210899442-23124609topik7perananpemimpinkoir

17
  PENGENALAN Sebagai seorang guru yang mengajar Pendidikan Muzik di sekolah sudah semestinya tidak dapat lari dari mengendalikan kumpulan-kumpulan ensembel seperti kumpulan pancaragam, ensembel tradisional, koir, nasyid, tarian dan ensembel kompang. Mengendalikan sebuah kumpulan ensembel bukan sekadar tahu mengajar bermain alat atau menyanyi semata-mata. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar merangkumi pelbagai aspek seperti pemilihan ahli, memilih repertoire , merancang jadual, mendapatkan kewangan, memimpin persembahan dan sebagainya. Kejayaan sesebuah persembahan ensembel bukan sekadar disebabkan oleh kemampuan ahli-ahli dalam bermain alat menyanyi semata-mata, kepimpinan guru juga amat penting. Dalam memimpin kumpulan koir seorang guru itu juga perlu mempunyai ciri-ciri asas yang perlu di fahami oleh seseorang yang bertanggungjawab sebagai pemimpin. Dalam topik ini kita akan diberikan sedikit pendedahan bagaimana peranan seorang pemimpin koir dapat menjalankan tugasnya sebaik mungkin. T T o o p p i i k k  7 7   Peranan Pemimpin Koir HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin kumpulan koir; 2. Mengendalikan aktiviti latihan koir; dan 3. Menyediakan sebuah kumpulan koir bagi membuat persembahan. 

Upload: niesa08

Post on 10-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Sebagai seorang guru yang mengajar Pendidikan Muzik di sekolah sudah semestinya tidak dapat lari dari mengendalikan kumpulan-kumpulan ensembel seperti kumpulan pancaragam, ensembel tradisional, koir, nasyid, tarian dan ensembel kompang. Mengendalikan sebuah kumpulan ensembel bukan sekadar tahu mengajar bermain alat atau menyanyi semata-mata. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar merangkumi pelbagai aspek seperti pemilihan ahli, memilih repertoire, merancang jadual, mendapatkan kewangan, memimpin persembahan dan sebagainya. Kejayaan sesebuah persembahan ensembel bukan sekadar disebabkan oleh kemampuan ahli-ahli dalam bermain alat menyanyi semata-mata, kepimpinan guru juga amat penting. Dalam memimpin kumpulan koir seorang guru itu juga perlu mempunyai ciri-ciri asas yang perlu difahami oleh seseorang yang bertanggungjawab sebagai pemimpin. Dalam topik ini kita akan diberikan sedikit pendedahan bagaimana peranan seorang pemimpin koir dapat menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

    TTooppiikk

    77 Peranan

    Pemimpin

    Koir

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin kumpulan koir;

    2. Mengendalikan aktiviti latihan koir; dan

    3. Menyediakan sebuah kumpulan koir bagi membuat persembahan.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 105

    PEMIMPIN KOIR

    Memimpin atau menjadi konduktor dalam sesuatu kumpulan muzik atau koir bukanlah semata-mata berdiri di depan ahli koir sambil menggoyangkan tangan sahaja. Ramai yang beranggapan memimpin koir hanya melatih ahlinya menyanyi sambil berdiri di depan kumpulan koir tersebut. Peranan pemimpin koir atau dikenali sebagai konduktor koir sebenarnya lebih daripada itu. Seorang yang berjaya dalam memimpin ensembel koir sebenarnya perlulah mempunyai ilmu yang formal dalam bidang muzik yang merangkumi: (a) Mempelajari Teori Muzik Adalah penting bagi seorang guru muzik untuk mempelajari teori muzik

    kerana ianya melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi muzik, guru dapat melatih koir mengikut penulisan skor dan ianya menjadi tetap dan tidak berubah-ubah. Jika guru melatih berdasarkan pada hafalan dan cuba jaya semata-mata, penghasilannya menjadi tidak tetap dan akan berubah-ubah mengikut ingatan.

