telah melahirkan atlet berkualiti untuk mencipta kejayaan di peringkat

antarabangsa. Menurutnya, Special Olympics adalah sukan khusus untuk golongan

OKU yang menghadapi masalah pembelajaran.

Teknik Latihan

Uniknya Special Olympic berkenaan memperlihatkan peserta atau atlet dilatih dan

diaturkan mengikut divisyen dan kami mengumpulkan atlet yang mempunyai keupayaan

sama dalam satu-satu acara. Misalnya, dalam acara 100 meter, atlet itu kita akan

dikumpulkan dalam kalangan mereka yang berupaya berlari dalam lingkungan masa 15

saat, justeru, mereka akan bertanding hanya dalam kumpulan atlet yang boleh berlari

dalam lingkungan masa 15 saat saja.

Special Olympic sebenarnya bertujuan memberi peluang kepada golongan OKU

khususnya yang mengalami masalah pembelajaran untuk menyertai acara sukan.

Katanya, kebanyakan sukan khususnya seperti sukan Paralimpik, golongan OKU yang

mempunyai masalah pembelajaran yang agak tinggi atau kronik sedikit, mereka ini tidak

berpeluang untuk menyertai sukan terbabit. Sehubungan itu, sukan Special Olympic

saja yang mampu memberi peluang kepada golongan seumpamanya menyertai acara

disediakan. Dalam ketidakupayaan, Negara kita mempunyai tujuh kategori bagi atlet

yang boleh menyertai Special Olympic yang mana mereka yang mengalami masalah

pembelajaran membabitkan OKU yang bermasalah lembam, autisme, hiperaktif dan

beberapa kategori termasuk dalam kategori masalah pembelajaran. Sementara itu,

kejohanan peringkat kebangsaan Special Olympic diadakan di Pahang dan ia adalah

kejohanan kali ketiga anjuran bersama Majlis Special Olympics Kebangsaan dan

Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sukan Olimpik Khas juga perlu diberi penekanan khusus bagi penyediaan peluang

kepada anak-anak istimewa. Sebanyak 2,717 kanak-kanak OKU telah didaftarkan di

bawah PDK Sekolah Kebangsan dan 1,147 orang bagi PDK Sekolah Menengah bakal

memanfaatkan program terbabit. Antara pengkhususan sukan yang akan diberi

penekanan bagi SOM adalah boling, tenis, renang, bocce dan hoki. Sementara itu,

Pengarah Sukan Kebangsaan Ng Kum Loy menyatakan bagi mendapat keputusan yang

baik, empat jurulatih sukarelawan diperlukan bagi melatih seorang kanak-kanak dengan

Page 74: Modul Jasmani Suaian

74 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

pendekatan ‘one on one’. Latihan perlu dilakukan dalam kumpulan kecil dan kanak-

kanak ini perlu berasa selesa dan mudah berkomunikasi dengan jurulatih masing-

masing.

Kita kena membawa pemikiran intelektual kita setaraf dengan kanak-kanak istimewa ini

dan menggunakan perkataan atau bahasa yang mudah mereka fahami. “Ia perlu

distrukturkan dalam rutin dan mereka berasa senang berbincang dengan jurulatih

tentang situasi dan anda adalah ketua dan mereka dengan sendirinya akan tahu apa

yang hendak dibuat. Kemahiran ini perlu dilatih dengan sendirinya dan mereka akan

melakukan perkara yang sama ketika pertandingan sebenar dengan latihan dua kali

seminggu bagi tempoh lapan minggu sebelum pertandingan.

Special Olympics Malaysia

Special Olimpik Malaysia adalah satu organisasi yang mengatur pertandingan dan

sukan bagi anak-anak kurang upaya dalam negara kita. Majlis ini akan membawa atlet

kita menyertai sukan Special Olympics di persada dunia.

Gambar 4.1: Zaim Abu Hirzan Zaidan, Logo Special Olympics Pemain Bowling Special Olympics Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16 yang mengalami masalah autism ringan merupakan salah

seorang atlet negara yang mewakili negara dalam sukan boling di sukan olimpik

istimewa di Athens pada tahun 2011. Beliau akan berlatih di pusat boling Sri Petaling

sekali seminggu selama lima hingga enam jam.

Jurulatih atlet sukan Olimpik Istimewa sejak tahun 2007, Mohd Shukry Husain mengakui

latihan kepada atlet istimewa harus dilakukan lebih kerap. Mereka yang tergolong dalam

kategori lemah intelektual ini sukar dibaca pemikiran mereka. Ini kerana mereka agak

Page 75: Modul Jasmani Suaian

75 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

lambat dalam menerima arahan dan perlu dilakukan berulangkali. Ada pula yang terlalu

hiperaktif namun anak-anak ini mempunyai semangat yang tinggi serta mempunyai daya

juang untuk memenangi perlawanan.

Dehveyann pula merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dilahirkan dengan

Sindrome Down iaitu keadaan yang sering dikaitkan dengan ketidakupayaan kogninif

dan fizikal. Walaupun dilahirkan dalam keadaan sebegitu, semangat kental yang

ditunjukkan oleh Dehveyann membuktikan bahawa beliau mampu merealisasikan apa

sahaja tanpa sebarang halangan. Sebagai perenang dan atlet yang rajin, Dehveyann

kini berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik Khas Asia Pasifik

pertama di Australia

SUKAN PARALIMPIK

Sejarah Penubuhan Majlis Paralimpik Malaysia (MPC)

Pada awal tahun 1970, Pengasas Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota

Malaysia, Mr.H.R.M Storey telah menghantar satu pasukan atlet Malaysia untuk

menyertai permainan dalam Mandeville Stoke.

Pada tahun 1996, Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia telah dinamakan semula

sebagai Majlis Paralimpik Malaysia dan diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Negara

Badan Sukan Tunggal untuk Orang Kurang Upaya.

Paralimpik adalah Sukan Olimpik khusus untuk orang kurang upaya. Sukan Paralimpik

Antarabangsa Olimpik bagi atlet elit yang kurang upaya fizikal yang tidak membolehkan

mereka untuk bersaing dalam Sukan Olimpik Antarabangsa yang biasa. Yang diadakan

setiap empat tahun seperti Sukan Olimpik.

Kejohanan sukan ini biasanya diadakan di bandar dan negara yang sama seperti Sukan

Olimpik. Atlet yang bersaing di Sukan Paralimpik dibahagikan kepada kategori mengikut

ketidakupayaan mereka. Dengan perkataan "paralimpik" datang dari perkataan Latin

"perenggan" yang bermaksud "dengan" dan "lympic" merujuk kepada Sukan Olimpik.

Singkatan yang menggabungkan “lumpuh” dan “Sukan Olimpik”

Motto logo Sukan Paralimpik adalah “Spirit in Motion”

Mengandungi 3 warna iaitu merah ,biru dan hijau.

Page 76: Modul Jasmani Suaian

76 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Lagu rasmi Sukan Paralimpik adalah “Hymn de I’Avenir” atau “Anthem of the

Future”

Lagu ini diterima secara rasmi pada bulan Mac 1996.

Objektif MPC

Menganjurkan dan mempromosikan pelbagai acara sukan dan aktiviti untuk

orang kurang upaya di seluruh Malaysia.

Membangunkan kesedaran dalam kalangan orang kurang upaya bahawa sukan

menggalakkan gaya hidup sihat, aktif dan membina keyakinan diri.

Memupuk hubungan rapat dan persefahaman antara golongan orang kurang

upaya dan masyarakat umum dengan meluas serta menggalakkan acara-acara

sukan orang kurang upaya.

Berterusan membangunkan 20 acara Sukan Paralimpik, mewujudkan Sukan

Negeri dan Majlis Rekreasi untuk Orang Kurang Upaya (PERSON)

Sukan Orang Kurang Upaya

Walaupun sukan mempunyai nilai dalam kehidupan semua orang, ia adalah lebih

penting dalam kehidupan orang kurang upaya. Ini adalah kerana sukan dapat

mempengaruhi proses pemulihan bukan sahaja kepada tubuh fizikal tetapi juga kepada

proses sosial orang kurang upaya (OKU) ke dalam masyarakat umum. Tambahan pula,

sukan mengajar erti kemerdekaan. Masakini, orang kurang upaya turut menyertai sukan

yang berprestasi tinggi atau sukan kompetitif dan sukan rekreasi di serata dunia.

Bilangan orang-orang kurang upaya yang terlibat dalam sukan dan rekreasi fizikal

semakin meningkat di seluruh dunia dengan sukan yang dianjurkan untuk atlet kurang

upaya dan ianya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama kecacatan iaitu sukan untuk

orang pekak, sukan bagi orang kurang upaya fizikal, dan sukan untuk orang kurang

intelek upaya. Mulai 1980-an, penganjur sukan mula menggalakkan penyertaan atlet

kurang upaya dalam acara sukan seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel.

Walaubagaimanapun, banyak sukan yang diamalkan oleh orang-orang kurang upaya di

luar sukan rasmi dan sebagai contoh seperti bola keranjang kerusi roda, angkat berat,

renang, dan sukan-sukan yang diubahsuai mengikut keperluan OKU.

Page 77: Modul Jasmani Suaian

77 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Olahraga Paralimpik

Paralimpik berasal dari bahasa Greek yang bermaksud para “sebelah”. Paralimpik

adalah temasya sukan bagi orang kelainan upaya (OKU) yang berprestij, sama seperti

sukan bagi orang-orang normal. Temasya sukan Paralimpik diadakan pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa. Antara sukan-sukan Paralimpik adalah acara olahraga

dan permainan seperti renang, perlumbaan kerusi roda (Wheel Chair Race), memanah,

menembak, angkat berat, badminton, bola tampar duduk, ping pong, bowling padang,

tenpin bowling, Goal Ball, bola sepak 5 sebelah, bola sepak 7 sebelah, Boccia,

Equestrian, tennis kerusi roda, rugbi kerusi roda dan mendayung.

Acara-acara sukan Paralimpik diklasifikasikan mengikut kategori kecacatan atau

keupayaan seseorang atlit OKU, setiap pertandingan, persaingan adalah mengikut

klasifikasi keupayaan atlit paralimpik yang sama kategorinya.

Di Malaysia, sukan untuk golongan ini dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia.

Badan ini menganjurkan dan mempromosikan pelbagai acara sukan dan aktiviti untuk

orang kurang upaya di seluruh Malaysia. Majlis Paralimpik Malaysia dengan usahanya

yang berterusan membangunkan dua puluh acara Sukan Paralimpik, mewujudkan

Sukan Negeri dan Majlis Rekreasi untuk Orang Kurang Upaya (PERSON). Usaha yang

dilaksanakan turut menggalakkan sekolah serta pusat-pusat OKU melahirkan atlet bagi

menyertai pelbagai pertandingan sukan untuk golongan ini dan Muhammad Ziyad

Zolkefli atlet paralimpik Malaysia, meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki

F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik London 2012 merupakan

hasil dari usaha Majlis Paralimpik Malaysia.

Paralimpik, sebagai pertandingan sukan terbesar bagi atlet kurang upaya di seluruh

dunia, melibatkan atlet dari beberapa kategori kecacatan. Enam kategori kecacatan

utama ialah: amputee (kecacatan sebahagian atau keseluruhan sekurang-kurangnya 1

anggota), cerebral palsy (kerosakan otak bukan progresif), kurang upaya intelek, cacat

penglihatan, kecederaan tulang belakang dan Les Autres (kurang upaya fizikal) .

Sebaliknya, Sukan Olimpik khas adalah semata-mata untuk atlet kurang upaya

intelektual.

Setiap kategori orang kurang upaya ini mempunyai sukan yang diubah suai mengikut

kekurangan dan kemampuan mereka. Kategori tersebut ialah : -

Page 78: Modul Jasmani Suaian

78 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kategori Masalah Penglihatan

Kategori Masalah Pendengaran

Kategori Masalah Pembelajaran

Kategori Bermasalah Motor

Pemilihan Atlit Paralimpik adalah berdasarkan keupayaan dan kesihatan mereka yang

diluluskan oleh doktor dan pakar fisioterapi. Permilihan atlit di Malaysia adalah melalui,

Jabatan kebajikan Masyarakat dimana pendaftaran OKU di senaraikan oleh institusi-

institusi bagi OKU, dimana kecenderungan dan kebolehan mereka dikesan di setiap

daerah di seluruh Malaysia.

Kaedah Pengurusan Olahraga Paralimpik

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada

pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih

orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut

untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber-sumber manusia,

kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk

kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang

gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan,

pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks

sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan

sukan.

Untuk mengambil bahagian dalam Paralimpik, atlet perlu memenuhi kriteria tertentu dan

memenuhi piawaian kelayakan tertentu. Kriteria dan standard ditentukan oleh Badan

Sukan IPC (International Paralympics Committee), Perwakilan teknikal sukan dan

organisasi yang berkaitan sukan antarabangsa. Kejohanan Olahraga Paralimpik

mengambilkira prestasi atlet, di mana atlet melalui proses kelulusan yang ketat supaya

yang terbaik dapat bersaing di kejohanan yang dianjurkan. Sebaliknya, Sukan Olimpik

Khas tidak membuat sebarang had kelayakan sebaliknya satu sistem pemilihan secara

rawak untuk peserta menyertai Sukan Olimpik Khas.

Page 79: Modul Jasmani Suaian

79 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Bagi olahraga paralimpik, acara-acara trek dan padang yang dipertandingkan adalah

sama dengan orang normal dan menggunakan trek serta gelanggang yang sama

saiznya. Mereka akan bertanding mengikut enam kelas atau enam kategori kecacatan

yang tertentu seperti Cacat Penglihatan, Cacat Pendengaran, OKU Akal, Cerebral Palsy

(Spastik), Lain-Lain Kecacatan dan Kerusi Roda dan pembahagian acara turut mengikut

jantina. Bagi aspek pengurusan, ianya masih menggunapakai tatacara pengurusan

kejohanan olahraga bagi orang-orang yang normal serta mempunyai jawatan kuasa

pengelolaan dan jawatan kuasa pelaksana yang melaksanakan pengurusan olahraga

mengikut panduan pengurusan yang dikeluarkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia dan

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Keperluan Sukan Kepada OKU dan Murid Pendidikan Khas

Membantu mengembangkan lagi pontensi sama ada dari sudut psikomotor,

afektif, kognif, sosial, emosi dan sebagainya.

Keperluan juga perlu diambil kira dari segi keupayaan fizikal dan mental murid-

murid pendidikan khas.

Memberi kemudahan kepada murid-murid pendidikan khas dan golongan OKU

untuk turut sama terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti individu

normal yang lain.

Keperluan sukan diambil kira dari 3 aspek iaitu;

- Kesihatan Fizikal

- Perkembangan Sosial

- Kestabilan Emosi

Sukan Paralimpik dipertandingkan setiap 4 tahun sekali.

Sukan yang dipertandingkan mengikut kemampuan OKU ialah:

Olahraga,

renang,

angkat berat,

ping-pong,

pelayaran,

boccia,

memanah.

berbasikal lebuh raya,

basikal trek

bola tampar duduk,

Page 80: Modul Jasmani Suaian

80 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

ekuestrian,

bola sepak 5 sebelah

bola sepak 7 sebelah,

goalball,

judo,

menembak,

wheelchair basketball,

lawan pedang.

wheelchair rugby,

wheelchair tennis dan

rowing.

Sukan Paralimpik Musim Sejuk

Diadakan setiap 4 tahun sekali secara langsung berikutan Sukan Olimpik Musim

Sejuk.

Sukan Paralimpik Musim Sejuk juga diadakan di bandar yang menjadi tuan

rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Dimulakan pada tahun 1976 di Ornskoldsvik, Sweden.

Atlet dari Paralimpik pertama yang menampilkan atlet lain daripada atlet kerusi

roda.

Kategori Atlet Paralimpik Sejuk

Dibahagikan pada 6 kategori:

1. Atlet Amputee – terdiri daripada atlet dengan kecacatan sebahagian atau

keseluruhan sekurang-kurangnya 1 anggota.

2. Atlet celebral palsi – terdiri daripada atlet kerosakan otak bukan progresif.

3. Atlet kurang upaya intelek

4. Atlet kerusi roda – merupakan atlet dengan kecederaan saraf tunjang.

5. Atlet cacat penglihatan – terdiri daripada atlet cacat penglihatan.

6. Atlet les autres – diwakili oleh atlet kurang upaya fizikal.

Acara Sukan Musim Sejuk PARALIMPIK

Meluncur ais

Biathlon

Page 81: Modul Jasmani Suaian

81 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Cross-country skiing

Hoki ais

Kerusi roda lencong

Sukan Paralimpik Malaysia

Pertama kali diadakan pada tahun 1982 dan ketika itu dikenali sebagai

Kejohanan Sukan Kebangsaan Bagi Orang Cacat.

Sukan Paralimpiad Malaysia adalah satu kejohanan sukan diperingkat

kebangsaan yang dipertandingkan di bawah pengawalan MPM.

Diadakan setiap 2 tahun secara berselang-seli dengan kejohanan Sukan Para

Asean.

Pemilihan tuan rumah adalah berdasarkan pemilihan tuan rumah SUKAN Sukan

Malaysia (SUKMA)

Logo Paralimpik Malaysia

Taegu atau air mata 3 titisan yang berwarna hijau,biru dan merah

melambangkan “Kekuatan dan Keazaman Pergerakan Paralimpik”

Jenis Sukan yang Dipertandingkan

Acara yang dipertandingkan ialah:

Olahraga

Renang

Badminton

Page 82: Modul Jasmani Suaian

82 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Boccia

Ping-pong

Lawan pedang

Menembak

Tenis kerusi roda

5 a side

Ekuestrian

Tenis kerusi roda

Powerlifting

Boling padang

Judo

Tenpin bowling

Lumba basikal

Perahu layar

Goalball

Bola tampar duduk

Bola keranjag kerusi roda

Bola sepak

7 a side

Memanah

Kategori Kecacatan

Terdapat 6 jenis kategori bagi atlet OKU iaitu:

OKU Anggota

OKU Penglihatan

Spastik

OKU Akal

OKU Pendengaran

Page 83: Modul Jasmani Suaian

83 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Kerdil

Logo Sukan Paralimpik

Sukan Orang Pekak

Dikenali sebagai Deaflympics merupakan sukan yang tidak termasuk dalam

kategori Sukan Paralimpik.

