ain solehah

10
Ain Solehah Posted on Wed 06 Jul 2005 (29 reads) Aku termenung di jendela kamarku. Hujan turun renyai-renyai. Ayam dan itik peliharaan ibuku lari bertempiaran sejurus hujan turun dengan lebat. Beberapa ekor katak menyanyi- nyanyi memanggil hujan. Aku masih lagi termenung di jendela kamarku sehingga percikan air hujan memasuki kamar tidak aku sedari. Setitis demi setiris air hujan terkena di lenganku kubiarkan begitu saja. “ Syawal…Kamu kat mana? Makanan dah lama ibu hidang. Kenapa tak datang makan lagi?” jerit ibu dari ruang dapur. Lamunanku terhenti. Masya Allah…Hujan lebat. Baru kusedar. Aku menutup tingkap kamarku dan keluar menuju ke dapur. Ibu sedang leka menyendukkan nasi ke dalam pinggan. “ Waduh…mesti best punya mak masak ikan keli pedas kegemaran Along”, kataku. “ Yelah, Syawal tu bukannya selalu nak balik rumah. Asyik sibuk dengan kerja je. Sebab tu ibu masak sedap-sedap hari ni”. Aku cuma diam mendengar kata-kata ibu. Apa yang dikatakan oleh ibu memang betul. Aku jarang balik ke rumah sekarang. Sibuk dengan kerja-kerjaku di hospital, sehinggakan rumahku sendiri juga aku jarang pulang. “ Syawal…kerja tu kerja juga, jangan sampai kita nak ubatkan sakit orang kita yang sakit. Amal ibadah ke mana? Ibu tak nak anak ibu terlalu mengejar kejayaan sampai lupa diri sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni”.leter ibu dalam telefon selepas menelefonku di hospital. Kebiasaannya aku banyak mendiamkan diri setiap kali ibu marah atau berleter. Aku tersedar. Setiap kata-kata yang

Upload: azraai-ahmad

Post on 18-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Cerpen

TRANSCRIPT

Ain Solehah

Ain Solehah

Posted on Wed 06 Jul 2005 (29 reads)

Aku termenung di jendela kamarku. Hujan turun renyai-renyai. Ayam dan itik peliharaan ibuku lari bertempiaran sejurus hujan turun dengan lebat. Beberapa ekor katak menyanyi-nyanyi memanggil hujan. Aku masih lagi termenung di jendela kamarku sehingga percikan air hujan memasuki kamar tidak aku sedari. Setitis demi setiris air hujan terkena di lenganku kubiarkan begitu saja.

SyawalKamu kat mana? Makanan dah lama ibu hidang. Kenapa tak datang makan lagi? jerit ibu dari ruang dapur.

Lamunanku terhenti. Masya AllahHujan lebat. Baru kusedar. Aku menutup tingkap kamarku dan keluar menuju ke dapur. Ibu sedang leka menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

Waduhmesti best punya mak masak ikan keli pedas kegemaran Along, kataku.

Yelah, Syawal tu bukannya selalu nak balik rumah. Asyik sibuk dengan kerja je. Sebab tu ibu masak sedap-sedap hari ni.

Aku cuma diam mendengar kata-kata ibu. Apa yang dikatakan oleh ibu memang betul. Aku jarang balik ke rumah sekarang. Sibuk dengan kerja-kerjaku di hospital, sehinggakan rumahku sendiri juga aku jarang pulang.

Syawalkerja tu kerja juga, jangan sampai kita nak ubatkan sakit orang kita yang sakit. Amal ibadah ke mana? Ibu tak nak anak ibu terlalu mengejar kejayaan sampai lupa diri sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni.leter ibu dalam telefon selepas menelefonku di hospital.