    (b) Mempelajari Teknik Vokal Selain daripada memahami teori muzik, guru juga perlu ada kemahiran

    teknik dalam mengajar vokal. Teknik vokal dipelajari secara formal di institusi daripada guru vokal yang berkemahiran. Teknik vokal merangkumi aspek pernafasan, penghasilan ton, sebutan, postur dan sebagainya. Dengan memahami dan mempraktikkan teknik yang betul, seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik dan seterusnya menghasilkan kumpulan koir yang bermutu.

    (c) Mempelajari Teknik Memimpin Conducting Technique Memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor berdiri

    di depan kumpulan koir. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, konduktor bukan setakat menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Pemimpin koir juga perlu ada kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan.

    (d) Mempelajari Gubahan dalam Vokal Mempelajari gubahan muzik dan vokal juga perlu dikuasai oleh guru.

    Aspek ini membolehkan guru membaca serta menganalisa skor lagu yang mana ianya penting bagi seseorang sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa,

    7.1

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    106

    dinilai dan disemak dari beberapa sudut untuk memastikan sama ada lagu tersebut sesuai atau tidak. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti bentuk atau form lagu, melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan, tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu dan sebagainya.

    (e) Boleh Bermain Alat Muzik terutamanya Piano Guru koir sebaiknya perlu ada kebolehan bermain piano. Ini kerana

    nyanyian melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta gubahan. Kemahiran bermain piano amat membantu terutamanya bagi sesi-sesi latihan. Kebolehan guru bermain piano dapat digunakan dalam latihan-latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi not-not secara harmoni dan juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan guru yang mempelajari vokal, mereka juga mempelajari asas piano kerana ini amat membantu mereka dalam mengendalikan latihan koir. Mempunyai seorang pelajar yang boleh bermain piano juga amat membantu dalam persembahan kerana guru boleh menumpukan kepada memimpin koir (conducting) tanpa risau tentang permainan piano.

    (f) Mempelajari Pentadbiran Ensembel Selain daripada tugas berada di depan kumpulan sambil menghayunkan

    tangan, seorang pemimpin koir juga perlu tahu terhadap tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan. Terdapat guru yang baik dalam melatih tetapi mengabaikan tentang kerja-kerja pengurusan yang melibatkan pemilihan lagu, pakaian, corak persembahan, penjadualan, kebajikan pelajar dan sebagainya. Sebenarnya aspek pengurusan juga perlu dikuasai oleh guru walaupun kadangkala tugas ini diberikan kepada rakan yang lain.

    7.1.1 Peranan Pemimpin Koir

    Memimpin bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Pemimpin juga seorang yang boleh menjadi pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki dari ensembel yang dipimpin sama ada orkestra atau koir. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan (gesture).

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 107

    Di sini dapat kita akan membincangkan beberapa peranan yang perlu guru koir ambil perhatian dalam mengendalikan sesebuah kumpulan koir. (a) Perancangan Penubuhan Kumpulan Koir Seorang pemimpin koir perlu membuat perancangan terlebih dahulu.

    Perancangan ini dari dua aspek diri sendiri dan kumpulan. Kita harus ikut perancangan yang dibuat dan mempunyai tahap disiplin serta menghormati perancangan yang dibuat bagi kejayaan koir yang ditubuhkan. Disiplin bukan bermaksud mengikat atau menyusahkan diri sendiri. Disiplin yang guru perlu utamakan ialah berbentuk kebebasan dalam melaksanakan perancangan.

    Menurut Brinson, 1996, Disiplin mental yang diperlukan daripada para pengarah untuk merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan memberikan mereka kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien dan berkesan.

    (b) Membuat Pemilihan Ahli-ahli Koir Membuat uji bakat adalah perkara yang dicadangkan bagi memilih ahli-

    ahli kumpulan koir. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain. Perkataan uji bakat atau perkataan yang popular masa kini ialah audition boleh menjadi satu istilah yang menakutkan peserta kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang berkeyakinan pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, guru boleh sertakan perkara-perkara yang akan dilakukan semasa sesi uji bakat dalam poster yang diedarkan dan nyatakan keperluan-keperluan bagi peserta. Guru boleh membuka peluang uji bakat seluas mungkin, agar ramai yang dapat hadir dan mencuba.