Sukan khas untuk orang pekak secara individu secara khusus,contoh acara

berenang,futsal dan bola tenpin.

Sukan orang pekak dipertandingkan setiap 4 tahun sekali.

Sukan orang pekak yang pertama kali diadakan pada musim sejuk pada tahun

1949.

Mulanya diberi nama “Sukan Antarabangsa bagi Orang Pekak tetapi pada tahun

1924 hingga kini namanya lebih dikenali sebagai “Sukan Orang Pekak”

Kelayakan: Sekurang – kurangnya 55dB dan keatas.

Adaptasi Sukan Pada OKU

Sukan untuk OKU atau dikenali sebagai sukan khas adalah seperti sukan biasa

pada asalnya.

Page 84: Modul Jasmani Suaian

84 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Sukan khas mempunyai konsep permainan yang sama seperti sukan biasa.

Walaubagaimanapun,perbezaan antara sukan biasa dan sukan khas adalah

sukan khas mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.

Sukan yang Diubahsuai

Berikut beberapa sukan yang telah diubahsuai:

- Memanah

- Berbasikal

- Bola tampar

- Ping Pong

- Bola Keranjang

Sukan yang Direka Khas

Satu sukan yang dinamakan Boccia iaitu sukan yang direka khas untuk atlet

yang kurang kemampuan seperti orang biasa.

Sukan ini seperti bowling padang.

Direka khas unuk golongan kurang upaya kategori bermasalah fizikal seperti

spastik, cerebral palsi dan epilepsi.

Kesesuaian Sukan Mengikut Ketidakupayaan

Setiap kategori orang kurang upaya ini mempunyai sukan yang diubah suai

mengikut kekurangan dan kemampuan mereka.

Kategori tersebut ialah:

- Kategori Masalah Penglihatan

- Kategori Masalah Pendengaran

- Kategori Masalah Pembelajaran

- Kategori Bermasalah Motor

ACARA SUKAN DAN PERMAINAN MURID KEPERLUAN KHAS

1.Sukan Kerusi Roda (USA)

Acara Balapan

Page 85: Modul Jasmani Suaian

85 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

The Athletic Congress (TAC)

Klasifikasi IA, IB, IC, II, III, IV, dan V

Acara : 100-,200-,400-, 800- & 1500-

Klasifikasi IA - 60-, Relays 400-, 800, dan 1600-

Acara Padang:

Lempar Cakera

Lontar Peluru

Rejam Lembing

Addaitionally - Pentathlon (5 acara individu)- lembing, cakera dan lontar peluru;

100- dan 800-.

USABA ( United States Association for Blind Athletes )

• Klasifikasi B1, B2, B3.

• Acara 100-,200-, 400-, 800-, 1500- ( W- 3000- ) dan (L-5000- )

• Dua acara relay 4x100 dan 4x400 (gabungan klasifikasi )

• Acara Padang :- lompat jauh, lompat tinggi, triple jump, cakera,lembing dan

peluru.

• Pentathlon Lelaki + wanita ( lompat jauh, cakera,100-) (Lelaki: lembing &

1500- , Wanita: lontar peluru & 800-)

• Acara 10,000 jalan kaki terbuka semua USABA bagi semua klasifikasi.

Syarat yang terkandung dalam USABA

B1 - Total Blind

B2 - 5% penglihatan

B3 - 20% penglihatan

1. Kategori B1 acara sprinter 100m (tidak lebih dari dua caller)

• Caller 1 - belakang garisan penamat

• Caller 2 - lari bersama @ cara lain dengan syarat tidak melepasi garisan

penamat.

2. B1 dan B2 acara 200m hinge 5000m (gunakan 2 lorong bersama pembantu)

3. Tiada bantuan daripada pembantu spt menolak,

Page 86: Modul Jasmani Suaian

86 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

4. Isyarat bunyi untuk B1 dab B2 bagi acara padang.

5. Tidak dibenarkan alat pandang yang telah diubahsuai bagi kategori B1 dan

B2.

6. Kategori B1 lompat tinggi perlu menyentuh palang sebelum melompat.

7. Kategori B1 bagi lontar peluru, cakera dan lembing; baling dari kawasan

bulatan dengan bantuan pembantu.

AAAD (American Athletic Association for the Deaf )

• Acara standard dari 199m hinge 25 KM jalan kaki

• Tambah 110 dan 400 lari berpagar

• 3000m steeple-chase (lari berhalangan)

• Bagi acara wanita AAAD adalah sama seperti USABA kecuali 100m berpagar

USCPAA (United State Cerebral Palsy Athletic Ass)

Acara:

• 60meter (weave) Class 1 - kerusi roda elektrik

• Kerusi roda 3000m cross- country running (5 klasifikasi 8)

• Acara 4x100 relay ( klasifikasi 2 hinge 8 )

• Acara padang :- cakera, lembing,lompat jauh, club throw.

• Acara tambahan : - precision throw, soft shot, distance kick, high toss dan

medicine ball thrust.

RUMUSAN

Naib presiden Special Olimpik Malaysia (SOM), Datuk Peter Velappan, walaupun anak-

anak ini istimewa , mereka mempunayi hak untuk mendapat persekitaran yang baik,

berkawan dan menyumbang kepada negara. Ibubapa tidak harus bersedih sebaliknya

menunjukkan laluan berbeza dengan memberikan pendidikan dan kemahiran berguna

Page 87: Modul Jasmani Suaian

87 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

kepada mereka. Bagi kanak-kanak kurang upaya intelektual, Sukan Olimpik Istimewa

dan sukan Paralimpik adalah tempat golongan ini diterima dalam masyarakat. Malah,

ada dalam kalangan mereka yang menunggu sejak sekian lama untuk menceburi bidang

sukan dan seterusnya mewakili negara. Di dalam usaha memberi lebih banyak peluang

kepada golongan kurang intelektual dan kurang upaya yang lain banyak badan-badan

kebajikan dan NGO seperti P&G Tesco dan Mydin membantu mengutip dana bagi

organisasi atlet istimewa Malaysia.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Bilakah sukan orang kurang upaya telah wujud?

2. Apakah maksud ‘Stick figure’ pada logo Sukan Olimpik Khas?

3. Terangkan maksud motto Sukan Olimpik Khas.

4. Beri 5 contoh sukan yang dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

5. Bagaimanakah sukan bola tampar boleh diubahsuai untuk golongan kurang

upaya?

6. Apakah perbezaan di antara Special Olympics dengan Sukan Paralimpik?

Page 88: Modul Jasmani Suaian

88 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Shakila dan Haffiz (2009, Mac). Buletin Pendidikan Khas USM. Hari Interaksi Sukan Bersama Orang Kelainan Upaya Universiti Sains Malaysia 2009, 14.

Athiah Al-Abrasyi (1974). Dasar-dasar Pendidikan Islam. Kota Bharu: Terbitan Pusataka

Aman Press. Dr. Tajul Ariffin Nordin (1993). Pendidikan satu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan pelaksanaan pendidikan inklusif ke arah

pengisian wawasan pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS.

Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas )

(1997). Kementerian Pendidikan Malaysia. Siti Azah (1999) menterjemahkan, Public Law 94-142 Education of all handicapped

children act. Amerika Syarikat. Cratty, Bryant J (1969). Motor Activity and the Education of Retardates. Philadelphia:

Published by Lea. Cratty, Bryant J (1967). Developmental sequences of perceptual-motor tasks; movement

activities for neurologically handicapped and retarded children and youth. Freeport, New York: Educational Activities.

Norani Mohd Salleh (1998). Risalah sekolah menengah pendidikan khas kurang upaya

penglihatan. Kuala Lumpur. Bibliografi Special olimpik Sukan untuk semua (2012) Diperolehpada 28 Ogos,2013 daripada http://jkmpetaling.blogspot.com Olimpik Khas OKU(2013) Diperolehi pada 29Ogos,2013

Daripadahttp://www.hmetro.com.my/articles/

Henrietta Liza Bantu kanak-kanak istimewa serlahkan potensi(2013) Diperoleh pada 29

Ogos , 2013. Daripada http://www.theborneopost.com/

Che Hasrah Sukan bantu ubah perilaku anak istimewa(2013) Diperoleh pada 29 Ogos

,2013 http://che-hasrah.blogspot.com

Page 89: Modul Jasmani Suaian

89 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Siti hasmah,koleksi arkip ucapan eksekutif(1992.Diperoleh pada 27 Ogos, 2013

daripada

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=s&id=2241

Siti Nur Almizan Aripin serlah Potensi(2013 ) Diperoleh pada 27 Ogos, 2013 daripada

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

SukanOlimpik Khas bina keyakinan OKU (2010) Diperoleh pada 28 Ogos 2013.Daripada

http://www.theborneopost.com/

Muhamad Yatim Latif Olimpik Khas OKU (2012) Diperoleh pada 28 Ogos ,2013

.Daripada http://www.hmetro.com.my/articles

Special olylimpics Diperoleh pada 28 Ogos ,2013 .Daripada http://en.wikipedia.org/wiki/

http://www.specialolympics.org/Sections/Sports-and-

Games/Sports_and_Games.aspx?source=QL

http://www.paralympic.org/paralympic-games/london-2012

http://www.paralympics.org.uk/sports

http://paralympics.channel4.com/index.html

Page 90: Modul Jasmani Suaian

90 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 5

TEKNIK DAN KAEDAH PENGURUSAN OLAHRAGA.

PADANG SUKANEKA KHAS, SUKAN KHAS OKU DAN

SUKAN PARALIMPIK.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal

daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh

dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Olahraga merupakan teras

kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.

Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di

sekolah, Aktiviti sukan dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini.

Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun.dan

dikelolakan dengan terancang, sempurna pada masa yang sesuai. Dasar 1 M 1 S

mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan

1. Pelajar dapat menerangkan teknik dan kaedah pengurusan olahraga. Padang

sukaneka khas, sukan khas OKU dan Sukan Paralimpik di Malaysia;

2. Pelajar dapat menentukan jenis-jenis permainan yang sesuai diubah suai bagi

pelajar berkeperluan khas;

3. Pelajar dapat menerangkan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam

menyediakan kemudahan sukan dan permainan untuk pelajar berkeperluan khas;

4. Menyatakan rasional mengubahsuai undang-undang sukan dan permainan untuk

pelajar berkeperluan khas;

5. Pelajar dapat membanding beza masalah pelajar berkeperluan khas dan

menempatkan mereka pada sukan dan permainan yang sesuai.

Page 91: Modul Jasmani Suaian

91 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun dan memberi murid peluang untuk

bersukan berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.

Maksud Keperluan Khas

Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang

lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk

di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat

dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:

▫ Kerencatan akal

▫ Kecacatan fizikal

▫ Kekurangan penglihatan

▫ Kekurangan pendengaran

▫ Gangguan pertuturan

▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Objektif

Dalam usaha mendidik murid khas dan golongan kurang upaya, peluang bagi mereka

mengembangkan potensi dan bakat dalam bidang sukan diberi perhatian. Banyak aktiviti

yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi

memberi galakan kepada golongan ini untuk bergiat di bidang yang mereka minati.

• Memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian

dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa

• Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid melalui aktiviti gerak kerja

kokurikulum

• Membina keyakinan diri dan self-esteem murid pendidikan khas

• Memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan,

permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa

Page 92: Modul Jasmani Suaian

92 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Matlamat

Memperseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan

sosial, jasmani dan rohani murid-murid berkeperluan khas

Memperkukuhkan hubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid

berkeperluan khas dengan murid-murid normal di dalam sekolah yang sama

Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas

terhadap aktiviti gerak kerja kokurikulum yang perlu mereka sertai

Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan yang setara

dengan tahap kebolehan murid

Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang

menarik dan menyeronokkan

Membentuk keyakinan diri murid berkeperluan khas ke arahs penyediaan

menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan

Pelaksanaan

Aktiviti sukan bagi murid-murid berkeperluan khas perlu dilaksanakan dalam arus

perdana secara bersendirian atau diinklusifkan bergantung kepada jumlah bilangan

serta kekuatan guru kerana pendekatan baru definisi murid-murid berkeperluan khas

menekankan kepada kebolehan, kefungsian, perkembangan penguasaan dalam

kemahiran pengembangan. Pendekatan ini secara langsung telah merubah pendekatan

lama yang menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan murid.

Ukuran Padang, Gelanggang, Acara-acara, Olahraga dan Sukaneka

Bolasepak

Rajah 5.1: Ukuran Standard Padang Bola Sepak

Page 93: Modul Jasmani Suaian

93 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 5.2: Tiang Gol Bola Sepak

Ukuran panjang untuk permainan peringkat pertandingan ialah Ukuran padang

permainan mestilah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih

panjang dari garisan gol. Panjang : Minimum 90m,Maksimum 120m, Lebar :

Minimum 45m ,Maksimum 90m Ukuran padang bola sepak untuk murid

keperluan khas boleh diubah mengikut saiz grid dan tempoh masa permainan

mengikut kesesuaian.

Futsal

Rajah 5.3: Ukuran Gelanggang Futsal Standard

Page 94: Modul Jasmani Suaian

94 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 5.4: Permainan Futsal PPKI SMKMB dijalankan di Safira Sport Club, Seberang Jaya. Posted by Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Rajah 5.3 adalah ukuran gelanggang futsal, bagi murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran dan pendengaran, bilangan pemain ialah 5

orang.ukuran gelanggang adalah minimum 22m x 42m dengan tambahan 3 m

sempadan, papan menendang (kick board adalah 3.3kaki – 4 kaki dan mengikut

undang-undang terkini IPC Athletics Rules and Regulation 2011 - 2012 serta

Undang-Undang Pertandingan IAAF 2012 jika mengambil bahagian dalam

pertandingan peringkat negeri. Ruang futsal yang agak kecil dan tertutup yang

dapat meningkatkan tahap kemahiran bermain serta membuat keputusan

dengan lebih cepat, masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap

separuh masa. Kebaikan terapi futsal kepada murid-murid pendidikan khas

adalah dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kerana memerlukan

kemahiran kaki untuk mengawal dan menggelecek bola, tidak membahayakan

kanak-kanak istimewa kerana sukan futsal sangat kurang kes kecederaan,

meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

Ukuran Gelanggang Badminton

Rajah 5.5: Gelanggang Badminton Standard

Page 95: Modul Jasmani Suaian

95 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

•Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40m x

6.10m. Lebar garisan 40mm.

•Tinggi jaring 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah gelanggang.

•Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar(out)

semasa servis.

•Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang(long) dan garisan

servis beregu(short) adalah luar (out) semasa servis.

•Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m digunakan.

•Manakala perseorangan adalah 5.18m x 13.40m.

Rajah 5.6: Badminton Kerusi Roda

Bagi murid yang berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda seperti

gamabar di atas, ukuran gelanggang ada separuh gelanggang. Ketinggian net

adalah rendah daripada kerusi roda sebanyak 15 cm, ukuran gelanggang

badminton dan masa bagi pertandingan bagi murid keperluan khas mengikut

kesesuaian mereka.merujuk undang-undang terkini BWF dan PARA Badminton

World Federation.

Ping Pong

Permukaan meja hendaklah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran 2.74m

panjang dan 1.525m lebar serta berada pada kedudukan 76cm daripada lantai

yang mendatar. Permukaan permainan termasuk semua sempadan pada

permukaan atas tetapi tidak termasuk bahagian tepi meja di bawah aras

permukaan permainan. Permukaan permainan boleh diperbuat daipada

sebarang bahan yang dapat menghasilkan lantunan purata setinggi 23cm

Page 96: Modul Jasmani Suaian

96 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

apabila bola ping pong dijatuhkan daripada setinggi 30cm di atasnya.

Permukaan permainan hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian yang sama

saiznya oleh sebuah jaring. Permainan ini adalah sesuai bagi murid yang

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dan pendengaran, ukuran adalah

mengikut kesesuaian murid dan mengikut undang-undang terkini IPTTC dan

IBSA jika mengambil pertandingan Sukan Paralimpiad Malaysia.

Gelanggang Bola Tampar

Rajah 5.7: Ukuran Gelanggang Bola Tampar

Rajah 5.8: Bola Tampar Duduk

Bagi murid berkeperluan khas yang mengalami kecacatan, bola tampar duduk

ukuran size gelanggang ialah berbentuk segiempat tepat bersaiz 6m x 10m,

jarak zon serang ialah 2 m, jarak Zon Belakang ialah 3 m, jarak zon servis ialah 6

m, ketinggian jaring ialah 1.15 m pemain boleh merujuk kepada undang-undang

terkini WOVD Sitting Volleyball Rules 2008 – 2012 Seperti FIVB.

Page 97: Modul Jasmani Suaian

97 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Olahraga

Rajah 5.9: Ukuran Trek Standard 200m

Bagi murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dan

pendengaran, larian trek 100m & 200m diwujudkan mengikut kesesuaian ukuran

biasa dan boleh merujuk undang-undang terkini IPC Athletics Rules and

Regulation 2011 - 2012 dengan Undang-Undang Pertandingan IAAF 2012 jika

bertanding dalam pertandingan.

Rajah 5.10: Murid Berkeperluan Khas Memulakan Larian 100 meter (ukuran trek mengikut kesesuaian)

Page 98: Modul Jasmani Suaian

98 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Sukaneka

Acara dan ukuran sukaneka diadakan mengikut kesesuaian kebolehan murid keperluan

khas.