Kebiasaannya aku banyak mendiamkan diri setiap kali ibu marah atau berleter. Aku tersedar. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu sebenarnya betul. Aku kadang-kadang leka dengan tugas sehingga mengabaikan solat sunat yang selalu aku lakukan sebelum ini. Dulunya aku banyak membaca al Quran dan mentadabburnya. Setiap malam minggu aku akan melakukan qiyamullail di rumah ataupun di masjid. Ke mana pergi semua itu? Betul cakap ibu, kerana terlalu mengejar cita-cita aku lupa asal usulku yang telah dijadikan oleh Allah SWT. AstaqfirullahAku bersyukur kerana aku tidak hanyut terlalu jauh. Ampunkan aku Ya Allah.

Syawal cuti seminggu ibu, ibu nak ajak Syawal pergi mana? Nak pergi tengok angah dan achik kat asrama? Ataupun ibu nak ajak Syawal pergi shopping, tanyaku kepada ibu sambil memeluk bahunya.

Apa kata kita pergi rumah Mak Long. Mak Long kata dia dah lama tak tengok Syawal. Rasanya dah hampir setahun. Diapun bukannya berapa sihat sangat.

Aku Cuma mengangguk tanda setuju.

Angah dan Achik kat asrama tu macam mana ibu? Ok ke pelajaran mereka?

Angah sekarang ni tengah percubaan STPM, Achik pula sibuk berlatih debat untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Merekapun jarang balik. Tinggallah ibu sorang-sorang

Aku memandang ibu penuh kesayuan. Aku tahu ibu sunyi sejak dua tahun ayah meninggalkan kami. Aku di Kuala Lumpur, adik-adikku pula berada di Terengganu. Tinggal ibu keseorangan di Kedah. Pernahku ajak ibu tinggal bersama, tapi katanya dia lebih bahagia tinggal di kampung kami, menjaga ayam dan itik peninggalan ayah. Aku akur dengan keputusan ibu. Tapi aku percaya ibu seorang wanita yang tabah dan cekal.

Suasana di halaman rumah Mak Long juga sunyi. Sudah hampir setahun aku tidak pernah datang ke rumah Mak Long, walaupun jarak di antara rumah Mak Long dan ibu hanya 35 Kilometer. Aku memandang di sekeliling rumahnya. Masih seperti dulu. Bersih dan pasu-pasu bunga di susun rapi di setiap sudut luar rumah.

Assalamualaikum

WaalaikumussalamOooanak buah Mak Long, Lamanya Mak Long tak tengok. Makin kacak sekarang, jerit mak Long sambil memeluk aku. Dia mencium aku berkali-kali. Melepaskan kerinduan.

Aku sekadar tersenyum dan mencium tangannya.

Mak Long sihat? Syawal pun rindu pada Mak Long. Mana yang lain. Sunyi saja rumah ni?.

Mak Long macam nilah. Kadang-kadang tu batuk-batuklah juga. Maklumlah dah tua ni. Pak Long kamu pergi ke kebun, Kak Ita dah pindah ke Pulau Pinang, beli rumah kat sana, yang lain-lain dok asrama. Tinggal Mak Long dan Pak Long je kat rumah ni.

Kata Kak Long Siah nak datang, mana dia? tanya ibu.

Kejap lagi datanglah tu.

Ibu dan Mak Long meninggalkan aku seketika di ruang tamu. Akupun tak tahu ke mana mereka pergi. Aku membelek-belek akhbar hari ini. Boring pula bila sorang-sorang di ruang tamu. Aku berjalan ke dapur. Ibu dan Mak Long sedang leka memotong ubi kayu di luar rumah. Aku keluar seketika untuk melihat mereka.

Mak Longnak buat apa dengan ubi kayu tu. Banyak sangat tu. Mak Long nak jual ke nak buat kerepak? tanyaku.

Ada orang nak datang ambil kejap lagi. Cikgu tadika kat kampung ni. Rajin dia tu.Pagi mengajar, petang buat kerepek untuk dijual, cerita mak Long.

Aku sekadar mengangkat kening. Dari jauh kelihatan Mak Usu datang dan ditangannya penuh beg plastik. Entah apa yang dibawanya. Aku melambai-lambai dari jauh kea rah Mak Usu. Mak Usu tersengih-sengih.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam. Mak Usu sihat ke? Mana adik-adik?.