    Uji bakat perlu:

    (i) Dijalankan secara individu.

    (ii) Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam kumpulan peserta yang lebih besar.

    (iii) Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.

    (iv) Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh guru-guru yang terlibat.

    Selain daripada uji bakat, pemimpin koir juga perlu memilih pelajar-pelajar yang berbakat, berminat, mempunyai ton suara yang berkualiti serta bersikap positif. Kebolehan kemahiran membaca skor juga amat membantu guru.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    108

    (c) Pemilihan Repertoir Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan.

    Antaranya ialah:

    (i) Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.

    (ii) Berbincang dengan penganjur majlis.

    (iii) Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta kebolehan menyanyi.

    (iv) Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.

    (v) Mengetahui siapa yang akan diraikan.

    (vi) Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk mendapatkan idea.

    (d) Menganalisa Skor Lagu Menganalisa skor lagu juga menjadi perkara penting bagi seseorang guru

    koir sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak dari beberapa sudut agar lagu tersebut sesuai. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti:

    (i) Bentuk atau form lagu

    (ii) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan

    (iii) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara

    (iv) Perubahan-perubahan irama atau rhythm

    (v) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu

    (vi) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan

    Lain-lain kesukaran-kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa nyanyian seperti latar belakang kumpulan koir dari aspek umur, jantina dan kaum.

    (e) Membuat Latihan Merancang dan Melatih Guru boleh merancang sesi latihan mengikut disiplin-disiplin yang tertentu

    tetapi masih mempunyai kebebasan bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Guru juga perlu peka terhadap umur kanak-kanak yang dilatih agar sesi latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Sesekali guru perlu membuat kejutan seperti mengadakan jamuan hari jadi rakan-rakan koir semasa latihan atau mengadakan latihan di bawah pokok. Jadikan sesi latihan sebagai tempat yang menyeronokkan dan menimbulkan rasa minat untuk pelajar hadir ke sesi ini

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 109

    Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama:

    (i) Pemilihan ahli koir, jurulatih pembantu dan pemuzik

    (ii) Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan

    (iii) Penjadualan latihan masa dan tempat

    (iv) Aplikasi latihan bagaimana latihan dijalankan

    (v) Pemurnian akhir sebelum persembahan

    (vi) Raptai persembahan (f) Membuat Persembahan Dalam membuat persembahan tiga segmen perlu dilaksanakan:

    (i) Sebelum Persembahan Segala persediaan akhir yang melibatkan mutu koir yang akan

    dipersembahkan seperti, raptai akhir, kostum dan hiasan. Pelajar juga perlu cukup rehat dari aspek fizikal dan mental tanpa sebarang tekanan. Mereka juga telah dimaklumkan giliran persembahan dan telah membuat latihan keluar dan masuk pentas.

    (ii) Semasa Persembahan Semasa membuat persembahan, ahli koir sudah selesa dengan posisi,

    mengetahui susunan lagu dan seterusnya dapat memberi tumpuan pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda isyarat dengan jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk pemuzik. Muzik yang dimainkan juga perlu jelas dan dapat didengar oleh ahli koir.

    (iii) Selepas Persembahan Setelah selesai membuat persembahan, tidak perlulah pemimpin koir

    terus membuat ulasan atau memberi pandangan tentang persembahan tadi secara tergesa-gesa. Perlu diberi peluang kepada ahli koir untuk berehat dan menenangkan fikiran. Post-mortem boleh dibuat bila segalanya sudah selesai dan pada masa yang sesuai. Jika ada sebarang kesilapan tidak perlu diungkitkan sehingga menimbulkan rasa bersalah terhadap semua ahli.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    110

    (g) Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir Perancangan bagi meningkatkan mutu koir dari aspek persembahan, pengurusan dan sebagainya juga perlu difikirkan dan dirancang. Walaupun kumpulan koir anda sangat baik, anda masih perlu membuat perancangan peningkatan.