Sukaneka Bocce

Rajah 5.11: Bola Bocce

Bola bocce ini biasanya diperbuat daripada besi atau pebagai jenis plastic mengikut

kepada kesesuaian tempat dan gelanggang. Kebiasaannya dimainkan oleh dua orang

atau dua pasukan (2 atau 4 orang dalam setiap pasukan). Setiap orang diberikan

peluang membaling 4 biji bola dan pembaling bola utama atau dikenali sebagai Jack

atau Boccino atau Palino (di sesetengah tempat) akan diberikan kepada pemain atau

pasukan yang memenangi undian awal. Bola bocce terdiri daripada bola Jack (Putih)

dan Bocce (merah). Balingan mestilah dibuat dalam kawasan gelanggang yang

diperbuat daripada tanah biasa atau gelanggang asphalt (tar) dengan ukuran 27 meter

panjang dan 2.5 hingga 4 meter lebar dan sekiranya pembaling pertama bola Jack gagal

membuat balingan di dalam kawasan gelanggang sebanyak 2 kali maka pemain lain

diberikan peluang membuat balingan bola Jack.

Berikut adalah beberapa contoh sukaneka yang diadakan di sekolah-sekolah

Pendidikan Khas, ukuran adalah mengikut kesesuaian tahap murid berkeperluan khas.

Page 99: Modul Jasmani Suaian

99 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 5.12: Sukaneka Pendidikan Khas

Rajah 5.13: Permainan Congkak Karnival Sukan Pendidikan Khas

Rajah 5.14: Berjalan di atas Kura-kura Rajah 5.15: Menarik Bola

Page 100: Modul Jasmani Suaian

100 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 5.16: Membawa Bola dalam Sudu Rajah 5.17: Tarik Tali Campuran

Olahraga

Badan Khas Sukan Olimpik Khas hendaklah mentadbir semua pertandingan Sukan

Olimpik Khas. Sebagai program sukan antarabangsa, Sukan Olimpik Khas telah

mencipta peraturan-peraturan ini berdasarkan International Association of Athletics

persekutuan (IAAF). Kaedah-kaedah IAAF atau Governing Body Negara (NGB) boleh

digunakan kecuali apabila mereka berada dalam konflik dengan Badan Khas Sukan

Olimpik Sukan Peraturan Olahraga atau Perkara I. Dalam kes sedemikian, Peraturan

Sukan Badan Khas Sukan Olimpik untuk Athletics hendaklah terpakai.

Atlet sindrom Down yang telah didiagnosis dengan Atlanto-axial paksi, jika tiada

kestabilan, tidak boleh mengambil bahagian dalam pentatlon dan acara lompat tinggi.

Acara Rasmi Berikut adalah senarai acara-acara rasmi boleh didapati di Sukan Olimpik Khas.

Acara bertujuan untuk menawarkan peluang pertandingan untuk atlet semua

kebolehan. Program boleh menentukan acara yang ditawarkan dan, jika perlu, garis

panduan bagi pengurusan acara. Jurulatih adalah bertanggungjawab untuk

menyediakan latihan dan pemilihan acara yang sesuai untuk kemahiran dan faedah

setiap atlet.

Acara-Acara Olahraga

Acara Balapan 1. 25 Meters 2. 50 Meters

Page 101: Modul Jasmani Suaian

101 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

3. 100 Meters 4. 200 Meters 5. 400 Meters 6. 800 Meters 7. 1500 Meters 8. 3000 Meters 9. 5000 Meters 10. 10,000 Meters 11. Hurdle events

a. Men 110 Meters

b. Women 100 Meters 12. 4 x 100 Meter Relay 13. 4 x 400 Meter Relay 14. 4 x 100 Meter Unified® Sports Relay 15. 4 x 400 Meter Unified® Sports Relay Field Events 16. Long Jump 17. Standing Long Jump 18. High Jump 19. Softball Throw 20. Tennis Ball Throw 21. Shot Put Male: 4.0 kg/ 8.8 lbs.

b. Female: 3.0 kg/ 6.6 lbs.

c. Male (8–11 years): 3.0 kg/ 6.6 lbs.

d. Female (8–11 years): 2kg/ 4.4 lbs. 22. Mini-Javelin

a. Male: 400g

b. Female: 300g

c. Male and Female (8–15 years): 300g Combined Events 23. Pentathlon (100 Meters, Long Jump, Shot Put, High Jump, 400 Meters) Race Walking Events 24. 25 Meter Walk 25. 50 Meter Walk

Page 102: Modul Jasmani Suaian

102 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

26. 100 Meter Walk 27. 400 Meter Walk 28. 800 Meter Walk Assisted Walk Events 29. 10 Meter Assisted Walk 30. 25 Meter Assisted Walk 31. 50 Meter Assisted Walk Wheelchair Events 32. 10 Meter Wheelchair Race 33. 25 Meter Wheelchair Race 34. 30 Meter Wheelchair Slalom 35. 4 x 25 Meter Wheelchair Shuttle Relay 36. 30 Meter Motorized Wheelchair Slalom 37. 50 Meter Motorized Wheelchair Slalom 38. 25 Meter Motorized Wheelchair Obstacle Race 39. 100 Meter Wheelchair Race 40. 200 Meter Wheelchair Race 41. 400 Meter Wheelchair Race 42. Wheelchair Shot Put

a. Men 2 kg/ 4.4 lbs.

b. Women 2 kg / 4.4 lbs. Road Races 43. Half-Marathon

44. Marathon

UNDANG-UNDANG OLAHRAGA

Peraturan Umum dan Modifikasi Acara Balapan

Penggunakan Blok dan Permulaan

Dalam menjalankan acara: 100m, 200m, 400m, 100m berpagar, 110m berpagar, 4x100m Relay, atlet mempunyai pilihan untuk menggunakan atau tidak menggunakan blok. Dalam acara-acara ini, perintah-perintah permulaan hendaklah "pada tanda anda", "set", dan apabila semua pesaing mantap, pistol hendaklah dilepaskan.

Dalam semua acara berjalan dan semua jenis kerusi roda arahan hendaklah "pada tanda anda" dan apabila semua pesaing mantap, pistol hendaklah dilepaskan. Pesaing tidak boleh menyentuh tanah dengan tangan.

Pelepas boleh memberi arahan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa sendiri. Bahasa yang digunakan akan disampaikan kepada semua peserta sebelum

Page 103: Modul Jasmani Suaian

103 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

pertandingan. Bagi Special Olympics World Summer Games, perintah-perintah permulaan itu hendaklah diberikan dalam bahasa Inggeris.

Permulaan Berganti-ganti

4 x 400 meter: pula tiga kedudukan akan digunakan untuk permulaan. Pelari pertama akan dijalankan sepenuhnya dalam lorong. Pelari pusingan kedua akan bermula di lorong beliau dan akan berjalan di lorong mereka melalui pusingan pertama sejauh kawasan breakline di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing. Dalam 4 x 400 meter relay di mana tidak lebih daripada empat pasukan yang bertanding, ia adalah disyorkan bahawa hanya selekoh pertama pusingan harus berjalan di lorong. Dalam pertandingan yang diberikan, bagaimanapun, semua larian daripada 4 x 400 meter relay hendaklah dijalankan menggunakan salah satu daripada format yang dinyatakan di atas.

Pelepas hendaklah memberi setiap pesaing peluang untuk melakukan yang

terbaik:

Memberi pesaing masa yang mencukupi untuk berlepas selepas mengambil tanda-tanda mereka;

Tidak membiarkan peserta menunggu terlalul lama

Pembatalan Permulaan Hanya satu permulaan palsu setiap acara dibenarkan tanpa kehilangan kelayakan atlet yang melakukan dua fault start akan terkeluar dari perlumbaan.

Pencerobohan Lorong

Dalam semua acara menggunakan lorong, setiap peserta hendaklah berada dalam lorong masing-masing dari awal hingga akhir.

Jika peserta ditolak atau dipaksa oleh orang lain untuk berjalan di luar lorong beliau, dan jika ada bukti yang diperolehi, pesaing itu tidak patut dibatalkan.

Jika seseorang atlet sama ada berjalan di luar lorong beliau dalam lurus atau

berjalan di luar lorong luar pada selekoh, dengan tiada kelebihan diperolehi, dan

jika tiada pelari lain dihalang, maka peserta tidak boleh dibatalkan.

Lumba Jalan Kaki

Atlet perlu satu kaki di menyentuh dengan tanah pada setiap masa.

Acara Lari Berpagar

100 meter ketinggian pagar adalah 0,762 meter, dengan jarak ke

halangan pertama dari garisan permulaan menjadi 13.00 meter, jarak

antara halangan yang seterusnya 8.50 meter dan jarak dari halangan

terakhir ke garisan penamat menjadi 10.50 meter.

110 meter ketinggian pagar hendaklah 0.840 meter, dengan jarak ke

Page 104: Modul Jasmani Suaian

104 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

halangan pertama dari garisan permulaan menjadi 13.72 meter, jarak

antara halangan 9.14 meter, dan jarak dari halangan terakhir ke garisan

penamat menjadi 14.02 meter.

Peraturan Am Acara Balapan

Dalam lompat jauh, lompat jauh berdiri dan acara balingan (membaling bola

lisut, mini-lembing dan membaling bola tenis) setiap atlet dibenarkan tiga percubaan tidak berturut-turut. Ketiga-tiga percubaan hendaklah diukur dan direkodkan. Ukuran terpanjang daripada tiga percubaan akan digunakan untuk pemarkahan. Kedua terbaik, dan kemudian ketiga terbaik atlet, percubaan hendaklah digunakan untuk menentuka pemenang.

Bagi pertandingan acara balapan individu, Lompat Jauh, Lompat Jauh Berdiri, dan membaling) dan acara gabungan, pesaing boleh dikenakan busuk jika peserta tidak memulakan dan cuba dalam masa 1 minit selepas nama pesaing telah dipanggil, di samping kepada petunjuk visual yang dibuat oleh hakim acara tersebut. Untuk Lompat Tinggi, di mana terdapat tiga atau lebih atlet yang tinggal dalam persaingan kali hendaklah 1 minit. Jika terdapat 2 atau 3 atlet yang tinggal dalam persaingan masa ialah 1.5 minit. Jika terdapat baki 1 atlet dalam pertandingan kali hendaklah 2 minit.

Lompat Jauh

Dalam lompat jauh, atlet mesti berupaya untuk melompat sekurang-kurangnya 1 meter, yang merupakan jarak maksimum antara lembaga berlepas dan lubang pasir.

Jarak akan diukur daripada kesan yang paling dekat di kawasan pendaratan yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan atau kaki ke garisan berlepas untuk semua melompat.

Dalam acara melompat, sebelum pertandingan, atlet mungkin mempunyai bantuan daripada seorang pegawai untuk menandakan tanda berlepas mereka.

Rajah 5.18: Lompat Jauh Special Olympics

Page 105: Modul Jasmani Suaian

105 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Lompat Jauh Berdiri

Peserta akan bermula dengan kedua-dua kaki di belakang garis berlepas

yang ditetapkan.

Peserta perlu melompat menggunakan kedua-dua belah kaki.

Jarak akan diukur daripada kesan yang paling hampir di kawasan

pendaratan yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan pelompat.

Disyorkan acara lompat jauh berdiri dijalankan dalam kawasan mendarat

berisi pasir untuk mengelakkan kecederaan.

Lompat Tinggi

pesaing hendaklah berlepas dari satu kaki.

ketinggian permulaan minimum bagi semua pertandingan lompat tinggi hendaklah 1.00 meter

Peserta tidak dibenarkan melompat harimau dan melompat menggunakan kedua belah kaki.

Atlet sindrom down, yang telah disahkan dengan ketidakstabilan Atlanto-paksi atau seorang atlet yang tidak ditapis, tidak boleh mengambil bahagian dalam pentatlon atau lompat tinggi.

Apabila terdapat seri dalam acara lompat tinggi, atlet terikat akan diberikan tempat yang sama dalam pertandingan itu - tidak ada melompat-off untuk memecahkan seri.

Dalam acara lompatan, sebelum pertandingan, atlet boleh dibantu oleh pegawai pasukan untuk menentukan tanda berlepas mereka.

Peserta boleh dibatalkan penyertaannya jika tidak memulakan acara dalam

masa 1 minit selepas nama peserta dipanggil, di samping petunjuk visual

yang dibuat oleh hakim acara tersebut.

RUMUSAN

Pengetua dan guru-guru memainkan peranan yang penting supaya tidak mengasingkan

penglibatan murid-murid berkeperluan khas dalam kegiatan kokurikulum , sebaliknya

penglibatan golongan istimewa ini harus diperluaskan. Guru dapat mengenal pasti

keistimewaan murid dan usahakan peningkatan kemahiran mereka sehingga mencapai

tahap cemeerlang. Ia juga memberi peluang kepada murid berkeperluan khas dan

murid biasa berinteraksi dan bersosial dalam suasana yang muhibah sekaligus

mewujudkan kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan murid biasa bahawa

terdapat rakan-rakan sebaya di sekelilingnya yang mempunyai ciri-ciri istimewa.

Page 106: Modul Jasmani Suaian

106 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah kadar nadi sasaran seorang murid yang berumur 16 tahun jika

intensiti kerjanya 55%, kadar nadi maksima adalah 180 dan kadar nadi

rehatnya pula 50?

2. Nyatakan 2 tujuan penilaian mengikut APE.

3. Senaraikan kategori murid kurang upaya.

4. Apakah acara olahraga yang tidak boleh disertai lelaki dan wanita kurang

upaya?

5. Nyatakan peranan pihak kerajaan dalam usaha membantu meningkatkan

mutu Sukan Paralimpik di Malaysia.

6. Bagaimanakah penyertaan seseorang itu di dalam sesuatu pertandingan

olahraga boleh dibatalkan sebelum acara bermula?

Page 107: Modul Jasmani Suaian

107 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Buku Teknikal Sukan Paralimpik Malaysia XVI Pahang 2012

Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan Dan Padang (Olahraga) Di Sekolah

Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Hits: 18132 Section: Perkhidmatan - Sukan, Kokurikulum & Kesenian . .Article Index

Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Intan_Isna Monday (2011, February 7) Peralatan ping pong

Lai Yit Mei Thursday (2011,December 1) Badminton - gelanggang badminton

MahFuzaH http://www.ehow.com/how_2308123_play-futsal-blind.html#ixzz2dQRe2l5v

Muttallif (2012,December 8) [Gambar] Saiz gelangang permainan badminton

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran .Futsal PPKI SMKMB dijalankan di Safira

Sport Club, Seberang Jaya

Sukan, Kokurikulum dan Kesenian .Hits: 18143 .Section: Perkhidmatan - Sukan,

Kokurikulum & Kesenian

Zzulfahami Zahari (2011, November 12). Ukuran balapan 200 meter

Mohd Sabri Mat Nor. (2008). Latihan: Wadah Asnaf Berdikari, Asnaf 1/2008. Lembaga

Zakat Selangor, Shah Alam

Professor Madya Dr. Ammar Fadzil ,(2009) – Materi Diskusi Konvensyen Keibubapaan

Peringkat Negeri Sabah, Semporna, Sabah

History of Special Olympics diperoleh pada 27 Ogos 2013 daripada

http://www.specialolympics.org/history.aspx

Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional , 2009, Semporna, Sabah diperoleh pada 27

Ogos 2013 daripada http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-

dalam- pendidikan-anak-anak/

Sports & Games, diperoleh pada 27 Ogos 2013 daripada http://www.specialolympics.org/Sections/Sports-and-Games/Sports_and_Games.

Page 108: Modul Jasmani Suaian

108 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 6

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN

PERMAINAN KHAS MURID BERMASALAH PENGLIHATAN.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Penglihatan adalah sumber bagi informasi. Manusia bergantung kepada penglihatan untuk

mengurus diri, mengenal manusia dan objek, mengendali kemahiran motor dan tingkah laku

sosial. Tambahan lagi, penglihatan adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak

kerana 80 peratus pembelajaran kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Masalah

penglihatan dianggap sebagai masalah utama yang memberi kesan terhadap

perkembangan kognitif, kerana ia menghadkan pengalaman dan memahami pengalaman

dalam deria penglihatan. Namun, dengan bimbingan dan pendidikan, tahap kebolehan

kanak-kanak bermasalah penglihatan setanding dengan kanak-kanak normal yang sebaya

dengannya.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan pada kebiasaannya sering dikaitkan dengan

kekurangan keyakinan diri serta interaksi dengan golongan yang dapat melihat dan ia

berhubungkait dengan sikap golongan yang dapat melihat terhadap kanak-kanak

bermasalah penglihatan. Namun, kesan kurangnya keyakinan diri adalah sementara dan

dapat diperbaiki apabila kanak-kanak ini menerima layanan yang baik daripada individu lain.

1. Pelajar dapat menerangkan matlamat dan objektif permainan khas untuk pelajar

bermasalah penglihatan;

2. Pelajar dapat menghuraika secara terperinci dua kaedah pengajaran Pendidikan

Jasmani Suaian bagi pelajar khas bermasalah penglihatan;

3. Pelajar dapat menerangkan lima objektif kurikulum kemahiran asas individu

masalah penglihatan (KAIMaL) sekolah rendah;

4. Menyatakan cara menjalankan ujian ketajaman dengan tips dan urutan yang betul;

5. Pelajar dapat menjelaskan tentang konsep kecergasan dan komponen kecergasan

yang perlu dikuasai oleh pelajar bermasalah penglihatan.

Page 109: Modul Jasmani Suaian

109 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Tambahan pula, arahan yang diberi juga haruslah dalam bentuk yang mudah dan konkrit

bagi menjelaskan tindakan, objek dan kejadian di persekitarannya. Walaubagaimanapun,

kanak-kanak tanpa deria penglihatan terpaksa bergantung pada deria yang lain bagi

mengumpul maklumat seperti deria dengar dan sentuh (Jamila K.A Mohamad,2006).

