20121109231102kuliah 6 - interdisiplin dalam sejarah

Upload: syiqah-sapian

Post on 04-Jun-2018

274 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    1/21

    Interdisiplin dalam

    sejarah

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    2/21

    Penekanan yang berlebih-lebihan terhadap sifat

    autonomi sejarah itu kemudiannya telahmenimbulkan reaksi terhadapnya, dengan

    menekankan pula sifat heteronomi sejarah.

    Sekiranya aliran autonomi cuba menegakkan

    kesendirian sejarah, sebaliknya aliran heteronomi

    mempercayai bahawa sejarah tidak berdiri

    sendiri, malah saling bergantung pada ilmu-ilmulain.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    3/21

    Dari segi perkembangannya, kesedaran

    dalam menjadikan sejarah bersifatheteronomi banyak dipengaruhi oleh aliran

    Marxisme.

    Sebagai ideologi kebendaan dan ekonomi,

    pensejarahan Marxis cuba menundukkan

    sejarah di bawah kerangka ideologi danhukum umum yang sudah ditentukan

    (determined).

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    4/21

    Konsepsi sejarah kebendaan Marxis (materialist

    conception of history) ini pada mulanya cuma

    terbatas di kalangan sejarawan Rusia sahaja,

    seumpama karya Pokrovsky tentang sejarah

    Rusia yang diterbitkan pada akhir tahun 1920-an.

    Seterusnya ia merebak ke serata dunia, termasuk

    di England dengan tokoh-tokoh sejarawannya

    seperti Eric Hobsbawm, John Saville,

    Christopher Hill dan Edward Thompson.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    5/21

    Memang interpretasi yang mengaitkan

    segala sesuatu kepada faktor ekonomi(economic interpretation of history) itu

    telah menggencatkan dan menyempitkan

    kajian sejarah, namun sumbangannya agakbesar dalam membuka jalan ke arah sikap

    kerjasama di antara sejarah dengan sains

    sosial.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    6/21

    Pensejarahan Marxis telah merintis jalan

    ke arah keperluan bekerjasama dengan

    sains sosial.

    Pensejarahan Annales yang dipelopori oleh

    Lucien Febvre dan Marc Bloch di Perancis

    apabila pada tahun 1929 telah merobohkan

    terus konsep autonomi sejarah itu.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    7/21

    Aliran autonomi cuba mempertahankan

    konsep sejarah sebagai suatu disiplin yangkhusus, manakala aliran heteronomi ala-

    Annales telah melenyapkan konsep ini

    dengan menekankan konsep inter-disiplin

    (inter-disciplinary) dalam sejarah.

    Bahkan juga turut menghancurkan batas-batas perbezaan antara konsep idiographic-

    nomothetic tersebut.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    8/21

    Bagaimanapun usaha mendekatkan disiplin itu

    tidaklah sampai ke peringkat meta-discipli-nary,

    iaitu peleburan atau larutan disiplin-disiplin

    dalam suatu keutuhan total.

    Di samping gerakan Annales di Perancis itu,terdapat pula gerakan "The New History" yang

    berkembang di Amerika dengan tokoh-tokohnya

    seperti Frederick J. Turner, Charles A. Beard,

    dan James H. Robinson.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    9/21

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    10/21

    Melalui pendekatan sains sosial, ahli

    sejarah tidak hanya mendapat pengetahuansejarah, bahkan mendapat kelengkapan

    teori dan kerangka konseptual yang

    konstruktif.

    Dalam hal ini, arah perapatan ini lebih

    banyak berlaku atas inisiatif sejarawansendiri, bukannya daripada ahli-ahli sains

    sosial.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    11/21

    Bagaimanapun terdapat juga di kalangan

    ahli sains sosial yang mendekatkan diridengan sejarah.

    Misalnya di kalangan ahli antropologi,terdapat Franz Boas (1858 - 1942) yang

    menolak tanggapan dan andaian Tylor dan

    Morgan yang menekankan penguasaanhukum-hukum kebudayaan terhadap semua

    masyarakat.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    12/21

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    13/21

    Begitu juga di kalangan ahli sosiologi,terdapat Perry Anderson yang rnenyeberangisempadan sosiologi kepada sejarah, terutamakerana ingin mendapatkan data yang banyakdi dalam arkib.

    Akibat daripada pinjam-meminjam danpercantuman dengan berbagai-bagai disiplindan genre inilah sampai mendorong Clifford

    Geertz menulis eseinya yang berjudul :"Blurred Genres : The Refiguration of SocialThought" (1983).

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    14/21

    Perkembangan-perkembangan baru dalam

    pendekatan dan metodologi sejarah ini dengansendirinya mengubah pandangan tentang sifatautonomi dan dikotomi sejarah dengan ilmu-ilmu lain, terutama dengan sains sosial.

    Selaras dengan perspektif sains sosial,sebarang percubaan untuk mengelakkansejarah daripada membuat generalisasi atauspekulasi tertentu itu dianggap tidak laincuma akan menyempitkan peranan sejarawanbelaka.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    15/21

    Sikap yang sempit inilah yang disebut

    sebagai 'antiquarianism', iaitu usaha untukmenceritakan sesuatu kisah masa lampau

    dengan selengkap-lengkapnya, yang bukan

    sahaja tidak menarik sejarawan bahkantidak menarik minat sesiapapun.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    16/21

    Dengan menjadi seorang perfectionist,antiquarianisme menjerumuskan sejarawan

    dalam suatu hasrat pengumpulan bahan

    tanpa batasan yang jelas, dan tanpa

    mempertimbangkan hubungannya dengan

    persoalan yang digarap.

    Salah satu cara untuk mengerti masyarakat

    adalah dengan membuat generalisasi.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    17/21

    Sekiranya ini dilakukan, maka sejarawan

    bukan sahaja berguna sebagai pencari data,bahkan juga dalam mencari pengertian

    bagi masa lampau.

    Tujuan sejarah tidak sekadar untuk

    mengetahui (wissen) sesuatu, bahkan juga

    untuk mengertiny (verstehen) secaramendalam.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    18/21

    Verstehen ialah kaedah penelitian sosial

    untuk mendapatkan pengertian yangmendalam tentang gejala-gejala yang dikaji

    yang sepatutnya dimanfaatkan dalam

    kajian sejarah.

    Sebenarnya dengan menekankan

    kepentingan prinsip-prinsip sains sosial initidaklah bererti bahawa prinsip-prinsip ini

    sentiasa benar, sempurna, dan muktamad.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    19/21

    Di dalam sains sendiri kemunculan teorirelativiti Einstein telah menggugat pengaruhprinsip absolutisme dalam fizik Newton.

    Bahkan apa yang disebut sebagai "ciri-cirisaintifik" dalam sains atau sains sosial itupunsering dicabar dari semasa ke semasa.

    Namun di atas kelemahan-kelemahan yangada ini tidaklah bererti yang ia tidak dapatdimanfaatkan sama sekali dalam kajiansejarah.

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    20/21

    Rumusan

  • 8/13/2019 20121109231102Kuliah 6 - Interdisiplin Dalam Sejarah

    21/21

    Kehadiran Disiplin Sains Sosial dalam

    sejarah bukan sahaja memperkembangkan

    disiplin sejarah itu sahaja tetapi juga dapatmeningkatkan pemahaman masyarakat

    tentang kepentingan sejarah itu.