    7.1.2 Ciri-ciri Seorang Pemimpin Koir

    Selain daripada memiliki sifat-sifat seorang guru, seorang pemimpin koir sudah pastinya perlu mempunyai ciri-ciri lain yang boleh membantunya dalam pembentukan kumpulan koir. Antara ciri-ciri yang boleh kita senaraikan ialah:

    Mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik, khasnya tentang vokal;

    Mempunyai minat terhadap tugas seorang pemimpin koir;

    Mempunyai masa untuk mengendalikan kumpulan koir;

    Mampu merancangkan dari aspek pemilihan ahli, pemilihan lagu, merancang latihan serta membuat perancangan kumpulan;

    Mampu mengendalikan kumpulan koir mengikut perancangan yang dibuat;

    Mempunyai sikap yang positif terhadap persekitaran, boleh menerima pendapat serta teguran rakan;

    Mampu membuat gubahan muzik; dan

    Tidak cepat berputus asa. Ciri-ciri di atas mungkin boleh ditokok tambah atas inisiatif sendiri seperti mengadakan pertandingan koir, membuat lawatan menonton koir, menyertai persembahan luar atau pertandingan dan sebagainya.

    7.1.3 Faktor-faktor yang Harus Diambil Kira Semasa Memimpin Pasukan Koir Sekolah

    Banyak faktor yang perlu guru ambil kira semasa memimpin kumpulan koir. Selain daripada apa yang telah dibincangkan pada awal topik ini, mungkin terdapat beberapa lagi perkara yang harus kita ambil kira bagi memimpin kumpulan koir. Antara perkara yang boleh disenaraikan ialah: (a) Penerimaan Rakan Sejawat di Sekolah Terdapat sebilangan rakan yang kurang senang dengan penubuhan

    kumpulan koir sama ada kerana cemburu atau pun mempunyai persepsi

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 111

    negatif tentang koir. Terdapat juga guru besar atau pengetua yang bersifat negatif terhadap koir. Hal ini harus kita tangani sebaik mungkin tanpa ada sebarang salah faham atau bermasam muka. Guru perlu buktikan bahawa kumpulan koir mampu memberi kesan positif terhadap pembelajaran muzik, aktiviti sekolah dan seterusnya menaikkan nama sekolah.

    (b) Menangani Masalah Disiplin Pelajar Guru perlu bijak menangani masalah ponteng latihan, jemu semasa

    berlatih, tidak memberi tumpuan semasa latihan. Guru perlu mempunyai perancangan yang baik agar sesi latihan menjadi menarik dan tidak jemu. Jika guru terlalu memberi tekanan pressure dalam latihan, akan membuatkan ahli koir tertekan dan mendatangkan masalah disiplin.

    (c) Latihan Memimpin Ramai yang kurang mengambil perhatian terhadap teknik memimpin

    (conducting technique). Sebagai seorang pemimpin juga perlu membuat latihan individu bagaimana untuk memimpin sesebuah lagu. Ini boleh dilakukan di hadapan cermin dan juga di hadapan rakan yang mahir. Latihan perlu dibuat supaya pemimpin mempunyai ketetapan dalam cara memimpin tanpa berubah-ubah. Jika teknik yang sering berubah akan mengelirukan ahli-ahli koir.

    (d) Mampu Melatih Pemimpin Baru Selain daripada mahir memimpin, seorang pemimpin koir juga perlu

    mampu melatih pelajarnya untuk menjadi konduktor seperti beliau. Ini akan memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dan berminat di samping melahirkan seorang pemimpin koir yang baru.