Pendidikan Jasmani Suaian merupakan satu subjek yang menyumbang kepada kecergasan

diri semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di

luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua murid di sekolah termasuk

murid berkeperluan khas. Murid khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan

ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting

kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau

tekanan yang dihadapi oleh mereka. Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas

untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat murid-murid

berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan

postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan murid yang mengalami otot-

otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti murid biasa. Begitu

juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas murid

normal. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti Pendidikan

Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan

mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan

sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian juga perlu

menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan

istimewa ini. Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana

sebahagian daripada alat-alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau

mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap

pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Dari aspek pendidikan, masalah penglihatan

bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk

membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat

dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca. Kanak-kanak yang cacat penglihatan

biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari segi

kebolehan melihat sahaja. Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang

membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian

visual acuity (ketajaman penglihatan) dan juga adaptasi pendidikan khas.

Page 110: Modul Jasmani Suaian

110 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Matlamat

Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi

kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan

memupuk sikap positif dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui

proses pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi

keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian

yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan

seharian; menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya; mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan

bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah; menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan

perkembangan semasa.

Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang

berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang

saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri

Kaedah Pengajaran Pelajar Bermasalah Penglihatan

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran Permainan Sukan Khas Suaian untuk pelajar

khas bermasalah penglihatan, beberapa kaedah pengajaran yang bersesuaian dan

berkesan juga perlu diaplikasikan. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar khas bermasalah

penglihatan ini juga dapat mengikuti aktiviti pendidikan jasmani sama seperti pelajar-pelajar

Page 111: Modul Jasmani Suaian

111 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

normal yang lain. Namun demikian, banyak pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran perlu dilakukan.

Pengubahsuaian ini dilihat lebih kurang sama dengan pengubahsuaian yang dilakukan bagi

pengajaran pelajar khas bermasalah pembelajaran cuma pendekatannya sahaja yang

berlainan. Ini disebabkan oleh majoriti pelajar khas bermasalah penglihatan mempunyai

keupayaan intelek yang lebih baik daripada pelajar khas bermasalah pembelajaran dan

yang berbeza adalah dari segi deria penglihatan yang tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu,

bagi mewujudkan suasana pengajaran yang seronok, menarik dan berkesan, para pendidik

dan guru harus memainkan banyak peranan. Menurut Robert (1982), guru-guru yang

terlibat dalam pengajaran kanak-kanak kurang upaya perlu mempunyai kemahiran untuk

mengajar dan membimbing kanak-kanak khas serta mengetahui cara-cara pengendalian

dan mendidik kanak-kanak kurang upaya ini.

Menurut Norani Mohd Salleh (1998), bagi mengajar pelajar pendidikan khas bermasalah

penglihatan mestilah dilatih dan dikendalikan oleh individu atau guru yang terlatih dalam

pendidikan khas bagi bermasalah penglihatan iaitu mestilah terlatih dalam:

Penulisan Braille/ Penggunaan Mesin Braille/ Pembaikan Mesin Braille.

Orientasi dan mobility bagi pelajar khas bermasalah penglihatan.

Pengeluaran buku Braille.

Pengendalian peralatan khas.

Persekolahan.

Antara pengubahsuaian yang perlu dilakukan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah:

Pengubahsuaian Kurikulum/ Isi Pengajaran.

Secara umumnya di sekolah, keseluruhan kurikulum bagi Permainan Sukan Khas

Suaian bagi pelajar khas bermasalah penglihatan lebih berpandukan kepada kurikulum

pelajar normal. Perkara utama yang diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar

bermasalah penglihatan adalah isi pengajaran. Iaitu isi pengajaran yang lebih berbentuk

bimbingan terhadap pelajar khas dalam menjalankan aktiviti Permainan Sukan Khas Suaian.

Ini kerana ada beberapa arahan dalam kurikulum tidak mampu diikuti dan dikuasai oleh

pelajar khas disebabkan oleh keperluan khasnya, oleh itu isi pengajaran dalam kurikulum

tersebut perlu diubahsuai.

Page 112: Modul Jasmani Suaian

112 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Objektif pengajaran yang disediakan juga perlu mengambil kira tahap keupayaan pelajar

khas ini. Selain daripada itu, arahan yang digunakan dalam menyampaikan isi kurikulum

perlulah tersusun dan mudah difahami oleh pelajar khas. Kesemua ini perlu bagi

memastikan pelajar khas bermasalah penglihatan ini menguasai kemahiran dan kurikulum

yang disediakan.

Pengubahsuaian Aktiviti.

Aktiviti pengajaran yang dirancang perlu melihat kepada objektif pengajaran dan kemahiran

yang hendak diajar. Namun demikian, bagi mengajar pelajar khas bermasalah penglihatan

ini, guru perlu memilih aktiviti yang boleh diikuti oleh pelajar khas ini. Kebanyakkan aktiviti

yang dirancang untuk pelajar khas ini mestilah berpasangan yang mana pelajar ini

mempunyai rakan untuk berkongsi idea tentang arahan yang diberikan oleh guru. Menurut

Sherill (1978), pelajar khas bermasalah penglihatan memerlukan rakan bagi merasakan

dirinya selamat dan gembira bagi mengikuti setiap aktiviti di bawah arahan guru.

Selain daripada itu, teknik pengajaran yang digunakan dalam aktiviti perlu berbentuk

bimbingan dalam melakukan aktiviti serta latih tubi bagi memastikan pelajar khas ini

menguasai kemahiran yang hendak diajar. Ini amat perlu disebabkan oleh pelajar khas ini

tidak dapat melihat pergerakan yang dilakukan oleh guru. Menurut Lieberman & Cathy

(2002), menyatakan pelajar khas memerlukan bantuan dan panduan bagi melakukan aktiviti

iaitu melalui sentuhan pada setiap bahagian yang perlu digerakkan.Ini seterusnya

membolehkan pelajar khas akan merasai dirinya bermakna sekiranya dia dapat mengikuti

aktiviti yang dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Oleh itu penglibatan ibu bapa juga diperlukan bagi membantu pelajar khas ini melakukan

aktiviti. Ini disokong oleh Barry & Michael (1991) yang menyatakan ibu bapa dapat

membantu tahap fizikal anak-anak mereka melalui latihan yang agak kompleks.

Pengubahsuaian Kemudahan Dan Peralatan.

Sama seperti kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar khas

bermasalah pembelajaran. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam pengajaran

Permainan Sukan Khas Suaian juga perlu diubahsuai berdasarkan keperluan khas pelajar

khas bermasalah penglihatan yang tidak dapat melihat kemudahan dan peralatan yang

digunakan. Selain itu pelajar khas dapat menikmati sukan dan permainan yang sama

dengan pelajar normal. Menurut Seidler, Turner & Horine (1993), matlamat asal bagi rekaan

Page 113: Modul Jasmani Suaian

113 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

dan perancangan kemudahan dan pemilihan peralatan bagi golongan kurang upaya adalah

untuk menyediakan penglibatan yang sama.

Menurut Sherill (1978), setiap jurulatih pendidikan jasmani perlu membiasakan pelajar khas

bermasalah penglihatan menggunakan setiap kemudahan yang akan digunakan. Ini

memudahkan pergerakan mereka apabila menggunakan kemudahan tersebut serta

membolehkan diri mereka mengikuti aktiviti yang dijalankan dalam kemudahan tersebut

contohnya, dalam gymnasium atau pun dewan. Kemudahan atau tempat melakukan aktiviti

Permainan Sukan Khas Suaian perlulah senyap kerana pelajar khas ini amat sensitif pada

bunyi dan mereka amat memerlukan sepenuh tumpuan bagi mendengar arahan guru serta

memahami arahan yang diberikan.

Selain daripada itu, setiap peralatan yang digunakan bagi mengajar pelajar Permainan

Sukan Khas Suaian ini mempunyai loceng agar mengeluarkan bunyi-bunyian, cetakan huruf

Braille pada peralatan sukan serta warna yang terang. Contohnya dalam permainan goal

ball, bola yang digunakan dalam permainan tersebut akan mengeluarkan bunyi loceng dan

ini membolehkan pelajar khas bermasalah pembelajaran ini mengetahui ke mana arah bola

tersebut. Menurut kajian yang dijalankan oleh Salmi Abang ( 2001 ), penyediaan kemudahan

dan peralatan Permainan Sukan Khas Suaian yang bersesuaian dengan keperluan pelajar

khas bermasalah penglihatan amat diperlukan bagi meningkat situasi pengajaran dan

pembelajaran seterusnya memastikan objektif pengajaran tercapai.

Rajah 6.1: Permainan Goalball (Masalah Penglihatan)

Keseluruhannya kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar khas

bermasalah penglihatan juga melibatkan gabungan kaedah, pendekatan dan teknik dalam

pengajaran iaitu melalui pengubahsuaian program yang perlu dijalankan serta kepelbagaian

Page 114: Modul Jasmani Suaian

114 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

teknik pengajaran yang perlu diaplikasikan bagi memastikan objektif pengajaran tercapai

dan dapat dijalankan dengan jayanya.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti

pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan

Khas Masalah Penglihatan adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak

membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan

ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang

menyatakan “guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau

pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi

di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal

dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga

meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

Kurikulum Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)

Kurikulum Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL) sekolah rendah

bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:

Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti

Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan

peralatan khas

Page 115: Modul Jasmani Suaian

115 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah

penglihatan

Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan

persekitaran.

Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan

selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti.

Meningkatkan kemahiran sosialisasi.

Tindakan Pendidikan Yang Dicadangkan

Guru dan ibu bapa perlu memberi rangsangan dan sering bersama-sama melakukan

sesuatu pergerakan yang ingin diajar kepada kanak-kanak ini. Latihan yang berulangan

diperlukan dengan menyertakan berbagai rangsangan seperti bunyi dan warna yang terang

untuk kanak-kanak rabun. Kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan imbangan seperti

duduk dengan postur yang betul. Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan mendapatkan

keseimbangan.

Aktiviti motor halus boleh dijalankan seperti menggenggam, meramas, menekan,

menggunting, mewarna, dan menyurih (tracing) boleh dilakukan kepada kanak-kanak cacat

penglihatan. Mereka boleh diajar untuk menggunakan bola getah dan gunting untuk

melakukan sesuatu aktiviti di samping menguatkan otot tangan mereka.

Apabila sesuatu tahap asas dalam pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti gross motor

boleh dicadangkan untuk dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti pemadanan objek. Aktiviti

circle games seperti jongkang jongkit, gelungsur, marry-go-round juga boleh dilakukan.

Semua aktiviti ini memerlukan pengawasan untuk menjamin keselamatan mereka. Aktiviti

fizikal seperti berlari, melompat, mendaki, berguling, meregang dan berpusing juga

membolehkan kanak-kanak ini mengembangkan kemahiran motor mereka selain dapat

memberikan kepuasan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Aktiviti Yang Melibatkan Deria

Sentuh

Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak

pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang

kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus

diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

Page 116: Modul Jasmani Suaian

116 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Bau

Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan

yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau

kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.

Pendengaran

Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda

yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan

juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu

tentang perasaan.

Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan

kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.

Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat baby talk dengan kanak-kanak.

Rasa

Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini

menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar

serta tidak boleh ditelan.

Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan

makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan

beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan

peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya

adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta,

gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan

kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik

penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand

magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Tips Ujian Ketajaman

Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi.

Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula

mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu

Page 117: Modul Jasmani Suaian

117 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

objek besar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang

berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.

Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh

kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga

bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu

digerakkan.

Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika

bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang

mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat

mainan tersebut.

Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur

enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak

tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba

mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-

gula yang berbeza.

Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan

menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak

berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak

sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan

gambar yang tunjukkan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kemahiran Pergerakan

Menguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan

pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan:-

Konsep pergerakan.

Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan.

Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan.

Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan

ruang dalam pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza.

Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan

berdasarkan isyarat.

Page 118: Modul Jasmani Suaian

118 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan

isyarat.

Melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag.

Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan

isyarat.

Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan

berat dan lembut dengan kuat.

Pergerakan lokomotor

Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.

Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor,

melompat, melompat sebelah kaki, berskip dan melonjak (leap).

Melakukan pergerakan melompat dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua

belah kaki dengan lutut difleksikan selepas melompat dengan sebelah kaki dan

kedua-dua belah kaki.

Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah, dan

kelajuan dengan rakan dan objek.

Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.

Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.

Pergerakan bukan lokomotor

Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang

betul.

Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk,

mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang.

Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran dan daya

dengan rakan dan objek.

Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama.

Kemahiran manipulasi alatan.

Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

Melakukan balingan bawah tangan.

Melakukan balingan atas kepala.

Page 119: Modul Jasmani Suaian

119 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menangkap atau menerima objek yang dilontar perlahan dengan lakuan yang betul.

Menangkap bola berbunyi yang dilambung sendiri.

Menendang bola berbunyi yang digolek.

Menendang bola berbunyi dan seterusnya bergerak ke hadapan.

Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki berterusan.

Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan alatan.

Menggelecek bola berbunyi ke depan menggunakan bahagian dalam kaki.

Menggelecek bola berbunyi berterusan menggunakan satu tangan.

Kemahiran berirama

Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.

Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.

Gimnastik Asas

Hambur dan pendaratan

Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

Melakukan hambur menggunakan kaki.

Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.

Kawalan badan dan Sokongan

Berkebolehan melakukan Kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

Melakukan imbangan dan sokongan dengan bahagian badan secara statik.

Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan bahagian badan.

Putaran

Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul.

Melakukan putaran menegak.

Melakukan guling balak berterusan.

Melakukan ‘putaran telur’.

Asas Akuatik

Page 120: Modul Jasmani Suaian

120 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Keyakinan dan Keselamatan dalam air.

Mematuhi peraturan dalam air.

Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri, berjalan,

bobbing, mengapung meniarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi

meniarap.

Rekreasi dan Kesenggangan

Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

Menggunakan kemahiran berlari, mengelak, melambung dan menyambut semasa

melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan aktiviti

‘Pukul berapa Datuk Harimau’ dan ‘Batu Seremban’.

Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan

pasir dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan.

Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Konsep pergerakan.

Mengenal pasti dan melakukan konsep asaspergerakan.

Mengenal pasti kesedaran tubuh dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat

badan, layangan dan pendaratan.

Mengenal pasti ruang diri.

Mengenal pasti ruang am.

Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor denganbukan lokomotor.

Menyatakan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Mengenal pasti postur yang betul semasa melakukan kemahiran lokomotor dan

bukan lokomotor.

Membezakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo.

Kemahiran manipulasi alatan.

Page 121: Modul Jasmani Suaian

121 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiranmanipulasi alatan.

Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah

tangan dan atas kepala.

Menyatakan kedudukan badan semasa melambung alatan.

Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada

pergerakan.

Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau

menerima bola yang berbunyi.

Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang.

Mengenal pasti pergerakan jari semasa menggelecek.

Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menggelecek.

Mengenalpasti titik kontak atau sentuh pada objek yang dipukul.

Kemahiran berirama

Memahami konsep gerak edar mengikut irama.

Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak

mengikut irama.

Gimnastik Asas

Hambur dan Pendaratan

Memahami konsep hambur dan pendaratan.

Mengenal pasti pergerakan serta-merta.

Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.

Kawalan Badan dan Sokongan

Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan.

Mengenal pasti tapak sokongan.

Putaran

Memahami konsep putaran dalam pergerakan.

Page 122: Modul Jasmani Suaian

122 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti

putaran menegak.

Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan gulingan balak.

Menyatakan kedudukan badan untuk menghasilkan putaran telur.

Asas Akuatik

Mengaplikasikan konsep keselamatan dalam air.

Mengenal pasti peraturan dalam air.

Mengenal pasti lakuan bobbing yang betul.

Mengenal pasti lakuan apungan tiarap yang betul.

Mengenal pasti lakuan luncur yang betul.

Rekreasi dan kesenggangan

Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan

Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti melibatkan pasir dan mereka cipta

objek menggunakan plastisin atau blok mainan.

Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional.

Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Konsep kecergasan

Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan.

Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, dan regangan yang boleh

meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan, dan kadar nadi.

Komponen Kecergasan

Kapasiti aerobik

Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik.

Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan .

Kelenturan

Page 123: Modul Jasmani Suaian

123 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Berkebolehan melakukan aktiviti kelenturan

Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama.

Kekuatan dan daya tahan otot

Berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot

Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa.

Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka masa.

Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan.

Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan.

Melakukan aktiviti bergayut dan meniti menggunakan tangan pada palang.

Melakukan ringkuk tubi separa.

Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core).

Komposisi badan

Mengenal pasti komposisi badan.

Mengukur ketinggian dan menimbang berat.

Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan

Konsep kecergasan

Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasikan semasamelakukan aktiviti kecergasan

fizikal.

Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.

Mengetahui kedudukan dan urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan

dalam melakukan aktiviti fizikal.

Mengetahui keperluan memanaskan dan menyejukkan badan.

Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

Komponen Kecergasan

Kapasiti aerobik

Menguasai konsep asas kapasiti aerobik.

Page 124: Modul Jasmani Suaian

124 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Mengetahui jantung sebagai organ yang penting dalam badan.

Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti

fizikal.

Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.

Kelenturan

Menguasai konsep asas kelenturan.

Mengetahui teknik regangan yang betul.

Mengenali pelbagai pergerakan yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada

sesuatu kumpulan otot.

Mengetahui bahawa aktiviti regangan dapat meningkatkan kecekapan fungsi otot.

Kekuatan dan daya tahan otot

Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi.

Menyatakan bahawa melakukan aktiviti secara berulang-ulang dapat meningkatkan

daya tahan otot.

Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukan aktiviti

kekuatan dan daya tahan otot.

Komposisi badan

Mengetahui komponen badan.

Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ, tisu dan lemak.

Mengenal bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat badan.

Kesukanan

Keselamatan dan pengurusan

Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.

Menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan

aktiviti Pendidikan Jasmani.

Page 125: Modul Jasmani Suaian

125 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa menjalankan

aktiviti.

Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan

aktiviti.

Tanggungjawab Kendiri.

Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan

bersedia menerima cabaran.

Menerima cabaran,kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

Interaksi Sosial

Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bentuk semasa

Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti fizikal

Dinamika Kumpulan

Berkebolehan membentuk kumpulan dinamik dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut.

Melakukan aktiviti secara berpasangan.

Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian bagi murid bermasalah penglihatan sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:

melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan

pergerakan; mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan; mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat; mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan

aktiviti fizikal; dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

Page 126: Modul Jasmani Suaian

126 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar-

pelajar khas mendapati banyak kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Selain daripada itu, aspek pengubahsuaian dalam beberapa komponen pengajaran juga

menjadikan proses pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, menarik dan berkesan. Ini

seterusnya membolehkan objektif pengajaran tercapai. Namun demikian, perkara asas yang

amat penting dalam meyediakan kaedah pengajaran adalah perlunya melihat tahap

kebolehan atau keperluan unik pelajar-pelajar khas. Ini perlu bagi membolehkan pelajar ini

menikmati atau melakukan aktiviti yang sama dengan pelajar normal dan akhirnya mereka

tidak terpinggir dalam arus pembangunan pendidikan negara.

Pendidikan Jasmani Suaian (PJS) dilihat dapat meningkatkan lagi aspek kehidupan murid-

murid pendidikan khas terutamanya murid-murid bermasalah penglihatan. Pendidikan ini

dapat membantu memperkembangkan potensi murid pendidikan khas ke arah kedewasaan

yang lebih mantap. Program Pendidikan Jasmani Suaian ini yang telah diatur dengan

sempurna agar dapat memberi sumbangan kepada kesesuaian pertumbuhan jasmani

hingga ke akhir hayat. Selain dari itu juga, Pendidikan Jasmani ini juga dapat membantu

murid-murid Pendidikan Khas meluahkan dan mengekspresikan perasaan mereka melaui

aktiviti yang dirancang dan dijalankan. Pendidikan Jasmani juga dapat menggalakkan lagi

peningkatan harga diri serta menimbulkan imej diri yang positif.

Kaedah ialah satu prosedur yang membolehkan pelaksanaan pengajaran dijalankan secara

teratur, kemas dan sistematik serta suatu bentuk langkah pengajaran yang tersusun rapi.

Kesemuanya adalah bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.

Guru perlu menyusun langkah pengajaran secara teratur, mempunyai kesinambungan dan

perlu melakukannya mengikut peraturan agar objektif pembelajaran yang spesifik dapat

diperolehi dalam jangka masa yang pendek. Teknik merupakan muslihat yang digunakan

guru untuk menyampaikan bahan dan isi pengajaran kepada murid secara optimum. Teknik

juga adalah suatu kemahiran yang digunakan guru untuk pengelolaan dan perlaksanaan

kaedah pengajaran serta cara guru untuk menjalankan pelbagai langkah dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membahagikan masa dengan betul untuk

menjalankan setiap teknik yang dipilih. Tetapi, perlu diingatkan, setiap murid mempunyai

kecacatan dan masalah yang berbeza. Guru boleh menentukan arahan mengikut

kesesuaian tahap kecacatan dan ketidakupayaan murid dengan memberi arahan secara

individu.

Page 127: Modul Jasmani Suaian

127 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Nyatakan 4 objektif kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian untuk pelajar

bermasalah penglihatan.

2. Apakah pendekatan yang biasa digunakan di Malaysia untuk pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar bermasalah penglihatan?

3. Apakah perbezaan di antara corak permainan dan sukan pelajar bermasalah

penglihatan dengan pelajar berkeperluan khas yang lain?

4. Terangkan secara ringkas bagaimana taknik main peranan boleh membantu

mengajar kemahiran asas Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar bermasalah

penglihatan.

5. Rancang satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk pelajar

bermasalah penglihatan.

6. Jelaskan secara ringkas faktor-faktor yang boleh menentukan kejayaan pelajar

bermasalah penglihatan dalam bidang sukan dan permainan.

Page 128: Modul Jasmani Suaian

128 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Shakila dan Haffiz (2009, Mac). Buletin Pendidikan Khas USM. Hari Interaksi Sukan Bersama Orang Kelainan Upaya Universiti Sains Malaysia 2009, 14.

Athiah Al-Abrasyi (1974). Dasar-dasar Pendidikan Islam. Kota Bharu: Terbitan Pusataka

Aman Press. Dr. Tajul Ariffin Nordin (1993). Pendidikan satu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan pelaksanaan pendidikan inklusif ke arah

pengisian wawasan pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS.

Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas)

(1997). Kementerian Pendidikan Malaysia. Siti Azah (1999) menterjemahkan, Public Law 94-142 Education of all handicapped children

act. Amerika Syarikat. Cratty, Bryant J (1969). Motor Activity and the Education of Retardates. Philadelphia:

Published by Lea. Cratty, Bryant J (1967). Developmental sequences of perceptual-motor tasks; movement

activities for neurologically handicapped and retarded children and youth. Freeport, New York: Educational Activities.

Norani Mohd Salleh (1998). Risalah sekolah menengah pendidikan khas kurang upaya

penglihatan. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani. KL: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Pendidikan Jasmani Suaian (Masalah Penglihatan)

Tahun Satu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Kemahiran Asas Individu: Masalah Penglihatan.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). KBSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan):

Pendidikan Jasmani Suaian Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 129: Modul Jasmani Suaian

129 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 7

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN. PERMAINAN KHAS MURID

BERMASALAH PENDENGARAN.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Bagi meningkatkan tahap kefungsian kanak-kanak khas, pergerakan anggota tubuh yang

betul dan bersesuaian serta aktiviti latih tubi yang dilakukan akan menjadikan tubuh lebih

cergas dan bertenaga. Atas kesedaran ini, Pendidikan Jasmani diperkenalkan bukan sahaja

dalam kurikulum kanak-kanak normal, malahan kanak-kanak khas juga mengikuti kurikulum

ini.

Petikan pernyataan “Public Law 94-142” (1975) dalam terjemahan Siti Azah (1999), yang

merupakan akta pendidikan untuk semua kanak-kanak khas di Amerika Syarikat menyebut

bahawa, “…dengan jelasnya kanak-kanak khas harus diberikan hak untuk menjalani

Pendidikan Jasmani yang diubahsuai dan direka sesuai dengan keunikan mereka untuk

memaksimumkan potensi perkembangannya.”

Bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran Permainan Sukan Khas Suaian

yang berkesan, banyak perkara perlu diambil kira terutamanya dalam mengajar pelajar khas

bermasalah pendengaran. Ini termasuklah kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran

1. Pelajar dapat menerangkan lebih lanjut tentang Public Law 94-142 (1975);

2. Pelajar dapat menentukan prinsip-prinsip penting pengajaran bagi pelajar

bermasalah pendengaran;

3. Pelajar dapat menerangkan aktiviti pembangunan lanjutan yang sesuai bagi pelajar

bermasalah pendengaran;

4. Menyatakan kepentingan kajian-kajian lampau dari dalam dan luar negara tentang

kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada tenaga pengajar;

5. Pelajar dapat menyatakan dengan jelas jenis-jenis pengubahsuaian yang boleh

dilakukan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

Suaian ke atas pelajar bermasalah pendengaran..

Page 130: Modul Jasmani Suaian

130 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

yang merangkumi aspek pengubahsuaian. Menurut Ee Ah Meng (1997), kaedah merujuk

kepada sesuatu tindakan guru yang sistematik serta berturutan dan bertujuan untuk

mencapai objektif spesifik, iaitu objektif jangka pendek bagi sesuatu pengajaran.

Prinsip Pengajaran Murid Bermasalah Pendengaran

Guru perlu menggunakan teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai

seperti:

Membiasakan diri dengan bahasa isyarat

membantu pelajar lain memahami maksud hilang keupayaan pendengaran untuk

membangkitkan perasan empati

Memastikan pelajar dapat melihat guru semasa bercakap di dalam kelas dan tidak

membelakangkan mereka ketika menyampaikan pengajaran

Guru perlu bertutur secara biasa (tidak berlebihan) agar pelajar dapat melihat

pergerakan bibir guru

guru perlu mengetahui pelajar ini mudah letih dari segi mental dan emosional kerana

mereka perlu menumpukan perhatian yang lebih untuk mendengar apa yang

disampaikan oleh guru

guru tidak boleh menyalahkan pelajar yang memakai alat bantu dengar (mungkin

pada hari itu pendengaran mereka tidak sebaik hari biasa)

melengkapkan mereka dengan ilmu sosial (biasanya mereka menggunakan

sentuhan agresif untuk mendapatkan perhatian. Guru jua perlu mengalakkan murid

bercakap dengan jelas

mengajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi (lebih berkesan untuk mereka

yang tidak dapat mendengar)

menggunakan bahan bantu mengajar bertulis dan projector untuk penyampaian

pengajaran

menggunakan getaran melalui lantai, kerusi, meja dengan teknik hentakan ke lantai

dan pukulan drum untuk kelas muzik

Aktiviti Pembangunan

Antara pergerakan yang disarankan dari aspek persepsi motor pembangunan

sensori adalah seperti:

o duduk di atas kerusi

o duduk di atas lantai

o Melutut

o Berdiri:

a) - kedua-dua kaki dipisahkan

Page 131: Modul Jasmani Suaian

131 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

b) - kedua-dua kaki dirapatkan

berdiri di atas jari kaki dan kaki dirapatkan

berdiri di atas dua palang yang rendah dengan jarak 12 inci dengan sebelah kaki di

atas setiap palang

berdiri di atas palang yang rendah

berdiri di atas palang yang tinggi

Berjalan di atas garisan:

Ke hadapan

Ke sisi

Ke belakang

Berdiri dengan mendepangkan tangan dan kaki dengan gerakan 90 darjah, 180

darjah, 270 darjah dan 360 darjah

Berdiri di atas kaki, pusingkan badan dalam ruangan yang ditetapkan iaitu gerakan

90 darjah dan 180 darjah

Perancangan

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah, satu perancangan

yang yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru

menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi tuju hala kepada

guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memmastikan sukatan

pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu

perancangan yang rapi seperti berikut:

Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad

Walaupun sejak bulan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani

dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua

waktu untuk Tahap ll, masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.

Memandangkan masa yang terhad itu, kita perlu mengkaji semula atau membuat

perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun

itu.

Page 132: Modul Jasmani Suaian

132 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Persekitaran Pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah

saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian

untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,

maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu,

perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, pengajaran

secara berkumpulan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan alatan.

Latar Belakang Guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.

Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan

yang diberikan tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk

mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap

guru itu sendiri juga adalah maha penting bagi memastikan kejayaan sesuatu sesi

pengajaran. Bagi guru yang tidak terlatih tetapi terpilih untuk mengajar Pendidikan

Jasmani Suaian, perlu meningkat usaha bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu

yang diperlukan sama ada daripada pembacaan atau mengikuti kursus-kursus

jangka pendek (dalam perkhidmatan) dan sumber-sumber lain.

Latar Belakang Pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang

memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau

susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk

melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi

golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian.

Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran

keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan

sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan

dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka

masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan

alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan Pendidikan Jasmani

diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang

sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.

Page 133: Modul Jasmani Suaian

133 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Penilaian

Bagi mengukur satu-satu kejayaan bagi sesuatu pengajaran itu, bukan sahaja

bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu tetapi lebih utama harus diberi

dalam proses pengajarannya. Kesesuaian kaedah yang digunakan dalam

pengajaran dalam apa jua mata pelajaran dan keunikan serta keperluan khas

seseorang dapat membantu pelajar-pelajar khas memahami, melihat, melatih dan

menguji diri dalam kemahiran yang diperkenalkan. Menurut Ee Ah Meng (1997),

kaedah merujuk kepada sesuatu tindakan guru yang sistematik serta berturutan dan

bertujuan untuk mencapai objektif spesifik, iaitu objektif jangka pendek bagi sesuatu

pengajaran.

Kaedah Pengajaran

Kaedah juga membawa implikasi penyusunan yang mana sesuatu kaedah

pengajaran juga merangkumi suatu pendekatan yang digunakan, strategi serta teknik

yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Mosston (1981) dalam Sarah (1995), telah menggariskan beberapa teknik

pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah pengajaran pelajar-pelajar khas iaitu

kaedah memberi arahan, kaedah memberi tugasan, kaedah bimbingan dan kaedah

penyelesaian masalah. Ini bermakna kaedah-kaedah pengajaran ini akan

memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar khas.

Pengubahsuaian

Selain daripada itu, aspek pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran yang amat penting dalam

Permainan Sukan Khas Suaian. Ini seterusnya membolehkan kaedah pengajaran

yang bersesuaian dan berkesan diamplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi pelajar-pelajar khas akibat daripada kepelbagaian keperluan khas

pelajar ini.

Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pengurusan

Permainan Sukan Khas Suaian terhadap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar khas dalam

Pendidikan Jasmani Suaian. Keberkesanan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan

pembelajaran ini dapat dilihat melalui beberapa kajian-kajian lepas yang telah dijalankan di

dalam dan luar negara. Ini dapat membantu guru-guru melalui beberapa pendekatan iaitu:

Membantu guru Pendidikan Jasmani Suaian mempelbagaikan kaedah pengajaran

dalam mengajar kemahiran-kemahiran dalam Permainan Sukan Khas.

Page 134: Modul Jasmani Suaian

134 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Membimbing para guru tentang kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian

yang bersesuaian dan berkesan.

Memberi kepuasan, keyakinan dan motivasi kepada pelajar-pelajar khas tentang

tahap keupayaan mereka serta merasai kejayaan seperti pelajar-pelajar normal yang

lain.

Kaedah pengajaran ini dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti

Permainan Sukan Khas Suaian mahu pun mata pelajaran lain terhadap pelajar-

pelajar khas dengan lebih berkesan.

Menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pengajaran

dalam Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar-pelajar khas di sekolah-sekolah.

Kaedah pengajaran ini bertumpu kepada mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian dan

pelajar khas sahaja.

Kaedah Pengajaran Bagi Pelajar Khas Bermasalah Pendengaran

Jadual 7.1

Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Khas Bermasalah Pendengaran.

Pengubahsuaian Yang Perlu Kaedah, Teknik, Strategi

Pengajaran

Penyampaian / Arahan Pengajaran.

Aktiviti.

Kemudahan Dan Persekitaran.

Sikap Pelajar Khas .

Sikap Keluarga.

Sikap Peringkat Sekolah.

Penggunaan Bahasa Isyarat ( BMKT )

Kaedah demonstrasi / tunjuk cara.

Kaedah memberi tugasan / arahan,

Kaedah bimbingan.

Teknik Mirroring

Teknik Modelling.

Latihan bayangan.

Kaedah latih tubi

Kesemua kaedah pengajaran ini telah dirumuskan dalam di atas. Berdasarkan jadual, aspek

pengubahsuaian masih dilihat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar khas bermasalah pendengaran. Antara

pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :

Page 135: Modul Jasmani Suaian

135 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pengubahsuaian kurikulum/kaedah pengajaran.

Kurikulum Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar bermasalah pendengaran tidak

banyak berbeza dengan kurikulum permainan sukan pelajar-pelajar normal. Keseluruhan

kurikulummya adalah sama. Apa yang perlu diubahsuai adalah cara penyampaian isi

pengajaran atau kemahiran yang perlu diajar iaitu dengan menggunakan bahasa Isyarat

BMKT. Menurut Craft (1995), seseorang pengajar perlu menguasai bahasa isyarat bagi

memudahkan komunikasi dengan pelajar khas ini.

Selain itu, arahan yang diberikan perlu pendek, padat dan tepat. Ini perlu bagi memastikan

isi pengajaran dapat diterima dan difahami oleh pelajar khas. Ia juga perlu melihat kepada

tahap keupayaan seseorang pelajar khas itu. Menurut Schmitz ( 1989 ), aturan pengajaran

perlu mengikut keperluan pelajar iaitu membahagikan pengajaran kepada beberapa segmen

yang memerlukan perhatian yang singkat bagi membolehkan pelajar khas ini menguasai

kemahiran yang diajar.

Pengubahsuaian Aktiviti.

Antara objektif pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar khas adalah untuk

meningkatkan tahap kebolehan bersosial. Bagi tujuan tersebut aktiviti yang dirancang perlu

lebih banyak melibatkan kemahiran bersosial di samping menekankan aspek penguasaan

kemahiran-kemahiran motor yang lain. Menurut Craft ( 1995 ), bagi membentuk keyakinan

kendiri pelajar khas bermasalah pembelajaran, guru perlu memilih aktiviti yang menekankan

kepada perkembangan kemahiran sosial. Ini amat diperlukan kerana kebanyakkan pelajar

khas ini mempunyai konsep kendiri yang rendah.

Pengubahsuaian Kemudahan Dan Persekitaran.

Selain daripada arahan, isi pengajaran dan aktiviti pengajaran yang diubahsuai. Kemudahan

dan persekitaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Permainan

Sukan Khas Suaian juga perlu diubahsuai. Menurut Lieberman & Cathy ( 2002 ),

Pengubahsuaian atau modifikasi kemudahan perlu bagi memastikan pelajar khas dapat

mengambil bahagian dalam aktiviti dengan lebih baik dan berkesan.