SihatAmboi anak buah Mak Usu sekarang ni semakin lawa, maklumlah doktor. Ni bila nak kahwin? Kawan-kawan Syawal semua dah kahwin. Adik Shahrul kamupun dah bertunang, kamu ni bila lagi. Nak tunggu kucing bertanduk, kata Mak Usu dengan nada lantang.

Aku mengangkat kening. Seminit kemudian aku tersenyum memandang Mak Usu.

Kau ni Siah, mulut tu bukan nak reti jaga. Ada jodoh kahwin lah dia, marah Mak Long.

Saya bukan apa Kak Long, Kak Ngah, risau budak-budak sekarang kalau tak bagi kahwin awai, takut jadi benda tak senonoh, balas Mak Usu.

Syawal ni dah besar panjang. Jangan kau nak risaulah. Ni mai tolong aku timbang ubi kayu ni pun ada juga faedah.

Duit tu Kak Long bagi kat saya sikit. Tak dak duitlah sekarang ni. Hakot boleh pinjam sikit kat anak buah ni. Tak pun bagi saja. Pinta Mak Usu.

Mak Long menjeling tajam ke arah Mak Usu. Mak Usu melarikan pandangannya. Aku sekadar memerhatikan mereka.

Kau tu memanjang tak ada duit, awal bulan tak ada duit, tengah bulan tak ada duit, hujung bulan pun tak ada. Apa yang kau buat dengan duit gaji kau tu pun Kak Long tak tau, marah Mak Long.

Alah, Kak Long ni, saya nak gurau je ngan Syawal ni. Cepatlah bagi ubi tu pada saya.Nak tengok berapa kilo.

Aku masuk semula ke dalam rumah.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Aku termangu seketika. Seorang perempuan muda sedang berdiri di pintu hadapan rumah Mak Long. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya begitu mempersonakan tatkala pandangan pertamaku. Cantik bertudung dan wajahnya kelihatan begitu ayu dan lembut sekali. AstaghfirullahJangan Kau hampiri kepada zina. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Tundukkan pandanganmu, jangan sampai panahan syaitan dapat menguasaimu.

Mak Long ada, Soalnya lembut.

Aku masih lagi melayan perasaanku sendiri. Aku tunduk di lantai.

EncikMak Long Sofiah ada tak, soalnya sekali lagi.

Oh.Ainmasuk. Kenapa tunggu kat luar?Syawalkenapa tak suruh Ain masuk.

Aku menggaru-garukan kepalaku tanda malu. Mak Long tersenyum sinis melihat gelagatku yang gelabah semacam. Aku tak pasti kenapa pertama kali aku melihat Ain, hatiku berdebar-debar. Hatiku bergoncang kuat. Ya AllahInilahInikahAku serahkan kepadaMu ya Allah.

Pagi ini aku tidak senang duduk. Aku masih teringat kejadian di rumah Mak Long. Aku termenung lagi di jendela kamarku. Hatiku berbunga- bunga. Tersenyum sendiri. Ibu yang sibuk mengejar ayam dan itik memerhati aku dengan penuh kehairanan. Aku tersenyum kepada ibu. Ibu menghampiriku di jendela kamar.

Ni kenapa tersenyum sorang-sorang?tanya ibu.

Tak ada apa-apa. Ibu cepatlah masuk. Syawal nak sembang-sembang dengan ibu.

Ibu menggeleng-gelengkan kepala. Selesai memasukkan ayam dan itik ke dalam reban, ibu masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum lebar memandang ibu. Ibu kehairanan.

Kenapa la anak ibu ni asyik senyum je hari ni. Mabuk cinta ke tanya ibu sambil mengusap-usap kepalaku.

IbuIbu kenal dengan Ain yang datang rumah Mak Long hari tu?

Kenapa Syawal tanya pasal dia?

Syawal tanya, ibu kenal tak?

Syawal berkenan dengan si Ain tu ye?

Aku tersenyum malu dengan pertanyaan ibu.

Syawalapapun minta petunjuk daripada Allah dulu. Kalau itu yang terbaik untuk Syawal, insya Allah, ibu akan uruskan. Balas ibu lalu mencium dahiku.