    AKTIVITI 7.1

    Terdapat banyak sekolah yang telah berjaya dalam pertandingan-pertandingan koir. Pada pandangan anda, apakah aspek-aspek yang membuatkan sekolah-sekolah tersebut mampu menjuarai pertandingan-pertandingan yang mereka sertai? Bincangkan.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    112

    CARA MENGENDALIKAN SESI LATIHAN KOIR

    Untuk mengendalikan sesi latihan, beberapa perkara perlu dirancang terlebih dahulu supaya sesi latihan dapat dijalankan mengikut perancangan. Tanpa perancangan, sesuatu latihan akan menjadi kurang teratur dan kurang berkesan. Berikut dibincang beberapa aspek yang perlu bagi seorang pemimpin koir rancang terlebih dahulu sebelum memulakan latihan. (a) Memilih Hari untuk Sesi Latihan Guru perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru

    pembantu serta pelajar dalam menetapkan hari serta kekerapan untuk latihan. Guru tidak sepatutnya hanya melihat kepada jadual peribadi semata-mata. Terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul jika latihan dibuat tanpa berbincang dengan pihak-pihak terbabit dan ianya akan memberi kesan kepada kehadiran ahli dalam latihan. Ibu bapa juga perlu dimaklumkan tentang jadual latihan kerana kehadiran pelajar juga melibatkan perancangan masa dan keselesaan ibu bapa. Mungkin terdapat pelajar yang berbakat dan amat diperlukan dalam koir tetapi pada masa latihan, pelajar tersebut ada komitmen lain seperti menghadiri kelas tusyen atau latihan berenang dan sebagainya.

    (b) Menetapkan Kekerapan Sesi Latihan Kekerapan masa boleh ditetapkan dari awal dalam membuat perancangan

    penubuhan koir. Guru boleh menetapkan seminggu sekali pada waktu-waktu yang dirancang bersama pihak kokurikulum sekolah. Latihan mingguan ini melibatkan ahli-ahli yang dipilih awal dalam kelab koir melalui sesi uji bakat atau pilihan sendiri oleh pelajar. Kekerapan hari latihan mingguan semestinya sudah sedia dimaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa dan berkemungkinan tiada masalah. Latihan seminggu sekali biasanya dalam dua jam seminggu melihatkan perancangan program latihan yang dirancang awal.

    Yang menjadi masalah ialah apabila guru perlu menambah hari serta kekerapan latihan disebabkan oleh keperluan persembahan yang diarahkan secara mengejut. Guru terpaksa membuah latihan tambahan secara intensif bagi keperluan sebegini. Lima aspek yang dinyatakan di atas perlu guru fikirkan agar latihan menjadi efisien dan berjaya. Guru juga perlu memaklumkan kepada pihak ibu bapa tentang jadual latihan intensif yang akan diadakan.

    7.2

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 113

    (c) Tempat Latihan Koir Tempat latihan boleh ditentukan oleh pihak sekolah. Bagi sekolah yang

    mempunyai bilik muzik yang khas latihan boleh dijalankan di situ. Namun begitu jika kumpulan koir ramai ahlinya berkemungkinan tempat itu tidak sesuai lagi. Latihan boleh dijalankan di dewan, di bilik darjah yang disusun atur semula atau di ruang-ruang yang selesa.

    Namun begitu beberapa aspek yang perlu guru pertimbangkan dalam menentukan tempat ialah seperti:

    (i) Keselesaan semasa latihan, tidak panas dan berhimpit-himpit

    (ii) Mempunyai peralatan seperti alat muzik iringan dan radio

    (iii) Tiada gangguan bising dari luar seperti bunyi kenderaan di jalan raya tanpa henti-henti atau berhampiran kilang

    (iv) Tiada gangguan pelajar yang tidak terlibat di sebelah luar bilik latihan

    (v) Tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas bersebelahan

    7.2.1 Latihan Memanaskan Suara

    Aktiviti memanaskan suara merupakan aktiviti yang mesti dibuat sebelum latihan dan sebelum persembahan. Bagi sesi latihan terdapat pelbagai teknik boleh guru buat. Terdapat banyak buku-buku rujukan yang boleh diguna dan dipraktikkan. Pemanasan vokal penting kerana ia banyak mempengaruhi kualiti nyanyian kita. Antara latihan vokal yang boleh dijalankan adalah seperti berikut: (a) Ah (aw). Gunakan bunyi y di depan bunyi vokal tadi. Kesan latihan ini

    dapat mempertingkatkan attack dan kesan natural dalam nyanyian.