Bagi membolehkan pelajar bermasalah pendengaran ini dapat berkomunikasi secara

optimum, guru perlu perlukan aktiviti dalam persekitaran yang mencabar umpamanya latihan

berhalangan (obstacle training) yang mana pelajar bayak melakukan aktiviti dengan tidak

Page 136: Modul Jasmani Suaian

136 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

banyak menggunakan arahan lisan. Selain itu, persekitaran yang menyokong aktiviti pasti

akan memberi penguasaan yang menyeluruh dalam kemahiran sosial pelajar khas ini.

Menurut Skalko (1991), keadaan persekitaran aktiviti yang semulajadi adalah amat sesuai

dalam latihan kemahiran sosial seperti berkhemah, lawatan dan berbagai aktiviti luar lagi.

Walaupun kesemua aspek pengubahsuaian ini dilakukan, ia tidaklah melibatkan begitu

banyak pengubahsuaian. Ini kerana pelajar khas bermasalah pendengaran mempunyai

keupayaan fizikal yang sama dengan pelajar-pelajar normal dan Cuma yang membezakan

adalah masalah deria pendengaran mereka. Namun demikian, bagi memudahkan

pengajaran guru dalam Permainan Sukan Khas Suaian, beberapa kaedah serta teknik

pengajaran yang bersesuaian dan berkesan perlu diaplikasikan.

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran telah diterangkan sebelum ini. Antaranya

adalah Kaedah demonstrasi / tunjuk cara, Kaedah memberi tugasan / arahan, Kaedah

bimbingan, Teknik Mirroring, Teknik Modelling, Latihan bayangan, Kaedah latih tubi dan

sebagainya. Kesemua teknik ini sering diaplikasikan oleh guru sewaktu pengajaran

Permainan Sukan Khas Suaian di sekolah.

Kesimpulannya, keseluruhan kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian bagi

pelajar khas bermasalah pendengaran merupakan paduan antara kaedah pengajaran

pelajar normal dan kaedah pengajaran pelajar khas yang mana ia melibatkan

pengubahsuaian dalam beberapa aspek penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Matlamatnya cuma satu, iaitu memastikan objektif pengajaran tercapai dan

pengajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan pelajar-pelajar khas.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran Permainan Sukan Khas Suaian bagi pelajar-

pelajar khas mendapati banyak kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Selain daripada itu, aspek pengubahsuaian dalam beberapa komponen pengajaran juga

menjadikan proses pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, menarik dan berkesan. Ini

seterusnya membolehkan objektif pengajaran tercapai. Namun demikian, perkara asas yang

amat penting dalam meyediakan kaedah pengajaran adalah perlunya melihat tahap

kebolehan atau keperluan unik pelajar-pelajar khas. Ini perlu bagi membolehkan pelajar ini

Page 137: Modul Jasmani Suaian

137 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

menikmati atau melakukan aktiviti yang sama dengan pelajar normal dan akhirnya mereka

tidak terpinggir dalam arus pembangunan pendidikan negara.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah tahap pendengaran manusia normal?

2. Jelaskan 4 faktor yang diperlukan untuk melaksanakan program Pendidikan

Jasmani.

3. Pada pendapat kamu, apakah permainan yang paling sesuai untuk murid-murid

berkeperluan khas. Mengapa?

4. Apakah punca-punca cacat pendengaran?

5. Jelaskan bagaimana permainan Puteri Bersiram boleh membantu murid-murid

berkeperluan khas.

6. Apakah perbezaan di antara pekak dan cacat pendengaran?

Page 138: Modul Jasmani Suaian

138 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Shakila dan Haffiz (2009, Mac). Buletin Pendidikan Khas USM. Hari Interaksi Sukan Bersama Orang Kelainan Upaya Universiti Sains Malaysia 2009, 14.

Athiah Al-Abrasyi (1974). Dasar-dasar Pendidikan Islam. Kota Bharu: Terbitan Pusataka

Aman Press. Dr. Tajul Ariffin Nordin (1993). Pendidikan satu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan pelaksanaan pendidikan inklusif ke arah

pengisian wawasan pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS.

Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas )

(1997). Kementerian Pendidikan Malaysia. Siti Azah (1999) menterjemahkan, Public Law 94-142 Education of all handicapped children

act. Amerika Syarikat. Cratty, Bryant J (1969). Motor Activity and the Education of Retardates. Philadelphia:

Published by Lea. Cratty, Bryant J (1967). Developmental sequences of perceptual-motor tasks; movement

activities for neurologically handicapped and retarded children and youth. Freeport, New York: Educational Activities.

Norani Mohd Salleh (1998). Risalah sekolah menengah pendidikan khas kurang upaya

penglihatan. Kuala Lumpur.

Page 139: Modul Jasmani Suaian

139 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 8

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN

PERMAINAN KHAS MURID BERMASALAH PELBAGAI

SELAIN DARIPADA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti

ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran

merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam

bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar

bermasalah pembelajaran.

Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah

pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar

bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan

pelajar-pelajar ini dan kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai bagi mereka.

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih

1. Pelajar dapat menerangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang

sesuai permainan khas murid bermasalah pelbagai selain daripada penglihatan dan

pendengaran;

2. Pelajar dapat menentukan jenis kaedah pengajaran pembelajaran yang bersesuaian

mengikut kecacatan yang dialami bagi populasi khas tertentu;

3. Pelajar dapat menerangkan empat kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian

yang bersesuaian dengan pelajar bermasalah pembelajaran;

4. Menyatakan kategori individu yang terdapat dalam kelompok pelajar bermasalah

pembelajaran;

5. Pelajar dapat menyenaraikan pilihan penempatan pendidikan bagi pelajar yang

bermasalah pembelajaran.

Page 140: Modul Jasmani Suaian

140 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan

bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang

dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan

membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang

bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan,

pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau

kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu

kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang

nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau

menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap

umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial

mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan

menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah

pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti

masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada

mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah

pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik.

Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan

mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan

tingkah laku.

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,

ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang

mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak

atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran

seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh

Page 141: Modul Jasmani Suaian

141 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian

kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu

sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-

kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila

mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah

pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi

daripada keturunannya.

Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah

pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi

punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran

memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor

persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.

Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti

pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa,

persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak

tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah

pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak

menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah

pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut

diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif,

akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.

Ciri Kognitif

Page 142: Modul Jasmani Suaian

142 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan

termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.

Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam

mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam

masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah

pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah

kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti

perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah

disleksia.

Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran

dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax)

dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan

yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau

interaksi dengan kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran

ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan,

menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak

menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak

teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran

adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal

atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah

pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan

kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di

istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam

kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna

ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di

kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai

sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan

bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat

Page 143: Modul Jasmani Suaian

143 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah

sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka.

Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan

orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara

signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran.

Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada

kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk

mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi

dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan

kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui

kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.

Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran

untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat

mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin

disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang

lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan

menyakiti orang lain.

Motivasi

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti.

Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk

belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam

peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian

senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka

bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

Ciri Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar

memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut

Page 144: Modul Jasmani Suaian

144 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di

sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku

ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa

dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu

hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri

pelajar.

CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap

menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi

pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar

bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.

Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.

Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan

sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-

langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu

sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai

sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun

hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian

secara aktif.

Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi

pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai

pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu

tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus

dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana

dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah

membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu

kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Pendekatan Humanistik

Pendekatan ini meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 145: Modul Jasmani Suaian

145 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan

Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan

Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada juga digunakan. Pendekatan

Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman

pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi

peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran

adalah melalui pengalaman di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri

untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai

individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan

emosi individu.

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical

Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru

untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian ke arah

kemanusiaan iaitu:

penghargaan diri (self esteem),

merealisasikan diri (self-actualization),

kefahaman diri (self-understanding) dan

pertimbangan social (social consideration).

Pendekatan Tingkahlaku

Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata

pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan (operant psychology)

yang dipelopori oleh Skinner (1974). Pendekatan ini menggunakan

penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan

pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi

antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku,

tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini

ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan

dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk

Pendidikan Jasmani Suaian mencapai matlamat yang dihajatkan.

Pendekatan Sistem

Pendekatan ini menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan

prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk

menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk

Page 146: Modul Jasmani Suaian

146 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia

sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen

yang merangkumi seluruh sistem. Straub (1976) menyenaraikan sepuluh

proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu:

mengenal pasti matlamat,

analisis pengajaran,

mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar,

pembangunan objektif tingkahlaku,

pembangunan alat penilaian,

rekabentuk strategi pengajaran,

pemilihan media,

pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan

penilaian formatif.

Pendekatan Tanpa Kategori

Pendekatan pendidikan yang bertujuan mengurangkan fokus terhadap

kategori (label) tradisional dengan kronotasi negatif yang mengiringi

sesuatu label. Ianya mengemukakan sistem label alternative:

Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia

melibatkan keupayaan motor, ujian kemahiran dan pengetahuan

tentang bateri ujian, Geddes, (1978).

Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan

dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya CP sebagai satu

kumpulan. Stein, (1980).

Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal.

Ianya melibatkan pencapaian individu / motor dan sekuen

perkembangan motor. Kerajaan Perseketuan AS, (1984)

PILIHAN PENEMPATAN PENDIDIKAN

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa

kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana

seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya

akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka.

Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-

kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

Page 147: Modul Jasmani Suaian

147 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam

bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang

teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya

penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup

untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan

sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan

bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru

pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk

mengajar.

Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan

kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam

penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi

rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan

pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul

maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan

tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara

langsung dijalankan oleh guru biasa.

Bilik Sumber

Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan

pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan

bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan

penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber

membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah

daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan

integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber

mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat

bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan

tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif

dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan

harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran

pelajar.

Page 148: Modul Jasmani Suaian

148 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah

kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).

Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah

pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri

daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya,

pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan

kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan

mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat

mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah

pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin

kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak

dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar

ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding

kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi

pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan

pengajaran yang lebih bertumpu.

Jenis-jenis Penilaian Pendidikan Jasmani Suaian (Kecergasan dan

Kemahiran) di sekolah adalah seperti berikut:

Page 149: Modul Jasmani Suaian

149 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Rajah 3.2: Jenis-jenis Penilaian Kecergasan di Sekolah

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran

dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran.

Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik,

sosial dan emosi serta tingkah laku.

Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa

kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah

pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh

digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah

pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi

memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Nyatakan perbezaan di antara IDEA dan NJCLD.

2. Apakah yang perlu dilakukan jika murid berkeperluan khas menghadapi

masalah kemahiran sosial yang lemah.

3. Nyatakan tujuan Model REI digunakan dalam Pendidikan Jasmani

Suaian.

4. Pada pendapat anda mengapakah kadar autism adalah tinggi di

kalangan lelaki berbanding perempuan?

5. Apakah perbezaan model IEP dan REI? Bagaimanakah ianya

dilaksanakan?

6. Jelaskan tiga tempat yang boleh dipilih untuk menempatkan pelajar

bermasalah pembelajaran bagi tujuan memperbaiki keadaan diri

mereka.

Page 150: Modul Jasmani Suaian

150 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Abu Bakar Sidek. 1997. Pendidikan Luar Dalam Pendidikan Kebangsaan. Kertas

yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Luar pada 24

November, diInstitut Perguruan Darul Aman

Dr. Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Ko Kurikulum. Subang Jaya. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Gholson (1993) .Studying Cuurriculum . Buckingham,: Open University Press.

Institut Perguruan Sultan Idris. 1995. Siri Panduan Perguruan IPSI: Panduan

pengurusan pendidikan luar Institut dan Maktab Perguruan Malaysia.

Tanjong Malim: Institut Perguruan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Panduan Pengurusan Gerak

Kerja KokurikulumSekolah Menegah .Kula Lumpur : Kementerian Malaysia.

Ramlan Abdul Wahab. (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah.

Kuala Lumpur. Banter Sdn. Bhd

Samsuddin Haji Abd. Hamid. 1995. Pengurusan Program Pendidikan Luar.

Insititut Perguruan Sultan Idris: Warni Kuala Lumpur.

Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum ( Sukan). Kepong: Print Pack

Sdn.Bhd

Abdullah Yusof, Safani Bari dan Mohd Mokhtar Tahar (2006). Pengenalan

Pendidikan Khas: Open University Malaysia.

Borhanudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, Mohd. Fauzi b. Abdul Rahman Dan

Hamizon Hamid (2006). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Tahun 5: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Julie Gibson et. al (2000). Leisure and recreation. USA : Pearson Education

Limited.

Page 151: Modul Jasmani Suaian

151 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 9

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN

PENGURUSAN AKTIVITI SENGGANG.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak

istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran. Pertimbangan perlu

dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama dengan pelajar-pelajar lain

di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menguasai

Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka. Mengikut Peraturan-peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif adalah kurikulum yang dibina

khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari

kurikulum latihan kemahiran.

Di Malaysia kekurangan aktiviti riadah untuk golongan orang kurang upaya daripada orang

biasa menyebabkan golongan ini sukar untuk mencari aktiviti riadah yang sesuai. Untuk

melakukan aktiviti riadah di luar golongan ini terpaksa menggunakan alatan riadah orang

normal yang kurang sesuai untuk mereka. Begitu juga di sekolah, peralatan aktiviti fizikal

untuk golongan ini sangat terhad menyebabkan aktiviti sukar dijalankan. Pelajar ini terpaksa

melakukan aktiviti dengan orang biasa tetapi aktiviti tersebut sangat sukar dijalankan kerana

1. Pelajar dapat mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengendalikan

aktiviti senggang bagi pelajar berkeperluan khas;

2. Pelajar dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar istimewa

dengan lebih berkesan;

3. Mengenalpasti sumber kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan untuk

melaksanakan aktiviti senggang;

4. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 5. Pelajar dapat mengenali guru dan rakan secara individu dan merancang program yang lebih berkesan bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Page 152: Modul Jasmani Suaian

152 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

golongan pelajar khas mengalami masalah antaranya masalah otot, fizikal, saraf dan

pembetukan postur yang kurang sempurna.

Definisi Senggang

Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan

pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan

badan.

Menurut Ford (1981), aktiviti senggang merupakan program yang melibatkan penggunaan

persekitaran yang semula jadi dan bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan

pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan,

kemahiran, ilmu, dan sikap.

Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan

untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam

kehidupan seharian. Aktiviti senggang itu merupakan aktiviti yang dirancang di masa lapang

untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.

Aktiviti senggang/rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu: i) Rekreasi dalam (in-door)-

Aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat yang tidak terdedah kepada cahaya.

Contoh : squash, bowling, karom, dart dan lain-lain.

ii) Rekreasi luar (out-door)-

Aktiviti luar di mana aktiviti tersebut dijalankan di luar dan terdedah kepada cahaya

matahari.

Contoh: abseiling, bola sepak, perkhemahan, berkelah di tepi pantai dan lain-lain.

Page 153: Modul Jasmani Suaian

153 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Jadual 9.1: Jenis Aktiviti Senggang/Rekreasi

JENIS-JENIS REKREASI

DEFINISI CONTOH

Rekreasi Fizikal Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu tersebut.

Berbasikal, berjoging

Rekreasi Sukan Aktiviti yang memerlukan beberapa buah pasukan untuk bermain.

Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar, Bola keranjang

Rekreasi Sosial

Aktiviti rekreasi ini memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Sukan Rakyat, Sukaneka

Rekreasi Mental / Linguistik

Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda

Memanah, debat, pidato

Gerak Tari

Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala anggota badan yang lain

Yoga, Tai Chi

Drama Aktiviti ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.

Teater

Definisi Murid Berkeperluan Khas Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang

menekankan kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan

pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan

(developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam

kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan

seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan

kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan

Page 154: Modul Jasmani Suaian

154 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran

berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.

Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang

cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari

orang yang normal.

KONSEP

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan

jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum

untuk Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai

dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi memenuhi keperluan-keperluan

khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab,

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan

pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,

berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri

sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Bermasalah pendengaran (hearing impairment)

Bermasalah penglihatan (visual impairment)

Page 155: Modul Jasmani Suaian

155 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Bermasalah pembelajaran (learning disabililities)

Bermasalah kerencatan akal (mental Retadation)

Bermasalah tingkah laku dan emosi (behavior disorders & emotional disturbance)

Bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment)

Pintar cerdas (gifted and talented)

Bermasalah fizikal (physical disabilities)

Bermasalah kesihatan (health impairment)

Masalah bergabung (multiple problem)

OBJEKTIF

Objektif Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang

bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak

berkeperluan khas dalam persekitaran biasa. Selain itu, usaha-usaha berkaitan dengan

rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-

kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawab

adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan

oleh Kementerian Pelajaran dan sistem persekolahan. Selain itu, hal ini juga

bermatlamatkan untuk menyeimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid

khas dengan murid-murid normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal,

pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru,

peluang-peluang kenaikan seperti pangkat, juru teknik audiologi pendidikan

(educational speech therapist), otientasi dan mobility pendidikan (Orientation and Mobility

Instructor), dan psikologi pendidikan (eduicational psychologist), dan sebagainya merupakan

objektif Pendidikan Khas.

Aktiviti Senggang dan Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan jasmani merupakan satu-satunya pendidikan yang berkonsepkan kokurikulum.

Subjek ini merupakan subjek yang paling penting dalam aktiviti kokurikulum. Walaupun

subjek ini tidak masuk dalam peperiksaan tetapi subjek ini merupakan satu-satunya subjek

yang mengajar @ menekankan taksonomi jasmani. Empat kemahiran taksonomi yang

diterapkan dalam pengajaran ini ialah jasmani emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan

jasmani adalah penyumbang terbesar dalam kemahiran sosial pelajar iaitu dalam proses

asimilasi individu ke dalam masyarakat (De Vries, 1995).