Aku menarik nafas lega. Hari ini aku memulakan tugasku semula di hospital. Ramai pesakit yang menanti rawatan daripadaku. Penat rasanya. Seminggu bercuti kurasakan terlalu sekejap. Tapi, inilah tanggungjawabku. Tanggungjawab yang Allah amanahkan kepadaku. Aku tidak boleh persia-siakannya.

Doktor, belum balik lagi? tanya salah seorang kakitangan hospital.

Malas nak balik awal, traffic jam. Baik siapkan kerja. Lepas Isya baru balik., balasku.

Betul tu doktor. Kalau naik motor macam saya ni lain la sikit, bolehlah mencelah-celah.

Aku cuma menganngguk.

Aku membasahi wajahku dengan wuduk. Nikmat yang dapat kurasakan qiyamulail yang telah lama aku tinggalkan. Ya AllahPagi yang syahdu ini aku sujud dan memohon pertolonganmu Ya Allah. Hanya Engkau saja tempat untukku Mengadu. Ya Allahjika dia yang terbaik telah Kau jadikan untukku dan AgamaMu maka permudahkan urusan untuk kami ya Allah, jika sebaliknya ya Allah aku mohon keizinanMu agar tunjukkanlah kepada kami. Aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Kami.

Aku benar-benar bersyukur kerana Allah telah tunjukkan jalan yang terbaik untukku dan Ain Solehah. Seminggu lagi kami akan melangsungkan perkahwinan.Namun, ada sahaja mulut-mulut yang tidak menyenangi perkahwinan yang bakal kami langsungkan, terutamanya Mak Usuku. Sebak dan terguris hatiku mendengar kata-kata Mak Usu. Ibu banyak memberikan kekuatan untukku. Inilah dikatakan dugaan. Allah mahu menguji sejauh mana aku mampu untuk menghadapi semua ini.

Hai, anak buah Mak Usu nak kahwin dengan cikgu tadika je ke, macam dah tak ada perempuan lain. Syawal tu doktor, mana layak dengan cikgu tadika, jual kerepek pula tu, malulah keluarga kita kalau macam ni. Sindir Mak Usu.

Siah, jaga sikit mulut kau tu. Walaupun dia tu hanya cikgu tadika, tapi hati dia mulia, baik hati, hormat orang tua-tua. Jangan mudah nak hina orang. Cermin diri kita tu sama, marah Mak Long.

Kak Long jangan nak membela perempuan kotor macam tu, Kak Long tak ingat kisah setahun lalu, ungkit Mak Usu.

Aku menjadi bingung. Kisah setahun lalu? Kisah apa yang mereka rahsiakan kepadaku? Aku semakin tidak senang duduk. Kenapa seminggu lagi aku akan melangsungkan perkahwinan perkara ini baru diungkitkan? Apa semua ini? Ahfikiranku mula keliru.

Ibu masih lagi mampu bertenang dengan kata-kata Mak Usu. Mak Long semakin naik angin dengan sikap Mak Usu. Sebolehnya Mak Usu tak nak aku berkahwin dengan Ain. Katanya, setahun dahulu kampung mereka kecoh dengan peristiwa rumah Ain dimasuki lelaki dan dia hampir diperkosa. Aku pelik, kenapa Ain dipersalahkan, sedangkan mengikut cerita Mak Long Ain tidak bersalah, dia telah difitnah. Semasa peristiwa itu Ain hampir-hampir diperkosa, bukannya telah diperkosa. Jika dia diperkosa sekalipun, itu bukan salah dia. Mak Usu sebenarnya memang tidak suka aku berkahwin dengan mana-mana perempuan, dia lebih suka aku berkahwin dengan anaknya. Mustahil bagi aku.

Ibu, kenapa semua ini diungkit lagi? Esok hari perkahwinan Syawal. Syawal tak nak Mak Usu bising-bising masa majlis itu nanti. Malu Syawal, malu Ain nanti, pintaku.

Ibu memeluk bahuku. Dia cuba menenangkan fikiranku yang semakin buntu.