    (b) Kombinasi OO.. dan AH Menenangkan rahang dengan kombinasi vokal ah dan konsonan n dan w.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    114

    (c) Vokal OO dan AW untuk suara kepala.

    (d) Suara kepala ke pic yang rendah.

    7.2.2 Latihan Pernafasan

    Terdapat pelbagai aktiviti latihan pernafasan. Latihan pernafasan boleh dibuat sama ada melatih mengendalikan sistem pernafasan bagi sesuatu vokal yang panjang, pendek, terhenti-henti dan sebagainya. Latihan pernafasan juga boleh dibuat dengan merujuk pada lagu yang akan dipersembahkan. Jika lagu tersebut mempunyai not-not stacatto iaitu not-not yang terputus-putus, latihan pernafasan boleh dibuat dengan merujuk pada frasa-frasa tersebut. Dengan membuat latihan di atas, ianya juga dapat melatih pelajar dalam pernafasan. Guru boleh menambah sesi latihan dengan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan umur serta kemampuan ahli koir.

    7.2.3 Latihan Mengikut Bahagian Suara dan Secara Keseluruhan

    Secara asasnya, guru vokal sedia memahami tentang bahagian-bahagian suara dalam kumpulan koir. Terdapat perbezaan suara lelaki dan perempuan mengikut umur serta mengikut kematangan peribadi. Terdapat juga teknik-teknik bagi menghasilkan sesuatu renj suara yang boleh dilatih dan dipraktikkan oleh guru dalam latihan. Suara kepala adalah salah satu register yang terdapat pada vokal manusia. Suara kepala dihasilkan bila satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk menyanyi pada register tinggi. Rongga di bahagian kepala akan memberi kesan gema yang mana akan menghasilkan bunyi yang tinggi. Ini menghasilkan

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 115

    mekanisme bunyi yang ringan. Penggunaan suara kepala menghasilkan kesan yang baik dan sihat. Ia menghasilkan suara yang jelas, kualiti seakan alat tiup kayu serta membunyi renj yang luas daripada suara dada. Suara dada pula dihasilkan bila rongga di bahagian dada merupakan alat resonan. Suara dada boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak jika ia dihasilkan dengan pernafasan yang tidak betul. Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan ia melibatkan transisi vokal yang kompleks dalam nyanyian. Kepada seseorang pelajar suara dada dikaitkan dengan kebanyakan muzik semasa atau muzik popular. Ia dielakkan untuk nyanyian secara koir. Renj suara dada adalah kecil dari segi penggunaannya. Bila menyanyi kita hendak mengenal pasti di mana titik perubahan (break) dalam register. Titik perubahan ini perlu jelas kepada pelajar agar mereka dapat menguasai bagaimana untuk menukar register suara dalam nyanyian. Dengan mengetahuai perkara ini anda akan sentiasa bersedia untuk menyanyikan not dengan betul dan akan mengurangkan masalah dalam pertukaran register. Beberapa latihan boleh dijalankan untuk meningkat penguasaan dalam nyanyian menggunakan register yang betul. Ton yang dihasilkan mestilah:

    ! Jelas, resonan dan pernafasan betul;

    ! Menghasilkan nyanyian menggunakan register licin; dan

    ! Hasilkan sesuatu ton yang tidak tegang dan relaks. (i) Register suara untuk perempuan:

    Ini merupakan bahagian pembahagian-bahagian suara

    Register Dada

    Register Kepala

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    116

    (ii) Register suara untuk lelaki:

    Bahagian pembahagian suara Bila anda menyanyi, adakah anda menghadapi masalah sakit dan serak atau hilang tenaga untuk menyanyi not yang sukar? Jangan merasa itu sebagai suatu yang pelik kerana perkara ini adalah suatu yang biasa berlaku sekiranya kita memahami tentang penggunaan register suara dalam nyanyian. Register suara adalah seperti fungsi gear pada kereta. Untuk kelajuan yang tertentu ia akan melibatkan perubahan pada jenis gear yang digunakan. Latihan 1: Rujuk gambar rajah di bawah:

    Kumpulan koir lelaki akan menyanyi dengan bukaan suara luas dengan menyebut AH... Selepas itu perempuan pula menyanyi meniru seperti suara lelaki dengan menyanyikan bunyi yang sama seperti lelaki dan menghasilkan bunyi ton yang sama (bukan satu oktaf lebih tinggi). Biarkan bunyi itu dihasilkan. Rasakan ketegangan yang berlaku di bahagian kerongkong dan rahang kita. Seluruh kelas akan menyanyikan petikan tadi dengan bunyi yang seragam. Perempuan menyanyi menggunakan suara dada.

    Register Dada

    Register Kepala atau falsetto

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 117

    Latihan 2:

    Kemudiannya perempuan akan menyanyikan petikan skor di atas, dengan vokal yang jelas, bulat dan vokal OO...... Kemudian ahli koir lelaki akan menyanyi not yang sama dengan bunyi yang sama bukan satu oktaf ke bawah untuk mengelakkan pic yang terlalu tinggi. Ahli koir lelaki akan menyanyi dengan cara falsetto untuk memastikan bunyi yang sama seperti perempuan. Penghasilan suara melalui kerongkong hendaklah relaks sepenuhnya. Semua anggota koir akan menyanyi bersama dengan bunyi yang seragam.

    Semua lelaki dan perempuan akan menyanyi latihan seperti di atas. Pastikan bagaimana untuk menghasilkan nyanyian yang licin tanpa menampakkan ada tempat pemisahan di antara not rendah dan tinggi serta tinggi ke rendah. Hasil ton yang dikehendaki adalah tanpa terhasilnya bunyi slur pada dua not tersebut.

    SEMAK KENDIRI 7.1

    1. Terdapat juga teknik-teknik nyanyian lapisan suara seperti nyanyian lapisan suara drone. Apakah yang dimaksudkan dengan nyanyian begini dan bagaimana ianya dipraktikkan?

    2. Dalam kumpulan cuba nyanyikan lagu Wau Bulan dengan teknik nyanyian lapisan drone.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    118

    LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN KOIR UNTUK PERSEMBAHAN

    Selain daripada membuat latihan, merancang jadual dan sebagainya, aspek yang tidak kurang pentingnya yang perlu guru ambil kira bagi sesebuah persembahan ialah memilih lagu atau repertoire yang bersesuaian. Beberapa kriteria perlu guru fikirkan. Antaranya ialah:

    ! Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.

    ! Berbincang dengan penganjur majlis yang akan diadakan.

    ! Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta kebolehan menyanyi.

    ! Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.

    ! Mengetahui siapa yang akan diraikan.

    ! Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk mendapatkan idea.

    7.3.1 Raptai Penuh

    Ramai yang menganggap raptai sebagai memenuhi kehendak penganjur semata-mata, iaitu bagaimana hendak masuk dan keluar pentas. Anggapan ini adalah silap. Raptai amat penting bagi membuat persembahan muzik terutamanya persembahan koir yang mempunyai bilangan ahli yang ramai serta memerlukan persediaan teknikal yang rapi. Ahli-ahli koir perlu diberi peluang untuk raptai bagi tujuan penyesuaian tempat dan bukan sekadar membuat latihan keluar masuk pentas. Selain daripada penyesuaian tempat, koir memerlukan teknik dan mikrofon yang baik dan sesuai, jarak pemimpin yang sesuai serta peralatan muzik yang sudah diuji sama ada piano atau pemain CD.