Page 156: Modul Jasmani Suaian

156 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Di sekolah Pendidikan Jasmani juga digolongkan dalam aktiviti kurikuluum pelajar kerana

dalam Pendidikan Jasmani diterapkan proses pembelajaran secara indoor iatu

pembelajaran dalam kelas secara teori. Untuk menjaga kesihatan fizikal dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektual dalam semua golongan termasuk golongan orang kurang

upaya maka aktiviti jasmani telah diubah dan disesuaikan dengan keperluan orang kurang

upaya @ khas bagi membantu golongan berkenaan menjalankan aktiviti fizikal dan dapat

mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapinya.

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Senggang

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian

maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat

mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani Suaian yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan

pelbagai situasi rangsangan.

Strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu diguna pakai

sebagai panduan:

1. Bersikap positif terhadap peranan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah

2. Mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Jasmani Suaian.

3. Sentiasa aktif dalam bidang sukan, permainan dan aktiviti kecergasan.

4. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran asas dalam pelbagai

kegiatan sukan, rekreasi dan permainan.

5. Seorang yang sabar dan gemar mengajar murid-murid

6. Selalu ingin memajukan diri dalam kerjaya yang diceburi.

7. Kemahiran komunikasi yang baik

Aktiviti senggang dan rekreasi penting dalam perkembangan dan pertumbuhan

kanak-kanak/individu berkeperluan khas.

Ia memberi kesan positif dalam:

a. Kesihatan

b. Fitness

c. Perkembangan intelek

d. Kreativiti dan ekspresi diri

e. Penyesuaian terhadap kemahiran sosial dan emosi

f. Personel satisfaction dan fullfillment

(Luxton & Nelly, 1981)

Page 157: Modul Jasmani Suaian

157 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Objektif utama

a. Dapat menentukan dan membuat pilihan jenis rekreasi yang lebih diminati.

Terdapat banyak jenis aktiviti senggang dan permainan yang boleh dilakukan oleh

individu bermasalah penglihatan dengan sedikit atau tanpa modifikasi.

(Martinwz & Grayson, 1981)

Adaptasi dan Modifikasi

a. Modifikasi dan adaptasi seharusnya tidak menjejaskan bentuk

rekreasi/permainan dan keseronokan semasa ia dilakukan.

b. Adaptasi dan modifikasi dilakukan hanya apabila diperlukan.

Panduan pengajaran yang berkesan:

a. Tunjuk cara

b. Eksplorasi tekstual

c. Penerangan secara verbal

d. Jika perlu, pecahkan task kepada subtask

e. Wujudkan isyarat tertentu seperti isyarat mula, berhenti, dll.

Pelaksanaan program/aktiviti rekreasi dan permainan:

a. Penilaian kognitif, motor, keperluan psikososial, dan minda.

b. Objektif

c. Pengisian program/aktiviti

d. Pengawasan/pemantauan program/aktiviti

e. Penilaian pencapaian murid dan keberkesanan program/aktiviti.

Modifikasi Persekitaran Untuk Physical Activities:

Bunyi

i. Bola berloceng/beeper.

ii. Kekacang (rice) dalam bola tampar/beach ball.

iii. Beepers atau radio untuk mengenal pasti sasaran.

iv. Tepukan tangan/suara memanggil.

Tekstual

i. Peraturan dalam kod braille.

ii. Borang skor/markah dalam braille.

iii. Tapper (untuk disentuh)

iv. Penanda garisan (contoh: tali).

Page 158: Modul Jasmani Suaian

158 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

v. Penanda kaki (untuk dipijak - lompat jauh)

Visual

i. Peraturan dalam tulisan cetakan besar.

ii. Large print team roster.

iii. Borang skor/markah dalam cetakan besar.

iv. Bola/peralatan yang diwarnakan cerah/kontras.

v. Palang disalut dengan towel berwarna cerah.

vi. Fluorescent tape untuk menandakan garisan/sempadan.

vii. Lane marks for tracks.

Modifikasi-modifikasi lain

i. Modifikasi peraturan permainan.

ii. Mengurangkan gangguan bunyi.

iii. Pemandu celik - contoh: semasa berlari.

iv. Simplication of the playing environment.

Aktiviti Senggang Yang Dijalani Oleh Murid Berkeperluan Khas

Page 159: Modul Jasmani Suaian

159 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Page 160: Modul Jasmani Suaian

160 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Manakala masalah yang dihadapi oleh guru juga menyebabkan proses pengajaran aktiviti

fizikal suaian menjadi sukar untuk dilaksanakan. Antara masalah yang dihadapi adalah:

1. kekurangan guru pakar dalam aktiviti fizikal suaian.

2. jumlah pelajar khas terlalu ramai menyebabkan pelaksanaan aktiviti susah untuk

dikawal.

3. peralatan yang tidak sesuai digunakan untuk mengajar pelajar khas.

4. pergabungan antara pelajar khas dan pelajar normal menyebabkan pelajar khas

dipinggirkan oleh pelajar normal.

5. keadaan seperti cuaca yang panas dan persekitaran yang tidak kondusif.

6. masalah fizikal pelajar khas yang pelbagai menyebabkan kesukaran guru untuk

menyesuaikan aktiviti secara kumpulan kepada pelajar.

7. ada juga pelajar khas yang tingkah lakunya yang agak agresif dan tidak terkawal

menyebabkan sukan untuk giuru melaksanakan aktiviti.

8. masalah komunikasi antara guru dengan pelajar khas dan antara plejar khas dengan

pelajar biasa.

Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk

menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walaupun guru-guru menyedari pentingnya

aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung

kerana faktor-faktur keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak

bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.

Selain itu faktor keselamatan dan ketidaksesuaian peralatan juga menyebabkan sukar untuk

guru melakukan aktiviti fizikal suaian. Apabila hendak melakukan aktiviti fizikal suaian aspek

pertama yang guru perlu menilai adalah dari segi kesihatan pelajar khas kerana kesihatan

peljar khas tidak sama dengan pelajar biasa dan kesihatan antara mereka juga adalah

berbeza. Sebelum melakukan aktiviti fizikal suaian guru perlu menilai keadaan murid khas

dari pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal, saraf dan lain-lain. Sekiranya aktiviti tersebut

dapat dirancang dengan elok dan berkesan maka aktiviti tersebut akan menjadi lancar dan

kelebihan juga akan dapat kepada pelajar khas kerana aktviti tersebut dapat membantu

mengurangkan dan mengendurkan kekejangan otot yang dihadapi.

Faedah yang akan dapat kepada pelajar adalah dari segi kesihatan psikologi seperti kognitif,

sosial, afektif dan moral pelajar khas yang akan bertambah baik dan dari segi guru juga

melalui aktiviti yang dirancang dapat memudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti

tersebut kerana aktiviti tersebut telah dirancang dan disesuaikan kepada semua pelajar khas

dan normal. Apabila mereka berjaya melakukan aktiviti suaian yang diberikan maka mereka

Page 161: Modul Jasmani Suaian

161 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

akan dapat meningkatkan konsep kendiri (self-concep), penghargaan diri (self-esteem) dan

keyakinan diri (self-confident). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan pendapat Jansma

dan French, 1994 yang menyatakan modifikasi aktiviti fizikal tradisional membolehkan orang

kurang upaya berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal mengikut kesesuaian

secara selamat, berjaya dan mendapat kepuasan diri.

RUMUSAN

Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang

kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas.

Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan

peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang

untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang

dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar

berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang

sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).

Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan diri dalam aktiviti

Pendidikan Jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas

mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang

kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang

kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang

mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini

akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti rekreasi yang

bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap

yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar

sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan

situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

Page 162: Modul Jasmani Suaian

162 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah tujuan memasukkan program aktiviti senggang di dalam kurikulum

Pendidikan Jasmani Suaian?

2. Huraikan secara ringkas tentang kekurang di pihak guru dalam mengendalikan

program Pendidikan Jasmani Suaian dan aktiviti senggang.

3. Senaraikan sekurang-kurangnya lima manfaat aktiviti senggang kepada murid

berkeperluan khas.

4. Jelaskan empat modifikasi persekitaran yang boleh dilakukan bagi meningkatkan

penyertaan murid dalam aktiviti yang bercorak fizikal dalam Pendidikan Jasmani

Suaian.

5. Pada pendapat anda bagaimanakah aktiviti senggang boleh meningkatkan

keyakinan diri murid berkeperluan khas.

6. Bincangkan frasa yang mengatakan bahawa “buta mata tetapi terang hati”

Page 163: Modul Jasmani Suaian

163 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas :

Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak

Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Julie Gibson et. al (2000). Leisure and recreation. USA : Pearson Education Limited.

Susanna Clave Philips (2008). Kaedah Pembelajaran Khas Rekreasi Dan Pendidikan

Jasmani Suaian : Open University malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia, (2003) Aktiviti Senaman : Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas. 1997. Buletin Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kuala Lumpur.

Unit Pendidikan Khas. 1992. Surat Pekeliling Pendidikan Khas 1979-1991. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jansma, P. & French, R. W. 1994. Physical education for handicapped persons. N J:

Prentice Hall.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail Dan Mohamed @ Mohd sadek Mustaffa (2008). Gaya

Hidup Sihat: Open University Malaysia.

Julie Gibson et. al (2000). Leisure and recreation. USA : Pearson Education Limited.

Page 164: Modul Jasmani Suaian

164 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

UNIT 10

REKREASI DAN PERKHEMAHAN MURID BERKEPERLUAN

KHAS.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Rekreasi ialah aktiviti terancang yang dapat menyegarkan kembali kesihatan tubuh badan

dan menenangkan fikiran untuk memenuhi masa lapang. Borhanudin Abdullah et. al (2006).

Salah satu kegiatan rekreasi yang sering dijalankan ialah perkhemahan. Rekreasi bagi

individu berkeperluan khas dapat mendedahkan diri dengan pengalaman baru dan

menyeronokkan. Individu berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006) terdiri

daripada lapan kategori iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya

pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas, kurang upaya mental,

kurang upaya petuturan atau bahasa, kurang upaya penglihatan dan kurang upaya

pendengaran.

Rekreasi luar seperti perkhemahan pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan

sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan,

Richard G. Kraus (1995). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia

boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain

untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Selain

itu reakreasi luar juga merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaran

melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Julie Gibson et. al (2000) yang

menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yang

meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu

1. Pelajar dapat menerangkan kepentingan rekreasi dan perkhemahan kepada murid-

murid berkeperluan khas;

2. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

3. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

4. Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk

semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri

sendiri.

5. Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama

dalam pengisian masa yang terluang.

Page 165: Modul Jasmani Suaian

165 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

membuatkan kita lebih menghargai. Selain itu aktiviti rekreasi juga menghasilkan

pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi.

Individu berkeperluan khas akan dapat mengenali sesama mereka dengan lebih akrab.

Semasa menjalankan aktiviti perkhemahan secara tidak langsung individu berkeperluan

khas akan diuji dengan beberapa sifat seperti sabar, berdikari, tidak mementingkan diri,

berinisiatif, cergas, dan bergerak pantas. Berkhemah dapat menjalinkan semangat

bergotong-royong, bantu-membantu, hormat-menghormati dan saling mengenali.

Dalam konteks aktiviti perkhemahan yang melibatkan penyertaan murid berkeperluan

khas, perancangan aktiviti yang sisitematik dan holistik perlu dilaksanakan agar

memberi peluang yang optimum kepada para peserta memperkembangkan potensi

khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti di samping memperkukuhkan displin

kendiri, semangat kerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk

membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perlu

mengambilkira setiap aspek termasuklah perancangan sebelum, semasa dan selepas

perkhemahan, aspek kebajikan dan keselamatan, alat-alatan perkhemahan, halangan-

halangan yang dihadapi dan juga pelan tindakan kecemasan. Kesemua aspek ini perlu

diperincikan supaya setiap petugas dan peserta menjalankan tugas masing-masing.

Selain itu, taklimat sebelum perkhemahan amat penting kepada peserta sebagai

platform mereka untuk mendapatkan gambaran awal organisasi perkhemahan yang

akan dijalankan. Memandangkan murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang

lebih dari guru-guru penyelaras dan para petugas, maka jumlah urusetia perlu lebih

ramai untuk mengawasi kanak-kanak ini supaya sebarang perkara yang tidak diingini

tidak berlaku. Namun, malang tidak berbau, maka, pelan tindakan kecemasan

seharusnya dirangka dengan rapi dan dimaklumkan kepada semua peserta yang

terlibat. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar murid-murid

ini dapat mencapai objektif aktiviti perkhemahan itu sendiri dengan jayanya.

Rasional mengadakan program perkhemahan pada setiap tahun di setiap sekolah

adalah bertujuan untuk memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat di antara murid

dan guru-guru di sekolah. Murid-murid harus mengalami cara hidup di perkhemahan.

Ini adalah satu pendidikan luar yang dipelbagaikan untuk menguji kekuatan dan

ketahanan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). JERIS merupakan

matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama,

persefahaman dan semangat kerja berpasukan dapat diterapkan dalam kalangan murid

di sepanjang program ini.

Page 166: Modul Jasmani Suaian

166 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Ford (1981) mendefinisikan rekreasi Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi

penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan

pembelajaran kokurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan

pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya pengunaan masa senggang. Aktiviti

kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh golongan pelajar terutamanya

aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka.

Umpama serampang dua mata, kerajaan memperkenalkan badan beruniform ini bagi

mengurangkan isu gejala sosial dan juga memenuhi sukatan aktiviti di sekolah. Banyak

faedah boleh diperoleh remaja apabila menyertai badan beruniform. Antaranya ialah

kita dapat membina ketahanan mental dan fizikal. Badan beruniform seperti Kadet

Remaja Sekolah, Kadet Polis dan Persatuan Puteri Islam sering melakukan aktiviti

perkhemahan di hutan atau tempat-tempat rekreasi.

Setiap murid termasuklah murid pendidikan khas wajib menyertai aktiviti kokurikulum

untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke dalam kehidupan

yang lebih mencabar.

Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini sedikit sebanyak diharapkan

dapat membantu mereka kelak. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin

mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada

pencapaian akademik semata-mata. Setiap program yang diadakan pula perlulah

mencapai objektif yang ditetapkan. Antara objektif aktiviti perkhemahan adalah:

Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

murid.

Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan

memupuk bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan

diri sendir.

Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti

bersama dalam pengisian masa yang terluang.

Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam

nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan

guru dan murid.

Pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar

yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran

Page 167: Modul Jasmani Suaian

167 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup. Melalui aktiviti

yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan

kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai

matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar,

membina sahsiah yang berdaya saing, mempunyai tahan tahan dan semangat juang

yang tinggi.

Dalam konteks penyertaan murid berkeprluan khas, perancangan yang teliti perlu

dilakukan terutamaya daripada aspek perancangan sebelum, semasa dan selepas

mengadakan perkhemahan, persiapan peralatan perkhemahan, pelaksanaan aktiviti,

halangan-halangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas semasa

perkhemahan, dan seterusnya pelan tindakan semasa kecemasan. Perkara-perkara

tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Penganjuran Aktiviti

Perkhemahan seperti berikut:

Perbincangan (Penganjuran Aktiviti Perkhemahan)

Perancangan Sebelum Aktiviti Perkhemahan

Antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum mengadakan sesuatu aktiviti

perkhemahan ialah:

Penentuan Tarikh, Masa, Tempat dan Jumlah Peserta Perkhenmahan

Penetapan tarikh, masa dan lokasi perkhemahan hendaklah atas persetujuan bersama

iatu dengan mengadakan mesyuarat antara ahli jawatankuasa unit kokurikulum, unit

pendidikan khas bersama pihak sekolah. Pemilihan tarikh digalakkan pada hari cuti

sekolah samaada pada hari Sabtu dan Ahad atau pada cuti umum supaya tidak

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keutamaan kepada

bulan yang bersesuaian iaitu di luar musim tengkujuh amat ditekankan. Contoh

maklumat penting berkenaan aktiviti perkhemahan yang perlu ditetapkan di awal

perancangan ialah:

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Jumlah Peserta : 30 orang (Murid Kelas Pendidikan Khas) Kanak-Kanak

Berkeperluan Khas Pembelajaran

Mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkaitan

Penyertaan murid dalam setipa perkhemahan mestilah stas kerelaan dan kesanggupan

sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-

masing. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,

Page 168: Modul Jasmani Suaian

168 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

bersedia dan telah menjalani latihan- latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani

latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. Kebenaran

mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan kesanggupan sendiri dengan

mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan seperti berikut:

Dalam kawasan sekolah (kelulusan Guru Besar / Pengetua)

Dalam daerah di luar kawasan sekolah (lelulusan pegawai Pedidikan Daerah)

Dalam negeri tetapi di luar daerah/luar negeri (kelulusan Pengarah Pendidikan

Negeri)

Anggaran Kos Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan perlu dilakukan di peringkat awal untuk mengenalpasti kos

keseluruhan yang diperlukan dan sumber pendapatan untuk tujuan mendapatkan

peruntukan wang dari unit kokurikulum. Sekiranya perkhemahan yang hendak

dianjurkan menelan perbelajaan yang agak tinggi disebabkan faktor lokasi, jenis aktiviti

atau jumlah pelajar, anggaran belanjawan ini pula sangat penting dalam menentukan

jumlah permohonan dana atau sumbangan yang diperlukan daripada organisasi atau

badan-badan tertentu. Contoh anggaran perbelanjaan yang boleh dilakukan ialah:

Sumber kewangan

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. Dari pihak sekolah (Peruntukan Wang Kokurikulum) RM 450.00

2. Sumbangan PIBG RM 200.00

Jumlah RM 650.00

Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1. Makanan dan minuman untuk 30 peserta (RM 10.00 × 30 orang) RM 300.00

2. Hadiah RM 150.00

3. Sijil Penyertaan RM 50.00

4. Dokumentasi dan peralatan RM 100.00

5. Teh uncang, kopi, biskut dan gula RM 50.00

Jumlah keseluruhan RM 650.00

Page 169: Modul Jasmani Suaian

169 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Penentuan Bidang Tugas Bagi setiap Ahli Jawantankuasa Perkhemahan

Penentuan bidang tugas perlu dilakukan untuk memastikan setiap aspek dalam

perkhemahan diselia dan diurus dengan baik tanpa pertindihan tugas. Pembahagian

tugas mengurangkan bebanan tanggungjawab bagi setiap individu di samping dapat

mewujudkan semangat kerjasama. Pengagihan tugas boleh dilakukan terhadap

individu berikut:

Jawatankuasa tertinggi Unit Kokurikulum; Pengerusi, Naib Pengerusi,

Setiausaha, Bendahari dan Urusetia.