Syawal, Syawal kena banyak banyak bersabar dalam hal ini. Kalau dia nak bising sekalipun, biarlah. Apa yang penting Syawal dan Ain selamat dinikahkan nanti. Mulut tempayan senanglah kita nak tutup, ini mulut manusia. Syawal jangan fikir semua itu. Minta Allah permudahkan untuk Syawal dan Ain nanti dan juga Majlis pernikahan itu nanti, nasihat ibu penuh bermakna buatku.

Aku memeluk ibu. Ibu sekali lagi cuba menenangkan aku.

Hari ini hari pernikahanku. Semuanya berjalan dengan lancar atas izin Allah. Aku bersyukur kepada Allah kerana memudahkan perjalanan majlisku ini. Aku mencium tangan ibu dan Mak Long serta Pak Long selepas selamat diijabkabulkan. Aku memandang ke arah Ain yang cantik dalam pakaian jubah putih berkerawang emas serta tudung ala-ala wardina. Aku menyarungkan cicin emas bertahta berlian di jari manis Ain. Dia mencium tanganku. Aku merasai setitis mutiara jernih dari kelopak mata Ain jatuh di tapak tanganku. Aku menyapunya perlahan-lahan. Aku tahuAin terharu dan gembira setelah kami selamat diijabkabulkan. Kami sekarang telah sah menjadi suami isteri.

Aku tidak mampu menerima kata-kata Mak Usu. Pelbagai kejian dan cacian yang dilemparkan kepada Ain. Aku tahu, Ain seorang yang tabah dan sabar. Namun, aku tidak mampu bersabar dan tidak dapat menerima kejian-kejian itu dilemparkan kepada Ain.

Tak sangka pula orang tu cikgu tadika je boleh kahwin dengan doktor. Apa ubat yang digunakannya entah? Kalau cikgu tadika ni layaknya dengan tukang kebun sekolah je. Heitak tahu lah pula orang tu tak sedar diri, sindir Mak Usu di hadapan Ain dan aku semasa kami sedang makan tengah hari bersama-sama di rumah Mak Long.

Aku seperti hilang sabar. Belum sempat aku menepuk meja makan itu, Ain memegang tanganku dan menggelengkan kepalanya. Dia membasuh tangan dan menghulurkan air kepadaku. Aku minum lalu membasuh tanganku. Ain bangun dan menghampiri Mak Long.

Mak Long balik dulu ye, Insya Allah lain kali kami datang lagi, ucap Ain sambil bersalaman dengan Mak Long.

Ain menghampiri Mak Usu. Dia menghulurkan tangan, tapi Mak Usu memalingkan mukanya kea rah lain. Aku manjadi semakin marah dengan tindakan Mak Usu. Dengan pantas aku menarik tangan Ain dan keluar dari rumah Mak Long.

Sepanjang perjalanan Ain cuma diam. Aku memerhatikan dia. Mulutnya tidak putus-putus berzikir kepada Allah.

Ain, abang sakit hati betul dengan Mak Usu. Macam tu sekali dia tuduh Ain. Abang tak sabar bila dengar orang hina Ain, isteri abang. Mak saudara sendiri pula tu,marahku.

Ain memegang tanganku lembut sambil mengurut dadaku.

Abang, inilah ujian Allah kepada kita. Kita memang senang bercakap pasal bersabar, tapi Allah nak uji sejauh mana kita meletakkan kesabaran itu. Allah bersama-sama orang yang bersabar. Ain tak kisah apa orang nak cakap pada Ain, yang penting Ain bahagia kalau abang meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Ain. Kita doakan Mak Usu, semoga Allah buka pintu hatinya dan bantu dia ye abang, pinta Ain penuh kelembutan yang bisa meluluhkan pintu hatiku.

Ya AllahAku benar-benar bersyukur kepadaMu kerana menganugerahkan Ain Solehah dalam hidupku. Betapa aku perlu banyak belajar dari kesabaran yang ada dalam dirinya. Ya Allahpeliharalah bahtera yang kami layari ini dalam redhoMu.

Copyright Paksi.Net 2004 All Rights Reserved