    7.3.2 Tempat Persembahan

    Bagi persembahan koir, tempat yang bersesuaian semestinya di sebuah dewan atau auditorium yang mempunyai sistem bunyi yang lengkap serta sistem akustik yang baik. Namun begitu, persembahan koir boleh berlaku di mana sahaja mengikut penganjuran majlis. Ia boleh berlaku di dewan yang tidak mempunyai sistem kalis bunyi, di padang, di stadium dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi kumpulan membuat latihan atau raptai di tempat tersebut sebelum membuat persembahan.

    7.3

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR ! 119

    7.3.3 Peralatan yang Akan Digunakan

    Secara tradisionalnya, ramai guru menganggap koir semestinya di dalam kumpulan empat suara iaitu soprano, alto, knor serta bass (SATB) dan diiringi piano. Anggapan ini mungkin kurang tepat kerana koir tidak semestinya bersifat begitu. Ia boleh dijalankan dengan satu, dua atau tiga suara ataupun lebih daripada empat suara. Alat muzik yang digunakan tidak semestinya sebuah piano akustik. Koir boleh diiringi dengan piano elektrik, piano digital ataupun dengan alat-alat lain seperti gitar atau muzik minus-one daripada CD. Bagi sekolah yang berkemampuan, kumpulan koir boleh diiringi dengan kumpulan kombo, orkestra atau brass-band. Bagi yang sudah mahir, kumpulan koir juga boleh dipersembahkan tanpa iringan alat muzik iaitu secara acappela. Kepercayaan perlunya koir dengan iringan piano adalah tidak tepat. Guru perlu memperluaskan penampilan koir dengan keberanian mempraktikkan iringan alat-alat lain seperti menggunakan alat iringan seperti gamelan atau muzik asli.

    ! Seorang pemimpin koir bukan setakat berdiri di depan ahli-ahli koir sambil membuat gerakan tangan semata-mata.

    ! Pemimpin koir juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. ! Persediaan dan perancangan dalam penubuhan koir perlu dibuat sebelum

    menubuhkan koir.

    SEMAK KENDIRI 7.2

    Terdapat sebilangan guru besar atau pengetua yang berminat untuk mempunyai kumpulan koir di sekolah mereka. Malangnya tiada guru yang berkemampuan mengendalikan apatah lagi untuk memimpin sebuah kumpulan koir di sekolah.

    (a) Apakah langkah yang boleh anda lakukan jika keadaan ini berlaku?

    (b) Bincangkan cadangan-cadangan yang sesuai dilakukan bagi merealisasikan impian sesebuah sekolah dalam menubuhkan sebuah kumpulan koir.

  • TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

    120

    ! Pemimpin yang baik bukan setakat mempunyai pengetahuan muzik semata-mata. Kebolehan memimpin dan merancang juga penting.

    ! Persediaan bagi sesuatu persembahan perlu diambil kira dari persediaan

    awal, semasa persembahan dan selepas persembahan. ! Kumpulan koir bukan nyanyian empat suara SATB dan diiringi oleh piano

    semata-mata.

    Acappela

    Drone

    Minus-one

    Nyanyian semerta

    Register dada

    Register kepala

    SATB

    Skor lagu

    Staccato

    Brinson, B. (1996). Choral music: Methods and materials. United States: Schirmer Thomson Learning.

    Combs, R. (1995). Learning how to sing non classical music. New Jersey: Prentice Hall Inc.

    Crocker, E., & Eilers, J. (1990). The choral approach to sight-singing. Milwaukee, WI: Hal Leonard Corp.

    Garretson, R. L. (1993). Choral music: History, style, and performance practice. New Jersey: Prentice Hall Inc.

    Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir with a short history of Choral Music. Tennessee: Lightning Source Inc.

    Miller, R. (1996). The structure of singing: System and art in vocal technique. New York: Mc Millan Inc.

    Russell, S. (1998). Choral singing style. Hal Leonard Publishing Corporation US.