Penasihat Pasukan Badan Beruniform

Unit Disiplin, AJK Keselamatan, AJK Kebersihan

Unit Logistik dan Pengangkutan, Makanan dan Minuman

Unit Riadah, Kerohanian

Unit Dokumentasi dan Cenderamata

Jadual 10.1: Bidang Tugas Ketika Perkhemahan

Unit Bidang Tugas

Disiplin dan Keselamatan

Memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam keadaan baik sepanjang kursus.

Mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pegawai dan petugas sepanjang aktiviti.

Kebersihan

Memastikan kawasan sekitar tapak perkhemahan sentiasa bersih.

Menyediakan bakul sampah atau tong sampah di tempat tertentu bagi memudahkan kerja mengemas, membersih dan membuang sampah

Makanan dan Minuman

Mengurus masakan dan menu

Menempah dan mengurus makan dan minum peserta, guru, jemputan dan pegawai sepanjang aktiviti tersebut.

Memastikan bekalan bahan mentah sampai tepat pada masanya.

Aktiviti Kerohanian

Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian termasuk solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib.

Menyediakan jadual sebagai Imam dan Bilal bagi setiap waktu solat.

Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing atau mengadakan aktiviti moral.

Aktiviti Riadah

Menyediakan aktiviti riadah yang bersesuaian.

Memaklumkan kepada semua peserta dan guru aktiviti yang akan dilakukan dan pakaian yang bersesuaian.

Menyediakan kelengkapan yang perlu bagi aktiviti senaman.

Page 170: Modul Jasmani Suaian

170 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pemilihan Tapak Perkhemahan

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang

membuat penilaian samaada tapak yang dipilih boleh mendatangkan bencana dan

kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan

jika tidak mengambil kira beberapa faktor berikut:

Tapak yang rata – tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk

memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau

berehat.

Corak tapak perkhemahan - iaitu tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada

pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak

berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan.

Berhampiran punca air - tapak perkhemahan yang dipilih mestilah berdekatan

dengan punca air yang bersih. Air yang bersih boleh digunakan untuk

memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

Mudah untuk mendapat bantuan - tapak perkhemahan yang dipilih juga

berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan

jika berlaku sebarang kecemasan.

Mudah untuk mendapat bahan bakar - bahan bakar penting bagi digunakan

untuk memasak, membuat unggun api, menjauhi gangguan binatang,

menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Jangkamasa perkhemahan - sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa

yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi

kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

Taklimat awal Aktiviti Perkhemahan

Taklimat perlu diberikan kepada setiap peserta dan guru pengiring berkenaan aktiviti,

peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa

perkhemahan. Terdapat beberapa peraturan perkhemahan yang ditetapkan

bergantung kepada keperluan aktiviti dan lokasi perkhemahan itu sendiri. Namun

demikian, peraturan umum perkhemahan dapat disenaraikan seperti berikut:

Peraturan Umum Perkhemahan

o Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta

arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

o Mengikut dan menjalankan bersemangat tinggi.

Page 171: Modul Jasmani Suaian

171 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

o Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.

o Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap

aktiviti.

o Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh

pensyarah atau penunjuk cara.

o Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat

kebenaran dari guru penasihat.

Peraturan Penjagaan Khemah

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.

Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.

Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang

mengandungi bahan kimia.

Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada

ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering.

Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan sebelum disimpan.

Terdapat beberapa lagi jenis peraturan dalam perkhemahan seperti peraturan-

peraturan berkaitan dengan alatan, barangan, makanan dan minuman, peraturan-

peraturan mengenai pakaian serta peraturan menggunakan tandas.

Perancangan Semasa Aktiviti Perkhemahan

Sebelum aktiviti perkhemahan, para urusetia dan guru pengiring beserta peserta-

peserta perlu diberita taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan dan

peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Ini bertujuan untuk memastikan kesihatan

dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya

berkaitan perkara- perkara berikut:

Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.

Keracunan makanan.

Kemudahan-kemudahan asas.

Sistem komunikasi.

Contohnya, cara penyediaan makanan yang dilakukan perlulah sistematik dan

bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas dan perkhemahan sekolah

rendah. Contohnya, sistem penyediaan pusat. Sistem ini kerap dilakukan kerana

mudah dilaksanakan kerana peralatan memasak yang mencukupi dan mudah diurus

Page 172: Modul Jasmani Suaian

172 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

dan hanya satu rancangan menu digunakan. Ini memudahkan untuk menyemak dan

mengawal bekalan makanan. Justeru, pantri perlu dijadikan kawasan larangan dan

hanya orang bertugas dibenarkan berada dikawasan tersebut. Semua petugas pula

mestilah berkeadaan bersih.

Seterusnya, guru penyelaras perlu memastikan prosedur keselamatan dilaksanakan

dan dipatuhi dan memastikan jadual perkhemahan dilaksanakan mengikut

perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang

tidak dapat dielakkan seperti faktor alam, manusia dan lain-lain. Di samping itu,

mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan

membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hari berikut/masa

hadapan serta memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

Perancangan Selepas Mengadakan Perkhemahan

Perkara perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:

Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan

berada dalam keadaan bersih dan baik.

Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti

sebelumnya.

Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk

meninggalkan kawasan perkhemahan

Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan

mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya

Membentang dan membuat laporan:

a) Kewangan

b) Aktiviti

Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta

penyertaan kepada peserta perkhemahan.

Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada

masa hadapan.

Persiapan Peralatan Perkhemahan

Terdapat berbagai peralatan yang boleh dibawa bagi membantu

memudahkanperkhemahan.Berdasarkan Manual Perkemahan yang dikeluarkan oleh

Kelab Rakan Muda ( 2010), antara senarai peralatan perkhemahan yang perlu dibawa

ialah:

Page 173: Modul Jasmani Suaian

173 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Khemah tempat masak,

Khemah tempat solat,

Khemah tempat solat,

Kanvas alat duduk,

Camp bed,

Skop atau penyauk tanah,

Tiang Khemah memasak,

Helar,

Parang,

Tali nylon/raffia,

Belerang/suffer,

Lampu Suluh,

Kit Pertolongan Kecemasan

Pelaksanaan Aktiviti Perkhemahan

Aktiviti dipilih berasaskan beberapa faktor iaitu keberadaan tenaga mahir. (Guru atau

jurulatih luar). Mereka yang benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang

berkaitan sahaja boleh mengendalikan murid-murid ini. Bagi aktiviti air perlu ada

pengiktirafan bronze medallion iaitu:

o Mempunyai disiplin dan beretika.

o Peralatan yang mencukupi dan selamat

o Alatan berkeadaan baik dan selamat digunakan

o Disahkan standard piawai

Rajah 10.1: Aktiviti Mendirikan Khemah Peserta

Selain di bawah pengendalian tenaga mahir pemilihan tempat aktiviti juga perlulah

selamat. Penyelaras aktiviti perlu mengetahui sepenuhnya tentang keadaan tempat

aktiviti seperti laut, lereng bukit dan sebagainya. Penyelaras perlu memperuntukkan

Page 174: Modul Jasmani Suaian

174 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

masa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti dan memastikan perancangan masa

dan aktiviti bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid. Bilangan peserta dalam

satu-satu aktiviti perlulah bersesuaian supaya lebih mudah dikendalikan contohnya

membahagikan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan pula di

bawah pemantauan seorang guru penyelaras.

Perkhemahan yang melibatkan murid berkeperluan khas berasaskan pendedahan

kepada pelbagai kegiatan ikhtiar hidup seperti mana perkhemahan pengakap biasa

termasuk aktiviti membuat gajet, teknik ikatan dan simpulan, jungle tracking, water

confident, flying fox dan sebagainya. Mereka turut dibawa menaiki lori beramai-ramai

dan melalui laluan yang berselekoh yang mencabar. Pengalaman dan ilmu yang

diperoleh amat berbaloi bagi guru-guru dan murid-murid pendidikan khas yang terlibat.

Program sebegitu dapat memberi dorongan dan keyakinan kepada ibu bapa yang

mempunyai anak-anak cacat fizikal dan mental agar mengikuti pelajaran di kelas

pendidikan khas yang diwujudkan di sekolah.

Contoh Aktiviti Semasa Perkhemahan

Aktiviti senaman.

Konsep

Aktiviti rekreasi dimulakan dengan aktiviti senaman pagi merupakan satu aktiviti fizikal yang

dirancang, pergerakan struktur badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal.

Borhan Yusof et.al (2008). Kementerian Kesihatan Malaysia, (2003) menyatakan

kecergasan bermaksud suatu keadaan yang cergas dari segi fizikal dan mental,

berkeupayaan melaksanakan tugas harian tanpa merasa cepat letih atau kelesuan dan

dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah, di samping masih memiliki tenaga untuk

menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.

Rasional pemilihan aktiviti

Aktiviti senaman mempunyai kepentingan dan faedah yang tidak terbatas. Ia banyak

menyumbang dari segi kesihatan diri dan mental terutama bagi individu berkeperluan khas.

Terdapat individu berkeperluan khas yang mempunyai penyakit obesiti dan masalah

kardiovaskular terutamanya kanak-kanak down sindrom. Melalui senaman dapat

mengurangkan risiko penyakit tersebut. Dari segi mental pula senaman dapat meningkatkan

kesejahteraan dan keyakinan diri individu berkeperluan khas.

Kembara Alam

Konsep

Aktiviti kembara alam merupakan aktiviti bertemakan alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan

ialah melihat nelayan menaikan ikan dari bot dan sampan dipersisiran pantai, melihat ikan

Page 175: Modul Jasmani Suaian

175 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

dan udang diproses menjadi keropok dan belacan serta melihat pusat sarang burung

layang-layang. Murid-murid diberi pendedahan memegang ikan yang telah ditangkap untuk

dimasukkan ke dalam tong ikan.

Rasional pemilihan aktiviti

Aktiviti dijalankan bertemakan alam sekitar, murid-murid berkeperluan khas dapat menikmati

keindahan alam sekitar secara semulajadi. Murid-murid dapat melihat hasil alam menjadi

sumber kehidupan dan pendapatan. Di sini murid-murid dapat disemaikan sikap mencintai

alam sekitar. Jika alam sekitar tercemar maka sumber alam akan terjejas. Murid-murid

berkeperluan khas juga melihat usaha seseorang untuk mendapatkan sumber pendapatan

bagi menampung kehidupan. Mereka didedahkan dengan sikap kerjasama, saling

menghormati, persefahaman toleransi dan tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan

sesuatu. Salhah Abdullah (2006)

Halangan-Halangan Yang Dihadapi Oleh Murid Berkeperluan Khas Semasa

Perkhemahan

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan perhatian yang lebih untuk menjalankan

aktiviti-aktivit luar seperi aktiviti perkhemahan ini. Tidak semua aktiviti boleh dilakukan

secara bersendirian oleh kanak-kanak ini. Oleh itu, terdapat beberapa kekangan atau

halangan- halangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas semasa

perkhemahan. Antaranya, sebelum memulakan aktiviti, penerangan yang lebih

terperinci perlu diberi diberikan kepada kanak-kanak ini iaitu dengan bertanyakan

seorang demi seorang akan kefahaman mereka. Ini kerana, murid-murid ini mudah

hilang tumpuan dan mudah bertindak di luar kawalan.

Oleh itu, pemilihan aktiviti juga akan menjadi terhad kerana aktiviti yang boleh

dilakukan oleh mereka hanyalah kepada aktiviti yang mendapat pemantauan

sepenuhnya daripada petugas. Oleh yang demikian, aktiviti seperti ikhtiar hidup, jungle

tracking, berkayak dan aktiviti air lain tidak begitu sesuai kecuali mempunyai kehadiran

petugas yang ramai.

Selain daripada itu, emosi kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu diambil berat.

Tidak semua kanak-kanak berasa selamat apabila hanya bersama kawan-kawan tanpa

ditemani ibubapa. Oleh yang demikian, guru perlu lebih peka terhadap perubahan

emosi kanak-kanak ini dan sentiasa menggalakkan mereka mengadu sebarang

kesulitan yang mereka alami.

Page 176: Modul Jasmani Suaian

176 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

Pelan Tindakan Semasa Kecemasan

Pelan tindakan semasa kecemasan perlu dirangka oleh pihak penganjur samaada guru

atau pihak pengurusan tapak perkhemahan untuk memastikan kebajikan petugas dan

peserta terjaga jika sesuatu yang berlaku tidak diingini. Contoh situasi kecemasan yang

dapat berkemungkinan boleh berlaku semasa perkhemahan ialah kebakaran.

Kebiasaannya, aktiviti perkhemahan akan melibatkan penggunaan unggun api sebagai

sumber api untuk memasak, sumber cahaya dan untuk tujuan menghalau binatang

terutama apabila tapak perkhemahan di dalam atau berdekatan kawasan hutan. Pelan

tindakan yang bagi situasi ini perlu dirangka dan perlu dimaklumkan kepada semua

peserta perkhemahan.

Sekiranya kebakaran berlaku, pelan tindakannya adalah peserta dikehendaki segera

bergerak ke kawasan lapang atau tempat berkumpul yang ditetapkan. Kemudian, ketua

kumpulan dikehendaki melaporkan kehadiran setiap peserta dalam kumpulan.

Memandangkan peserta yang terlibat adalah kanak-kanak, mereka dilarang untuk

mencuba memadamkan api sebaliknya hanya lari menyelamatkan diri dan barang-

barang berharga sahaja.

Bagi guru-guru penyelaras, sekiranya kebakaran belum marak atau masih terkawal,

guru dikehendaki menggunakan alat pemadam api yang bersesuaian untuk

memadamkan api. Jika kebakaran sudah merebak, guru juga diminta menyelamatkan

diri dan terus menghubungi pihak bomba. Sebagai bantuan awal, peti ubat yang

lengkap dan terkawal perlu disediakan untuk merawat peserta yang tercedera.

Kumpulan petugas yang ditetapkan perlu sentiasa bersedia untuk memberi bantu

mula.

Bagi hal-hal kecemasan berkaitan kesihatan seperti serangan lelah, demam panas,

bisa binatang atau sebagainya, unit keselamatan dan pertolongan cemas perlu

memainkan peranan dengan bejaga secara bergilir-gilir 24 jam terutama pada waktu

malam. Mereka harus sentiasa bersiap sedia, bertindak sekiranya perkhidmatan

diperlukan. Sekiranya penyakit tersebut serius, peserta perlu dibawa ke hospital untuk

mendapatkan rawatan selanjutnya.

RUMUSAN

Justeru itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara

langsung atau tidak, akan mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan

kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Melalui aktiviti ini unsur-

Page 177: Modul Jasmani Suaian

177 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta

mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti

bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan

kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal

dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan

diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu

mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan

masalah. Seterusnya, diharapkan agar perancangan aktiviti perkhemahan yang

dibincangkan tadi dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru yang ingin

menganjurkan aktiviti seperti ini. Semoga perancangan yang telah dibuat dapat

dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Pada FIKIR DAN BINCANGKAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rekreasi luar?

2. Nyatakan perkara-perkara yang perlu diambilkira untuk mengadakan sesuatu

aktiviti perkhemahan .

3. Untuk melaksanakan aktiviti air kita memerlukan pengiktirafan bronze medallion .

Terangkan secara ringkas maksud bronze medallion.

4. Pada pendapat kamu apakah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang sesuai bagi murid

berkeperluan khas?

5. Nyatakan kepentingan aktiviti perkhemahan kepada murid berkeperluan khas.

6. Sekiranya berlaku situasi kecemasan iaitu seorang peserta perkhemahan murid

berkeperluan khas diserang penyakit sawan secara tiba-tiba, apakah tindakan yang

perlu dilakukan dan bagaimana mengawal emosi peserta yang lain.

Page 178: Modul Jasmani Suaian

178 QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN QKJ3013

RUJUKAN

Abu Bakar Sidek. 1997. Pendidikan Luar Dalam Pendidikan Kebangsaan. Kertas yang

dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Luar pada 24 November,

diInstitut Perguruan Darul Aman.

Dr. Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Ko Kurikulum. Subang Jaya. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Gholson (1993) .Studying Cuurriculum . Buckingham,: Open University Press.

Institut Perguruan Sultan Idris. 1995. Siri Panduan Perguruan IPSI : Panduan

pengurusan pendidikan luar Institut dan Maktab Perguruan Malaysia. Tanjong

Malim : Institut Perguruan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) . Buku Panduan Pengurusan Gerak

Kerja Kokurikulum Sekolah Menegah .Kula Lumpur : Kementerian Malaysia.

Ramlan Abdul Wahab. (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah. Kuala

Lumpur. Banter Sdn. Bhd.

Samsuddin Haji Abd. Hamid. (1995). Pengurusan Program Pendidikan Luar. Insititut

Perguruan Sultan Idris: Warni Kuala Lumpur

Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum ( Sukan). Kepong: Print Pack Sdn.Bhd.